Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

1,921 views

Published on

Published in: Education

Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Kecerdasn Pelbagai Pelajar Lemah

  1. 1. Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang)Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelanpengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapasesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersamadalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalantaksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjayaatau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.Profil KelasUntuk rancangan pengajaran harian 2 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelasatau kumpulan pelajar-pelajar yang sederhana dalam akademik. Kelas 4 ERT 3mempunyai 20 orang pelajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidakmempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkanaktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yangkecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga disebabkan peralatan bengkel yangterhad. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan danpenyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&Pini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagihingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana padawaktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guruserta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkandengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka jugamenjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secaratradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyaisedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amalimasakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi RumahTangga.
  2. 2. Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi,pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.Hasil PembelajaranHasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertamaialah: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Tingakatan 4 ERT 2 (A) dapat: 1. menyatakan ( B-aras) 5 daripada 8 (D) klasifikasi sayur-sayuraniaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.Saya mentargetkan hampir keseluruhan pelajar kelas sederhana ini dapat menyenaraikanhanya 5 daripada 8 klasifikasi sayur-sayuran.Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Tingakatan 4 ERT 2 (A) dapat: 2. menghuraikan (B-aras) 60% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuranUntuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam TaksonomiBloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan danpemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 60% dengan kefahaman mereka sendiri untukmenerangkannya. Saya tidak mentargetkan peratusan yang tinggi kerana tahap kognitifpelajar-pelajar kelas hujung adalah kurang jika dibandingkan dengan pelajar dari kelaspertama.
  3. 3. Turutan AktivitiUntuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana modelini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjektersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantaudan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktisterbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topikberkenaaan.Set Induksi:Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahajadimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat,sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimanasedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hariitu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapatmenjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilaikerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama denganmeneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu.Maklumkan objektif pembelajaran:Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapatgambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apakepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.Input pengajaran:Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alatbantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk LampiranBBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan danpenyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan olehguru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.
  4. 4. Permodelan:Untuk menjalankan aktiviti, guru menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai iaitu visualkepada pelajar-pelajar sederhana ini dimana mereka berkebolehan mengesan danmenggambarkan gambar (Rujuk Lampiran BBM 4) yang diberikan oleh guru sertamengaitkannya dengan isi pelajaran hari tersebut. Sebab mengapa guru menggunakankaedah visual ini kerana pelajar daripada kelas sederhana ini gemar melihat gambar-gambar daripada tulisan yang berjela-jela dan sukar untuk mereka fahaminya.Semak Kefahaman Murid:Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukanoleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secaraberkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untukmenyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baikkerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadanganyang bernas untuk meyokong idea rakan-rakan. Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yangmereka faham dari gambar yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitumenjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkanidea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai dalam pembentukkan petakonsep yang kreatif yang berkaitan dengan gambar dan isi pelajaran berkaitan denganklasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Guru mengemukakan panduanbahan rangsangan (Rujuk Lampiran BBM 5) untuk membantu murid membuat keputusanterbaik dalam aktivitiPantau dan ubah suai:Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripadaobjektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untukmenyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.
  5. 5. Praktis terbimbing:Pelajar telah diberikan masa selama 20 minit untuk menyediakan peta konsep yangkreatif merujuk kepada jadual GO banding beza yang mereka isikan. Pelajar jugabersama-sama bekerjasama untuk menyediakan peta konsep yang paling kreatif di ataskertas mahjung yang disediakan oleh guru. Manakala guru akan terus memantau aktivitiatau tugasan yang diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar.Praktis bertempoh:Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telahmereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minit untukmenjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yangdikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuanpelajar mengenai topik yang diajar.Penutup:Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut,mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P iniberjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.

×