Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi

8,073 views

Published on

Published in: Education

Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi

  1. 1. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3106) MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN & CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN. Di sediakan oleh : Nur Shamimi binti Jamudin PISMP J2 (AMBILAN JANUARI 2011) Pensyarah pembimbing : Puan Norehan bt Muhamad
  2. 2. MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN (MENYELURUH)MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN(KEMAHIRAN BAHASA) CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN SESI PEMULIHAN RUJUKAN
  3. 3. Pengajaran & Pembelajaran Fizikal &Emosi Deria Masalah Penguasaan PembelajaranMental Masalah Pertuturan Kesihatan
  4. 4. Faktor Pengajaran dan PembelajaranKaedah dan pendekatan guru yang berbeza.Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar namun mungkin tidak sesuai bagi sebilangan kecil pelajar.Bahan P&P haruslah menarik dan mudah difahami.Guru perlu bijak dalam memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan tahap pelajarnya.
  5. 5. Faktor Fizikal dan DeriaKeadaan fizikal yang buruk, kurang makanan, dan penyakit dikaitkan dengan masalah pembelajaran – keadaan fizikal yang lemah akan menggangu penumpuan terhadap pembelajaran.Kawalan motor yang lemah serta penglihatan atau pendengaran yang kurang baik menambahkan lagi masalah pembelajaran.
  6. 6. Kecacatan penglihatan berlaku dalam dua bentuk : rabun dekat dan rabun jauh.Masalah pendengaran pula akan menjejaskan kebolehan pelajar untuk membaca.Pendengaran yang baik akan membantu pelajar untuk mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru.
  7. 7. Masalah PertuturanMasalah ini akan menjejaskan perkembangan bahasa pelajar dari segi lisan.Kebolehan bertutur dengan baik adalah disebabkan oleh alat artikulator yang sempurna.Kecacatan alat ini akan menyebabkan pelajar gagal menyebut sesuatu perkataan dengan tepat, sebutan bunyi tidak jelas, pic yang berubah serta tidak konsisten dan intonasi yang tidak jitu.Oleh itu, pelajar akan gagal membaca dengan sempurna.
  8. 8. Faktor KesihatanKesihatan pelajar adalah sangat penting bagi menentukan keberkesanan pembelajaran.Masalah seperti kekurangan makanan berzat akan menyebabkan pelajar keletihan dan tidak bermaya semasa di dalam kelas.Pelajar-pelajar yang letih tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.
  9. 9. Faktor MentalMental sangat penting dan jika mental bermasalah maka keseluruhan pencapaian akademik seseorang pelajar akan terganggu.Masalah mental mungkin disebabkan oleh faktor- faktor seperti kelahiran awal bulan, kecederaan akal akibat kemalangan atau terjatuh dari tempat tinggi dan faktor penyakit yang menyebabkan bengkak pada sesuatu kawasan otak seperti demam yang menyebabkan seseorang individu mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama.
  10. 10. Faktor EmosiMasalah emosi selalunya berlaku di rumah yang berpunca dari keluarga yang tidak harmonis.Ibu bapa yang kerap bergaduh juga akan menggangu emosi pelajar.Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam pembelajaran adalah terlalu kompleks.Faktor tersebut jelas akan menjejaskan pembelajaran pelajar dan guru perlu berusaha untuk mengurangkan faktor-faktor penghalang itu demi kepentingan pelajar.
  11. 11. Kemahiran Lisan Masalah Penguasaan Pembelajaran (Kemahiran Bahasa)Kemahiran Kemahiran Menulis Membaca
  12. 12. Kemahiran Lisan Kosa kata yang terhad. Menggunakan dialek. Menggunakan bahasa ibunda. Lemah dalam kesantunan berbahasa. Gagal mematuhi peraturan. Lemah ingatan pendengaran.
  13. 13. Kemahiran Membaca Keliru pada huruf yang hampir sama : b-d, m- w. Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah : a-A, b-B. Masalah disleksia : (kail) – (kali), (dada) – (baba). Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup.
  14. 14.  Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata. Membaca secara berlagu. Lemah ingatan penglihatan. Tidak faham bahan yang dibaca. Sukar membuat hubung kait. Tidak dapat membuat urutan.
  15. 15. Kemahiran Menulis• Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal.• Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk.• Salah ejaan.• Kosa kata yang terhad.
  16. 16. • Aliran pemikiran tidak lancar.• Lupa format penulisan.• Lemah dalam penyampaian idea.• Lemah dalam penggunaan tanda baca.• Ayat yang tidak gramatis.
  17. 17. Pemerhatian Cara Ujian Pentaksiran Mengesankertas dan rekod pensel Kesukaran prestasi Pembelajaran Rekod profil
  18. 18. Pemerhatiano Melalui cara ini, guru dapat memperoleh berbagai- bagai maklum balas tentang seseorang pelajar.o Pemerhatian yang teliti merupakan faktor yang paling penting dalam mengesan pelajar untuk pendidikan pemulihan.o Setiap pelajar yang memberikan reaksi yang lambat dalam pelajaran akan menunjukkan ciri- ciri yang nyata yang dapat dikesan oleh seseorang guru.o Dalam pemerhatian guru, guru akan dapat melihat terdapatnya beberapa masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajarnya sebagai contoh, pelajar yang menghadapi masalah lemah dalam bacaan.
  19. 19. o Pelajar yang lemah dalam bacaan biasanya menunjukkan tiga ciri :-Pertama, kegagalan menyebut perkataan. Pelajar akan berhenti membaca dan tidak dapat meneruskan bacaan tanpa dibantu oleh guru.Kedua, berhenti sejenak, pelajar terpaksa berhenti satu atau dua saat sebelum menyebut satu- satu perkataan.Ketiga salah menyebut perkataan.
  20. 20. o Pemerhatian tentang masalah-masalah pembelajaran ini juga dapat membantu guru menganalisis tingkah laku pelajar serta sikapnya terhadap kejayaan dan kegagalan.o Selain daripada pemerhatian yang dibuat di dalam bilik darjah, guru juga boleh membuat pemerhatian di dalam bilik darjah.o Seorang pelajar yang pendiam atau suka berseorangan ketika makan di kantin atau berjalan balik ke rumah mungkin mengalami masalah sosioemosi.o Masalah seperti ini juga dapat menggangu penumpuan pelajar terhadap pelajarannya di dalam bilik darjah.
  21. 21. Pentaksiran Rekod Prestasio Rekod prestasi adalah seperti bentuk senarai semak, iaitu senarai kemahiran-kemahiran kecil dikemukakan.o Contohnya, satu bentuk senarai semak yang telah disediakan guru untuk melihat sejauh mana prestai muridnya dan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajarnya.o Bagi setiap kemahiran yang diperolehpelajar, tanda ( ) akan diletak di sebelah namanya.o Dengan ini, jelaslah bahawa penelitian tentang rekod prestasi merupakan satu cara yang baik untuk mengesan kesukaran pembelajaran pelajar.
  22. 22. Pentaksiran Rekod Profilo Pentaksiran rekod profil memberi gambaran tentang pencapaian pelajar secara keseluruhannya.o Rekod ini biasanya disediakan pada setiap penghujung penggal.o Pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran dicatatkan dalam bentuk gred.o Bagi pelajar yang mendapat gred rendah maka guru perlu memberikan pemulihan terhadap pelajar tersebut serta bagi mana- mana mata pelajaran yang menunjukkan gred yang tidak memuaskan.
  23. 23. Ujian Kertas Penselo Ujian seperti ini adalah sangat terkenal dalam kalangan guru.o Kebanyakan guru akan menggunakan kaedah ini bagi menilai tahap pencapaian pelajarnya.o Ujian ini terdiri daripada ujian objektif dan subjektif.o Pelbagai jenis ujian ini akan dapat memberikan gambaran pencapaian pelajar- pelajar dalam mana- mana mata pelajaran sekalipun.o Skor yang diperoleh akan menunjukkan tahap pemahaman pelajar.o Skor yang rendah akan menunjukkan kelemahan pelajar dalam satu-satu mata pelajaran.o Oleh itu, pendidikan pemulihan perlu diadakan untuk mengatasi kelemahan- kelemahantersebut.
  24. 24. RUJUKAN• http://www.scribd.com/doc/53611042/MASA LAH-PENGUASAAN-PEMBELAJARAN• Modul Pemulihan dan Pengayaan.

×