Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

TING 1 Rbt bab 1

71,249 views

Published on

TING 1 Rbt bab 1

Published in: Education
  • DOWNLOAD THE BOOK INTO AVAILABLE FORMAT (New Update) ......................................................................................................................... ......................................................................................................................... Download Full PDF EBOOK here { https://urlzs.com/UABbn } ......................................................................................................................... Download Full EPUB Ebook here { https://urlzs.com/UABbn } ......................................................................................................................... Download Full doc Ebook here { https://urlzs.com/UABbn } ......................................................................................................................... Download PDF EBOOK here { https://urlzs.com/UABbn } ......................................................................................................................... Download EPUB Ebook here { https://urlzs.com/UABbn } ......................................................................................................................... Download doc Ebook here { https://urlzs.com/UABbn } ......................................................................................................................... ......................................................................................................................... ................................................................................................................................... eBook is an electronic version of a traditional print book THE can be read by using a personal computer or by using an eBook reader. (An eBook reader can be a software application for use on a computer such as Microsoft's free Reader application, or a book-sized computer THE is used solely as a reading device such as Nuvomedia's Rocket eBook.) Users can purchase an eBook on diskette or CD, but the most popular method of getting an eBook is to purchase a downloadable file of the eBook (or other reading material) from a Web site (such as Barnes and Noble) to be read from the user's computer or reading device. Generally, an eBook can be downloaded in five minutes or less ......................................................................................................................... .............. Browse by Genre Available eBOOK .............................................................................................................................. Art, Biography, Business, Chick Lit, Children's, Christian, Classics, Comics, Contemporary, CookBOOK, Manga, Memoir, Music, Mystery, Non Fiction, Paranormal, Philosophy, Poetry, Psychology, Religion, Romance, Science, Science Fiction, Self Help, Suspense, Spirituality, Sports, Thriller, Travel, Young Adult, Crime, EBOOK, Fantasy, Fiction, Graphic Novels, Historical Fiction, History, Horror, Humor And Comedy, ......................................................................................................................... ......................................................................................................................... .....BEST SELLER FOR EBOOK RECOMMEND............................................................. ......................................................................................................................... Blowout: Corrupted Democracy, Rogue State Russia, and the Richest, Most Destructive Industry on Earth,-- The Ride of a Lifetime: Lessons Learned from 15 Years as CEO of the Walt Disney Company,-- Call Sign Chaos: Learning to Lead,-- StrengthsFinder 2.0,-- Stillness Is the Key,-- She Said: Breaking the Sexual Harassment Story THE Helped Ignite a Movement,-- Atomic Habits: An Easy & Proven Way to Build Good Habits & Break Bad Ones,-- Everything Is Figureoutable,-- What It Takes: Lessons in the Pursuit of Excellence,-- Rich Dad Poor Dad: What the Rich Teach Their Kids About Money THE the Poor and Middle Class Do Not!,-- The Total Money Makeover: Classic Edition: A Proven Plan for Financial Fitness,-- Shut Up and Listen!: Hard Business Truths THE Will Help You Succeed, ......................................................................................................................... .........................................................................................................................
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Copas Url to Download PDF Format === http://freedaduada.qpoe.com/B01JTHPQ9Y-dioses-de-antara-dioses-y-guerreros-no-1.html
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Follow the link, new dating source: ♥♥♥ http://bit.ly/36cXjBY ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating for everyone is here: ♥♥♥ http://bit.ly/36cXjBY ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • thank you
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

TING 1 Rbt bab 1

  1. 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 1 Standard kandungan: 1.1 Dunia reka bentuk Standard pembelajaran: 1.1.1 Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi. 1.1.2 Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih. 1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk. 1.1.4 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas. 1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk 1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik 1.1.7 Membina objek asas Masa: 240 minit MODUL 1
  2. 2. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 2 NOTA RUJUKAN 1.1.1 MENTAKRIFKAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Takrif Reka Bentuk Reka bentuk merupakan satu bidang ilmu yang mengajar percambahan idea dalam proses penyusunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk dan memberi impak positif kepada manusia. Takrif teknologi Teknologi adalah pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematik bagi memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia menggunakan pelbagai sumber dan pengetahuan teknikal yang terus berkembang. Reka bentuk dan teknologi Reka bentuk dan teknologi adalah percambahan idea dalam proses penyusunan bahan yang dirancang dengan mengaplikasikan sains dan matematik bagi memudahkan kehidupan manusia.
  3. 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 3 Bidang reka bentuk
  4. 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 4 MENGENAL PASTI ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH Apakah elemen reka bentuk? Elemen reka bentuk ialah unsur-unsur yang digunakan untuk menzahirkan idea awal sesebuah rekaan secara lakaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan idea yang hendak digambarkan oleh pereka difahami. Terdapat 6 elemen reka bentuk iaitu: 1. Garisan (line) 2. Bentuk (Shape) 3. Tekstur (Texture) 4. Saiz (Size) 5. Warna (Colour) 6. Arah (Direction)
  5. 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 5 1. Garisan  Merupakan cantuman satu siri titik  Dihasilkan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan (gadget)  Garisan merupakan unsur terpenting dalam aktiviti melakar, melukis, menggambar dan menulis  Digunakan untuk menghasilkan jalinan struktur, pembentukan objek dan bayangan  Contoh jenis-jenis garisan :
  6. 6. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 6 2. Bentuk  Sesuatu yang mengisi ruang secara geometri, samada bentuk alami, bersendirian atau gabungan.  Memperlihatkan keseluruhan pandangan sesuatu objek agar lebih mudah difahami.  Boleh jadi dalam dua dimensi (2D) atau 3 dimensi (3D) Bentuk 2D Bentuk 3D • Leper • Menyerupai bentuk sebenar • Mempunyai satu permukaan sahaja • Mempunyai 3 permukaan • Mempunyai lebar dan panjang • Mempunyai lebar, panjang dan tinggi • tidak menggambarkan kedalaman/ketinggian • Menggambarkan kedalaman atau ketinggian • Menggambarkan keluasan • Menggambarkan keluasan dan isipadu Contoh bentuk 3D
  7. 7. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 7 3. Tekstur  Keadaan fizikal sesuatu permukaan.  Ia boleh dilihat dan dirasa melalui sentuhan.  Contoh tekstur ialah kasar, licin, lembut, keras, berkilat dan sebagainya.  Memberi identiti pada sesuatu objek.  Contoh-contoh gambar tekstur:
  8. 8. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 8 4. Saiz  Merujuk kepada ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu bentuk.  Saiz sesuatu lukisan objek dipengaruhi oleh jarak, biasan dan kedudukan. Contoh pelbagai saiz objek yang dipengaruhi oleh jarak dan kedudukan
  9. 9. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 9 5. Warna  Merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui deria penglihatan.  Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.  Terdapat 2 suhu warna iaitu: i) Warna panas - Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi - Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang penglihatan ii) Warna sejuk - Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah - Memberi kesan redup, tenang dan damai menyejukkan mata memandang
  10. 10. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 10 6. Arah  Arah menghasilkan mood dan suasana dalam suatu reka bentuk  Arah juga memberi ilusi pergerakan di dalam reka bentuk  Terdapat 3 jenis arah iaitu melintang, menegak dan menyerong  Arah melintang menghasilkan mood tenang dan stabil  Arah menegak pula memberi kesan keterujaan, keseimbangan dan kepekaan  Arah menyerong mewakili pergerakan atau tindakan
  11. 11. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 11 1.1.2 MENJELASKAN PRINSIP REKA BENTUK  Prinsip reka bentuk adalah konsep yang digunakan untuk menyusun maklumat.  Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.  Prinsip reka bentuk membantu menjadikan sesebuah lakaran idea menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat.  Berikut adalah prinsip-prinsip reka bentuk: 1. Keseimbangan (balance) 2. Berdekatan (proximity) 3. Ruang (space) 4. Kesejajaran 5. Kontras 6. Pengulangan 7. Pergerakan Prinsip Reka Bentuk Keseimbangan Pengulangan Kontras KesejajaranPergerakan Ruang Berdekatan
  12. 12. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 12 a. Keseimbangan (balance)  Keseimbangan dalam reka bentuk adalah sama dengan keseimbangan dalam konsep fizik.  Keseimbangan menekankan kesamaan berat, tarikan dan tumpuan pada satu objek berbentuk simetri. BALANCE Contoh produk menggunakan prinsip keseimbangan
  13. 13. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 13 b. Berdekatan (proximity)  Pertalian antara beberapa elemen reka bentuk bagi menyediakan titik pertemuan contohnya pergerakan gear, pergerakan sesondol dan pengikut.
  14. 14. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 14 c. Ruang (space)  Merujuk kepada seni yang mengambilkira sela antara struktur pada objek.  Ruang ini berada di sekeliling struktur dalam bentuk positif dan ruang negatif. sela sela Tanpa sela
  15. 15. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 15 d. Kesejajaran (alignment)  Prinsip kesejajaran memastikan setiap elemen yang berada dalam satu reka bentuk tidak diletakkan secara rawak atau tanpa tujuan.  Ini membolehkan sesebuah reka bentuk itu lebih mudah difahami.  Sesuatu struktur yang tersusun dalam urutan yang berkesinambungan secara selari sehingga membentuk objek baru.  Contoh:
  16. 16. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 16 e. Kontras  Kontras bermaksud perbezaan  Kontras boleh dicapai melalui banyak cara.  Antaranya ialah melalui : o penggunaan ruang (dekat dan jauh, ruang kosong dan ruang penuh) o pemilihan warna (gelap dan terang, warna sejuk dan warna panas) o pemilihan teks (jenis font, saiz font, bold, italic) o kedudukan elemen (atas dan bawah, terkumpul dan terpisah)
  17. 17. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 17 f. Pengulangan  Pengulangan ialah menggunakan elemen yang sama dan serupa secara berulang-ulang dalam sesebuah reka bentuk  Prinsip pengulangan menggambarkan penyatuan, konsisten dan kesepaduan di dalam reka bentuk
  18. 18. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 18 1.1.3 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas Prinsip reka bentuk adalah tunggak utama dalam penghasilan sebuah reka bentuk. Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk yang dihasilkan dengan menggunakan prinsip-prinsip reka bentuk iaitu: 1. keseimbangan (balance) 2. berdekatan (proximity) 3. ruang (space) 4. kesejajaran (alignment) 5. kontras (contras) 6. pengulangan (repetition) 7. pergerakan (movement). Murid perlu mahir dengan kesemua prinsip reka bentuk tersebut untuk membolehkan murid mengaplikasikannya ketika menghasilkan satu reka bentuk. Contohnya, murid hendak menghasilkan satu reka bentuk jam tangan, murid perlu mengambil kira prinsip reka bentuk yang ada pada produk tersebut.
  19. 19. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 19 1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk Elemen reka bentuk adalah perkara-perkara yang terlibat ketika menghasilkan sesebuah reka bentuk. Ia dapat dilihat dan dikenal pasti dengan mudah. Prinsip reka bentuk adalah peraturan, panduan, falsafah yang memandu penghasilan sesebuah projek. Untuk menghasilkan sebuah reka bentuk yang baik, kita mestilah mempertimbangkan setiap prinsip reka bentuk sebaik mungkin. Kesimpulannya, prinsip adalah peraturan yang mesti diikut ketika menghasilkan reka bentuk manakala elemen pula adalah perkara yang menolong kita melengkapkan peraturan tersebut untuk mendapatkan hasil terbaik. https://www.italki.com/question/92561 http://www.bayt.com/en/specialties/q/38505/what-is-the-difference-between-the-principles-of-design-amp- the-elements-of-design/ http://www.answers.com/Q/What_is_the_difference_between_design_elements_and_design_principles
  20. 20. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 20 1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik Reka bentuk yang baik bukan hanya kelihatan cantik. Ia mestilah boleh berfungsi, memenuhi tujuan ia direka dan membuatkan orang terpegun melihatnya. Sesebuah reka bentuk boleh jadi hasil inovasi atau hanya untuk menjalankan sesuatu kerja. Reka bentuk yang baik mestilah memenuhi kriteria berikut: 1. Inovasi Reka bentuk inovatif boleh jadi satu reka bentuk baru atau pengubahsuaian kepada reka bentuk sedia ada. Sebuah reka bentuk baru menambah nilai dan fungsi baru dalam pasaran kepada penguna. Manakala reka bentuk yang diubahsuai menambahbaik produk sedia ada. 2. Berfungsi Reka bentuk yang berfungsi memenuhi kehendak mengapa ia direka bentuk. Ia menyelesaikan masalah dan menjalankan fungsi yang telah ditetapkan. 3. Berguna Reka bentuk yang baik bukan hanya berfungsi dengan baik tetapi memenuhi beberapa kriteria lain seperti estetik dan memberi kesan psikologi kepada pengguna. 4. Estetik Reka bentuk yang estetik mampu membuatkan orang kagum padanya. 5. Intuitif Sebuah reka bentuk yang baik menerangkan fungsinya dengan mudah tanpa memerlukan manual.
  21. 21. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 21 6. Boleh dipasarkan Sebuah reka bentuk yang baik bukan sahaja boleh dipasarkan, tetapi ia mampu bersaing dengan reka bentuk yang lain dan menonjol dalam pasaran yang kompetitif. Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk yang mendatangkan keuntungan. 7. Keaslian (Original) Sebuah reka bentuk yang baik bersifat asli. Ia bersifat jujur dan hanya menjalankan fungsi yang ditetapkan. 8. Tahan lama Sebuah reka bentuk yang baik bersifat tahan lama dan bukanlah sekadar trend semata-mata. 9. Mesra pengguna Reka bentuk yang baik adalah mesra pengguna. Ia mudah difahami serta mudah digunakan dan ini memberikan kepuasan kepada pengguna. 10. Ringkas Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk yang ringkas. Ini bermakna produk yang direka bentuk berfokus kepada aspek- aspek penting sahaja, tanpa dibebani dengan perkara-perkara lain yang kurang penting. 11. Fokus Sebuah reka bentuk yang baik sangat efisien memenuhi tujuannya secara efektif. http://ui-patterns.com/blog/What-is-good-design
  22. 22. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 22 1.1.7 Membina objek asas Idea boleh dizahirkan dalam bentuk lukisan atau model. Model boleh diperolehi melalui prinsip dan elemen reka bentuk. Bentuk-bentuk asas (geometri) ini jika digabungkan boleh membentuk objek baru. Gabungan ini boleh dilakukan sama ada bentuk alami atau asas (geometri) yang sama atau berlawanan. Bentuk Asas (Geometri) Bulat Segi tiga sama Segi empat sama Heksagon Segi tiga tepat Segi empat tepat Donut Trapezoid Bujur Diamond Semi bulatan
  23. 23. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 23 Bentuk asas geometri adalah bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita tanpa melibatkan perubahan atau pengubahsuaian. Teknik-teknik pembinaan objek baru Terdapat empat jenis teknik pembinaan objek baru iaitu : 1) Pembenaman ( intersect ) 2) Pembuangan ( substract ) 3) Penyatuan ( union ) 4) Peleraian ( explode ) Pembenaman ( intersect ) Apabila sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain terbentuklah satu objek baru.
  24. 24. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 24 Pembuangan ( substract ) Objek asas boleh dibuang dengan pelbagai cara. Antaranya ialah melalui potongan lurus secara serong (chamfer) pada bahagian bucu objek asas, melalui pemotongan lengkung (fillet) pada bahagian bucu dan melalui penebukkan (drilling) pada bahagian permukaan. Penyatuan ( union) Objek-objek asas jika dicantumkan secara terus dengan objek asas yang lain pada mana-mana bahagian boleh membentuk satu objek baru.
  25. 25. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 25 Peleraian ( explode ) Sebahagian daripada bentuk objek asas dileraikan akan membentuk objek baru. Rumusan Objek-objek baru yang dihasilkan ini perlu mematuhi prinsip-prinsip reka bentuk seperti keseimbangan, kesejajaran, kontras, arah, ruang, berdekatan ( proximity )dan pengulangan. agar ia tidak menimbulkan masalah semasa objek itu hendak digunakan seperti tidak kukuh,tidak seimbang atau retak.
  26. 26. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 26 PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID 1. Murid telah memahami konsep asas reka bentuk dan teknologi. KEPERLUAN BAHAN 1. Contoh produk 2. Lembaran kerja 3. Kertas Mahjong 4. Pen Marker 5. Blue tack KEPERLUAN PERALATAN 1. LCD 2. Komputer AKTIVITI Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi. Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih. Menjelaskan prinsip reka bentuk. Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas. Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk. Meneroka kriteria reka bentuk yang baik. Membina objek asas. Set Induksi (10 minit) Guru menunjukkan contoh hasil reka bentuk (produk- kereta, madball, kerusi meja). Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan contoh tersebut, menggunakan paparan LCD. a) Apakah yang anda dapat nyatakan produk? b) Nyatakan reka bentuk produk ini?
  27. 27. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 27 c) Apakah fungsi produk tersebut? Rujuk Aktiviti 1 Langkah 1 (15 minit) 1. Guru menunjukkan pelbagai gambar reka bentuk produk dari pelbagai bidang melalui paparan LCD dan menampal gambar pada papan putih. 2. Guru meminta setiap murid menulis beberapa contoh bidang reka bentuk yang mereka ketahui dari paparan. 3. Murid diminta menulis di hadapan kelas. 4. Guru dan murid bersama-sama memilih contoh bidang reka bentuk yang betul. Rujuk Aktiviti 2 Lampiran 1 Langkah 2 (20 minit) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Guru meminta murid mencari elemen reka bentuk berdasarkan satu objek yang dipilih dalam bilik darjah. 3. Murid diminta untuk memaparkan hasil dapatan di hadapan kelas. 4. Guru membuat rumusan berdasarkan hasil yang didapati mengenai elemen reka bentuk. Rujuk Aktiviti 3 Langkah 3 (15 minit) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan keratan nota prinsip reka bentuk. 3. Guru memaparkan peta bulatan dan setiap kumpulan dikehendaki memadankan keratan nota pada peta bulatan 4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan prinsip reka bentuk.
  28. 28. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 28 Rujuk Aktiviti 4 Langkah 4 (35 minit) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Guru mengedarkan sehelai kertas dan minta murid mengaplikasi prinsip reka bentuk terhadap kertas yang diedarkan. 3. Murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengaplikasi prinsip reka bentuk. 4. Guru meminta murid menjelaskan prinsip reka bentuk berdasarkan hasilan yang didapati. Rujuk Aktiviti 5 Langkah 5 (15 minit) 1. Guru menguji pengetahuan sedia ada murid. 2. Murid diminta duduk dalam kumpulan kecil. Guru mengedar kertas majong kepada setiap kumpulan, 3. Guru meminta murid membuat peta buih berganda bagi menunjukkan perbezaan antara elemen reka bentuk dan prinsip reka bentuk. 4. Murid diminta membuat pembentangan di hadapan kelas. Rujuk Aktiviti 6 Lampiran 2 Langkah 6 (60 minit) 1. Guru menunjukkan beberapa gambar objek asas reka bentuk melalui paparan LCD. 2. Guru berbincang dengan murid bagaimana suatu objek perlu mengambil kira prinsip dan elemen reka bentuk. 3. Setiap murid dikehendaki memilih satu bentuk geometri berdasarkan bahan yang dibawa. 4. Murid dikehendaki menyediakan tiga objek asas yang
  29. 29. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 29 sama dalam bentuk 3D, berdasarkan bentuk geometri yang sama. 5. Murid melaksanakan proses mengukur, memotong dan mencantum kepingan objek. 6. Murid melakar reka bentuk geometri yang dihasilkan. Rujuk Aktiviti 7 Penutup (10 minit) Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran yang telah dipelajari. AKTIVITI 1 Menyatakan definisi reka bentuk dan teknologi Arahan: Murid diberi masa selama 10 minit Langkah 1: Murid ditunjukkan dengan 3 jenis produk Langkah 2: Setiap murid berpeluang menjawab soalan yang diberi oleh guru. Langkah 3: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran. Langkah 4: Langkah 5: Guru kemudian meminta murid dalam kumpulan mengenalpasti identiti reka bentuk berdasarkan produk yang ada di sekeliling mereka. Murid memberi rumusan takrif reka bentuk dan teknologi berdasarkan hasil perbincangan dengan bimbingan guru. AKTIVITI 2 Mengenal pasti bidang reka bentuk Arahan: Murid diberi masa selama 15 minit .
  30. 30. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 30 Langkah 1: Guru memaparkan pelbagai gambar reka bentuk melalui LCD, dan menampal di hadapan kelas, guru meminta murid menyatakan bidang reka bentuk dari paparan. Langkah 2: Setiap murid menulis satu contoh bidang reka bentuk yang mereka tahu dari paparan. Langkah 3: Murid dikehendaki menulis di ruangan yang disediakan oleh guru di hadapan kelas. Langkah 4: Guru bersama murid bersama membincangkan contoh bidang yang tepat. AKTIVITI 3 Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih. Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid diberi masa selama 20 minit . Langkah 1: Langkah 2: Murid diminta memerhati produk yang ada di dalam kelas Murid diminta mencatat segala bentuk pemerhatian terhadap reka bentuk produk tersebut di dalam keratan kertas yang diedarkan. (dalam kumpulan) Langkah 3: Langkah 4: Murid juga diminta menyatakan elemen reka bentuk berdasarkan hasil didapati. Guru membuat berdasarkan hasil yang didapati mengenai elemen reka bentuk AKTIVITI 4 Menjelaskan prinsip reka bentuk
  31. 31. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 31 Kerja Berkumpulan Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid diberi masa selama 15 minit . Langkah 1: Setiap kumpulan diberikan keratan nota prinsip reka bentuk. Langkah 2: Langkah 3: Guru memaparkan peta bulatan dan setiap kumpulan dikehendaki memadankan keratan nota pada peta bulatan Murid juga diminta menjelaskan prinsip berdasarkan produk yang ditunjukkan oleh guru. AKTIVITI 5 Mengaplikasikan prinsip reka bentuk Kerja Berkumpulan Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid diberi masa selama 20 minit . Langkah 1: Guru mengedarkan sehelai kertas majong pada setiap kumpulan, dan minta murid berbincang untuk mengaplikasikan prinsip reka bentuk pada kertas yang diedarkan. Langkah 2: Langkah 3: Murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengaplikasikan prinsip reka bentuk dalam hasilan mereka. Murid dikehendaki menjelaskan prinsip reka bentuk berdasarkan hasilan didapati.
  32. 32. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 32 AKTIVITI 6 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk. Kerja Berkumpulan Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid diberi masa selama 20 minit . Langkah 1: Guru mengedarkan sehelai kertas majong pada setiap kumpulan. Langkah 2: Langkah 3: Guru minta murid menyediakan peta buih berganda bagi menunjukkan perbezaan antara prinsip dan elemen reka bentuk. Murid dikehendaki membuat pembentangan dari hasilan yang didapati.. AKTIVITI 7 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik. Membina objek asas. Kerja Berkumpulan
  33. 33. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 33 Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid diberi masa selama 60 minit . Langkah 1: Guru menunjukkan beberapagambar projek asas reka bentuk melalui paparan LCD. Langkah 2 Guru berbincang dengan murid bagaimana suatu objek perlu mengambil kira prinsip dan elemen reka bentuk Langkah 3 Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu bentuk geometri berdasarkan bahan yang di bawa Langkah 4 Murid dikehendaki menyediakan tiga objek asas yang sama dalam bentuk 3D berdasarkan bentuk geometri yang sama. Langkah 5 Murid melaksanakan proses mengukur, memotong dan mencantum objek. Langkah 6 Guru membuat rumusan dari hasilan yang didapati PENILAIAN 1
  34. 34. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 34 Berdasarkan gambar di bawah nayatakan apa yang anda faham tentang reka bentuk dan teknologi? a. Reka bentuk: b. Teknologi: PENILAIAN 2 Berdasarkan gambar di bawah nyatakan prinsip dan elemen reka bentuk yang dapat anda kaitkan.
  35. 35. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 35 a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ c. _____________________________________________________________ PENILAIAN 3 Menjelaskan kepentingan reka bentuk Kerja Berkumpulan Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  36. 36. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 36 1. Setiap kumpulan diberikan satu produk maujud yang berbeza. 2. Setiap kumpulan diminta mengenalpasti prinsip reka bentuk, teknologi yang digunakan dan bidang yang reka bentuk yang menghasilkan produk tersebut. 3. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk buku skrap atau risalah. 4. Kumpulan diberi tempoh satu minggu untuk penyerahan pelaporan LAPORAN PENCAPAIAN MURID Nama Murid: Tingkatan: Modul: Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi Standard Kandungan: 1.1 Asas reka bentuk dan teknologi
  37. 37. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 37 Standard Pembelajaran: 1.1.1 Menyatakan definisi reka bentuk. 1.1.2 Menyatakan definisi teknologi 1.1.3 Menyenaraikan bidang reka bentuk 1.1.4 Menerangkan peranan perekabentuk 1.1.5 Menyatakan prinsip reka bentuk Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan Ya Tidak 1 Murid boleh menjelaskan konsep reka bentuk dan teknologi 2 Murid boleh menerangkan bidang reka bentuk 3 Murid boleh peranan perekabentuk dan prinsip reka bentuk 4 Murid dapat membuat laporan berdasarkan produk maujud yang diberikan 5 Murid dapat menyenaraikan sumber maklumat produk KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI) TARIKH
  38. 38. Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2015 38 Rujukan: 1. Modul reka bentuk (perekabentuk). MRM 2. What is Technology?, Powtoon :http/www.youtube watch 3. Space and engineering http://www.businessdictionary.com/definition/technology.html 4. Apa dia teknologi. http://hasnitalihasan.weebly.com/uploads/1/6/4/5/16459508/nota_teknolo gi_pendidikan.pdf 5. http://kuncen.cmi.web.id/pengetahuan-umum/85-apa-itu-teknologi- 6. http://sharinahcheamdan.blogspot.com/2013/03/prinsip-reka- bentuk.html 7. http://cikguawa.blogspot.com/2012/12/prinsip-seni-reka.html 8. http://library.perdana.org.my/PREVIEW/A4/1004909_PRE.pdf 9. http://szakiahidris.blogspot.com/2013/05/prinsip-reka-bentuk.html 10. http://sukatanproduksimultimedia.blogspot.com/2013/05/prinsip-reka- bentuk-setiap-orang.html

×