Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Konsep darab

48,730 views

Published on

Konsep darab

  1. 2. KONSEP DARAB
  2. 3. Pengenalan - Dalam menyampaikan konsep pendaraban, guru – guru mesti mengetahui konsep darab dengan lebih mendalam dan mahir untuk memberi penerangan kepada pelajar - Guru-guru seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu, iaitu konsep tambah berulang-ulang. Apabila pelajar sedah menguasai konsep tersebut, barulah konsep darab lain disampaikan sebagai pengayaan dan penyesuaian dengan situasi yang berbeza
  3. 4. KONSEP PENDARABAN 1. Konsep Tambah Berulang-ulang 2. Konsep Kali / Ganda 3. Konsep Baris & Turus ( Tatasusunan ) 4. Konsep Kombinasi
  4. 5. Ada 3 biji pinggan. Terdapat 2 biji epal di dalam setiap pinggan tersebut. Berapakah jumlah epal-epal tersebut? Rajah 1 Mari kita bina ayat / bahasa matematik daripada Rajah 1 Ada berapa biji pinggan semuanya? ( 3 biji ) Ada berapa biji epal di dalam setiap pinggan? ( 2 biji ) 1. Konsep Tambah Berulang-ulang
  5. 6. Kemudian lanjutkan soal-jawap untuk memperkenalkan konsep kumpulan Ada berapa kumpulan epal kesemuanya? ( 3 kumpulan ) Ada berapa biji epal bagi setiap kumpulan? ( 2 biji ) Berapakah jumlah kesemua epal tersebut ? ( 6 biji ) Jadi kita boleh tulis ayat matematik darab 3 X 2 = 6 Bilangan Kumpulan Bilangan Ahli setiap Kumpulan Jumlah semua
  6. 7. Jumlah objek adalah bersamaan dengan bilangan kumpulan didarabkan dengan bilangan ahli dalam kumpulan 3 X 2 = 2 + 2 + 2 = 6 Bermaksud 6
  7. 8. 2. Konsep Kali / Ganda Pita Ahmad Pita Bakar 2 cm Rajah 2 menunjukkan panjang pita yang dipunyai oleh Ahmad dan Bakar. Panjang pita Bakar ialah 2 cm. Berapakah panjang pita Ali berbanding dengan pita Bakar. Rajah 2 Ayat matematik untuk masalah di atas Panjang pita Ahmad = 4 kali ( panjang pita Bakar ) = 4 kali ( 2 cm ) = 4 X 2 = 8 cm
  8. 9. Daud membeli 3 buah buku tulis. Manakala Farid membeli 4 kali ganda daripada jumlah buku yang dibeli oleh Daud. Berapakah jumlah buku yang dibeli oleh Farid? Buku Daud Buku Farid 1 kali 1 kali 1 kali 1 kali 4 kali
  9. 10. Jumlah buku yang dibeli oleh Farid . = 4 kali ( buku Daud ) = 4 X ( 3 buah buku ) = 4 X 3 = 12
  10. 11. 3. Konsep Baris & Turus / Tatasusunan (Array) Sekumpulan bunga disusun dalam tiga barisan. Setiap baris diletakkan sebanyak 5 kuntum bunga. Berapakah jumlah bunga tersebut Baris 1 Baris 1 Baris 1 Turus 1 Turus 2 Turus 3 Turus 4 Turus 5 Ayat matematiknya. Ada berapa baris bunga? ( 3 baris ) Ada berapa turus bunga? ( 5 turus ) Berapakah jumlah kesemua bunga tersebut? ( 15 )
  11. 12. 3 X 5 = 15 Bilangan baris Bilangan turus Jumlah semua
  12. 13. 4. Konsep Kombinasi Dalam satu jamuan ringan, kuih-kuih dan minuman yang disediakan adalah seperti berikut: 3 jenis kuih, iaitu karipap, donat dan kek 2 jenis minuman, iaitu tea dan kopi Jika setiap orang dibenarkan mengambil hanya satu jenis kuih dan satu jenis minuman sahaja, berapakah jenis kuih dan minuman yang berbeza dapat disediakan Karipap Tea Kopi Donat Tea Kopi Kek Tea Kopi

×