Program pemuliharaan ex situ

1,701 views

Published on

2 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,701
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
76
Comments
2
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Program pemuliharaan ex situ

  1. 1. Program Pemuliharaan ex-situ GAJAH ASIA
  2. 2. Gajah Asia Tergolong dalam Famili Elephantidae, Order Proboscidae, gajah merupakan mamalia darat yang terbesar dan boleh dijumpai di Afrika dan Asia. Gajah Asia boleh membesar sehingga ketinggian 2.5 hingga 3 m pada paras baru dan mencecah berat sehingga 5,000 kg. Berbanding gajah Afrika, hanya gajah jantan sahaja bergading. Walau bagaimanapun terdapat juga gajah
  3. 3.  Gajah mempunyai kulit yang kasar setebal 4 sm tetapi sangat sensitif. Gajah sering mandi debu untuk mengelakkan penyakit kulit dan jangkitan parasit. Gajah juga sering menyembur badannya dengan air atau berendam dalam air bagi menyejukkan badannya. Kipasan teliga gajah yang lebar juga berfungsi sebagai sistem penyejukan ketika cuaca panas. Makanannya terdiri daripada buah- buhan, daun, pucuk, kulit pokok dan akar
  4. 4.  Pada awal kurun ke-20, terdapat lebih daripada 100,000 ekor Gajah Asia. Anggaran tepat saiz populasi gajah sukar diperolehi. Secara kasarnya dianggarkan terdapat diantara 30,000 hingga 50,000 ekor Gajah Asia di seluruh dunia, 10 kali ganda lebih kurang berbanding gajah Afrika. Gajah Asia hidup dalam kumpulan antara 3 hingga 40 ekor dan diketuai oleh seekor gajah betina yang paling tua.
  5. 5.  Gajah betina melahirkan seekor anak, kadangkala dua, selepas bunting selama 21 bulan. Apa yang unik dalam sistem sosial gajah ialah lakuan yang dipanggil allo-mothering, di mana semua gajah betina akan bersama-sama menjaga anak gajah walaupun bukan anaknya. Gajah jantan akan meninggalkan kumpulan apabila mula matang dan mengikuti kumpulan gajah jantan lain atau menunggal. Gajah jantan matang hanya akan mencari gajah betina apabila tiba masa untuk
  6. 6. BORNEO PYGMY ELEPHANT
  7. 7.  Common Name: Borneo Pygmy elephant (Eng) Gajah (Bahasa Malaysia) Nenek/Liman (Orang Sungai language) Scientific Name: Elephas maximus borneensis Habitat: Lowlands and valleys Status: Endangered Population: [Unknown] estimated to be less than 1,500 mostly in Sabah, Malaysian Borneo Cr: WWF Malaysia
  8. 8. Taburan dan status populasi Dianggarkan Semenanjung Malaysia masih mempunyai populasi gajah sebanyak 1,220 hingga 1,460 ekor berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi program inventori dan juga aktiviti pemantauan bermula 2000 hingga 2002. Taman Negara mempunyai populasi gajah terbesar di Semenanjung Malaysia dengan anggaran 290 – 350 ekor gajah. Ini disebabkan Taman Negara merupakan kawasan perlindungan terbesar danmenjadi kawasan pelepasan utama gajah-gajah yang dipindahkan
  9. 9. Status perlindungan Di peringkat antarabangsa gajah disenaraikan sebagai spesies yang terancam dalam IUCN Red Data Book dan Lampiran 1 di dalam Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Flora and Fauna(CITES).
  10. 10.  Di Semenanjung Malaysia, gajah diperlindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, 1972, di mana adalah menjadi kesalahan untuk menembak, membunuh, memiliki atau memiliki sebahagian daripada anggota gajah. a)Jika didapati bersalah denda maksimum ialah RM3,000, dan/atau 3 tahun penjara. b) Jika ianya gajah betina, denda maksimum ialah RM6,000, dan/atau 3 tahun 6 bulan penjara.
  11. 11.  Sesiapa yang mencederakan, menzalimi, membiarkannya kelaparan atau mengurung gajah dalam kandang yang tidak sesuai untuk kesihatannya boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM5,000, dan/atau 3 tahun penjara. Barang siapa mendatangkan kemarahan atau kecederaan yang boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa manusia akan didenda sehingga RM5,000 dan/atau 3 tahun penjara.
  12. 12. Ancaman-ancaman utama Kehilangan dan fragmentasi habitat adalah ancaman utama terhadap populasi gajah di Semenanjung Malaysia. Sehingga 1980-an banyak kawasan hutan pamah, iaitu habitat utama gajah, telah dibuka dan ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Malah banyak lagi kawasan hutan telah dibuka untuk embina lebuhraya dan kawasan empangan.
  13. 13.  Aktiviti pembalakan Habitat yang semakin mengecil telah memaksa gajah-gajah keluar mencari makanan di luar daripada habitatnya. Keadaan ini banyak menimbulkan konflik antara gajah dan manusia. Pada masa dahulu, renjer Jabatan PERHILITAN akan menembak mati gajah-gajah konflik ini. Namun begitu, kini gajah-gajah yang terlibat akan ditangkap dan dipindahkan.
  14. 14.  Di seluruh dunia, gajah diburu untuk mendapatkan gadingnya. Gajah juga diburu secara haram untuk dijual kepada zoo atau sebagai binatang peliharaan peribadi. Sungguhpun ancaman ini kurang berbanding dengan kehilangan dan fregmentasi habitat, pemburuan haram gajah masih menjadi ancaman kepada populasi gajah di Semenanjung Malaysia.
  15. 15. Langkah-langkah pemuliharaan Jabatan PERHILITAN telah menjalankan pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada pemuliharaan gajah dan menguruskan 40 kawasan perlindungan di seluruh Semenanjung Malaysia dengan keluasan 7,514 km persegi. Taman Negara ialah kawasan perlindungan yang terbesar, iaitu 4,343 km persegi yang merangkumi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.
  16. 16.  Dalam tahun 2003, kerajaan negeri Perak telah mengwar-war akan mewartakan kawasan Hutan Simpan Belum, seluas 1,175 km persegi sebagai Taman Negeri Di-Raja Belum dan ini menjanjikan prospek yang baik untuk pemuliharaan gajah di Perak.
  17. 17.  Pada tahun 1974, Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Unit Tangkapan Gajah yang bertanggungjawab menangkap dan memindahkan gajah-gajah yang berada dalam situasi konflik ke habitat yang lebih selamat seperti di Taman Negara, hutan-hutan simpan dan Taman Negeri. Contohnya di Kenyir.
  18. 18.  Lebih 500 ekor gajah telah berjaya ditangkap di negeri Pahang, Terengganu, Perak, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Johor dan dipindahkan sama ada ke Taman Negara (Pahang, Kelantan, Trengganu), Taman Negeri Di-Raja Belum, Perak atau Taman Negara Endau Rompin, Johor.
  19. 19.  Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pusat Konservasi Kepelbagaian Biologi di negeri-negeri dan Zoo Melaka juga menjalankan program pendidikan konservasi dan program- program kesedaran awam termasuklah mengenai gajah. Selain daripada itu program kesedaran awam khusus untuk gajah dijalankan setiap hari di PKGK, Kuala Gandah.
  20. 20.  Beberapa program penyelidikan gajah juga telah dijalankan oleh pegawai penyelidik Jabatan PERHILITAN atau dengan kerjasama penyelidik-penyelidik dari luar negara sejak tahun 1960-an lagi. Skop penyelidikan yang utama ialah ekologi gajah, populasi, taburan dan pengurusan konflik gajah-manusia. Jabatan PERHILITAN juga menjalankan kajian pergerakan gajah yang telah dipindahkan ke Taman Negara dengan mengunakan satelit transmiter.
  21. 21.  Pada tahun 2005, Jabatan PERHILITAN telah memulakan program pemantauan penguatkuasaan yang dikenali sebagai Pemantauan Pembunuhan Haram Gajah (MIKE). Dipelopori oleh CITES, program ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan sistem pengurusan yang standard bagi seluruh negara-negara Asia yang mempunyai gajah. Maklumat yang dikumpulkan akan digunakan untuk pengurusan gajah di Malaysia.

×