Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Ulasan jurnal uvaraja maniam

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Ulasan jurnal uvaraja maniam

  1. 1. ULASAN JURNALKesan Pembelajaran Konstruktivisme BerasaskanLaman Web Di Kalangan Pelajar Fizik Universiti Sains Malaysia UVARAJA MANIAM M20111000203
  2. 2.  Pembelajaran berasaskan laman web boleh didefinisikan sebagai pembelajaran yang menggunakan teknologi informasi dan komunikasi dalam pembangunan pengetahuan dan pengetahuan ini dilakukan melalui aspek komunikasi dan capaian kepada pelbagai sumber yang sedia ada dalam web (kekkonen – moneta, 2002).
  3. 3.  Pembelajaran beraskan laman web dapat menyokong kepada pembelajaran yang berasaskan kepada teori konstruktivisme (Jonassen, 1999). Kostruktivisme bermaksud mengalami sesuatu yang baru melalui pengalaman silam atau pengetahuan yang telah terbina sebelum ini (Crowther 1997). Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran di mana setiap pelajar digalakan membina idea mereka sendiri.
  4. 4.  Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme ialah proses pembelajaran yang melibatkan penglibatan secara aktif. Ia mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berdikari dan membina pengetahuan sendiri. Pelajar harus berusaha untuk mencari maklumat yang diperlukan, atau berbincang dengan rakan untuk membina pengetahuan yang baru dan menggunkan kebolehan mereka sendiri dalam menjana pengetahuan
  5. 5.  Seramai 81 orang pelajar yang mendaftar dalam kursus ZCT 104, fizik moden yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Fizik, USM dipilih secara rawak untuk tujuan kajian ini. Pengkaji menggunakan soal selidik terbuka sebagai instrument kajian. Soal selidik ini mengandungi empat soalan masing – masing berkaitan hasil pembelajaran, kesesuaian persekitaran pembelajaran, kelemahan pembelajaran serta kekuatan pembelajaran. Data diperolehi daripada respons yang diberi oleh para pelajar dalam soal selidik tersebut dan analisis dengan mengenalpasti respon umum yang dikemukakan.
  6. 6.  Dapatan kajian ini akan memberikan maklumat sejauh mana pendekatan konstruktivisme ini dapat diterima oleh pelajar. Dapatan kajian ini juga mengenalpasti kekuatan dan kelemahan reka bentuk laman web yang telah diguna pakai dalam kajian ini dan dapat membantu memperbaiki laman web yang akan dibina pada masa akan datang.
  7. 7.  Sebanyak 41.15% responden menyatakan bahwa mereka dapat mempelajari teknik pembelajaran yang baru, manakala 40.38% menyatakan bahawa kaedah pembelajaran tersebut berkesan dan amat baik. Dapatan ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Galini & Barron. Galini & Baron mendapati pembelajaran konstruktivisme berasaskan lam web mampu membina pengetahuan baru dan bermanfaat kepada pelajar.
  8. 8.  Terdapat juga sebilangan pelajar yang menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan pendekatan konstruktivisme mendorong mereka berfikir secara kreatif. Ini merupakan satu pengalaman pembelajaran yang positif dan mereka dapat berdikari.
  9. 9. Persepsi kekuatan pembelajaran laman webberasaskan pendekatan konstruktivisme: Menarik /tidak membosankan 37.93% Banyak maklumat 36.20% Lebih menyeluruh 29.31% Cara yang kreatif 25.86% Senang memilih topik yang sesuai 24.41% Boleh berinteraksi dengan fasilitator 20.69% Mudah difahami 15.52% Menambahkan minat 12.07%
  10. 10. SEKIANTERIMA KASIH

×