Kertaskerja Bil. 20/2013
PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU
MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN MEMAJUKAN IK...
2
Rumah Kedai 2 Tingkat
Luas Lantai Harga Jualan
1,838 k.p RM 367,600.00
Dengan cadangan harga jualan di atas, jangkaan ha...
3
Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek
ini adalah Desa Taqwa Sdn Bhd. Tempoh kontrak
adalah pada 18 Julai 2...
4
Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek
ini adalah Noble Palms Sdn Bhd. Tempoh kontrak
adalah pada 17 Julai ...
5
Status pelaksanaan projek ialah dalam proses
membuat pemilihan kontraktor untuk membina rumah
contoh dahulu.
vii) Peruma...
6
Status pelaksanaan projek ialah dalam proses
menyiapkan pelan kelulusan bangunan kepada pihak
Majlis Perbandaran Dungun....
7
iii) Perkedaian Pak Sabah, Dungun
Projek yang dibangunkan adalah pembinaan 8 unit
rumah kedai 4 tingkat. Keluasan lantai...
8
Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek
ini adalah Yie Construction. Tempoh kontrak adalah
pada 7 Ogos 2012 ...
9
ii) Pangsapuri Ladang Gemilang II, Kuala Terengganu
Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan
pangsapuri 18 tingka...
10
Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 8
unit kilang teres 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi
setiap unit ...
11
a) Perumahan
i) Perumahan Bukit Payong II 44 87.00% 95.70% -8.40%
ii) Perumahan KP Perdana I 111 100.00% 100.00% 0.00%
...
12
c) Perindustrian
i) Menaik Taraf Infrastruktur 100.00% 100.00% 0.00%
Gong Badak II
ii) Menaik Taraf Infrastruktur 65.50...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kertaskerja bil

1,543 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,543
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
18
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertaskerja bil

  1. 1. Kertaskerja Bil. 20/2013 PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU KALI KE 1/2013 – 05 MAC 2013 LAPORAN KEMAJUAN PROJEK HARTANAH 1. TUJUAN Kertas ini disediakan untuk membentangkan cadangan projek dan status kemajuan projek bagi tempoh sehingga 21 Februari 2013 untuk makluman kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah PMINT. 2. SKOP PELAPORAN Pelaporan ini memberi keterangan mengenai cadangan projek dan makluman status kemajuan projek-projek perumahan, perkedaian dan perindustrian yang dilaksanakan oleh PMINT. 3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK 3.1 Projek Cadangan a) Projek Perkedaian i) Perkedaian Permint Perdana IV, Kuala Terengganu. Tapak yang dicadangkan untuk pembangunan ini terletak di atas Lot 28056 – 28063, Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Cadangan pembangunan yang akan dilaksanakan ialah pembinaan 8 unit rumah kedai 2 tingkat. Anggaran kos pembangunan projek ini ialah sebanyak RM 2,302,267.00. Cadangan harga jualan rumah adalah seperti berikut :-
  2. 2. 2 Rumah Kedai 2 Tingkat Luas Lantai Harga Jualan 1,838 k.p RM 367,600.00 Dengan cadangan harga jualan di atas, jangkaan hasil jualan yang akan diperolehi ialah sebanyak RM 2,987,680.00. Projek ini dijangka akan memperolehi keuntungan sebanyak RM 685,413.00 atau 30%. Status terkini projek :- Dalam proses kelulusan pelan bangunan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). 3.2 Projek Dalam Pelaksanaan Status kemajuan projek sehingga 21 Februari 2013 adalah seperti berikut :- a) Projek Perumahan i) Perumahan KP Perdana 3B, Kuala Terengganu Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 36 unit rumah teres 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit rumah teres 2 tingkat adalah 1,533 kaki persegi. Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek ini adalah GPQ Sdn Bhd. Tempoh kontrak adalah pada 21 Julai 2010 sehingga 25 Jun 2012. Kemajuan kerja sebenar adalah sebanyak 100.00% . Status jualan projek ini ialah semua unit rumah telah habis dijual. ii) Perumahan KP Perdana IV, Kuala Terengganu Projek yang dibangunkan melibatkan pembinaan 36 unit rumah berkembar 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit rumah berkembar 2 tingkat adalah 2,008 kaki persegi.
  3. 3. 3 Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek ini adalah Desa Taqwa Sdn Bhd. Tempoh kontrak adalah pada 18 Julai 2011 sehingga 02 Januari 2013. Kemajuan kerja sebenar bagi keseluruhan projek adalah sebanyak 100.00% berbanding .00% mengikut jadual Status jualan projek ini ialah 19 unit rumah telah dijual iii) Perumahan Binjai Rendah II, Marang Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 4 unit rumah sesebuah 1 tingkat, 3 unit rumah sesebuah 2 tingkat dan 14 unit rumah berkembar 2 tingkat. Keluasan lantai binaan adalah 1,440 kaki persegi manakala keluasan lantai binaan bagi setiap unit rumah sesebuah 2 tingkat adalah 1,967 kaki persegi. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit rumah berkembar 2 tingkat pula adalah sebanyak 1,475 kaki persegi. Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek ini adalah Skala Permai Sdn Bhd. Tempoh kontrak adalah pada 07 Februari 2011 sehingga 24 November 2012. Kemajuan kerja sebenar bagi keseluruhan projek adalah sebanyak 100.00%. Status jualan projek ini ialah rumah sesebuah 1 tingkat telah habis dijual, rumah sesebuah 2 tingkat masih belum dijual manakala rumah berkembar 2 tingkat ialah 4 unit. Status terkini projek :- Dalam proses untuk mendapatkan kelulusan CCC dari pihak Arkitek dan Majlis Daerah Marang. iv) Perumahan Gong Badak 8, Kuala Terengganu Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 16 unit rumah sesebuah 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit rumah sesebuah 2 tingkat adalah 2,116 kaki persegi.
  4. 4. 4 Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek ini adalah Noble Palms Sdn Bhd. Tempoh kontrak adalah pada 17 Julai 2011 sehingga 16 Oktober 2012. Pihak kontraktor telah mengemukakan permohonan tempoh lanjutan masa (E.O.T) tetapi masih belum diluluskan. Kemajuan kerja sebenar bagi keseluruhan projek adalah sebanyak 100.00% Status jualan projek ini ialah 4 unit rumah telah dijual. Status terkini projek :- Projek baru disiapkan di dalam proses pengujian dan pentauliahan sebelum pengesyoran Perakuan Siap Kerja dikeluarkan oleh pihak arkitek serta membaiki kecacatan pembinaan. v) Perumahan Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman. Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 10 unit rumah berkembar 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit rumah berkembar 2 tingkat adalah 1,890 kaki persegi. Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek ini adalah USQ Venture Sdn Bhd. Tempoh kontrak adalah pada 28 Februari 2012 sehingga 27 Mei 2013. Kemajuan kerja sebenar bagi keseluruhan projek adalah sebanyak 79.00% berbanding 85.00% mengikut jadual. Status jualan projek ialah permohonan Lesen Pemajuan serta Permit Iklan Dan Jualan telah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan telah diluluskan pada 15 Februari 2013 vi) Perumahan Taman KP Perdana Fasa V, Kuala Terengganu Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 144 unit rumah berkembar 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit rumah berkembar 2 tingkat adalah 2,304 kaki persegi.
  5. 5. 5 Status pelaksanaan projek ialah dalam proses membuat pemilihan kontraktor untuk membina rumah contoh dahulu. vii) Perumahan Balai Besar, Dungun Projek yang akan dibangunkan melibatkan pembinaan 15 unit rumah teres 1 tingkat, 4 unit rumah teres 1½ tingkat, 15 unit rumah teres 2 tingkat Jenis A dan 19 unit rumah teres 2 tingkat Jenis B. Anggaran kos pembangunan projek ialah sebanyak RM 12,940,162.00. Cadangan harga jualan rumah adalah seperti berikut : Rumah Teres 1 Tingkat : Luas Lantai Harga Jualan 1,000 k.p RM 190,000.00 Rumah Teres 1½ Tingkat : Luas Lantai Harga Jualan 1,591 k.p RM 318,200.00 Rumah Teres 2 Tingkat Jenis A : Luas Lantai Harga Jualan 1,717 k.p RM 343,400.00 Rumah Teres 2 Tingkat Jenis B : Luas Lantai Harga Jualan 1,778 k.p RM 355,600.00 Dengan cadangan harga jualan di atas, jangkaan hasil jualan yang akan diperolehi ialah sebanyak RM 16,030,200.00. Projek ini dijangka akan memeperolehi keuntungan sebanyak RM3,090,038.00 atau 24%.
  6. 6. 6 Status pelaksanaan projek ialah dalam proses menyiapkan pelan kelulusan bangunan kepada pihak Majlis Perbandaran Dungun. b) Projek Perkedaian i) Paya Bunga Square, Kuala Terengganu Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 4 tingkat podium perniagaan, 1 tingkat tempat letak kereta bawah tanah, 3 tingkat tempat letak kereta bertingkat, menara pejabat 17 tingkat dan menara hotel 17 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi 4 tingkat podium perniagaan ialah 219,377 kaki persegi. Bilangan tempat letak kereta yang disediakan di tingkat tempat letak kereta ialah sebanyak 479 unit. Bilangan bilik di dalam menara hotel ialah sebanyak 157 bilik. Keluasan lantai binaan bagi setiap tingkat pejabat ialah 8,913 kaki persegi. Kontraktor yang melaksanakan kerja sambungan pembinaan blok podium, tempat letak kereta bertingkat, menara pejabat dan menara hotel adalah WRA Services Sdn Bhd. Tempoh kontrak adalah pada 21 Julai 2010 sehingga 20 Julai 2013. Kemajuan kerja sebenar bagi keseluruhan projek adalah sebanyak 4.43% berbanding 4.61% mengikut jadual. ii) Pusat Pameran Perniagaan Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 1 unit pusat pameran perniagaan 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi pusat pameran perniagaan ini unit adalah 9,990 kaki persegi. Status pelaksanaan projek senarai Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa tender untuk dibuat keputusan.
  7. 7. 7 iii) Perkedaian Pak Sabah, Dungun Projek yang dibangunkan adalah pembinaan 8 unit rumah kedai 4 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit adalah 5,797 kaki persegi. Status pelaksanaan projek di dalam proses kelulusan pelan bangunan dan berada di peringkat akhir oleh pihak Majlis Perbandaran Dungun. c) Projek Perindustrian i) Bangunan Kilang Jakar III, Kawasan Perindustrian Jakar, Kemaman (Fasa I) Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 10 unit kilang berkembar 1½ tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit adalah 3,487 kaki persegi. Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek ini adalah MF Teknik Sdn Bhd. Tempoh kontrak adalah pada 21 Mac 2011 sehingga 11 Jun 2012. Kemajuan kerja sebenar bagi keseluruhan projek adalah sebanyak 100.00% ii) Bangunan Bengkel Teluk Kalong, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman (Fasa I) Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 10 unit bengkel teres 1½ tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit adalah 2,528 kaki persegi. Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek ini adalah Entiti ID Sdn Bhd. Tempoh kontrak adalah pada 19 Julai 2011 sehingga 04 November 2012. Kemajuan kerja sebenar bagi keseluruhan projek adalah sebanyak 90.00% berbanding 100.00% mengikut jadual. iii) Bangunan Bengkel Chendering, Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 5 unit bengkel teres 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit adalah 3,021 kaki persegi.
  8. 8. 8 Kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan projek ini adalah Yie Construction. Tempoh kontrak adalah pada 7 Ogos 2012 sehingga 15 April 2013. Kemajuan kerja sebenar adalah sebanyak 60.92% berbanding 65.07% mengikut jadual. Ringkasan laporan kemajuan kerja mengikut projek diberikan dalam Lampiran 1.1 3.3 Projek Siap Status projek yang telah disiapkan dalam tempoh pelaporan adalah seperti berikut:- a) Projek Perumahan i) Perumahan KP Perdana II, Kuala Terengganu Projek yang dibangunkan adalah pembinaan 120 unit rumah pangsa kos rendah 5 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit adalah 700 kaki persegi. Status permohonan CF ialah Sijil CF telah diperolehi pada 14 Jun 2012. Status jualan projek ini adalah seperti berikut : Tawaran kepada pembeli : 120 orang Terima tawaran : 68 orang Lulus sumber pembiayaan : 26 orang Pembiayaan ditolak oleh bank : 16 orang Pembiayaan dalam proses : 26 orang Penyerahan pemilikan kosong akan dibuat pada 28 Februari 2013 kepada 26 orang yang lulus sumber pembiayaan. PMINT mencadangkan agar pemohon-pemohon yang ditolak permohonan sumber pembiayaan oleh pihak bank akan ditawarkan jualan secara sewa beli dengan PMINT dan dikenakan kadar keuntungan yang sama dengan kadar yang ditawarkan oleh pihak bank.
  9. 9. 9 ii) Pangsapuri Ladang Gemilang II, Kuala Terengganu Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan pangsapuri 18 tingkat yang mengandungi 5 unit kedai di tingkat bawah, 469 unit tempat letak kereta di tingkat bawah hingga tingkat 5 dan 192 unit pangsapuri mampu milik di tingkat 6 hingga tingkat 17. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit kedai adalah 1,093 kaki persegi manakala keluasan lantai binaan bagi setiap pangsapuri mampu milik adalah 824 kaki persegi. Penyerahan kunci dan pemilikan kosong oleh pihak Kerajaan Negeri telah dijalankan pada 20 Februari 2013 Oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu. iii) Perumahan Seberang Paka II, Dungun. Projek yang sedang dibangunkan adalah melibatkan pembinaan 55 unit rumah iaitu 17 unit rumah sesebuah 1 tingkat dan 38 unit rumah berembar 1 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit setiap unit kedai adalah 1,093 kaki persegi manakala keluasan lantai binaan bagi setiap pangsapuri mampu milik adalah 824 kaki persegi. b) Projek Perindustrian i) Bangunan Pejabat 3 Tingkat, Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan sebuah bangunan pejabat 3 tingkat untuk Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd. Keluasan lantai binaan bangunan pejabat 3 tingkat ini adalah 18,400 kaki persegi. Status permohonan CF ialah Borang E dijangka akan dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada pertengahan bulan Disember 2010. ii) Bangunan Kilang Chendering, Kuala Terengganu
  10. 10. 10 Projek yang sedang dibangunkan adalah pembinaan 8 unit kilang teres 2 tingkat. Keluasan lantai binaan bagi setiap unit adalah 3,048 kaki persegi. Status permohonan CF ialah Borang E dijangka akan dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada pertengahan bulan Disember 2010. 4. KEPUTUSAN Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PMINT yang bersidang pada hari ini dipohon membuat pertimbangan dan keputusan seperti berikut : i) Bersetuju untuk melaksanakan pembangunan Projek Perumahan Permint Putera III, Besut, Terengganu dengan membuat pelantikan kontraktor secara tawaran tender terbuka ii) Bersetuju untuk melaksanakan pembangunan Projek Perkedaian Permint Perdana III, Kuala Terengganu, Terengganu dengan membuat pelantikan kontraktor secara tawaran tender terbuka. iii) Mengambil makluman mengenai laporan kemajuan projek-projek perumahan, perkedaian dan perindustrian sebagaimana yang dibentangkan di atas. LAMPIRAN 1.1 1.Projek Dalam Pelaksanaan Unit Sebenar Jadual Status
  11. 11. 11 a) Perumahan i) Perumahan Bukit Payong II 44 87.00% 95.70% -8.40% ii) Perumahan KP Perdana I 111 100.00% 100.00% 0.00% iii) Perumahan KP Perdana II 120 100.00% 100.00% 0.00% iv) Perumahan KP Perdana 3A 36 61.00% 100.00% -39.00% v) Perumahan KP Perdana 1A 14 23.00% 24.97% -1.97% vi) Perumahan KP Perdana 3B 36 11.93% 8.83% 3.10% vii) Perumahan Lot 462 26 95.00% 92.50% 2.50% viii) Perumahan Gong Badak 7 11 61.01% 65.80% -4.79% ix) Perumahan Seberang Paka II 55 22.00% 40.00% -18.00% x) Pangsapuri Ladang Gemilang II 192 33.16% 26.80% 6.36% 645 b) Perkedaian i) Paya Bunga Square 1 4.43% 4.61% -0.18% ii) Perkedaian KP Perdana II 12 100.00% 100.00% 0.00% iii) Perkedaian Pasir Akar 9 100.00% 100.00% 0.00% iv) Perkedaian Bukit Kecil 5 45.00% 39.39% 5.61% v) Perkedaian Gong Badak 18 70.00% 46.30% 23.70% vi) Perkedaian Guntong Luar II 10 67.00% 56.81% 10.19% vii) Perkedaian Jerteh 8 1 32.87% 30.86% 2.01% 56 LAMPIRAN 1.1 1. Projek Dalam Pelaksanaan Unit Sebenar Jadual Status
  12. 12. 12 c) Perindustrian i) Menaik Taraf Infrastruktur 100.00% 100.00% 0.00% Gong Badak II ii) Menaik Taraf Infrastruktur 65.50% 75.00% -9.50% Gong Badak III iii) Menaik Taraf Infrastruktur 100.00% 100.00% 0.00% Chendering II iv) Bengkel Jakar III Fasa 2C 9 30.00% 29.00% 1.00% 9

×