Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI  Ditulis oleh Mohd Ashraf bin Hj. Shuib       http://www.mohdashraf.comHak Cipt...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPanduan asas ini akan membantu anda memahami asastanaman cili secara fertigasi.A...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASITAKRIF FERTIGASISistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara ...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPEMILIHAN BENIH CILIBenih yang digunakan dalam teknik fertigasi dipilih daripada...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPEMBAJAANBaja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air. Se...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPENJAGAAN POKOKPokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakk...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yangtersum...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIMEMUNGUT HASILPokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIRUMAH LINDUNGAN HUJANRumah Lindungan Hujan tidak menjadi satu kewajipan dalam ta...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI                      PESANAN PENAJAJika anda berminat untuk mencuba teknik fert...
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI                                   BIODATA PENULIS               Mohd Ashraf bin...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

32,608 views

Published on

  • Be the first to comment

Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

  1. 1. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI Ditulis oleh Mohd Ashraf bin Hj. Shuib http://www.mohdashraf.comHak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  2. 2. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPanduan asas ini akan membantu anda memahami asastanaman cili secara fertigasi.Anda akan pelajari: 1. Takrif Fertigasi 2. Alatan Asas Fertigasi 3. Pemilihan Benih Cili 4. Penyediaan Anak Benih 5. Pembajaan 6. Penjagaan Pokok 7. Memungut Hasil 8. Rumah Lindungan Hujan Ebook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi adalah percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai memahami Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi. Ianya tidak termasuk Panduan Lengkap Tanaman Cili Secara Fertigasi. Anda dibenarkan untuk memberikan ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengubah isi kandungan ebook ini. Anda tidak dibenarkan menjual ebook ini secara digital mahupun fizikal. Sila hantar feedback berkenaan ebook ini ke email contact@mohdashraf.com. >> Lawati blog penulis untuk mengetahui pelbagai teknologi dalam bidang agro di http://www.MohdAshraf.com<< Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  3. 3. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASITAKRIF FERTIGASISistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentakkepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasiadalah sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokokmendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secaraberkala.ALATAN ASAS FERTIGASIPenitis / DripperTiub MiniPenyambung Tiub MiniPaip poli 16mmPaip poli 25mm / 32mmPenapisPam ElektrikPengatur Masa ElektronikTangki Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  4. 4. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPEMILIHAN BENIH CILIBenih yang digunakan dalam teknik fertigasi dipilih daripada varieti yangberkualiti tinggi. Pada masa sekarang, benih Cili Kulai 568 F1 Hibrid menjadipilihan para petani kerana buahnya agak besar dan pokok sederhanatinggi. Perbandingan Cili Kulai 568 F1 Hibrid Cili Kulai bersama Cili Kulai biasa. 568 F1 HibridPENYEDIAAN ANAK BENIHBiji benih dirawat sebelum disemai ke dalam dulang semaian yang diisidengan peatmoss. Peatmoss digunakan kerana mempunyai kandunganbaja dan keadaannya yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih.Anak benih berumur 25-30 hari boleh dipindahkan ke polibeg. Polibeg yangbiasa digunakan untuk tanaman cili secara fertigasi adalah 16” x 16” danberwarna putih. Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  5. 5. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPEMBAJAANBaja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air. Selainitu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok daripadakeadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat, Zatbesi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesiumsulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natriummolibdat).Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yangberlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinyamendakan.Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam airbersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air bajayang akan dialirkan ke dalam polibeg. Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  6. 6. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPENJAGAAN POKOKPokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakkanpokok daripada tumbang jika angin kuat. Selain daripada itu, kayusokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan daripada melentur danpatah jika buah lebat pada sesuatu dahan.Jadual Pemberian Baja Bagi Tanaman Cili Selepas Dipindah Ke PolibegMINGGU MASA EC Antara 9.00am hingga 1 5.30pm 1.4-1.6 Antara 9.00am hingga 1.4-1.6 2 5.30pm Antara 9.00am hingga 3 5.30pm 1.6-1.8 Antara 9.00am hingga 4 5.30pm 2.0-2.2 Antara 9.00am hingga 5 5.30pm 2.2-2.4 Antara 9.00am hingga 6 5.30pm 2.4-2.6 Antara 9.00am hingga 7 5.30pm 2.4-2.6 8sehingga Antara 9.00am hingga tamat 5.30pm 2.5-2.6 Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  7. 7. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIPokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yangtersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja.MeracunRacun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun kulat.Memandangkan media tanaman yang digunakan adalah bebas daripadapenyakit bawaan tanah, maka pokok cili mendapat penyakit hanyadaripada serangan serangga, ulat dan kulat.Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili: 1. Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis racun. 2. Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudian meracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja. Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  8. 8. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIMEMUNGUT HASILPokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan buah.Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada bilanganpokok. Jika kurang daripada 2,000 pokok, buah cili dipungut setiap 2-3 harisekali selepas masak pada kali pertama. Anggaran hasil setiap kali pungutanuntuk keseluruhan 2,000 pokok adalah 30kg.Walau bagaimanapun, jika lebih daripada 3,000 pokok, buah bolehdipungut setiap hari.Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi kurang elokuntuk dijual. Secara purata, sepohon pokok cili dapat menghasilkan kira-kira2.5kg hingga 3 kg buah yang elok sepanjang hayat pokok tersebut.Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut: 1. Semasa buah masih hijau 2. Semasa buah sedikit kemerahan 3. Semasa buah sudah merahBuah yang berwarna sedikit kemerahan akan bertukar merah selepasbeberapa hari dipungut. Buah yang sedikit kemerahan ini lebih disukaipemborong kerana tahan lama.Buah hijau dan buah merah boleh dijual terus kepada kedai makan. Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  9. 9. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASIRUMAH LINDUNGAN HUJANRumah Lindungan Hujan tidak menjadi satu kewajipan dalam tanaman cili.Ramai pengusaha cili yang sudah berjaya tanpa Rumah Lindungan Hujan.Bergantung kepada cuaca, Rumah Lindungan Hujan amat diperlukan bagikawasan yang taburan hujannya tinggi seperti di kawasan CameronHighlands dan Taiping.Jika tiada Rumah Lindungan Hujan di kawasan tersebut, air hujan akanbercampur dengan air baja di dalam polibeg dan akan mengurangkankepekatan air baja untuk kegunaan tanaman dan akan merugikanpengusaha.Di kawasan utara, dalam masa satu tahun, hujan lebih kurang 3 hingga 4bulan sahaja. Bakinya dalam setahun tiada hujan. Maka agak membazir jikadidirikan Rumah Lindungan Hujan kerana hanya digunakan dalam masa 3hingga 4 bulan sahaja dan kos untuk membina Rumah Lindungan Hujan pulaadalah tinggi.Walau bagaimanapun, penggunaan Rumah Lindungan Hujan dapatmemberikan hasil yang lebih tinggi terutama pada musim hujan keranabuah yang dihasilkan lebih berkualiti disamping harga cili pada musim hujanadalah tinggi. Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  10. 10. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI PESANAN PENAJAJika anda berminat untuk mencuba teknik fertigasi,sebagai hobi dan sebagai salah satu cara untukmempelajari teknik fertigasi dengan mudah dan murah,anda boleh dapatkan DIY Set Mini Fertigasi Abi Agrodengan harga RM170 untuk Semenanjung Malaysia danRM190 untuk Sabah dan Sarawak. Harga yangdinyatakan termasuk penghantaran.TEMPAHANUntuk mendapatkan DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro, silalawati laman web http://www.abiagro.com.my Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my
  11. 11. PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI BIODATA PENULIS Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770- X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisukultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara kearah negara yang maju dalam pertanian. Masih lagi menuntut dalam bidang Sarjana diUniversiti Putra Malaysia, beliau ingin membuktikanbahawa pertanian bukan lagi untuk golongan bawahan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.comuntuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

×