47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023

2,974 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,974
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
149
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023

  1. 1. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023__________________________________________________________ KPF5023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH TAJUK: KEPELBAGAIAI BUDAYA DAN ANALISIS BUKU TEKS UNTUK PERHATIAN: EN. AB TALIB HASHIM DISEDIAKAN OLEH:Bil. Nama No. matrik 1 HENRITTA SUALAN (L20101005806) 2 JESSYLA@ASSAD BINTI SHAPRI (L20101005822) 3 MUNIRAH ANIS BT JAMLI (L20101005820) PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH (ATO3D) 0
  2. 2. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023 ISI KANDUNGANPERKARA MUKA SURAT1.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA 1-22.0 KONSEP PENDIDIKAN BERDASARKAN BUDAYA 2 - 10 2.1 PEMBUDAYAAN 2.2 JANTINA 2.3 KAUM DAN ETNIK 2.4 BUDAYA 2.5 BUDAYA DAN AGAMA 2.6 GAYA PEMBELAJARAN 2.7 SOSIO-EKONOMI3.0 PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA 10 - 11 3.1 ISU-ISU PENDIDIKAN BUDAYA4.0 AMALAN PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA 11 - 15 4.1 MODEL SLEETER DAN GRANT 4.2 MODEL OLEH JAMES BANK5.0 ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS 16 - 25 5.1 KONSEP DAN PENGERTIAN BUKU TEKS 5.2 OBJEKTIF ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS 5.3 KANDUNGAN BUKU TEKS 5.4 REKA BENTUK BUKU TEKS 5.5 ISU BERKAITAN BUKU TEKS6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 267.0 RUJUKAN 278.0 LAMPIRAN 1
  3. 3. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50231.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA Secara umumnya kepelbagaian budaya adalah satu keseragaman budaya dalam satukomuniti. Satu komuniti ini merangkumi interaksi, toleransi dan integrasi. Pendek katakepelbagaian budaya merupakan suatu fakta yang harus diterima dan difahami secara positifdemi perkembangan kebudayaan. Konsep masyarakat kepelbagaian budaya diperkenalkanuntuk membezakan pegertian masyarakat mono-budaya. Masyarakat mono-budaya adalahmasyarakat asli atau etnik yang semua anggotanya mempunyai hubungan yang baik tanpaterikat secara paksaan berdasarkan nilai-nilai yang dominan dan kukuh dalam strukturmasyarakatnya. Manakala masyarakat kepelbagaian budaya ini terdiri daripada masyarakatyang terdiri daripada etnik dan kebudayaan yang pelbagai ragam tetapi hidup secara bersama.Kehidupan komuniti mereka tidak berdasarkan oleh sistem budaya tunggal atau tertutup tetapiberdasarkan nilai-nilai yang pelbagai. Menurut kamu Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihalberbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrityang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakancara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri denganmasyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada gabungan perkataan Sanskritdan Melayu iaitu µbudhi¶ dan µdaya¶ (Shamsul Amri Baharuddin, 2007;13). Perkataan µbudhi¶yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan µdaya¶pula ialah perkataan Melayu Polunesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budayamembawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakanantara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di ataskejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh kaum Cina di Malaysiamerupakan kaum yang paling berpengaruh dan memainkan peranan penting dalampembangunan ekonomi Negara Malaysia. Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjayabersaing dengan kaum Cina dan kaum Melayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomidan politik Negara ini. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyaibudaya adat resam dan ciri-ciri keistemewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telahmembentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk 2
  4. 4. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023mengekalkan keamanan dan kestabilan dari aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.Masyarakat yang yakin kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut.Justeru amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauhmana sistembudaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya.2.0 KONSEP PENDIDIKAN BERDASARKAN BUDAYA2.1 PEMBUDAYAAN Dalam konteks pendidikan di Malaysia, konsep kepelbagaian latar belakang pelajar iniadalah perkara asas dalam pembentukan pusat pembelajaran dan perkembangan pelajar.Kepelbagaian latar belakang pelajar ini merangkumi aspek jantina, kaum, budaya, gayapembelajaran, status sosio-ekonomi, sosio-politik & sosio-budaya. Menurut Khairul Yusri, 2007,perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada normakumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial ataubakat dan aspek ± aspek lain yang mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomiyang berbeza-beza yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itumempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia jugaadalah satu imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripadahasil pembelajaran mereka di sekolah. Konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini bolehdikaji dari aspek jantina, kaum dan etnik, bugaya, gaya pembelajaran dan sosio-ekonomi.2.2 JANTINA Umumnya, jantina manusia terbahagi kepada dua, iaitu lelaki dan perempuan. Perananjantina pelajar memberi pengaruh yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Menurut Sigmund Freud, pandangan corak peranan lelaki dan perempuan berkaitandengan Oedipus kompleks. Oedipus kompleks ialah kanak-kanak lelaki yang inginkan kasihsayang ibunya, namun mencemburui bapanya. Masalah ini menyebabkan kanak-kanakmenghadapi isu mencari identiti peranan jantina apabila dewasa. Eric Erikson mangatakanremaja menghadapi krisis identiti dalam mencari peranan jantina sebenar. Kesilapan dalammembentuk dan mendidik remaja akan menyebabkan wujudnya sifat negatif dalam diri merekadan ianya akan terus menjadi salah satu sifat dalam personaliti mereka. 3
  5. 5. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023 Secara umumnya, lelaki lebih baik dalam menyelesaikan tugasan matematik dan sains,sedangkan perempuan lebih cenderung ke arah kefasihan bercakap dan berbahasa. Hal inimenyebabkan pelajar lelaki boleh bertindak sebagai pemimpin manakala pelajar perempuanlebih cenderung kepada kesusasteraan dan kesenian. Namun, keadaan boleh berlakusebaliknya, perempuan belajar mengira pada peringkat umur lebih awal berbanding lelaki.Perbezaan jantina ini bukan sahaja ketara di seolah rendah, malah semakin ketara di sekolahmenengah. Lelaki dan perempuan memiliki minat yang berbeza dan memilih alat permainan yangberbeza. Kebiasaannya, perempuan lebih suka bermain anak patung dan lelaki suak bermainpermainan yang lasak. Begitu juga dari aspek pencapaian. Perempuan lebih menonjolkanpencapaian gred yang terbaik di peringkat awal persekolahan tetapi ianya berlaianan apabila diperingkat sekolah menengah. Pelajar lelaki melakukan yang terbaik dalam subjek yang merekaminati dan teruk dalam subjek yang tidak digemari. Manakala, pelajar perempuan hanyalahmendapat keputusan yang biasa dalam semua matapelajaran.2.3 KAUM DAN ETNIK Mengikut Kamus Pelajar bahasa Malaysia, Cetakan ke-sembilan 1993, kaumbermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar yangdikenali berdasarkan ciri-ciri seperti warna kulit dan rambut. Etnik pul berasal daripadaperkataan Greek,¶ethnos¶ yang membawa maksud kumpulan manusia atau bangsa yangmempunyai ciri-ciri seperti kewarganegaraan, budaya dan bahasa yang sama. Bangsa pulabermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta sifat-sifat seperti bangsa melayu. Kaum atau etnik merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yangmempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyaikesamaan dari segi sejarah, Negara asal, bahasa, tradisi, budaya, stuktur dan sistem nilai.Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan kaum atau etnik berkembang menerusi hubungankekeluargaan, kejiranan dan rakan-rakan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang akrab.Kumpulan kaum atau etnik sememangnya membantu mengekalkan talian kumpulan danmengukuhkan kumpulan etnik mereka. Kaum di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina,India, serta Sabah dan Sarawak. 4
  6. 6. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50232.4 BUDAYA Budaya secara ringkas merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajarioleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tafsiran klasik budaya selaludirujuk kepada Tylor (1987) yang mengatakan budaya sebagai ³keseluruhan yang kompleksyang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral undang-undang, adat dansebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahlimasyarakat´. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial denganmasyarakat di sekeliling kita. Budaya sebagai proses sosial memberi peluang kepada guruuntuk membentuk budaya melalui interaksi dengan pelajarnya. Budaya sebagai warisan social manusia, cara pemikiran, perasaan dan aksi-aksi yangdipindahkan daripada generasi ke generasi merangkumi budaya material dan bukan material.Budaya material wujud dalam maujud atau artifak fizikal seperti batu, gangsa, keris, pakaian,kereta, computer, kapal angkasa, bangunan sekolah dan sebagainya. Budaya nonmaterial pulamerupakan ciptaan-ciptaan abstrak seperti nilai, norma, kepercayaan, simbol, adat serta adab,institusi dan sebagainya. Budaya adalah hak masyarakat kerana masyarakat ditakrifkansebagai sekumpulan manusia yang hidup dalam satu wilayah dan mempunyai budaya yangsama. Komponen-komponen budaya akan menentukan bentuk tingkah laku yang dijangka bagianggota-anggota masyarakat. Norma misalnya menjadi peraturan sosial yang secara khususmenetapkan perangai yang sesuai dan tidak sesuai dalam situasi tertentu. Nilai pulamerupakan idea-idea mengenai apa yang dikehendaki, betul dan baik yang dikongsi bersamaoleh sebahagian besar anggota masyarakat. Begitu juga simbol mewakili makna objek dansubjek sementara bahasa merupakan sistem sosial berstruktur yang berdasarkan corak bunyiyang mempunyai makna khusus dan arbitrari dalam budaya masyarakat tertentu. Peranan sekolah sebagai agen pembudayaan sangat penting untuk mencapai matlamatpendidikan Negara. Adalah menjadi peranan sekolah dan institusi-institusi pendidikan lainmembentuk budaya yang dikehendaki oleh masyarakat. Budaya sekolah merupakansebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir daripada keperluanmasyarakat. Di sekolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendakioleh masyarakatnya. Murid-murid sejak mula masuk ke bangku sekolah terus didedahkankepada norma, nilai, symbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa hadapan mereka.Pendidikan nilai misalnya amat diutamakan. Seorang murid warganegara Malaysia adalahdikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material ala Malaysia. Sekiranya beliau 5
  7. 7. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023mengingkari nilai-nilai berkenaan, maka berlakulah penyelewengan budaya. Pembudayaan disekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Kurikulum formalmenentukan bidang akademik yang sesuai untuk membentuk budaya kerja Malaysia. Sekarangkurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam setiap matapelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Budaya formal sekolah merupakan apa yang telah dirancangkan. Selain daripada aktivitikurikulum, kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan-persatuan akademik, kelab-kelab sukan,kelab-kelab sosial dan unit-unit beruniform dibentuk secara formal. Dalam kurikulum akademik,murid-murid yang mendapat markah tinggi dan terbaik dalam peperiksaan selalu mendapatsanjungan dan pujian guru. Rakan-rakan juga akan menghormati mereka. Murid-murid yangbergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum mungkin mempunyai status yang tinggi dalamkomuniti sekolah. Seseorang yang memasuki banyak persatuan atau memegang jawatan-jawatan penting akan dihormati oleh rakan-rakan. Seorang yang juara dalam sukan, selalumempunyai ramai rakan dan peminat. Keseluruhannya pengiktirafan bergantung sebanyakmana keahlian persatuan yang diceburi dan jawatan disandang. Di samping itu, pembentukanbudaya melalui kurikulum tidak formal berlangsung apabila sekolah mengadakan aktivit-aktivitiseperti gotong-royong, hari asrama, hari terbuka, majlis penyampaian hadiah dan sebagainya. Terdapat beberapa perbezaan budaya antara sekolah-sekolah yang mempengaruhimurid-murid. Perbezaan boleh dilihat antara sekolah-sekolah harian biasa dengan sekolahasrama penuh, sekolah perempuan dengan sekolah lelaki, sekolah Bandar dengan sekolahdesa, sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan dan sebagainya. Perbezaanbudaya adalah ketara antara mereka yang berada di sekolah-sekolah berasrama penuh dansekolah-sekolah harian biasa. Mereka yang berada di sekolah asrama penuh dalam jangkawaktu tertentu diasingkan daripada masyarakat luar, malahan mereka telah diasingkandaripada ibu bapa. Mereka dengan ketat tertakluk kepada budaya formal kehiduapan asrama.Misalnya waktu-waktu untuk bangun pagi, sembahyang, sarapan, kelas, rehat, makan tengahhari, riadah, sukan, makan malam, belajar malam, masa persediaan dan tidur telah dijadualkansetiap hari. Waktu senggang mungkin dipenuhi dengan rakan sebaya. Bagi mereka yangberada disekolah harian biasa, waktu formal di sekolah lebih singkat. Faktor pembudayaansekolah tidak seketat sekolah asrama penuh. Di sebelah petang, malam dan hujung minggumereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massaataupun keluarga masing-masing. Mereka boleh bersiar-siar, menonton televisyen, kepawagam, bertemu rakan, penduduk di rumah dan sebagainya. 6
  8. 8. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50232.5 BUDAYA DAN AGAMA Berdasarkan kepada Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, telah ditetapkan bahawaterdapat tiga prinsip bagi membina kebudayaan kebangsaan iaitu kebudayaan kebangsaanharuslah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal di rantau ini, unsur-unsur kebudayaanlain yang sesuai dan wajar boleh diterima untuk menjadi unsur kebudayaan kebangsaan danIslam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kini, konsepkebudayaan kebangsaan telah semakin longgar apabila masyarakat Malaysia bukan sahajaberbangga dan meraikan budaya yang bukan berunsur peribumi, malah semakin menerimapelbagai unsur kebudayaan µasing¶ termasuk yang dari Barat sebagai cara hidup seharian.Penampilan dan penerimaan budaya yang pelbagai telah mencerminkan kekuatan kumpulanetnik berkenaan mengetengahkan identiti mereka. Perjuangan menuntut hak kini memasuki fasa terjahan kepada perkara yang selama inidianggap paling sensitif ia ini isu agama. Keberanian telah ditunjukkan dalam mencabar hakberagama dalam kalangan orang-orang Melayu. Usaha-usaha yang semakin berani menyentuhsensitiviti tradisional orang-orang Melayu antaranya seperti penggunaan kalimah Allah,kebebasan menganut agama lain dalam kalangan Melayu dan hakim bukan Islam di MahkamahSyariah. Cabar mencabar dalam agama bukan sahaja melalui hujahan awam dan di mahkamahmalahan juga ditonjolkan dalam aktiviti perkauman jalanan seperti peristiwa pelontaran anggotababi di masjid, perarakan kepala lembu serta pembakaran gereja dan surau. Pada satu segi, adalah difikirkan keberanian mencabar hal agama mempunyai kaitandengan semakin lemahnya sensitiviti agama dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri.Secara teorinya memang terdapat banyak faktor yang melemahkan sensitiviti etnik Melayuterhadap agama. Namun begitu dalam teori konflik, golongan yang berjuang selalu akan melihatkelemahan pihak lawan dan akan menyerang kelemahan-kelemahan berkenaan (Amir HasanDawi, 2006). Justeru secara teori juga diramalkan pada masa akan datang sedikit sebanyakakan berlaku perubahan dalam struktur kepercayaan beragama dalam kalangan masyarakatMelayu. Satu lagi status quo yang cuba dipertahankan oleh etnik Melayu ialah hak ketuananMelayu. Sejauh mana hak ketuanan Melayu wujud banyak bergantung kepada definisi hakketuanan itu sendiri. Selama ini kemungkinan ketuanan mempunyai kaitan dengan kepimpinanyang berwibawa. Namun dalam era moden kapitalis amatlah sukar mempertahankan ketuananpolitik tanpa kekuatan ekonomi. Pengiktirafan kepada ketuanan tidak mungkin dapat 7
  9. 9. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023dipertahankan dalam masyarakat yang bertunjangkan kapitalisme sekiranya tidak disokong olehkedudukan kewangan. Lantas ketuanan berkemungkinan hanya suatu simbol di mana dalamrealiti ia tidak bermakna. Sebaliknya bagi golongan bukan bumiputera yang mengusai ekonomi,penguasaan mereka adalah suatu realiti ketuanan. Oleh itu dalam golongan bumiputeraterdapat keperluan memperkukuhkan ekonomi jika mahu meneruskan 8 µKetuanan¶. Tidak adapihak yang rela menerima sifat ketuanan yang lemah. Dalam jangka masa panjang, teorievolusi membuktikan ketuanan diterima adalah yang berlaku secara proses semula jadi.2.6 GAYA PEMBELAJARAN Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhibagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Jenis gayapembelajaran berkaitan dengan pengalaman, nilai yang dipegang dan pendedahan pendidikansewaktu membesar. Menurut Robert M. Gagne, (1970), pembelajaran sebagai perubahantingakah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan & tidak termasuk perubahanyang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu Visual, Auditori dan Kenestatikatau lebih dikenali sebagai gaya pembelajaran VAK. Pelajar yang tergolong dalam golonganvisual merupakan pelajar yang suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda,gambar atau gambarajah, demonstrasi tindakan dan lakonan. Bagi pelajar daripada golonganaudio, mereka lebih suka mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita, penerangan,syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain, menerangkan, berbual, member pendapat,bercerita atau menghuraikan. Golongan kinestatik merupakan golongan pelajar yang sukabelajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti menulis atau melukis, membuatlatihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi dan projek. Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dicipta oleh Katherina Briggs dan Isabel Myersuntuk mengukur pilihan-pilihan psikologi dalam bagaimana orang ramai melihat dunia danmembuat keputusan. Menurut MBTI, kanak-kanak yang diasuh dengan penuh demoktari danpenuh kebebasanakan menunjukkan dengan jelas ciri-ciri ekstrovert. Terdapat empat kategoridalam mengelaskan pelajar mengikut MBTI iaitu eksrtovert vs introvert, deria vs gerak hati,pemikiran vs perasaan serta mengadili vs mengamati. 8
  10. 10. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50231. Eksrtovert vs Introvert Ekstrovert merujuk kepada individu yang berkeinginan mencuba semua perkara terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar dirinya. Mereka mudah menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dengan cepat, peramah, mudah berinteraksi, bebas dari perasaan bimbang dan berminat dengan pelbagai sukan. Introvert merupakan individu yang lebih memfokuskan dalam diri sendiri. Mereka tidak gemar aktiviti sosial yang melibatkan hubungan interpersonal. Golongan ini bersikap pasif, sensatif dan pemalu serta mempunyai ikatan persahabatan yang berpanjangan walaupun tidak mempunyai ramai kawan.2. Deria vs Gerak Hati Deria ialah kumpulan individu yang bersifat praktikal, menumpu segala bentuk fakta- fakta yang sedia ada dan menjalankan tugas secara terperinci. Gerak hati pula merupakan sekumpulan individu yang menitikberatkan kepada sesuatu pengertian dan kemungkinan.3. Pemikiran vs Perasaan Individu yang tergolong dalam golongan pemikiran merupakan seseorang yang cenderung untuk mengambil keputusan yang berasaskan logik dan mengikut prosedur. Manakala individu yang tergolong dalam golongan perasaan pula merupakan seorang yang cenderung membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang bersifat peribadi dan berkemanusiaan.4. Mengadili vs Mengamati Mengadili menerangkan seseorang yang berperibadi tetap, patuh dan mengikut peraturan tertentu, gemar mengambil keputusan atau kesimpulan walaupun data atau maklumat tidak lengkap. Golongan mengamati ialah seseorang yang sentiasa berubah mengikut persekitaran. Mereka sentiasa berusaha untuk melengkapkan maklumat- maklumat yang telah diperolehi. 9
  11. 11. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50232.7 SOSIO-EKONOMI Sharifah Alwiah Alsagoff, (1985) menyatakan bahawa taraf atau status dipangkatkanmengikut ukuran-ukuran pencapaian pendidikan, pelajaran, kemahiran, pendapatan, kelassosial, kedudukan politik, asal usul ras dan etnik serta faktor-faktor lain yang berkaitan. Ahlisosiologi mendefinisikan status sosio-ekonomi sebagai pendapatan seseorang, pekerjaan,pendidikan dan pangkat seseorang dalam komuniti. Status sosio-ekonomi adalah disebabkanketurunan, kemiskinan dan pendidikan yang diterima seseorang. Status sosio-ekonomi tidakberkait dengan perbezaan kaum, budaya dan etnik (Robert E. Slavin, 1997). Status sosio-skonomi amat berkait rapat dengn kelas ekonomi yang kebiasaannya dinilai menerusiperbezaan pekerjaan, kelas sosial dan tempat tinggal. Masyarakat selalunya membuat rumusan bahawa mereka yang mempunyai pendapatanpekerjaan yang tinggi, berada di peringkat teratas dalam kelas sosial dan tinggal di kawasanbandar merupakan golongan yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang terbaik dan amatberbeza dengan golongan yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan luar bandar.Pemikiran masyarakat setempat yang masih lagi di takuk yang lama menyebabkan merekamerasa rendah diri apabila dikelilingi oleh golongan yangmempunyai status sosio-ekonomi yangtinngi.3.0 PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA Pendidikan kepelbagaian budaya ialah struktur keutamaan pendidikan, komitmen danproses yang menggambarkan reality budaya majmuk sebagai budaya kehidupan di Malaysia.Keutamaan pendidikan perlu memberi fokus pada perkembangan dan pengekalan kesedarankepelbagaian budaya seperti yang digambarkan oleh individu, kumpulan dan komuniti. Iamemerlukan komitmen para pendidik pada konsep asas kepelbagaian seperti yang dinyatakanmelalui aspek dimensi etnik dan cara hidup budaya kumpulan. Pendidikan pelbagai budayamengenal pasti pengekalan budaya penting bukan sahaja kepada kehidupan kumpulantertentu, tetapi pada asas rukun yang menyokong demokrasi yang ideal. Nilai pendidikan pelbagai budaya berbeza dan menggalakkan perkembangan kesedaranbagi perbezaan ini. Ia mengenalpasti persamaan yang wujud antara individu dengan kumpulan.Ia adalah tanggungjawab pendidikan yang utama bagi menyemai sikap dan tingkahlaku yangpenting bagi mengelakkan perlakuan yang tidak adil berdasarkan penampilan fizikal, kelakuam 10
  12. 12. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023dan cara hidup. Penghapusan amalan rasisme dan bersifat perkauman dalam masyarakat iniadalah tanggungjawab besar dalam institusi latihan perguruan dan sekolah. Penerapan pendidikan pelbagai budaya dalam struktur pendidikan adalah melaluifalsafah pendidikan. Kurikulum, bahan-bahan pembelajaran, guru, suasana pendidikan akanditerapkan dengan kemudahan pendidikan pelbagai budaya. Faktor budaya akan difahami,dihargai dan dibentuk ke dalam semua pengalaman pendidikan dalam lingkungan system.Faktor utama pertimbangannya adalah kumpulan etnik dan factor budaya yang berkaitandengan mereka. Konsep pelbagai budaya dalam pendidikan berkaitan dengan hubungan antara muriddengan guru, ibu bapa dengan guru dan guru dengan komuniti. Ia tidak mencukupi hanyadengan memahami perbezaan budaya yang mungkin berlaku. Apa yang diperlukan adalahsokongan yang positif bagi perbezaan-perbezaan ini. Pendidikan pelbagai budaya menyediakan banyak pengaruh dengan mengenal pastikemajmukan etnik dan latar belakang budaya individu, dan menerima kemajumukan danmembinanya. Kefehaman konsep pelbagai budaya perlu meliputi semua aspek latihanperguruan. Oleh itu, pengalaman menyediakan gur pelatih, guru dalam perkhidmatan danpelatih guru perlu menggambarkan konsep pelbagai budaya. Kebimbangan disini bukan sahajasecara langsung kepada guru pelatih ataupun guru tetapi termasuk pendidik yangbertanggungjawab, membina, melaksanakan dan menilai program latihan perguruan.3.1 ISU-ISU PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA Peluang pendidikan selepas merdeka telah mengalami perubahan. Pendidikan padaperingkat ini memberikan peluang kepada semua kaum. Ini bermaksud faktor kaum tidak lagimempengaruhi peluang untuk pendidikan. Setiap kaum bebas untuk mendapatkan pendidikan.Sistem pendidikan vernakular yang berasakan kaum masih wujud contohnya sekolah jeniskebangsaan Cina dan India. Namun begitu, semua sekolah jenis kebangsaan tersebut tidakhanya memberikan peluang pendidikan kepada kaumnya sahaja. Hal ini kerana ada jugadaripada kaum lain contohnya kaum Melayu menghantar anaknya ke sekolah jenis kebangsaanCina. Ini menunjukkan bahawa keterbukaan antara kaum semakin kukuh khususnya dalammendapatkan pendidikan dan secara tidak langsung perpaduan dapat dikukuhkan untukmendapatkan peluang tersebut. Peranan kerajaan khususnya kementerian pendidikan dengan 11
  13. 13. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023melaksanakan sistem sekolah seperti pembinaan sekolah wawasan yang menempatkanpelbagai kaum adalah satu langkah baik yang secara langsung menyebabkan faktor kaum tidaklagi mempengaruhi peluang pendidikan antara kaum. Peluang pendidikan pada abad-21 juga mengalami kesan akibat daripada kepelbagaiankaum yang wujud di Malaysia. Peluang pendidikan pada peringkat ini di pengaruhi oleh duafaktor iaitu faktor meritokrasi dan globalisasi. Meritokrasi adalah suatu sistem yang mengambil kira merit atau tahap kecemerlanganakademik seseorang dalam peperiksaan utama iaitu SPM dan STPM untuk berkelayakanmemasuki sesuatu institusi pendidikan. Pelaksanaan sistem ini menyebabkan wujudnya suatupersaingan untuk mendapatkan peluang bagi melanjutkan pengajian. Pelaksanaan sistem inijuga membolehkan pelajar-pelajar berkelayakan dan mempunyai tahap pencapaian akademikyang baik untuk diberikan peluang pendidikan. Sistem ini turut dilaksanakan dalam pemberianbiasiswa. Oleh itu, pada peringkat pendidikan abad-21 ini faktor kaum tidak lagi boleh dikatakanmempengaruhi peluang pendidikan. Dengan pelaksanaan sistem ini, setiap pelajar tanpamegira kaum bebas bersaing untuk mendapatkan peluang tersebut. Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikandunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembanganteknologi maklumat. Globalisasi juga adalah satu proses kehidupan yang serba luas dan infinitimerangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasaioleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersamadalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam bidang pendidikan turut dipengaruhi olehpencapaian globalisasi ini. Kesan globalisasi dalam pendidikan menyebabkan peluang tersebutsemakin luas. Globalisasi menyebabkan peluang pendidikan tersebut semakin luas. Peluangpendidikan yang tidak terbatas dengan perkaitan teknologi dengan pendidikan diaplikasikan.Dengan menggunakan teknologi, setiap kaum boleh menimba ilmu pengetahuan. Denganpenggunaan teknologi akibat lonjakan globalisasi membolehkan setiap kaum diberikan peluangpendidikan secara sama rata, tidak ada lagi unsur yang berasaskan kaum, dan semuanyabergantung kepada setiap kaum tersebut sama ada ingin merebut peluang tersebutsememangnya tersedia ada. Kesimpulanya, dalam pendidikan abad ke-21 ini peluang tersebuttidak lagi dapat dipengaruhi oleh kaum. Hal ini kerana pendidikan kini boleh dipelajari, dikongsi,bersifat sejagat, boleh diwarisi, sentiasa berubah, simbolik dan berpandangan semesta. 12
  14. 14. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50234.0 AMALAN PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA. Pendidikan merupakan struktur yang menyumbang kepada keberlangsungan sesebuahmasyarakat. Untuk mencapai kesejahteraan, pendidikan perlu mempunyai unsur-unsur yangmenyokong kepada matlamat keseluruhan masyarakat. Justeru pendidikan diharapkanmenjalankan fungsi-fungsi yang dikehendaki. Sebagaimana yang berlaku dalam dunia maju,masyarakat Malaysia telah menerima unsur-insur moden. Pendidikan multibudaya merupakan satu sistem pendidikan yang mengamalkan kepadakepercayaan dan tingkahlaku di mana semua kaum saling menghormati dan mengiktiraf nilai-nilai perbezaan sosial budaya yang terdapat dalam masyarakat sesebuah negara. Keunikansekolah di Malaysia berbanding negara lain adalah pelajar di sekolah-sekolah Malaysia terdiridaripada tiga kumpulan etnik yang berbeza iaitu Melayu,Cina dan India. Selain itu terdapat jugabeberapa etnik yang lain seperti bumiputera Sabah dan Sarawak. Kumpulan etnik inimempunyai budaya,adat resam,nilai,norma dan kepercayaan yang mempengaruhi segalatingkahlaku dan kehidupan seharian mereka. Berdasarkan kepada perkara ini, maka tujuanpendidikan Malaysia mengutamakan pendidikan multibudaya untuk meningkatkan integrasisosial di antara pelbagai etnik serta menghindari daripada diskriminasi kaum. Di Malaysia,pembangunan bangsa dan perpaduan kaum dititikberatkan dalam agenda pendidikan keranaperpaduan nasional dan integrasi nasional merupakan dasar pendidikan negara. Dalam satupetikan yang diambil dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa ´untukmenanamkan dan memupuk kesedaran kebangsaan melalui pembinaan cita-cita bersama,nilai-nilai, aspirasi dan kesetiaan perlu ada untuk membentuk kesatuan nasional dan identitikebangsaan dalam suatu masyarakat . Bagi mencapai tujuan pendidikan multibudaya iniberjaya dilaksanakan para pelajar daripada kumpulan etnik berbeza ditempatkan kepada satukelas agar mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain. Selain meningkatkan integrasiantara kaum cara ini juga boleh meningkatkan toleransi kaum dan interksi sosial.4.1 Model oleh Sleeter dan Grant Berdasarkan kepada Model Sleeter dan Grant, salah satu komponen penting dalampendidikan multibudaya adalah penglibatan daripada organisasi sesebuah sekolah itu. Guruperlu menunjukkan contoh pendidikan multibudaya iaitu bukan hanya memberi keutamaankepada satu kaum sahaja dalam menberikan ilmu pengethuan. Sebaiknya seorang guruataupun pentadbir sesebuah sekolah itu memberikan perhatian yang sama rata kepada semua 13
  15. 15. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023pelajar tanpa mengira bangsa dan kaum. Menurut Model Sleeter dan Grant, untuk mengelakkanketidakseimbangan prestasi akademik pelajar guru harus mengharapkan semua pelajar untukberjaya dan tidak hanya mengharapkan kepada kelas, jantina, bahasa,status sosial, ekonomidan bangsa pelajar. Sleeter dan Grant bersetuju terhadap Pendidikan Multibudaya ini tetapi kurang bersetujuterhadap usaha yang dijalankan setakat ini. Menurutnya, sekolah sepatutnya menekankankepelbagaian budaya. Beberapa sekolah di Ameriksa Syarikat hanya mengajar dan bukannyamenekankan kepada amalan. Ini menyebabkan objektif pendidikan multibudaya ini tidaktercapai. Pelajar harus dididik bagaimana untuk meningkatkan integrasi antara kaum. Sleeter dan Grant menyatakan kebanyakan sekolah dan guru-guru hanya menunjukkankurikulum,bahan-bahan,filem serta alat bantu mengajar setiap kumpulan budaya yang berbeza.Sepatutnya pelajar perlulah dilatih dan disarankan agar mengamalkan toleransi kaum denganmenghormati serta berinteraksi pada kaum yang berbeza. Sikap ibu bapa yang mengamalkansikap stereotaip terhadap bangsa lain perlu dibendung daripada menular kepada anak-anakmereka. Berdasarkan Sleeter dan Grant, perbezaan budaya perlu diajarkan kepada diri pelajarterutamnya konsep perbezaan individu itu. Pendekatan dengan menggunakan pengajarantentang makanan,pakaian dan cerita rakyat dari budaya lain tidak dapat mencapai objektifpendidikan multibudaya.4.2 Model oleh James Bank James Bank telah mengembangkan satu model dimana pendidikan multibudaya terdiridaripada empat peringkat. Peringkat pertama adalah mengenalpasti sumbangan. Padaperingkat ini, pendidikan menumpukan kepada sumbangan jasa pahlawan,makanan pelbagaibangsa,dan unsur budaya diskrit. Pada peringkat kedua µAddictive¶ kurikulum ditambah denganunit khas dalam etnik tertentu tetapi tidak terdapat sebarang perubahan kepada kandunganasas kurikulum yang terdahulu. Tahap ketiga dalam model Bank,adalah transformasi. Dimanapada peringkat ini sifat ingin tahu dipupuk dalam diri pelajar. Pelajar akan dilatih untuk melihatsendri isu-isu dari perspektif pelbagai budaya. Sekolah perlu membuat kerangka yang berbezadari rujukan dan bahan kandungan daripada pelbagai budaya dalam rangka memperluaskanpemahaman pelajar. Peringkat keempat dalam model Bank adalah hubungan sosial. Sebuahsekolah perlulah mewujudkan suasana yang mengutamakan integrasi nasioanl dkalanganpelajarnya.Tujuan utama pendidikan multibudaya bagi Banks adalah untuk mempersiapkan 14
  16. 16. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023pelajar dalam masyarakat yang pelbagai pada hari ini. Pendidikan multibudaya ini mempunyaiperanan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bersifat demokratik. Menurut Banks (1994), pendidikan multibudaya merupakan bidang kajian dan disiplinyang utama bertujuan untuk membuka peluang pendidikan yang sama bagi setiap pelajar yangpelbagai bangsa, etnik, kelas sosial dan kumpulan budaya. Pendidikan multibudaya ini adalahpenting untuk membantu semua pelajar untuk mendapatkan pengetahuan,sikap dan kemahiranyang diperlukan untuk digunakan dalam ahli masyarakat yang demokratik dan ia juga melatihpara pelajar berinteraksi, berunding dan berkomunikasi dengan masyarakat dari kumpulan yangpelbagai dalam menwujudkan masyarakat majmuk demi kebaikan bersama. BerdasarkanBanks, pendidikan multi budaya bukan sahaja untuk mengelakkan pengasingan kaum disekolah tetapi juga adalah satu cara untuk memperkenalkan kepada pelajar kepada semuajenis bangsa yang pelbagai, menggalakkan penglibatan guru-guru minoriti, mengelakkan beratsebelah serta pembelajaran kooperatif dikalangan pelajar. Pada pandangan Bank (1994) lagi , menyatakan pendidikan multibudaya adalah satuusaha untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pelbagai etnik, budaya sertakumpulan jantina. Peningkatan prestasi akademik juga dapat dinaikkan hasil daripadaperkongsian serta interkasi pelajar dalam menyalurkan ilmu pengetahuan sesama mereka.Bank menggambarkan tiga cara dalam menjalankan pendidikan multibudaya: i. Program yang menggunakan gaya pembelajaran berasaskan budaya dalam usaha untuk menentukan gaya pengajaran untuk digunakan dengan kumpulan etnik ii. Program Bilingual atau Dwibudaya- program bahasa dibina di atas bahasa dan budaya pelajar Afrika-Amerika, dan iii. Program matematik dan sains khusus untuk etnik minoriti atau pelajar perempuan. Banks (2001), menyatakan kepelbagaian budaya yang semakin meningkat di AmerikaSyarikat mencabar. Guru perlu menghormati dan mempengaruhi pelajar agar membawaperasaan menghormati budaya lain dalam proses pengajaran agar pelajar dapat memperolehpengetahuan tentang nilai-nilai budaya yang ada dalam masyarakat sekeliling. 15
  17. 17. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50235.0 ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKSSUBJEK : PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATANTAHUN : TIGAPENULIS : ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR, HUSAIN BIN AYOB, ZALAWATI BINTI SUFIANPENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKATEMPAT TERBIT : SELANGOR DARUL ESHANTAHUN TERBIT : CETAKAN PERTAMA 20045.1 KONSEP DAN PEGERTIAN BUKU TEKS Buku teks mempunyai perkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itusetiap guru atau calon guru hendaklah membekalkan diri masing-masing dengan ilmupengetahuan tentang buku teks. Ia juga merupakan bahan atau sumber yang penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Plato misalnya, telah menghasilkan karya agung beliauyang berjudul µRepublik¶ yang menjadi teks penting di pusat pendidikan yang diasaskannya iaituAkademi. Selai itu buku teks juga digunakan sumber maklumat mengenai mata pelajaran ataubidang tertentu serta mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah Negara. Menurut tradisi Islam, buku teks juga menjadi bahan pendidikan yang penting. Pengajianyang berasaskan akidah dan syariah dilaksanakan dengan berasaskan teks yang menjadi nas,iaitu Al-Quran dan Hadis, yang menjadi teks induk dan merupakan sumber penghasilan tekslain dlam bentuk kitab tafsir, tauhid, feqah dan lain-lain. Selain itu buku teks merupakan unsur penting dalam proses pendidikan formalterutamanya di sekolah, buku teks menjadi mekanisme untuk melaksanakan pendidikan danmenyalurkan ilmu yang diperlukan oleh generasi muda Abd Shukor Abdullah (1990:12), bukuteks merupakan bahan dimana suatu yang penting bagi guru dan murid. Peranan dan pengaruhbuku teks ini merupakan penentuan penting dalam pencapaian pelajar. 16
  18. 18. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023 Buku teks adalah antara bahan pengajaran yang paling dominan dan senang digunakansebagai sumber pemerolehan ilmu sejak sistem pendidikan formal di jalankan di sekolah. Bukuteks merupakan buku khusus yang digunakan untuk menyampaikan pengetahuan tertentu bagikegunaan pendidikan formal di sekolah. Buku ini digunakan dengan amat meluas sebagaibahan pengajaran dimana merupakan sumber utama untuk mendapatkan bahan pengajarantertentu dan idea yang mungkin dapat dikembangkan dengan menggunakan bahan tambahan.Buku teks hendaklah dilihat sebagai alat bantu mengajar dan bukan satu-satunya sumberpengajaran. Buku teks perlu disertai bahan lain yang diusahakan oleh guru. Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, sukatan pelajaran standard dan bukuteks tertentu telah disediakan untuk pelajar. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani danKesihatan, buku teks bagi setiap peringkat persekolahan telah ditetapkan oleh KementerianPendidikan Malaysia terutamanya dari segi kualiti isi kandungan. Selaras denganpembangunan Negara yang begitu pesat, mutu pendidikan perlu sejajar dengan arusperkembangan ini. Mulai tahun 2003 buku teks banyak mengalami perubahan. Dari aspek penulisan, banyak proses yang berlaku sebelum sebuah tulisan dapatdihasilkan. Proses mendapatkan idea, menyusun idea, menterjemahkan idea ke dalam bentukperkataan, frasa, ayat dan melengkapkan penulisan idea perlu dijalankan untuk menghasilkansebuah karya yang dapat menepati tujuan penulisan dan dapat disampaikan serta diterima olehpembaca sasaran. Dalam penyiapan sebuah tulisan, penyemakan merupakan proses yangsangat penting untuk memastikan sebuah tulisan itu dapat disempurnakan dan dapat menepatitujuan serta cita rasa pembaca sasaran. Dalam konteks penulisan buku teks sekolah rendah, penyemakan sangat pentingkerana penulisan buku teks melibatkan penyampaian pengetahuan dan pengalamanpengajaran-pengajaran yang bakal membentuk minda dan corak masyarakat pada masahadapan. Penyemakan dapat digunakan sebagai alat bantu utama dalam pengajaran-pengajaran bilik darjah. Selain itu, penulisan buku teks perlu menjadi contoh yang baik kepadapelajar dan guru. Batasan Kerbergantungan pada buku teks banyak berpunca daripada penekanan pada bahanbertulis sebagai media utama pendidikan. Selain itu, faktor masa untuk menyediakan bahanpengajaran turut menjadi punca. Kebanyakan guru kekurangan masa atau latihan untukmenyediakan bahan baru dan sebagai bahan mudah mereka bergantung pada buku teks danbuku kerja. Pada hakikatnya, buku teks merupakan alat pengajaran yang dapat diterima selagi 17
  19. 19. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023guru melakukan pemilihan bahan dengan teliti dan memanfaatkannya dengan perspektif yangbetul sehingga tidak dianggap satu-satunya sumber pengetahuan dan tidak pula buku teksbertukar menjadi kurikulum (Ornstein 1990: 333).5.2 Objketif analisis dan penilaian buku teks Penilaian dan analisis buku teks ini adalah untuk mengkaji kesesuaian buku teksKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan TahunTiga dari struktur dalaman dan luaran teks. Menurut Hashim Mydin (1983: iv), buku teks perlu disemak tentang perkara-perkaraseperti kebolehan murid, kesesuaian buku mengikuti latar belakang murid ataupun berdasarkankepelbagaian budaya, bilangan latihan dan sebagainya perlu diambil kira agar dapat memberimanfaat yang maksimum. Kesesuaian bahan dalam buku teks perlu dan harus dapat menarik minat pelajar untukmembaca dan meminati pelajaran tersebu. Pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan didalam buku teks mesti diteliti berdasarkan peringkat umur, kematangan, keupayaan dan latarbelakang sosiobudaya pelajar.5.3 KANDUNGAN BUKU TEKS Tinjauan terhadap kualiti buku teks di Negara ini mendapati bahawa banyak buku teksmengandungi fakta dan penggunaan bahan yang tidak tepat, lemah dari segi ilustrasi, dan arasbahasa yang kurang menepati kumpulan sasaran (Paxman, Doening dan Read 1998). Kualitibuku teks juga memperlihatkan masalah dalam bidang editorial, reka bentuk dan reka letakdengan variasi yang berbagai-bagai daripada buku teks bercetak hitam kepada buku teksbercetak berwarna penuh. Kandungan buku teks mestilah tepat mengikut piawaian penguasaan pendidikan, sertaberdasarkan sumber rujukan berwibawa bagi mata pelajaran berkenaan. Kandungan buku teksini dipilih, disusun dan disesuaikan mengikut tahap dan keperluan sukatan pelajaran. Selain itu,buku teks juga harus meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi murid untuk melahirkaninsan yang seimbang, harmoni dan berakhlak mulia. 18
  20. 20. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023 Kerja kursus ini menumpukan perhatian pada analisis buku teks Pendidikan JasmaniDan Pendidikan Kesihatan Tahun Tiga, khususnya dalam era Kurikulum Bersepadu SekolahRendah(KBSR). Hal ini kerana, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bertujuanmembantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasanserta aspek-aspek kesihatan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkarautama iaitu kognitif , psikomotor dan afektif. Kognitif membolehkan murid mengetahui danmemahami akan aspek kecergasan dan kesihatan yang boleh diamalkan dalam kehidupanseharian. Pendidikan kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuankesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.Psikomotor mendedahkan murid tentang pergerakan, permainan dan aktiviti sukan. Manakalaafektif ini membolehkan nilai-nilai murni diterapkan pada diri murid melalui Pendidikan Jasmanidan Pendidikan Kesihatan. Bagi memastikan kejayaan, pengajaran dan pembelajaranPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu dilaksanakan dengan berkesan. Salahsatu unsur yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran iniialah buku teks yang berkualiti. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran terasKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Buku ini ditulis berdasarkan kepada SukatanPelajaran(SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP). Selain itu, buku ini juga ditulis seiringdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini dikukuhkan dengan harapandapat melahirkan warganegara yang cemerlang, berdaya saing dengan kehendakpembangunan dan perkembangan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) sebagaimemenuhi kemajuan Negara pada masa depan.5.3.1 Ketepatan isi kandungan Mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan kini banyak mengalamiperubahan sama ada dari segi konsep ataupun perkembangan intipati kandungannya. i. Kelengkapan isi kandungan ii. Keluasan isi kandungan iii. Kedalaman isi kandungan Daripada ketiga-tiga intipati kandungan ini maka, kesesuaian isi kandungan adalahselaras dengan tahap perkembangan murid Tahun 3. 19
  21. 21. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50235.3.2 Kesesuaian dengan kehidupan Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui aktiviti kecergasan fizikal adalah sesuaidigunakan dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah sesuai digunakandalam PJPK berdasarkan buku teks. Keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar jugasesuai kerana dalam tunjang Pendidikan Kesihatan banyak menerapkan nilai-nilai murni dalamkehidupan seharian. Contohnya dalam tunjang Kesihatan Diri Dan Keluarga, nilai sepertibertanggungjawab, kesopanan, tolong-menolong dan hormat-menghormati diterapkan dalamdiri murid. Selain itu, buku teks ini juga menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan yangsesuai kerana banyak menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia.5.3.3 Kepekaan terhadap nilai tempatan Berdasarkan kandungan buku teks, ia dapat meningkatkan kepekaan terhadap nilai-nilaitempatan yang melibatkan domaian afektif seperti bekerjasama, hormat-menghormati danbanyak lagi diperjelaskan dalam Bab 4 iaitu Kesihatan Diri Dan Keluarga. Mengembangkankepekaan murid terhadap nilai-nilai gagasan atau wawasan Negara diterapkan dalam domainafektif pembelajaran iaitu menyemai semangat berpasukan serta menanamkan keyakinandalam diri pelajar.5.3.4 Fokus kandungan Fokus kandungan dalam buku teks Tahun 3 Pendidikan Jasmani dan PendidikanKesihatan lebih mendorong kepada murid dalam perkembangan kemahiran asas dankeseronokan dalam melakukan aktiviti. Selain itu dalam mengembangkan daya kritikal dankemahiran hidup juga diterapkan dalam diri murid berdasarkan pembelajaran kandungan bukuteks ini. Secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikan kemahiran dalam kehidupanmereka seharian. 20
  22. 22. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50233.3 REKA BENTUK BUKU TEKS Reka bentuk adalah pelan tersusun yang merangkumi konsep rekaan sesebuah buku.Reka bentuk ini merupakan rekaan yang memaparkan teks atau bahan grafik atau bahan lainpada halaman buku. Format persembahan pada keseluruhan buku hendaklah terancang,berfungsi, jelas, ramah pengguna serta mudah. Setiap ruang mestilah digunakan secaraoptimum, disamping mengambil kira ruang membolehkan pembaca merehatkan mata. Rekabentuk yang baik dapat memandu mata pembaca, membaca mengikut urutan dalam sesuatuterbitan dan membezakan bahan-bahan utama dan bahan-bahan sekunder. Reka bentuksesebuah buku teks juga merupakan factor penting yang dapat membezakan sesuatu terbitandengan terbitan lain. Prinsip asas reka bentuk buku teks ini melibatkan keseuaian kepada falsafah,psikologi,sosiologi, pedadogi dan teknologi.5.4.1 Struktur teks Struktur teks ialah susunan bahagian yang perlu ada dalam sebuah buku. Bahagianyang secara konvensional perlu ada dalam buku ialah bahagaian pendahuluan, bahagian isi,bahagian bahasa, bahagian paparan, bahagian grafif dan bahagian akhiran (the ChicagoManual of Style 1993, gaya dewan 1995, dan Klitguard 1983). Analisis struktur teks ini akanmenumpukan perhatian pada bahagaian, pengenalan, bahagian isi dan bahagian penutup.Buku ini didapati memenuhi ciri buku yang sempurna dari segi struktur keseluruhan, iaitubermula dengan bahagian pengenalan dan diiikuti oleh bahagian isi dan bahagian penutup. Halini dapt memudahkan murid atau guru merujuk buku teks ini.5.4.2 Bahagian pengenalan Bahagian pengenalan buku ini terdiri daripada: i. Halaman judul ii. Halaman hak cipta dan Penghargaan iii. Halaman kandungan iv. Kata Pengantar (oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia). v. Pendahuluan 21
  23. 23. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50235.4.3 Bahagian isi Pada halaman kandungan diberikan maklumat yang memberi gambaran tentang isi teksdan item pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang diperincikan dalambahagian teks. Buku teks tersebut ditulis berdasarkan kepada enam tunjang pembelajaranseperti terdapat dalam Huraian sukatan Pelajaran (HSP) iaitu Kecergasan Fizikal, Kemahiran,Kesukanan, Kesihatan Diri Dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan Dan KeselamatanPersekitaran. Kesemuanya disampaikan menggunakan pendekatan konsep Sains Sukan,penerapan Sains dan Teknologi, merentas kurikulum dan pencarian maklumat daripada lamanweb. Setiap pembelajaran disampaikan dalam bentuk ilustrasi yang menarik dan ditambahdengan maklumat tambahan dan aktiviti kemahiran berfikir sebagai mengukuhkan pemahamanmurid.5.4.4 Bahagian Penutup Bahagian penutup buku ini pula tidak dinyatakan atau tidak terdapat dalam buku.Bahagian penutup sebuah buku teks sepatutnya terdiri daripada glosari, senarai rujukan danindeks. Bahagian penutup ini iaitu glosari, senarai rujukan dan indek penting sebagai panduandan rujukan.5.4.5 Jenis isi Isi sesuatu buku teks terdiri daripada beberapa aspek iaitu skop, integrasi, imbangan,urutan dan kesinambungan. Bahagian isi teks yang menjadi teras buku ini dibahagikan kepadaenam tunjang pembelajaran. Setiap tunjang ini memenuhi skop yang dinyatakan berdasarkanSukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Contohnya, tunjang pembelajaran 1 iaituKecergasan Fizikal merangkumi kepada lima unit kecergasan fizikal iaitu Daya TahanKardiovaskular, Fleksibiliti, Koordinasi, Imbangan dan Ketangkasan. Setiap unit pembelajaranadalah untuk berperanan kepada pengolahan bahan, isi, aktiviti pengajaran dan pembelajarandan untuk menyatupadukan kandungan. Hal ini, sesuai bagi memupuk kemahiran dalampergerakan fizikal, amalan asas kesihatan dan nilai murni dalam diri setiap murid serta muriddapat menguasai Hasil Pembelajaran yang terdapat dalam sukatan. wujud integrasi isi antaraunit-unit dan tunjang pembelajaran. Setiap unit pembelajaran tersebut dikembangkan dengan memanfaatkan pelbagaibahan rangsangan dialog, lagu, manipulasi peralatan, permainan dan bahan grafik ( carta dangambar). Didapati sebahagian besar bahan rangsangan dalam buku ini ialah menggunakan 22
  24. 24. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023bahan grafik dimana bahan grafik ini lebih menarik minat murid untuk membaca. Contohnyaialah, aktiviti manipulasi peralatan dan grafik iaitu gambar Skip Secara Individu dan Skip SatuKaki. Dalam setiap unit terdapat strategi penggabungjalinan yang merupakan satu lagi terasdalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Penggabungjalinan yang pertamameliputi gabung jalin antara kemahiran dengan manipulasi peralatan dan aktiviti denganpergerakan yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya, pergerakan kreatifdigabungjalinkan untuk menjadi satu pergerakan yang melibatkan kemahiran dalam sukan. Bahagian isi buku ini juga mengambil kira keseimbangan iaitu berdasarkan tahapkognitif, psikomotor dan afektif pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan. Isi buku teks inijuga disusun mengikut urutan iaitu susunan dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Muriddidedahkan kepada kemahiran asas seterusnya kepada kemahiran aras yang lebih tinggi.5.4.6 BahasaPenggunaan bahasa dalam penulisan buku teks perlulah mudah difahami oleh penggunaterutamanya murid dan guru. Penggunaan bahasa melibatkan beberapa aspek iaitu ketepatan,komunikatif, interaktif, kesesuaian dan logik. Buku teks ini menggunakan bahasa yang ringkasdan sesuai bagi murid Tahun tiga. Penggunaan bahasa yang digabung dengan paparangambar. (rujuk Lampiran). Berdasarkan penilaian buku teks ini, bahasa yang digunakan adalahlebih komunikatif.Buku teks ini juga mengambil kira aspek kesesuaian bahasa dengan perkembangan pelajariaitubahasa yang digunakan dapat menjelaskan suatu konsep mestilah sesuai dengan tahapperkembangan kognitif pelajar. Salah satu contonya adalah definisi konsep yang menggunakanbahasa mudah dan disertai dengan gambarajah. Hal ini sesuai dengan tahap murid Tahun Tiga.Berikut adalah contoh konsep dan definisi dalam buku teks tersebut: i. Fleksibiliti ialah keupayaan merenggang otot dan kebebasan sendi untuk bergerak(Rujuk Lampiran 1.2 Fleksibiliti) 23
  25. 25. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50235.4.7 Paparan Paparan merangkumi kepada beberapa aspek iaitu paparan itu mesti sistematik,menarik, bermakna, sesuai, variasi dan daya intelek. Setiap unit dalam buku teks PendidikanJasmani dan Pendidikan Kesihatan dilakukan secara sistematik iaitu sebagai contoh pada babsatu. Setiap aktiviti yang dilakukan adala bermula dari mudah kepada sukar. Salah satu aktivitidalam Unit 1 ini ialah Pelbagai Gaya Skip, berdasarkan paparan aktiviti dilakukan secaraindividu terlebih dahulu sebelum kepada aktiviti berkumpulan. Selain itu, aktiviti fleksibiliti diridilakukan secarastatik dan seterusnya dilakukan dengan memanipulasikan peralatan. Aktiviti-aktiviti ini menunjukkan satu paparan yang sistematik. Bahagian Unit 1 dalam buku teks ini memberi paparan yang baik seterusnyamembangkitkan motivasi pembaca untuk belajar kepada unit-unit seterusnya. Sebagai contoh,pada unit 1 aktiviti Menyanyi Sambil Bergalop boleh meningkatkan keseronokan muridseterusnya meningkatkan motivasi diri mereka.5.5 ISU BERKAITAN BUKU TEKS Untuk mencapai misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan intipati diatas, tentu sekali mengambil kira kedudukan pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik danbudaya. Oleh sebab itu, kesepaduan bermaksud menerapkan nilai-nilai murni yang wujuddalam semua kepercayaan (Kepercayaan kepada Tuhan) dan unsur-unsur norma masyarakatpelbagai etnik (Kepelbagaian budaya). Dalam kata lain, kurikulum pendidikan kebangsaanmahu menyatukan segala unsur kepelbagaian menjadi satu kesatuan yang dapat membentukpersefahaman budaya, bertolak ansur dan identiti kebangsaan yang bercirikan Negarabangsa.inilah visi dan misi yang hendak dikembangkan daripada pendidikan dan kegiatanpembelajaran (Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Dan 1992). Setiap rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik, kerana di Malaysiaterdapat lebih 200 suku kaum, biarpun yang kelihatan nyata adalah tiga komuniti etnik yangutama iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh kerana itu isu-isu yang melibatkan hubungan antarakepelbagaian budaya perlulah difahami dan di hayati. Buku Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan turut memberi cabaran kepadapembaca terutamanya murid Tahun 3 dimana setiap unit menyediakan pelbagai aktiviti fizikal 24
  26. 26. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023yang dapat memberi cabaran kepada murid-murid. Contohnya, dalam Unit 2 iaitu Kemahiranmurid dikehendaki melakukan Guling Hadapan. Aktiviti ini mencabar di mana murid perlumelakukan aktiviti dengan bantuan guru.dari segi kognitif, contoh boleh diambil dalam Unit 4Kesihatan Diri Dan Keluarga. Setiap unit mengajukan soalan bagi murid berfikir dan mencaripenyelesaian soalan-soalan tersebut. Beberapa contoh soalan iaitu seperti berikut:a) µCuba kamu fikirkan kebaikan berpakaian sopan.b) Apakah maksud ³Bersatu Teguh Becerai Roboh´?Soalan-soalan ini agak mencabar kognitif atau menjana murid tahap 1 untu berfikir. Penggunaan buku teks secara cekap dan terancang oleh murid dapat menghasilkanmutu pembelajaran yang lebih berkesan. Persoalannya adakan penggunaan buku teks itucekap dan terancang dan adakah mutu pembelajaran berkesan. Berdasarkan buku teks yang dinilai dan dianalisis, maklumat dan isi kandunganyamengikut perkembangan semasa. Beberapa isu yang disentuh dalam Pendidikan Jasmani danSukan iaitu tidak membawa pakaian sukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaranPendidikan Jasmani, membazir masa semasa menukar pakaian, tidak bersungguh-sungguhsemasa melakukan aktiviti dan murid kurang berdisplin serta tidak mematuhi arahan guru. Isu-isu ini masih diperkatakan sehingga ke hari ini dan pelbagai pendekatan, teknik dan kaedahyang telah digunakan mengatasai masalah ini. 25
  27. 27. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50236.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Secara keseluruhannya buku teks merupakan salah satu sumber untuk kegunaan muriddan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penulisan buku teks inijuga mengambil kira matlamat pendidikan, Kurikulum, Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran. Guru dan murid perlu merujuk buku teks dalam melaksanakan pengajaran danpembelajaran kerana buku teks merupakan sumber. Selain itu, buku teks menjadi bahanpengajaran dan pembelajaran yang kandungannya disediakan mengikut keperluan danpenekanan pihak berkuasa pendidikan sesuatu tempat. Berdasarkan penilaian dan analisis buku teks tersebut, dari sudut kandungan, aktivitidan latihan yang diberikan dapat meningkakan kemahiran asas fizikal, kreativiti dan daya kritikalmurid. Selain itu, buku teks ini juga memberi dan menyediakan pelbagai aktiviti yang dapatmeningkatkan keseronokan dan minat murid serta hubungan sesama mereka berdasarkanaktiviti berkumpulan. Penulisan buku teks juga perlu mengambil kira tentang konsep kepelbagaian budayadimana penulisan buku teks yang baik dan boleh difahami oleh pengguna dari pelbagai budayaiatu salah satunya ialah latar belakang individu. Oleh itu, isu buku teks yang tidak mencukupi,ideologi, isi kandungan, kos dan teknologi perlulah diatasi dan diperbaiki dari semasa kesemasa selaras dengan matlamat pendidikan dan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Walaubagaimanapun guru perlu membantu pelajar dengan penjelasan yang mendalam, jelas danmengaitkan setiap kandungan yang sesuai dengan aktiviti kehidupan seharian. 26
  28. 28. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 50237.0 RUJUKANAhmad Ali Seman, Zahara Aziz, Abdul Razaq Ahmad. KeberkesananPendekatanBerasaskan KepelbagaianBudayaTerhadapIntegrasiNasionalDalam Mata PelajaranSejarah.Amir Hasan Dawi, 2009. Sekolah Dan Masyarakat. Quantum Books Peti Surat 55, 35900 Tanjong Malim.http://www.scribd.com/doc/47221724/LAMPIRAN-II-analisis-buku-teks-tableONLINE 26JAN 2011 http://www.edrev.info/reviews/rev237.htmhttp://www.ericdigests.org/1995-1/multicultural.htm 27
  29. 29. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023LAMPIRANGambarajah 1 28
  30. 30. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023Gambarajah 2 29

×