JPU dan pembinaan item

24,906 views

Published on

Langkah menyediakan JPU dan membina item soalan objektif dan esei
Untuk sesiapa yang inginkan document ini anda boleh emailkan kepada saya zuzanmichael@gmail.com sbb sy jarang bukak page ni. TQ

68 Comments
49 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
24,906
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
38
Actions
Shares
0
Downloads
56
Comments
68
Likes
49
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

JPU dan pembinaan item

  1. 1. 14.0 PENILAIAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJARPengujian, pengukuran dan penilaian merupakan konsep penting dalam bidangpendidikan yang tidak boleh dipisahkan dalam penilaian terhadap pencapaian pelajar.Ketiga-tiga konsep ini berjalan seiring antara satu sama lain, tanpa salah satu konsep ini,maka tidak sempurnalah sesuatu penilaian itu dibuat. Dengan kata lain, pengujian adalahcara menilai, kemudian, pengukuran merupakan sebagai alat yang menentukan tahappenguasaaan pelajar dan akhirnya penilaian dibuat berdasarkan dua konsep tersebut. Konsep ini dapat menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap pembelajaranyang telah diajarkan oleh guru mereka. Justeru, ianya juga adalah untuk menentukankesesuaian pengajaran guru kepada pelajarnya agar boleh diperbaiki pada semasa kesemasa, namun, faedahnya juga adalah untuk pelajar supaya mereka dapat menguasaisepenuhnya matapelajaran yang diajarkan dengan lebih mudah dan cepat. Membina Jadual Penentu Ujian ( JPU) sangat penting bagi memastikan soalanyang dibina berkualiti dan mampu memberi ukuran yang tepat bagi penguasaan pelajar.Setiap guru perlu mengetahui cara-cara untuk membina JPU ini. Hal ini penting bagi guruuntuk menentukan tahap penguasaan sebenar pelajar dalam setiap topik.
  2. 2. BAHAGIAN 1PROSES MEMBINA JPUTerdapat 6 peringkat dalam membina JPU:Peringkat 1 Jadual mesti dibahagikan kepada dua bahagian atau dimensi, • Dimensi satu harus mengandungi objektif yang dikehendaki atau kandungan utama dalam sukatan pelajaran • Dimensi kedua mengandungi kemahiran pengajaran (6 aras taksonomi bloom) bagi setiap objektif. Kemahiran Kandungan Jadual 1Peringkat 2Dalam dimensi atau bahagian pertama susun objektif atau kandungan pengajaranmengikut kepentingan kandungan dari atas ke bawah. Adalah lebih mudah pengkelasandibuat mengikut susunan mata pelajaran. Penyusunan mungkin dibuat berdasarkankepentingan kandungan atau mengikut kepentingan objektif atau kemahiran dalampengajaran atau perkembangan kandungan kurikulum itu perlu disampaikan kepadapelajar secara berperingkat-peringkat. • Satu lajur ditambah di sebelah kiri kandungan, lajur ini dinamakan bilangan. • Lihat jadual 2 disebelah.
  3. 3. Jadual 2Bil Kandungan Kemahiran Reka Bentuk dan1 Penghasilan Projek2 Elektrik3 Kerja paip4 Tanaman HiasanPeringkat 3• Dalam dimensi kedua pula, bahagikan turus berkenaan kepada 8 lajur mengikut susunan seperti berikut dari kiri ke kanan: Daya Ingatan (pengetahuan), Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis,dan penilaian.• Lihat jadual 3 di bawah
  4. 4. Kemahiran Pengetahuan KefahamanBil Penilaian Aplikasi Analisis Sintesis Kandungan Bidang Pelajaran 1 :1 Pemakanan dan Pengurusan Sajian Bidang Pelajaran 2 :2 Bater Bidang Pelajaran 3 :3 Kuih Tempatan Bidang Pelajaran 4 :4 Jahitan (1) Jadual 3
  5. 5. • Dua baris ditambah di bawah dan dua lajur ditambah di sebelah kanan, untuk memasukkan; jumlah item, dan peratusan wajaran. (%). • Seperti yang terdapat dalam jadual 4.Bil Kandungan Kemahiran Jumlah Wajaran Item (%) Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian 1 Bidang Pelajaran 1 : Organisasi Bengkel dan Keselamatan 2 Bidang Pelajaran 2 : Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek 3 Bidang Pelajaran 3 : Elektrik 4 Bidang Pelajaran 4 : Kerja Paip Jumlah Item Wajaran (%) Jadual 4Peringkat 4Langkah 1 - Menentukan jumlah keseluruhan item.
  6. 6. Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Pilihan ERT( Tingkatan 1 )Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)1. Organisasi Bengkel dan Keselamatan2. Reka Bentuk Dan Penghasilan Projek3. Elektrik4. Kerja Paip5. Jahitan6 Tanaman HiasanPilihan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)7. Pemakanan dan Pengurusan Sajian8. Bater9 Kuih Tempatan10 Pakaian11 Jahitan (1)12 Pengenalan Kepada PerniagaanJumlah ItemWajaran ( % ) Jadual 5Langkah 2 - Mengisi jumlah item mengikut topik.Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)
  7. 7. 1. Organisasi Bengkel 4 dan Keselamatan2. Reka Bentuk Dan 10 Penghasilan Projek3. Elektrik 74. Kerja Paip 85. Jahitan 66 Tanaman Hiasan 5Pilihan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)7. Pemakanan dan 5 Pengurusan Sajian8. Bater 29 Kuih Tempatan 310 Pakaian 311 Jahitan (1) 412 Pengenalan Kepada 3 PerniagaanJumlah Item 60Wajaran ( % ) Jadual 6Langkah 3 - Mengisi jumlah item mengikut aras kemahiran
  8. 8. Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)1. Organisasi Bengkel 1 2,3 4 - - - 4 dan Keselamatan2. Reka Bentuk Dan 5 6,7,8 9,10,11 12,13 - 14 10 Penghasilan Projek3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 74. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 85. Jahitan 30 31,32 33,34,35 - - - 66 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5Pilihan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)7. Pemakanan dan 41 42 43 44,45 - - 5 Pengurusan Sajian8. Bater - 46 - 47 - - 29 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 310 Pakaian 51 52 - 53 - - 311 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 412 Pengenalan Kepada 58 59 60 - - - 3 PerniagaanJumlah Item 11 17 17 12 1 2 60Wajaran ( % ) Jadual 7Langkah 4 - Menentukan wajaran
  9. 9. Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)1. Organisasi Bengkel 1 2,3 4 - - - 4 6.67 dan Keselamatan2. Reka Bentuk Dan 5 6,7, 8,9,10, 12,13,11 - 14 10 16.67 Penghasilan Projek3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 7 11.674. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 8 13.335. Jahitan 30,31 32,33,34 35 - - 6 106 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5 8.33Pilihan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)7. Pemakanan dan 41 42 43 44,45 - - 5 8.33 Pengurusan Sajian8. Bater - 46 - 47 - - 2 3.339 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 3 510 Pakaian 51 52 - 53 - - 3 511 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 4 6.6712 Pengenalan Kepada 58 59 60 - - - 3 5 PerniagaanJumlah Item 10 16 17 14 1 2 60Wajaran ( % ) 16.67 26.67 28.33 23.33 1.67 3.33 100% Jadual 8 CONTOH PENGIRAAN WAJARAN;
  10. 10.  Cara pengiraan peratus wajaran. JUMLAH ITEM X 100 JUMLAH KESELURUHAN ITEM  Contoh pengiraan nilai wajaran bagi aras pengetahuan ialah:- JUMLAH ITEM X 100 JUMLAH KESELURUHAN ITEM = 14 X 100 60 = 23.33%  Dan seterusnya, untuk mengira peratus wajaran bagi aras lain perlu menggunakan formula seperti di atas.1.0 JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 KEMAHIRAN HIDUP ELEKTIF PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA
  11. 11. Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup ( Tingkatan 1 )Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)1. Organisasi Bengkel 1 2,3 4 - - - 4 6.67 dan Keselamatan2. Reka Bentuk Dan 5 6,7, 8,9,10, 12,13,11 - 14 10 16.67 Penghasilan Projek3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 7 11.674. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 8 13.335. Jahitan 30,31 32,33,34 35 - - 6 106 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5 8.33Pilihan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)7. Pemakanan dan 41 42 43 44,45 - - 5 8.33 Pengurusan Sajian8. Bater - 46 - 47 - - 2 3.339 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 3 510 Pakaian 51 52 - 53 - - 3 511 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 4 6.6712 Pengenalan Kepada 58 59 60 - - - 3 5 PerniagaanJumlah Item 10 16 17 14 1 2 60Wajaran ( % ) 16.67 26.67 28.33 23.33 1.67 3.33 100%
  12. 12. 1.1 Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup (Bidang Tingkatan 1 Pilihan EkonomiRumah Tangga) (Rujuk huraian sukatan yang dilampirkan)1.2 Langkah-langkah dalam Penyediaan JPU1.2.1 Menentukan kandungan sukatan mata pelajaran atau kemahiran yang hendak diuji.Ia dilakukan dengan menyenaraikan tajuk atau objektif dalam sukatan mata pelajaran.Dalam menentukan bilangan soalan/item yang dibina bagi setiap aras kemahiran, iamestilah bertepatan dengan penekanan dalam kurikulum dan juga kepentingantajuk/kemahiran dalam kurikulum. Guru seharusnya memastikan ujian yang akan dibinaitu benar-benar dapat mencerminkan kurikulum itu sendiri walaupun kandungan yangdipilih hanyalah merupakan representatif daripada kandungan keseluruhan kurikulum.Guru juga seharusnya dapat memberikan pemberatan yang saksama atau seimbang antarakandungan dan kemahiran yang diperlukan daripada kurikulum berkenaan.Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah untuk melahirkan insan yang berdikari,kenal, memahami teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan mempunyakeyakinan diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.setiap aras kemahiran akan di isi dengan beberapa soalan bergantung kepada pemberatantajuk. Misalnya bagi subjek Kemahiran Hidup jumlah soalan objektif untuk subjekKemahiran Hidup ialah 60 soalan iaitu 40 soalan untuk bahagian teras dan 20 soalanuntuk soalan elektif..
  13. 13. 1.2.2 Menentukan jenis soalan / item yang sesuai digunakanKeadaan ini bergantung kepada guru sama ada sesuatu tajuk atau objektif itu terletakpada aras kemahiran yang rendah (mengingat seperti fakta-fakta atau memahami sahajasudah mencukupi) atau pada kemahiran yang tinggi (aplikasi, analisis, sintesis danpenilaian). Guru seharusnya menentukannya terlebih dahulu berdasarkan kurikulum yangdiajar. Seandainya guru perlu menguji pada kemahiran yang rendah, maka jenis ujianberikut boleh digunakan : 1. Objektif pelbagai pilihan 2. Mengisi tempat kosong 3. Padanan 4. Benar-salah 5. Soalan pendekSoalan /item yang menguji pelajar pada peringkat kemahiran yang lebih tinggi atau lebihdikenali sebagai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), maka jenissoalan /item berikut boleh digunakan :- 1. Objektif pelbagai pilihan 2. Soalan jawapan pendek 3. Soalan berstruktur 4. Soalan esei Terdapat tindanan antara kemahiran aras rendah dan kemahiran aras tinggi dalammenyediakan jenis soalan/item. Ini semuanya bergantung kepada guru. Jenis-jenis soalan/
  14. 14. item berkenaan boleh digunakan dalam kedua-dua situasi berkenaan iaitu kemahiran arastinggi atau rendah. Perbezaan di antara kemahiran aras tinggi atau rendah adalah terletakkepada pendekatan pelajar menjawab soalan berkenaan serta aktiviti kognitif yangberlaku ke atas mental pelajar. Dalam soalan objektif pelbagai pilihan, guru boleh membina item pada peringkatanalisis dan pelajar boleh menjawabnya pada peringkat analisis sekiranya pelajar tersebutbetul-betul menganalisis ‘stem’ (pernyataan) tersebut untuk memilih jawapan. Merekajuga cuba untuk menganalisis pilihan (opsyen) yang diberikan dalam menentukanjawapan yang tepat sekali. Terdapat juga pelajar yang memperolehi jawapan tanpamelakukan analisis kepada ‘stem’ atau opsyen, di mana pelajar tersebut terusmenghitamkan A,B,C atau D sebagai jawapan. Dengan itu, tidak berlakunya sebarangaktiviti analisis yang berlaku pada kognitif pelajar. Pelajar hanya bergantung kepadanasib bagi memperolehi jawapan yang betul dengan kebarangkalian 0.25 (bagi empatpilihan jawapan). Perkara ini juga berlaku dengan soalan Benar-Salah, di mana pelajarmempunyai kebarangkalian sebanyak 0.5 (bagi jawapan yang benar dan salah). Oleh itu,guru disyorkan untuk menguji pada peringkat tinggi, dengan menggunakan jawapanpendek atau esei. Pemilihan soalan pada peringkat aras rendah atau tinggi adalahbergantung kepada kehendak kurikulum yang digunakan. Bagi subjek Kemahiran Hidup, setiap tajuk dalam subjek ini lebih ditekankankepada aspek kemahiran aras rendah dan tinggi. Aras rendah penting supaya para pelajardapat memahami sesuatu topik itu terlebih dahulu sebelum beralih ke peringkat yanglebih sukar dalam aras kemahiran tinggi.
  15. 15. 1.2.3 Pembahagian bilangan soalan / item bagi setiap bidang dalam sukatan matapelajaran dan menentukan masa yang diperuntukan bagi setiap ujian.Jumlah item yang hendak dibina bergantung kepada jenis soalan yang hendak dibuat danmasa yang diperuntukan untuk ujian tersebut. Secara umumnya, bagi ujian bilik darjahguru dibenarkan menggunakan satu waktu mengajar. Ianya juga bergantung kepadakesukaran ujian yang dibina. Secara amnya, sesuatu ujian itu dibuat dengan kadar 25%bagi soalan aras rendah, 40% soalan aras sederhana dan 35% soalan aras tinggi.Kemahiran aras rendah, sederhana dan tinggi adalah relatif mengikut aras perkembanganpelajar. Peringkat kemahiran yang hendak diuji adalah bergantung kepada objektifkurikulum. Ini adalah untuk mengelakkan pelajar cuba menjawab soalan di luarkemahiran mereka atau pun di luar sukatan pelajaran seterusnya menjadikan ujian yangdibina oleh guru tersebut tidak sah. Bilangan soalan yang hendak dibina seharusnya cukup bagi menguji kemahiranpelajar dalam kandungan/tajuk atau perlakuan yang diajar. Lebih banyak soalan yangdimasukkan, maka lebih masa perlu diperuntukkan untuk menjawab dan lebih panjanglagi masa ujian yang perlu diperuntukkan. Oleh itu, ujian bulanan adalah lebih ringkasberbanding dengan ujian semester. Ujian bulanan hanya memuatkan pengajaran dalamtempoh sebulan, manakala ujian semester meliputi apa yang telah diajar untuk satusemester dan lebih bersifat sumatif berbanding dengan ujian bulanan. Dalam konteks ujian di bilik darjah, semua ujian yang dibina adalah ujian kuasa(power test) dan bukannya ujian kelajuan (speed test). Oleh kerana itu, pelajar seharusnya
  16. 16. diberikan masa yang mencukupi bagi menjawab semua item. Bagi menentukan masayang mencukupi bagi sesuatu ujian pencapaian ialah dengan memastikan sekurang-kurangnya 85% pelajar dapat menjawab semua soalan ujian berkenaan dalam tempoh danmasa yang ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tempoh masa bagisesuatu ujian :- I. Jenis item Soalan subjektif atau soalan objektif II. Aras Perkembangan Kognitif Pelajar • Murid Sekolah Rendah (Tahun 1 Hingga Tahun 6) • Pelajar Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 5) • Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 6 Rendah Ke Tingkatan 6 Atas) III. Aras kebolehan pelajar • Pelajar cemerlang • Pelajar sederhana • Pelajar lemah IV. Panjang dan kompleksnya item Bilangan item dan penggunaan rangsangan dalam item.
  17. 17. V. Kemahiran yang diuji Kemahiran mengingat boleh menggunakan masa yang singkat, berbanding item yang memerlukan kemahiran tinggi. VI. Sama ada memerlukan komputasi (kualitatif atau berbentuk kuantitatif)Jenis item yang digunakan dalam ujian ini ialah soalan objektif dengan aneka pilihan.Soalan ini juga dirangka bersesuaian dengan aras perkembangan kognitif para pelajariaitu pelajar tingkatan. Ujian ini juga perlu sesuai untuk semua pelajar kerana semuapelajar mempunyai aras kebolehan berbeza sama ada cemerlang, sederhana ataupunlemah. Penggunaan rangsangan dalam item penting supaya pelajar dapat merangsangminda mereka untuk menjawab soalan tersebut. Masa yang ditetapkan untuk ujian iniialah 1 jam 30 minit untuk 60 soalan. Setiap soalan diperuntukkan masa sebanyak 1.5minit.1.2.4 Menentukan aras kemahiran yang diperlukan.Ia dilaksanakan dengan menetapkan soalan/item dari setiap bahagian mata pelajaranuntuk menggambarkan bahawa pelajar dapat menguasai mata pelajaran berkenaansekiranya mereka lulus ujian berkenaan Setiap soalan dalam ujian Kemahiran Hidupbermula dengan aras rendah dan meningkat kepada aras tinggi. Hal ini bertujuan supayapelajar dapat membina keyakinan diri untuk menjawab soalan yang lebih sukar.
  18. 18. 1.2.5 Menentukan aras kesukaran item. Bagi ujian objektif pelbagai pilihan, kesukaran item dinyatakan dalam nilai-p iaituperkadaran pelajar dapat menjawab dengan betul. Sering kali perkadaran ini ditulis dalambentuk peratusan pelajar yang dapat menjawab dengan betul. Seandainya dalam kelas itumengandungi 30 orang pelajar dan bilangan pelajar yang mendapat jawapan betul bagiitem 7 ialah 8 orang sahaja; maka nilai bagi item 7 ialah 0.27 (7/30) atau 27% kesukaran.Situasi ini berlainan bagi soalan jenis esei, yang mana soalan esei tidak menetapkan betulsalah bagi sesuatu item/soalan. Markah diberikan berdasarkan prestasi pelajar menjawabsesuatu soalan/item berkenaan. Dengan itu, sekiranya markah penuh bagi sesuatu ujianitu ialah 10, maka pelajar boleh mendapat markah antara 0 hingga 10 dan dengan itu,kesukaran soalan esei adalah bergantung kepada skor purata bagi soalan berkenaan.Jadual Penentuan UjianSebelum sesuatu ujian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian(JPU) mesti dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue print ujian yang perludibina. Proses pembinaan JPU dilakukan apabila pembina atau guru dapat menetapkanjenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU ini dapat membantupembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yangakan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan
  19. 19. BAHAGIAN 22.0 Membina Empat Item Objektif Yang Terdiri Daripada Pelbagai ArasTaksonomi Bloom P S Q RSOALAN 1Apakah nama bahagian yang bertanda R? A Sesendal B Pelompat C Pemulas D Gandar2.1.1 Soalan 1 dipilih daripada sel item Kerja paip, soalan nombor 23.2.1.2 Mengenal pasti jenis dan bahagian utama pili.2.1.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.1.2 adalah bentuk memadan2.1.4 Dalam item memadan pelajar dikehendaki memadan sesuatu perkara dengan pilihan-pilihan yang diberi.2.1.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras pengetahuan
  20. 20. SOALAN 2 :Yang berikut adalah antara ciri-ciri kebaikan papan lapis jika dibandingkan dengan papan biasa, kecuali? A Tidak kalis air B Permukaannya lebih nipis dan rata C Diperoleh dalam saiz yang lebih lebar D Tidak mudah pecah apabila dipaku dibahagian hujungnya2.2.1 Soalan 2 dipilih daripada sel item Reka bentuk dan penghasilan projek, soalan nombor 7.2.2.2 Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan bahan2.2.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.2.2 berbentuk negatif.2.2.4 Semua pilihan jawapan yang dikemukakan benar kecuali terdapat satu pernyataan yang salah berhubung stem yang dikemukan2.2.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras kefahamanSOALAN 3 :Jika diberi kos bahan untuk membuat 10 keping cucur udang ialah RM 1.50, kos upahRM 1.00, kos sampingan RM 0.70. hitungkan kos pengeluaran bagi sekeping cucurudang? A. RM3.20 B. RM0.32 C. RM0.15 D. RM0.252.3.1 Soalan 3 dipilih daripada sel item kuih tempatan, soalan nombor 49.2.3.2 Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan membuat pengiraan kos kuih tempatan
  21. 21. 2.3.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.3.2 adalah stem tertutup.2.3.4 Item ini mengemukakan masalah dalam ayat lengkap dan pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul.2.3.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras aplikasi.SOALAN 4 :Susun semula aturan yang betul dalam kerja pemasangan benang pada mesin jahit. I. Benang dipasang di tiang benang II. Melalui ceper penegang benang III. Melalui tuas pemegang IV. Melalui jarum A. I, II, III, IV B. I, III, IV, II C. II, I, IV, III D. II, III, IV, I2.4.1 Soalan 4 dipilih daripada sel item jahitan , soalan nombor 35.2.4.2 Memasang benang atas dan benang bawah2.4.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.4.2 adalah melengkapkan aneka gabungan2.4.4 Pelajar perlu memilih antara beberapa gabungan bagi menentukan gabungan yang dikehendaki oleh soalan.2.4.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras analisis
  22. 22. BAHAGIAN 33.1 Objektif Menyediakan rancangan kerja untuk sarapan, minum pagi dan minum petang.3.2 Soalan esei lebih sesuai digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran kerana • Soalan esei merupakan satu soalan yang menghendaki calon menulis jawapannya sendiri dengan cara atau gayanya yang tersendiri dan ini boleh boleh mengurangkan elemen meneka jawapan yang betul dan bukannya memilih jawapan daripada beberapa alternatif yang diberikan. Ia boleh menguji banyak kemahiran terutamanya kemahiran di peringkat tinggi. • Soalan esei biasanya memberikan panduan yang terhad tentang apa yang diperlukan daripada seseorang calon. • Maka penekanan tugasan dalam soalan esei terletak ke atas kebolehan pemeriksa untuk menentukan kualiti respon calon. • Oleh itu ketepatan dan kualiti jawapan calon hanya dapat ditentukan oleh mereka yang sememangnya pakar dalam bidang berkenaan, kemahiran dan berilmu dalam mata pelajaran yang diuji. • Soalan esei yang baik mempunyai matlamat untuk menguji kemahiran kognitif yang kompleks :  Menekankan tugasan  Mengorganisasi  Menggunakan maklumat yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah novel  Membentuk satu kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah • Soalan esei memberikan kebebasan yang luas kepada calon untuk mengemukakan jawapannya. • Boleh menggunakan sebarang pendekatan yang difikirkan sesuai selaras dengan kehendak soalan.
  23. 23. • Selalunya calon dikehendaki menjawab satu-satu soalan esei dalam lingkungan masa 30 minit atau lebih.• Dapat menaksir kebolehan pelajar berfikir dan menyediakan pengetahuan dari pelbagai aspek kepada sesuatu yang lebih bererti. Ini membenarkan pelajar berfikir dan menyediakan satu bentuk persembahan yang datangnya dari benak mereka sendiri dan tidak memilih dari alternatif yang disediakan.• Dapat membentuk kemahiran menulis yang baik dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.• Oleh itu, soalan esei yang dipilih seperti di bawah adalah kerana soalan berbentuk objektif adalah tidak sesuai sama sekali. Hal ini disebabkan jawapan yang diperlukan adalah lebih mendalam dan sangat menguji keupayaan pelajar terutamanya pada kemahiran sintesis. Pelajar perlu menyusun semula langkah-langkah tersebut dan diterjemahkan dalam bentuk tulisan dengan baik dan tepat. Pengalaman amali membuat hidangan tersebut dan mungkin telah melibatkan kemahiran aplikasi, dapat dijadikan sebagai panduan dan pelajar juga boleh mengolah seberapa banyak jawapan yang mereka boleh mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. Sebaliknya, jika soalan ini dibuat dalam bentuk objektif, tahap penguasaan setiap pelajar yang berbeza-beza tidak dapat dikenalpasti sama sekali dan seterusnya, guru tidak dapat membuat pengkayaan tetapi melakukan aktiviti pemulihan bab yang lemah oleh pelajar dan akan memakan masa juga. Jadi, soalan berbentuk esei adalah lebih jitu dalam menguji keupayaan sebenar pelajar yang meliputi kemahiran aras tinggi.
  24. 24. 3.3 Soalan Anda akan menerima tetamu seramai empat orang. Anda perlu menyediakan sarapan cara Timur. Anda diminta menyediakan 1) Nasi lemak 2) Sambal ikan bilis 3) Air teh 4) Buah betik Masa yang diperuntukkan selama 1jam. Anda perlu melengkapkan borang A, B dan C dalam menyediakan masakan tersebut. Senarai bahan : 250 g beras 300 ml santan 2 helai daun pandan ½ camt. garam 2 cm halia 120 g ikan bilis 10 tangkai cili kering 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 20 g asam jawa 1 cm belacan 2 camb. minyak ¼ biji timun 2 biji telur 4 uncang serbuk teh 250 ml susu 200 g gula halus ¼ biji buah betik.
  25. 25. Senarai harga bahan-bahan : Bahan-bahan RMBeras 2.00/kgGaram 0.40/kgHalia 3.20/kgCili kering 8.00/kgBawang merah 2.40/kgBawang putih 3.00/kgBawang besar 1.50/kgAsam jawa 3.50/kgBelacan 1.00/peketMinyak 2.20/kgTelur 0.25/bijiSerbuk teh 3.00/peketSusu 2.50/literGula halus 2.40/kgSantan 2.00/literDaun pandan 0.01/helaiBuah betik 1.00/bijiTimun 0.40/bijiIkan bilis 20.00/kg
  26. 26. Jawapan : Borang Perancangan Kerja : Senarai Ramuan – Borang A ( 4 Markah )BIL PILIHAN MASAKAN RAMUAN UTAMA KAEDAH MEMASAK1. Nasi lemak • 250 g beras Merebus • 300 ml santan • 2 helai daun pandan • ½ camt. garam • 2 cm halia Menggoreng • 120 g ikan bilis Sambal ikan bilis • 10 tangkai cili kering • ulas bawang merah • 2 ulas bawang putih • 1 biji bawang besar • 20 g asam jawa • 1 cm belacan • 2 camb. minyak Hiasan
  27. 27. • ¼ biji timun • 2 biji telur Merebus2. Air teh • 4 uncang serbuk teh • 250 ml susu • 200 g gula halus3. Buah betik Persediaan sejuk • ¼ biji buah betik
  28. 28. Borang Perancangan Kerja : Senarai Harga Bahan – Borang B ( 6 Markah )Bil Bahan kering Kuantiti Kos seunit Jumlah kos Bil Bahan basah Kuantiti Kos seunit Jumlah kos (RM) (RM) (RM) (RM)1. Beras 250 g 2.00/kg 0.50 1. Santan 300 ml 2.00/liter 0.602. Garam ½ camb. 0.40/kg 0.01 2. Daun pandan 2 helai 0.01/helai 0.023. Halia 2 cm 3.20/kg 0.02 3. Buah betik ¼ biji 1.00/biji 0.254. Ikan bilis 120 g 20.00/kg 2.40 4. Timun ¼ biji 0.40/biji 0.105. Cili kering 10 tangkai 8.00/kg 0.106. Bawang merah 4 ulas 2.40/kg 0.107. Bawang putih 2 ulas 3.00/kg 0.108. Bawang besar 1 biji 1.50/kg 0.109. Asam jawa 20 g 3.50/kg 0.0710. Belacan 1 cm 1.00/peket 0.0511. Minyak 2 camb. 2.20/kg 0.4412. Telur 2 biji 0.25/biji 0.5013. Serbuk teh 4 uncang 3.00/peket 0.6014. Susu 250 ml 2.50/liter 0.6015. Gula halus 200 g 2.40/kg 0.48 Jumlah 6.07 Jumlah 0.97Jumlah keseluruhan : RM 7.04
  29. 29. Borang Perancangan Kerja : Susunan Kerja – Borang C ( 10 markah) MASA SUSUNAN KERJA CATATAN7.00 pagi – 7.10 pagi Menyediakan bahan dan alatan menghidang : Didihkan air untuk membuat air teh 1. Kupas bawang dan halia serta bersihkan sayuran, semua bahan disusun atur dengan kemas di dalam dulang. 2. Sediakan meja dan alatan untuk menghidang. 3. Rebus telur. 4. Kupas dan potong betik. Sejukkan di dalam peti sejuk.7.10 pagi – 7.20 pagi Memasak nasi lemak : Apabila nasi hampir masak, karih nasi 1. Basuh beras dan toskan. 2. Masukkan beras, santan, daun pandan, halia dan garam ke dalam periuk. Didihkan sampai masak.7.20 pagi – 7.30 pagi Memasak sambal ikan bilis : 1. Kisar cili bersama bawang merah, bawang putih, bawang besar dan belacan. 2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat. 3. Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan
  30. 30. naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. 4. Masak hingga kuah pekat, masukkan ikan bilis, masak sebentar dan angkat.7.30 pagi – 7.35 pagi Menyediakan air : 1. Panaskan teko dengan sedikit air mendidih. 2. Masukkan teh uncang ke dalam teko dan tuang air mendidih ke dalamnya. 3. Tutup teko dan biarkan teh terseduh selama lima minit. 4. Masukkan susu ke dalam jag susu dan gula ke dalam mangkuk gula.7.35 pagi – 7.45 pagi Menghias dan menghidang : Kupas telur dan hiris timun 1. Alas pinggan makan dengan daun pisang, masukkan nasi ke dalam mangkuk kecil dan tekan untuk mendapatkan bentuk, letak nasi dalam pinggan. 2. Hiaskan nasi dengan telur rebus, hirisan timun dan sambal ikan bilis. 3. Hidangkan air teh bersama gula dan susu berasingan.
  31. 31. 4. Hidang potongan betik di atas pinggan.7.45 pagi – 7.50 pagi Membersih dan mengemas : Simpan alatan ke tempatnya Bersihkan semula alatan dan meja kerja yang digunakan.
  32. 32. RUMUSANMelalui pembinaan JPU ini guru dapat melihat dengan lebih jelas sejauhmanakah tahappenguasaan pelajar bagi setiap topik. Ujian yang dibuat mengikut standard JPU yangtelah ditetapkan akan menghasilkan ujian yang berkualiti di mana ujian ini mampumenguji tahap pengusaan pelajar pada semua aras kognitif. Penilaian akhir selepas ujianini ditadbir boleh dibuat secara individu ataupun sekumpulan individu. Jadi guru bolehmelihat tahap penguasaan semua pelajar dan juga setiap pelajar. Selepas penilaian dibuat guru boleh menentukan sama ada pelajar telahmenguasai sesuai topik ataupun tidak. Melalui penilaian ini guru boleh melihat dibahagian mana yang tidak dikuasai oleh pelajar dan seterusnya boleh membaiki carapengajaran dan memberi penekanan terhadap topik yang tidak dikuasai oleh pelajartersebut. Hal ini menunjukkan JPU sangat penting sebelum sesuatu ujian dibuat. Jadi setiapguru perlu mempunyai kemahiran dalam membina JPU mengikut standard yang telajditetapkan.

×