Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap

4,684 views

Published on

  • Be the first to comment

Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap

  1. 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU CADANGAN KERTAS KERJA PENUBUHAN TAMIL LANGUAGE SOCIETY ( PERSATUAN BAHASA TAMIL) Dengan Kerjasama : JPP IPGM KKB Dibawah seliaan : HEP IPGM KKB.
  2. 2. 1.0 Nama Persatuan Persatuan Bahasa Tamil ( Tamil Language Society) 2.0 Motto persatuan Semmozhiyaane Tamil Mozhi 3.0 Pengenalan Persatuan ini ditubuhkan Pelajar(JPP),IPGMKKB, dan dengan di bawah usahasama seliaan Jawatankuasa Jabatan Hal Perwakilan Ehwal Pelajar IPGMKKB.Seramai 27 orang guru pelatih dari kursus PISMP dan PPISMP merupakan ahli dalam persatuan ini. Persatuan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada guruguru pelatih untuk melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan program-program yang telah dirancang. Disamping itu, persatuan ini juga mampu memberikan pendedahan tentang kebudayaan dan kepercayaan kaum India kepada semua ahli persatuan dan warga IPGM KKB. Tujuan ini selaras dengan konsep satu Malaysia. 4.0 Rasional Seperti yang diketahui umum, tugas seseorang guru tidak terhenti setakat mengajar di dalam kelas, tetapi guru juga merupakan individu yang membentuk nilai,etika dan sahsiah murid-murid di sekolah nanti.Program ini dapat memberikan semua guru pelatih satu peluang untuk mengenal dan menghayati nilai-nilai tersebut terlebih dahulu. Persatuan ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan pelbagai kaum melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Di samping itu,persatuan ini juga dapat menyediakan satu peluang untuk merealisasikan aspirasi 1 Malaysia yang telah disyorkan oleh Perdana Menteri kita.Selain itu,persatuan ini juga menyediakan satu platform bagi mengenal dan
  3. 3. menghayati budaya dan perayaan kaum lain.Ini secara tidak langsung dapat melahirkan rasa saling hormat di kalangan guru-guru pelatih yang terdiri daripada pelbagai kaum di IPGKKB. 5.0 Objektif Persatuan Persatuan ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu:5.1 Memenuhi hasrat 1 Malaysia 5.2 Mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru-guru pelatih IPGKKB 5.3 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih berbangsa lain mengenali perayaan dan kebudayaan agama Hindu. 5.4 Mengasah bakat-bakat terpendam guru-guru pelatih dalam beberapa aktiviti 6.0 Ahli Jawatankuasa ( Rujuk Lampiran A ) 7.0 Misi Persatuan Membentuk sahsiah dan membantu mengamalkan kod etika profesion keguruan disamping mengamalkan nilai-nilai murni. 8.0 Visi Persatuan Bergerak secara satu pasukan ke arah mencapai kecemerlangan supaya menjadi seorang bakal guru yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
  4. 4. 9.0 Sasaran Ahli Terbuka kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bahru dari semua opsyen. 10.0 Peranan Persatuan Persatuan Bahasa Tamil akan melatih ahli-ahlinya untuk : a) melibatkan secara aktif dalam aktiviti persatuan b) membentuk sikap kerjasama dan semangat sepasukan c) menguruskan aktiviti-aktiviti diluar waktu kuliah d) membentuk sahsiah dan etika guru e) menjadi kuat dari segi mental dan fizikal f) meningkatkan kecerdasan jasmani,rohani,emosi dan intelek. 11.0 Pemilihan ahli Persatuan Bahasa Tamil Guru-guru pelatih yang ingin menjadi ahli persatuan mestilah: a) guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. b) Berminat dan aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti persatuan c) Bertanggungjawab d) Sanggup berkhidmat secara sukarela e) Boleh bekerjasama
  5. 5. 12.0 Cadangan program atau aktiviti Persatuan Bahasa Tamil No 1 Cadangan program / aktiviti Seminar oleh Penulis buku, En.Janaky Raman di Kuil Catatan Bulan Januari 2011 Siva Subramaniam di Kota Bharu 1 Pesta Pongaal 2011 Bulan Februari 2011 a) pertandingan melukis kolam b) Malam kebudayaan India 2 Sambutan Hari Deepavali 2011 Bulan oktober 2011 3 Ceramah Motivasi oleh En.Kader Ibrahim Satu program kerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan
  6. 6. 4 Program suai kenal bersama siswa dan siswi dari Bulan september 2011 Universiti Malaysia Kelantan 5 Program Anbe Sivam di Sekolah Jenis Kebangsaan Satu program kerjasama dengan Tamil Pasir Gajah, Kuala Krai Universiti Malaysia Kelantan ( bulan September 2011) 6 Program Kerohanian di Kuil Siva Subramaniam, Kota Setiap hari jumaat Bharu 13.0 Carta Alir Kerja Mengadakan perbincangan dan mesyuarat serta membentuk jawatankuasa. Menyediakan kertas kerja dasar Mengemukakan kertas kerja kepada: - Pensyarah Penasihat Ketua Jabatan Matematik Timbalan Pengarah Pengarah Menerima maklum balas dan pemurnian kertas kerja Memohon kelulusan Pengarah Lulus
  7. 7. Tidak lulus Tindakan: 1. Menyediakan tentatif program. 2. Membuat kertas kerja program atau aktiviti persatuan 3. Menjalankan aktiviti Post Mortem Tamat 14.0 Penutup Penubuhan Persatuan Bahasa Tamil ini akan memberikan peluang kepada para pelajar Institut Perguruan Kota Bharu untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan, berkeyakinan serta mempunyai tahap pemikiran yang kritis dan dinamis. Seandainya persatuan ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada pihak Tuan untuk menyediakan sebuah bilik bagi mengadakan perbincangan dalam kalangan ahli dan bagi memudahkan pengurusan persatuan ini berjalan dengan lancar. Diharap Kertas Kerja Persatuan Bahasa Tamil ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak atasan Institut Perguruan Kota Bharu demi mempertingkat mutu dan kualiti seorang guru pelatih.
  8. 8. LAMPIRAN A Jawatankuasa Persatuan Bahasa Tamil Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu Penaung : En.Hashim b. Deraman ( Pengarah IPGM KKB ) Pensyarah penasihat : Ms.Veronnica Cristobel a/p Anthonysamy En.Mohamed Bin Ayob Pengerusi :
  9. 9. Gheetha a/p Sithamparam Naib Pengerusi : Sharmala a/p Haridass Setiausaha : Keshturi a/p Sivam Naib Setiausaha : Kasturi a/p Veeriah Bendahari : Prabu a/l Supermanian Thaatchayani a/p Muralle Ahli Jawatankuasa kecil : Nagendraj a/l Anandhanarayanan Sharmila a/p Thangaraju Gayathree a/p Chandran Tamilarasu a/l Rajendran Puwana sri Thevar a/p Jayaraja Nanthini a/p Sinathambhy Thaswiny a/p Prabha

×