Jadual Penentu Ujian

11,295 views

Published on

Langkah-langkah menyediakan JPU

Published in: Education
8 Comments
21 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
11,295
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
10
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
8
Likes
21
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Jadual Penentu Ujian

  1. 1. BAHAGIAN 11.1 Sukatan Pelajaran (Sila rujuk lampiran)1.2 Langkah-langkah membuat Jadual Penentuan Ujian Matapelajaran : Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Tingkatan : 4 Damai Semester : Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011Langkah 1Membina jadual 2 dimensi, satu dimensi dilukis secara menegak yang diisi topikatau isi kandungan bagi matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4.Manakala dimensi kedua dilukis secara mendatar yang diisi kemahiranpengajaran mengikut aras Taksonomi Bloom. Isi KemahiranKandungan Jadual 1Langkah 2Menyusun senarai isi kandungan dari atas ke bawah mengikut urutan yang betulseperti yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Ekonomi RumahTangga Tingkatan 4.Bil Isi kandungan Kemahiran1 Makanan dan Pemakanan2 Diet3 Pemilihan dan Penyimpanan Makanan4 Prinsip Memasak5 Pengurusan Sajian6 Sanitasi Makanan7 Kajian Fabrik8 Peralatan Jahitan Jadual 2
  2. 2. Langkah 3Bahagikan kepada lapan lajur dalam dimensi kedua mengikut susunan dari kiri ke kanan. Enam lajur pertama diisidengan aras Taksonomi Bloom iaitu dimulai dengan Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.Manakala dua lajur terakhir diisi dengan jumlah item dan wajaran(%).Bil Isi kandungan Kemahiran Jumlah Wajaran Pengetahua Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item % n1 Makanan dan Pemakanan2 Diet3 Pemilihan dan Penyimpanan Makanan4 Prinsip Memasak5 Pengurusan Sajian6 Sanitasi Makanan7 Kajian Fabrik8 Peralatan Jahitan Jumlah Item Wajaran % Jadual 3
  3. 3. Langkah 4 i) Nyatakan bilangan soalan iaitu sebanyak 40 soalan bersamaan dengan wajaran 100%. Wajaran soalan bergantung kepada jumlah banyaknya peruntukkan topik dan sub topik dalam sukatan matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Bab 1 = 6 sub topik Bab 2 = 5 sub topik Bab 3 = 4 sub topik Bab 4 = 5 sub topik Bab 5 = 5 sub topik Bab 6 = 2 sub topik Bab 7 = 3 sub topik Bab 8 = 2 sub topik Jumlah Sub Topik : 32 sub topik Formula wajaran= Jumlah sub topik setiap bab x 100% Jumlah semua sub topik Wajaran Bab 1 (6/32) x 100% = 18.75 Wajaran Bab 2 (5/32) x 100% = 15.63 Wajaran Bab 3 (4/32) x 100% = 12.5 Wajaran Bab 4 (5/32) x 100% = 15.63 Wajaran Bab 5 (5/32) x 100% = 15.63 Wajaran Bab 6 (2/32) x 100% = 6.25 Wajaran Bab 7 (3/32) x 100%
  4. 4. = 9.38Wajaran Bab 8 (2/32) x 100% = 6.25
  5. 5. Bil Isi kandungan Kemahiran Jumlah Wajaran Pengetahua Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item % n1 Makanan dan 18.75 Pemakanan2 Diet 15.633 Pemilihan dan 12.50 Penyimpanan Makanan4 Prinsip Memasak 15.635 Pengurusan Sajian 15.636 Sanitasi Makanan 6.257 Kajian Fabrik 9.388 Peralatan Jahitan 6.25 Jumlah Item - Wajaran % 100 Jadual 4
  6. 6. ii) Proses menentukan bilangan item mengikut wajaran berdasarkan isi kandungan matapelajaran Ekonomi Rumah Tannga Tingkatan 4. Formula jumlah item = Nilai wajaran x jumlah soalan diperuntukkan 100 (40 soalan) Jumlah Item Bab 1 (18.75/100) x 40 = 7 Jumlah Item Bab 2 (15.63/100) x 40 = 6 Jumlah Item Bab 3 (12.50/100) x 40 = 5 Jumlah Item Bab 4 (15.63/100) x 40 = 6 Jumlah Item Bab 5 (15.63/100) x 40 = 6 Jumlah Item Bab 6 (6.25/100) x 40 = 3 Jumlah Item Bab 7 (9.38/100) x 40 = 4 Jumlah Item Bab 8 (6.25/100) x 40 = 3 JUMLAH 40 soalan
  7. 7. Bil Isi kandungan Kemahiran Jumlah Wajaran Pengetahua Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item % n1 Makanan dan 7 18.75 Pemakanan2 Diet 6 15.633 Pemilihan dan 5 12.5 Penyimpanan Makanan4 Prinsip Memasak 6 15.635 Pengurusan Sajian 6 15.636 Sanitasi Makanan 3 6.257 Kajian Fabrik 4 9.388 Peralatan Jahitan 3 6.25 Jumlah Item 40 - Wajaran % - 100 Jadual 5
  8. 8. iii) Andaian aras kemahiran Pengetahuan (25%), Kefahaman (25%), Aplikasi (25%), Analisis (25%), Sintesis (0%), dan Penilaian (0%). Ini bagi mendapatkan jumlah item dan peratusan wajaran mengikut aras Taksonomi Bloom. Rasional sintesis dan penilaian tidak dikira kerana aras ini tidak bersesuaian dengan jenis ujian aneka pilihan (objektif). i. Aras Pengetahuan : 25 x 40 = 10 soalan 100 ii. Aras Kefahaman : 25 x 40 = 10 soalan 100 iii. Aras Analisis : 25 x 40 = 10 soalan 100 iv. Aras Aplikasi : 25 x 40 = 10 soalan 100
  9. 9. Bil Isi kandungan Kemahiran Jumlah Wajaran Pengetahua Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item % n1 Makanan dan 2 2 1 2 - - 7 18.75 Pemakanan2 Diet 1 2 2 1 - - 6 15.633 Pemilihan dan 1 1 2 1 - - 5 12.5 Penyimpanan Makanan4 Prinsip Memasak 3 1 1 1 - - 6 15.635 Pengurusan Sajian 1 2 2 1 - - 6 15.636 Sanitasi Makanan 0 1 1 1 - - 3 6.257 Kajian Fabrik 1 1 0 2 - - 4 9.388 Peralatan Jahitan 1 0 1 1 - - 3 6.25 Jumlah Item 10 10 10 10 - - 40 - Wajaran % 25 25 25 25 - - - 100 Jadual 6Langkah 5 i. Semak semula jenis item/soalan sama ada menepati kehendak objektif ii. Pastikan soalan/item sama rata bagi setiap sel yang dibuat
  10. 10. Bil Isi kandungan Kemahiran Jumlah Wajaran Pengetahua Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item % n1 Makanan dan 1, 2 3, 4 5 6,7 - - 7 18.75 Pemakanan2 Diet 8 9, 10 11, 12 13 - - 6 15.633 Pemilihan dan 14 15 16, 17 18 - - 5 12.5 Penyimpanan Makanan4 Prinsip Memasak 19, 20, 21 22 23 24 - - 6 15.635 Pengurusan Sajian 25 26, 27 28, 29 30 - - 6 15.636 Sanitasi Makanan - 31 32 33 - - 3 6.257 Kajian Fabrik 34 35 - 36, 37 - - 4 9.388 Peralatan Jahitan 38 - 39 40 - - 3 6.25 Jumlah Item 10 10 10 10 - - 40 - Wajaran % 25 25 25 25 - - - 100 Jadual 7
  11. 11. BAHAGIAN 2Bahagian 2.1Melabelkan nombor item itu pada sel dalam JPU untuk menunjukkan item tersebut telah dipilihBil Isi kandungan Kemahiran Jumlah Wajaran Pengetahua Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item % n1 Makanan dan 1, 2 3, 4 5 6,7 - - 7 18.75 Pemakanan2 Diet 8 9, 10 11, 12 13 - - 6 15.633 Pemilihan dan 14 15 16, 17 18 - - 5 12.5 Penyimpanan Makanan4 Prinsip Memasak 19, 20, 21 22 23 24 - - 6 15.635 Pengurusan Sajian 25 26, 27 28, 29 30 - - 6 15.636 Sanitasi Makanan - 31 32 33 - - 3 6.257 Kajian Fabrik 34 35 - 36, 37 - - 4 9.388 Peralatan Jahitan 38 - 39 40 - - 3 6.25 Jumlah Item 10 10 10 10 - - 40 - Wajaran % 25 25 25 25 - - 100
  12. 12. Langkah 2.2Menulis Objektif Hasil Pembelajaran yang ingin diukurLangkah 2.3Menyatakan jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaranyang dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran di (2.2)Langkah 2.4Membina item berkenaanLangkah 2.5Menyatakan aras Taksonomi Bloom bagi item berkenaan
  13. 13. Soalan 14:Objektif Hasil Pembelajaran : Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi pengambilan diet (Rujuk Huraian Sukatan Pelajaran)Jenis Item Objektif : Aneka PilihanMembina Item Berkenaan : Antara yang berikut faktor yang manakah mempengaruhi pengambilan diet? A Jantina B Saiz tubuh C Keperluan fisiologi D Kumpulan tertentuAras Taksonomi : Aras PengetahuanAlasan : Kemahiran pada aras pengetahuan ini memerlukan pelajar untuk mengimbas kembali dan mengingati serta menghafal lapasn(8) faktor yang mempengaruhi pengabilan diet dalam bentuk yang hampir serupa ketika ia dipelajari Rujukan Buku Teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 (m/s:21-23)
  14. 14. Soalan 15Objektif Hasil Pembelajaran : Menyatakan kepentingan diet seimbang (Rujuk Huraian Sukatan Pelajaran)Jenis Item Objektif : Aneka PilihanMembina item berkenaan : Diet seimbang boleh memberi kesan yang berikut I menghindari penyakit yang berkaitan dengan kekurangan nutrien II bertenaga untuk aktiviti harian III wajah menjadi berseri IV pertumbuhan yang sempurna A I, II dan III B I,II dan IV C II,III dan IV D I,II ,III dan IVAras Taksonomi : Aras kefahamanAlasan : Kemahiran pada aras kefahaman menyatakan bahawa pelajar boleh memahami dan mentafsir kepentingan diet seimbang kemudian mampu menerangkannya dengan perkataan dan kefahaman sendiri Rujukan Buku Teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 (m/s: 21 – 23)
  15. 15. Soalan 16 Objektif Hasil Pembelajaran : Mengira nilai tenaga dalam makanan dengan menggunakan Jadual Komposisi Makanan Rujuk Huraian Sukatan Pelajaran) Jenis Item Objektif : Aneka Pilihan Membina Item Berkenaan : Nama Berat % E.P. Komposisi nutrien pada setiap 100g bahagian yang bolehMakanan Makanan E.P. (g) dimakan (g) (g)Lemak (g)CHO Serabut Abu (g) Tenaga Protein (g)Air (kkal) (g) 45.6 (g)Ayam 120 78 93.6 255 20.2 17.9 3.2 0.0 3.1Goreng(1 ketul) Dengan menggunakan jadual di atas, hitungkan jumlah tenaga bagi seketul ayam goreng. A. 475.92 kJ B. 599.9 kJ C. 1009.01 kJ D. 636.73 kJ Aras taksonomi : Aras Aplikasi Alasan : Kemahiran pada aras aplikasi membolehkan pelajar untuk memindahkan
  16. 16. maklumat mengenai komposisi nutrien seketul ayam goreng iaitu rangsangan untuk ke soalan seterusnya yang memerlukan pelajar menghitung jumlah tenaga bagi seketul ayam goreng Rujukan Buku Teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 (m/s: 29 – 31)Soalan 18Objektif Hasil Pembelajaran : Mengaplikasikan Piramid Makanan dalam perancangan diet (Rujuk Huraian Sukatan Pelajaran)Jenis Item Objektif : Aneka PilihanMembina Item Berkenaan : MENU Kari Ayam Ikan Bakar Sate Daging Nasi Lemak Antara yang berikut, pernyataan manakah betul tentang menu di atas? A. Hidangan ini tidak menepati RDA B. Hidangan ini tidak seimbang dari segi nutrien C. Sumber asli untuk menu ini tidak terdapat dalam pasaran tempatan D. Hidangan ini terdiri daripda kumpulan makanan aras tertinggi dalam Piramid MakananAras Taksonomi : Aras AnalisisAlasan : Kemahiran analisis membolehkan pelajar menganalisis, memeriksa, meramal dan mencapai kesimpulan daripada maklumat
  17. 17. yang diberikan iaitu menu yang pelbagai kemudian pelajar mencantumkan corak corak menu itu kepada satu corak atau struktur yang sama Rujukan Buku Teks Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 (m/s: 24 – 25)BAHAGIAN 33.1 Objektif Hasil Pembelajaran:Menyedia, memasak dan menyaji mengikut perancangan(Rujuk Huraian Sukatan Pelajaran)3.2 Menyatakan mengapa soalan esei dan bukan soalan objektif yang lebih sesuaidigunakan. • Soalan esei merupakan satu soalan yang mengkehendaki pelajar menulis jawapannya sendiri dengan cara atau gayanya yang tersendiri dan ini boleh mengurangkan elemen meneka jawapan yang betul dan bukannya memilih jawapan daripada beberapa alternatif yang diberikan. Ia boleh menguji banyak kemahiran terutamanya kemahiran di peringkat tinggi. • Soalan esei biasanya memberikan panduan yang terhad tentang apa yang diperlukan daripada seseorang pelajar. Maka penekanan tugasan dalam soalan esei terletak ke atas kebolehan pemeriksa untuk menentukan kualiti respon pelajar. • Soalan esei yang baik mempunyai matlamat untuk menguji kemahiran kognitif yang kompleks : 1. Menekankan tugasan 2. Mengorganisasi 3. Menggunakan maklumat yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah 4. Membentuk satu kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah
  18. 18. • Soalan esei memberikan kebebasan yang luas kepada pelajar untuk mengemukakan jawapannya.• Boleh menggunakan sebarang pendekatan yang difikirkan sesuai selaras dengan kehendak soalan.• Dapat menaksir kebolehan pelajar berfikir dan menyediakan pengetahuan dari pelbagai aspek kepada sesuatu yang lebih bererti. Ini membenarkan pelajar berfikir dan menyediakan satu bentuk persembahan yang datangnya dari pemikiran dan idea mereka sendiri dan tidak memilih dari alternatif yang disediakan. • Oleh itu, soalan esei yang dipilih seperti di bawah adalah kerana soalan berbentuk objektif adalah tidak sesuai sama sekali. Hal ini disebabkan jawapan yang diperlukan adalah lebih mendalam dan sangat menguji keupayaan pelajar terutamanya pada kemahiran sintesis. • Pelajar perlu menyusun semula langkah-langkah menyediakan, memasak dan menyaji menu tersebut dengan mengikut perancangan dan diterjemahkan dalam bentuk tulisan dengan baik dan tepat. Pengalaman amali membuat hidangan tersebut dan mungkin telah melibatkan kemahiran aplikasi, dapat dijadikan sebagai panduan dan pelajar juga boleh mengolah seberapa banyak jawapan yang mereka boleh mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. • Sebaliknya, jika soalan ini dibuat dalam bentuk objektif, tahap penguasaan setiap pelajar yang berbeza-beza tidak dapat dikenal pasti sama sekali dan seterusnya, guru tidak dapat membuat pengayaan tetapi melakukan aktiviti pemulihan bab yang lemah oleh pelajar dan akan memakan masa juga. Jadi, soalan berbentuk esei adalah lebih jitu dalam menguji keupayaan sebenar pelajar yang meliputi kemahiran aras tinggi.
  19. 19. 3.3 Soalan Esei yang DibinaMasa diperuntukkan : 20 – 30 minitMarkah : 20 markahSoalan : Anda dikehendaki menyedia, memasak dan menghidang untuk jamuan meraikan tetamu yang akan berkunjung ke rumah anda pada jamuan hari jadi adik anda. Berikut adalah resepi bagi menyediakan tiga jenis masakan yang dipilih untuk jamuan tersebut. Anda dikehendaki menyediakan susunan kerja menyedia dan memasak menu di bawah dalam masa 2 jam (2.00 – 4.00 ptg)
  20. 20. Mee RebusBahan:500 gm mee kuning - celur100 gm taugeh – dicelur2 biji cili merah – dihiris4 batang daun sup – dipotong halus4 batang daun bawang – dipotong dadu2 biji telur rebus keras – dibelah empat4 biji limau kasturi – dibelah duaBahan untuk kuah:4 biji bawang putih – diketuk1 senduk air asam jawa2 camb minyak untuk menumis1 keping dada ayam- dihiris halus150 gm udang basah – buang kulitnya½ camt lada sulahgaram, gula dan serbuk perasa secukupnya.4 helai daun kubis – dipotong2 batang daun sawi – dipotong½ batang lobak merah – dipotong dadu4 – 5 mangkuk air rebusan ayam2 camb tepung jagungCara menyediakannya: 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. 2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa, diikuti dengan isi ayam, udang dan sedikit lada sulah. 3. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali air rebusan ayam yang telah dicampur dengan tepung jagung. 4. Bila sayur telah empuk dan kuahnya pekat sedikit, boleh diangkat untuk dihidangkanCara menghidang:
  21. 21. 1. Masukkan mee ke dalam mangkuk2. Taburkan bahan hiasan di atasnya3. Hidangkan bersama kuah
  22. 22. Puding susu buah-buahanBahan:1 paket serbuk agar-agar1 tin sedang koktail buah-buahan1 biji telur100 gm gula pasir200 ml susu cair60 gm tepung kastard1 liter airCara menyediakannya: 1. Potong buah-buahan dan sejukkan 2. Rebus serbuk agar-agar bersama air dan gula 3. Masukkan bancuhan tepung kastard, telur dan susu dalam rebusan agar- agar 4. Masukkan buah-buahan dan kacau 5. Angkat apabila mendidih 6. Tuang ke dalam gelas sundae dan sejukkanAir kopiBahan:30 gm serbuk kopi1 liter air panas mendidih1 jag susu panas1 mangkuk gula halusCara menyediakannya:1. Didihkan air untuk kopi2. Panaskan teko3. Masukkan serbuk kopi dan tuangkan air mendidih ke dalam teko4. Hidang kopi bersama susu panas dan gula berasingan
  23. 23. Masa Susunan kerja CatatanSKEMA JAWAPAN:
  24. 24. Masa Susunan Kerja Catatan2.00 – 2.10 1. Mengumpul semua alat yang diperlukan - Rebus serbuk agar-(10 minit) 2. Menyukat dan mengambil bahan agar bersama air dan gula2.10 – 2.30 1. Bersihkan ayam dan udang dan toskan(30 minit) 2. Potong buah-buahan dan sejukkan2.30 – 2.50 Puding susu buah-buahan - Tuang ke dalam(20 minit) 1. Masukkan bancuhan tepung kastard, telur gelas sundae dan dan susu dalam rebusan agar-agar sejukkan 2. Masukkan buah-buahan dan kacau 3. Angkat apabila mendidih2.50 – 3.30 Mee Rebus(40 minit) 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih 2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa, diikuti dengan isi ayam, udang dan sedikit lada sulah Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali air rebusan ayam yang telah dicampur dengan tepung jagung 3. Bila sayur telah empuk dan kuahnya - Didihkan air untuk pekat sedikit boleh diangkat untuk kopi dihidangkan3.30 – 3.45(15 minit) Air kopi 1. Panaskan teko 2. Masukkan serbuk kopi dan tuangkan air mendidih ke dalam teko dan biarkan sebentar 3. Hidang kopi bersama susu panas dan gula berasingan3.45-4.00 Menghidang(15 minit) 1. Sendukkan mee ke dalam mangkuk dan hidangkan bersama kuah. Hidangkan semua masakan 2. Cuci semua alatan, keringkan dan simpan -Taburkan bahan 3. Kemaskan tempat kerja dan buang hiasan ke atas mee sampah rebus. Susunan mengikut urutan - 3 markah
  25. 25. Pembahagian masa sesuai - 3 markahKaedah penyediaan masakan - maksima 10 markahCatatan - 4 markah

×