SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

15,459 views

Published on

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011

  1. 1. SKRIP PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN AGENDA TEKS PENGACARA Acara 1 Mengumumkan ketibaan Ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dan Nyanyian Lagu Negaraku Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Acara 2 Bismillah... Assalamualaikum wbt Alu-aluan Pengacara Majlis Semua hadirin diminta berdiri. Adat kita menyambut tetamu Salam dihulur mesra bertamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Pemanis bicara aluan didahulu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan 1 CATATAN YAB Menteri Besar tidak akan duduk Dan Nyanyian lagu Negaraku
  2. 2. Yang Berbahagia Tuan Haji Musa bin Abdullah Pegawai Pelajaran Daerah Seremban Yang Berusaha Encik Yahya b. Mohamad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan Yang Berusaha Tuan Haji Roshizan bin Zakaria Pengerusi Bersama Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan 2011 Merangkap Yang Dipertua PIBG SK Jijan Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Pengarah-Pengarah Bahagian Para Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Para Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Seremban Yang dihormati, Ketua-ketua Jabatan Ahli-ahli jawatankuasa pengelola Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Jijan 2011 Pengetua-pengetua, guru-guru besar Guru-guru,ibu-bapa, murid-murid serta Hadirin yang dimuliakan. Salam bahagia, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Alu-aluan Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri 2
  3. 3. Pengacara Majlis Sembilan, Terima kasih pemimpin-pemimpin terbilang Terima kasih hadirin budiman Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Jijan untuk sama-sama mewarnai Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan . Acara 3 YAB Dato’ Seri Utama, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan hadirin sekalian. Bacaan Doa Tangan ditadah penuh inayah Majlis dibuka penuh rahmat Mohon keberkatan serta hidayah Moga majlis mendapat berkat Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Ali Bathur bin Abu Bakar Imam Masjid kampung Jijan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan ***********(Bacaan Doa)********** *Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ali Bathur bin Abu Bakar atas pimpinan doa sebentar tadi. Acara 4 YAB Dato’ Seri Utama, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan hadirin sekalian. 3
  4. 4. Ucapan Yang Berbahagia Pengerusi Bersama Merangkap YDP PIBG Adat berbahasa menyampaikan pesan Adat majlis menyampaikan ucapan Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang BerbahagiaTuan Haji Roshizan bin Zakaria Pengerusi Bersama Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Jijan Merangkap Yang Dipertua PIBG SK Jijan untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. ***********( Ucapan Yang Berbahagia Pengerusi Bersama Merangkap YDP PIBG )********** *Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang BerbahagiaTuan Haji Roshizan bin Zakaria atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Acara 5 Ucapan Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. ******( Ucapan Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan)****** *Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Acara 6 Ucapan ADUN Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu merangkap Ahli Majlis 4
  5. 5. Labu Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh takzim, dipersilakan. ***( Ucapan Yang Berhormat Dato’ Hasim b. Rusdi)*** *Demikianlah kata, demikianlah ucapan, Daripada Yang Berhormat Dato’ insan budiman, Sekalung penghargaan kami hadiahkan, Kata nasihat tidak dilupakan. Acara 7 Ucapan YAB Menteri Besar dan menandatangan Plak Perasmian bangunan baharu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan ibarat pohon yang rendang Tempat kami tumpang berteduh Ibarat sekaki payung Tempat kami berlindung Ibarat rumah Gadang Tempat kami bermalam Ibarat lampu pelita Tempat kami mencari cahaya Ibarat bahtera di tengah samudera Tempat kami berpadu tenaga Mendokong wawasan 1 Malaysia Mengangkat martabat negara tercinta Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, Majlis dengan takzimnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya 5
  6. 6. menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Perasmian. Dengan penuh takzim dipersilakan. ***********( Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan )********** Dengan ini, dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dan Yang Berbahagia En. Yahya b. Mohamad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan serta tetamutetamu kehormat untuk mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan ke pentas utama. ******( Upacara Menandatangan Plak Perasmian )****** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu SK Jijan sebentar tadi. Acara 8 Persembahan Tarian Acara 9 YAB Dato’ Seri Utama, Dato’-Dato’, Datin-Datin dan hadirin sekalian. Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama berhibur dengan persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh anak-anak dari Tadika KEMAS Kampung Jijan. ***********( Persembahan tarian )******** Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Sebagai makluman hadirin, persembahan hebat yang sama-sama kita saksikan tadi merupakan hasil bimbingan kreativiti dan inovasi guruguru dari Tadika KEMAS Kampung Jijan. 1) Majlis diteruskan lagi dengan Upacara Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2010, UPKK 2010, 6
  7. 7. Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2010 / UPKK 2010, Cenderamata AJK PIBG 2010 / 2011 dan Sumbangan kepada masyarakat setempat Cenderamata AJK PIBG bagi sesi 2010 / 2011 dan sumbangan kepada masyarakat setempat. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Yahya b. Mohamad Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan dan Yang Berusaha Tuan Haji Roshizan bin Zakaria, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Jijan mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke pentas utama bagi menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan kepada penerima anugerah. Untuk makluman Hadirin yang dimuliakan, Pada tahun 2010, sekolah Kebangsaan Jijan telah berjaya mencatat sejarah apabila seramai 10 orang murid memperoleh 5A dan 7 orang murid memperoleh 4A1B dalam UPSR. Kejayaan ini telah melonjakkan nama Sekolah Kebangsaaan Jijan di mata masyarakat sekeliling. Dengan ini, dijemput ________________ ****( Rujuk lampiran ) *** 2) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2010. Untuk makluman hadirin sekalian, bagi sesi 2010, seramai 2 orang murid berjaya memperoleh 8A dalam UPKK. Keputusan ini juga antara yang terbaik yang pernah dicapai oleh sekolah ini. Dengan ini, dijemput ________________ ****( Rujuk lampiran ) *** 3) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Cenderamata AJK PIBG bagi sesi 2010 / 2011. 7
  8. 8. Dengan ini, dijemput ________________ ****( Rujuk lampiran ) *** 4) Seterusnya ialah Upacara Penyampaian Sumbangan kepda masyarakat setempat. Dengan ini, dijemput ________________ ****( Rujuk lampiran ) *** Acara 10 Penyampaian Cenderamata kepada YAB Menteri Besar Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Yahya bin Mohamad Guru besar Sekolah kebangsaan Jijan untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan. Acara 11 Hadirin yang dimuliakan, Kata-kata Penutup dan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus atas kesudian berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Jijan untuk bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara melancarkan Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Jijan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Jijan. Tersilap tersalah harap diampun Terkasar bahasa maaf dipohon Akhir kata Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia Sekian wbt Acara 12 YAB Menteri Majlis seterusnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad b. Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke ruang pameran 8
  9. 9. Besar lawatan ke pameran dan Jamuan dan seterusnya ke majlis jamuan tengah hari yang telah disediakan. Acara 13 Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan untuk menikmati hidangan tengah hari di khemah yang telah disediakan.... Selamat menjamu selera.. Jamuan makan tengah hari 9
  10. 10. Besar lawatan ke pameran dan Jamuan dan seterusnya ke majlis jamuan tengah hari yang telah disediakan. Acara 13 Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan untuk menikmati hidangan tengah hari di khemah yang telah disediakan.... Selamat menjamu selera.. Jamuan makan tengah hari 9

×