Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Mohd. Umzarulazijo Umar@Omar
PRD 00017/13(R)
Penyelia:
Dr Mohd Hanizun Hanafi
26 Mei 2015
Pengurusan Strategik Dalam Pemul...
Isi Kandungan Perbentangan
1. Pengenalan
2. Pernyataan Isu dan Masalah
3. Persoalan Kajian
4. Objektif Kajian
5. Skop Kaji...
1. PENGENALAN
• George town, Pulau Pinang telah disenaraikan dalam ‘World Heritage List oleh United Nations
Educational, S...
2. PERMASALAHAN KAJIAN
• Dalam kajian ini, beberapa masalah telah dikenalpasti yang menjadi asas kepada
pelaksanaan kajian...
2. PERMASALAHAN KAJIAN
• Isu semasa fizikal bangunan di bandar George Town :
1. Tumbuhan asing di bangunan yang akan
meros...
3. PERSOALAN KAJIAN
• Bagaimanakah dan sejauhmana kegunaan
dan kejayaan penggunaan Model Potensi
Penyesuaigunaan dalam pen...
4. OBJEKTIF KAJIAN
• Berdasarkan masalah dan persoalan kajian yang dikemukakan, objektif kajian
adalah seperti berikut:
• ...
5. SKOP KAJIAN
• Berdasarkan kepada objektif kajian, skop kajian akan memberi
tumpuan khas kepada:
i. Model Potensi Penyes...
6. SOROTAN LITERATUR
6.1 Pengurusan Strategik
• Definisi- Satu proses yang merangkumi perumusan strategi, perangkaan
keupa...
6. SOROTAN LITERATUR
• Kesimpulannya, para sarjana dalam
bidang pengurusan menganggap
pengurusan strategik sebagai satu
pr...
6. SOROTAN LITERATUR
6.2 Pemuliharaan
• Pemuliharaan sebagai proses memulihara sesuatu tempat
supaya kepentingan kebudayaa...
6. SOROTAN LITERATUR
Prinsip Asas Pemuliharaan Bangunan Warisan
• Paiman Keromo,(2006) berpendapat bahawa prinsip asas dal...
6. SOROTAN LITERATUR
• Secara umumnya, 10 pendekatan kerja
pemuliharaan yang telah dikenalpasti
oleh Fielden (2000), Burde...
6. SOROTAN LITERATUR
6.3 Penyesuaigunaan
• Penyesuaigunaan atau ‘adaptive reuse’ adalah :
i. Proses mengubahsuai sesebuah ...
6. SOROTAN LITERATUR
6.4 Model Potensi Penyesuaigunaan
• Model Potensi Penyesuaiangunaan adalah satu pendekatan pengurusan...
6. SOROTAN LITERATUR
Model Potensi Penyesuaigunaan
• Keperluan Mandatori untuk menjalankan Model Potensi Penyesuaiangunaan...
6. SOROTAN LITERATUR
-kajian berkenaan pemuliharaan dan penggunaan Model Penyesuaigunaan-
No Nama Pengkaji Tahun Ringkasan...
6. SOROTAN LITERATUR
-kajian berkenaan pemuliharaan dan penggunaan Model Penyesuaigunaan-
No Nama Pengkaji Tahun Ringkasan...
7. KERANGKA TEORITIKAL
Model Potensi Penyesuaigunaan (Adaptive Reuse Potential Model)
• Melalui pembacaan dan analisis kaj...
7. KERANGKA TEORITIKAL
Model Potensi Penyesuaigunaan (Adaptive Reuse Potential Model)
Kategori Kriteria Literatur/ Kajian ...
8. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Model Potensi Penyesuaigunaan
(Adaptive Reuse Potential Model)
• Tujuh kriteria dalam Model ...
9. KAWASAN KAJIAN
Bandar Georgetown, Pulau Pinang
• Bandar Georgetown, Pulau Pinang yang terletak di bawah pentadbiran pih...
9. KAWASAN KAJIAN
Sejarah Pulau Pinang
• Pulau Pinang dikenali sebagai Pulo
Pinang untuk pelayar dan pedagang
apabila masy...
9. KAWASAN KAJIAN
• 07/07/2008 - Pengiktirafan bandar
Georgetown sebagai Tapak Warisan
Dunia oleh UNESCO. Terdapat 2 zon
p...
10. METODOLOGI KAJIAN
Pendekatan Kajian (Mod Campuran)
• Mod atau kaedah campuran digunakan dalam kajian ini dengan
mengga...
10. METODOLOGI KAJIAN
Pendekatan Kajian
• Pendekatan kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian kes dan penerokaan/tinj...
10. METODOLOGI KAJIAN
Instrumen Kajian
• Temubual (Kualitatif)
i. Kaedah temubual adalah sebahagian daripada
kaedah penyer...
10. METODOLOGI KAJIAN
Instrumen Kajian
• Temubual Tinjauan (Kuantitatif)
i. Menurut Chua (2012), temubual tinjauan adalah ...
10. METODOLOGI KAJIAN
Instrumen Kajian
• Pemerhatian (Kualitatif)
i. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan...
10. METODOLOGI KAJIAN
Instrumen Kajian
• Penelitian Dokumen (Kualitatif)
i. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian do...
10. METODOLOGI KAJIAN
Sampel Kajian
• Sampel responden bagi kajian ini diperolehi melalui pihak yang
berkepentingan yang t...
10. METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Analisis Data
• Penganalisian data kuantitatif akan dianalisis menggunakan SPSS dan
perisian ...
11. JANGKAAN HASIL KAJIAN
• Hasil yang dijangkakan melalui kajian ini ialah seperti berikut:
i. Hasil utama kajian ini ial...
12. RUJUKAN
• A.Ghafar, A. (2004). Understanding Common Building Defects: The Dilapidation Survey Report,
School of Housin...
12. RUJUKAN
• Ladkin, A.C. & A., & Fletcher, J. (2005).Stakeholder collaboration and heritage
management.Annals of Tourism...
Thank You
Transforming Higher Education For A Sustainable Tomorrow
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Bandar Warisan Dunia UNESCO

1,244 views

Published on

Strategic Management In The Conservation Of Heritage Buildings in George Town, UNESCO World Heritage Site : Implementation Of Adaptive Reuse Model

Published in: Education
  • What do you think about my research topic ?
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di George Town, Bandar Warisan Dunia UNESCO

  1. 1. Mohd. Umzarulazijo Umar@Omar PRD 00017/13(R) Penyelia: Dr Mohd Hanizun Hanafi 26 Mei 2015 Pengurusan Strategik Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Georgetown, Bandar Warisan Dunia UNESCO: Implementasi Model Potensi Penyesuaigunaan (Strategic Management In The Conservation Of Heritage Buildings in George Town, UNESCO World Heritage Site : Implementation Of Adaptive Reuse Potential Model)
  2. 2. Isi Kandungan Perbentangan 1. Pengenalan 2. Pernyataan Isu dan Masalah 3. Persoalan Kajian 4. Objektif Kajian 5. Skop Kajian 6. Sorotan Literatur (Pengurusan Strategik, Pemuliharaan Penyesuaigunaan, Model Potensi Penyesuaigunaan) 7. Kerangka Teoritikal 8. Kerangka Konseptual Kajian 9. Kawasan Kajian 10. Metodologi Kajian 11. Jangkaan Hasil Kajian 12. Rujukan
  3. 3. 1. PENGENALAN • George town, Pulau Pinang telah disenaraikan dalam ‘World Heritage List oleh United Nations Educational, Scientific And Cultural Organisation’ (UNESCO) pada 07hb Julai 2008. • Pengiktirafan sebagai tapak warisan ini berdasarkan 3 kriteria iaitu : 1. Kriteria(ii) : Georgetown sebagai bandar perdagangan pelbagai budaya di asia tenggara dan asia timur (Mempunyai gabungan unik adat resam melayu, cina, india dan eropah melalui seni bina dan rupabentuk bandar, teknologi dan monumen) 2. Kriteria(iii) : Georgetown mempunyai kepelbagaian warisan budaya setempat yang dipengaruhi oleh tradisi asia dan pengaruh eropah. Ini diterjemahkan melalui kepelbagaian bangunan keagamaan, penganut agama yang berbeza, Bahasa yang pelbagai, amalan yang pelbagai, perayaan agama, tarian pakaian, seni dan muzik, makanan dan kehidupan harian. 3. Kriteria(iv) : Bandar ini wujud dengan variasi architecture/senibina berperingkat mengikut susur galur sejarah perdagangan sehingga mewujudkan kesan rekabentuk bandar dan seni bandar yang begitu unik dengan campuran asia dan eropah, ini diterjemahkan melalui rupabentuk bangunan, monumen dan perabot jalan yang di jaga sehingga kini. • Pengiktirafan ini merupakan satu penanda aras kepada kesedaran kita terhadap Tapak Warisan namun cabaran utama ialah UNTUK MENGEKALKAN PENGIKTIRAFAN yang diberikan oleh Pihak UNESCO. Maka Perancangan dan pengurusan yang strategik dan sistematik perlu dilaksanakan dan diberi perhatian yang serius.
  4. 4. 2. PERMASALAHAN KAJIAN • Dalam kajian ini, beberapa masalah telah dikenalpasti yang menjadi asas kepada pelaksanaan kajian iaitu: i. Tekanan dan ancaman pembangunan terhadap bangunan warisan dari segi perobohan dan fungsi bangunan yang tidak relevan (A. Ghafar Ahmad, 2006) ii. Ketidak berkesanan pelan pengurusan dan perancangan strategik yang menyeluruh bagi tujuan pemuliharaan bangunan dan kawasan warisan iii. Penglibatan orang awam yang rendah dalam proses pemuliharaan bangunan dan tapak warisan iv. Penyimpanan data dan pengurusan manual dalam pemuliharaan tapak warisan kurang cekap – rujukan tidak lengkap v. Keunikan dan kepentingan bangunan bersejarah tidak dipelihara dengan sistematik (Paiman Kromo, 2002) vi. Ketiadaan identiti bandar yang jelas kerana masalah ketidak seragaman fasad bangunan dan tidak menitikberatkan elemen senibina fizikal dan pembentukan tema yang bersesuaian – ubahsuai ikut citarasa sendiri Kesimpulan permasalahan di kawasan kajian dapat dirangkumkan bahawa kurangnya pengurusan yang strategik dalam pemuliharaan bangunan warisan dan ini menunjukkan perlunya satu pengurusan yang sistematik dan terancang
  5. 5. 2. PERMASALAHAN KAJIAN • Isu semasa fizikal bangunan di bandar George Town : 1. Tumbuhan asing di bangunan yang akan merosakan fabrik bangunan 2. Keretakan dinding partywall bangunan 3. Bangunan yang tidak dijaga dengan baik 4. Papan tanda perniagaan yang mencacatkan pemandangan bandar warisan 5. Fungsi bangunan yang tidak sesuai merosakan fasad bangunan 6. Gabungan elemen moden pada bangunan lama merosakankan dinding bangunan 7. Letakan compressor pada dinding bangunan merosakan bangunan dan pemandangan 8. Keretakan serius dinding bangunan yang membahayakan keselamatan pengguna 1 2 3 4 5 678
  6. 6. 3. PERSOALAN KAJIAN • Bagaimanakah dan sejauhmana kegunaan dan kejayaan penggunaan Model Potensi Penyesuaigunaan dalam pengurusan dan pemuliharaan bangunan warisan?
  7. 7. 4. OBJEKTIF KAJIAN • Berdasarkan masalah dan persoalan kajian yang dikemukakan, objektif kajian adalah seperti berikut: • Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisa dan meneroka penggunaan Model Potensi Penyesuaiangunaan (Adaptive Reuse Potential Model -ARP) dalam pengurusan strategik bangunan warisan dengan mengaplikasikan satu indikator yang telah terbukti berjaya iaitu Model Potensi Penyesuaiangunaan Langston yang juga dikenali sebagai Model AdaptSTAR. • Berikut adalah perincian objektif kajian: i. Untuk mengenalpasti kategori utama Model Potensi Penyesuaigunaan AdapStar dalam pengurusan strategik bagi pemuliharaan bangunan warisan ii. Untuk mengkaji keadaan fizikal semasa dan fungsi bangunan warisan di kawasan kajian. iii. Untuk mengadaptasikan Model Potensi Penyesuaigunaan AdapSTAR dalam pengurusan strategik bagi mengukuhkan organisasi dan pelaksanaan pemuliharaan bangunan warisan
  8. 8. 5. SKOP KAJIAN • Berdasarkan kepada objektif kajian, skop kajian akan memberi tumpuan khas kepada: i. Model Potensi Penyesuaiangunaan (ARP) – Penerokaan Teori dan Kepenggunaan ii. Aktor yang terlibat dengan pemuliharaan bangunan warisan di kawasan kajian iaitu Profesional, Pemaju, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Swasta – Teori dan Kajian Lapangan iii. Bangunan warisan yang ada di kawasan kajian – bangunan dalam proses pemuliharaan atau yang baru siap yang diluluskan oleh pihak Berkuasa tempatan – Teori dan Kajian Kes iv. Faktor-faktor yang mempengaruhi penyesuaiangunaan bangunan warisan secara langsung dan tidak langsung
  9. 9. 6. SOROTAN LITERATUR 6.1 Pengurusan Strategik • Definisi- Satu proses yang merangkumi perumusan strategi, perangkaan keupayaan firma serta pengurusan pelaksanaan strategi dan keupayaan tersebut (Ansoff, 2005) • Pengurusan strategik sebagai seni dan sains bagi merumus, melaksana dan menilai keputusan bersilang fungsian untuk membolehkan sesebuah organisasi mencapai objektifnya dan menurutnya proses pengurusan strategik mempunyai tiga tahap iaitu, pembentukan strategi, pelaksanaan strategi, penilaian dan kawalan strategi (David, 2007) • Pengurusan strategik sebagai sesuatu set keputusan serta tindakan yang mengakibatkan formulasi, implementasi dan kawalan strategi yang dirangka bagi mencapai objektif sebuah organisasi (Pearce dan Robinson, 2013)
  10. 10. 6. SOROTAN LITERATUR • Kesimpulannya, para sarjana dalam bidang pengurusan menganggap pengurusan strategik sebagai satu proses berterusan yang merangkumi tiga fasa iaitu: i. Pembentukan Strategi ii. Pelaksanaan Strategi iii. Penilaian dan kawalan strategi
  11. 11. 6. SOROTAN LITERATUR 6.2 Pemuliharaan • Pemuliharaan sebagai proses memulihara sesuatu tempat supaya kepentingan kebudayaannya dapat dikekalkan (International Council on Monuments and Sites - ICOMOS, 1999) • Pemuliharaan termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan, pembinaan semula, pemulihan dan penyesuaian atau mana- mana gabungannya (Akta Warisan Kebangsaan, 2005 (Akta 645) Konsep Pemuliharaan Bangunan Warisan • Bangunan warisan dipulihara melalui kerja pembaikan dan pengubahsuaian tanpa merosakkan struktur asal atau merubah keaslian bangunan.
  12. 12. 6. SOROTAN LITERATUR Prinsip Asas Pemuliharaan Bangunan Warisan • Paiman Keromo,(2006) berpendapat bahawa prinsip asas dalam pemuliharaan bangunan warisan ialah Keaslian dan telah membahagikan keaslian kepada empat elemen utama : i. Keaslian dari segi senibina ii. Keaslian bahan-bahan binaan iii. Keaslian pembinaan dan penciptaan iv. Keaslian teknik samada pemasangan atau pembuatannya. • Manakala A.Ghafar Ahmad (2006b), berpendapat bahawa kejayaan kerja pemuliharaan bangunan warisan bergantung kepada pemahaman terhadap prinsip asas pemuliharaan dan beliau mengariskan 4 prinsip asas yang mesti dipatuhi iaitu : i. Prinsip meminimakan gangguan seperti membaik pulih hanya struktur dan fabrik bangunan bersejarah yang rosak sahaja manakala yang masih elok perlulah dikekalkan keasliannya. ii. Prinsip menjalankan kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengenalpasti kandungan dan sifat bahan binaan serta tahap kerosakannya. Keputusan kajian saintifik dan ujian makmal dapat dijadikan bukti sokongan dalam membuat sebarang keputusan terhadap kerja pemuliharaan yang akan dilakukan kelak. iii. Prinsip mendokumentasikan kerja pemuliharaan yang menjadi amalan penting kerja pemuliharaan kerana ia dapat digunakan sebagai bahan rujukan terhadap kerja penyelenggaran bangunan bersejarah pada masa akan datang. iv. Prinsip mengaplikasikan kaedah pemuliharaan yang terbukti berkesan bagi memastikan setiap pendekatan pemuliharaan yang digunakan semasa kerja pemuliharaan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada bangunan bersejarah yang dipulihara.
  13. 13. 6. SOROTAN LITERATUR • Secara umumnya, 10 pendekatan kerja pemuliharaan yang telah dikenalpasti oleh Fielden (2000), Burden (2004), Muhammad Ismail Othman dan Paiman Keromo (2006) iaitu: i. Pengekalan ( Preservation) ii. Pengembalian semula (restoration) iii. Pemulihan (rehabilitation) iv. Pengeluaran Semula (reproduction) v. Pembinaan semula (reconstruction) vi. Pengukuhan (consolidation) vii. Penyesuaiangunaan (adaptive reuse) viii. Kegunaan yang sepadan (compatible use) ix. Pencegahan (prevention) x. Penyelenggaraan (maintenance) Kajian ini akan memberi tumpuan khusus kepada pendekatan kerja Penyesuaiangunaan (Adaptive Reuse)
  14. 14. 6. SOROTAN LITERATUR 6.3 Penyesuaigunaan • Penyesuaigunaan atau ‘adaptive reuse’ adalah : i. Proses mengubahsuai sesebuah bangunan bagi menukar fungsinya kepada fungsi baru dengan meninggalkan fungsinya yang lama (Marks ed., 1996; Austin, 1988; Bullen dan Love, 2011). ii. Satu proses yang mana bangunan diubah suai untuk fungsi penggunaan baru dan seterusnya meninggalkan fungsi penggunaan yang lama (Orbasli (2008) iii. Satu usaha atau kaedah yang murni untuk memulihara dan memberi nafas baru kepada bangunan warisan (A Ghafar Ahmad dan Nurwati Badarulzaman, 2001). Kesimpulannya; Penyesuaigunaan ialah satu kaedah yang mana bangunan diubah suai untuk menukar fungsi yang lama kepada fungsi yang baru dengan menggunakan pendekatan prinsip pemuliharaan yang betul
  15. 15. 6. SOROTAN LITERATUR 6.4 Model Potensi Penyesuaigunaan • Model Potensi Penyesuaiangunaan adalah satu pendekatan pengurusan strategik yang telah digunakan dalam pelbagai jenis pengurusan diperingkat global, ini termasuklah pengurusan bangunan warisan di kebanyakan negara didunia seperti di Amerika Syarikat, Australia dan di seluruh rantau Asia Pasifik (Cantell, 2005;. Langston et al, 2008; Jabatan Alam Sekitar dan Warisan, 2004; NSW Jabatan Perancangan, 2008). • Melalui Model Potensi Penyesuaiangunaan (Langston, Wong, Hui & Shen, 2008) bangunan yang ada sekarang dapat diklasifikasikan atau disusun mengikut peringkat penyesuaian dan kegunaan pada bila-bila masa. • Penerapan dan penggunaan pertama kali model ini dilakukan di HongKong (Langston dan Shen, 2007). Ia menyediakan konsep dan rangka kerja konsep bagi penilaian penyesuaigunaan dan berpotensi dalam bangunan- bangunan lama yang sedia ada di peringkat pengurusan strategik
  16. 16. 6. SOROTAN LITERATUR Model Potensi Penyesuaigunaan • Keperluan Mandatori untuk menjalankan Model Potensi Penyesuaiangunaan : i. Tarikh bangunan dibina ii. Tarikh bangunan melalui fasa baikpulih iii. Anggaran hayat fizikal bangunan iv. Skor tahap keusangan untuk setiap kategori • Maklumat yang diperolehi akan dapat menentukan : i. Umur bangunan ii. Tahap keusangan tahunan iii. Anggaran hayat fungsi bangunan iv. Skor ARP semasa dan trend v. Maksimum skor ARP vi. Pendedahan risiko ARP
  17. 17. 6. SOROTAN LITERATUR -kajian berkenaan pemuliharaan dan penggunaan Model Penyesuaigunaan- No Nama Pengkaji Tahun Ringkasan kajian 1 A.Ghafar Ahmad 1993 Thesis doktor falsafah : ‘ Conservation of British Colonial Building in Malaysia Built Between 1800-1930’ Menumpukan kaedah pemuliharaan bangunan dari segi teknikal dan menyelidik kerosakan yang berlaku pada bangunan tersebut. Pelopor kepada kajian yang melibatkan bangunan warisan di Malaysia 2 Syed Zainol Abidin Aidid 1995 Kajian inventori bangunan warisan di Malaysia 3 Mohamad yusof Ismail 2003 Menyelidik tentang pemulihan bangunan warisan di Malaysia 4 Nurlizaiha Harun 2004 Thesis doktor falsafah : ‘Amalan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Memberi tumpuan kepada amalan praktis kerja pemuliharaan bangunan di Malaysia 5 A.Ghafar Ahmad 2004 Memberi tumpuan kepada kaedah untuk memaksimakan tapak warisan sedia ada sebagai pusat pelancongan. 6 Yahya Ahmad 2005 Thesis doktor falsafah : ‘ Conservation Management of World Heritage Cities in Southeast Asia : Prepective from case studies in Vietnam and the Philipines - Tumpuan kajian lebih kepada pentadbiran pemuliharaan bandar warisan yang telah di iktiraf oleh UNESCO 7 Kamarul Syahril Kamal 2011 Menyelidik tentang kerosakan yang sering berlaku pada bangunan bersejarah 8 Lilawati Abdul Wahab 2013 Thesis doktor falsafah : ‘ Aplikasi prinsip penyesuaigunaan terhadap elemen seni bina hotel warisan di Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town. - Tumpuan diberikan kepada prinsip,nilai dan fungsi bangunan warisan dengan mengambil elemen estatik dan ekonomi.
  18. 18. 6. SOROTAN LITERATUR -kajian berkenaan pemuliharaan dan penggunaan Model Penyesuaigunaan- No Nama Pengkaji Tahun Ringkasan kajian 1 Garrod dan Fyall 2000 Pengurusan bangunan warsian yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti kerajaan, NGOs dan masyarakat awam yang memfokuskan kepada pembangunan pelancongan. 2 Ladkin dan Fletcher 2005 Kajian di Luang Prabang tentang penduduk; meneroka pengetahuan dan minat dalam warisan pemeliharaan dan pembangunan pelancongan, dan bagaimana masyarakat tempatan telah terlibat dalam projek ini/ 3 Yan dan Morrison 2007 Kajian tentang kesedaran status Warisan Dunia di Huangshan, Xidi dan Hongcun di Anhui, China 4 Farrell, A 2010 “Intelligent eco-physiological architecture: A primer for a sustainable built environment” Pembinaan dan adaptasi bangunan waisan kepada pembangunan yang lebih lestari dengan menggunakan Model Potensi Penyesuaigunaan 5 Conejos,S., Langston, C., & Smith, J. (2011) 2011 “Improving the implementation of adaptive reuse strategies for historic buildings” Menekankan tentang pengurusan strategik yang menggunakan Model Potensi Penyesuaigunaan dalam pengurusan bangunan warisan. 6 Langston, C 2012 “Validation of the adaptive reuse potential (ARP) model using iconCUR” Membincangkan tentang kegunaan Model Potensi Penyesuaigunaan dalam pengurusan bangunan warisan.
  19. 19. 7. KERANGKA TEORITIKAL Model Potensi Penyesuaigunaan (Adaptive Reuse Potential Model) • Melalui pembacaan dan analisis kajian kes, beberapa senarai kategori yang digunakan dalam Model Potensi Penyesuaiangunaan khususnya AdaptStar Model dikenalpasti iaitu fizikal, ekonomi, fungsi, teknologi, sosial, undang-undang dan politik. • Tujuh kategori ini jugalah yang digunakan dalam pembentukan kerangka konseptual dalam kajian ini • Namun explorasi dan penerokaan akan dibuat terhadap senarai kategori yang akan disokong oleh kriteria sediada untuk melihat samada wujud tambahan atau pengurangan kepada kategori/kriteria sedia ada.
  20. 20. 7. KERANGKA TEORITIKAL Model Potensi Penyesuaigunaan (Adaptive Reuse Potential Model) Kategori Kriteria Literatur/ Kajian Penyelidikan Yang Berkaitan Fizikal Integriti struktur, ketahanan bahan, pengerjaan, rawatan, reka bentuk, perubahan iklim Grammenos and Russell (1997); Russell and Moffat (2001); Davison, et.al. (2006); Osbourne (1985); Douglas (2006); Siddiqi (2006 ); Horvath (2010 ); Gorse and Highfield ( 2009); Yudelson (2010) Ekonomi dan Lokasi Kepadatan penduduk, pasaran, struktur pengangkutan, akses tapak, pendedahan, kekangan perancangan, saiz plot Milne in UNEP (2007); Prowler (2008); Osbourne (1985); Douglas (2006); Prowler (2008); Vakili-Ardebili (2007); Grammenos and Russell (1997); Russell and Moffat (2001); Browne (2006) Wilson and Ward (2009); Fungsi Fleksibiliti, compartmentalisation, disassembly, aliran ruang, kebolehtukaran, atrium, struktur grid, saluran perkhidmatandan koridor, penyewaan Russell and Moffat (2001); Arge (2005); Graham (2005); Prowler (2008); Vakjli-Ardebili (2007); Douglas (2006); Horvath (2010); Langston et al.(2008); Milne in UNEP (2007); Nakib (2010); Vakili-Ardebili (2007) Davison, et.al. (2006);Zeiler et al. (2010); Whimster (2008) Rabun and Kelso (2009) GBCA (2010); Park (1998); UNEP (2007); Dittmark (2008); Shaw et al. (2007) Langston and Shen (2007) Teknologi Orientasi, kaca, penebat dan teduhan, cahaya semula jadi, pengudaraan semula jadi, sistem pengurusan bangunan, akses solar, kerumitan Bond and Charlemagne (2009); DEH (2004); Curry (1995); Harmon et al.(2006); ICOMOS (1994); Jokilehto (1996); Marquis-Kyle and Walker (1994); UNESCO ( 2007 and 2009); Fournier and Zimnicki (2004) Prowler (2008); Farrel (2010); GBCA (2010) Davison, et.al. (2006); Fournier and Zimnicki (2004); Zushi (2005); Shaw et al. (2007) Sosial Imej, estetika, landskap, sejarah, kemudahan, skala manusia, kejiranan dan persekitaran Cantell (2005); Tobias and Vavatrous (2009); UNEP (2007); Langston and Shen (2007); Giles (2005); Gilder (2010); Balaras et al. (2004) Curry (1995); Harmon et al.(2006); ICOMOS (1994); Jokilehto (1996); Marquis-Kyle and Walker (1994); UNESCO ( 2007 and 2009); Fournier and Zimnicki (2004) Undang-undang/ Kualiti Tempoh siap, perlindungan kebakaran, alam sekitar, kualiti dalaman, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, keselamatan, keselesaan, kemudahan golongan kurang upaya, kecekapan tenaga, akustik Holborrow (2008); Park (1998); Osbourne (1985) Prowler (2008); Osbourne (1985); Gilder (2010) Politik Bangunan yang berdekatan, tapak ekologi, pemuliharaan, kepentingan masyarakat, pelan induk bandar, zon, pemilikan Davison, et.al. (2006) Cantell (2005); Tobias and Vavatrous (2009); UNEP (2007); Langston and Shen (2007); Giles (2005); Gilder (2010); Balaras et al. (2004) Curry (1995); Harmon et al.(2006); ICOMOS (1994); Jokilehto (1996); Marquis-Kyle and Walker (1994); UNESCO (2007 and 2009); Fournier and Zimnicki (2004) Wilson and Ward (2009; Douglas (2006); Heath (2001)
  21. 21. 8. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Model Potensi Penyesuaigunaan (Adaptive Reuse Potential Model) • Tujuh kriteria dalam Model Potensi Penyesuaiangunaan khususnya AdaptStar Model telah digunakan dalam pembentukan kerangka konseptual dalam kajian ini Model Potensi Penyesuaigunaan Fizikal Integriti struktur, ketahanan bahan, pengerjaan, rawatan, reka bentuk, perubahan iklim Ekonomi pasaran, struktur pengangkutan, akses tapak, pendedahan, kekangan perancangan, saiz plot Fungsi Fleksibiliti, compartmentalisation, disassembly, aliran ruang, kebolehtukaran, atrium, struktur grid, saluran perkhidmatan dan koridor, penyewaan Teknologi Orientasi, kaca, penebat dan teduhan, cahaya semula jadi, pengudaraan semula jadi, sistem pengurusan bangunan, akses solar, kerumitan Sosial Imej, estetika, landskap, sejarah, kemudahan, skala manusia, kejiranan dan persekitaran Undang-Undang Tempoh siap, perlindungan kebakaran, alam sekitar, kualiti dalaman, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, keselamatan, keselesaan, kemudahan golongan kurang upaya, kecekapan tenaga, akustik Politik Bangunan yang berdekatan, tapak ekologi, pemuliharaan, kepentingan masyarakat, pelan induk bandar, zon, pemilikan Model AdaptStar Rajah 8: Kerangka konseptual kajian
  22. 22. 9. KAWASAN KAJIAN Bandar Georgetown, Pulau Pinang • Bandar Georgetown, Pulau Pinang yang terletak di bawah pentadbiran pihak berkuasa perancang tempatan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) • Justifikasi pemilihan bandar Georgetown sebagai kawasan kajian: i. Georgetown mempunyai lebih daripada 12,000 bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai-nilai warisan yang sangat tinggi. ii. Bangunan-bangunan ini terdiri daripada kuil-kuil lama, gereja, masjid, rumah-rumah peninggalan sejarah/kolonial, deretan rumah kedai Cina dan India Muslim yang secara tidak langsung telah membentuk lanskap bandar georgetown sebagai bandar warisan. iii. Selain itu, kewujudan masyarakat majmuk yang membentuk "warisan hidup" (Seni Bina + Kepelbagaian Etnik = Multicultural Warisan Pulau Pinang), turut menjadi aset penting dalam perkembangan bandar Georgetown. iv. Pelbagai isu yang melibatkan pengurusan bangunan warisan, organisasi dan penyertaan semua pihak yang memerlukan perancangan strategik yang lebih sistematik
  23. 23. 9. KAWASAN KAJIAN Sejarah Pulau Pinang • Pulau Pinang dikenali sebagai Pulo Pinang untuk pelayar dan pedagang apabila masyarakat Tamil datang untuk berdagang di Pulau Pinang semenjak kemasukan Laksamana Cheng Ho pada abad kurun ke-15(ke-15). • Manakala orang-orang Portugis pula menggelarnya sebagai Pulo Pinaom apabila mereka berhenti di Batu Feringgi untuk mengisi kapal-kapal mereka dengan air tawar dalam perjalanan ke Melaka. • Francis Light pula menamakan Pulau Pinang sebagai "Prince of Wales Island" apabila dia mempacakkan bendera British di pulau itu pada bulan Ogos 1786 Sumber : www.pulaupinang.com
  24. 24. 9. KAWASAN KAJIAN • 07/07/2008 - Pengiktirafan bandar Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Terdapat 2 zon pemuliharaan iaitu Zon Warisan Utama (Core Zone) dan Zon Penampan (Buffer Zone) No Zon Keluasan (hektar) % Bil Bangunan % 1 Zon Utama 109.38 42.16 2344 50.25 2 Zon Penampan 150.04 57.84 2321 49.75 Jumlah 259.42 100 4665 100 Sumber : Jabatan Warisan Negara (2007b) Jadual Zon Pemuliharaan dan Bilangan Bangunan Sumber : www.gtwhi.com.my
  25. 25. 10. METODOLOGI KAJIAN Pendekatan Kajian (Mod Campuran) • Mod atau kaedah campuran digunakan dalam kajian ini dengan menggabungkan kualitatif dan kuantitatif. • Dalam penyelidikan kualitatif, terdapat enam reka bentuk penyelidikan kualitatif (Chua, 2012): i. Reka bentukTeori Beralas ii. Reka bentuk Etnografik iii.Reka bentuk Kajian Naratif iv.Reka bentuk Kajian Fenomenologikal v. Reka bentuk kajian Sejarah vi.Reka bentuk Kajian Kes (reka bentuk penyelidikan yang digunapakai dalam kajian ini)
  26. 26. 10. METODOLOGI KAJIAN Pendekatan Kajian • Pendekatan kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian kes dan penerokaan/tinjauan Reka Bentuk Kajian Kes • Reka bentuk kajian (case study design) menghuraikan seseorang individu atau sekumpulan individu secara teliti untuk memahami suatu isu yang dikaji serta memberi penekanan kepada analisis terhadap beberapa kejadian atau keadaan (condition) dan perhubungan antara mereka (inter-relations). Fokus penghuraian adalah holistik dan menyeluruh (Chua, 2012) • Kajian kes adalah kajian mendalam terhadap sesuatu perkara dan Penyelidik perlu mempunyai latar belakang atau teori yang mendalam dalam kes yang hendak dikaji bagi mengelakkan bias dalam mengumpul dan menganalisa data • Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explortory) dan diskriptif (descriptive) Penerokaan • Kajian penerokaan ialah meneroka sesuatu bidang, masalah, fenomena atau model baru • Dalam kajian ini, penerokaan Model (Model AdaptSTAR) dilakukan untuk penyelidikan selanjutnya bagi melihat kejayaan dan kegunaannya dalam pemuliharaan bangunan warisan.
  27. 27. 10. METODOLOGI KAJIAN Instrumen Kajian • Temubual (Kualitatif) i. Kaedah temubual adalah sebahagian daripada kaedah penyertaan (Pretty et al, 1995) dan ini juga membentuk cara utama pengumpulan data dalam penyelidikan lapangan ii. Tiga kaedah utama dalam menjalankan temubual ialah kaedah bersemuka (face to face), telefon dan temubual fokus kumpulan (Creswell, 2007). i. Dalam kajian ini, pendekatan temubual bersemuka akan digunakan. menurut Hall dan McArthur (1998), dalam konteks pengurusan warisan, temubual bersemuka dapat memberi tumpuan kepada satu individu pada satu masa, boleh mendedahkan pandangan mendalam perasaan mereka, persepsi dan idea kepada soalan-soalan yang disasarkan atau isu-isu. 1 Hede (2007) Pendekatan kaedah temubual bersemuka telah digunakan dalam mendapatkan maklum balas atau jawapan daripada responden berhubung dengan pelancongan di tapak warisan dunia di Australia dan New Zealand 2 Ladkin dan Fletcher (2005) Kaedah temubual bersemuka telah digunakan dalam mendapatkan maklumat daripada pihak UNESCO, ahli projek, pegawai kerajaan dan orang tempatan Contoh kajian pemuliharaan bandar warisan dengan menggunakan temubual
  28. 28. 10. METODOLOGI KAJIAN Instrumen Kajian • Temubual Tinjauan (Kuantitatif) i. Menurut Chua (2012), temubual tinjauan adalah satu pendekatan kuantitatif. ii. Temu bual tinjauan ini boleh dijalankan dengan mengambil kira beberapa aspek seperti satu set soalan telah disediakan terlebih dahulu sebelum temu bual berlangsung. iii. Soalan yang akan dikemukakan kepada responden akan dicatatkan pada borang soal selidik dan juga unsur perbincangan berkaitan dengan isu amat terhad kepada soalan-soalan yang ada dalam soal selidik sahaja. iv. Bila perlunya penyelidik menggunakan kaedah temu bual tinjauan ini? Ketika berhadapan dengan responden yang mengalami kesukaran untuk menjawab sendiri soalan temubual tersebut. Sebagai contohnya, soalan berkenaan statistik yang memerlukan pengiraan, maka sudah tentu memerlukan bantuan penyelidik ataupun enumerator untuk melengkapi soal selidik tersebut.
  29. 29. 10. METODOLOGI KAJIAN Instrumen Kajian • Pemerhatian (Kualitatif) i. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan ii. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. iii. Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. iv. Rakaman pemerhatian boleh menggunakan alat perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang diperhatikan. Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, dan perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian.
  30. 30. 10. METODOLOGI KAJIAN Instrumen Kajian • Penelitian Dokumen (Kualitatif) i. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen juga digunakan untuk mendapatkan data sokongan. ii. Penelitian dokumen boleh menggunakan senarai semak atau mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Analisis menggunakan frekuensi dan peratus boleh digunakan.
  31. 31. 10. METODOLOGI KAJIAN Sampel Kajian • Sampel responden bagi kajian ini diperolehi melalui pihak yang berkepentingan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan strategik bangunan warisan:- • 2 jenis sampel kajian iaitu: Individu/Organisasi Pihak Berkuasa (KLIEN) Ahli Profesional Kontraktor Bangunan/kajian kes 5 buah bangunan warisan yang sedang diubahsuai atau baru siap (salah satu syarat dalam Model Pengubahsuaian)
  32. 32. 10. METODOLOGI KAJIAN Kaedah Analisis Data • Penganalisian data kuantitatif akan dianalisis menggunakan SPSS dan perisian Excel. Pelbagai teknik-teknik statistik dalam SPSS akan digunakan untuk meneroka dan menganalisis data kuantitatif yang diperoleh melalui temubual tinjauan. • Manakala data kualitatif yang diperolehi melalui temubual dan kajian kes akan dianalisis dengan menggunakan beberapa pendekatan yang sering digunapakai dalam pengurusan strategik iaitu seperti Matrik KLAP (SWOT), PEST (Persekitaran Luar), Analisis Senario, Matrik NDTS (Space), Analisis Titik Pulangan Modal dan Model AdaptSTAR. • Walau bagaimanapun, kajian ini akan menekankan analisis data menggunakan Model AdaptSTAR bagi menghasilkan satu reka bentuk model pengurusan strategik yang lebih sistematik dan terancang dalam pemuliharaan bangunan warisan di kawasan kajian.
  33. 33. 11. JANGKAAN HASIL KAJIAN • Hasil yang dijangkakan melalui kajian ini ialah seperti berikut: i. Hasil utama kajian ini ialah dapat meneroka dan mengesahkan bahawa Model AdaptSTAR adalah satu model pengurusan strategik yang akan membawa kepada hasil dan amalan yang terbaik, sistematik, bersepadu dan lestari khususnya dalam pemuliharaan bangunan-bangunan warisan. ii. Menghasilkan perbincangan yang lebih terperinci tentang pengurusan strategik dalam pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia dengan menekankan isu organisasi, keadaan fizikal dan fungsi bangunan. iii. Menerbitkan beberapa jurnal dalam bidang pengurusan strategik dan pemuliharaan bangunan warisan iv. Penerbitan di dalam prosiding pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  34. 34. 12. RUJUKAN • A.Ghafar, A. (2004). Understanding Common Building Defects: The Dilapidation Survey Report, School of Housing, Building and Planning, USM, Malaysia. Majalah Akitek, 16, 19-21. • Amer Hamzah, M.Y. (1991). Conservation Strategies For The Historic Cities Of Melaka, Malaysia, With Respect To Cultural Tourism. Edinburgh. Tesis Sarjana Sains (Pemuliharaan Senibina), Jabatan Senibina, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Heriot-Watt. Tidak Diterbitkan • Ansoff, H. I. & Antoniou, P. (2005).The Secrets of Strategic Management: The Ansoffian Approach. Booksurge: LLC. • Conejos, S., Langston, C., & Smith, J. (2011). Improving the implementation of adaptive reuse strategies for historic buildings. Aversa and Capri, Naples, Italy: La scuola di Pitagora s.r.l. • David, F.R. (2007). Strategic Management: Concepts and Cases. New Jersey: Pearson Education, Inc., Upper Saddle River • Farrell, A. (2010). Intelligent eco-physiological architecture: A primer for a sustainable built environment. paper presented to Building a Better World: CIB World Congress 2010, The Lowry, Salford Quays, United Kingdom. • Garrod, B., & Fyall, A. (2000).Managing heritage tourism.Annals of Tourism Research, 27, 682- 708. • Hede, A. (2007) ‘Managing special events I the new era of the TBL. Event Management, 11, 3-22.
  35. 35. 12. RUJUKAN • Ladkin, A.C. & A., & Fletcher, J. (2005).Stakeholder collaboration and heritage management.Annals of Tourism Research, 32, 28-48. • Langston, C. (2012). Validation of the adaptive reuse potential (ARP) model using iconCUR. Facilities, 30, 193e207. • Malaysia (1976).Akta Benda Purba (Akta 168). Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Negara. • Nakamura, G.I. (1992). Development of strategic management in the Asia Pacific Region.International Review of Strategic Management, 3, 3-18. • Pearce, J. A., II, & Robinson, Jn., R. B. (2013). Strategic Management: Planning for domestic and Global Competition, Chicago, IL: R. D. Irwin, Inc (13th edition). • Thompson, A.A., & Strickland, A.J. (2001).Strategic Management. New York: McGraw-Hill. • UNESCO. (2009). Hoi An protocols for best conservation practice in Asia: Professional guidelines for assuring and preserving the authenticity of heritage sites in the context of the cultures of Asia. Bangkok: UNESCO. • Yan, C.G. & Morrison, A.M. (2007). The influence of visitors’ awareness of world heritage listings: a case study of Huangshan, Xidi and Hongcun in Southern Anhui, China. Journal of Heritage Tourism 2:3, 184-195
  36. 36. Thank You Transforming Higher Education For A Sustainable Tomorrow

×