Successfully reported this slideshow.
DEFINISI MAHAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN AMALANNYA DIMALAYSIADi dalam islam, pengantin lelaki diwajibkan memberi maska...
Mahar dapat berupa materi maupun non materi. Mahar berupa materi dapat berbentuk wang,barang, harta ataupun lainnya. Mahar...
(Nilai dan butir-butir lain maskahwin)(Nilai dan butir-butir lain pemberian)Nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian ma...
Di selangor, terengganu, pulau pinang, melaka, negeri sembilan, perlis dan perakdiperuntukan maskahwin hendaklah dibayar o...
Di dalam adat melayu kadar maskahwin adalah ditetapkan. Biasanya bergantung kepadastatus atau kedudukan atau kedudukan bap...
maharnya kepada mereka (dengan sempurna) “(Q.S. al-Nisa : 24)Begitu juga dalam ayat selanjutnya : "Kawinilah mereka dengan...
Atau boleh saja kemudian pihak isteri membebaskan hutang tersebut. Sebab hutang itu hakisteri. Terserat pada phak isteri, ...
SYARAT MAHARHendaklah mahar yang diberikan kepada pihak isteri itu merupakan sesuatu benda yang bolehdijual beli atau sesu...
selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, makayang demikian itu adalah dari kerela...
persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmuagama, senaskah kitab al-Quran, sej...
menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,       keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kec...
melakukan persetubuhan, suami mesti membayar semua mahar yang dijanjikan. Situasi keduaialah apabila suami telah menetapka...
Dalam kes ini, isteri yang telah dicerai telah menuntut pembayaran maskahwin sebanyakRM600 yang belum dibayar oleh bekas s...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Mahar microsoft word-joshua

2,015 views

Published on

  • Be the first to comment

Mahar microsoft word-joshua

  1. 1. DEFINISI MAHAR MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN AMALANNYA DIMALAYSIADi dalam islam, pengantin lelaki diwajibkan memberi maskahwin kepada pengantinperempuan. Amalan ini telah termaktub dalam al-quran dan sunnah rasulullah saw. Telahdinyatakan di dalam al-quran bahawa mahar merupakan hadiah yang harus disampaikan olehseorang suami kepada isterinya sebagai lambang penghormatan dan penghargaan kepadaisteri.Firman allah : “berilah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikah) sebagaipemberian yang penuh rela. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagiandaripada maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu(sebagai makanan) yang sedaya lagi baik.” Ayat 4 surah al-nisa.Mas kahwin boleh dibayar secara tunai atau secara berhutang. Berhutang boleh dibayarsecara kesemuanya atau sebahagian daripadanya. Jika berhutang, maka masa penangguhanitu tidak boleh ditentukan pembayarannya dengan sesuatu keadaan atau kejadian yang tidakdiketahui berlaku seperti mati atau bercerai. Kiranya syarat-syarat tersebut dibuat di dalamakad nikah, maka nikah itu adalah sah dan suami mestilah membayar maskahwin secaratunai.Termasuk keutamaan agama islam di dalam melindungi dan memuliakan kaum wanita adalahdengan memberikan hak yang dipintanya berupa mahar kawin. Alloh f berfirman :“Berikanlah mahar (mas kawin) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberiandengan penuh kerelaan” (QS. An-Nisaa : 4)Sesungguhnya tidak ada batasan minimum ataupun maksimum untuk jumlah mahar. Namunsebaik-baik mahar adalah yang ringan dan tidak memberatkan sebagaimana sabda Nabi Saw :“Wanita yang paling agung barakahnya, adalah yang paling ringan maharnya” (HR.Ahmad, Al Hakim dan Al Baihaqi)Islam membenci mahar yang berlebihan, dan perkara ini termasuk perkara jahiliyah yangakan membawa keburukan bagi kehidupan manusia.
  2. 2. Mahar dapat berupa materi maupun non materi. Mahar berupa materi dapat berbentuk wang,barang, harta ataupun lainnya. Mahar berupa non materi dapat berupa jasa, semisalmengajarkan isteri membaca al-Qur‟an, mengajarkan Islam, menghafal al-Qur‟an atau yangsemisalnya. Sebagaimana riwayat dari Anas, dia berkata : “Abu Thalhah menikahi UmmuSulaim dengan mahar berupa keislaman-nya” (Riwayat An-Nasa‟i)Mahar boleh diberikan secara langsung (tunai) atau dengan menunda sebagian atauseluruhnya. Menyebutkan mahar pada saat ijab qobul adalah sunnah tidak wajib, namunmenyebutkannya lebih utama.(Mahar Para Sahabat Dan Selainnya)Sayyidina Umar Radhiallahu „anhu mengahwini Ummu Kalthum binti „Ali Radhiallahu„anhu dengan mahar empat puluh ribu dirham. Thalhah bin „Ubaidullah mengahwini anakperempuan Abu Bakar Radhiallahu „anhu dengan mahar seratus ribu dirham. SementaraMush„ab menikahi Sakinah binti Husain Radhiallahu „anhuma dengan mahar sejuta dirham.(al-Majmuk: 18/8-9)Abdul Rahman bin „Auf bernikah pada zaman Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallamdengan mahar emas seberat biji buah kurma iaitu tiga dan sepertiga dirham. Manakala Sa„idbin al-Musayyab menikahkan anak perempuannya dengan mahar dua dirham. (Ahkam az-Ziwaj: 77)Sementara Khalifah al-Ma‟mun daripada Bani „Abbas, menikahi puteri Bauran iaitu anakkepada Perdana Wazir Khalifah al-Ma‟mun yang bernama Fadhl bin Sahl dengan maharberatus-ratus talam emas yang dipenuhi dengan wang emas (dinar). Dihiasi dengan lilin-lilinyang dibakar dengan minyak „Anbar yang harum semerbak serta dicampur dengan kesturiyang digiling halus. Sehinggalah tercatat dalam sejarah bahawa majlis pernikahan itu sangatmewah serta mahar yang paling mahal bersesuaian dengan kekayaan Khalifah al-Ma‟mun.(Tafsir al-Azhar: 2/1097)Di negeri kedah, kelantan, dan wilayah persekutuan, diperuntukan maskahwin hendaklahbiasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya dihadapan orang yang mengakad perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksilain. Pendaftar pada tiap-tiap perkahwinan yang didaftarnya hendaklah menentukan danmerekodkan :
  3. 3. (Nilai dan butir-butir lain maskahwin)(Nilai dan butir-butir lain pemberian)Nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanyayang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akad nikah itu, dan tarikh yangdijanjikan itu untuk penjelasanButir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberianDi johor, diperuntukan maskahwin atau belanja dan hantaran atau kedua-duanya sekalibolehlah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atau wakilnya dengan tunai atauberhutang samada dengan cagaran atau jaminan atau tidak dan hendaklah diperbuat dihadapan jurunikah dan dua orang saksi. Pendaftar pada tiap-tiap pernikahan yang hendakdidaftarkan olehnya menentukan dan merekodkan :(Jumlah maskahwin)(Jumlah pemberian)Jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telahdijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahanButir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian.Di pahang, maskahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atauwakilnya dengan tunai atau berhutang di hadapan jurunikah dan dua orang saksi. Pendaftarpada tiap-tiap pernikahan yang hendak didaftarkan olehnya menentukan dan merekodkan :Jumlah maskahwin yang dibayar secara tunai.Jumlah pemberian yang telah diberi sebelum iniJumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telahdijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahan.
  4. 4. Di selangor, terengganu, pulau pinang, melaka, negeri sembilan, perlis dan perakdiperuntukan maskahwin hendaklah dibayar oleh suami atau wakilnya kepada isteri atauwakilnya semasa pernikahan dan di hadapan dua orang saksi. Pendaftar hendaklah pada tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentukan dan merekodkan :(Jumlah maskahwin)Jumlah pemberian (atau belanja di pahang, negeri sembilan dan melaka, jumlah hantaran atauapa-apa bahagian dari apa-apa pemberian).Jumlah apa-apa bahagian maskahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telahdijanjikan tetapi tidak dijelaskan semasa pernikahanButir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan maskahwin atau pemberian.Di negeri-negeri melayu di samping maskahwin terdapat satu bentuk bayaran yang lain yangdisebut pemberian. Dari penelitian yang dibuat didapati bahawa maskahwin merupakan satubentuk pemberian yang wajib, manakala pemberian boleh diertikan sebagai satu hadiah yangdiberi secara sukarela.Di selangor pemberian diertikan sebagai pemberian yang dihadiahkan oleh suami kepadaisterinya pada masa perkahwinannya baik berupa wang tunai atau sesuatu benda.Di perak pemberian ialah wang atau benda-benda yang diberi oleh suami kepada isteri atauisteri kepada suami.Di negeri sembilan, melaka dan pulau pinang pemberian ialah sebarang pemberian kerananikah selain daripada wang tunai yang diberi oleh suami kepada isteri ketika menikah. Dimelaka dan negeri sembilan terdapat satu bentuk pemberian yang lain yang desebut sebagaihantaran yang dimaksudkan dengan bayaran yang wajib dibayar mengikut adat seorangsuami kepada isterinya pada masa perkahwinan diadakan dengan pembayaran yang tunai.Di sabah dan sarawak maskahwin disebut sebagai berian. Kadar minima maskahwin di sabahadalah diantara rm 50 ke rm 200 bagi perempuan yang belum berkahwin dan rm 40 hingganrm 600 bagi perempuan yang telah berkahwin. Kadar maskahwin ini ditetapkan oleh undang-undang.
  5. 5. Di dalam adat melayu kadar maskahwin adalah ditetapkan. Biasanya bergantung kepadastatus atau kedudukan atau kedudukan bapa kepada pengantin perempuan itu. Misalnya diselangor ditetapkan maskahwin bagi puteri sultan rm 2500, puteri raja muda rm 2000, puterikerabat yang bergelar rm 1000, puteri anak raja lain rm 300, cucu orang besar rm 200, danperempuan biasa rm 80. Di perak kadar maskahwin juga berbeza mengikut status ataukedudukan bapa pengantin perempuan. Rm 50 bagi anak orang biasa dan rm 1000 bagi anak-anak raja(sultan). Di dalam daerah naning dan alor gajah di melaka yang menganut adatpepateh maskahwinnya rm 60 kepada perempuan yang belum berkahwin dan rm 40 bagiperempuan yang telah berkahwin.HUKUM MAHARSeorang suami diwajibkan memberi mahar kepada isterinya walaupun mahar itu bukan salahsatu daripada syarat sah atau rukun nikah. Jika tidak disebutkan mahar di dalam akad nikahatau ada perselisihan di dalamnya, maka pernikahan tersebut tetap sah. Ini membuktikanbahawa ada perbezaan di antara pernikahan dan jual beli. Jual beli itu tidak sah melainkan didalamnya akad harga yang diketahui. Manakala nikah pula, ianya sah tanpa disebutkan maharitu di dalam akad.Kewajipan mahar itu telah disebutkan dalam al-Qur‟an, di antaranya firman Allah Subhanahuwa Ta„ala yang tafsirnya :"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagaipemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepadakamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal)itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."(Surah an-Nisa‟: 4)Menurut al-Qurthubi bahawa ayat di atas ditujukan kepada pihak suami. Ini menunjukkanbahawa Allah Subhanahu wa Ta„ala memerintahkan supaya pihak suami bertabarru„ denganmemberikan mahar kepada isteri-isteri mereka. (al-Jami„ Liahkam al-Qur‟an: 3/1330)Berdasarkan dalil al-Quran dan hadits diantaranya firman Allah yang berbunyi :"Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (setubuhi) diantara mereka, berikanlah
  6. 6. maharnya kepada mereka (dengan sempurna) “(Q.S. al-Nisa : 24)Begitu juga dalam ayat selanjutnya : "Kawinilah mereka dengan seijin keluarga mereka danberikanlah mas kawin mereka sesuai dengan kadar yang pas" (Q.S. al-Nisa: 25)Adapun mengenai batas-batasnya (maksimal atau minimal), mahar tidak mempunyai batasan.Suami boleh memberikan mas kawin kepada isterinya berapapun jumlahnya sesuai dengankemampuan suami.Pernah suatu kali Sahabat Umar bin Khattab ra. Ketika menjabat sebagai khalifah membatasimas kawin tidak boleh lebih dari 400 dirham, tindakan ini ditentang oleh seorang wanita yangmengatakan bahwa Allah telah berfirman :"Dan jika kamu ingin menggantikan isterimu dengan isteri yang lain (karena perceraian),sedang kamu telah memberikan kepada seseorang diantara mereka harta yang banyak(qinthaar), maka janganlah kamu mengambil kembali darinya barang sedikitpun". (Q.S. al-Nisa : 20) Kalimat "qinthaar" dalam ayat ini bermakna : jumlah yang banyak tanpa batas.Maka ketika itu Umar mengakui kekhilafannya atau kesalahannya seraya berkata: "Wanita itubenar, Umarlah yang salah".Tetapi walaupun demikian, agama tetap menganjurkan untuk mempermudah hal-hal yangberhubungan dengan mas kawin seperti yang tertera dalam sabda Rasulullah:"Sesungguhnya wanita yang paling banyak berkahnya adalah wanita yang palingsedikit/murah mas kawinnya."(Hukum Mahar Yang Masih Hutang)(Fiqih Pernikahan)Jangka waktu pembayaran hutang mahar tidak punya masa yang baku. Semua bergantungpada kesepakatan antara suami dan isteri. Bisa saja setahun, lima tahun, sepuluh tahunbahkan sepanjang hayat hingga wafat. Maka hutang itu menjadi tanggungan ahli warisnya.
  7. 7. Atau boleh saja kemudian pihak isteri membebaskan hutang tersebut. Sebab hutang itu hakisteri. Terserat pada phak isteri, apakah dia tetap menuntut haknya ataukah melepaskannya.Bila dilepaskan haknya, maka mahar itu pun tidak perlu ditunaikan. Sebab yang berhak sudahmerelakannya.Sebab pada prinsipnya, masalah mahar ini memang sangat tergantung pada isteri sebagaipihak yang berhak menerima. Kalau dia rela, maka nilai berapapun bisa dijadikan mahar.Termasuk bila mahar itu hanya berupa sepasang sendal atau benda-benda lain.Dari Amir bin Robi`ah bahwa seorang wanita dari bani Fazarah menikah dengan mas kawinsepasang sendal. Lalu Rasulullah SAW bertanya, Relakah kau dinikahi jiwa dan hartamudengan sepasang sendal ini? Ia menjawab, Rela. Maka Rasulullahpun membolehkannya.Dari Sahal bin Sa`ad bahwa nabi SAW didatangi seorang wanita yang berkata, Ya Rasulullahkuserahkan diriku untukmu , Wanita itu berdiri lama lalu berdirilah seorang laki-laki yangberkata, Ya Rasulullah kawinkan dengan aku saja jika kamu tidak ingin menikahinya.Rasulullah berkata, Punyakah kamu sesuatu untuk dijadikan mahar? Dia berkata, Tidak,kecuali hanya sarungku ini Nabi menjawab, Bila kau berikan sarungmu itu maka kau tidakakan punya sarung lagi, carilah sesuatu. Dia berkata, Aku tidak mendapatkan sesuatupun.Rasulullah berkata, Carilah walau cincin dari besi. Dia mencarinya lagi dan tidak jugamendapatkan apa-apa. Lalu Nabi berkata lagi, Apakah kamu menghafal qur`an? Diamenjawab, Ya surat ini dan itu sambil menyebutkan surat yang dihafalnya. Berkatalah Nabi,Aku telah menikahkan kalian berdua dengan mahar hafalan Quranmu. .Dari Anas bahwa Aba Thalhah meminang Ummu Sulaim lalu Ummu Sulaim berkata, DemiAllah, lelaki sepertimu tidak mungkin ditolak lamarannya, sayangnya kamu kafir sedangkansaya muslimah. Tidak halal bagiku untuk menikah denganmu. Tapi kalau kamu masuk Islam,ke-Islamanmu bisa menjadi mahar untukku. Aku tidak akan menuntut lainnya. Maka jadilahke-Islaman Abu Thalhah sebagai mahar dalam pernikahannya itu. .Dari Aisyah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, Nikah yang paling besar barokahnya ituadalah yang murah maharnya.
  8. 8. SYARAT MAHARHendaklah mahar yang diberikan kepada pihak isteri itu merupakan sesuatu benda yang bolehdijual beli atau sesuatu yang ada harga atau boleh sewa sama ada yang nampak (ada di tanganseseorang) atau hutang yang dalam tanggungan. Mahar itu juga boleh diberi secara tunai,bertangguh atau dibayar secara beransur-ansur. Untuk jelasnya dhuraikan syarat-syaratmahar:1. Hendaklah mahar itu terdiri daripada sesuatu yang suci dan bukan sesuatu yang haram.Oleh yang demikian tidak sah sekiranya arak, bangkai, babi atau sesuatu yang najis dijadikanmahar.2. Hendaklah mahar itu dalam milik atau kuasa suami. Tidak sah sekiranya barang curian,rampasan atau barang yang memang tidak dimilikinya seperti disebutkan mahar di dalamakad sebanyak seribu ringgit akan tetapi dia tidak memilikinya. Begitu juga sekiranya diamenjadikan sesuatu yang bermanfaat sebagai mahar tetapi tidak dimilikinya, seperti diamenjadikan khidmat seorang hamba sebagai mahar akan tetapi dia tidak memiliki hamba itu.3. Hendaklah mahar itu bersih daripada sebarang penipuan, seperti sesuatu yang tidak adaatau tidak diketahui sama ada pada jenis, jumlah atau sifatnya. Sebagai contoh, menjadikanrumah atau binatang ternak atau sebagainya yang tidak ditentukan yang mana satu untukdijadikan mahar.Demikian juga tidak sah dijadikan mahar sesuatu yang belum sempurna miliknya, sepertibarang belian yang belum diterima (qabadh) atau sesuatu yang tidak mampu untukdiserahkan, seperti burung yang terbang di udara atau binatang liar di dalam hutan atau ikandi lautan.4. Hendaklah mahar itu mempunyai nilai dan manfaat. Seperti memberi khidmat kepadapihak isteri. Sebagai contoh, memelihara kambing si isteri dengan masa yang tertentu ataumenjahit pakaiannya atau mengajar al-Qur‟an atau mengajar sya„ir yang dibolehkan olehsyara„ atau mengajar menulis atau bertukang dan sebagainya daripada sesuatu yangbermanfaat dan dibolehkan oleh syara„. Firman Allah Subhanahu wa Ta„ala tentang hikayatSyu„aib bersama Musa „alaihimassalam yang tafsirnya :"Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salahseorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku
  9. 9. selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, makayang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuanhendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku insya Allah, dari orang-orang yang baiklayanannya."(Surah al-Qashash: 27)KADAR MAHARMas kahwin adalah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yangbakal menjadi isterinya. Dan dengan itu, adanya pelbagai kadar mahar ataupun mas kahwin.Contohnya, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Kushrin Munawi menyatakan mas kahwin diSelangor dinaikkan kepada Rm300.00. Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2010. Sejak 1968.Kadar mas kahwin ialah RM80.00 untuk anak dara dan RM40.00 untuk janda.Nilai wanghantaran perlu sekufu dengan status quo seseorang wanita yang akan dikahwini. Akhir-akhirini di Malaysia, masyarakat seolah-olah berlumba-lumba untuk meletakkan nilai wanghantaran yang tinggi, ada yang letak RM10,000 hingga mencecah kepada RM80,000.Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Kadarmaskahwin di Johor RM 22.50, Melaka RM40.00, Perak RM101.00, Pulau Pinang RM24.00,Pahang RM22.50, Sarawak RM120.00, dan Labuan RM80.00 yang mana tidak dibezakansamada dara atau janda. Manakala di Selangor dan Kuala Lumpur RM 80.00 bagi daramanakala janda RM 40.00, Negeri Sembilan RM24.00 bagi anak dara dan RM12.00 bagijanda, Sabah RM 100.00 bagi dara dan RM 80.00 bagi janda, dan di Kedah, Perlis,Terengganu dan Kelantan jumlah maskahwin tidak ditetapkan oleh pemerintah.Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4: ” Berikanlah kepada orang-orangperempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. Dalam hadith riwayat Bukhariyang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yangdiperbuat daripada besi .”Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masihkecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Maharboleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan
  10. 10. persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmuagama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang.Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan ataupersetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajibmembayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang maharwajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapibelum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri memintafasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajibmembayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahartersebut.Hukum Syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi sampai ke tahap yangboleh menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Dalamhadith riwayat Abu Daud yang bermaksud: ” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah” Dan sabda Rasulullah s.a.w. Dalam hadith riwayat Ahmad yang bermaksud “Sesungguhnyayang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya.”JENIS MAHARSecara amnya, terdapat 2 jenis mahar: 1. Mahar misil (mahar yang sepadan): Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat. Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam
  11. 11. menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas 2. Mahar muthamma: Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama‟ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :- 1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri. 2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.ISU-ISU BERKAITAN MAHARPelbagai isu tentang mas kahwin akan muncul apabila berlaku penceraian, salah satu pihakmurtad atau meninggal dunia.Penyelesaiannya pula bergantung kepada sama adapersetubuhan telah berlaku dan sama kadar mas kahwin telah ditetapkan. Isu-isu berkaitanmas kahwin boleh dibahagikan kepada empat kategori.Kategori pertama adalah apabila semua mas kahwin digugurkan. Situasi ini berlaku apabilaisteri murtad sebelum berlaku persetubuhan dan apabila suami menceraikan isteri sebelumpersetubuhan dan kadar mas kahwin belum ditetapkan.Kategori kedua pula adalah di mana hanya separuh mas kahwin digugurkan. Situasi iniberlaku apabila suami murtad sebelum berlaku persetubuhan,apabila suami menceraikanisteri selepas persetubuhan dan apabila suami menceraikan isteri sebelum persetubuhandimana kadar mas kahwin telah ditetapkan.Kategori ketiga merupakan situasi di mana suami wajib membayar semua mas kahwin.Biasanya berlaku apabila penceraian berlaku selepas persetubuhan. Contoh kes ialah Salmalawan Mat Akhir. Isteri yang telah diceraikan menuntut bayaran mahar sebanyak RM600yang belum dijelaskan oleh suaminya kerana apabila suami menceraikan isteri selepas
  12. 12. melakukan persetubuhan, suami mesti membayar semua mahar yang dijanjikan. Situasi keduaialah apabila suami telah menetapkan bahawa mas kahwin akan dibayar sebelumpersetubuhan, isteri berhak menghalang suami daripada menyetubuhinya sehingga suamimembayar mas kahwin.Kategori keempat berhubung dengan isu mahar sekiranya suami atau isteri meninggal duniasebelum persetubuhan. Terdapat dua penyelesaian iaitu jika suami yang mati sebelumpersetubuhan, warisnya wajib membayar mas kahwin sepenuhnya kepada janda tersebutmanakala jika isteri yang mati sebelum persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris keluarga isteri.(Kes-kes berkaitan)Mas Kahwin dibezakan dengan Hantaran Kahwin- Maskahwin hendaklah diberikan dan dibayar dengan wang, kecuali dipersetujui oleh isteribahawa barang-barang hantaran diberi sebagai mas kahwin.Kes : Janat lwn Sheikh khuda Baksh (1911) 2 FMSLR 61Dalam kes ini, telah diputuskan bahawa maskahwin hendaklah dibayar dengan wang.Barang-barang yang diberi tidak boleh dianggap sebagai sebahagian maskahwin kecualidapat dibuktikan oleh suami terdapat persetujuan oleh isteri terlebih dahulu.Tunggakan Maskahwin mesti dijelaskan oleh pihak suami setelah bercerai.Kes : Rosnah lwn Ibrahim (1979) 1 JH (2) 94Dalam kes ini, isteri telah diceraikan dan menuntut maskahwinnya RM58 dan bakiperbelanjaaan kahwin sebanyak RM300. Kadi memutuskan bahawa maskahwin RM58 telahdijelaskan dan pihak suami dikehendaki membayar baki perbelanjaan kahwin sebanyakRM300.Kes : Shaari lwn Teh (1966) 3 JH 108Dalam kes ini, pengadu telah menuntut supaya mahkamah memerintahkan supaya isterinyapulang dan tinggal serta berkesedudukan dengannya. Isterinya akan balik namun dengansyarat dia dibayar nafkah selama 18 bulan serta tunggakan maskahwin sebanyak RM300.Kes : Salma lwn Mat Akhir (1983) 5 JH 161
  13. 13. Dalam kes ini, isteri yang telah dicerai telah menuntut pembayaran maskahwin sebanyakRM600 yang belum dibayar oleh bekas suami. Bekas suami telah mendakwa bahawa tuntutanitu telah ditinggalkan oleh isterinya dan bersetuju suaminya tidak perlu membayarmaskahwin tersebut. Namun, isteri tersebut menafikan tuntutan tersebut. Bekas suamimemanggil 2 orang saksi namum keterangan mereka ditolak atas sebab mereka tidak melihatorang yang bercakap itu. Mahkamah telah memberikan penghakiman kepada pihak menuntut,iaitu isterinya dan menghukium pihak kena tuntut supaya membayar baki RM600 maskahwinyang tertunggak.Kes : Ziti Zamnah lwn Maliki (1986) 6 JH 130Dalam kes ini, pihak menuntut telah membuat tuntutan harta maskahwin dan pemberian dribekas suaminya. Bekas suaminya dalam pembelaannya telah mengatakan bahawa kesemuaharta telah diberi kepada isterinya untuk memudahkan perceraian tetapi dinafikan oleh pihakmenuntut yang kemudiannya mengemukakan 1 saksi. Pihak kena tuntut diminta untukbersumpah. Setelah pihak menuntut bersumpah untuk menafikan bahawa wujudnyaperjanjian semasa bercerai, mahkamah menerima dan mensabitkan tuntutan pihak menuntut.Bekas suami dikehendaki membayar RM770 kepada pihak menuntut, iaitu sepasang subangemas, satu rantai emas, sepasang kain baju dan sepasang kasut yang kesemuanya berjumlahRM770. Dalam member keputusannya, mahkamah telah merujuk kepada al-Quran, Surah al-Nisa ayat 19-21, mengenai hak isteri untuk mendapat maskahwin.

×