Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

66,761 views

Published on

Gunakan contoh ini sebagai rujukan anda. Biasanya , Kerja kursus semuanya dalam format yang sama .
STPM Batch 2014/2015

Published in: Education
0 Comments
44 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
66,761
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
96
Actions
Shares
0
Downloads
527
Comments
0
Likes
44
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am (STPM)

  1. 1. 960918-10-5614 1 PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PEMBUATAN COKLAT BAR KAVANA DI SEMENYIH, SELANGOR. ABSTRAK. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti cara pembuatan Coklat Kavana Bar melalui penggunaan sains dan tekonologi . Kajian ini mengemukakan beberapa objektif kajian iaitu objektif kajian pertama untuk mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan coklat Kavana Bar berperisa Almond dan Mint oleh pengusahanya di Semenyih,Selangor .Objektif kedua untuk mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan coklat tersebut.. Kajian ini dijalankan di Taman Industry Mega, Semenyih . Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan temubual . Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang terlibat secara rawaknya . Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan dengan penggunaan sains dan teknologi dalam proses pembuatan coklat Kavana tersebut dan kesan daripada penggunaan tersebut serta faktor produktivi coklat tersebut . Sebelum hasil dapatan awal, pihak pengusaha telah menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap tolong menolong semasa saya ingin menjalani kajian ini . Hasil dapatan akhir pula mendapati coklat merupakan salah satu makanan yang diminati dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,. Secara kesimpulan kecil , keproduktifan makanan sememangnya dipengaruhi oleh penggunaan sains dan teknologi kini .
  2. 2. 960918-10-5614 2 SENARAI ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman Sinopsis 1 Senarai isi kandungan 2 Penghargaan 3 1.0 Pengenalan 4-5 2.0 Objektif kajian 6 3.0 Lokasi kajian 3.1 Peta 7-8 4.0 Kaedah kajian 4.1 Pemerhatian 10 4.2 Kaedah soal selidik 11 5.0 Dapatan kajian 5.1 Demograsi responden 12-13 5.2 Mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya 5.3 Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan Coklat Kavana Bar Berperisa Almond dan Mint . 6.0 Rumusan dan Kesimpulan 22 Rujukan 23 Lampiran 24-29
  3. 3. 960918-10-5614 3 PENGHARGAAN Dengan kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4) penggal 2 tahun 2015 yang bertajuk “Proses Pembuatan Coklat Kavana Bar berperisa Almond Dan Mint dengan Penggunaan Sains & Teknologi Terkini ” dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Jannah binti yang merupakan guru Pengajian Am di sekolah saya. Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Hajah Kamilah Bt. Saleh yang merupakan pengetua cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said,Nilai kerana telah member keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am saya iaitu Puan Jannah kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu Encik Sambamoorthy Sannasy serta Ghita Vengadasu yang telah banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja kursus ini supaya berjalan dengan lancar. Akhir sekali,di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini. Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus kepada-Nya, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
  4. 4. 960918-10-5614 4 1.0 PENGENALAN Sweetkiss Makanan Perindustrian & Trading Sdn Bhd, popular disebut sebagai Sweetkiss, adalah salah satu pengeluar konfeksi terkemuka di Malaysia. Dengan tumpuan khas kepada coklat gula-gula, biskut dan produk snek daripada Sweetkiss, produknya direka khas untuk memenuhi permintaan hari ini memenuhi dalam dan di banyak negara-negara lain di luar daripada kawasan. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1995, Sweetkiss kini terletak pada tanah 2 ekar, dengan iringan adalah sebanyak 100,000 persegi kaki di Semenyih,Selangor . Pelbagai produk makanan yang dihasilkan berjenama SWEETKISS dan ROYAL de Dolton kini merupakan nama yang berpengaruh. Pasukan pihak penguasha telah berjaya dicampur pengetahuan pasaran dan pengalaman ke dalam keupayaan pengeluaran dan logistik. Dengan bersemangat tinggi dan komitmen daripada pelaksanaan kerja berpasukan yang hebat, Sweetkiss mempunyai kemajuan pesat dalam tempoh yang singkat tempoh dalam menguruskan rangkaian pengedaran meluas menembusi seluruh negara, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Vietnam, Chin, India, Bangladesh, Afrika, dan Timur Tengah. Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko. Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersil bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil apabila kaltivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam dinegara ini. Kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun 1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau, Terengganu yang melibatkan kawasan seluas 403 hektar. Pokok koko adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam FamiliSterculiaceae, yang
  5. 5. 960918-10-5614 5 berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah.Benih koko biasanya digunakan untuk menghasilkan koko dan coklat. Menurut Kamus Dewan, Sains didefinsikan sebagai suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat . Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Pada dasarnya,semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita. Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian,Mencari Keseragam,danPembentukanTeoridanHukum. Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai "aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itu dianggap lebih baik berbanding yang lama. Sebagai contoh, pemproses mikro Pentium 4 dianggap lebih pantas berbanding pemproses mikro Pentium 3 dan sebelumnya. Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang sains dan teknologi makanan pada hari ini berlaku dengan cukup pesat. Pelbagai teknologi terkini digunakan bagi memastikan makanan yang terhasil adalah berkualiti tinggi. Keadaan ini diperkuatkan lagi dengan gabungan pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan dengan kejuruteraan, biologi, kimia, mikrobiologi dan lain-lain sehingga dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan yang baru dan makanan yang sedia ada diperbaiki lagi kualitinya. Bukan itu sahaja, peralatan teknologi juga turut berubah demi untuk membantu pihak industri makanan. Kesemuanya bertujuan bagi memastikan makanan yang terhasil adalah mencukupi untuk keperluan manusia, menjamin supaya manusia memperolehi nutrien yang baik sehingga menghasilkan kesihatan yang baik dan membantu memanjangkan umur hayat manusia.
  6. 6. 960918-10-5614 6 Kesimpulannya, sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kemajuan pengeluaran makanan. Perbezaan yang ketara antara negara maju dan negara sedang membangun memperlihatkan jurang yang begitu jauh dalam aspek pembangunan. Manusia walau bagaimana pun terus menghasilkan teknologi baru dengan harapan dapat mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan secara keseluruhan kepada umat manusia dan alam ini. Teknologi-teknologi ciptaan manusia tidak dapat dinafikan membantu mengubah kehidupan manusia. . Oleh itu, penduduk di negara sedang membangun perlu bekerja lebih keras lagi bagi memastikan industri makanan terus berkembang. Hasil dari perkembangan ini dapat menampung jumlah bekalan makanan kepada penduduk yang semakin tinggi peningkatannya di negara sedang membangun. Perkara ini juga dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan sdapat bertindak sebagai negara pengeluar makanan.
  7. 7. 960918-10-5614 7 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Pengakaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu : 1. Mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan Coklat Kavana Bar di Semenyih, Selangor. 2. Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan Coklat Kavana Bar Berperisa .
  8. 8. 960918-10-5614 8 3.0 LOKASI KAJIAN 3.1 Peta Peta 1: Peta Negeri Selangor SUMBER: LAMAN WEB RASMI http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/122 Walaupun wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah membuktikan bahawa ia diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor. Perkataan Selangor itu sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa. Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.
  9. 9. 960918-10-5614 9 Peta 2: Peta Daerah Semenyih, Selangor. SUMBER : GOOGLE MAP. Semenyih adalah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, berjarak kira-kira 8 km arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih yaitu sungai utama yang mengalir di sekitar Pekan Semenyih.
  10. 10. 960918-10-5614 10 Peta 3 : Peta Lokasi Kajian . SUMBER : GOOGLE MAP Ini adalah peta ke Sweetkiss Food Industry Sdn. Bhd dari tempat keidaman saya. Jarak antara tempat keidaman saya ke lokasi kajian saya kira – kira 21.2 kilometer . Masa yang diambil untuk sampai ke lokasi tersebut kira – kira 20 minit dengan menggunakan kenderaan bermotor . . Semenyih merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dengan pelbagai jenis lagi perindustrian yang lain selain daripada Sweetkiss Food Industry .
  11. 11. 960918-10-5614 11 3.2 FOTO LOKASI KAJIAN . 3.2.1 : Foto Lokasi Kajian
  12. 12. 960918-10-5614 12 SUMBER : LOKASI LAPANGAN 2015 Ini merupakan gambar lokasi kajian saya. “Sweetkiss Food Industry Sdn. Bhd ” ini terletak di Semenyih , Selangor . Lokasinya terletak di Taman Mega , Jalan Mega B , bernombor 36 hingga 44. Berposkod 43500 , Semenyih ,Selangor. Sweetkiss Food Industry tidak jauh daripada pekan Semenyih.
  13. 13. 960918-10-5614 13 4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan semasa melakukan kajian tersebut . Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Pelbagai kaedah ini digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat . Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif dijalankan dengan membuat pemerhatian serta sesi temubual bagi mendapatkan suasana yang sebenar berkaitan kajian itu.Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan menyediakan borang soal selidik dapat mengumpul data serta menganalisis maklumat dengan lebih jelas dengan menggunakan kaedah gundalan dan peratusan bagi mengira bilangan responden yang disoal selidik. 4.1 KAEDAH PEMERHATIAN : Melalui kaedah pemerhatian, saya telah mengetahui cara pembuatan coklat Kavana Bar dengan penggunaan mesin yang canggih Pada hari pertama, seawal jam 2.30 petang pada hari Jumaat bertarikh 26 Februari 2015. Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, saya disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa saya ke bilik mesyuarat.Di dalam bilik mesyuarat itu, saya diberi sedikit penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, rombongan saya ke pembuatan coklat pun bermula. Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Saya dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, saya diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Saya melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin.Saya telah melihat pelbagai jenis mesin yang digunakan dalam proses pembuatan coklat ini.
  14. 14. 960918-10-5614 14 Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas. Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang berperisa almond dan mint mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, saya dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan. Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, saya telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan coklat dengan penggunaan sains dan teknologi. Sepanjang dua jam lawatan, saya berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Di bilik mesyuarat, saya diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Sememangnya , dengan penggunaan sains dn teknologi telah meningkatkan produktivi coklat tersebut . Coklat Kavana Var ini yang berperisa Almond Dan Mint merupakan salah satu produk yang mendapat sambutan yang tinggi .
  15. 15. 960918-10-5614 15 4.2 KAEDAH SOAL SELIDIK Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu hendaklah diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu di penduduk sekitar Taman Mega serta para pekerja kilang tersebut. Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan betul pada soalan yang berkenaan sahaja. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden secara rawak . Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang soal selidik. BIL. PERKARA Sangat setuju (5) Setuju (4) Tidak pasti (3) Kurang setuju (2) Sangat tidak setuju (1) Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan peratus untuk memudahkan proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan dipersembahkan dalam dapatan kajian menggunakan jadual, min dan carta pai.
  16. 16. 960918-10-5614 16 4.3 KEADAH TEMU BUAL Pengkaji telah menjalankan temu bual secara formal dengan pihak penguasha syarikat tersebut. Temu bual dilaksanakan dengan pengkaji menyediakan lapan soalan yang berkaitan dengan proses pembuatan Coklat Kavana Bar Berperisa Almond dan Mint untuk maklumat serta response mengenai pengaruh sains dan teknologi dalam proses makanan .Hasil daripada temu bual tersebut dicatat dan dibuat rumusan , serta dikaitkan dengan data yang diperolehi melalui soal selidik dan akhirnya dibincangkan dalam bahagian dapatan kajian .
  17. 17. 960918-10-5614 17 5.0 DAPATAN KAJIAN Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap makanan melalui pengaruh sains dan teknologi terkini. Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri penduduk Taman Mega dan yang dipilih atau diambil secara rawak .Hal ini bertujuan bagi mendapatkan perbezaan pendapat responden yang berlainan peringkat umur yang meminati Coklat Kavana Bar yang Berperisa Almond dan Mint . 5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri golongan belia yang berumur diantara 15-20, 21-30 , 31-40 dan 41-50 secara rawak. Jadual 1 di bawah menunjukan bilangan responden mengikut umur golongan belia yang terlibat JADUAL 1 : LATAR BELAKANG REPONDEN Bil Perkara Kategori Bilangan Peratusan (%) 1. Umur 15-20 9 30 21-30 12 40 31-40 6 20 41-50 3 10 JUMLAH 30 100 2. Jantina Lelaki 13 43 Perempuan 17 56 JUMLAH 30 100 SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
  18. 18. 960918-10-5614 18 Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut umur. Rajah 1: Peratus Demografi Responden Mengikut Umur Sumber: Kajian Lapangan 2015 Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur penduduk di Taman Mega . Daripada 30 orang penduduk yang telah di soal selidik, seramai 9 orang responden berumur 15 hingg 20 tahun bersamaan dengan 30% . Sementara itu , bagi yang umur antara 21 hingga 30 tahun adalah seramai 12 orang responden bersamaan 40% . Seterusnya, seramai 6 orang responden bersamaan dengan 20% bagi yang berumur antara 31 hingga 40 tahun. Akhir sekali, responden yang berumur antara 41 hingga 50 tahun seramai 3 orang responden bersamaan dengan 10%. 30% 40% 20% 10% Demografi RespondenBerdasarkanUmur 15-20 21-30 31-40 41-50 PETUNJUK (UMUR)
  19. 19. 960918-10-5614 19 Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut jantina. Rajah 2: Peratus Demografi Responden Mengikut Jantina Sumber: Kajian Lapangan 2015 Berdasarkan Rajah 2 , menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina penduduk di Taman Mega. Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal selidik , seramai 13 orang responden adalah jantina lelaki yang bersamaan dengan 43%. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 17 responden yang bersamaan dengan 57% . 43% 57% Demografi RespondenBerdasarkanJantina Lelaki Perempuan PETUNJUK (JANTINA)
  20. 20. 960918-10-5614 20 5.2 MENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA BERPERISA ALMOND DAN MINT OLEH PENGUSAHANYA ( OBJEKTIF 1 ) Berdasarkan soal selidik yang diperoleh , data tealh dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan . Analisis dapatan berkaitan dengan pengaruh sains dan teknologi dalam penghasilan Coklat Bar Kavana berperisa almond dan mint ditunjukkan dalam Jadual 2. JADUAL 2: ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPUASAN RESPONDEN DALAM PERISA YANG DIKELUARKAN OLEH PENGUSAHA MELALUI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI. Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 1 3 10 21 70 1 3.33 4 13.33 1 3.33 Adakah anda berpuashati dengan perisa tersebut ? SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Seramai 3 orang responden bersamaan dengan 10% sangat setuju bahawa mereka sendiri berpuashati dengan perisa yang dikeluarkan .Manakala 21 orang setuju bersamaan dengan 70% , 1 orang iaitu 3.33% tidak pasti dan 4 orang iaitu 13.33 tidak setuju , manakala 1 orang sangat tidak setuju bersamaan dengan 3.33% . Majoriti responden setuju bahawa coklat pengeluar SweetKiss Food Industry berjenama Coklat Bar Kavana memuaskan mereka dengan perisanya yang begitu sedap iaitu seramai 24 orang (3 orang sangat setuju dan 21 orang setuju) atau sejumlahnya ialah 80% .
  21. 21. 960918-10-5614 21 Analisis dapatan berkaitan tentang kepuasan dalam pembungkusan coklat Bar Kavana tersebut dalam Jadual 3. JADUAL 3 : ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPUASAN RESPONDEN DALAM PEMBUNGKUSAN COKLAT YANG DIKELUARKAN OLEH PENGUSAHA MELALUI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI. SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Seramai 21 orang responden bersamaan dengan 70% setuju dengan cara pembungkusan coklat yang dikeluarkan oleh penguasha melalui penggunaan sains dan teknologi . Manakala , 6 orang tidak pasti bersamaan dengan 20% , manakala 3 orang sangat tidak setuju bersamaan dengan 10% . Majoriti responden setuju dengan cara pembungkusan coklat yang dikeluarkan oleh penguasha melalui penggunaan sains dan teknologi iaitu seramai 21 orang atau sejumlahnya 70%. Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 2 Adakah anda berpuashati dengan cara pembungkusan coklat tersebut ? 0 0 21 70 6 20 0 0 3 10
  22. 22. 960918-10-5614 22 Analisis dapatan berkaitan tentang cara pembuatan coklat bar Kavana tersebut melibatkan sains dan teknologi dalam Jadual 4. JADUAL 4 : ANALISIS PERATUSAN BAGI CARA PEMBUATAN COKLAT BAR KAVANA DIPENGARUHI DENGAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI . SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Seramai 26 orang responden bersamaan dengan 86.67% sangat setuju bahawa pengeluaran coklat bar Kavana ini dipengaruhi oleh penggunaan sains dan teknologi .Manakala , 3 orang responden setuju bersamaan dengan 10% , manakala 1 orang responden tidak pasti bersamaan dengan 3.33% . Majoritinya sangat setuju bahawa pengeluaran coklat bar Kavana ini dipengaruhi oleh penggunaan sains dan teknologi iaitu seramai 29 orang responden (26 orang sangat setuju dan 3 orang setuju) atau sejumlahnya 96.67%. Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 3 Adakah anda rasa cara pembuatan coklat Bar Kavana tersebut melibatkan penggunaan sains dan teknologi ? 26 86.67 3 10 1 3.33 0 0 0 0
  23. 23. 960918-10-5614 23 JADUAL 5 : MENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA ( OBJEKTIF 1 ) Berdasarkan jadual 5 , jadual menunjukkan pengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya. Bil Soalan Sangat Setuju Bil % Setuju Bil % Tidak Pasti Bil % Tidak Setuju Bil % Sangat Tidak Setuju Bil % 1 Adakah anda berpuashati dengan perisa tersebut ? 3(10) 21(70) 1(3.33) 4(13.33) 1(3.33) 2 Adakah anda berpuashati dengan cara pembungkusan coklat tersebut ? 0(0) 21(70) 6(20) 0(0) 3(10) 3 Adakah anda rasa cara pembuatan coklat Bar Kavana tersebut melibatkan penggunaan sains dan teknologi ? 26(86.67) 3(10) 1(3.33) 0(0) 0(0)
  24. 24. 960918-10-5614 24 GRAF 1 : ANALISIS MENUNJUKKAN PENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Analisis menunjukkan pengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya dalam graf 1. 0 500 1000 1500 2000 2500 Perisa Coklat Bar Kavana Cara pembungkusan Coklat Bar Kavana cara pembuatan coklat Bar Kavana Peratusan / % Faktor penggunaan sains dan teknologi sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
  25. 25. 960918-10-5614 25 5.3 MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR BERPERISA ALMOND DAN MINT ( OBJEKTIF 2 ) Berdasarkan soal selidik yang diperoleh , data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan dengan keproduktifan, masa dan kesihatan dalam penggunaan sains dan teknologi coklat Bar Kavana ditunjukkan dalam Jadual 7. JADUAL 7 : ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPRODUKTIFAN , MASA DAN KESIHATAN DALAM PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA . SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 1 Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan produk coklat tersebut ? 20 66.67 10 33.33 0 0 0 0 0 0 2 Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa ? 25 83.33 5 16.67 0 0 0 0 0 0 3 Adakah anda rasa bahawa penggunaan sains dan teknologi dalam industri pemakanan boleh membawa kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan ? 0 0 0 0 1 3.33 8 26.67 21 70
  26. 26. 960918-10-5614 26 Berdasarkan Jadual 7 , seramai 20 responden bersamaan dengan 66.67% sangat setuju bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan keproduktiviti coklat bar kavana . Manakala 10 orang setuju bersamaan dengan 33.33% . Majoriti responden setuju bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan keproduktiviti coklat bar kavana iaitu seramai 30 orang ( 20 orang responden sangat setuju dan 10 orang setuju ) atau sejumlahnya ialah 100%. Selain itu , seramai 25 orang responden bersamaan dengan 83.33% sangat setuju bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa dalam pengeluaran Coklat Bar Kavana. Manakala , 5 orang responden setuju bersamaan dengan 16.67% . Majoriti responden setuju bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa iaitu seraai 30 orang ( 25 orang responden sangat setuju dan 5 orang setuju ) atau sejumlahnya ialah 100%. Keputusan peratusan untuk kesihat menunjukkan majoritinya tidak setuju . Seramai 1 orang responden bersamaan 3.33% tidak pasti dalam penggunaan sains dan teknologi dalam industri pemakanan yang boleh nemjurus kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan . Manakala , seramai 8 orang responden bersamaan 26.67% tidak setuju dan seramai 21 orang responden bersamaan dengan 70% sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut . Majoritinya , responden tidak setuju dalam penggunaan sains dan teknologi dalam industri pemakanan yang boleh nemjurus kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan iaitu seramai 29 orang responden (8 orang responden tidak setuju dan 21 orang responden sangat tidak setuju ) atau sejumlahnya 96.67% .
  27. 27. 960918-10-5614 27 JADUAL 8 : MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR BERPERISA ALMOND DAN MINT ( OBJEKTIF 2 ) SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Bil Soalan Sangat Setuju Bil % Setuju Bil % Tidak Pasti Bil % Tidak Setuju Bil % Sangat Tidak Setuju Bil % 1 Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan produk coklat tersebut ? 20(66.67) 10(33.33) 0(0) 0(0) 0(0) 2 Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa ? 25(83.33) 5(16.67) 0(0) 0(0) 0(0) 3 Adakah anda rasa bahawa penggunaan sains dan teknologi dalam industri pemakanan boleh membawa kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan ? 0(0) 0(0) 1(3.33) 8(26.67) 21(70)
  28. 28. 960918-10-5614 28 GRAF 2 : ANALISA DALAM MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015 Analisa dalam mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan coklat kavana bar dalam graf 2. 0 500 1000 1500 2000 2500 Keproduktifan Menjimatkan Masa Menjejaskan Kesihatan P e r a t u s a n ( % ) Kesan penggunaan Sangat setuju setuju tidak pasti tidak setuju sangat tidak setuju
  29. 29. 960918-10-5614 29

×