Buat duit dengan murahnya.my

1,124 views

Published on

Published in: Business
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,124
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
49
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Buat duit dengan murahnya.my

  1. 1. .my Semua Hakcipta Terpelihara © Murahnya.my 2012 1
  2. 2. .my Kandungan Pengenalan ................................................................................................................................ 3 BAHAGIAN I: 3 CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN AKTIF AND PASIF DI MURAHNYA DIBONGKAR!!! ........................................................................................................................... 6 1. Menjana Pendapatan Sebagai Seller ........................................................................... 6 2. Menjana Pendapatan Sebagai Affiliate....................................................................... 9 3. Bagaimana untuk menjana pendapatan sebagai Buyer? ..........................................11 BAHAGIAN II: MANUAL PENGGUNAAN MURAHNYA ............................................................. 13 Bagaimana menggunakan Murahnya?..............................................................................13 Mendaftar......................................................................................................................... 13 Mengesahkan Email Anda................................................................................................ 13 Whitelist email admin@murahnya.my ............................................................................ 14 Cara untuk whitelist ......................................................................................................... 15 Menyediakan Servis untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia..................................... 16 Membeli Servis................................................................................................................. 20 Membuat Pembelian Servis di Murahnya........................................................................ 21 Mempromosi Link Affiliate............................................................................................... 26 Penutup .................................................................................................................................. 31 2
  3. 3. .my Pengenalan Pertama sekali terima kasih kerana mendaftar dan memuaturun panduan ringkas bagaimana menjana pendapatan secara online di Murahnya.my ini. Murahnya.my telah dibina dengan matlamat menyediakan platform yang terkawal dan selamat untuk rakyat Malaysia menyediakan Servis yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Murahnya menyediakan kesemua yang diperlukan untuk menawarkan dan membeli Servis daripada sistem penawaran dan penghantaran (offer and delivery) kepada sistem pembayaran menggunakan perbankan internet (Maybank2u, Cimb Clicks, dsb) dan Paypal. Ramai rakyat Malaysia sekarang yang telah sedar tentang perniagaan internet yang sebenar yang boleh menjana pendapatan sampingan mahupun pendapatan tetap. Terdapat ramai belia di Malaysia yang telah terdedah tentang peluang ini tetapi terlalu ramai yang terkapai-kapai mencari dimana dan bagaimana untuk bermula. Akibatnya ada yang terjatuh ke dalam skim penipuan melalui internet yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Perniagaan internet adalah satu cabang perniagaan yang baik dan mudah. Sesiapa sahaja yang mempunyai komputer dan akses internet boleh memulakan perniagaan dan menjana pendapatan sampingan. Malah terdapat ramai belia di Malaysia sekarang, malahan di seluruh dunia menjana pendapatan tetap hanya dari internet. Bekerja sendiri, tiada bos, tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja, bekerja dengan waktu yang fleksibel, dsb Di Malaysia, siapa tidak kenal Dr Irfan Khairi? Seorang pakar perniagaan internet yang telah menjana keuntungan sebanyak RM1 juta pada usia 25 tahun. Sehingga kini Dr Irfan Khairi banyak berkongsi kaedah dan cara terbaik bagaimana memulakan perniagaan di internet melalui buku, majalah, seminar, radio, tv dsb. Dan ramai lagi usahawan yang telah berjaya dan sedang meningkat naik di dalam perniagaan internet yang amat berkembang pesat ini. Jadi dengan tujuan untuk membantu sesiapa sahaja yang mahu memulakan perniagaan internet dengan PERCUMA, senang dan cepat, Murahnya.my dibangunkan. Di Murahnya, sesiapa sahaja boleh membuka akaun dengan percuma dan boleh menawarkan sebarang Servis yang sesuai kepada rakyat Malaysia mengikut kemahiran masing-masing. 3
  4. 4. .my Murahnya adalah satu platform “Job-Mikro” untuk rakyat Malaysia menjual serta menyediakan servis khusus kepada rakyat Malaysia lainnya yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu kerja pada harga yang amat berpatutan. Misalnya, sekiranya anda mahir dalam membuat grafik, anda boleh tawarkan servis untuk membuat grafik. Jika anda ada kemahiran menulis, anda boleh tawarkan servis untuk menulis artikel untuk ramai pemilik-pemilik blog yang sentiasa perlukan artikel terkini dan berkualiti. Jika anda pandai memasak, anda boleh jual panduan sama ada dalam bentuk ebook atau video cara memasak “Laksa Penang sedap terangkat sehingga mak mertua lalu pun tak toleh dah” . Dan macam-macam lagi Servis boleh ditawarkan. Untuk menggunakan Murahnya, anda perlu mendaftar sebagai ahli. Daftar di sini. Jangan risau, pendaftaran adalah PERCUMA. Setelah mendaftar, anda boleh Membeli, Menjual dan menjadi Affiliate sekaligus. Tidak perlu membuka akaun berbeza. • Servis-servis yang ditawarkan di Murahnya dipanggil “Servis”. • Pembeli Servis di Murahnya dipanggil “Buyer”. Di Murahnya, semua Buyer dapat memperolehi Servis yang murah dan berkualiti Bagaimana untuk memilih Servis yang berkualiti? Teruskan membaca.. • Penjual di Murahnya dipanggil “Seller”. Di Murahnya, semua rakyat Malaysia boleh berniaga! Hanya dari rumah dengan masa yang fleksibel Dan anda boleh mulakan perniagaan and dengan PERCUMA! Setelah Servis anda dibeli, Murahnya akan mengambil sebahagian bayaran kepada servis itu sebagai komisen. Berapa banyak yang Murahnya ambil? Teruskan membaca.. Murah sahaja. Selagi Servis anda belum dibeli, anda tidak perlu bayar walaupun seposen • Setiap Buyer dan Seller secara automatic menjadi “Affiliate” kepada Murahnya. Ini merupakan satu peluang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Apabila anda menjadi ahli secara percuma, anda akan memiliki link Affiliate unik. Apa yang anda perlu lakukan, hanya kongsikan link tersebut dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter, Google + atau dimana-mana sahaja. (Pastikan gunakan cara yang beretika ya? Murahnya tidak akan berkompromi dengan ahli yang menggunakan 4
  5. 5. .my kaedah yang tidak beretika seperti Spam dsb. Akaun anda boleh ditutup serta merta.) Apabila anda berkongsi link affiliate anda, rakan-rakan dan saudara mara yang datang mendaftar di Murahnya untuk membeli atau menjual Servis. Apabila ada rakan anda menjual atau membeli mana-mana Servis di Murahnya, anda akan mendapat komisen. Berapa banyak komisen? Berapa kali pembelian anda boleh dapat komisen? Teruskan membaca.. Pastinya anda akan ‘terduduk’ tak percaya 5
  6. 6. .my BAHAGIAN I: 3 CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN AKTIF AND PASIF DI MURAHNYA DIBONGKAR!!! 1. Menjana Pendapatan Sebagai Seller Di Murahnya, Seller diberi Level masing-masing mengikut beberapa kriteria seperti dibawah: Level Diskripsi Nilai Servis Dibenarkan untuk Ditawarkan Syarat Minimum Diperlukan Level 1 Seller baru RM 10, RM 20, RM 30, RM 40 dan RM50 sahaja Rating: - Servis siap: - Level 2 Telah menyempurnakan sekurang-kurangnya 30 Servis RM10 hingga RM60 Rating: 85% Servis siap: 30 Level 3 Telah menyempurnakan sekurang-kurangnya 50 Servis RM10 hingga RM70 Rating: 90% Servis siap: 50 Level 4 Telah menyempurnakan sekurang-kurangnya 60 Servis RM10 hingga RM80 Rating: 95% Servis siap: 60 Level 5 Telah menyempurnakan sekurang-kurangnya 80 Servis RM10 hingga RM100 Rating: 98% Servis siap: 80 Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa Seller di Murahnya ditapis dengan begitu ketat sekali. Seller perlu memastikan Rating minimum perlu dijaga. Sekiranya ada Seller yang tidak menjaga kualiti Servis mereka, dan Buyer memberi rating negatif, maka Rating mereka akan menurun dan seterusnya Level mereka juga akan turun sekiranya tidak mencapat peratus (%) rating minimum. Jadi untuk menjawab soalan bagaimana memilih Seller dan/atau Servis yang berkualiti, pilihlah Seller dan/atau Servis yang mempunyai Rating yang tinggi. 6
  7. 7. .my Peringatan: Seller perlu sentiasa memastikan Servis yang ditawarkan berkualiti. Sekiranya kualiti Servis menurun, dan mendapat Rating yang rendah daripada syarat minimum, secara automatik sistem Murahnya akan menurunkan Level Seller satu tangga. Contohnya: Seller A telah mencapai Level 5. Level 5 memerlukan Rating sekurang-kurangnya 98%. Sekiranya Rating ini menurun ke 97% kerana mendapat maklumbalas negatif dari Buyer, secara automatik Level Seller A akan diturunkan ke Level 4, dan seterusnya. Namun begitu, sekiranya Seller tersebut masih baru, itu tidak bermakna Seller tersebut tidak menawarkan Servis yang berkualiti. Ranking/Level ini hanyalah sebagai penanda aras indikatif untuk membezakan Seller dan Servis di Murahnya. Kepada Seller-Seller baru, pastikan anda menyediakan Servis yang terbaik kepada Buyer. Sekiranya Buyer berpuas hati dengan hasil kerja anda, mereka pastinya akan memberikan Rating yang baik dan anda akan dinaiktaraf secara automatik setelah syarat minimum dipenuhi. Kepada Seller-Seller yang baik, kami amat menghargai anda Banyak kemudahan seperti dapat menjual pada harga yang lebih tinggi, mendapat bayaran yang lebih tinggi, dsb akan kami berikan sekiranya anda terus menawarkan Servis-Servis berkualiti. Soalan seterusnya adalah, bagaimanakah pecahan pendapatan antara Seller, Affiliate dan Murahnya. Untuk menjawab soalan ini, sila rujuk jadual dibawah. Harga Servis Pendapatan kepada Seller Komisen Affiliate Komisen Murahnya (Termasuk caj Paypal/Webcash) RM10 70% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 20% RM20 70% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 20% RM30 70% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 20% RM40 70% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 20% RM50 70% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 20% 7
  8. 8. .my RM60 75% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 15% RM70 75% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 15% RM80 75% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 15% RM90 80% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 10% RM100 80% 10% (5% Buyer, 5% Seller) 10% Disini anda boleh melihat dengan jelas, semakin tinggi nilai Servis yang Seller tawarkan, semakin tinggi peratusan yang akan diterima. Untuk membolehkan Seller menawarkan Servis yang lebih mahal, Seller perlu mendapatkan syarat minimum yang telah diterangkan di atas. Jadi untuk menjawab soalan berapakah peratus pendapatan yang akan Seller perolehi? Jadual diatas menjawab soalan tersebut dengan baik. Seller akan mendapat 70%-80% dari jumlah jualan bergantung kepada Level anda. Jadi pastikan Servis yang anda tawarkan berkualiti, semakin tinggi pendapatan yang anda akan perolehi UPDATE: 15 Julai 2012 Setiap Seller dan Affiliate perlu membuka akaun percuma di Webcash.com.my untuk menerima bayaran ke akaun bank anda. Murahnya akan membuat bayaran ke akaun Webcash anda setelah baki minimum RM53 dicapai. Anda seterusnya boleh withdraw wang tersebut dari akaun Webcash anda terus ke akaun bank. *Webcash mengenakan caj RM3 untuk setiap pengeluaran ke akaun bank anda. 8
  9. 9. .my 2. Menjana Pendapatan Sebagai Affiliate S e l l e r 5 % Ok, sekarang kita bercakap pula mengenai Affiliate. Saya percaya, ramai yang berminat dengan bahagian ini Berapa banyak bayaran yang biasanya anda terima sekiranya anda mempromosi sebarang affiliate Pay-Per-Lead di Malaysia? Saya rasa sekitar RM0.25 ke RM1.00 untuk setiap Lead yang anda bawa. Berapa kali bayaran yang anda terima untuk setiap Lead ini? Sudah pasti hanya sekali bukan? Ini amat berbeza dengan system Affiliate Murahnya. Di Murahnya, setiap user mempunyai halaman promosi masing-masing. Contohnya http://www.murahnya.my/aff.php?dr=5920, apabila anda berkongsi link affiliate anda, rakan-rakan anda boleh memuat turun ebook percuma di halaman tersebut. Anda juga boleh berkongsi URL mana-mana Servis yang anda suka. Pastikan anda login ke Murahnya sebelum copy URL Servis tersebut. Ini adalah kerana setelah anda login, URL setiap Servis akan mengandungi link Affiliate anda. Contohnya link Servis ini; http://www.murahnya.my/Bisnes/1840/memberikan-5000-like-dari-pelbagai-neg ara-untuk-facebook-fanpage-anda?dr=5920. ?dr=5920 dihujung link ini adalah ID Affiliate yang unik untuk anda. Setiap orang mempunyai ID Affiliate yang berbeza. 9
  10. 10. .my Apabila rakan anda datang dan mendaftar di Murahnya sama ada untuk membeli atau menjual, secara automatik, rakan anda tersebut akan didaftar secara kekal (hard-coded) sebagai referral anda. Jadi pada bila-bila masa sahaja pada masa depan rakan anda tersebut datang ke Murahnya (walaupun tidak lagi menggunakan affiliate link anda) dan membeli satu Servis di Murahnya, anda akan mendapat komisen 5% dari pembelian itu. Sekiranya rakan anda datang ke Murahnya dan menyediakan satu Servis, dan Servis itu dibeli oleh orang lain, anda juga akan mendapat 5% dari hasil jualan tersebut. Sekiranya terdapat pembelian Servis di Murahnya yang mana kedua-dua Seller dan Buyer adalah referral dari anda, anda akan menerima 10% (5% untuk Seller + 5% untuk Buyer) Ini bermakna, anda akan mendapat komisen 5% ke 10% untuk satu transaksi dari rakan-rakan (referral) anda, SEPANJANG HAYAT! Ya betul, komisen anda itu akan anda perolehi selagi mana rakan anda itu membeli atau menjual Servis di Murahnya! Ini adalah peluang menjana passive income terbaik di Malaysia! Tapi ada yang bertanya, “Sepanjang hayat? Hayat siapa?” Sudah tentulah hayat saya dan hayat Murahnya. Selagi saya hidup, dan selagi saya adalah pemilik sah Murahnya, komisen anda akan terus berjalan seperti biasa. Sekiranya saya dah ‘out-of-service’ dari dunia ni atau Murahnya dimiliki oleh orang lain, yang tu saya tak boleh gerenti pemilik baru tak ubah polisi. Tetapi jika anda yang ‘out-of-service’ dari dunia ini terlebih dahulu, sudah pasti komisen dan pendapatan pasif anda ini boleh anda wariskan kepada sesiapa sahaja yang anda mahu Sistem Affiliate ini kami telah bangunkan sebaik mungkin dengan mengambil kira semua kebaikan sistem affiliate website-website terkemuka seperti Amazon, Clickbank dan sebagainya. Jika anda ada feature yang anda mahu kami tambah, PM saja Admin dan bagi cadangan. Kami amat menghargai dan mengambil berat setiap cadangan dan keperluan anda. 10
  11. 11. .my 3. Bagaimana untuk menjana pendapatan sebagai Buyer? Ini antara soalan yang paling banyak ditanya . Macamana membeli pun boleh jana pendapatan? Pernahkah anda dengar peribahasa Inggeris ini? “A dollar saved is a dollar earned” Dalam Bahasa Melayu maksudnya; Satu ringgit yang dijimatkan adalah satu ringgit yang dijana. Maksudnya sekiranya anda dapat jimatkan RM1 dalam perniagaan ataupun kehidupan anda dalam sehari, itu bermakna anda telah menjana RM1 pendapatan pada hari tersebut Di Murahnya, kami menekankan kepada Seller untuk memberikan Servis yang terbaik pada harga yang sangat-sangat berpatutan. Sebagai contoh, untuk membayar satu syarikat teknologi maklumat untuk: “memasang website Wordpress untuk anda, siap dengan Theme yang menarik, siap dengan semua Plugin yang diperlukan untuk anda memulakan blog anda sendiri” Anda akan dikenakan bayaran sekitar RM300 ke RM500. Tak percaya? Buat carian di Google untuk syarikat teknologi maklumat, dan email mereka dan minta sebutharga untuk perkara di atas. Tetapi di Murahnya, anda boleh buat carian di Search Bar Murahnya untuk katakunci “pasang wordpress”. Pada masa panduan ini ditulis, terdapat seorang Seller di Murahnya yang menawarkan Servis ini pada harga RM10 sahaja! Dan beliau mendapat maklumbalas dan Rating yang baik dari Buyer yang pernah menggunakan Servis beliau. Itu bermakna Servis yang beliau berikan adalah baik. Dengan menggunakan Murahnya, anda bukan hanya dapat menjimatkan “a dollar” tetapi, beribu-ribu dollar sebulan pun boleh dijimatkan (dijana) Cubalah Servis-Servis di Murahnya. Anda bukan sahaja akan membantu diri dan syarikat anda berjimat, malah dapat membantu ratusan malahan ribuan rakyat Malaysia yang: 11
  12. 12. .my a. Mungkin juga para profesional yang ingin menjana pendapatan sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. b. Mungkin masih menganggur, c. Orang kurang upaya yang mungkin sukar mendapat pekerjaan diluar tetapi mempunyai kemahiran menyediakan Servis tertentu, d. Ibu-ibu yang tinggal dirumah untuk menjaga anak-anak mereka dan memerlukan pendapatan sampingan, Mereka ini dan pelbagai lapisan rakyat Malaysia yang berkemahiran menjadikan Murahnya sebagai satu sumber pendapatan sampingan mereka. Di Murahnya, semua orang Win-Win-Win Sekiranya ada persoalan,andabolehhubungi kami di http://www.murahnya.my/contact ataupun di Fanpage kami http://facebook.com/murahnya. Jangan lupa untuk membaca halaman Terma Servis dan Penggunaan Murahnya di http://www.murahnya.my/terms_of_service. Klik sini untuk mendaftar di murahnya.my. Pendaftaran adalah PERCUMA. 12
  13. 13. .my BAHAGIAN II: MANUAL PENGGUNAAN MURAHNYA Bagaimana menggunakan Murahnya? Bergantung kepada bagaimana anda mendapat ebook ini, anda mungkin telah ataupun belum mendaftar di Murahnya. Walaubagaimanapun ebook panduan ini menerangkan untuk kedua-dua situasi. Mendaftar Untuk mendaftar, pergi ke http://www.murahnya.my/signup dan ikut arahan dalam gambar di bawah. Mengesahkan Email Anda Setelah anda mendaftar, cari email dari admin@murahnya.my di email anda. Buka email tersebut dan klik link pengesahan seperti gambar di bawah. 13
  14. 14. .my Setelah anda mengesahkan email anda, anda akan dapat menggunakan kesemua kemudahan yang ditawarkan di Murahnya Pengesahan email ini dilakukan untuk keselamatan pengguna. Sekiranya anda tidak mendaftar di Murahnya dan ada orang lain yang mendaftar menggunakan email anda, orang itu tidak akan dapat menggunakan Murahnya untuk membeli atau menawarkan sebarang Servis. Whitelist email admin@murahnya.my Apa itu whitelist email? Whitelist adalah perkataan bertentang maksud dengan Blacklist Secara mudahnya, anda perlu whitelist email admin@murahnya.my untuk memastikan anda sentiasa mendapat email dari Admin Murahnya. Ini juga untuk mengelakkan email yang Admin hantar masuk ke dalam folder Spam/Junk email anda. Jika ini berlaku anda mungkin terlepas makluman bahawa Servis anda telah dibeli. Ini akhirnya boleh menyebabkan kelewatan penghantaran Servis dan boleh menerima Rating atau maklumbalas yang negatif daripada Buyer. Contoh email yang akan Admin hantar kepada anda: 1. Email pengesahan: Email pengesahan akan dihantar oleh Admin Murahnya sekiranya berlaku perkara-perkara seperti Servis anda telah diluluskan, Servis anda dibeli, anda telah membeli Servis, Servis yang 14
  15. 15. .my anda beli telah disiapkan, anda telah membuat bayaran, anda telah menerima bayaran, anda telah memohon pengeluaran pendapatan, dan sebagainya. 2. Email makluman dan pemberitahuan: Email ini akan dihantar sekiranya terdapat maklumat terkini yang berlaku di Murahnya misalnya makluman tentang kemudahan (feature) terbaru untuk membantu perniagaan anda, makluman terkini Terma dan Syarat Penggunaan di Murahnya dan sebagainya. 3. Email perkongsian maklumat: Email ini biasanya dihantar secara berkala oleh Admin Murahnya untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan, peluang-peluang terkini untuk menjana pendapatan, berkongsi ilmu atau artikel yang dapat membantu anda membina perniagaan anda dan sebagainya. Cara untuk whitelist Cara paling mudah untuk whitelist email admin@murahnya.my adalah apabila anda dapati email dari admin@murahnya.my termasuk kedalam Spam folder email anda, anda hanya perlu buka email tersebut dan klik butang “Not Spam” di email anda. Seterusnya untuk betul-betul pasti, masukkan email admin@murahnya.my ke dalam Contact List anda. Dengan melakukan dua perkara ini email dari Admin Murahnya akan sentiasa masuk ke dalam Inbox anda dan anda akan mendapat pemberitahuan dengan segera 15
  16. 16. .my Menyediakan Servis untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia Untuk menyediakan Servis yang anda mahu tawarkan kepada rakyat Malaysia, ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah. 1. Setelah anda Login untuk kali pertama, klik pada tab “Mula Menjual”. 2. Anda akan melihat halaman dibawah. Klik “Buat Servis Baru”. 16
  17. 17. .my 3. Seterusnya ikut contoh dalam gambar dibawah. 17
  18. 18. .my Setelah anda klik butang hantar, Servis anda akan diperiksa oleh Admin Murahnya. Sekiranya tiada masalah, Admin akan meluluskan Servis anda dan Servis anda akan Live di Murahnya dan sedia untuk dibeli oleh Buyer Senang bukan? Sekarang anda boleh tunggu sahaja pesanan, atau, lebih digalakkan anda kongsikan Servis anda dengan rakan-rakan di Facebook, Twitter, dsb. Ini adalah promosi mudah dan Murahnya menyediakan semuanya untuk anda. Lihat gambar dibawah untuk melakukannya. 18
  19. 19. .my Pastikan URL yang anda kongsikan itu mengandungi ID Affiliate anda kerana sekiranya rakan anda yang datang ke halaman Servis anda itu mendaftar tetapi membeli Servis dari Seller yang lain, anda tetap akan mendapat komisen Anda boleh membaca mengenai bagaimana mempromosi Link Affiliate anda di m/s 26 nanti. 19
  20. 20. .my Membeli Servis Ianya amat mudah untuk membeli Servis di Murahnya. Untuk makluman anda, setiap pembayaran yang anda lakukan di Murahnya akan dibayar ke akaun Murahnya. Seller hanya akan dibayar setelah mereka menyiapkan hasil kerja yang dijanjikan dan anda menerima dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil kerja Seller, anda boleh meminta Seller membetulkan atau membaiki hasil kerja mereka. Sekiranya anda masih tidak berpuas hati, anda digalakkan untuk menyelesaikan sebarang isu dengan Seller secara baik. Andaikata tiada penyelesaian dicapai, anda boleh menolak hasil kerja Seller dan wang anda akan dikembalikan ke akaun anda di Murahnya. Anda boleh menggunakan wang ini untuk pembelian akan datang atau boleh melakukan pengeluaran ke akaun bank (melalui Webcash.com.my) atau Paypal anda (mengikut Terma Servis dan Penggunaan Murahnya). 20
  21. 21. .my Membuat Pembelian Servis di Murahnya Mahu membeli sebarang Servis di Murahnya? Senang saja . Lakukan Carian keyword yang anda mahukan. Cth seperti dibawah: 21
  22. 22. .my Setelah itu anda boleh klik pada tajuk Servis yang anda suka. 22
  23. 23. .my Setelah anda klik butang “Beli” berwarna oren tersebut, anda akan dibawa ke halaman pembayaran seperti dibawah. 23
  24. 24. .my Membayar menggunakan Bank Tempatan (Melalui Webcash.com.my) Makluman: Murahnya menggunakan servis Webcash.com.my untuk menguruskan sebarang bayaran melalui Bank Tempatan seperti Maybank2u, CIMB Clicks, dan sebagainya. Murahnya tidak mengambil atau menyimpan sebarang maklumat kewangan anda. Sistem ini 100% selamat 24
  25. 25. .my Pembayaran menggunakan Paypal atau Kad kredit Makluman: Murahnya menggunakan servis Paypal.com untuk menguruskan sebarang bayaran melalui Paypal, Visa dan Mastercard. Murahnya tidak mengambil atau menyimpan sebarang maklumat kewangan anda. Sistem ini 100% selamat 25
  26. 26. .my Mempromosi Link Affiliate 1. Kaedah PERTAMA Untuk promosi link affiliate anda untuk menjana pendapatan pasif, sila ikuti langkah dalam gambar dibawah. Setiap user Murahnya secara automatik menjadi Affiliate. Pergi link dibawah: 26
  27. 27. .my Setelah itu anda akan melihat halaman ini; Sekiranya anda pergi ke link affiliate anda, contohnya http://www.murahnya.my/aff.php?dr=5920 anda akan melihat halaman dibawah; 27
  28. 28. .my Ebook apa yang akan mereka dapat sekiranya mendaftar melalui link anda? Ebook yang sedang anda baca ini lah yang akan mereka terima 28
  29. 29. .my Anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan anda di Facebook, contoh: Download ebook percuma cara menjana pendapatan sampingan dengan senang di http://www.murahnya.my/aff.php?dr=5920. Ebook ini hanya boleh didapati jika mendaftar melalui link tersebut. Ini contoh sahaja. Gunakanlah kreativiti anda sebaiknya. 2. Kaedah KEDUA (Lebih mudah) Kaedah kedua untuk mempromosi link Affiliate anda adalah dengan hanya 3 langkah ini: a. Login di Murahnya.my b. Klik mana-mana Servis yang anda suka dan copy URL link tersebut (termasuk Affiliate ID anda) c. Kongsikan dengan rakan-rakan Lihat gambar dibawah. 29
  30. 30. .my Dengan cara ini, apabila rakan anda melawat halaman ini misalnya, browser mereka akan ditanam cookie yang mengandungi ID Affiliate anda. Tempoh sah cookie ini adalah LIFETIME. Sekiranya mereka tidak membeli Servis anda tetapi membeli Servis dari Seller yang lain, anda tetap mendapat komisen. Dan jika sebulan selepas itu mereka datang lagi ke Murahnya dan membeli pula Servis lain, anda dapat komisen lagi. Jika mereka menawarkan Servis dan Servis mereka dibeli, anda dapat komisen lagi Secara mudahnya, kerja sekali pendapatan sepanjang hayat! Hebat!!! Sistem Affiliate ini kami telah bangunkan sebaik mungkin dengan mengambil kira semua kebaikan sistem affiliate website-website terkemuka seperti Amazon, Clickbank dan sebagainya. Jika anda ada feature yang anda mahu kami tambah, PM saja Admin dan bagi cadangan. Kami amat menghargai dan mengambil berat setiap cadangan dan keperluan anda. Klik sini untuk mendaftar di murahnya.my. Pendaftaran adalah PERCUMA. 30
  31. 31. .my Penutup Ok, itu sahaja buat masa ini. Pastikan anda whitelist email admin@murahnya.my kerana kami akan menghantar email makluman sekiranya panduan ini dikemaskini dengan maklumat atau fungsi terkini untuk membantu anda lebih gembira bersama kami Sesunggguhnya aspirasi kami adalah mahu menjadikan Murahnya menjadi satu platform untuk rakyat Malaysia yang baik, mempunyai minda-positif (positive- minded), jujur, bertimbangrasa and mempunyai jatidiri untuk menawarkan dan membeli perkhidmatan pada harga yang berpatutan dalam ruang dan platform yang selamat dan terkawal. Secara ringkasnya, di Murahnya kami mahu semua orang menjalankan urusniaga yang jujur dan bergembira Sekiranya ada persoalan, anda boleh hubungi kami di http://www.murahnya.my/contact ataupun di Fanpage kami http://facebook.com/murahnya. Jangan lupa untuk membaca halaman Terma Servis dan Penggunaan Murahnya di http://www.murahnya.my/terms_of_service Sekian, Terima kasih. Abu Muhammad (bersama guru saya Dr Irfan Khairi admin@murahnya.my http://www.facebook.com/murahnya http://www.facebook.com/abu.muhammad.545 ) 31

×