Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Soalan kimia ting4

838 views

Published on

kimia ting4

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Soalan kimia ting4

  1. 1. SMK KAPIT NO.2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA KIMIA Kertas 1 Nama: Tarikh: Masa: Kelas: Marks : Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan. Jawab semua soalan. 1. Zarah manakah yang terhasil apabila elektrolit melarut dalam air? A Ion B Atom C Elektron D Molekul 2. Proses manakah yang berlaku apabila hablur iodin dipanaskan pada suhu dan tekanan bilik? A Peleburan B Pembekuan C Penyejatan D Pemejalwapan 3. Rajah di bawah menunjukkan susunan elektron bagi unsur L. Rajah Simbol manakah yang mewakili atom bagi unsur L? A B C D 4. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pemejalwapan? A Wap bromin tersebar ke seluruh balang gas B Air bertukar menjadi ais dalam peti sejuk C Bebola naftalena dalam almari menjadi lebih kecil D Isi padu minyak wangi berkurang dalam botol yang terbuka 5. Rajah menunjukkan susunan elektron bagi ion Q– . 1
  2. 2. Rajah Berapakah bilangan elektron valens bagi satu atom Q? A 7 C 9 B 8 D 10 6. Uranium-235 dan uranium-238 adalah isotop. [Nombor proton bagi uranium = 92] Pernyataan manakah yang betul? A Uranium-235 mempunyai 92 proton dan 143 elektron B Uranium-238 mempunyai 92 elektron dan 146 neutron C Uranium-235 mempunyai bilangan elektron kurang daripada uranium-238 D Uranium-235 mempunyai bilangan neutron yang sama dengan uranium-238 7. Formula bagi kalium heksasianoferat(II) diberi sebagai KyFe(CN)6. Jisim formula relatif sebatian ini ialah 368. Apakah nilai y? [Jisim atom relatif: C = 12, N = 14, K = 39, Fe = 56] A 2 B 3 C 4 D 5 8. Antara zarah yang berikut, yang manakah bersamaan dengan 1 mol? A Bilangan atom dalam 1 g gas hidrogen B Bilangan molekul dalam 1 g gas hidrogen C 6.02 × 1023 atom hidrogen dalam gas hidrogen D 6.02 × 1023 molekul hidrogen dalam gas hidrogen 9. Berapakah bilangan atom dalam 0.5 mol gas ammonia, NH3? [Pemalar Avogadro = 6.02 × 1023 mol–1 ] A 6.02 × 1023 B 0.5 × 6.02 × 1023 C 0.5 × 2 × 6.02 × 1023 D 0.5 × 4 × 6.02 × 1023 10. 2
  3. 3. Rajah menunjukkan susunan radas bagi menentukan formula empirik bagi kuprum (II) oksida. Rajah Gas hidrogen kering mesti dialirkan melalui radas untuk beberapa minit sebelum pemanasan kuprum(II) oksida. Apakah sebab tindakan ini diambil? A Untuk memastikan semua kuprum(II) oksida telah bertukar kepada kuprum B Untuk memastikan semua udara dikeluarkan supaya letupan dapat dielakkan C Untuk mengelakkan kuprum daripda bertindak balas dengan udara bagi membentuk kuprum(II) oksida D Untuk mengelakkan air daripada mengalir ke arah piring porselin yang panas dan meretakkan tiub pembakaran 11. Susunan elektron bagi atom U ialah 2.81 dan atom V ialah 2.8.7. Apakah jisim molar bagi sebatian yang terbentuk apabila atom U bergabung dengan atom V? [Jisim atom relatif: U = 23; V = 35.5] A 152.5 g mol -1 B 94.0 g mol -1 C 81.5 g mol -1 D 58.5 g mol -1 12. Persamaan berikut mewakili satu tindak balas. Cu(OH)2(p) + 2HNO3(ak) → Cu(NO3)2(ak) + 2H2O(ce) Apakah bahan-bahan tindak balas dalam persamaan ini? A Kuprum(II) nitrat dan air B Kuprum(II) nitrat dan asid nitrik C Kuprum(II) hidroksida dan asid nitrik D Kuprum(II) hidroksida dan kuprum(II) nitrat 13. Purata jisim satu atom magnesium adalah 24 kali lebih besar daripada jisim satu atom karbon –12. Apakah jisim atom relatif bagi magnesium? A 2 C 24 B 12 D 48 14. Suatu oksida bagi unsur X mempunyai formula empirik X2O3. 2.24 g unsur X bertindak balas lengkap dengan 0.96 g oksigen. Berapakah jisim atom relatif bagi X? [Jisim atom relatif: O = 16] A 112 B 56 C 25 D 17 3
  4. 4. 15. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kereaktifan suatu logam dengan oksigen. Warna hasil yang terbentuk adalah kuning apabila panas dan putih apabila sejuk. Rajah Apakah logam itu? A Ferum B Plumbum C Zink D Kuprum 16. Jadual di bawah menunjukkan sifat oksida bagi unsur-unsur P, Q dan R. Unsur-unsur ini terletak dalam kala yang sama dalam Jadual Berkala. Jadual Susun ketiga- tiga unsur itu berdasarkan pertambahan nombor proton. A R, Q, P B R, P, Q C Q, P, R D Q, R, P 17. Persamaan kimia manakah yang mewakili tindak balas antara logam natrium dan gas oksigen? A Na + O2 → NaO2 C 2Na + O2 → Na2O B Na + O2 → Na2O D 4Na + O2 → 2Na2O 18. Logam X mempunyai sifat-sifat berikut. Oksida logam manakah boleh bertindak balas dengan X? 4
  5. 5. A Zink oksida B Magnesium oksida C Kuprum(II) oksida D Aluminium oksida 19. Rajah di bawah menunjukkan sebiji belon udara berisi gas X. Rajah Dalam kumpulan manakah X terletak dalam Jadual Berkala? A Kumpulan 15 B Kumpulan 16 C Kumpulan 17 D Kumpulan 18 20. Ciri manakah yang betul tentang unsur-unsur dalam Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala apabila menuruni kumpulan? A Kereaktifan bertambah B Keamatan warna berkurang C Kecenderungan menerima elektron berkurang D Keadaan fizikal berubah daripada cecair kepada gas 21. Unsur manakah yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan yang menukarkan kertas litmus biru ke merah dan kemudian dinyahwarnakan? I Klorin II Bromin III Iodin IV Astatin A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 22. Jadual menunjukkan pemerhatian apabila oksida bagi unsur-unsur dalam Kala 3 bagi Jadual Berkala ditambah kepada larutan natrium hidroksida dan asid nitrik. X,Y dan Z bukan simbol sebenar bagi unsur-unsur itu. Jadual 5
  6. 6. Apakah susunan yang betul mengikut pertambahan nombor proton unsur-unsur itu? A X, Y, Z C Z, Y, X B X, Z, Y D Y, Z, X 23. Nombor nukleon unsur X ialah 19. Unsur X mempunyai 10 neutron. Unsur manakah yang mempunyai sifat kimia yang sama dengan unsur X? [Nombor proton: O = 8, Na = 11, C1 = 17, Ar = 18] A Argon B Natrium C Klorin D Oksigen 24. Atom unsur Susunan elektron P 2.8.1 Q 2.8.4 R 2.8.7 Jadual Antara yang berikut, yang manakah betul tentang ketiga-tiga unsur itu mengikut urutan P,Q dan R? A Jejari atom berkurang B Takat lebur bertambah C Sifat kelogaman bertambah D Keelektronegatifan berkurang 25. Some transition elements and their compounds are useful catalysts in industries. Which pair is correct? Sebilangan unsur peralihan dan sebatiannya merupakan mangkin yang berguna dalam industri. 6
  7. 7. Pasangan manakah yang betul? 26. Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron bagi empat unsur Unsur Susunan elektron W 2.8.1 X 2.8.3 Y 2.8.4 Z 2.8.7 Jadual Pasangan unsur-unsur manakah yang membentuk suatu sebatian yang tak larut dalam air? A W dan Z B X dan Z C W dan Y D Y dan Z 7 27. Maklumat berikut adalah mengenai atom Q dan atom P. • Atom Q terletak dalam Kala 2 dalam Jadual Berkala • Susunan elektron bagi atom P ialah 2.8.1 • Unsur Q terletak di atas unsur P dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala Rajah manakah yang menunjukkan susunan elektron bagi atom Q?
  8. 8. 8 28. Unsur M dan unsur L masing-masing terletak dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 16 dalam Jadual Berkala. UnsurM bertindak balas dengan unsur L untuk membentuk suatu sebatian. Apakah formula kimia bagi sebatian itu? A ML B ML2 C M2L D M2L3 29. Rajah menunjukkan susunan elektron bagi atom X dan atom Y. X dan Y bukan simbol sebenar bagi unsur tersebut. Rajah Pasangan
  9. 9. 34. Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron bagi atom P, Q, R dan S. Jadual Pasangan atom manakah yang membentuk sebatian melalui perkongsian elektron? A P dan S B P dan R C Q dan S D Q dan R 35. Pernyataan berikut adalah sifat-sifat sebatian M. • Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi. • Mengkonduksikan elektrik dalam larutan akues atau dalam keadaan leburan. • Larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik. Bahan manakah sebatian M? A Sikloheksana B Naftalena C Dietel eter D Natrium sulfat 36. Logam manakah yang boleh menyesarkan plumbum daripada larutan plumbum(II) nitrat? I Zink II Argentum III Kuprum IV Aluminium A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 37. Antara faktor berikut, yang manakah tidak mempengaruhi elektrolisis larutan akueus? A Kepekatan ion-ion dalam elektrolit B Jenis elektrod yang digunakan dalam elektrolisis C Kedudukan ion-ion dalam siri elektrokimia D Isi padu elektrolit yang digunakan dalam elektrolisis 38. Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang tiga sel voltan. Logam-logam X, Y dan Z 9 33. Rajah di bawah menunjukkan simbol bagi empat unsur yang berlainan. Huruf-huruf J, L, M dan Q, bukan simbol sebenar bagi unsur-unsur itu. Rajah Formula dan jenis ikatan manakah yang betul apabila dua daripada unsur-unsur itu bertindak balas? Formula Jenis ikatan A J2L Ionik B JL2 Kovalen C M2Q Ionik D MQ2 Kovalen
  10. 10. digunakan sebagai elektrod dalam sel itu Jadual Apakah susunan logam daripada yang paling elektropositif kepada yang paling kurang elektropositif? A X, Y, Z B X, Z, Y C Y, Z, X D Z, X, Y 39. Kriolit, Na3A1F6 digunakan dalam proses pengekstrakan aluminium dalam industri. Apakah kegunaan bahan ini? A Merendahkan takat lebur aluminium oksida B Meningkatkan kadar tindak balas C Menyingkirkan bendasing D Menghalang elektrod daripada dioksidakan 40. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk menyadur sebentuk cincin besi dengan argentum. Rajah Setengah persamaan manakah yang mewakili tindak balas di anod dan di katod? 41. Larutan natrium klorida pekat dielektrolisis menggunakan elektrod karbon. Setengah persamaan manakah yang mewakili tindak balas di anod dan di katod? Anod Katod A 2C1– → C12 + 2e– Na+ + e– → Na 10
  11. 11. B 2C1– → C12 + 2e– 2H+ + 2e– → H2 C 4OH– → O2 + 2H2O + 4e– Na+ + e– → Na D 4OH– → O2 + 2H2O + 4e– 2H+ + 2e– → H2 42. Rajah menunjukkan suatu sel volta. Rajah Fungsi pasu berliang adalah untuk membenarkan pengaliran... A ion-ion. B atom-atom. C proton-proton. D elektron-elektron. 43. Dalam susunan radas manakah mentol itu akan menyala? 11
  12. 12. A B 12
  13. 13. C D 44. Jadual di bawah menunjukkan maklumat tentang tiga sel volta ringkas. Pasangan logam Beza keupayaan(V) Terminal positif W dan X 0.7 X X dan Y 2.0 Y W dan Z 1.6 Z Jadual 13
  14. 14. Berapakah beza keupayaan sel volta yang menggunakan Y dan Z sebagai elektrod? A 0.4 V B 0.9 V C 1.1 V D 1.3 V 45. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas bagi satu sel elektrolisis. Rajah Antara yang berikut, yang manakah berlaku jika eksperimen itu dibiarkan selama 1 jam? A Elektrod P semakin tebal B Bacaan ammeter menjadi sifar C Gelembung gas terhasil di elektrod Q D Keamatan warna biru larutan tidak berubah 46. Bahan manakah yang mengkonduksikan arus elektrik dalam keadaan akueus? A Argentum klorida C Kalsium sulfat B Natrium klorida D Barium sulfat 47. Rajah menunjukkan susunan radas untuk menulenkan argentum. Rajah Selepas satu jam, didapati argentum tidak ditulenkan. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan penulenan berlaku? A Menggunakan argentum tulen yang lebih besar 14
  15. 15. B Saling tukar terminal pada sel C Tambah kepekatan larutan kuprum(II) klorida D Menggunakan larutan argentum nitrat sebagai elektrolit 48. Rajah menunjukkan sel kimia ringkas yang dibina menggunakan buah limau. Dua logam berlainan digunakan sebagai elektrod. Rajah Antara logam berikut, yang manakah boleh menggantikan paku besi itu untuk mendapat bacaan voltan yang paling tinggi? A Stanum C Argentum B Plumbum D Kuprum 49. Pasangan manakah yang menunjukkan nilai pH dan darjah penceraian bagi asid sulfurik yang betul? Nilai pH Darjah penceraian A 2 Tinggi B 2 Rendah C 6 Rendah D 6 Tinggi 50. Berapakah bilangan mol dalam 100 cm3 asid nitrik 1.5 mol dm–3 ? A 0.015 mol B 0.100 mol C 0.150 mol D 1.500 mol KERTAS SOALAN TAMAT 15 Disemak oleh: .................................... Cik Sia Stze Yiiun (Ketua Panitia Sains) Disediakan oleh: .................................... Cik Nik Suryati (Guru Kimia) Disahkan oleh: .................................... Pn. Kong Mee Yoke (PK1)

×