Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

9,082 views

Published on

Pengenalan
Cara pembiakan dll

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
9,082
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
114
Actions
Shares
0
Downloads
76
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Orkid Tanaman Hiasan & Landskap

  1. 1. TUGASAN BLOGHortikultur Hiasan & Landskap (Orkid)
  2. 2. HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID) BAB 1 : Pengenalan kepada orkidJenis-jenis Orkid – Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan Orkid dan persekitaran hidup semulajadinya Orkid yang popular di tanam di Malaysia
  3. 3. PENGENALAN KEPADA ORKIDPEMINAT seni taman yang bercadang menanam orkid perlu mengetahui beberapa perkara penting berkaitantumbuhan itu, khususnya bagi memudahkan pengurusan, penanaman dan pembiakan pokok.Bagaimanapun, penanaman orkid bergantung kepada keluasan halaman dan bentuk kediaman sama ada jenis banglo, teres, apartmen atau rumah kampung yang mempunyai halaman luas.WARNA merah dengan susunan kemas menyebabkan kadar harga orkid ini terus meningkat. Orkid atau nama botaniknya Orchidaceae, adalah satu kumpulan bungaan yang mempunyai banyak perbezaan dari aspek rupa bentuk dan pokok.Ada 100 genus orkid di negara ini. Antara yang popular ialah Dendrobium, Oncidium, Cattleya, Arachnis, Vanda, Renanthera dan Phalaenopis, manakala genus kacukan yang berjaya dihasilkan menerusi teknologi botani ialah Aeridovanda, Aeridanchis, Aranda, Arachnopsis, Burkillara, Christieara dan Doritaenopsis. Baka lain hasil kacukan termasuk Doritaenopsis, Holtumara, Kagawa, Laycockara, Limara, Mokara, Renantanda, Renanstylis, Renanthopsis, Rhyncovanda, Teohara, Vandaenopis, Vandachnis dan Vascostylis.Antara varieti genus hibrid yang popular ialah Aranda Chark Kuan dengan bunganya berwarnamagenta, Aranda Chritie (bintik merah jambu), Aranda Iskandar (kuning), Aranda Kooi Choo (biru), Aranda Lum Chin (kuning) dan banyak lagi nama baru dengan serlahan bunga pelbagai warna yang menarik. Bunga orkid terdiri dari sepal, petal, stamin dan pistil. Gabungan stamin dan pistil dipanggil kolum. Pada bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal dan sebelah dalamnya ada dua kelopak petal.
  4. 4. JENIS-JENIS ORKIDSecara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperticara pertumbuhan dan cara hidupnya.Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanyadipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun baru tumbuh disetiap hujung stem tersebut.Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anakdaripada bebawang yang telah matang.
  5. 5. ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYAMaksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.1. TanahOrkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkidmenggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda.Daripada pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampumeningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottisdan Phaius adalah salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.2. EpifitSejenis orkid yang hidup secara menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu ia tidak’mencuri’ keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telahdi tanam menggunakan beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antaraorkid epifit adalah genus Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopsis dan Vanda.
  6. 6. ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYA3. MemanjatOrkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup ditanah dan iamenjalar memanjat atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akarudara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah monopodial seperti genusDipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulanini.4. LitofitIa menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kitaboleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhidengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis orkid di dalam genusPaphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.
  7. 7. ORKID YANG POPULAR DI TANAM DI MALAYSIAKebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini keranabeberapa faktor seperti;• warna bunga yang lebih menarik• bunga yang tahan lama• pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar• harga yang murah berbanding orkid liar• saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar• sesuai untuk jualan keratan bungaTerdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalamkuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya.Antaranya; Dendrobium Phalaenopsis Arachnis Vanda Cattley Oncidium
  8. 8. HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID) BAB 2 : Cara Menanam Orkid Media penanaman orkidPenyediaan persekitaran hidup orkid Cara pembiakan orkid
  9. 9. MEDIA PENANAMAN ORKIDPenanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuaimengikut habitat asalnya seperti telah di terangkan di dalam sub topik;orkid dan persekitaran hidup semulajadinya. Terdapat beberapa jenis mediayang biasa digunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanamuntuk memilih kesesuaian media mengikut iklim mikro* kawasan penanamanda. Setiap media diterangkan secara ringkas untuk memudahkan andamendapatkan gambaran penggunaannya.1. Pecahan batu bata 6. Potongan batang paku pakis gajah2. Pecahan arang 7. Tunggul kayu3. Serbuk kayu 8.Potongan dahan tembusu4. Perlite 9. Tanah campuran 10. Tiada media5. Sphagnum moss
  10. 10. PENYEDIAAN PERSEKITARAN HIDUP ORKIDOrkid seperti tanaman yang lain juga yang memerlukan penanammenyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lainyang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaankepada orkid boleh di beri dengan penyediaan teduhan sebab setiapjenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagaicontoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100%manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya mataharihanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasadigunakan oleh penanam orkid.a. Rumah teduhanb. Tanaman bersama pokok teduhan
  11. 11. CARA PEMBIAKAN ORKID Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:a) pembiakan daripada anak benihb) daripada ‘flask’c) pot komunitid) pot individu - pembahagian rumpun - keratan daripada pokok induk dan biji benih
  12. 12. HORTIKULTUR HIASAN & LANDSKAP (ORKID) BAB 3 : CARA PENJAGAAN ORKID Penyiraman Pengudaraan Pembajaan Kawalan penyakit dan perosak orkidPanduan membeli racun serangga dan kulat
  13. 13. PENYIRAMANDi atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telahmelakukan penyiraman yang melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah anda ‘menjemput’penyakit kepada kloeksi orkid anda. Ini kerana orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya seperti yang telahditerangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya.Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:a. Cuaca semasaKadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.b. Media tanaman digunakanJika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah kurang daripadamedia yang cepat kering.c. Iklim mikroBermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda denganpenanam orkid yang lain.Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang. Penyiraman di waktutengahari akan menyebabkan air yang bertakung di celah daun akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecurdek proses pemanasan air oleh matahari.Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah
  14. 14. PENGUDARAAN Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah diserang penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak terlalu padat atau membekal pengudaraan buatan sepertimemasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.
  15. 15. PEMBAJAAN Pembajaan adalah sesuatu yang mesti diberi kepadatanaman termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti hidup orkid yang lebih baik. Bagaimana teknik membaja orkid? ‘WEAKLY, WEEKLY‘ Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untukanda membaja orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan kepekatan tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah dan merugikan anda.
  16. 16. PANDUAN MEMILIH BAJAPenerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks.Penulis cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendakanda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untuk pilihanpengguna. Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungikadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan bajayang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.Biasanya pada label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.Contoh: Baja A : N P K +TE : 13 27 27 1%Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid andakerana mengandungi unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak27%. +TE di sini bermaksud baja ini mempunyai ‘trace element’ atau unsursurih sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud nutrien tambahan yang diperlukan olehtanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  17. 17. PANDUAN MEMILIH BAJAPenggunakan baja organik ‘B’GREEN seaweed’ untuk memberipertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN bloom & fruit’ untuk membekalnutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.B’GREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya denganseaweed yang mana ia telah digunakan secara meluas di seluruh duniasebagai baja kerana mengandungi beberapa hormon semulajadi yangamat diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) danmengandungi elemen sebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat danserangga penghisap cecair tumbuhan.B’GREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N PK +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan untukmempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan nutrienoleh tumbuhan.
  18. 18. KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK ORKIDKawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk andaambil perhatian. Ini kerana ia mempengaruhi kualiti hidup orkid danmungkin yang lebih penting anda mungkin kehilangan orkid andaselamanya.Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada bawaan 4 elemen :• Virus• Bakteria• Serangga• Kulat
  19. 19. VIRUSPenyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara telitikerana memerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanyamelemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan kehilangan poko korkid kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan virus andaperlu menjaga kebersihan kawasan penanaman. Untuk rawatan, andaperlu memusnahkan pokok yang dijangkiti.
  20. 20. BAKTERIABiasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria meyamai denganpenyakit bawaan kulat. Apa yang penulis perhatikan, penyakit bawaanbakteria adalah lebih cepat merebak berbanding bawaan kulat. Tandabiasa penyakit bawaan bakteria ialah reput pada mana-mana bahagianpokok dan berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembapdan pengudaraan yang kurang baik adalah antara faktor jangkitan.Antara penyakit bawaan bateria adalah:Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepatmerebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.Reput daun ( Brown Rot) – bintik berair pada daun, daun kuning dangugur.
  21. 21. KULATTanda seperti disebabkan oleh bakteria tetapi kadar merebak lebihlambat dan tidak mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanamanyang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah puncautama jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkidialah:AntraknoseBlack leaf spotCercospora leaf spotReput hitam ( Black rot)Reput pangkal ( Basal rot)Reput pucuk ( Crown rot)
  22. 22. RAWATAN TERHADAP BAKTERIA DAN KULAT1. Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulismembuang rumpun kecil yang dijangkiti. Jika orkid monopodial, iabiasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang dijangkitisahaja.2. Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian denganpenyakit kepada rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkahberjaga mengelakkan jangkitan.3. Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat,jika masih terdapat sebarang jangkitan, ulangi proses di atas.
  23. 23. SERANGGASerangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang biasa. Antara serangga yang popularmenyerang orkid adalah :a. Semut e. White fliesb. Aphid f. Mitesc. Lipas g. Scale insectsd. Kumbang h. SiputAphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecairtumbuhan. Mereka biasa terdapat di bawah daun orkid dan mudah di lihat dengan mata kasar. Iaakan menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahan daunan danbatang orkid.White flies – seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.
  24. 24. SERANGGAMites - warna kemerahan di belakang daun, belakang daun akan menjadi kuning dan hitam jikajangkitan teruk serta cepat merebak. Ia suka keadaan yang kering.Scale insect – warna kuning keputihan di atas daun dan batang pokok orkid.Thrips – warna agak coklat di atas daun orkid.Kebiasaannya orkid akan diserang oleh mites dan white flies sahaja. Ia menyerang orkid yangmempunyai daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, Catasetum dan Coelogyne.Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembang dengan memakan kudupbunga dan juga pendebugaan yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang kumbangberwarna kuning yang selalu meninggalkan larva pada tangkai bunga yang akan memakankeseluruhan bunga. Lebah dan semut tidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar dan pucuk muda pokok orkidanda. Ini akan merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksi penulis hanya berhadapan dengan masalahsiput sahaja.
  25. 25. INFORMASI TAMBAHANKULTUR TISU ORKID
  26. 26. GAMBAR

×