Assingment iklan

2,329 views

Published on

Published in: Business, Technology
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
  • KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN -UBAH SUAI RUMAH/OFFICE *PLASTER CEILING *PASANG PARTITION *PEMASANGAN TILES *TAMBAH DAN UBAH SUAI DAPUR *PECAH DINDING,UBAH SUAI BILIK *MENGECAT RUMAH,OFFICE *TINGKAP DAN ALUMINIUM *PINTU,FRAME *PORTH,PAGAR -PLUMBING *PAIP PECAH *PAIP SUMBAT *TAMBAH PAIP BARU *SINKI SUMBAT *WATERPROFFING *TABLE TOP *TANDAS SUMBAT -WIRING *TAMBAH POWER POIN *PASANG LAMPU/KIPAS DLL SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI HAKIM 0123905895
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
2,329
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Assingment iklan

  1. 1. BBR12603MEKANIK,SIFAT JIRIM DAN HABA NAMA PENSYARAH DR LAI CHEE SERN NAMA AZIEZUDIN BIN MOHAMAD DB100322 821015-06-5375 TAJUK TUGASAN MOMENTUM
  2. 2. ADVERTISEMENT ANALYSISPENDAHULUANKreativiti boleh ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru ataumampu mengolah idea yang baru/lain yang lebih bermakna.Apa yang lebih menariknya tentangkreativiti ini ialah seseorang itu akan mencuba untuk menghasilkan satu idea yang menarik dandan yang lebih baru dari yang sedia ada iaitu mampu mencipta sesuatu yang baru yang belumdicipta oleh orang lain dan mampu menarik perhatian audien tantang apa yang dihasilkan.Menghasilakn benda yang baru bukanlah mudah dan memerlukan pengertian yang sebenartentang kreativiti dan idea yang dijana itu hendaklah sesuatu yang baru dan tiada peniruan daripihak lain.Dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, duniaperniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan. Kreativiti dan inovasidi dalam dunia perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara iaitu melalui produk,perkhidmatan, jenama, model perniagaan dan pemasaran. Untuk memasarkan sesuatu produkyang dicipta, pentingnya iklan yang boleh mempromosikan produk tersebut seterusnya mampumenarik minat pembeli untuk membeli produk itu.Didalam sesuatu iklan yang hendak dicipta, pentingnya elemen kekreatifan yang mampu menarikminat audien atau pembeli. Pelbagai jenis iklan digunakan dalam bidang perniagaan untukmempromosikan barangan produk atau perkhidmatan. Ciri iklan bukan sahaja dapat dilihatdalam seni-lukis foto, tetapi gaya bahasa yang turut dimanfaatkan bagi tujuan promosi komersial.Ciri-ciri iklan perlu dikenal pasti dari dua sudut. Pertama, apakah bentuk dan elemen kekreatifanyang digunakan dalam bahasa iklan komersial. Kedua, melihat bagaimanakah unsure-unsurtersebut dimanfaatkan dalam bentuk bahasa dari segi komunikasi. Perbincangan ini akan melihatelemen kreatif dalam sesuatu iklan dan kesan kekreatifan pengiklan yang diaplikasikan ke dalambahasa iklan komersial.
  3. 3. PERBINCANGAN ELEMEN KEKREATIFAN DI DALAM IKLANIklan yang dipilih untuk kerja kursus kali ini adalah sebuah iklan syampu dari jenama yangterkenal iaitu Pantene. Iklan ini dimulakan dengan seorang kanak-kanak yang pekak dan bisumempunyai minat yang terlalu mendalam terhadap permainan biola. Dia sering melihat seorangpemain biola jalanan yang bermain biola dan bercita-cita untuk menjadi seorang pemain biolayang terkenal. Semasa di sekolah menengah beliau dicemburui oleh temannya yang bermainpiano dan sering diejek oleh rakannya. Beliau berasa sedih dan tertekan dengan kekurangan yangbeliau miliki dan sering mengadu nasib kepada pemain biola jalanan tadi. Pemain biola jalananitu memberi perangsang dengan kata-kata semangat kepada beliau disamping menghadiahkanbeliau sebuah biola.Beliau bertekad untuk memasuki pertandingan bermain alat muzik klasik untuk membuktikankepada semua orang tentang kelebihan yang beliau miliki. Beliau sering berlatih dengan pemainbiola jalanan sebelum memasuki pertandingan itu. Hal ini mengundang rasa cemburu kepadarakannya yang bermain piano itu tadi. Rakannya itu tadi telah mengupah beberapa orangsamseng untuk menghancurkan biola itu dan memukul pemain biola jalanan itu dengan harapansupaya beliau tidak dapat menyertai pertandingan itu.Semasa pertandingan itu dijalankan, rakannya yang bermain piano itu bermain dengan baiksehingga mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Tanpa disangka beliau muncul disaat akhirpertandingan dengan biola yang ditampal dengan salotape. Pihak penganjur memberi beliaupeluang untuk bermain alat muziknya. Beliau bermain dengan bersungguh-sungguh sehinggamembuatkan para penonton tergamam dan akhirnya berdiri sambil memberi tepukan yang palinggemuruh terhadap persembahan beliau.Berdasarkan iklan yang dipilih, terdapat pelbagai elemen kreatif yang boleh dikupas dalam iklanitu. Pertamanya adalah slogan iklan yang digunakan. Iklan ini menggunakan slogan yang mudahiaitu You can Shine dimana apabila kita meneliti iklan ini, ia menggunakan model yangmempunyai rambut yang panjang dan bersinar. Pada minit ke 2.50 menunjukkan model ini
  4. 4. bermain biola dengan keadaan yang bersungguh-sungguh sambil menghayun-hayunkankepalanya. Motif yang ingin ditunjukkan adalah walaupun dengan keadaan bagaimana sekalipun,dengan menggunakan syampu ini rambut tetap dalam keadaan yang terurus dan sempurna.Kedua, elemen kreatif yang digunakan adalah iklan ini telah memasukkan elemen muzik sebagaiasas utama pembikinan iklan ini. Pemilihan alat muzik biola dilihat satu idea yang tepat dimanapermainan alat muzik ini memerlukan gerakan tubuh terutama di bahagian kepala. Kalau kitalihat pemain biola yang professional, mereka bermain sambil menggerak-gerakkan kepala ke kiridan kanan. Jika tidak memiliki rambut yang sempurna dan terurus sudah tentu rambut pemainakan kusut masai. Gabungan antara alat muzik dan produk ini dilihat satu idea yang kreatif dandapat menarik minat pengguna semasa menonton iklan ini seterusnya membeli produk ini.Elemen yang seterusnya yang dapat dilihat dalam iklan ini adalah unsur budaya yang diterapkan.Jika dilihat kepada permulaan iklan ini, ia menunjukkan seorang kanak-kanak yang melihatpemain jalanan bermain biola dan kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepadanya.Elemendramatik yang menyentuh jiwa ini dapat menarik minat penonton untuk menonton iklan inisampai habis walaupun penonton sendiri tidak mengetahui produk yang akan diiklankan. Selainitu kata-kata yang disampaikan oleh model di dalam iklan ini seperti “ why I am different fromothers?” , “ why do you have to be like others?” , “ music is a visible thing” , “ close your eyesyou will see”. Kata –kata itu begitu memberi makna yang mendalam dan membantu perjalananplot cerita iklan tersebut.Seterusnya elemen kreatif yang dapat dilihat ialah pemilihan watak pekak dan bisu yang dibawaoleh model iklan ini. Watak ini begitu memberi kesan yang mendalam di mana ia mampumenerapkan perasaan simpati penonton semasa menonton iklan ini seterusnya mengajakpenonton menyelami jiwa seseorang yang dilahirkan pekak dan bisu. Penerapan nilai sebeginiamatlah penting untuk melahirkan msyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Iklan iniberfungsi sebagai medium penyampaian untuk menerapkan nilai kepada penonton.KESIMPULAN
  5. 5. Daripada analisis beberapa contoh elemen kreatif yang terdapat dalam satu iklan itu, dapatlahdisimpulkan bahawa setiap pembikin iklan mestilah mempunyai pemikiran kreatif yang tinggiuntuk membentuk satu iklan yang mampu menarik minat penonton dan seterusnya dapatmempromosikan produk yang ingin diiklankan. Elemen kreatif ini juga tidak tertumpu kepadaiklan bergerak sahaja tetapi meliputi iklan-iklan yang dipaparkan dipapan iklan. BIBLIOGRAFIAsmah Haji Omar (1988) Bahasa Iklan Perniagaan: satu kajian bahasa retorik. KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Carter,R. (2004) Language and Creativity: the art of common talk. New York: Routledge.Forseville, C. (1996) Pictorial Metaphor in Advertising. London:RoutledgeLaman webhttp://www.youtube.com/watch?v=Um9KsrH377A ( 11 Sept 2008 )

×