Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

20150217220202 unit 1

1,875 views

Published on

publich

Published in: Law
  • Be the first to comment

20150217220202 unit 1

  1. 1. UNIT 1: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN, FALSAFAH, DASAR, KURIKULUM DAN PEMBANGUNAN TUGASAN: Jelaskan pengertian dan hubungkait di antara pendidikan, falsafah, dasar dan sistem pendidikan di Malaysia. Apakah implikasi falsafah terhadap pendidikan dan kurikulum? Bagaimanakah konteks pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan pembangunan? Aktiviti: Anda perlu mencari maklumat dari sumber perpustakaan dan internet. http://encyclopedia.thefreedictionary.com/education i. Berikan pengertian yang tepat terhadap perkara berikut: (a) Pendidikan Tokoh Pengertian Pendidikan Ki hadjar Dewantara (Bapa Pendidikan Indonesia) “Pendidikan adalah tuntutan dalam kehidupan” - Bermaksud menuntut segala kekuatan supaya manusia & anggota masyarakat mampu mengapai keselamatan & kebahagiaan setinggi- tingginya. Rumusan anda tentang pendidikan: Pendidikan merupakan tuntutan yang perlu dipenuhi melalui pendidikan. Seseorang individu dapat dibentuk dengan lebih sempurna. (b) Falsafah (http://www.philosophy-religion.org/living/philosophy/1.pdf) Tokoh Pengertian Falsafah Imam Al-Ghazali Falsafah ialah perbincangan berkaitan soal-soal agama & ketuhanan semata-mata & hasil pemikiran manusia yang spekulatif yang berdasarkan uji kaji dan pengamatan yang tajam. Rumusan anda tentang falsafah: Falsafah menjurus ke arah mencari & membuktikan kebenaran & member arah tujuan atau pendoman untuk perkara yang penting dalam kehidupan. 1
  2. 2. Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan (c) Falsafah Pendidikan Tokoh Pengertian Falsafah Pendidikan Abd. Fatah Hasan (2001) “Falsafah pendidikan ialah satu sistem, pengangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan & pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah.” Rumusan anda tentang falsafah pendidikan: Falsafah dalam pendidikan merupakan kompenen yang penting supaya pembentukan dan corak masyarakat dapat dibina mengikut apa yang dihasratkan oleh sesebuah negara. (d) Dasar Pendidikan Tokoh Pengertian Dasar Pendidikan Mudyaharjo Pendidikan merupakan upaya dasar yang dilakukan melakui pengajaran atau latihan yang berlangsung di sekolah atau luar sekolah. Ianya bertujuan untuk mempersiapkan masyarakat supaya mampu memainkan peranan kepada pelbagai keadaan. Rumusan anda tentang dasar pendidikan: Dasar pendidikan bertujuan untuk membentuk sikap yang baik, sesuai dengan nilai & juga menumbuhkan potensi yang dimiliki untuk dikembangkan dengan lebih lanjut. (e) Sistem Pendidikan Tokoh Pengertian Sistem Pendidikan Sistem pendidikan adalah suatu strategi atau cara yang akan dipakai untuk melakukan proses belajar, mengajar untuk mencapai tujuan agar para pelajar tersebut dapat secara aktif mengembangkan potensi didalam dirinya yang diperlukan untuk dirinya sendiri dan masyarakat. Rumusan anda tentang sistem pendidikan: Sistem pendidikan ini adalah satu sistem yang berperingkat-peringkat sebagai contoh PT3. KPF3012:PerkembanganPendidikandiMalaysia:FalsafahdanDasar 2
  3. 3. Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan ii. Berdasarkan Rajah 1.1 di bawah, jelaskan hubungkait di antara pendidikan, falsafah, falsafah pendidikan, dasar pendidikan dan sistem pendidikan Huraian Contoh A Falsafah Pendidikan Hubungkait di mana falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara- perkara yang penting dalam kehidupan. Manakala pendidkan ialah proses atau aktiviti untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk menambahkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama. Oleh itu, konsep falsafah pendidikan secara ringkasnya ialah konsep filososfikal dalam pendidikan, yang berkait rapat dengan pendekatan falsafah yang digunakan untuk membina teori pendidikan berdasarkan masalah atau isu pendidikan di bawah kajian pengkaji. B Dasar Pendidikan Hubungkait di amana falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara- perkara yang penting dalam kehidupan. Manakala pendidkan ialah proses atau aktiviti untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk menambahkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama. Pendidikan bagi manusia menjadi penting sebagai upaya untuk melakukan proses yang terencana dan berkesinambungan sebagai dasar untuk mengembangkan potensi dan hakikat kemanusiaannya. Pendidikan diselenggarakan sebagai suatu proses pembudayaan dan pemberdayaan siswa atau peserta didik yang berlangsung sepanjang hayat. C Sistem Pendidikan Hubungkait di amana falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara- perkara yang penting dalam kehidupan. Manakala pendidkan ialah proses atau aktiviti untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk menambahkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama.System pendidikan adalah suatu strategi atau cara yang akan dipakai untuk melakukan proses belajar, mengajar untuk mencapai tujuan agar para pelajar tersebut dapat secara aktif mengembangkan potensi didalam dirinya yang KPF3012:PerkembanganPendidikandiMalaysia:FalsafahdanDasar 3 FALSAFAH PENDIDIKAN A B C Falsafah Pendidikan Dasar Pendidikan Sistem Pendidikan
  4. 4. Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan diperlukan untuk dirinya sendiri dan masyarakat. iii. Berdasarkan Rajah 1.2 di bawah, jelaskan implikasi falsafah terhadap pendidikan dan kurikulum. Makna Arah/ Hala tuju Hasil Proses Pembaikan KPF3012:PerkembanganPendidikandiMalaysia:FalsafahdanDasar 4 Dengan adanya matlamat & hasil pendidikan yang hendak dicapai, maka perkara penting berkaitan dengan nya ialah menetapkan cara atau proses yang perlu dilaksanakan ke arah mencapai matlamat dan hasil pendidikan tersebut. Tujuan pendidikan yang telah ditetapkan member gambaran yang jelas tentang hasil pendidikan yang semestinya capai, warganegara yang semestinya dibentuk dan pembangunan yang bagaiman yang akan dilaksanakan. Falsafah pendidikan menetukan arah ke manakah setiap warganegara perlu dibimbing pada peringkat usia prasekolah. Sekolah merupkan institusi yang dibina untuk kepentingan masyarakat bagi diadakan tempat yang sempurna terhadap anak-anak mereka menjadi warganegra yang dicita-citakan. Membina falsafah pendidikan merupakan langkah pertama untuk membaiki proses pendidikan dalam sistem yang dilaksanakan di sesebuah negara. Membina makna pendidikan itu sendiri adalah kerja falsafah untuk membezakannya dengan makna-makna yang lain dengan mengambil kira cabang metafizik, epistemology, aksiologi dan logic. Setiap cabang member pengertian yang tersendiri sebagaiman yang telah dibincangkan sebelum ini.
  5. 5. Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan iv. Bagaimanakah konteks pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan pembangunan? (a) Definisi pembangunan Tokoh Pengertian Pembangunan Rogers Suatu proses perubahan sosial dengan partisipatori yang luas dalam sesuatu masyarakat yang dimaksudkan untuk kemajuan sosial & material. Rumusan anda tentang pembangunan: Pembangunan adalah sesuatu proses perubahan ke arah yang lebih baik dalam lingkungan masyarakat. (a) Definisi Pembangunan Pendidikan Tokoh Pengertian Pembangunan Pendidikan Yaakub Isa (1996) “Pembanguan pendidikan ialah perkembangan individu yang termasuk pendedahan kepada pelbagai pengalaman penting.” “Proses pemilihan & pemindahan pengetahuan nilai-nilai murni & kemahiran yang berlaku secara berterusan sejak kecil hingga akhir hayat.” Rumusan anda tentang pembangunan pendidikan: Pendidikan merupakan alat penting dalam membentuk banteng pertahanan sesebuah proses pembangunan pendidikan. KPF3012:PerkembanganPendidikandiMalaysia:FalsafahdanDasar 5
  6. 6. Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan (b) Pengaruh pendidikan terhadap pembangunan di Malaysia Aspek Pembangunan Huraian + Contoh Modal Insan Kognitif: melahirkan sebuah modal insan yang mempunyai pemikiran yang kritis sebagai contoh individu tersebut dapat memeikirkan sesuatu yang di luar jangkaan seseorang. Afektif: Psikomtor: pembangunan dari segi pergerakaan individu amat aktif dan cekap. Ekonomi Pendidikan akan membantu masyarakat menuju ke arah kemajuan & pencapaian ekonomi yang baik. Sebagai contoh, pendidikan mampu mengurangkan masalah penganguran yang semakin menjadi bebanan kepada semua pihak. Hal ini sekali gus dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Sosial Pendidikan mempengaruhi sosialisasi negara. Pendidikan berperanan dalam mencorak perkembangan & pembentukan watak seseorang bagi melahirkan individu yang baik. Sebagai contoh, pendidikan dapat membantu mengurangkan masalah sosial yang sering menjadi kerungsingan masyarakat. Politik Merujuk kepada Malaysia proses awal pembinaan negara bangsa tertumpu kepada keperluan politik. Saluran terpenting bagi bidang ini adalah pendidikan memandangkan pendidikan berperanan sebagai agenda utama dalam setiap hasrat. Melalui pendidikan, bakal-bakal pemimpin dapat dilahirkan. Apabila wujudnya bakal-bakal pemimpin yang berpendidikan sudah pasti negara akan ditadbir dengan bijak dan baik. Agama/ Moral Masyarakat yang berpendidikan pasti mempunyai akhlak yang baik dan beperketi mulia. Alam Sekitar Hal ini dapat dinyatakan masyarakat yang berpendidikan akan lebih menghargai alam sekitar terutamanya kebersihan. Sebagai contoh, seperti meletakkan tong sampah kitar semula. KPF3012:PerkembanganPendidikandiMalaysia:FalsafahdanDasar 6 PENDIDIKAN (Pembolehubah Bebas) PEMBANGUNAN (Pembolehubah Bersandar)
  7. 7. Unit 1: Pengenalan Kepada Pendidikan, Falsafah, Dasar, Kurikulum dan Pembangunan KPF3012:PerkembanganPendidikandiMalaysia:FalsafahdanDasar 7

×