Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kemahiran komunikasi

  • Login to see the comments

Kemahiran komunikasi

  1. 1. 1.0 KONSEP KEPEMIMPINAN GURU.Mengikut Kamus Dewan (2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Dalamkonteks ini, tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yangberdedikasi, berinovasi, dan kreatif. Sehubungan dengan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001)dalam buku A. Ghani Abdullah mendapati kajian-kajian ini menunjukkan guru berupayamenjadi pemimpin dalam sekolah. Menurut Kamus Dewan (2002) dalam buku A. Ghani Abdullah, kepemimpinan ialahkeupayaan dan daya pemimpin. Keupayaan pemimpin merangkumi kebolehan, pencapaian,kejayaan pemimipin dan sebagainya. Manakala daya pula ialah tindak-tanduk, kecekapan dankompeten yang ada pada pemimpin dalam menerajui organisasi ataupun kumpulannya. Manakala dalam buku A. Ghani Abdullah ini juga menyatakan bahawa konsepkepemimpinan guru ini selaras dengan Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (2004) yangmendefinisikan kepemimpinan sebagai keupayaan mewujudkan wawasan, kebolehanmenggerak dan memberi dorongan pada pegawai ke arah mencapai objektif organisasi sertakualiti peribadi murni yang dapat diteladani serta berkebolehan membuat keputusan dengantegas, tepat dan teliti. Lieberman dalam buku A. Ghani Abdullah menyatakan bahawa kepemimpinan ialahindividu yang membantu rakannya dalam mencuba idea baru dan member dorongan padamereka. Kepemimpinan guru bukan sahaja melibatkan kerjasama antara rakan-rakan sejawatdi sekolah tetapi turut memastikan kejayaan sekolah. Justeru, kepemimpinan guru perlumenjalin kerjasama antara sekolah dengan masyarakat. Kesimpulan yang dapat kami buat mengenai konsep kepemimpinan guru di atas ialahguru haruslah mempunyai teknik-teknik kemahiran komunikasi yang berkesan dalammemimpin para pelajar di sekolah, terutamanya di dalam kelas agar maklumat yang ingindisampaikan kepada pelajar dapat difahami dengan baik. Malahan, ia juga meliputi sistempentadbiran dalam sekolah. Hal ini demikan kerana, kepemimpina guru dalam memastikankomunikasi yang disampaikan berkesan akan dapat memupuk semangat bekerjasama sesamerakan sekerja dan juga dengan pelajar. Seterusnya, guru-guru juga akan dapat melatih dirimasing-masing untuk menjadi penasihat, mentor, fasilitator, pelatih, dan pakar kurikulumdalam usaha membawa pembaharuan dalam sekolah.
  2. 2. 6.0 Komunikasi yang Berkesan.Komunikasi merupakan suatu proses yang melibatkan pembentukan mesej samada daripadapemikiran, perasaan, atau tingkah laku dan menyampaikan mesej tersebut serta bertindakbalas terhadap maklum balas yang diberikan oleh penerima mesej. Manakala kemahirankomunikasi dapat diertikan sebagai pengalaman atau kemahiran seseorang profesional dalammenyampaikan, menghuraikan, dan menyatakan serta menerima sesuatu mesej daripadaorang yang bertutur. Komunikasi yang berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman,keseronokan, pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah baik dan adanya tindakanyang akan menyusuli. 6.1 Ciri Kefahaman.Komunikasi yang berkesan akan berlaku apabila maklumat yang guru sampaikan kepadapelajar dapat difahami oleh pelajar dengan baik dan pelajar tersebut betul-betul faham akanmaklumat yang disampaikan. Kalau guru tersebut memaksudkan perkara lain, namun apayang difahami oleh pelajar berkenaan tidak sama dengan apa yang guru maksudkan,komunikasi tersebut dikatakan tidak berkesan. Situasi ini dapat menjelaskan bahawabagaimana sesuatu komunikasi dikatakan tidak berkesan. “Cikgu mahu kamu semua jangandatang lambat besok pagi”. Mungkin pada pendapat sesetengah pelajar guru tersebut, 30minit dikatakan lambat, tetapi bagi sesetengah pejar yang lain menyatakan bahawa ianyatidaklah lambat. Oleh itu, ciri kefahaman yang baik amat meyumbang kepada keberkesanankomunikasi. 6.2 Ciri Keseronokan.Ada kalanya, kita berkomunikasi bukanlah semata-mata untuk menyampaikan mesej yangkhusus kepada penerimanya. Sebaliknya, kita cuma hendak mencari keseronokan daripadakehadiran orang lain bersama-sama kita dan kita hendak merasa seronok berbual-bual denganmereka. Apabila kita seronok dengan sesi perbualan itu, ia akan mendatangkankeseronokkan untuk berbual dengan orang tersebut. Begitu juga sebaliknya, sesetengahucapan dalam khalayak ramai adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok sepertiucapan selepas makan atau ucapan penghargaan atau lebih dikenali dengan ucapan tidakformal. Ciri keseronokan juga patut ada dalam komunikasi setiap guru untuk menarikperhatian pelajar-pelajarnya. Hail ini demikian kerana, jika guru terlalu serius dalampengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar akan cepat bosan dan tumpuan mereka akan
  3. 3. cepat hilang. Sebagai contoh, “seorang guru sejarah mengajar sejarah tanpa unsurekeseronokan, sudah pasti pelajar akan cepat bosan kerana subjek sejarah tidak dapatdinafikan merupakan subjek yang sedikit bosan”. Oleh itu, komunikasi ini tidak mencapaimatlamat sekaligus tidak berkesan. 6.3 Pengaruh ke atas Sikap.Salah satu fungsi komunikasi yang berkesan ialah dengan mempengaruhi sikap, nilai dankepercayaan orang lain iaitu guru terhadap dirinya sendiri dan juga pelajar. Maknanya di siniialah guru sentiasa cuba untuk mengubah sikap dirinya dan juga pelajar. Contohnya “semasaproses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru cuba mengubah sikap dan pendapatpelajarnya agar dapr menerim sikap dan pendapat guru tersebut”. 6.4 Memperbaiki Perhubungan.Satu lagi fungsi penting komunikasi ialah untuk memperbaiki hubungan yang sedia adaantara guru dan pelajar. Kesilapan yang paling asas dalam komunikasi guru dan pelajar ialahpelajar selalunya tidak faham arahan yang diberikan kepada mereka. Hal ini menyebabkanpelajar tersebut salah faham dan ia mewujudkan salah faham antara guru dan pelajar tersebut.Contohnya “pelajar tersebut dimarahi oleh guru tersebut kerana tidak mengikut arahan yangbetul”. 6.5 Wujudnya tindakan susulan.Ada kalanya kita berkomunikasi kerana kita mahu supaya ada tindakan atau maklum balasdibuat. Contohnya “ seorang guru matematik berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnyakerana mahu mereka belajr matematik. Namun, selagi pelajar guru tersebut tidak mahubelajar, guru tersebut dianggap gagal untuk berkomunikasi dengan pelajar berkenaan”.Olehitu, untuk memastikan komunikasi yang disampaikan berkesan, tindakan susulan haruslahdiwujudkan.
  4. 4. 9.0 Kemahiran yang perlu ada pada seorang Guru.

×