Laporan ulasan jurnal

19,369 views

Published on

8 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
19,369
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
729
Comments
8
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Laporan ulasan jurnal

  1. 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA DASAR DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN KHAS KBK 3083 ULASAN JURNAL ( TUGASAN INDIVIDU )NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIRNO. MATRIK : D20121058364NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMED FAWZI BIN HJ. YUSOF
  2. 2. Jurnal tempatanTajuk 1 : Pendidikan Inklusif di BruneiUlasan jurnalDi dalam jurnal ini, penulis menulis hal berkaitan dengan pendidikan inklusif di Brunei. Bruneiadalah merupakan salah satu negara yang mementingkan pendidikan khas disebabkan olehterdapatnya segelintir pelajar yang masih tidak dapat mengikuti pelajaran sebagaimana pelajarbiasa dalam arus perdana. Di Brunei, pendidikan mereka mengamalkan sistem paten 7-3-2-2.Paten tersebut merujuk kepada pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas dan pra-universiti. Pelajar perlu menduduki empat peperiksaan awam sepanjang persekolahan. Berdasarkan daripada slogan “ Pendidikan untuk semua ”, kerajaan Brunei tetapmemberikan peluang belajar kepada kanak-kanak bekeperluan untuk belajar sama seperti pelajar-pelajar lain walaupun terdapat kekurangan pada diri mereka. Segala kebajikan kanak-kanakbekeperluan khas ini diambil kira. Di dalam jurnal ini penulis membincangkan mengenai arahalir pendidikan inklusif di Brunei. Penulis turut membincangkan mengenai polisi, inisiatif guru, serta pelaksanaan modelmengenai pendidikan inklusif. Setiap perkara dibincangkan dengan teliti mengikutperkembangan dari semasa ke semasa. Menurut Polisi Pendidikan Nasional daripadaKementerian Pendidikan, 1992 menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapatpendidikan di Brunei sekurang-kurangnya pada peringkat menengah atas ataupun pada peringkatvokasional supaya dapat membangunkan potensi yang dapat memainkan peranan mereka padanegara pada masa akan datang. Menurut penulis, Kementerian Pelajaran Brunei telah memperkenalkan pendidikan khassetelah terdapatnya pelajar yang gagal untuk meneruskan pengajian pada peringkat seterusnya.Setelah itu Unit Pendidikan Khas ( UPK ) telah menyediakan proposal untuk dibentangkankepada Kementerian Pelajaran. Pendidikan khas di negara ini bermula daripada cadangan yangdikemukakan oleh UPK yang telah mencadangkan supaya unit tersebut ditubuhkan sesegeramungkin untuk merancang serta melaksanakan pendidikan khas di Brunei. UPK ini telahmerencanakan atau perlu untuk melaksanakan hal-hal seperti mengenalpasti pelajar-pelajar
  3. 3. bekeperluan khas yang memerlukan pendidikan. Hal ini kerana terdapat segelintir pelajarbekeperluan khas yang tidak dapat mengikuti pelajaran seperti pelajar lain. Mereka juga perluuntuk mempertingkatkan kesedaran kepada masyarakat luar mengenai kepentingan dankeperluan pendidikan khas. Berikutnya mereka juga perlu untuk menilai program pendidikankhas yang dilaksanakan mencapai objektif ataupun tidak disamping perlu untuk meyediakangaris panduan serta membantu dalam merumuskan keberkesanan pelaksanaan program danservis pendidikan khas yang disediakan. Melalui Deklarasi Hak Orang Kurang Upaya telah menyeru supaya negara-negara yangterlibat untuk menyokong hak manusia, pendidikan, integrasi, guna tenaga penut (GTP), sertakeadaan ekonomi dan sosial kepada orang kurang upaya. Hal ini yang lebih membangkitkan rasauntuk mempertingkatkan hak orang kurang upaya di Brunei setelah mereka turut menyertaideklarasi tersebut. Negara ini turut menyertai beberapa persidangan seperti PersidanganKebangsaan UNESCO mengenai Pendidikan Untuk Semua di Thailand pada tahun 1990 danPersidangan Dunia mengenai Pendidikan Khas di Salamanca pada tahun 2002. Brunei juga telahmengadakan dua persidangan mengenai pendidikan khas yang menekankan mengenaipendidikan untuk semua serta pelaksanaannya di Brunei sendiri. Melalui persidangan tersebut jugalah Menteri Pendidikan telah memperkenalkanbeberapa kurikulum utama yang menggantikan bidang dasar pendidikan dwibahasa, teknologimaklumat dan rujukan kurikulum untuk beberapa subjek di sekolah. Bergerak seiring dengantujuan ini, perubahan turut berlaku kepada peringkat latihan pendidikan guru. Institut PendidikanSultan Hassanal Bolkiah (IPSHB) telah menggantikan keseluruhan kurikulum yang melibatkankurikulum khusus yang mengarah kepada artikulasi, keseimbangan, perpaduan dan pembezaanterhadap pendidikan. Berkaitan dengan itu, pihak institusi telah melaksanakan beberapa perkaraseperti memperkenalkan kursus teras mengenai pendidikan inklusif yang dikhaskan kepadaprogram sekolah rendah, kaedah pengajaran kanak-kanak bekeperluan khas di dalam beberapakursus kurikulum pendidikan, penukaran kepada penambahbaikan program dalam ijazah sarjanamuda pendidikan peringkat pendidikan rendah yang di spesifikkan kepada beberapa bidangtermasuklah bidang pendidikan khas serta lain-lain lagi. IPSHB ini turut bekerjasama denganUPK dalam Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru pendidikan khas yang dipanggilsebagai pembantu pendidikan khas.
  4. 4. Menurut penulis, pelaksanaan pendidikan khas di Brunei adalah berdasarkan ModelPembantu Pelajaran. Satu draf Rancangan Pendidikan Individu (RPI) disediakan oleh pembantupendidikan khas yang berdasarkan daripada maklumat ibubapa serta guru kelas. Draf tersebutkemudiannya di hantar kepada sistem maklumat sekolah. Setelah RPI pelajar tersebut diluluskanmaka pelaksanaan dan pengawasan dari pembantu pendidikan khas yang bergabing dengan gurukelas biasa. Pelajar tersebut dari semasa ke semasa akan dipantau, dan sekiranya perlu merekaakan dihantar ke Pusat Bantuan Pelajaran secara individu atu berkumpulan yang diarahkan olehpembantu pendidikan khas. Di dalam pusat tersebut pembantu pendidikan khas akanmelaksanakan pelbagai strategi dan juga bahan pengajaran termasuklah arahan lisan dan sistemtoken. Sejak daripada tahun 1994, beberapa perkembangan besar berlaku dalam pendidikan khasdi sekolah. Hal ini demi memastikan hak kanak-kanak bekeperluan khas terjaga. Pekembanganpendidikan khas di Brunei bermula pada tahun 1994 apabila Universiti Brunei Darussalam telahbekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Brunei. Perkembangan pendidikan khas dinegaraini berkembang dari tahun ke tahun sehingga kini. Kesimpulannya, memandangkan pendidikan inklusif ini melibatkan tenaga kerja guruyang besar maka sebuah kajian yang lebih menyeluruh diperlukan untuk meneruskanpemantauan dan meningkatkan keupayaan pendidikan inklusif pada masa sekarang. Sebelum ini,Brunei telah mencapai satu tahap yang menggalakkan dalam memperkenalkan pendidikaninklusif ini kepada arus perdana. Kajian selanjutnya pasti akan dapat membantu negara ini untukterus membangunkan pendidikan inklusif ini.
  5. 5. Tajuk 2 : Kaedah E-suara dalam peperiksaan murid-murid pendidikankhasUlasan jurnalDi dalam pendidikan khas terdapat pelbagai jenis masalah yang termasuk di dalam golongan ini.Di antaranya termasuklah masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran dalam singkatanpenerangan boleh dikategorikan sebagai masalah 3M iaitu masalah membaca, mengira, sertamenulis. Kanak-kanak yang menghadapi ini sudah pastinya mempunyai masalah untukmenjawab soalan peperiksaan. Hal ini menyebabkan keputusan mereka lebih rendah berbandingpelajar yang normal. Soalan peperiksaan awam lazimnya disediakan tanpa mengambil kira masalah danketidakupayaan murid-murid yang dikategorikan sebagai pendidikan khas. Oleh itu, merekasering mempunyai keputusan yang rendah dalam peperiksaan. Murid-murid bermasalahpembelajaran juga memerlukan masa yang lebih lama ketika menjawab soalan peperiksaanobjektif dan subjektif. Struktur ayat dan penggunaan bahasa dalam soalan peperiksaan awamnegara adalah sememangnya sesuai untuk pelajar biasa tetapi kurang sesuai bagi pelajarbermasalah pembelajaran. Dengan itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah e-suara dalam membantu murid-murid pendidikan khas kategori masalah pembelajaran dalammenjawab soalan peperiksaan tanpa melakukan modifikasi dari segi kandungan atau kualitisoalan peperiksaan berkenaan. Di dalam jurnal ini juga penulis menyatakan mengenai tahap kebolehan membaca murid-murid bermasalah pembelajaran sebelum mengambil peperiksaan PMR, perbezaan di antarapencapaian peperiksaan kaedah biasa dengan kaedah e-suara dan perbezaan di antara pencapaianpeperiksaan yang menggunakan kaedah biasa bahagian objektif bagi matapelajaran BahasaMelayu dengan kaedah e-suara. Menurut penulis kajian ini adalah untuk memperkenalkan sebuah sistem pentaksiran bagimurid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kajian ini dilakukan dengan memilihmurid-murid integrasi di sekolah menengah yang pernah mengambil PMR, murid-murid
  6. 6. bermasalah pembelajaran dalam program integrasi yang diminta oleh ibu bapa, murid-muridbermasalah pembelajaran dari aliran perdana Tingkatan 3 serta murid-murid gagal dalam semuamatapelajaran di peringkat PMR. Mereka yang terpilih ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yangmenggunakan tiga kaedah yang berlainan iaitu kaedah biasa, kaedah e-suara I dan kaedah e-suaraII. Kesemua responden adalah seramai 163 orang murid-murid bermasalah pembelajaranmengikuti kelas aliran perdana secara separa inklusif atau inklusif sepenuhnya. Kaedah biasa adalah kaedah tradisional atau konvensional berbebtuk penggunaan kertasdan pensel. Manakala kaedah e-suara I pula memerlukan responden untuk melihat danmendengar item soalan melalui komputer tetapi menjawab soalan di dalam kertas OMR ataukertas saranan jawapan dan kaedah e-suara II pula ialah melalui mendengar item soalan dengankomputer serta menjawab soalan yang terdapat di dalam komputer tersebut. Terdapat 20 itemyang diuji mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU) mengandungi ketiga-tiga tahap aras tertinggi,aras sederhana dan aras rendah. Berdasarkan kajian tersebut menunjukkan bahawa item 13 mencatatkan skor yang palingtinggi bagi soalan yang dijawab dengan betul iaitu seramai 92 responden. Manakala item 1 pulamencapai keputusan yang paling rendah berbanding dengan 20 item yang lain. Dalampeperiksaan Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara I menunjukkan bahawa item 3 telahmencapai tahap skor yang paling tinggi manakala item 15 mencapai tahap yang paling rendah. Berdasarkn dapatan kajian skor pencapaian Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suaraII menunjukkan bahawa item 11 mendapat peratusan menjawab dengan betul paling tinggi danperatusan yang terendah adalah item 19. Terdapat perbezaan yang agak ketara dalam hasil analisis keseluruhan keputusan dimanakaedah e-suara II telah mendapat peratusan sebanyak 49 peratus berbanding dengan kaeadh biasahanya 30 peratusa dan keadah e-suara I mendapat peratus sebanyak 40 peratus sahaja. Kesimpulannya, kaedah e-suara II boleh digunakan sebagai satu penaksiran baru yangdapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia bagi mengimbangipencapaian mereka dengan pencapaian murid-murid tipikal. Keseluruhan data telahmembuktikan bahawa kebanyakkan murid-murid yang menghadapi masalah dalam peperiksaan
  7. 7. disebabkan oleh masalah kesukaran mereka untuk membaca atau menulis. Hal ini harus dititikberatkan agar tidak ada murid yang ketinggalan dalam pendidikan.
  8. 8. Jurnal antarabangsaTajuk 1: Pembangunan pengukuran berasaskan kurikulumUlasan jurnalPengukuran berasaskan kurikulum (PBK) dibina untuk menguji keberkesanan model intervensidalam pendidikan khas. Model tersebut adalah berdasarkan idea di mana guru pendidikan khasboleh untuk mengulangi data pengukuran menilai formatif pengajaran serta meningkatkankeberkesanannya. Selain daripada itu, PBK adalah sebagai satu penyelidikan dan pembangunanyang telah dibuat selama 6 tahun dibiayai oleh Universiti Minnesota, Institut PenyelidikanPendidikan Khas. Berdasarkan penyelidikan tersebut satu pemantauan prosedur dalam membaca,mengeja dan menulis iaitu kemahiran 3M. Di antara prosedur yang termasuk dalam penyelidikantersebut adalah peraturan penentuan digunakan untuk meningkatkan program pendidikan sertahasil utama penyelidikan yang terhasil hendaklah haruslah diukur. Di antara ciri-ciri PBk adalah melengkapi aspek teknikal. Ini keran PBK diterima pakaidan disahkan telah dicapai melalui pemerhatian yang telah distandardkan. Seterusnya adalahstandard pengukuran tugasan. Standard pengukuran tugasan ini dikenalpasti digunakan dalamPBK termasuklah membaca secara lisan daripada teks dan perkataan yang telah dipilih daripadateks, membaca, menulis perkataan mengikut turutan apabila diberi satu cerita bergambar,menulis jawapan yang betul atau angka dalam meyelesaikan tugasan matematik. Selain daripadaitu, PBK adalah sebagai satu kemasukan dan pemarkahan. PBK prosedur adalah termasukspesifikasi , kemasukan, objektif pelajar dan prosedur pemarkahan yang digabungkan untukmemastikan kecukupan kesahan dan kemampuan daripada data sebara individu dan berkumpulanyang diukur melalui perbezaan mengikut masa. Pensampelan prestasi juga merupakan diantaraciri PBK. Hal ini kerana, prestasi akademik disampelkan melalui prosedur pemerhatian. Dalammembaca contohnya pelajar diminta untuk membaca teks secara lisan dalam masa 1 minit danakan terdapat pemerhati yang akan mengira perkataan yang disebut dengan betul ataupun tidakbetul. Dengan itu, keputusan pelajar dapat diketahui dan guru dapat mengetahui kebolehan dantahap pelajar tersebut. Berikutnya adalah kebekesanan masa. PBK adalah dibina untukkeberkesanan.
  9. 9. Kepelbagaian pensampelan prestasi memerlukan pengukuran dengan tempoh masa yangsingkat. Pensampelan prestasi adalah di antara satu sehingga tiga minit, bergantung kepadakemahiran yang diukur serta jumlah sampel yang diperlukan utnuk memaksimumkankebolehpercayaan. Ciri yang terakhir adalah mudah untuk diajar. PBK yang dibina telah dibuatutnuk meringankan kerja ahli-ahli profesional, paraprofesional dan ibubapa yang boleh dipelajariutnuk menggunakan prosedur. Selain daripada ciri dan latar belakang mengenai PBK ini, penulis turut adamengemukakan beberapa kegunaan biasa PBK. Tujuan sebenar kegunaan PBK adalah untukmembolehkan guru-guru untuk menilai formatif arahan mereka. Di antara kegunaan biasa PBKadalah untuk meningkatkan program arahan individu, meningkatkan keringanan dalamkomunikasi, meningkatkan rancangan pengajaran guru, meramal prestasi dalam kriteria penting,membangunkan norma, menyaring untuk mengenalpasti pelajar yang mempunyai risiko dalamakademik mereka, menilai keberkesanan intervensi di dalam kelas, mengurangkan penindasandalam penilaian, menyarankan dan menilai kelas inklusif, memberikan alternatif untukmengenalapasti prosedur pendidikan khas, meramalkan prestasi dalam keperluan penilaian,mengukur perkembangan dalam program sekolah menengah dan berkaitan serta meramalkankejayaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Berdasarkan dua kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor yangdikenalpasti sebagai penghalang untuk melaksanakan PBK, didapati bahawa sehingga 85 peratusdaripada 300 orang guru yang telah diuji mengatakan bahawa mereka sedara akan kekerapanpengukuran dalam prestasi pelajar di mana hanya setengah prosedur yang digunakan merekapernah digunakan. Apa yang menariknya, terdapat hasil kajian menunjukkan bahawa guru yangmenggunakan PBK memerlukan masa yang kurang sebanyak 10 peratus untuk melaksanakanpengukuran. Kegunaan PBK sebagai alat untuk mnegukur perkembangan dalam bacaan dugunakansecara intensif sebagai contoh masa terhad dalam bacaan lisan. Dalam literasi am berkaitanperkembangan bacaan dimana kelajuan membaca pelajar boleh digunakan untuk menukarkanteks kepada bahasa pertuturan yang dikatakan satu perkara penting dalam kemahiran membaca.Walaupun begitu, kelajuan dalam bacaan tidak dapat menentukan ketepatan dalammengenalpasti perkataan.
  10. 10. Kegunaan yang paling berkesan dalam PBK ini adalah menilai formatif dalam programpelajar secara individu yang hampir selalunya berlaku untuk menetapkan dimana seseorang gurupelajar pendidikan khas untuk membentuk kemahiran dan masa untuk merancang pengajarankepada mereka. Guru pendidikan khas mereka model penilaian formatif yang didemonstrasisecara efektif untuk meningkatkan keberkesanan pelajaran pelajar pendidikan khas. Selalunya,ini bermaksud bahawa kejayaan guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar pendidikan khasdalam kurikulum aliran arus perdana berjaya. Kesimpulannya, penggunaan PBK dapat menyokong guru biasa bersedia denganpeningkatan diversiti dalam kelas termasuklah di dalam kelas inklusif dengan kecacatan. PBKboleh digunakan untuk membantu guru-guru pendidikan khas dalam merencakan sesebuahpengajaran dan pembelajaran dalam kelas sesuai dengan kebolehan dan kemampuan setiappelajar tersebut kerana kanak-kanak atau pelajar pendidikan khas yang mempunyai pelbagaimasalah yang kadangkala sukar untuk diatasi.
  11. 11. Tajuk 2 : 10 Tanggapan Negatif Mengenai Pengajaran dan Pembelajaranyang Mengurangkan Keberkesanan Program Pendidikan Khas.Ulasan jurnalSeringkali pendidikan khas dipandang rendah oleh setiap lapisan masyarakat. Hanya segelintirsahaja yang memberikan tanggapan yang positif terhadap pendidikan khas. Perkara ini yangmenyebabkan pelbagai lontaran pandangan negatif dikeluarkan dan disampaikan dari mulut kemulut sehingga boleh menyebabkan tujuan sebenar kewujudan pendidikan khas diabaikan.Kebiasaannya tanggapan-tanggapan negatif mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P)mempengaruhi guru-guru mahupun pelajar pendidikan khas itu sendiri. Melalui jurnal ini,disertakan antara 10 tanggapan negatif yang menghadkan keberkesanan dalam pendidikan khasakibat yang akan berlaku berdasarkan penyelidikan berdasarkan amalan pengajaran. Setiaptanggapan tersebut diterangakan secara terperinci dan penulis turut menyertakan beberapa carautnuk mengatasi masalah ini. Sebelum kita pergi kepada masalah utama, penulis ada menyebut mengenai empatperspektif yang berkaitan dengan masalah ini. Di antaranya adalah pelajar yang mempunyaikecacatan mempunyai hak untuk mendapatkan dalam pelajaran, pendidikan khas seharusnyalebih terarah, di spesifikasikan serta intensif, penyelidikan yang terhasil adalah berguna sertadiperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai berasakan pengetahuan lingkunganpendidikan khas dan penyelidikan berasaskan pengajaran adalah berdasarkan pendidikan khas.Menerusi perspektif yang pertama, guru-guru pendidikan khas mempunyai tanggungjawab untukmerekacipta satu pelaksana dan menilai pengajaran yang dapat membantu pelajar denganmasalah kecacatan, diumumkan, dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran untukmeningkatkan kualiti kehidupan di sekolah, rumah, komuniti dan tempat bekerja. Seterusnya kita pergi kepada tanggapan negatif yang mempengaruhi P&P pendidikankhas. Di antaranya adalah kurikulum berstruktur menghalang pembelajaran sebenar. Hal ini lebihkepada pendidikan yang sudah ditetapkan dalam P&P. Kerajaan telah menetapkan beberapaperkara atau pelajaran yang perlu diajar oleh guru kepada pelajar pendidikan khas, namun begituada yang bependapat bahawa tidak seharusnya semua perkara harus diajar kepada pelajarpendidikan khas.
  12. 12. Berikutnya adalah mengajar pendidikan kemahiran yang remeh lalu mengabaikankeseluruhan kanak-kanak. Pendidikan kemahiran ini lebih merujuk kepada kemahiran yangdiajar mengikut prosedur yang ada menyebabkan pelajar terabai. Hal ini kerana pelajarpendidikan khas bukan seperti pelajar aliran perdana yang mudah untuk mendapat apa yang telahdipelajari dengan cepat, mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapat apa yangdipelajari disebabkan beberapa penghalang atau kekurangan yang menghadkan pembelajaranmereka secara cepat. Oleh itu, mereka menganggap bahawa kanak-kanak ini akan terabai. Seterusnya adalah pemahaman latihan dan amalan terhad pelajar dan melemahkankreativiti. Guru sekarang mengatakan bahawa latihan dan amalan terhadap kemahiran asasadalah tidak penting. Disebabkan itu, guru mengajar tetapi tidak mengambil kira tahap kelehahansesorang pelajar untuk diajarkan kepada mereka. Selain daripada itu, guru dikatakan tidak perlu untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.Sesorang pelajar pendidikan khas tidak boleh untuk diukur prestasi pembelajaran mereka keranamatlamat pengajaran pendidikan khas adalah untuk menyesuaikan diri mereka menghadapimasayarakat serta mampu untuk menguruskan diri sendiri. Oleh itu, walaupun kanak-kanak inidiajar beberapa subjek pengajaran tetapi mereka tidak boleh untuk di ukur tahap kejayaanmereka. Pelajar hendaklah bersedia dari segi dalaman sepenuhnya, hal ini bermaksud seseorangpelajar pendidikan khas haruslah mempunyai kesediaan dalaman sepenuhnya untuk belajar.Namun begitu, tidak semua pelajar pendidikan khas mampu untuk bertindak seperti berkenaankerana terdapatnya halangan fizikal mahupun emosi yang menghalang mereka untuk bertindakseperti pelajar dalam aliran arus perdana. Kemudiaannya lagi, antara tanggapan negatif yang ada ialah pembinaan self esteempelajar pendidikan khas adalah sepenuhnya dibawah taggungjawab guru. Ini merupakan satukekangan yang tidak mampu untuk di bendung kerana kebanyakkan minda pelajar yangmengikuti pendidikan khas mempunyai kelemahan merendah diri yang tinggi. Bukannya mudahuntuk membentuk peribadi seseorang supaya mereka berubah kepada yang lebih baik tambahanlagi kepada kanak-kanak pendidikan khas yang mempunyai banyak halangan yang merencatkansesuatu P&P untuk berlaku secara berkesan.
  13. 13. Pengajaran kepada pelajar pendidikan khas perlu mempunyai tahap kesabaran yang tidakberbelah bahagi. Ya, memang ada benarnya dalam hal ini, namun begitu setiap insan membuatkesilapan dalam melaksanakan sesuatu perkara tambahan menghadapi mereka-mereka ini yangboleh dikategorikan sebagai lambat belajar. Seterusnya lagi adalah setiap kanak-kanak belajar secara berlainan daripada yang lain.Memang benar tanggapan tersebut, namun begitu kita tidak boleh untuk hanya menumpukankepada satu murid secara berterusan tanpa melihat yang lainnya. Elektisme adalah baik sertaseoarang guru yang baik adalah seorang guru yang kreatif juga merupakan antara tanggapanyang mempengaruhi P&P pendidikan khas. Penulis juga ada menyebut mengenai antara amalan yang tidak berjaya di antaranya ialahmembiarkan pelajar untuk belajar sendiri tanpa mengajar atau memberi mereka rujukan.Manakala di antara cadangan penulis untuk menangani masalah ini adalah melaluimemperkenalkan keistimewaan profesion pendidikan khas, menyelidik data dan menilaikebolehannya serta fokus kepada kepelbagaian. Kesimpulannya, sesetengah kanak-kanak mendapat pelbagai kelebihan dalam pendidikankhas kerana kerajaan sekarang menyediakan pelbagai frasarana yang baru dan terkini kepadapelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka tidak pernah dipinggirkan malah semakin rancakpenyelidikan yang dilakukan untuk menaiktaraf pendidikan khas di setiap negara.
  14. 14. Tajuk 3 : Kesan Kepada Gaya Pergerakan Amerika Afrika dalamTindakan dan Tanggapan GuruUlasan jurnalMenurut penulis kajian ini dilakukan untuk mengkaji mengenai tanggapan guru terhadaptingkahlaku orang Amerika Afrika yang agak ganas dan pencapaian mereka serta keperluankepada pendidikan khas berdasarkan pelajar Amerika Afrika kehidupan normal mereka di sana.Kajian ini dilakukan dengan melibatkan 136 orang guru sekolah menengah denganmenggunakan pendekatan melalui video serta soal selidik. Pencapaian akademik sekolah orangAmerika Afrika ini mulai meningkat apabila mereka mengganggap diri mereka sebagai seorangbukan Amerika Afrika dan juga melibatkan guru yang sentiasa memahami mengenai gaya hidupatau norma masyarakat di sana. Apabila guru-guru di sana memahami gaya hidup mereka, makamudahlah bagi mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru. Guru yang memahami gaya hidup orang Amerika Afrika ini sentiasa mengekalkan tahapdan tanggapan yang baik kepada pelajar-pelajar disana mengenai sekolah, tingkahlaku danpersaingan akademik. Mereka juga menyatakan keprihatinan mereka kepada pelajar-pelajartersebut dengan menyokong persekitaran pembelajaran yang menunjukkan identiti budaya dankejayaan prestasi akademik. Tanggapan negatif yang dilemparkan oleh guru-guru dari luar terhadap merekamendatangkan masalah terhadap proses pembelajaran yang berlaku di sekolah. Seperti manayang kita dapat lihat sendiri, apabila seseorang guru membuat satu tanggapan negatif terhadapseseorang murid disekolah pastinya berita tersebut akan sampai kepada guru-gur lain dan secaratidak lansung membuatkan pelajar tersebut dipandang serong walaupun pelajar tersebutmempunyai prestasi akademik yang cemerlang. Apatah lagi kalau kita lihat dengan lebihmendalam dalam aspek pendidikan khas. Hal ini kerana, pelajar pendidikan khas sudahsemestinya mempunyai kekurangan sama ada dari segi fizikal mahupun intelek mereka, jikaseorang guru turut bertindak untuk membiarkan hal ini terjadi maka tiada kesudahan terhadap halpembelajaran mereka. Pelajar pendidikan khas turut mempunyai hak pembelajaran sama sepertipelajar dalam aliran arus perdana.
  15. 15. Pergerakan tubuh badan atau bahasa tubuh badan pelajar Amerika Afrika ini sangatberlainan jika mahu dibandingkan tubuh badan pelajar-pelajar di Malaysia yang bertubuhsederhana dan ketinggian yang hampir sama. Namun begitu, berlainan dengan pelajar AmerikaAfrika, mereka mempunyai susuk badan yang tegap, tinggi dan juga besar. Mereka jugamempunyai tingkahlaku yang agak kasar dan suara yang besar. Disebabkan oleh fizikal merekainilah guru-guru daripada luar sering memberikan tanggapan negatif kerana bimbang akan normahidup mereka yang agak kasar teresbut. Salah satu contoh yang diberikan oleh penulis melaluijurnal ini adalah cara berjalan ‘stroll’ dimana mereka ini tidak mempunyai gaya berjalan yangstandard seperti orang lain yang menggunakan postur sedikit mencanggung dan mengheret kakisemasa berjalan. Tanggapan seseorang guru dianggap sebgai satu rujukan yang menafsirkan tingkahlakuakan datang atau pencapaian mereka pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian guru-guruterhadap seseorang pelajar itu sendiri. Oleh itu, tindakan timbalbalik harus dilakukan oleh guruiaitu untuk memberikan satu tanggapan negatif kepada pelajar. Bagi kajian ini, seseorang gurharuslah menerima keadaan sebenar pelajar tersebut walaupun perlakuan mereka itu kadangkalakurang sesuai yang memungkinkan mereka kurang berjaya di dalam kelas biasa. Kajian yang dilakukan ini melibatkan seramai 136 guru daripada sekolah menengah, pitavideo serta soal selidik. Video yang disediakan oleh pengkaji adalah melibatkan 4 jenis video.Video-video tersebut dibahagikan kepada dua video yang mempunyai tujuan yang sama atauperlakuan yang sama tetapi hanya berbeza bahan kajian di dalamnya. Pakaian, berat, tinggi, caraberjalan dan sifat sumber kajian dipilih secara sama atau lebih kurang supaya tidak berlakusebarang kekeliruan. Video yang dimainkan kepada responden sebelum itu telah disahkan oleh 5pemerhati yang terdiri daripada psikologi pendidikan, konsultan perilaku pelajar, psikologibersama berserta dua orang pentadbir pendidikan. Soal selidik pula disediakan berdasarkansenarai adjektif. Berdasarkan daripada hasil kajian didapati bahawa pencapaian pelajar Amerika Afrikaadalah lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar Eropah Afrika yang turut di gelar sebagai‘stroll’. Melalui hasil ini, boleh dibuktikan bahawa tanggapan yang baik terhadap merekamampu meningkatkan prestasi pelajar Amerika Afrika walaupun mempunyai mempunyaibudaya yang berbeza daripada orang lain.
  16. 16. Kesimpulannya, tanggapan terhadapa budaya hidup sesuatu bangsa adalah tidakseharusnya melebihi had yang ada. Hal ini kerana mereka hanya mempunyai perbezaan budayawalaupun agak ketara tetapi mereka tetap mempunyai akademik dan pelajaran yang sama sepertiyang lainnya. Guru seharusnya memandang positif terhadap pelajar-pelajar Amerika Afrikakerana mereka mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan walaupun selaludipandang serong oleh pelbagai pihak kerana kewujudan diri serta budaya mereka yang agakkasar.

×