Bengkel ini bertujuan melatih murid cara memegang pisau dan memotong bahan makanan dengan betul dan selamat. Guru mendemonstrasikan langkah-langkah tersebut kemudian murid berlatih di stesen bermain. Murid kemudiannya menyediakan sandwich sardin dengan bimbingan guru. Projek ini membantu murid membina kemahiran memasak asas.
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
CARA MEMOTONG
1. SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI RAWANG, 43950 SUNGAI PELEK, SEPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
_________________________________
LAPORAN PELAKSANAAN BENGKEL CARA
MEMEGANG PISAU DAN MEMOTONG
2018
2. LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : SHERLY JEWINLY
NO. KAD PENGENALAN : 950922-12-6662
PROGRAM : 8 PISMP RBT AMBILAN JUN 2014
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAWANG
NAMA PROJEK : BENGKEL CARA MEMEGANG PISAU DAN MEMOTONG
TEMPOH PELAKSANAAN : 1 MAC 2018
1.0 OBJEKTIF
1.1 Memperbaiki cara murid memegang pisau
1.2 Memperbaiki cara murid memotong bahan masakan
1.3 Mengingkatkan keyakinan murid dalam mengendalikan pisau
1.4 Memupuk rasa ingin berdikari dalam diri murid
3. Gambar1: Gambar1 menunjukkanguru sedang melakukandemonstrasimenyediakan
sandwich dengan menekankan cara memegang pisau dan memotong bahan dengan
betul.
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN
AKTIVITI 1
DEMONSTRASI MENYEDIAKAN SANDWICH KEPADA MURID
i. Bagi langkah pertama, guru telah memulakan bengkel dengan menjelaskan
terlebih dahulu mengenai sanitasi penyediaan makanan.
ii. Kemudian, guru telah menunjukkan langkah-langkah menyediakan
sandwich, cara memegang pisau yang betul dan cara-cara memotong
bahan-bahan masakan dengan cara yang betul.
4. AKTIVITI 2
MENGGUNAKAN ‘STESEN BERMAIN PLAYDOUGH’
i. Kemudian, guru menunjukkan kepada murid cara menggunakan Stesen
Bermain Playdough di mana papan kek terpakai, pisau kek terpakai dan
playdough yang dibentuk seperti sayuran telah disediakan.
ii. Setelah itu, guru mengarahkan murid untuk pergi ke Stesen Bermain
Playdough masing-masing dan berlatih cara memegang pisau dan
memotong seperti yang telah guru tunjukkan.
Gambar 2: Gambar 2 menunjukkan murid-murid sedang berlatih cara memegang
pisau dan memotong di Stesen Bermain Playdough.
5. AKTIVITI 3
PENYEDIAAN SANDWICH
i. Bagi langkah ketiga, murid-murid bersedia untuk menyediakan sandwich
sardin menggunakan bahan-bahan yang telah setiap ahli kumpulan
sediakan.
ii. Guru menekankan keselamatan ketika murid-murid mengendalikan pisau
sebenar.
iii. Setelah murid siap menyediakan sandwich mereka dan siap mengemaskan
tempat menyediakan sandwich, mereka mempersembahkan hasil kerja
mereka di hadapan kelas dan hasil kerja mereka dinilai oleh guru.
Gambar 3: Gambar 3 menunjukkan murid sedang memotong timun untuk diletakkan di
dalam sandwich.
6. AKTIVITI 4
MAKAN BERADAB
i. Pada langkah keempat, murid-murid menjamu sandwich yang telah mereka
sediakan dengan beradab.
ii. Murid-murid juga telah mempelawa beberapa orang guru untuk merasa
sandwich yang telah mereka sediakan.
Gambar 4: Gambar 4 menunjukkan salah satu hasil kerja murid.
7. 3.0 REFLEKSI
a) Kekuatan Projek
Projek ini memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari cara
memegang pisau dan memotong bahan masakan dengan betul. Setelah mereka
menguasai cara memegang pisau dan cara memotong dengan betul, mereka akan
mampu menyediakan makanan-makanan yang boleh disediakansendiri di rumah.
Alat bantu mengajar iaitu Stesen Bermain Playdough juga memberikan murid
peluang untuk belajar memegang pisau dan memotong bahan masakan dengan
selamat dan seronok.
b) Kelemahan Projek
Setelah menjalankan projek ini, saya mendapati terdapat kelemahan pada
projek yang dirancang. Salah satu daripadanya penggunaan masa yang lebih
daripada yang ditetapkan. Masa berlangsungnya bengkel ini telah terlebih 10 minit
berbanding daripada apa yang telah dirancang.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh saya lakukan. Salah satu
daripadanya ialah perancangan masa yang lebihs sesuai dengan aktiviti kerana
dalam rancangan pengajaran, saya hanya menetapkan 15 minit dalam langkah
penyediaan sandwich tetapi, murid telah mengambil masa 10 minit lebih untuk
menyediakan sandwich mereka. Oleh itu, pada bengkel seterusnya, saya harus
menyusun masa dengan betul agar perkara ini tidak terjadi lagi.
8. 5.0 KESIMPULAN
Setelah melaksanakan projek ini, saya berharap agar murid dapat menggunakan
kemahiran yang telah mereka pelajari untuk menjadi lebih berdikari dalam
kehidupan seharian mereka. Semoga murid-murid akan terus berlatih dan terus
mengaplikasikan kemahiran ini dalam kehidupan agar kemahiran yang telah
mereka dapat ini tidak akan dilupakan begitu sahaja.