Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kertas kerja program sukaneka sainmatik

14,294 views

Published on

PROGRAM KELAB SAINS & MATEMATIK

Published in: Education
  • Be the first to comment

Kertas kerja program sukaneka sainmatik

  1. 1. KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA SAINMATIK PERINGKAT SEKOLAH 2013 ************* MOTTO : “SERONOKNYA BERMAIN SAMBIL BELAJAR” ********* TEMPAT : GELANGGANG SERBAGUNA SEKOLAH TARIKH : 13 APRIL 2013 (SABTU) MASA : 0730 – 1400 PETANG
  2. 2. DISEDIAKAN OLEH : KELAB SAINS DAN MATEMATIK UNIT KOKURIKULUM SK LANDEH 1.1 Rasional Program Program Sukaneka Sainmatik merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Sains dan Matematik SK Landeh. Program ini merupakan program yang pertama kali diadakan yang melibatkan murid, warga sekolah, PIBG serta ibu bapa dan masyarakat setempat. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Sebelum ini, aktiviti sains dan matematik hanya melibatkan murid-murid sekolah sahaja memandangkan kekangan kewangan yang menghadkan aktiviti bercorak pertandingan secara terbuka diadakan. Semoga dengan adanya program sukaneka ini akan dapat melahirkan murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif dalam mata pelajaran sains dan teknologi serta matematik selaras dengan transformasi pendidikan terhadap kedua-dua mata pelajaran ini. 1.2 Matlamat Program Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk : 1.2.1 melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan berminat dalam mata pelajaran sains dan matematik. 1.2.2 merangsang minda murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik supaya mereka lebih memahami pembelajaran sains dan matematik melalui aktiviti di luar bilik darjah. 1.2.3 membantu meningkatkan pencapaian akademik murid dan seterusnya mencapai sasaran akademik yang telah ditetapkan. 1.2.4 melahirkan murid yang bijak pandai, kreatif, inovatif dan kompeten dalam bidang sains dan matematik selaras dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi. Page ii of 22
  3. 3. 1.2.5 melatih murid bersatu hati dan bekerjasama melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara melalui konsep “1 Malaysia” 1.3 Objektif Program Antara objektif program sukaneka sainmatik adalah : 1.3.1 untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik. 1.3.2 untuk meningkatkan motivasi murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik melalui aktiviti bercorak permainan. Page iii of 22
  4. 4. 1.3.3 untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing dengan rakan mereka dalam mata pelajaran sains dan matematik. 1.3.4 untuk meningkatkan pencapaian akademik murid dalam mata pelajaran sains dan matematik di samping mencapai sasaran akademik yang telah ditetapkan. 1.4 Kumpulan Sasaran Pelaksanaan program ini disasarkan kepada semua murid SK Landeh termasuk ibu bapa mereka dan warga guru serta masyarakat setempat. 1.5 Jawatankuasa Induk Kelab Sains dan Matematik Penasihat : Tn. Haji Zulkipli Haji Amin Guru Penasihat : Pn. Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains) Pn. Masni Bt Alem (Ketua Panitia Matematik) Cik Sarsifarila Bt Usin Pn. Annabell Decapena Pengerusi : Clarre Joandy Ak Richard Kawi (murid Tahun Enam) Setiausaha : Nurul Hazirah Bt Mahrup (murid Tahun Enam) Bendahari : Mohd. Shazrin bin AJK Kecil : Nur Nisa, Siti Maisarah, dan Laila (murid Tahun 4) Mohd. Azri, Adawiyah dan Vhaleeny (murid Tahun 5) AJK Guru : Semua guru mengajar sains dan matematik SK Landeh Page 4 of 22
  5. 5. 2.0 Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013 Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2013 ini telah diubah tarikh cadangan pelaksanaannya kepada 13 April 2013 iaitu selepas cuti pertengahan penggal pertama yang jatuh dari 22 Mac hingga 31 Mac 2013. Pemilihan hari Sabtu disebabkan hari tersebut adalah hari tidak bekerja dan diharapkan para ibu bapa dapat menyertai pertandingan yang dirancang bersama-sama dengan anak-anak mereka. Warga sekolah juga dapat meluangkan sepenuh masa dan tenaga mereka dalam memastikan kelicinan setiap aktiviti pertandingan yang dirancang. Penyertaan semua pihak seperti warga sekolah, pelajar dan masyarakat setempat dalam menjayakan aktiviti pertandingan ini amatlah digalakkan untuk memupuk hubungan erat dikalangan warga sekolah dengan ibu bapa pelajar. Pertandingan sukaneka Sainmatik ini akan dilaksanakan dalam masa hampir satu hari iaitu bermula dari jam 0730 pagi hingga jam 2.00 petang. Penganjuran aktiviti pertandingan adalah sepenuhnya dikendalikan oleh Kelab Sains dan Matematik dengan bantuan guru-guru penasihat. kelab serta pihak PIBG sekolah. Sumbangan hadiah untuk pertandingan sukaneka sainmatik ini adalah daripada pihak PIBG sekolah serta peruntukkan daripada pihak pejabat pendidikan daerah. Sukaneka Sainmatik ini adalah terbuka kepada semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6 bersama ibu bapa serta warga sekolah. Di bawah ini disenaraikan bersama jadual-jadual aktiviti pertandingan sukaneka sainmatik tersebut. 2.1 Pertandingan Sukaneka Sainmatik anjuran Kelab Sains dan Matematik Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum yang telah dipilih dalam senarai takwim aktiviti tahunan kelab sains dan matematik bagi sepanjang tahun 2013 sebagai satu aktiviti untuk melaksanakan tugasan ini seperti yang tercatat dalam carta gantt aktiviti tahunan di bawah (Jadual 1). Hakikatnya untuk sekolah saya, pelaksanaan bagi aktiviti Page 5 of 22
  6. 6. Kelab Sains dan Matematik adalah pada bulan Mei (minggu 1 dan 2) dan Jun (minggu 3 dan 4) iaitu diperuntukkan sebagai Bulan Sains dan Matematik dalam takwim sekolah bagi tahun 2013. Page 6 of 22
  7. 7. AKTIVITI TAHUNAN KELAB SAINS DAN MATEMATIK 2013 BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APR MEI Bulan dan JUN Sains Matematik JUL OGOS SEPT OKT 1 Mesyuarat AJK Perlantikan AJK Kelab x x x x x x x laporan 2 Mesyuarat AJK Kokurikulum Sekolah x x x x 3 Kenali Bahan, Peralatan dan Radas Sains x x x x x x x 4 Kenali Kemahiran Proses Sains (KPS) x x x x x x x x 5 Sukaneka Sainmatik x 6 Projek Buku Skrap Sains Matematik x Tahap 1 x Tahap 2 7 Projek Kuasai KPS Sains x x x x x x x x 8 Kuiz Sains dan Matematik x tahap 1 x tahap 2 Page 7 of 22
  8. 8. 9 Pertandingan Menghafal Sifir x 10 Saintis Muda Tahap 2 x 11 Kem Motivasi Sains dan Matematik x Tahun 6 12 Pertandingan Melukis Poster Sains dan Matematik x Terbuka semua pelajar x Terbuka semua pelajar x Ahli kelab x Ahli kelab 13 Pertandingan Sains/Maths Puzzle x Ahli kelab x ahli kelab Page 8 of 22
  9. 9. 2.2 Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik Sukaneka Sainmatik merupakan salah satu daripada aktiviti kelab sains dan matematik yang telah dipilih untuk melaksanakan tugasan ini sebagai memenuhi syarat Tugasan bagi Modul HBEF2703 Kokurikulum, Semester Januari 2013. Berikut disertakan bersama Jawatankuasa- jawatankuasa yang akan bertugas sebagai pelaksana bagi Program Sukaneka Sainmatik 2013. 2.2.1 Jawatankuasa Induk Penasihat : Tuan Haji Zulkipli bin Haji Amin (Guru Besar SK Landeh, Padawan) YDP PIBG Encik Haratono bin ……….. Pengerusi 1 : Cikgu Linem ak Nyogor (PK KK Sekolah) Pengerusi 2 : Cikgu Patricia Ak Iyus (Ketua Panitia Sains) Pengerusi 3 : Cikgu Masni Binti Alem (Ketua Panitia Matematik) Setiausaha : Cikgu Sarsifarila bt Usin (Guru Sains) Bendahari : Cikgu Ivy ak Japloi (Guru Matematik) AJK : Semua guru matematik dan guru sains serta ahli kelab sains dan Pertandingan matematik sekolah. AJK Buku Program : Sarsifarila bt Usin, Pn. Patricia ak Iyus, Pn. Masni bt Alem dan AJK Kelab Sains dan Matematik
  10. 10. 2.2.2 Jawatankuasa Kerja Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatankuasa kerja Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik 2013. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada warga guru sekolah, pihak PIBG dan AJK Kelab Sains dan Matematik. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  11. 11. 9 AJK Pengelolaan Aktiviti Sukaneka AJK Pertandingan dan AJK Kelab Sains dan kertas projek sukaneka sainmatik 2013 BIL JAWATANKUASA TINDAKAN 1 Urusetia Pendaftaran Peserta (Ibu Bapa dan Murid) Pn. Zuana bt Sulong Pn. Zulina bt Buang Clarre Joandy, Mohd. Ihsan, Nursarahanie dan Laila 2 Penyelia Peserta Pn. Ivy ak Japloi Pn. Zuhana bt Abdul Rahim Pn. Annabell Decapena 3 AJK Makanan dan Minuman Pegawai Pertandingan dan PIBG Sekolah Pn. Noriah Tamam Cik Khamsiah bt Haji Saiee AJK PIBG (4 orang wakil) 4 AJK Persiapan Peralatan Sukaneka Cik Sarsifarila serta semua guru sains dan matematik dan AJK Kelab Sains Matematik 5 Juruacara Majlis Sukaneka Pn. Noni Ak Keli Pn. Noming Ak Nase 6 AJK Persiapan Tempat dan Peralatan Siaraya Sukaneka Sainmatik En. Dollah Haji Mahaji En. Ismail bin Eli En. Zainurin bin Mustaffa Ustaz Faizol Che Kob 7 AJK Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik Sarsifarila bt Usin Pn. Rassidah bt Ahmat Sahari AJK Kelab Sains dan Matematik. 8 AJK Gerai Makanan dan Minuman Ustazah Kasmini bt Ustazah Norhanis bt Ismail Ustazah Hazlina bt Hamzah
  12. 12. Matematik 10 Jurufoto Tn. Haji Zulkipli Haji Amin Cik Sarsifarila bt Usin 11 AJK Pegawai dan Pengadil Pertandingan En. Dollah Haji Mahaji YDP PIBG En. Haratono bin Sulaiman En. Zainurin bin Mustaffa 12 AJK Hadiah Sarsifarila bt Usin Pn. Linem Ak Nyogor semua guru sains dan matematik Jadual 2 : Jawatankuasa Kerja Program Sukaneka Sainmatik Dengan adanya jawatankuasa kerja pertandingan Program Sukaneka Sainmatik seperti di atas adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada setiap aktiviti sukaneka yang telah dirancang demi untuk manfaat anak didik kita. Selain itu, juga diharapkan hubungan erat di antara pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat dapat dipertingkatkan lagi demi untuk kebaikan bersama dan kecemerlangan akademik anak-anak warga sekolah landeh. 2.3 Jawatankuasa Pegawai Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik Jadual di bawah menunjukkan senarai pegawai pertandingan serta beberapa orang murid tahun enam yang terlibat dalam pengelolaan aktiviti bagi program sukaneka sainmatik. Peranan mereka ialah untuk membantu juruacara majlis dalam memastikan setiap peserta telah bersedia untuk acara yang dipertandingkan. JAWATAN JENIS AKTIVITI PEGAWAI TERLIBAT 1 Taklimat Pertandingan Pengerusi Pertandingan kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  13. 13. Sarsifarila bt Usin 2 Pengelola Aktiviti 1 dan 2 (Penyelia Peserta) Pn. Noni Ak Keli (Juruacara) Pn. Ivy Ak Japloi Clarre Joandy, Mohd. Ihsan 3 Pengelola Aktiviti 3 dan 4 (Penyelia Peserta) Pn. Noming Ak Nase Cik Zuhana bt Abdul Rahim Nursarahanie, Mohd. Imran 4 Pengelola Aktiviti 5 dan 6 (Penyelia Pserta) Pn. Noni Ak Keli Pn. Annabell Decapena Nur Fakhira, Mohd. Azri Jadual 3 : Senarai Pegawai Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik 2.4 Jadual Pelaksanaan Pertandingan Program Sukaneka Sainmatik 2013 Jadual di bawah menunjukkan aturcara pertandingan Program Sukaneka Sainmatik yang akan berlangsung selama hampir sehari bermula dari jam 0730 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Masa Aktiviti Tindakan 0730-0800 pagi Ketibaan semua peserta pertandingan : warga sekolah, ibu bapa dan pelajar. Urusetia Pertandingan 0800-0900 pagi * Kata-kata Aluan Guru Besar SK Landeh. * Taklimat Pertandingan * Senamrobik / Senaman Ringan Guru Besar Pengerusi Pertandingan Guru PJKs Sekolah 0900-1000 pagi Acara Pertandingan dimulakan. Aktiviti 1 : Permainan Sains & Matematik Aktiviti 2 : Maths Puzzle Guru Penasihat Kelab, Juruacara, Pengerusi Pertandingan, AJK Kelab kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  14. 14. 1000-1100 pagi Aktiviti 3 : Pertandingan Rekacipta (Jambatan Paling Stabil) Aktiviti 4 : Selesaikan Masalah (Sains dan Matematik) AJK Pertandingan AJK Kelab Sains & Matematik 1100-1200 pagi Aktiviti 5 : Rekreasi Sainmatik Aktiviti 6 : Teka Silang Kata AJK Pertandingan AJK Kelab S & M 1200 tengah hari Taklimat Penutupan Program Pertandingan Sukaneka Aktiviti Kebersihan Pengerusi Pertandingan Semua warga sekolah Ibu Bapa dan Pelajar 1300-1400 Makan Tengah Hari PIBG dan Staf 1400 petang Bersurai - Jadual 4 : Aturcara Program Pertandingan Sukaneka Sainmatik 2.5 Anggaran Perbelanjaan Aktiviti Program Sukaneka Sainmatik 2013 Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi setiap aktiviti Program Sukaneka Sainmatik. Bentuk hadiah adalah berupa “Hamper” bagi johan, naib johan, tempat ketiga dan saguhati. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  15. 15. Bilangan hadiah mengikut bilangan peserta yang mengambil bahagian. Perancangan belanjawan untuk hadiah dilaksanakan oleh AJK Hadiah. Anggaran belanjawan adalah seperti berikut : Aktiviti Perkara Kos (RM) Majlis Perasmian Program Sukaneka Sainmatik Cetakan Buku Program Kertas Pembalut Hadiah Iklan Promosi Pertandingan 20.00 Pertandingan Aktiviti 1 hingga Aktiviti 6 Hadiah Peralatan Sekolah Johan : Naib Johan : Tempat Ketiga : Saguhati :- Johan : 15.00 x 6 = 90.00 Naib Johan : 10.00 x 6 = 60 Ketiga : 5.00 x 6 = 30.00 Saguhati : 3.00 x 6 = 18 00 Jumlah = 198.00 Pertandingan Aktiviti 1 hingga Aktiviti 6 Peralatan Sukaneka : Kad manila, kad A4, pen marker, cawan dan pinggan plastik, straw, belon, beg plastik, sampul surat, gam, selotep, kertas lukisan dan tali Anggaran : 50.00 – 100.00 Majlis Penutupan Penyampaian Hadiah Makan Tengah hari Makanan dan minuman AJK Pertandingan, Pegawai Pertandingan, staf, guru dan AJK PIBG. Anggaran : 100.00 Air Mineral Makanan Ringan JUMLAH KASAR : RM418.00 Jadual 5 : Anggaran Belanjawan Program Sukaneka Sainmatik kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  16. 16. 2.6 Iklan Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik Iklan Promosi Pertandingan Sukaneka Sainmatik ini akan dihasilkan oleh AJK Promosi Pertandingan bertujuan untuk menarik minat murid dan pihak ibu bapa supaya bersama-sama anak-anak mereka dalam menyertai setiap aktiviti pertandingan yang diadakan. Sokongan dan kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam penyertaan aktiviti yang dirancang sedikit sebanyak diharapkan dapat merangsang minda dan minat anak-anak mereka dalam mata pelajaran sains dan matematik. Dengan adanya iklan promosi program ini nanti akan dapat memberi peluang kepada ibu bapa murid untuk meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka sepanjang pertandingan dijalankan. Pihak ibu bapa juga akan dapat memperuntukkan masa bersama anak- anak mereka setelah dimaklumkan tentang program yang akan dijalankan. Manakala bagi murid- murid pula, melalui iklan ini sudah tentunya akan dapat membantu mereka menyediakan diri masing-masing dengan segala pengetahuan sains dan matematik untuk diaplikasikan semasa pertandingan tersebut. kertas projek sukaneka sainmatik 2013 PADA 13 APRIL 2013 (SABTU) JAM 0730 PAGI HINGGA 2.00 PETANG BERTEMPAT DI GELANGGANG SERBAGUNA SK LANDEH.
  17. 17. Contoh Iklan Promosi Sukaneka Sainmatik 2.7 Peralatan Pertandingan Sukaneka Sainmatik Berikut disenaraikan antara peralatan-peralatan yang akan digunakan sepanjang pertandingan sukaneka tersebut berlangsung. JENIS AKTIVITI BERKUMPULAN KEPERLUAN PERALATAN TINDAKAN KUMPULAN Aktiviti Rekacipta (Jambatan Paling Stabil) Cawan Plastik (8 bungkus) Pinggan Plastik (8 bungkus) Straw (8 Bungkus) Gelang Getah, Selotep, Gam Menggunakan semua bahan untuk membina sebuah jambatan yang paling stabil. Aktiviti Rekreasi Sainmatik Kad Manila, Kad A4, Sampul Surat, Bola (8 biji), Sketel/Gelung Rotan (8 biji), Meja/Kerusi (8 buah). Mengikut arahan yang terdapat dalam setiap sampul surat dan diikuti oleh halangan tertentu. Aktiviti Teka Silang Kata Kad Manila, Kad A4, pen marker,warna pensel, Meja/Kerusi (8 buah) Melalui beberapa halangan untuk menyiapkan aktiviti teka silang kata. Aktiviti Math Puzzle Kad Manila, Kad A4, Sampul Surat, Pen Marker, Menyatukan puzzle kemudian menjawab beberapa soalan kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  18. 18. Meja/Kerusi (8 buah) berkaitan. Aktiviti Permainan Sains Matematik Kad A4, Sampul Surat, Meja/Kerusi (8 buah) Berhalangan menjawab menyelesaikan beberapa masalah sains dan matematik dalam bentuk permainan. Aktiviti Selesai Masalah Kad Manila, Pen Marker, Kertas Lukisan, Meja/Kerusi (8 buah) Menyelesaikan beberapa masalah secara perbincangan kumpulan. 2.8 Format Pertandingan JENIS AKTIVITI BERKUMPULAN FORMAT PERTANDINGAN TINDAKAN KUMPULAN Aktiviti Rekacipta (Jambatan Paling Stabil) Untuk murid Tahap Dua sahaja. Setiap kelas (4,5,6) diwakilkan oleh 8 pasukan dari setiap kelas bersama ibu atau bapa masing-masing. Pertandingan dijalankan dalam masa 20 minit bagi setiap kelas secara serentak. Hasil rekacipta diadili oleh pegawai- pegawai pertandingan yang telah dilantik khas oleh pihak penganjur. Ibu atau bapa murid bertindak sebagai pemudahcara. Jambatan yang Menggunakan semua bahan untuk membina sebuah jambatan yang paling stabil. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  19. 19. telah siap akan diuji kestabilannya dengan menggunakan beberapa biji guli oleh AJK Pertandingan untuk ditentukan pemenangnya. Aktiviti Rekreasi Sainmatik Terbuka kepada murid Tahap 1 dan 2. Pertandingan adalah secara stesen dijalankan selama 40 minit. Ada 5 stesen dengan aktiviti rekreasi masing-masing. Satu stesen diberi 8 minit untuk selesaikan aktiviti rekreasi yang diberi. Ibu atau bapa murid bertindak sebagai motivator kepada anak masing-masing. Pemenang akan ditentukan oleh AJK Pertandingan. Mengikut arahan yang terdapat dalam setiap sampul surat dan diikuti oleh halangan tertentu. Aktiviti Teka Silang Kata Terbuka kepada murid Tahap 1 dan 2. Selesaikan Teka Silang Kata dan Pengelasan dalam masa 10 minit. Ibu atau bapa murid bertindak sebagai pemudahcara (motivator) kepada anak masing-masing. Pemenang ditentukan oleh AJK Pertandingan. Melalui beberapa halangan untuk menyiapkan aktiviti teka silang kata. Aktiviti Math Puzzle Terbuka kepada murid Tahap 1 dan 2. Selesaikan Math Puzzle dalam masa 5 minit. Ibu atau bapa murid bertindak sebagai Menyatukan puzzle kemudian menjawab beberapa soalan berkaitan. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  20. 20. pemudahcara sahaja. Pemenang berdasarkan ketepatan jawapan dalam masa ditetapkan. Aktiviti Permainan Sains Matematik Terbuka kepada murid Tahap 1 dan tahap 2. Melakukan aktiviti permainan sains dan matematik secara rantaian. Setiap rantaian akan disediakan AJK Pertandingan untuk mengawasi aktiviti dijalankan. Terdapat 4 rantaian aktiviti dalam masa 20 minit. AJK Pertandingan akan menentukan pemenang berdasarkan ketepatan jawapan yang diberi. Ibu atau bapa murid sebagai motivator mereka. Berhalangan menjawab menyelesaikan beberapa masalah sains dan matematik dalam bentuk permainan. Aktiviti Selesai Masalah Terbuka kepada murid Tahap 2 sahaja. Pasukan selesaikan masalah sains dan matematik dalam masa 30 minit. Ibu atau bapa murid akan membimbing murid selesaikan masalah masing-masing. Pemenang akan ditentukan oleh AJK Pertandingan. Menyelesaikan beberapa masalah secara perbincangan kumpulan. ** setiap pasukan murid dari setiap kelas adalah berlainan untuk setiap aktiviti pertandingan. Guru Mata pelajaran dan guru kelas akan membuat pilihan awal sebelum pertandingan dijalankan dimaklumkan kepada penyelia aktiviti pertandingan. AJK Pertandingan akan memantau setiap aktiviti pertandingan yang kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  21. 21. diadakan dan menentukan pemenang bagi aktiviti tersebut. 2.9 Syarat-syarat Pertandingan  pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah bersama dengan salah seorang ahli keluarga masing-masing.  setiap aktiviti disertai oleh murid-murid dari setiap kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 mengikut ketetapan oleh pihak penganjur pertandingan.  setiap aktiviti pertandingan akan diwakili oleh empat pasukan murid dari setiap kelas. Elak pilih murid yang sama untuk semua aktiviti pertandingan.  ibu atau bapa murid yang terpilih akan bersama-sama anak mereka dalam pertandingan sukaneka sebagai motivator atau pemudah cara.  ibu atau bapa murid hanya bertindak sebagai pemudahcara kepada anak masing- masing dalam setiap pertandingan dijalankan. Membimbing anak untuk menyelesaikan masalah bukan memberi anak jawapan yang dikehendaki.  setiap aktiviti pertandingan akan diberi keterangan tentang format pertandingan oleh AJK Pertandingan kepada setiap pasukan sebelum acara pertandingan dimulakan.  pasukan yang melanggar ketetapan pertandingan akan disingkirkan dari penyertaan.  keputusan hakim dan pegawai pertandingan yang dilantik adalah muktamad. kertas projek sukaneka sainmatik 2013
  22. 22. kertas projek sukaneka sainmatik 2013

×