SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
1
Biodata
Nama : Sherly Jewinly
No. I/C :
Tarikh lahir : 22 September 1995
Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah
Asal : Ranau, Sabah
Alamat : Kg. Kilimu, 89300
Ranau,Sabah,
Malaysia
Kelas : 2 PPISMP RBT
Ambilan Jun 2013
2
NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Biodata 1
2 Isi Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Soalan 5
6 Tugasan 1
 Pengenalan
 Pandangan agama mengenai pergaulan
bebas
 Punca pergaulan bebas
 Kesan pergaulan bebas
 Langkah menangani isu
6 - 12
7 Refleksi 13 - 14
8 Tugasan 2 15-26
9 Bibliografi 27
10 Lampiran 28
3
Penghargaan
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
Pendidikan Moral saya, Encik Khairullah bin Mokhtar kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih.
4
Pendahuluan
Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu satu tugasan individu dan
satu tugasan berkumpulan yang terdiri daripada tiga orang ahli dalam setiap kumpulan.
Tugasan esei mengenai isu moral yang berlaku di sekitar kami merupakan tugasan individu
dan tugasan mendapatkan pelbagai sumber maklumat dan melaksanakan pembentangan
Powerpoint secara kreatif mengenai penyalahgunaan internet dan multimedia sebagai
tugasan secara berkumpulan.
5
Soalan
Alaf ini Malaysia telah dikejutkan dengan berbagai-bagai isu yang ada hubungkait soal etika,
moral dan agama contohnya seperti gerakan lesbian , gay , biseksual dan transgender
(LGBT), pembuangan bayi dan sebagainya.
1. Berdasarkan penyataan di atas bincangkan dari sudut pandangan dan kepercayaan
agama terhadap satu isu moral yang berlaku di sekitar anda. Tuliskan satu esei
berkaitan isu tersebut yang dikaitkan dengan pandangan agama yang juga
merangkumi punca, kesan, langkah menangani isu, serta refleksi anda terhadap isu
tersebut. Tugasan ini perlu dilakukan secara individu.
2. Secara berkumpulan anda dikehendaki membuat bahan pembentangan dengan
menggunakan ICT yang menarik tentang penyalahgunaan internet dan multimedia.
6
Pergaulan Bebas
Pengenalan
Sejak akhir-akhir ini kes yang melibatkan masalah tingkah laku seksual remaja di
Malaysia semakin membimbangkan. Pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks
sebelum nikah semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia (Roslee Ahmad dan
rakan-rakan, 2008). Penularan gaya hidup Barat ini menjadi ikutan dan kebanggaan
generasi muda alaf baru. Apa tidaknya, hampir setiap hari di dada-dada akhbar seperti
Harian Metro, Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, kisah-kisah seperti ‘ritual seks di
pantai’, ‘pesta minum arak’, ‘gadisTop Up’, ‘pengakuan gadis hilang dara’, ‘peristiwa
ditangkap basah’, dan sebagainya menjadi paparan umum masyarakat. Golongan muda
mudi kini tidak lagi segan silu mendedahkan tubuh sehingga berani memaparkan aksi dalam
video klip di internet.
Persoalannya, apakah remaja dan muda mudi di Malaysia kini menganggap bahawa
perbuatan terlanjur atau perzinaan sehingga dua hingga tiga kali mengandung merupakan
suatu budaya biasa dan ibu bapa perlu berfikiran terbuka untuk menerimanya? Maka
benarlah, pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah ini yang
dahulunya menjadi ‘pantang larang’ mengikut nilai tradisi dan pegangan adat Melayu yang
utuh, kini telah hilang dek ditelan arus modenisasi dankecanggihan teknologi. Hafiz Firdaus
(2007) menyebut, semua ini terjadi kerana kemungkinan terdapat segelintir masyarakat
Melayu Islam Malaysia yang berpegang kepada Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam
Bebas atau Islam liberal. Justeru itu, jika penularan budaya Barat ini terus menular dari
generasi kegenerasi, maka ia menjadi suatu ancaman sosial dan cabaran kepada pihak
kerajaan untuk merealisasikan agenda Wawasan 2020. Ini kerana pembangunan negara
yang makmur pada masa akan datang terletak dibahu golongan muda mudi seperti kata
pepatah Melayu ‘pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara’
Pandangan agama Islam mengenai pergaulan bebas
Islam memandang berat kesalahan pergaulan bebas yang juga merupakan zina
kerana mengundang pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Dalam Islam,
zina merupakan perbuatan yang haram dan berdosa besar. Firman Allah S.W.T yang
bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah
keji dan suatu jalan yang buruk” Surah AL-ISRAK:ayat 32. Dalam Hadis riwayat Baihaqi,
Rasulullah s.a.w bersabda “hindarilah zina kerana ianya menimbulkan enam kesan buruk,
7
tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan
kegembiraan,menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat
nanti zina menyebabkan pelakunya diazab,dihisab secara ketat dan kekal di neraka.
Berdasarkan ayat tersebut Islam melarang segala perlakuan seksual di luar nikah
mahupun seks bebas seperti yang diamalkan oleh masyarakat Barat. Ini bagi menjaga
kejelasan jalur keturunan manusia dan mencegah daripada terjadinya pelbagai
permasalahan akibat hubungan jenis yang tidak teratur. Majoriti ulama fiqh mendefinisikan
seks bebas sebagai zina. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh ulama dan
cendekiawan Islam berkenaan dengan zina. Imam al-Dasuki dari mazhab Maliki
mentakrifkan zina sebagai persetubuhan seorang yang mukallaf pada faraj manusia tanpa
hak milik padanya mengikut hukum dengan cara yang haram. (Paizah Haji Ismai. 1991)
Dalam Islam, seks adalah suatu yang suci, terpelihara dan menjamin keharmonian
sosial. Justeru dalam Islam melakukan seks di luar pernikahan adalah termasuk di dalam
dosa besar. Ia merupakan jenayah yang membolehkan pelakunya menerima hukuman yang
berat iaitu 100 kali sebatan kepada yang masih bujang, kerana mereka tidak mempunyai
saluran yang sah untuk menyalurkan keinginan. Manakala bagi mereka yang telah
berkahwin akan dikenakan hukuman rejam menurut majoriti ulama. Hukuman ini sebagai
pengajaran kepada mereka yang mencari sumber yang haram sedangkan mereka
mempunyai jalan yang halal. Oleh itu, perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam kepada
umatnya merupakan sebaik-baik jaminan untuk memelihara akhlak dan menjaga pandangan
serta memelihara kehormatan diri.
Punca berlakunya pergaulan bebas
Diri sendiri
Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri. Lazimnya
perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang
melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja
terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang
kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang menjurus
kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa mereka sering memberontak dan
sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal
sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak. Remaja terjerumus melakukan seks bebas
kerana terlalu mengikut kehendak naluri yang mahukan kebebasan, lebih-lebih lagi remaja
yang cetek akal fikiran. (Ahmad Redzuwan, 2003).
8
Institusi Keluarga
Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan untuk mengembang
dan membangunkan keturunan. Dalam hal ini ibu bapa berperanan menjaga, melindungi,
mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun,
institusi keluarga hari ini dilihat telah gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam
membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan
peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan
gaya hidup yang positif. Tetapi ibu bapa kini terlalu berlepas tangan dalam mendidik dan
membimbing anak-anak. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam memberi perhatian
yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus dalam kancah
yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya berlaku
pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah, bohsia, pelacuran, buang bayi,
vandalisme dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masyarakat hari ini kurang kesedaran
terhadap kepentingan agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum.
(Zulkiffly Ahmad, 2006).
Rakan Sebaya
Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini
merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang
berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa
meniru perilaku temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut. Pelbagai
desakan yang diterima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita menyebabkan
seseorang melakukan seks bebas. Berdasarkan pengalaman seorang pelatih di Rumah
Bimbingan Raudhatus Sakinah yang pernah terjebak dengan perilaku seks bebas mengakui
beliau sering terpengaruh dengan rakan-rakan seperti ponteng sekolah dan melepak
bersama rakan-rakan. Apabila semua rakanrakan mempunyai pasangan telah
mendorongnya turut berpasangan yang mana akhirnya berlaku perkara terkutuk iaitu
perzinaan.
Masyarakat
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung
membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat
bertanggungjawab melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang
membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada
masayarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau
ahli korporat, mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus
9
bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain. Namun
masyarakat hari ini yang kononnya 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' telah menyebabkan
salah laku seks bebas meningkat. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri
masyarakat sekeliling berkelakuan tidak sopan, namun tiada sebarang tindakan diambil
sama ada menegur atau memberi nasihat. Situasi ini mendorong seseorang melakukan apa
sahaja sekalipun dikhalayak ramai kerana tiada siapa akan ambil peduli. Lebih-lebih lagi jika
kurangnya semangat dan budaya kejiranan, salah laku seks semakin sukar untuk
dibendung.
Media Massa
Media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian
masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang yang terlalu luas
kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negatif yang boleh
meruntuhkan peribadi masyarakat. Media elektronik umpamanya, banyak menayangkan
tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan, berpelukan dan
sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya remaja ke arah
perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara adegan tersebut dilakukan oleh orang
Islam yang bukan muhrim untuk memenuhi tuntutan skrip bagi sesebuah filem. Tidak
semua yang dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran yang baik.
Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian
yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur
lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk
bercetak, cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah
diperolehi. (Zulkiffly Ahmad, 2006)
Kesan pergaulan bebas
Keruntuhan akhlak
Seks bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana pelaku seks bebas akan
mengingkari ajaran agama. Mereka akan mengamalkan budaya hedonisme iaitu budaya
yang mementingkan keseronokan semata-mata dan mereka tidak peduli akan ajaran-ajaran
agama serta mereka tidak takut akan dosa. Contohnya, salah seorang Presiden Amerika
Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan
bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara
tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak
disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks. Bagi pelajar yang kerap bersosial dan
sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus
10
kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini juga boleh menukarkan
tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan
menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.
Menjejaskan imej negara
Kegiatan seks membawa banyak implikasi yang negatif antaranya ialah menjejaskan
imej negara.Negara lain akan memandang rendah terhadap kerajaan kita kerana tidak
berupaya menangani masalah sosial. Negara kita akan dianggap negara yang lemah kerana
tidak mampu menangani masalah sosial dan tanggapan bahawa pemimpin negara kita tidak
akan mampu mengendalikan negara dengan baik. Kegagalan tersebut menjadi buah mulut
kepada pelancong negara jiran. Media massa juga menghebohkan perkara tersebut maka
imej negara terjejas. Para pelabur dari luar negara juga akan ragu-ragu dan tidak
berkeyakinan untuk melabur di negara kita kerana beranggapan negara kita tidak stabil
disebabkan oleh masalah sosial tersebut. Oleh itu, ekonomi negara akan runtuh kerana
tiadanya pusingan wang asing masuk ke dalam ekonomi negara kita.
Menjejaskan masa depan
Pergaulan bebas juga menjejaskan masa depan remaja. Masyarakat sukar
menerima remaja sekiranya remaja tersebut insaf. Ini menyebabkan masalah kesukaran
mendapat pekerjaan. Lebih buruk lagi mereka disisihkan atau dibuang keluarga kerana
sukar menerima perbuatan mereka yang menconteng arang di muka keluarga. Kesannya
mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh diri kerana tertekan dan
tiada tempat bergantung. Implikasi seterusnya ialah peningkatan kes pembuangan dan
pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah menyebabkan mereka takut untuk memikul
tanggungjawab yang berat lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi. Tambahan
pula, mereka juga berasa malu atas perbuatannya dan bimbang akan masa depan tercemar
maka mereka memilih pembuangan bayi kerana mereka berfikiran bahawa jika mereka
menggugurkan kandungan atau membuang bayi, maka masalah mereka akan selesai.
Kehamilan luar nikah terutamanya dalam usia remaja akan menyukarkan hidup remaja
kerana mereka tiada sumber pendapatan tetap untuk menyara anak tersebut. Oleh itu,
mereka memilih jalan singkat dengan menggugurkan kandungan mahupun membuang bayi
di dalam lubang tandas, dalam tong sampah dan di dalam longkang.
Penyebaran penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara
lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS.
11
Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Selain itu, orang yang mengamalkan seks bebas juga akan cenderung untuk mendapat
penyakit seperti Hespes Genital, Siplis, Gonoroe, Klamidia, Hepititis B, Genital wrats dan
kanser servis. Penyakit-penyakit tersebut sangat berbahaya kerana ia boleh membawa maut
sekiranya tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat mudah merebak dengan orang lain
terutama sekali yang mengamalkan pergaulan bebas.
Langkah mengatasi pergaulan bebas
Diri sendiri
Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh
mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam
membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat
sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa
dan guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan
diri secara aktif dalam sukan dan kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan.
Peranan Ibu bapa
Kita telah ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial
ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi
mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian,
bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja.
Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya, maka anak-
anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti kekasih dan rakan sebaya.
Rakan sebaya
Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat.
Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang
remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai
pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan
sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti berdisiplin dan cenderung melakukan perkara
yang membawa kebaikan, secara automatik seseorang remaja tersebut akan menjadi
positif.
12
Masyarakat
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung
membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat
bertanggungjawab menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan
kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masayarakat yang lain. Tidak kira
sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat, mereka semua
tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh
tauladan yang baik kepada orang lain. Masyarakat perlulah menyemai semangat kejiranan
yang tinggi dalam kehidupan bermasyarakat dan sentiasa mengambil berat. Contohnya:
Pelajar-pelajar IPT yang menyewa di kawasan perumahan,masyarakat perlulah prihatin
terhadap pelajar berada di sekeliling dan sentiasa mengambil berat terhadap mereka.
Media Massa
Media masa haruslah menghapuskan lambakan imej dan mesej yang merangsang
nafsu seks dalam masyarakat. Dan menghentikan eksploitasi wanita dan tema seks dalam
amalan pengiklanan dan hiburan. Media massa juga perlu mengurangkan paparan imej
keganasan ditengah masyarakat. Seterusnya ialah meningkatkan dan menyebarluaskan
pendidikan dan latihan khas tentang keselamatan peribadi dan menggerakkan usaha
kerjasama tetangga dalam mencegah jenayah dan meniadakan lokasi-lokasi berisiko tinggi
seperti sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga
yang sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan prasarana sosial yang sesuai.
Kesimpulan
Kesimpulannya ,hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang
tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia
yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah Tuhan diabaikan sebaliknya
cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas lebih
banyak memberi keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya,usaha yang komprehensif
dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada
pengemblengan tenaga dan sinergi dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang
demikian,semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah
mengambil inisiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.Hal ini demikian adalah untuk
mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan
imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.
13
Refleksi
Setelah melaksanakan tugasan esei yang bertajuk pergaulan bebas, saya mendapati
pergaulan bebas ataupun secara eksplisit, seks bebas merupakan satu gejala sosial yang
semakin menular dan kini dibudayakan oleh rakyat di negara kita terutamanya di kalangan
generasi muda yang bakal memimpin negara pada masa akan datang. Menurut kajian yang
dijalankan oleh syarikat Durex iaitu syarikat pengeluar kondom terbesar di dunia, Malaysia
merupakan salah satu negara yang mengamalkan budaya seks bebas. Pernyataan tersebut
sangatlah memalukan kerana budaya pergaulan bebas amat bertentangan dengan budaya
timur yang diamalkan di negara kita.
Pergaulan bebas mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Namun, budaya itulah yang dibangga-banggakan oleh remaja di negara kita. Sebagai salah
seorang rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa budaya tersebut tidak seharusnya
diamalkan di negara kita kerana negara kita merupakan negara Islam dan budaya pergaulan
bebas menyebabkan imej negara tercalar di mata dunia. Apabila maruah Malaysia jatuh di
mata dunia, maka kemerosotan ekonomi negara kita juga akan jatuh kerana para pelabur
dari luar negara akan memandang rendah pemimpin dan rakyat negara kita yang dianggap
tidak mampu menangani masalah sosial. Keruntuhan akhlak golongan muda juga akan
berlaku jika budaya pergaulan bebas ini tidak dibendung. Oleh itu, misi negara kita untuk
mencapai Wawasan 2020 akan gagal kerana bakal pemacu negara rosak akhlaknya kerana
jika akhlak sendiri tidak dapat dijaga, bagaimanakah golongan muda di negara kita akan
memimpin negara?
Semua pihak terutamanya remaja di Malaysia seharusnya tahu keburukan-
keburukan pergaulan bebas dan mereka haruslah menjauhkan diri daripada budaya
tersebut untuk kebaikan diri sendiri dan untuk masa depan yang terjamin kerana budaya
pergaulan bebas akan merosakkan hidup. Contohnya, apabila seseorang mengamalkan
budaya pergaulan bebas, amat besar kemungkinan untuk individu tersebut dijangkiti
penyakit-penyakit berbahaya yang dijangkiti dari perbuatan seks bebas seperti penyakit
AIDS dan HIV. Apabila individu tersebut dijangkiti penyakit AIDS atau HIV, hidupnya akan
musnah kerana setakat ini, masih belum ada penawar bagi penyakit tersebut.
Golongan muda juga seharusnya mematuhi ajaran agama dan mereka sepatutnya
tidak alpa dan tidak mudah tenggelam dalam keseronokan kerana itulah yang menyebabkan
mereka jatuh terjerumus dalam gejala pergaulan bebas. Mereka sepatutnya tidak
mementingkan keseronokan dunia sahaja dan mereka haruslah sedar betapa berdosanya
gejala tersebut. Mereka juga perlulah memikirkan mengenai akirat dan tidak memikirkan
14
mengenai kehidupan di dunia semata-mata. Pegangan agama dalam diri remaja haruslah
dikukuhkan agar mereka menjauhkan diri daripada gejala tersebut.
Sebagai seorang bakal guru, saya sedar bahawa saya harus menjauhkan diri
daripada budaya pergaulan bebas kerana saya akan menjadi contoh atau ‘role model’ dan
diteladani oleh para pelajar pada masa akan datang dengan menguatkan lagi pegangan
agama saya dan sentiasa mengingatkan diri serta memikirkan mengenai keburukan yang
bakal saya dapat jika melibatkan diri dalam gejala tersebut. Saya juga haruslah bersedia
untuk mendidik anak murid agar tidak terjerumus dalam budaya tersebut dengan memenuhi
ilmu moral dan agama yang kukuh di dada dan menjadi contoh yang baik kepada murid-
murid nanti.
Sebagai penutup refleksi saya, saya menyarankan kepada semua untuk menjauhkan
diri daripada budaya terkutuk tersebut kerana kita lahir dalam negara Islam yang
mengamalkan budaya ketimuran yang baik dan sopan. Kita seharusnya menjaga nilai
budaya ketimuran tersebut dan tidak terpengaruh dengan budaya barat kerana budaya
pergaulan bebas mendatangkan lebih keburukan kepada kita. Oleh itu, kita haruslah
memikirkan dengan logik dan rasional keburukan budaya tersebut dan berusaha
mengelakkan diri daripada terjerumus dalam budaya tersebut demi kebaikan diri sendiri dan
negara.
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
Bibliografi
Paizah Haji Ismail. (1991). Undang-undang Jenayah Islam. Selangor: Dewan Pustaka Islam.
J. Mark Halstead dan Michael J. Rein. (2003). Values In Sex Education From Principles to
Practice. New York: Routledge Falmer.
Mohd Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Universiti Putra
Malaysia.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam. Utusan
Publications Sdn.Bhd.
Mariani bt. Md. Nor dan Hamidah bt. Sulaiman. (2005). Seks Bebas: Mengenal Pasti
PuncaPelakuan dalam Roziah Omar dan Sivamurugan Pandian. Malaysia Isu-isu
Sosial Semasa. Unit Penerbitan ISM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat.
Zulkiffly Ahmad. (2006). Jenayah Seksual. Mostgain Resources Publications.
Jaafar Salleh. (1996).Tingkatan-tingkatan nafsu dan kemuliaan martabat insan.
Kuala Lumpur : Penerbit Era Ilmu Sdn Bhd.
Mochamad Widjanarko. 1999. Seksualitas remaja. Indonesia. Universitas Gadja Mada.
Ryu Kusnagi. (2012). Seks bebas di kalangan pelajar IPT. Dicapai pada 17 Mac 2014
daripada http://bisikansyahdubergema.blogspot.com/2012/07/seks-bebas-diklangan-
pelajar-ipt.html
Ali Hassan. (2011). Seks bebas dalam pandangan Islam. Dicapai pada 17 Mac 2014
daripada http://islamiwiki.blogspot.com/2013/09/seks-dalam-pandangan-
islam.html#.UygQi4UuW_R
Masmawi Abdullah. (2009). Ibu bapa mesti didik anak kesan buruk seks bebas. Dicapai
pada 17 Mac 2014 daripada http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/06/ibu-
bapa-mesti-didik-anak-kesan-buruk.html
28
LAMPIRAN

More Related Content

What's hot

Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)wmkfirdaus
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaNilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaZarina Zam
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1mohdsani8484
 

What's hot (20)

Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
Kaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiahKaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiah
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaNilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah4. panduan penulisan ilmiah
4. panduan penulisan ilmiah
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1Paradigma dan kaedah kajian 1
Paradigma dan kaedah kajian 1
 

Viewers also liked

Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas RemajaPergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas RemajaSasha_1912
 
POWER POIN PERGAULAN BEBAS
POWER POIN PERGAULAN BEBASPOWER POIN PERGAULAN BEBAS
POWER POIN PERGAULAN BEBASFirdika Arini
 
Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Yusuf Zany
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaOperator Warnet Vast Raha
 
Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebasheriawann
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianRicky Ong
 
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpitLaporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpitSherly Jewinly
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiHafiziGhazali
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaSlumber Je
 
Pergaulan sehat untuk remaja
Pergaulan sehat untuk remajaPergaulan sehat untuk remaja
Pergaulan sehat untuk remajaAnna Septiyani
 
Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosialZRxhman
 
Presentasi Kenakalan Remaja
Presentasi Kenakalan RemajaPresentasi Kenakalan Remaja
Presentasi Kenakalan RemajaTakere Mae
 
копия три слагаемых успешного урока английского языка
копия три слагаемых успешного урока английского языкакопия три слагаемых успешного урока английского языка
копия три слагаемых успешного урока английского языкаsvetopusha
 
Android tutorials6 run_your_app
Android tutorials6 run_your_appAndroid tutorials6 run_your_app
Android tutorials6 run_your_appVlad Kolesnyk
 

Viewers also liked (20)

Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas RemajaPergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja
 
POWER POIN PERGAULAN BEBAS
POWER POIN PERGAULAN BEBASPOWER POIN PERGAULAN BEBAS
POWER POIN PERGAULAN BEBAS
 
Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja Pergaulan Bebas Remaja
Pergaulan Bebas Remaja
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harian
 
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpitLaporan inovasi permainan tradisional sumpit
Laporan inovasi permainan tradisional sumpit
 
Merempit
MerempitMerempit
Merempit
 
Karangan Isu Remaja
Karangan Isu RemajaKarangan Isu Remaja
Karangan Isu Remaja
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
 
Pergaulan Bebas Remaja Saat Ini
Pergaulan Bebas Remaja Saat IniPergaulan Bebas Remaja Saat Ini
Pergaulan Bebas Remaja Saat Ini
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
 
Pergaulan sehat untuk remaja
Pergaulan sehat untuk remajaPergaulan sehat untuk remaja
Pergaulan sehat untuk remaja
 
Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosial
 
Presentasi Kenakalan Remaja
Presentasi Kenakalan RemajaPresentasi Kenakalan Remaja
Presentasi Kenakalan Remaja
 
копия три слагаемых успешного урока английского языка
копия три слагаемых успешного урока английского языкакопия три слагаемых успешного урока английского языка
копия три слагаемых успешного урока английского языка
 
Git
GitGit
Git
 
Android tutorials6 run_your_app
Android tutorials6 run_your_appAndroid tutorials6 run_your_app
Android tutorials6 run_your_app
 

Similar to PERGAULAN BEBAS

Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Mohd Shuhaimi Padzil
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMChittana Som Sak
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasFreddy Then
 
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala SosialPenyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala SosialProfil Modal Uniti
 
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasMakalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasPryses Jaklyn
 
Bab 12
Bab 12Bab 12
Bab 121habib
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaOperator Warnet Vast Raha
 
Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Iella Zakaria
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)Teacher Nasrah
 
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilangGerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilangKetut Darmanto Saputro
 
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAs Nuurien Najma
 
Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Dhaus Pidot
 

Similar to PERGAULAN BEBAS (20)

Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebas
 
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala SosialPenyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
 
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasMakalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
 
Aisy makalah
Aisy makalahAisy makalah
Aisy makalah
 
Bab 12
Bab 12Bab 12
Bab 12
 
Seks bebas
Seks bebasSeks bebas
Seks bebas
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517Assgnmnt individu plg517
Assgnmnt individu plg517
 
Sap seks bebas
Sap seks bebasSap seks bebas
Sap seks bebas
 
seks bebas
seks bebasseks bebas
seks bebas
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Seks bebas remaja
Seks bebas remajaSeks bebas remaja
Seks bebas remaja
 
Karya ilmiah
Karya ilmiahKarya ilmiah
Karya ilmiah
 
Isu pembuangan bayi
Isu pembuangan bayiIsu pembuangan bayi
Isu pembuangan bayi
 
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilangGerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
 
Makalah Seks Bebas
Makalah Seks BebasMakalah Seks Bebas
Makalah Seks Bebas
 
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
 
Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Pi assignment 100%
Pi assignment 100%
 

More from Sherly Jewinly

Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiPenyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiSherly Jewinly
 
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanContoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanSherly Jewinly
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Sherly Jewinly
 
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...Sherly Jewinly
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Sherly Jewinly
 
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Sherly Jewinly
 
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Sherly Jewinly
 
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Sherly Jewinly
 
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Sherly Jewinly
 
Laporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikLaporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikSherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiSherly Jewinly
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALSherly Jewinly
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiSherly Jewinly
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALSherly Jewinly
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Sherly Jewinly
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalRph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalSherly Jewinly
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Sherly Jewinly
 
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaRph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaSherly Jewinly
 

More from Sherly Jewinly (20)

Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan TeknologiPenyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
Penyelidikan Tindakan Reka Bentuk dan Teknologi
 
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan TindakanContoh Artikel Penyelidikan Tindakan
Contoh Artikel Penyelidikan Tindakan
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
 
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
Assignment sejarah SJH3163 (peranan, usaha dan sumbangan tun dr Mahathir moha...
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
 
Assignment EDU3083
Assignment EDU3083Assignment EDU3083
Assignment EDU3083
 
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
Laporan Internship (Pelaksanaan Bengkel Kemahiran Memegang pisau dan Memotong...
 
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
Laporan Pelaksanaan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Memegang Pisau dan Memoton...
 
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
Kertas kerja INTERNSHIP (senamrobik)
 
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
Kertas kerja pelupusan peralatan kbsr bengkel rbt (internship)
 
Laporan Internship Senamrobik
Laporan Internship SenamrobikLaporan Internship Senamrobik
Laporan Internship Senamrobik
 
Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4Rph sejarah tahun 4
Rph sejarah tahun 4
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british ii
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
 
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iiiRph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
Rph sejarah tahun 5 peristiwa perjuangan menentang british iii
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan melayu awal 1
 
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awalRph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
Rph Sejarah tahun 4 kedudukan kerajaan-kerajaan melayu awal
 
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
Rph sejarah kemerdekaan tahun 5
 
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaRph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Rph Tahun 4 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
 

Recently uploaded

Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 

Recently uploaded (20)

Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 

PERGAULAN BEBAS

  • 1. 1 Biodata Nama : Sherly Jewinly No. I/C : Tarikh lahir : 22 September 1995 Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah Asal : Ranau, Sabah Alamat : Kg. Kilimu, 89300 Ranau,Sabah, Malaysia Kelas : 2 PPISMP RBT Ambilan Jun 2013
  • 2. 2 NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Biodata 1 2 Isi Kandungan 2 3 Penghargaan 3 4 Pendahuluan 4 5 Soalan 5 6 Tugasan 1  Pengenalan  Pandangan agama mengenai pergaulan bebas  Punca pergaulan bebas  Kesan pergaulan bebas  Langkah menangani isu 6 - 12 7 Refleksi 13 - 14 8 Tugasan 2 15-26 9 Bibliografi 27 10 Lampiran 28
  • 3. 3 Penghargaan Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah Pendidikan Moral saya, Encik Khairullah bin Mokhtar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih.
  • 4. 4 Pendahuluan Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu satu tugasan individu dan satu tugasan berkumpulan yang terdiri daripada tiga orang ahli dalam setiap kumpulan. Tugasan esei mengenai isu moral yang berlaku di sekitar kami merupakan tugasan individu dan tugasan mendapatkan pelbagai sumber maklumat dan melaksanakan pembentangan Powerpoint secara kreatif mengenai penyalahgunaan internet dan multimedia sebagai tugasan secara berkumpulan.
  • 5. 5 Soalan Alaf ini Malaysia telah dikejutkan dengan berbagai-bagai isu yang ada hubungkait soal etika, moral dan agama contohnya seperti gerakan lesbian , gay , biseksual dan transgender (LGBT), pembuangan bayi dan sebagainya. 1. Berdasarkan penyataan di atas bincangkan dari sudut pandangan dan kepercayaan agama terhadap satu isu moral yang berlaku di sekitar anda. Tuliskan satu esei berkaitan isu tersebut yang dikaitkan dengan pandangan agama yang juga merangkumi punca, kesan, langkah menangani isu, serta refleksi anda terhadap isu tersebut. Tugasan ini perlu dilakukan secara individu. 2. Secara berkumpulan anda dikehendaki membuat bahan pembentangan dengan menggunakan ICT yang menarik tentang penyalahgunaan internet dan multimedia.
  • 6. 6 Pergaulan Bebas Pengenalan Sejak akhir-akhir ini kes yang melibatkan masalah tingkah laku seksual remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia (Roslee Ahmad dan rakan-rakan, 2008). Penularan gaya hidup Barat ini menjadi ikutan dan kebanggaan generasi muda alaf baru. Apa tidaknya, hampir setiap hari di dada-dada akhbar seperti Harian Metro, Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, kisah-kisah seperti ‘ritual seks di pantai’, ‘pesta minum arak’, ‘gadisTop Up’, ‘pengakuan gadis hilang dara’, ‘peristiwa ditangkap basah’, dan sebagainya menjadi paparan umum masyarakat. Golongan muda mudi kini tidak lagi segan silu mendedahkan tubuh sehingga berani memaparkan aksi dalam video klip di internet. Persoalannya, apakah remaja dan muda mudi di Malaysia kini menganggap bahawa perbuatan terlanjur atau perzinaan sehingga dua hingga tiga kali mengandung merupakan suatu budaya biasa dan ibu bapa perlu berfikiran terbuka untuk menerimanya? Maka benarlah, pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks sebelum nikah ini yang dahulunya menjadi ‘pantang larang’ mengikut nilai tradisi dan pegangan adat Melayu yang utuh, kini telah hilang dek ditelan arus modenisasi dankecanggihan teknologi. Hafiz Firdaus (2007) menyebut, semua ini terjadi kerana kemungkinan terdapat segelintir masyarakat Melayu Islam Malaysia yang berpegang kepada Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas atau Islam liberal. Justeru itu, jika penularan budaya Barat ini terus menular dari generasi kegenerasi, maka ia menjadi suatu ancaman sosial dan cabaran kepada pihak kerajaan untuk merealisasikan agenda Wawasan 2020. Ini kerana pembangunan negara yang makmur pada masa akan datang terletak dibahu golongan muda mudi seperti kata pepatah Melayu ‘pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara’ Pandangan agama Islam mengenai pergaulan bebas Islam memandang berat kesalahan pergaulan bebas yang juga merupakan zina kerana mengundang pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Dalam Islam, zina merupakan perbuatan yang haram dan berdosa besar. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah keji dan suatu jalan yang buruk” Surah AL-ISRAK:ayat 32. Dalam Hadis riwayat Baihaqi, Rasulullah s.a.w bersabda “hindarilah zina kerana ianya menimbulkan enam kesan buruk,
  • 7. 7 tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan,menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti zina menyebabkan pelakunya diazab,dihisab secara ketat dan kekal di neraka. Berdasarkan ayat tersebut Islam melarang segala perlakuan seksual di luar nikah mahupun seks bebas seperti yang diamalkan oleh masyarakat Barat. Ini bagi menjaga kejelasan jalur keturunan manusia dan mencegah daripada terjadinya pelbagai permasalahan akibat hubungan jenis yang tidak teratur. Majoriti ulama fiqh mendefinisikan seks bebas sebagai zina. Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh ulama dan cendekiawan Islam berkenaan dengan zina. Imam al-Dasuki dari mazhab Maliki mentakrifkan zina sebagai persetubuhan seorang yang mukallaf pada faraj manusia tanpa hak milik padanya mengikut hukum dengan cara yang haram. (Paizah Haji Ismai. 1991) Dalam Islam, seks adalah suatu yang suci, terpelihara dan menjamin keharmonian sosial. Justeru dalam Islam melakukan seks di luar pernikahan adalah termasuk di dalam dosa besar. Ia merupakan jenayah yang membolehkan pelakunya menerima hukuman yang berat iaitu 100 kali sebatan kepada yang masih bujang, kerana mereka tidak mempunyai saluran yang sah untuk menyalurkan keinginan. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan dikenakan hukuman rejam menurut majoriti ulama. Hukuman ini sebagai pengajaran kepada mereka yang mencari sumber yang haram sedangkan mereka mempunyai jalan yang halal. Oleh itu, perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam kepada umatnya merupakan sebaik-baik jaminan untuk memelihara akhlak dan menjaga pandangan serta memelihara kehormatan diri. Punca berlakunya pergaulan bebas Diri sendiri Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri. Lazimnya perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa mereka sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak. Remaja terjerumus melakukan seks bebas kerana terlalu mengikut kehendak naluri yang mahukan kebebasan, lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran. (Ahmad Redzuwan, 2003).
  • 8. 8 Institusi Keluarga Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan untuk mengembang dan membangunkan keturunan. Dalam hal ini ibu bapa berperanan menjaga, melindungi, mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun, institusi keluarga hari ini dilihat telah gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang positif. Tetapi ibu bapa kini terlalu berlepas tangan dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah, bohsia, pelacuran, buang bayi, vandalisme dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masyarakat hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum. (Zulkiffly Ahmad, 2006). Rakan Sebaya Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut. Pelbagai desakan yang diterima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita menyebabkan seseorang melakukan seks bebas. Berdasarkan pengalaman seorang pelatih di Rumah Bimbingan Raudhatus Sakinah yang pernah terjebak dengan perilaku seks bebas mengakui beliau sering terpengaruh dengan rakan-rakan seperti ponteng sekolah dan melepak bersama rakan-rakan. Apabila semua rakanrakan mempunyai pasangan telah mendorongnya turut berpasangan yang mana akhirnya berlaku perkara terkutuk iaitu perzinaan. Masyarakat Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masayarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat, mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus
  • 9. 9 bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang kononnya 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' telah menyebabkan salah laku seks bebas meningkat. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri masyarakat sekeliling berkelakuan tidak sopan, namun tiada sebarang tindakan diambil sama ada menegur atau memberi nasihat. Situasi ini mendorong seseorang melakukan apa sahaja sekalipun dikhalayak ramai kerana tiada siapa akan ambil peduli. Lebih-lebih lagi jika kurangnya semangat dan budaya kejiranan, salah laku seks semakin sukar untuk dibendung. Media Massa Media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang yang terlalu luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negatif yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat. Media elektronik umpamanya, banyak menayangkan tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan, berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya remaja ke arah perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara adegan tersebut dilakukan oleh orang Islam yang bukan muhrim untuk memenuhi tuntutan skrip bagi sesebuah filem. Tidak semua yang dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran yang baik. Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah diperolehi. (Zulkiffly Ahmad, 2006) Kesan pergaulan bebas Keruntuhan akhlak Seks bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana pelaku seks bebas akan mengingkari ajaran agama. Mereka akan mengamalkan budaya hedonisme iaitu budaya yang mementingkan keseronokan semata-mata dan mereka tidak peduli akan ajaran-ajaran agama serta mereka tidak takut akan dosa. Contohnya, salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks. Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus
  • 10. 10 kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini juga boleh menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan. Menjejaskan imej negara Kegiatan seks membawa banyak implikasi yang negatif antaranya ialah menjejaskan imej negara.Negara lain akan memandang rendah terhadap kerajaan kita kerana tidak berupaya menangani masalah sosial. Negara kita akan dianggap negara yang lemah kerana tidak mampu menangani masalah sosial dan tanggapan bahawa pemimpin negara kita tidak akan mampu mengendalikan negara dengan baik. Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada pelancong negara jiran. Media massa juga menghebohkan perkara tersebut maka imej negara terjejas. Para pelabur dari luar negara juga akan ragu-ragu dan tidak berkeyakinan untuk melabur di negara kita kerana beranggapan negara kita tidak stabil disebabkan oleh masalah sosial tersebut. Oleh itu, ekonomi negara akan runtuh kerana tiadanya pusingan wang asing masuk ke dalam ekonomi negara kita. Menjejaskan masa depan Pergaulan bebas juga menjejaskan masa depan remaja. Masyarakat sukar menerima remaja sekiranya remaja tersebut insaf. Ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan. Lebih buruk lagi mereka disisihkan atau dibuang keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka yang menconteng arang di muka keluarga. Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh diri kerana tertekan dan tiada tempat bergantung. Implikasi seterusnya ialah peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah menyebabkan mereka takut untuk memikul tanggungjawab yang berat lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi. Tambahan pula, mereka juga berasa malu atas perbuatannya dan bimbang akan masa depan tercemar maka mereka memilih pembuangan bayi kerana mereka berfikiran bahawa jika mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, maka masalah mereka akan selesai. Kehamilan luar nikah terutamanya dalam usia remaja akan menyukarkan hidup remaja kerana mereka tiada sumber pendapatan tetap untuk menyara anak tersebut. Oleh itu, mereka memilih jalan singkat dengan menggugurkan kandungan mahupun membuang bayi di dalam lubang tandas, dalam tong sampah dan di dalam longkang. Penyebaran penyakit-penyakit yang membawa maut Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS.
  • 11. 11 Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Selain itu, orang yang mengamalkan seks bebas juga akan cenderung untuk mendapat penyakit seperti Hespes Genital, Siplis, Gonoroe, Klamidia, Hepititis B, Genital wrats dan kanser servis. Penyakit-penyakit tersebut sangat berbahaya kerana ia boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat mudah merebak dengan orang lain terutama sekali yang mengamalkan pergaulan bebas. Langkah mengatasi pergaulan bebas Diri sendiri Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa dan guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Peranan Ibu bapa Kita telah ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya, maka anak- anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti kekasih dan rakan sebaya. Rakan sebaya Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti berdisiplin dan cenderung melakukan perkara yang membawa kebaikan, secara automatik seseorang remaja tersebut akan menjadi positif.
  • 12. 12 Masyarakat Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masayarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat, mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain. Masyarakat perlulah menyemai semangat kejiranan yang tinggi dalam kehidupan bermasyarakat dan sentiasa mengambil berat. Contohnya: Pelajar-pelajar IPT yang menyewa di kawasan perumahan,masyarakat perlulah prihatin terhadap pelajar berada di sekeliling dan sentiasa mengambil berat terhadap mereka. Media Massa Media masa haruslah menghapuskan lambakan imej dan mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat. Dan menghentikan eksploitasi wanita dan tema seks dalam amalan pengiklanan dan hiburan. Media massa juga perlu mengurangkan paparan imej keganasan ditengah masyarakat. Seterusnya ialah meningkatkan dan menyebarluaskan pendidikan dan latihan khas tentang keselamatan peribadi dan menggerakkan usaha kerjasama tetangga dalam mencegah jenayah dan meniadakan lokasi-lokasi berisiko tinggi seperti sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga yang sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan prasarana sosial yang sesuai. Kesimpulan Kesimpulannya ,hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah Tuhan diabaikan sebaliknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas lebih banyak memberi keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya,usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dan sinergi dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang demikian,semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil inisiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.
  • 13. 13 Refleksi Setelah melaksanakan tugasan esei yang bertajuk pergaulan bebas, saya mendapati pergaulan bebas ataupun secara eksplisit, seks bebas merupakan satu gejala sosial yang semakin menular dan kini dibudayakan oleh rakyat di negara kita terutamanya di kalangan generasi muda yang bakal memimpin negara pada masa akan datang. Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat Durex iaitu syarikat pengeluar kondom terbesar di dunia, Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan budaya seks bebas. Pernyataan tersebut sangatlah memalukan kerana budaya pergaulan bebas amat bertentangan dengan budaya timur yang diamalkan di negara kita. Pergaulan bebas mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Namun, budaya itulah yang dibangga-banggakan oleh remaja di negara kita. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa budaya tersebut tidak seharusnya diamalkan di negara kita kerana negara kita merupakan negara Islam dan budaya pergaulan bebas menyebabkan imej negara tercalar di mata dunia. Apabila maruah Malaysia jatuh di mata dunia, maka kemerosotan ekonomi negara kita juga akan jatuh kerana para pelabur dari luar negara akan memandang rendah pemimpin dan rakyat negara kita yang dianggap tidak mampu menangani masalah sosial. Keruntuhan akhlak golongan muda juga akan berlaku jika budaya pergaulan bebas ini tidak dibendung. Oleh itu, misi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 akan gagal kerana bakal pemacu negara rosak akhlaknya kerana jika akhlak sendiri tidak dapat dijaga, bagaimanakah golongan muda di negara kita akan memimpin negara? Semua pihak terutamanya remaja di Malaysia seharusnya tahu keburukan- keburukan pergaulan bebas dan mereka haruslah menjauhkan diri daripada budaya tersebut untuk kebaikan diri sendiri dan untuk masa depan yang terjamin kerana budaya pergaulan bebas akan merosakkan hidup. Contohnya, apabila seseorang mengamalkan budaya pergaulan bebas, amat besar kemungkinan untuk individu tersebut dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya yang dijangkiti dari perbuatan seks bebas seperti penyakit AIDS dan HIV. Apabila individu tersebut dijangkiti penyakit AIDS atau HIV, hidupnya akan musnah kerana setakat ini, masih belum ada penawar bagi penyakit tersebut. Golongan muda juga seharusnya mematuhi ajaran agama dan mereka sepatutnya tidak alpa dan tidak mudah tenggelam dalam keseronokan kerana itulah yang menyebabkan mereka jatuh terjerumus dalam gejala pergaulan bebas. Mereka sepatutnya tidak mementingkan keseronokan dunia sahaja dan mereka haruslah sedar betapa berdosanya gejala tersebut. Mereka juga perlulah memikirkan mengenai akirat dan tidak memikirkan
  • 14. 14 mengenai kehidupan di dunia semata-mata. Pegangan agama dalam diri remaja haruslah dikukuhkan agar mereka menjauhkan diri daripada gejala tersebut. Sebagai seorang bakal guru, saya sedar bahawa saya harus menjauhkan diri daripada budaya pergaulan bebas kerana saya akan menjadi contoh atau ‘role model’ dan diteladani oleh para pelajar pada masa akan datang dengan menguatkan lagi pegangan agama saya dan sentiasa mengingatkan diri serta memikirkan mengenai keburukan yang bakal saya dapat jika melibatkan diri dalam gejala tersebut. Saya juga haruslah bersedia untuk mendidik anak murid agar tidak terjerumus dalam budaya tersebut dengan memenuhi ilmu moral dan agama yang kukuh di dada dan menjadi contoh yang baik kepada murid- murid nanti. Sebagai penutup refleksi saya, saya menyarankan kepada semua untuk menjauhkan diri daripada budaya terkutuk tersebut kerana kita lahir dalam negara Islam yang mengamalkan budaya ketimuran yang baik dan sopan. Kita seharusnya menjaga nilai budaya ketimuran tersebut dan tidak terpengaruh dengan budaya barat kerana budaya pergaulan bebas mendatangkan lebih keburukan kepada kita. Oleh itu, kita haruslah memikirkan dengan logik dan rasional keburukan budaya tersebut dan berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus dalam budaya tersebut demi kebaikan diri sendiri dan negara.
  • 15. 15
  • 16. 16
  • 17. 17
  • 18. 18
  • 19. 19
  • 20. 20
  • 21. 21
  • 22. 22
  • 23. 23
  • 24. 24
  • 25. 25
  • 26. 26
  • 27. 27 Bibliografi Paizah Haji Ismail. (1991). Undang-undang Jenayah Islam. Selangor: Dewan Pustaka Islam. J. Mark Halstead dan Michael J. Rein. (2003). Values In Sex Education From Principles to Practice. New York: Routledge Falmer. Mohd Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Universiti Putra Malaysia. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam. Utusan Publications Sdn.Bhd. Mariani bt. Md. Nor dan Hamidah bt. Sulaiman. (2005). Seks Bebas: Mengenal Pasti PuncaPelakuan dalam Roziah Omar dan Sivamurugan Pandian. Malaysia Isu-isu Sosial Semasa. Unit Penerbitan ISM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Zulkiffly Ahmad. (2006). Jenayah Seksual. Mostgain Resources Publications. Jaafar Salleh. (1996).Tingkatan-tingkatan nafsu dan kemuliaan martabat insan. Kuala Lumpur : Penerbit Era Ilmu Sdn Bhd. Mochamad Widjanarko. 1999. Seksualitas remaja. Indonesia. Universitas Gadja Mada. Ryu Kusnagi. (2012). Seks bebas di kalangan pelajar IPT. Dicapai pada 17 Mac 2014 daripada http://bisikansyahdubergema.blogspot.com/2012/07/seks-bebas-diklangan- pelajar-ipt.html Ali Hassan. (2011). Seks bebas dalam pandangan Islam. Dicapai pada 17 Mac 2014 daripada http://islamiwiki.blogspot.com/2013/09/seks-dalam-pandangan- islam.html#.UygQi4UuW_R Masmawi Abdullah. (2009). Ibu bapa mesti didik anak kesan buruk seks bebas. Dicapai pada 17 Mac 2014 daripada http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/06/ibu- bapa-mesti-didik-anak-kesan-buruk.html