1. 1.0Pendahuluan
Konsep Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah/tempat bertugas. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat
kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan
mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan
keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan dan
memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berkesan.
2.0Rasional
Pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah selaras
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2010 yang memberi penekanan untuk membangunkan modal insane yang
kreatif dan inovatif. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling
bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah.
Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi,
pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan
pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada
tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan
suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang
dipelajari.
3.0Matlamat
Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk
melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif
berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti, agar menjadi
2. amalan dan budaya dalam kehidupan mereka. Inovasi ini diharapkan melahirkan
modal insan yang kreatif , inovatif dan berdaya saing.
4.0Objektif:
i. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
ii. . Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.
iii. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti
iv. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti.
v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan
harian.
5.0Pelan Tindakan Inovasi
Bil Tarikh Aktiviti
1. 20 Mac 2015 Menyediakan kertas kerja inovasi.
2. 23 Mac 2015 Memuat turun bahan yang dibekalkan
pensyarah dalam portal pembelajaran
(Buku Panduan Internship, surat dan
borang)
3. 25 Mac 2015 Menyerahkan Buku Panduan Internship
dan surat pelantikan mentor kepada guru
besar.
4. 26 Mac 2015 Perbincangan tentang perjalanan internship
dengan guru besar dan mentor.
5. 27 Mac 2015 Menentukan kelas untuk menjalankan
inovasi pengajaran dan pembelajaran dan
membina RPH.
6. 29 Mac 2015 Melaksanakan pengajaran dan
3. pembelajaran menggunakan bahan bantu
mengajar yang telah dibina.
7. 5 April 2015 Melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran kali kedua dengan membuat
penambahbaikan terhadap kelemahan
yang dikenal pasti.
8. 6 April 2015 Perbincangan bersama-sama mentor
tentang sesi p&p yang telah dilaksanakan.
Mendapat komen daripada mentor.
Mentor mencadangkan untuk
penambahbaikan untuk sesi p&p yang
akan datang.
9. 13 April 2015 Melaksanakan sesi p&p dan membuat
rakaman video.
Merancang penambahbaikan untuk
mengatasi kelemahan yang terdapat dalam
sesi pengajaran berdasarkan rakaman
video.
10. 16 April 2015 Melaksanakan p&p kali terakhir.
11 19 April 2015 Membuat penilaian berdasarkan borang
yang disediakan
12. 21 April 2015 Menulis Laporan Pelaksanaan Intership.
12 30 April 2015 Menyerahkan laporan kepada mentor.