1
Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi mendownload dan membaca ebook
percuma ini. Di dalam ebook ini, saya bakal kon...
Baiklah. Ini cerita saya pula. Ianya berdasarkan pengalaman sebenar…betapa ruginya saya
seperti situasi sebelum ini.
Saya ...
Itu adalah antara persoalan yang berlegar di fikiran saya dan saya berasa amat rugi..
Banyak kos saya habis ke FB Ads, pun...
Tambahan pula sekarang saya banyak bergantung kepada Facebook Ads untuk
memasarkan sesuatu produk. Dulu saya pernah mengel...
3 Saya ada 1000 data pelanggan produk A, dan dalam masa sama saya nak
cuba jual produk B dan Produk C pada mereka. Saya ha...
Dari hasil teknik AES ini sedikit sebanyak mampu untuk membantu para peniaga
ONLINE terutamanya, yang menjual PRODUK FIZIK...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Preview Teknik AES

364 views

Published on

Di dalam ebook ini, teknik yang bakal dikongsikan adalah tentang salah satu dari kunci pemasaran yang diberi nama sebagai ‘DATABASE’

Published in: Marketing
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
364
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
8
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Preview Teknik AES

  1. 1. 1
  2. 2. Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi mendownload dan membaca ebook percuma ini. Di dalam ebook ini, saya bakal kongsikan tentang salah satu dari kunci pemasaran yang diberi nama sebagai „DATABASE‟. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, saya ingin anda membayangkan satu situasi ini. Situasinya begini : Bayangkan diri anda adalah seorang peniaga alat tulis di sebuah bandar kecil. Satu hari datang seorang pelajar universiti ke kedai anda untuk membeli sebiji pemadam. Dengan wajah yang resah dan gelisah, dia bertanya kepada anda. “Bang,ada pemadam tak? Saya dah cari kat semua kedai, tapi takde. Minggu ni lak minggu exam. Susah nak jawab soalan kalau takde pemadam bang.” Setelah mendengar pertanyaan pelanggan anda itu, anda tersedar yang kedai anda juga kehabisan pemadam. “Alamak. Sorry la dik, pemadam kat kedai abang ni pun dah habis. Baru je ada sorang budak perempuan kecik kamu je, beli 5 karton.” Pelajar itu terus keluar dengan perasaan muka hampa dan kecewa. Air matanya turut bergenang dan menanti masa untuk jatuh menitis di pipi. Selang beberapa minit kemudian… “Ayah, tadi Bedah kemas rak belakang jumpa 30 kotak pemadam. Tersorok kat belakang kotak buku.”Anak perempuan anda berkata kepada anda. Lantas anda terus teringat kembali akan pelajar yang dahagakan pemadam. Anda berlari sekuat hati keluar dari kedai, memandang kiri dan kanan, tetapi bayang pelajar tadi sudah tidak kelihatan. Berdasarkan situasi ini, apa yang anda dapat simpulkan? Betapa ruginya sebab pelajar tadi tidak tinggalkan cara nak hubungi dia, dan anda juga berasa amat rugi sebab tak minta. Dari contoh di atas, memanglah contoh pemadam digunakan. Untung pun cuma sen- sen je. Itu contoh..kerana saya mahu anda faham dengan kira-kira mudah yang mana walaupun untung jualan sen-sen tetapi anda tetap boleh mengalami kerugian disebabkan tiadanya maklumat pembeli. Belum cerita lagi kalau anda berniaga produk untung sa, puluh, ratus dan ribuan ringgit. Ini baru cerita jual pemadam, belum cerita jual pemadam api. Bagaimana? Dah dapat sedikit gambaran di situ? Kabur-kabur? 2
  3. 3. Baiklah. Ini cerita saya pula. Ianya berdasarkan pengalaman sebenar…betapa ruginya saya seperti situasi sebelum ini. Saya mula terjerumus di dalam arena perniagaan secara offline dan online sekitar tahun 2005-2006. Di mana saya pernah menghasilkan 4-5 angka dalam masa sebulan. Walaupun ketika itu saya masih menuntut di universiti. Dan sehingga ke hari ini saya memilih untuk berniaga sepenuh masa dan hampir 100% perniagaan saya adalah secara online. Di mana hasil pendapatan saya mampu untuk menyara anak-anak dan isteri saya. Tetapi di hujung tahun 2009 saya mula terfikir. Selama beberapa tahun saya berniaga, dan mendapat ribuan pelanggan malah mencecah puluhan ribu, tetapi tidak sampai 100 orang yang dapat saya hubungi. Kebanyakan mereka hanya pelanggan tetap yang kerap repeat order dengan saya. Jadi saya mula terfikir untuk memulakan perniagaan secara bersistem yang mana data pelanggan saya dapat disimpan di dalam sistem yang memudahkan saya untuk keep track mereka. Saya mula membuat satu e-commerce website yang mempunyai sistem penyimpanan data pelanggan. Ianya masih kekal sehingga sekarang. Tetapi saya melihat beberapa kelemahan di dalam sistem tersebut. Di mana cara untuk berinteraksi dengan pelanggan tidak begitu efektif. Mungkin anda tidak begitu faham dengan apa yang sedang saya sembangkan sekarang ini, tak apa, saya teruskan sampai anda faham. Pada tahun 2012, saya mula meluaskan platform jualan dengan menggunakan medium Facebook sebagai satu kaedah pemasaran. Bagi saya ianya sangat berkesan. Melalui facebook saya mula berniaga produk-produk yang bermacam jenis dan tidak sama niche dengan perniagaan lama saya. Jadi bagi saya sukar untuk buat satu ecommerce website. Sebabnya produk saya kini berlainan niche, dan pelanggan lebih suka masuk dan beli melalui facebook berbanding di dalam website. Jadi, di facebook, saya mula buat beberapa FanPage untuk pelbagai produk niche berbeza. Kebanyakan FanPage saya mencecah angka puluhan ribu LIKE. Tetapi di pertengahan tahun 2013 saya mula terfikir kembali tentang beberapa perkara. “Aku dah ada puluhan ribu LIKE. Tapi macam mana aku nak jejak semula semua yang LIKE page aku tu?” “Setiap satu post aku dapat berapa reach je. Sikit gile berbanding dengan LIKE aku.” “Aku jual produk A pada pelanggan X, macam mana aku nak promosikan produk B pada pelanggan X? Sebabnya produk A & B datang dari page berbeza.” 3
  4. 4. Itu adalah antara persoalan yang berlegar di fikiran saya dan saya berasa amat rugi.. Banyak kos saya habis ke FB Ads, pun satu hal jugak. Jadi bila saya mula mencari kaedah bagaimana saya dapat menyimpan maklumat pelanggan tanpa website. Berbagai study case dan juga split test telah saya lakukan. Sehinggalah saya mencipta sebuah teknik yang saya namakan sebagai Teknik AES. Nama teknik ini saya ilhamkan selepas beberapa kali disaman kerana memandu laju, dan apa yang saya dapat lihat, sekali kamera tu tangkap gambar kereta yang bawa laju, sampai ke rumah surat saman sampai. Tak bayar naik court. Dan saya cuba implikasikan teknik ini di dalam kaedah pemasaran. Saya mengkaji strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat-syarikat ternama seperti ZALORA, LAZADA, GRUPON, PTS ONE, LELONG.COM.MY. Yang mana jika anda perasan, setiap kali anda masuk ke website mereka, ada ruangan di mana mereka minta anda isikan nama dan email anda. Nak tahu apa yang terjadi jika anda isikan nama dan email anda? Cuba periksa email anda. Hampir setiap bulan ada saja e-catalog, promosi dan juga pemberitahuan produk terbaru mereka sampai ke email anda. Jadi secara tak langsung, kadang kala kita membaca email itu juga dan tahu tentang update promosi mereka. Pemasaran ini di namakan Email Marketing. Dari situ saya mula mencari guru-guru yang boleh mengajar saya berkaitan dengan ilmu email marketing ini. Tetapi kebanyakan mereka yang saya temui hanya mengajar saya perkara berkaitan dengan email marketing untuk produk digital seperti ebook dan affiliate sahaja. Masalahnya, saya menjual PRODUK FIZIKAL. Kebanyakan mereka ajar untuk buat website yang membolehkan pelawat isikan nama dan email mereka.. tetapi saya BERNIAGA DI DALAM FACEBOOK. Setelah dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain dan mecari pelbagai kaedah, akhirnya saya mula mendapat kaedah yang membolehkan pelanggan saya meninggalkan email mereka di dalam Page Facebook saya. Memandangkan keberkesanan dan penggunaan tempahan melalui telefon juga saya lihat lebih berkesan, di dalam teknik ini saya menggabungkan sekali elemen SMS Marketing. Yang mana bukan sahaja alamat email pelanggan dapat saya miliki, tetapi no telefon mereka juga diberikan oleh kepada saya dengan secara rela. Maka terciptalah teknik AES ini iaitu = Attack & Attract, Email dan SMS. Hasil dari 2 elemen database ini iaitu ( Email dan SMS ) saya mendapati ia sangat membantu saya mengurangkan kos pemasaran. 4
  5. 5. Tambahan pula sekarang saya banyak bergantung kepada Facebook Ads untuk memasarkan sesuatu produk. Dulu saya pernah mengeluarkan hampir puluhan ribu sebulan untuk membayar kos pemasaran sahaja. Tetapi melalui database yang telah dikumpul sejak pertengahan 2013 sehingga ke hari ini, hampir separuh dari kos itu dapat dijimatkan. Yang bestnya sales tetap maintain dan malah meningkat. Bagaimana saya mampu lakukan semua itu? Ada pelbagai cara. Saya dedahkan hampir kesemua dengan contoh berikut. Saya ada menjual 3 produk. Saya namakan tiga produk itu sebagai produk A, produk B dan produk C. Kesemua data pelanggan saya asingkan mengikut niche produk ( Kerana setiap produk ini datang dari Page yang berbeza ) Produk A = Niche kesihatan Produk B = Niche kecantikan Produk C = Niche alatan kegunaan seharian Bagaimana saya dapat meminimumkan kos pemasaran saya dan menjana jualan dari HANYA data pelanggan yang saya ada? Begini caranya : 1 Saya ada 1000 data pelanggan untuk produk A, rata-rata mereka berpuas hati dengan produk tersebut. Setiap hujung bulan, saya hantarkan mereka offer untuk produk A kerana mereka adalah bekas dan bakal pelanggan berpotensi saya, hasilnya :  Saya dapat beberapa repeat pelanggan yang membeli produk yang sama hasil dari offer yang saya berikan.      2 Saya ada 1000 data pelanggan untuk produk A, dan dalam masa yang sama saya ada satu lagi produk yang mempunyai niche yang sama ( kesihatan ). Bila sampai produk baru, terus saya maklumkan pada mereka. Hasilnya :  Ada beberapa pelanggan yang membeli produk baru tersebut kerana mereka telah percaya pada saya. Saya telah menghasilkan jualan tanpa sebarang kos pengiklanan. Malah saya tidak membuat promosi di mana-mana pun lagi. Hanya melalui email.  5
  6. 6. 3 Saya ada 1000 data pelanggan produk A, dan dalam masa sama saya nak cuba jual produk B dan Produk C pada mereka. Saya hantar maklumat lengkap pada mereka berkaitan Produk B dan Produk C. Hasilnya :  Ada pelanggan produk A yang membeli Produk B atau C kerana tanpa anda sedari dan sangka, rupanya kadang kala setiap pelanggan punyai pelbagai keinginan. Sudah beli produk yang membantu kesihatan mereka, mahu juga nampak cantik disamping memiliki alat yang membantu mereka memudahkan pekerjaan sehari mereka.   4 Saya ada 1000 data pelanggan produk A, tetapi tidak kesemua mereka membeli produk tersebut, mereka cuma meninggalkan data mereka. Jadi hari- hari saya berkongsi info berkitan produk A pada mereka.  Hasil dari follow up berterusan, hasilnya hampir 80% biasanya membeli produk tersebut kerana pelanggan adakala mempunyai pelbagai situasi seperti   (a) Tidak cukup informasi lengap berkaitan produk (b) Kurang kepercayaan pada penjual kerana masa yang singkat „beramah mesra‟ (c) Dah nak beli tapi terlupa hendak buat pembayaran (d) Tunggu gaji masuk Tetapi itu hanyalah hasil study case saya dengan menggunakan elemen-elemen pemasaran yang saya nyatakan. Mungkin lain orang lain hasilnya, saya tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang tapi selagi anda tidak ambil tindakan, mendapatkan sesuatu ilmu dan buat, selagi itu anda masih berada di bumi tanpa ada harapan mencapai bulan dan bintang. 6
  7. 7. Dari hasil teknik AES ini sedikit sebanyak mampu untuk membantu para peniaga ONLINE terutamanya, yang menjual PRODUK FIZIKAL. Di mana mereka boleh:  Mempelajari cara mengumpul database yang ramai peniaga terlepas pandang, dan adakalanya mereka kata susah. Tetapi sebenarnya ianya sangat senang!    Kami berikan panduan step by step bagaimana anda boleh merangka dan membina Page tarikan jualan anda sendiri. Yang mana ia membolehkan pelanggan meninggalkan maklumat diri mereka.    Membantu para peniaga membina kredibiliti serta meningkatkan kepercayaan pelanggan pada mereka.    Mengurangkan kos pengiklanan sehingga RM0 setiap bulan hanya menggunakan database sedia ada.   Meningkatkan kadar jualan kepada pelanggan baru dan lama.   Mendapatkan repeat sales dan customer setiap bulan.    Mendapat pelanggan yang sedia dan bersedia untuk membeli apa sahaja produk yang anda promosikan.  Jadi bagi anda yang telah membaca ebook ini, jika anda berminat untuk mendapatkan panduan lengkap bagaimana teknik AES ini dapat membantu anda, jom layari Teknik AES dan dapatkan hari ini juga. Iklas dari kami. Ismail Arsad & Resmansah 7

×