Successfully reported this slideshow.

Teacher training

0

Share

Upcoming SlideShare
Sejarah Gereja 1.pptx
Sejarah Gereja 1.pptx
Loading in …3
×
1 of 7
1 of 7

More Related Content

Related Audiobooks

Free with a 14 day trial from Scribd

See all

Teacher training

  1. 1. 1 By PastorAgnesJirinBayak pg. 1 SEMINAR GURU-GURU SEKOLAH MINGGU PUJUT 3 BAHASA KAYAN MIRI PADA 11.10.2014 Sessi Kedua: Bagaimana Menjadi seorang Guru Sekolah Minggu Yang Baik Oleh Pastor Agnes Jirin Bayak Pendahuluan: Kadang-kadang seorang yang rindu melayani Tuhan dalam bidang Sekolah Minggu menjadi begitu bimbang bahawa mereka tidak tahu cukup tentang Alkitab, atau bahawa mereka akan membuat beberapa kesilapan besar dalam mengajar dan gagal teruk dalam pelayanannya.Ini adalah suatu kebimbangan yang sangat menakutkan. Kebimbangan itu sangat masuk akal kepada kita sebagai seorang manusia .Tetapi ada perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu, supaya apa yang membimbangkan itu tidak berlaku. 1. Menjadi seorang yang berdedikasi - Memahami bahawa apa yang anda lakukan adalah sangat penting 2. Menjadi seorang yang dipercayai - Berada di Kelas tepat pada masa , dan bersedia untuk mendapatkan seorang guru pengganti ketika anda sibuk 3. Menjadi seorang Pelajar - Belajar pelajaran itu pertama-tama untuk diri sendiri dan memahaminya buat diri anda sendiri. Dengan cara itu anda akan dapat berkongsi pelajaran dan mempunyai sesuatu untuk ditambahkan dalam Pelajaran itu. Tinggal sekurang-kurangnya satu langkah di hadapan kelas anda 4. Bersandar pada Tuhan Allah -Anda tidak perlu tahu semua. (Allah melakukan.) Roh Kudus akan membantu anda.
  2. 2. 2 By PastorAgnesJirinBayak pg. 2 -Tetap merendah diri di hadapan Allah. Berdoa, meminta-Nya untuk membimbing anda, untuk membantu anda, dan memberi anda kata-kata yang anda perlu katakan. -Berdoalah untuk pelajar-pelajar anda, kelas anda, gereja anda, dan diri sendiri.(Adalah baik jika setiap guru mempunyai beberapa orang murid supaya ia senang mengingati nama-nama mereka dan berdoa buat mereka) 5. Jadilah Teladan -Kenakanlah Firman Allah atas hidupmu sendiri Apply God’s Word to your own life.Di sinilah kegagalan setiap kita berada. Adalah suatu perkara untuk mengajar tentang KEBENARAN tetapi adalah suatu perkara LAIN untuk hidup dalam KEBENARAN itu. Contoh :Seorang Pastor yang mengajar tentang memberi yang terbaik akhirnya anaknya sendiri yang dapat melakukan dan mengenakan KEBENARAN itu dengan memberi ayam kesayangan ayahnya kepada peminta sedekah. -Bukan terletak pada banyaknya kata-kata yang keluar dari bibir kita yang akan dapat menyakinkan kanak-kanak tentang KEBENARAN Firman Tuhan , semuanya akan menjadi sia-sia jika sikap hidup kita tidak mencerminkan KEBENARAN itu yang dapat dilihat oleh setiap kanak-kanak kita. Ini bermakna setiap diri kita harus tetap rendah hati di hadapan Allah ; membaca Firman Tuhan setiap hari, belajar Firman Tuhan,suka membaca Alkitab , buku-buku pembelajaran, menghormati Kristus, dan membenarkan Roh Kudus bekerja melalui apa jua keadaan dalam kehidupan kita untuk mengajar kita kebenaran- Nya. Dalam erti kata lain, kita perlu berkembang atau bertumbuh sebagai seorang Kristian agar diri kita dapat membantu orang lain bertumbuh.Percayalah Tuhan bergerak/bekerja dengan cara yang misteri, Allah melakukan transfomasi / Perubahan untuk membawa kita ke tingkatNya yang lebih sempurna ;Allah bekerja dari dalam hati kita dan mengalir keluar melalui bibir kita untuk mengajarkan KEBENARANNYA.
  3. 3. 3 By PastorAgnesJirinBayak pg. 3 Walaupun sesetengah hal boleh bekerja dari luaran kemudian dalaman , TETAPI TUHAN ALLAH BEKERJA dari DALAM KELUAR. Lihat Ayat-ayat berikut and baca untuk dirimu sendiri. Tulis nama kamu di tempat kosong itu Roma 12:2 Janganlah ____________menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budi________________, sehingga___________ dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna. 2 Korintus 10:4-5 10:4 karena senjata _____________ dalam perjuangan 1 f bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa g Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan benteng-benteng. h 10:5 ____________________ mematahkan setiap siasat orang dan merubuhkan setiap kubu yang dibangun oleh keangkuhan manusia untuk menentang pengenalan akan Allah. i ___________________ menawan segala pikiran 2 dan menaklukkannya j kepada Kristus, 6. Jadilah Communicator Yang Baik Pastikan aliran maklumat bergerak! komunikasi yang jelas sentiasa perlu berlaku berulang-alik antara anda dan pastor atau kakitangan anda, dan di antara pelajar-pelajar anda. (Ini adalah benar jika pelajar anda adalah kanak-kanak! Dalam kes ini, Pastikan anda sering dalam komunikasi dengan ibu bapa mereka!)
  4. 4. 4 By PastorAgnesJirinBayak pg. 4 Pastor ANDA Pelajar / Kakitangan Ibu bapa 7. Jadilah Penyimpan Recod Yang Baik - Simpan rekod pelajaran yang anda ajar. Ini adalah sangat penting dan sangat baik jika anda menggunakan pelbagai sumber untuk pelajaran anda. -Banyak gereja mempunyai set kurikulum Pelajaran, dengan buku-buku yang dicetak untuk pelajar dan guru. Tetapi jika anda tidak mempunyai ini, pastikan bahawa anda menjejaki / melihat semula apa yang anda telah ajar di kelas anda dan apa rujukan ayat-ayat Alkitab yang ada bersama-sama dengan pelajaran anda. -Buat fail untuk nota Pelajaran anda (walaupun mungkin tulisan tangan) dan simpanlah contoh-contoh karya seni dan aktiviti anda untuk rujukan di kemudian hari. -Seseorang mungkin meminta untuk melihat salah satu daripada catatan anda hari ini, dan pasti anda mahu agar dapat menghasilkan sesuatu untuk menolong mereka tanpa terlalu banyak kesulitan! Mungkin di suatu hari nanti anda mungkin mahu menggunakannya sendiri , dan ia akan menjadi lebih indah untuk mengingat kembali apa yang anda telah ajarkan. -Di samping itu, anda juga perlu menyimpan rekod untuk tujuan komunikasi. Anda perlu nama dan alamat pelajar (dan, jika pelajar anda adalah kanak-kanak, ibu bapa mereka juga.) Pada hari ini dan umur, nombor telefon dan alamat e-mel seringkali lebih berguna. -Juga, menyimpan nota mengenai peristiwa , jadual,acara kelas, seperti acara-acara khas (contohnya Program Krismas , Hari Kanak-kanak, Pentas Pujian Kanak-kanak, atau Erau Ester atau Paskah atau Harijadi atau Kamp Kanak-kanak bersama ibubapa atau Picnic dll) Tuliskan nota dengan jelas supaya orang lain boleh mendapat manfaat daripada pengalaman anda dan ikuti idea-idea anda. Ia akan membantu orang-orang yang mahu melakukan apa yang anda lakukan hari ini di kemudian hari.
  5. 5. 5 By PastorAgnesJirinBayak pg. 5 8. Jadilah Seorang Guru Yang Kreatif - Fikirkan tentang bagaimana anda akan membentangkan pengajaran, atau melakukan sesuatu aktiviti. Berilah ruangan di hati anda untuk kehaduran kuasa Roh Kudus. -Jika anda tidak mempunyai semua bahan-bahan yang diperlukan untuk seni atau lukisan atau kraf projek, buatlah bagi anda sendiri . Lihat apa yang ada di sekeliling anda dan gunakanlah itu! -Jangan hanya berpandu kepada Pelajaran atas kertas sahajah tetapi jadilah kreatif .Moto baru: kelas anda - cara anda! 9. Menjadi seorang Pedorong Yang Baik -Doronglah para Pelajar anda waktu anda bersama mereka. Galakkan mereka untuk bertumbuh dalam iman dan lebih dekat lagi kepada Kristus, dengan menerima Dia sebagai Penyelamat,bertumbuh lebih dalam untuk mengetahui lebih lanjut tentang-Nya, untuk mengkaji Firman-Nya, dan percaya kepada-Nya kerana Dia adalah setia dan akan dipimpin oleh Roh KudusNya selama mereka hidup. 10.Jadilah Seorang Guru Yang Tekun Berdoa - Yang paling penting sekali ialah membawa kebimbangan anda, idea-idea anda tentang pelajaran anda dan kelas anda secara tetap di hadapan TUHAN di dalam DOA. Dia akan memberkati dan membawa menuntun anda! Filipi 4:19 Tuhan memberkati anda sebagai anda bergerak ke hadapan dalam pengajaran! Semoga Allah memberikan kebijaksanaan dan wawasan kepada untuk anda berurusan dengan pelajar anda dan membantu mereka belajar semua bahawa Tuhan ada untuk mereka!
  6. 6. 6 By PastorAgnesJirinBayak pg. 6 Ingatlah anda sebagai Guru Yang Baik: You – the Person your own personal well being and that of your family You – the Teacher and lessons – the Administrator Work together with others. (Remember: Two are better than one.) ministry ideas and suggestions with an open mind
  7. 7. 7 By PastorAgnesJirinBayak pg. 7 You – in the Classroom nce. classroom y need to play more games and have more activities -10 minutes long) service

×