8 petanda dia jodoh kita

3,499 views

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,499
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
15
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

8 petanda dia jodoh kita

  1. 1. rahsia kehidupan dunia akhirat http://rahsia-ku.blogspot.com/ rahsia 8 petanda dia jodoh kita e-book ini boleh diterbit kan semula,copy,print,disebarkan secara percuma tetapi tidak boleh mengubah kandungan asalnya email pakarmoneyonline@yahoo.com
  2. 2. Page2 Of 6 Assalamualaikum kepada para pembaca yang budiman, sekiranya anda telah baca kandungan-kandungan e-book ini.Anda tergolong dikalangan orang yang bertuah Kerana anda telah mendapat maklumat yang penting yang boleh di bawa sehingga mati. E-book - e-book ini terkandung maklumat penting sewaktu kita berada di dunia dan di akhirat kelak.Maklumat yang amat penting yang harus di ketahui oleh ” umat Islam” ,iaitu umat yang akhir (umat Nabi Muhammad s.a.w)untuk pengetahuan dunia sudah pun berada di hujung hayatnya.Kerana sedia maklum tanda-tanda kiamat yang besar jua yang kecil telah pun berkali-kali kita lihat.Ingat lah sekiranya anda bertaubat di kala terjadinya kiamat-kiamat ini ,taubat anda tidak akan diterima Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Saya dengan seiklhlas hatinya ingin menyedarkan umat-umat Islam yang sedang lalai dengan kesenangan duniawi.Nabi Muhammad s.a.w menitiskan air matanya sehingga merasakan badannya tidak bermaya ketika di beritahu bahawa umat nya adalah di kalangan yang terbanyak yang akan di campak ke neraka (kebanyakannya terdiri dari kaum wanita)Mahukah anda disayangi Allah S.W.T.?Tidak kah anda mahu nikmat syurga darinya?atau pun anda mahu azab neraka dari nya?lekas lah bangkit mendirikan sembahyang/tanpa meninggalkannya sesungguhnya sembahyang itu adalah tiang agama.Dan tahukah anda kita bernasib baik bahawasanya kita bukanlah berada di negara-negara Islam yang di jajah oleh golongan kafir laknatullah.Mereka tetap tidak mahu menyerah kalah,tetap mahu memeluk Islam,mempertahankan Islam,walaupun di seksa dan dibunuh.Dan ianya adalah untuk umat Islam.Mahukah anda dituntut di akhirat kerana tidak menolong umat Islam yang lain?Kita boleh menderma dan berdoa kepada negara Islam ini.Itulah sebaik-baiknya tindakan. Sekiranya anda benar-benar sayangkan Islam, sebarkanlah maklumat yang terkandung di dalam e-book – e-book ini supaya saudara muslim kita yang lain boleh download dan memanfaatkannya.Anda boleh sebarkan di sini Jika anda melayari ym,chatting,anda boleh drop e-book ini ke ruangan tersebut. “sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai dan mencintai hambanya yang memperjuangkan Islam dan mentaati perintah Allah S.W.T. dan menjanjikan Syurga bagi mereka.mereka yang mengamalkan kebaikan sesungguhnya akan mendapat ganjaran pahala dan akan mendapat pahala apabila orang yang mengikuti/mencontohi mereka dalam mengamalkannya walaupun orang itu sudah pun meninggal dunia” Semoga Allah sentiasa memberkati meraka yang menyebarkan maklumat yang berguna ini Amin amin ya rabbal alamin Semua e book-e book tersebut boleh di download percuma di http://rahsia-ku.blogspot.com/
  3. 3. Page3 Of 6 8 petanda bahwa dia adalah jodoh kita Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!! Petanda 1 Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! Petanda 2 Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! Petanda 3 Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu... Petanda 4 Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. Petanda 5 Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... Petanda 6 Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..
  4. 4. Page4 Of 6 Petanda 7 Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! Petanda 8 Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya? "Manusia Hawa diciptakan dari rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung diatasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, tetapi disisnya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya utk dilindungi & dekat dihatinya untuk dicintai" terima kasih kerana meluangkan waktu anda dengan bacaan agama. Semoga Allah menerangkan pintu hati saudara dan saudari,dan sentiasa dilindungi darinya..Amin salam ikhlas RiZ pakarmoneyonline@yahoo.com e book-e book islam/perkara ajaib dan misteri http://rahsia-ku.blogspot.com/ top computer graphic percuma download http://art-community2020.blogspot.com/ rehat kan minda tonton astro/movies melayu http://powercommunity.webs.com/

×