Modul ppg 2_pkb_3103

18,657 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
18,657
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
17
Actions
Shares
0
Downloads
978
Comments
0
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Modul ppg 2_pkb_3103

  1. 1. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUTAJUK PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM 1 SINOPSISDalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konseppengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku,kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusantingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. HASIL PEMBELAJARAN i. Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara mendalam. ii. Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta iii. Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada murid-murid berkeperluan khas. 1
  2. 2. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kerangka Konsep Tajuk 1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku 1.1.1 Pengurusan Tingkah laku 1.1.2 Pengubahsuaian Tingkah laku 1.2 Konsep pengurusan tingkah laku 1.2.1 Perspektif sejarah 1.2.2 Perkembangan masa kiniPengenalan Kepada 1.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi salah lakuPengurusan Tingkah 1.3.1 Keturunan Laku 1.3.2 Persekitaran 1.3.3 Pemakanan 1.4 Kesan salah laku terhadap pembelajaran 1.4.1 Masalah disiplin 1.4.2 Keciciran 1.4.3 Gejala sosial 1.5. Kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas 1.5.1 Pengurusan diri 1.5.2 Pendtdikan 1.5.3 Sosialisasi 2
  3. 3. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah LakuSebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah laku, iaperlu memahami erti tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengantingkah laku?1.1.1 Definisi Tingkah LakuPelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya tingkahlaku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan padakeseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia ygboleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968).Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Padaumumnya ada berbagai-bagai perkataan digunakan untukmenggambarkan tingkah laku – „aktiviti‟, „aksi‟, „perubatan‟, „bergerakbalas‟, dan „reaksi‟ (Martin & Pear, 1996). Mengikut Miltenberger (2001),terdapat beberapa ciri-ciri mengenai tingkah laku: apa yang seseorang cakapkan dan katakan ada satu atau lebih dimensi yang boleh diukur boleh diperhati, diterangkan member kesan kepada persekitaran dipengaruhi oleh peristiwa dalam persekitaran mungkin overt atau covert 3
  4. 4. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUIni bermaksud “Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai laku.”(Kamus Dewan, 1979). Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya adadua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkahlaku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah lakucovert merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain(Bear, Wolf and Risley, 1968).1.1.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah LakuApa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? “Pengurusan tingkah lakuadalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secaraanalisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positifbagi seorang individu”Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di manapelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dansemasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy(1993) memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana,iaitu: a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa; b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran; c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti.1.2 Konsep Pengurusan Tingkah Laku Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut; perancangan yang rapi tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku 4
  5. 5. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU teknik intervensi yang berkesan penialian secara objektif Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkahlaku dilaksanakan, iaitu; Setiap murid adalah unik Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid. Ini adalah disebabkan bahawa aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait.1.2.1 Perspektif SejarahPada peringkat awal, para pengkaji berpendapat bahawa tingkah lakuindividu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik,kandungan kimia dalam badan dan pengalaman singkat tentang sesuatuyang menyebabkan individu berkelakuan demikian.Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah lakumenunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelumatau selepas sesuatu peristiwa merangsang seseorang individumempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya, hasilkajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa“Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. ”Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bila-bila masa. Malah, tingkah laku yang negatif seperti agresif, sukamerosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baruyang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang denganteliti, sesuai dan sistematik. 5
  6. 6. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU1.2.2 Perkembangan Masa Kini Kajian terkini yang dijalankan terhadap challenging behaviour menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai fungsi dan berbentuk komunikatif. Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut bentuk & kefungsiannya. Pendapat ini memberi implikasi kepada pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging behaviour). Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar. A. Pengelakan (avoidance) B. Perhatian (Attention seeking) C. Tingkah laku saya mahu (I want behaviour‟) dan D. Rangsangan Diri (Self-stimulation)1.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku1.3.1 KeturunanFaktor Psikologi – Individu yang mengalami tingkah laku obsesif dantingkah laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengantingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaantingkah laku itu diganggu atau dihalang. la dikaitkan dengan tingkah lakuyang berbentuk ritualistik dan obsessif. a. Ketakutan dan Phobia - Phobia ialah ketakutan terhadap sesuatu yang melampau batas dan membahayakan nyawa. Conthonya seseorang yang takutkan anjing sanggup berlari melintas jalan tanpa memikirkan keselamatan diri. b. Perhatian – Pada hakikatnya, apa sahaja perhatian yang 6
  7. 7. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU diberikan kapada kanak-kanak (samada negatif/positif) adalah lebih baik daripada tiada perhatian langsung. Walau begini, perhatian yang terlampau daripada seseorang yang signifikan mungkin adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah laku mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang signifikan adalah rangsangan yang paling berkesan untuk kanak-kanak misbehave bagi mendapat perhatian walaupun perhatian yang diberikan adalah dalam bentuk teguran (reprimand). c. Peneguhan - Peneguhan yang tidak bersesuaian boleh meningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar. Conthonya seorang murid yang tidak mendapat perhatian guru akan berpura-pura sakit dan memaksa dirinya untuk muntah untuk mendapat perhatian. Sikap guru yang memberi peneguhan positif/perhatian apabila murid sakit ini akan menyebabkan murid ini akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat perhatian. Begitu juga dengan penggunaan time-out‟ yang tidak bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang mencabar. d. Ketakutan - Menghadapi situasi/ objek yang menakutkan boleh menyebabkan berlaku tingkah laku agresif, mencederakan diri/tidak mengikut arahan. Bagaimanapun biasanya ketakutan itu sukar dipastikan kerana ia berbentuk idiosyncratic‟ dan tingkah laku yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang akal (crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran.1.3.2 PersekitaranStimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi satumasalah kepada tingkah laku seseorang. Jika persekitaran (Setting) ituterlalu sibuk, bising, sesak dan ada murid lain misbehave sertamenghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi, murid berkenaan akanhilang kawalan dan bertindak untuk melepaskan diri dari situasi yang tidak 7
  8. 8. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUmenyenangkan. Di antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah: a. Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) - Ada perkaitan yang jelas di antara masalah sukar menyiapkan tugasan, membuat kesilapan dan kegagalan dalam sesuatu dengan masalah tingkah laku yang mencabar. Kajian menunjukkan bahawa tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri, agresif dan tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan masalah menyelesaikan tugasan. b. Rutin - Perubahan dalam rutin harian - akan menyebabkan berlaku tantrums. Guru perlu pandai membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku kerana tanpa komunikasi dan penjadualan aktiviti yang berstruktur perubahan dalam aktiviti yang diminati murid akan menyebabkan kekecewaan yang amat sangat. c. Komunikasi dengan kanak-kanak - salah satu daripada punca kekecewaan ialah apabila tidak memahamai arahan orang lain. Adalah penting memastikan bahawa seseorang itu faham apa yang akan berlaku. Ini boleh dilakukan dengan kaedah komunikasi seperti pertuturan, isyarat, compiks atau demonstrasi. Komunikasi yang jelas disertai dengan nada yang positif adalah penting untuk menghalang tingkah laku mencabar. d. Kekecewaan - Dalam banyak situasi percubaan menyiapkan tugasan yang sukar, boleh mengakibatkan rasa kecewa. Dalam keadaan begini, perkara yang dianggap remeh yang mungkin berlaku di masa akan datang mungkin menimbulkan tingkah laku yang diluar jangkaan. Terhalang daripada melakukan atau mendapatkan sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat besar. Perkara yang mudah seperti menunggu untuk sesuatu 8
  9. 9. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU aktiviti yang diminati dijalankan boleh mengecewakan, terutama sekali apabila tiada rutin yang jelas.e. Tindakbalas pro negatif - Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa, guru, kakitangan sekolah & orang dewasa yang lain memberi lebih perhatian kepada tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah laku positif. Ini boleh mengakibatkan seseorang itu lebih mempelajari tingkah laku yang tidak sesuai dan kurang mempelajari tingkah laku sebaliknya dalam usaha mendapat perhatian.f. Ketidak Konsistan - Orang dewasa seringkali tidak konsisten dalam memberi tindakbalas terhadap tingkah laku yang tidak sesuai. Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam tindakbalas yang sepatutnya diberikan terhadap tingkah laku yang mencabar. Ini menyebabkan kanak-kanak keliru dengan arahan yang berbeza daripada dua orang dewasa yang berlainan.g. Provokasi – Ejekan, campurtangan dari orang lain mungkin adalah pencetus kepada tingkah laku mencabar. Ada yang bertindakbalas secara agresif, ada yang bertindak dengan mencederakan diri sendiri dll. Walaubagaimana pun, adakalanya orang dewasa perlu melakukan provokasi untuk mendapat hasil yang positif.h. Limit Testing - Seseorang murid mungkin akan mengulangi tingkah laku – tingkah laku yang terdahulu untuk menguasai/mengawal keadaan. Biasanya jika tiada/kurang komunikasi di antara guru & ibubapa / teamwork, individu itu akan terus mencuba sehingga berjaya mengawal keadaan. „Limit Testing‟ sering berlaku di situasi baru atau dengan guru 9
  10. 10. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU baru. i. Stress Relief - Jika seseorang itu terlalu gembira atau anxious dia mungkin perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa stress dan untuk mendapatkan keselesaan. Tingkah laku yang berbentuk stimulasi diri seperti flapping rocking boleh menenangkan individu itu. j. Demands’ - Kehendak/keperluan yang ditujukan kepada individu boleh menyebabkan kekecewaan, kemarahan atau kebosanan. Ini disebabkan „demands‟ itu mungkin akan mengakibatkan kegagalan dan reprimands atau memerlukan pembetulan yang tidak disukai. k. Behavioural Expectations - la berkaitan dengan penjaga kanak-kanak yang memberi pelbagai alasan terhadap tingkah laku kanak-kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku tersebut kerana menganggapnya adalah sebahagian dari ciri- ciri kanak-kanak itu dan tidak boleh diubah. Untuk mengatasi masalah ini penjaga perlu kerap bersama kanak-kanak di tempat awam supaya lebih sensitif kepada tatacara berkelakuan dalam masyarakat.Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif dan ada yangmenganggap teguran sebagai peneguh kerana mendapat perhatian.Terdapat juga yang bertindakbalas secara negatif terhadap kegagalan danteguran walaupun ia ditujukan kepada orang lain. Cara atau teknikbagaimana pembetulan dilakukan, menentukan samada seseorang ituboleh menerimanya atau tidak.1.3.3 Pemakanan Perubatan dan Rawatan - Kesakitan dan kesedihan yang dikaitkan dengan rawatan perubatan yang diterima boleh.menjadikan seseorang 10
  11. 11. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUitu tidak selesa dan kemungkinan berkelakuan tidak sesuai. Merekayang menghadapi masalah perkembangan tidak dapat menyatakandan memahami keadaan yang dialami. Contoh-contoh faktor perubatanyang mempengaruhi tingkah laku ialah : a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit, haid, migraine, alahan dll. b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan c) Pengaruh hormon - pre-menstrual, memasuki alam remaja, dll. d) Faktor neurology - ada juga masalah sawan yang dikaitkan dengan tingkah laku agresif e) Ketagihan f) Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat - rasa kecewa dan berkelakuan agresif h) Ketidakselesaan kerana lapar, dahaga atau diet yang tidak seimbang, dll, i) Ezcema/Iain-lain masalah penyakit kulit yang boleh menyebabkan tingkah laku mencederakan diri. 11
  12. 12. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUFAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat dengan bantuan yang bersesuaian kadang-kadang membawa perubahan yang positif dalam tingkah laku dan kemahiran. b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal boleh secara langsung mengurangkan tingkah laku yang agresif c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau minuman boleh membantu mengurangkan tabiat suka merenung atau muntah. d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek yang bersifat manipulatif boleh mengurangkan tingkah laku yang stereotaip e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah ruang sekatan di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku yang berlaku akibat dari gangguan, ejekan atau dorongan rakan- rakan . f) Mengurangkan stress akibat dari bunyi bising, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk mungkin membantu kanak-kanak autism yang sensitif dan takut. g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat mengurangkan rasa kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu buat sementara waktu. Jika tingkah laku ini diberhentikan rasa kebimbangan dan ketakutan akan berulang semula. h) Kemahiran sosial dan komunikasi - Dengan kemahiran ini seseorang itu boleh bertindakbalas dengan cara yang selamat terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang terhasil akibat darinya. Tanpa kemahiran-kemahiran ini murid-murid akan menggunakan tingkah laku yang agresif untuk mengatasi 12
  13. 13. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU tekanan yang dihadapi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lebih ramai murid-murid yang tiada kemahiran ini berkelakuan agresif berbanding dengan murid-murid yang ada kemahirsn sosial dan komunikasi i) Aktiviti dan Tahap Stimulasi - Tambah aktiviti yang berbentuk konstruktif akan meningkatkan tingkah laku yang sesuai. la bukanlah sekadar menyediakan aktiviti dan alatan sahaja tetapi juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut.1.4 Kesan Salah Laku Terhadap PembelajaranKesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas,antaranya adalah: 1.4.1 Masalah Disiplin - Mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku agresif, hiperaktif, dan disruptif sangat mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 1.4.2 Keciciran - Murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan menyebabkan pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap pengajaran guru dan seterusnya menjejas pencapaiannya. Lama kelamaan akan ponteng sekolah dan akibatnya keciciran dari bangku sekolah. 1.4.3 Gejala Sosial – Seseorang pemuda yang masuk bangku sosial terlalu awal mungkin akan memperolehi gejala sosial yang kurang baik dengan senang sebab pengaruh negatif dari dunia sana. Akibatnya, pusingan masalah masyarakat akan terus berlanjutan dengan kesan yang menghalang pembangunan negara. 13
  14. 14. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU1.5 Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku 1.5.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada kehendak semula jadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan 1.5.2 Pendidikan - Membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran. 1.5.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah laku kurang baik dalam usaha mendapatkan perhatian.KesimpulanTerdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yangdikemukakan. Secara umum, pengurusan tingkah laku sebenarnya lebihmerupakan rasional dan metodologi daripada satu set prosedur khususyang berasas kepada data khusus. Teknik-teknik pengurusan tingkah lakusenarai di atas merupakan pelaksanakan prosedur yang telah diuji (danditerima) dengan tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku.Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripadamasalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak. 14
  15. 15. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKULatihan 1 Untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isupenting dengan membuat ulasan. Hubung kaitkan faktor-faktor yangmempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah tingkah laku murid-murid bermasalah pembelajaran. Sediakan senarai semak faktor-faktoryang mempengaruhi tingkah laku murid-murid berkeperluankhas.Dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber dan silalayari laman web yang berkaitanSyabas dan Tahniah! Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya. Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi. 15
  16. 16. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU 2JAM 2 Sinopsis Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus. Ia memberi pengetahuan asas tentang teori dan model tingkah laku manusia. Bahagian pertama membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan tingkah laku manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran Sosial. Bahagian kedua pula memberi pendedahan kepada empat model tingkah laku iaitu Model Psikodinamik, Model Biofizikal, Model Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model Behavioral. Hasil Pembelajaran i. Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran Sosial ii. Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia iii. Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkah laku manusia Kerangka Konsep Tajuk Teori Dan Model Tingkah Laku2.1 Teori Tingkah Laku 2.2. Model –model Tingkah Laku 2.1.1 Teori Pelaziman Operan 2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial 2.2.1 Model Psikodinamik 2.2.2 Model Biofizikal 16 2.2.3 Model Persekitaran T 2.2.4 Model Tingkah laku e o
  17. 17. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU2.1 Teori Tingkah lakuDalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud, definisi dankonsep pengurusan tingkah laku. Tahukah anda bahawa konsep dancara-cara pengurusan tingkah laku ini adalah didasarkan daripada teori-teori tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli behavioris sepertiSkinner, Pavlov dan Bandura.2.1.1 Teori Pelaziman OperanApakah itu Pelaziman Operant?Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward Thorndike danSkinner (Walker& Shea, 1995). Pelaziman Operant ialah satu prosespembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlakuditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atauhukuman. Thorndike menghasilkan prinsip the law of effect . labermaksud, tingkah laku dibentuk oleh konsekuens atau akibat sesuatupeneguhan. Jika konsekuensnya memuaskan maka tingkah laku itu akanmenjadi kukuh pada masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak memuaskanmaka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah. Thorndikemenganggap prinsip the law of effect sebagai prinsip utama pengajarandan pembelajaran. Untuk membantu anda, cuba lihat jadual yangdipaparkan seterusnya. 17
  18. 18. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUPelaziman Konsekuens sesuatu tingkah lakuOperant cenderung untuk mengubahsuai tingkah laku tersebut di masa hadapan. Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung untuk dilakukan lagi. Tingkah laku yang tidak diberi perhatian atau dihukum kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi.Peneguh Apa juga yang mengukuhkan satu gerak balas atau meningkatkan sesuatu tingkah laku kemungkinan ia akan berlaku lagi.Pembentukan Secara berperingkat membentuk satu tingkah laku yang dikehendaki dengan meneguhkan gerak balas yang semakin hampir menjadi tingkah laku yang dikehendaki tersebut.Successive Satu siri langkah latihan yangApproximations berperingkat dengan setiap langkah semakin menyerupai gerak balas yang dikehendaki. Jadual 2.1: Sumber: Hamilton, K.R (2001) 18
  19. 19. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUBagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara pelazimanoperant? Tiga perkara perlu kita laksanakan: a) Tingkatkan motivasi klien kita. b) Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan. c) Guna successive approximations dalam latihan pengubahsuaian tingkah laku.Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kataperangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Kita juga mestimengguna pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh bercerita,menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dansebagainya seperti perlu pastikan objek dan keadaan persekitaranyang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baikdihapuskan. Ini semua perlu perancangan pengajaran danpembelajaran yang teliti. la perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat sehinggalah tercapai matalamat pengurusan tingkah laku.2.1.2 Teori Pembelajaran SosialSiapakah pelopor teori ini?Albert Bandura.Apakah narna lain bagi teori ini?Pembelajaran Melalui Pemerhatian (Observationa llearning).Apakah idea utama teori ini?Belajar Menerusi Peniruan. Belajar dengan memerhati tingkah lakuorang lain dan konsekuens tingkah lakunya.Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui?Ya, tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama lain bagiPembelajaran Melalui Pemerhatian yang menunjuk cara satu 19
  20. 20. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUtingkah laku atau menjadi contoh dalam Pembelajaran MelaluiPemerhatian.Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperolehi menerusipeniruan. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatiantanpa melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhanluaran. Tingkah laku dibuat kemudiannya mungkin akanmemerlukan peneguhan. Contohnya dalam sukan Pendidikan Khaspemain bola sepak mungkin bertingkah laku kasar kerana merekatelah memerhati tingkah laku yang sama dan membuat peniruanseterusnya menjadi tingkah laku mereka juga. a) Perhatian - Nilai rangsangan dalam model yang digunakan perlu baik, menarik, pada tahap pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan meneruskan penumpuan perhatian, dan mempunyai nilai kepada pelajar. b) Penyimpanan - Untuk disimpan dalam ingatan, tingkah laku yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik sebagai imej atau perkataan dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu tersusun dan diulang-ulangkan. c) Penghasilan semula - Pelajar perlu mempunyai komponen gerak balas iaitu satu siri pergerakan yang tersedia ada. Pelajar itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas tersebut. Sebagai contoh, dalam proses belajar melukis, murid memerlukan kemahiran motor kasar, motor halus, mengenal warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Pelajar juga perlu mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan menggunakan maklum balas. 20
  21. 21. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU d) Motivasi - Tingkah laku bergantung kepada motivasi yang diberikan. la berhubung kait dengan orang yang memberi motivasi dan sumber peneguhannya.2.2 Model-model Tingkah lakuTahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi oleh empatmodel tingkah laku.Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan fahamijenis-jenis model tingkah laku berikut: 2.2.1 Model Psikodinamik Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak- kanak berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral stage, anal stage, phallic, latency, genital). 2.2.2 Model Biofizikal Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu. 2.2.3 Model Persekitaran Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu 21
  22. 22. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU boleh mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku. 2.2.4 Model Behavioral Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingnya.Strategi pengurusan tingkah laku mengikut modelApakah strategi yang sesuai digunakan oleh guru untuk menanganitingkah laku mengikut model seperti yang dinyatakan? Strategipengurusan tingkah laku juga dilaksanakan berasaskan modelpengurusan tingkah laku iaitu biofizikal, psikodinamik, behavioral, danpersekitaran. a) Biofizikal - Model biofizikal melibatkan strategi penjagaan sebelum dan selepas lahir, pemakanan, perubatan, nutrisi, dan sebagainya. Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal tersebut. b) Psikodinamik - Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet, main peranan, pergerakan kreatif, tarian, dan aktiviti fizikal. Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti tidak mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang (planned ignore), mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan sebagainya. c) Behavioral - Pengurusan tingkah laku berasaskan model behavioral berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan 22
  23. 23. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU rangsangan, ganjaran dan sebagainya. d) Persekitaran - Intervensi tingkah laku berasaskan model persekitaran termasuklah strategi yang berpusatkan kanak-kanak, berpusatkan persekitaran, berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran dan ”interface-centered”.Latihan 2. Untuk menguji kefahaman konsep dengan membuatulasan.Dengan sokongan pengurusan grafik, banding Bezakan penekananyang diberikan oleh model- model pengurusan Tingkah laku di atas. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat. Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan kopi. 23
  24. 24. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUTAJUK 3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 2 JAM Sinopsis Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Ia memberi pengetahuan asas tentang jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Jenis-jenis tingkah laku yang akan dibincangkan ialah jenis- jenis tingkah laku positif seperti cepat belajar, suka mencuba, perasaan ingin tahu, suka bertanya, melibatkan diri dalam aktiviti dan lain-lain. Jenis-jenis tingkah laku negatif juga dibincangkan seperti agresif, disruptif, distruktif, temper problems, withdrawal, non-compliance dan lain-lain lagi. Peserta-peserta kursus juga didedahkan dengan penyelidikan mengenai tingkah laku yang bercorak Cross- sectional research dan Longitudinal research . Hasil Pembelajaran 1 Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. 2. Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah tingkah laku negatif. 3. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal research dan cross-sectional research. Kerangka Konsep Tajuk 24
  25. 25. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah3.1 Tingkah laku 3.2 Tingkah laku 3.3 Penyelidikan Positif Negatif Mengenai Tingkah Laku3.1.1 Cepat 3.2.1 Hiperaktif belajar 3.3.1 Cross- 3.2.2 Destruktif3.1.2 Suka sectional 3.2.3 Disruptif research mencuba 3.2.4 Agresif3.1.3 Ingin tahu 3.2.5 Temper tantrums 3.3.2 Longitudinal3.1.4 Suka research 3.2.6 Separation bertanya3.1.5 Melibatkan problems diri dalam 3.2.7 Overdependency aktiviti 3.2.8 Withdrawal3.1.6 Tekun 3.2.9 Noncompliance 25
  26. 26. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU3.1 Tingkah laku PositifPengenalanRamai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah tingkah lakudalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun guru jugaperlu sedar bahawa terdapat juga tingkah laku positif yang ditunjukkan olehkanak-kanak. Tingkah laku positif ini perlu diberi pengiktirafan dan perhatianoleh guru supaya tingkah laku ini dapat ditingkat dan dikekalkan. Aspek iniseringkali diabaikan oleh guru kerana guru lebih cenderung memberiperhatian yang lebih kepada tingkah laku negatif.Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak -kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukansecara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalahkepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak -kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkandirinya dan orang lain.Renungkan, fikirkan dan senaraikan jenis-jenis tingkah laku positif yangterdapat dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Apakankaedah dan teknik-teknik yang guru boleh gunakan untuk meningkat danmengekalkan tingkah laku positif ini?Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah lakumurid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkahlaku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku PositifTingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid hendaklahditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh 26
  27. 27. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUdigunakan oleh guru adalah seperti berikut: a) Peneguhan positif Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi, b) Peneguhan negatif Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. c) Pembentukan (shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. d) Kontrak Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. e) Ekonomi token Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru. f) Modeling Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. 27
  28. 28. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU g) Rantaian (chaining) Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan. h) Pengaburan/pelunturan (fading) Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan- lahan.3.2 Tingkah laku NegatifPengenalanAnda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah lakumurid-murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkahlaku mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar adalah tingkah lakuyang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contohtingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:3.2.1 HiperaktifTingkah laku aktif yang terlampau. Tidak dapat duduk diam-diam seperti ada jarumdi punggung seseorang individu. Boleh tidak tidur beberapa hari dan melakukansesuatu yang disukai tanpa berhenti. Memanjat ke atas almari dan duduk di atassambil belajar.3.2.2 DistruktifPerlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawansekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.3.2.3 Disruptif/mengganggu 28
  29. 29. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUPerlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalamkelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.3.2.4 AgresifTingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh,suka memaki hamun dan sebagainya.3.2.5 Temper TantrumsMenunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak menerima pujukan atauajakkan orang lain walau pun telah diberikan apa yang diminta.3.2.6 Seperation ProblemsKecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan, asyik duduk di sudut dan tidakberkerja sama3.2.7 Pergantungan berlebihanKanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari dantidak berupaya membuat keputusan sendiri.3.2.8 Pengasingan diriSuka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku inijuga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripadaberkomunikasi dengan orang lain.3.2.9 Noncompliancea) Ponteng sekolahPerlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibubapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau 29
  30. 30. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUtaman permainan.b) Enggan ke sekolahPerasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidakdiingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidakmenggembirakan yang dialami oleh seseorang. Contohnya enggan ke sekolahakibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbanguntuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.c) MencuriMengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakansekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakansekelas.Tingkah laku Spesifik Yang MencabarCiri-ciri individu yang mengalami(a) Kecelaruan Tingkah Laku (i) Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif terhadap orang lain (ii) Mempamerkan tingkah laku membuli, mengugut, atau tingkah laku mengancam. (iii) Berkemungkinan mendera secara fizikal (iv) Menunjukkan sedikit empati, dan prihatin kepada perasaan. (v) Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang lain, dan tiada rasa bersalah atau rasa kesal 30
  31. 31. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (b) Kecelaruan Penyesuaian (i) Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila tidak dapat menyesuaikan diri pada masa tertentu atau tidak dapat membuat perubahan dalam hidup. (ii) Tingkah laku cemas, atau takut, vandalisma atau bergaduh.(c) Kurang Tumpuan dan Hiperaktif (i) Menunjukkan tingkah laku tidak konsisten pada Tahap perkembangan mereka. (ii) Mudah lupa dengan aktiviti harian. (iii) Lemah dalam memberi perhatian, lalai dalam kerja sekolah atau kerja rumah. (iv) Tidak dapat mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.(d) Engkar Arahan (i) Tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu arahan. (ii) Sering mengabaikan kerja sekolah dan menganggap tidak penting. (iii) Kurang bertanggngjawab. (iv) Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.(e) Tingkah Laku Mengganggu (i) Menunjukkan tingkah laku negatif defien, tidak taat, dan tingkah laku permusuhan terutama terhadap mereka yang berautoriti. (ii) Menunjukkan tingkah laku agresif terhadap orang ramai dan 31
  32. 32. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU kejam terhadap binatang.(f) Impulsif (i) Menunjukkan tingkah laku yang abnormal terutama yang berkaitan dengan interaksi sosial dan komunikasi. (ii) Gagal membina perhubungan rakan sebaya dan yang sama umur dengan mereka.(g) Agresif (i) Terdapat beberapa perubahan pada individu seperti tidak dapat tidur malam, dan mempi ngeri dan perasaan takut yang amat sangat. (ii) Cepat naik marah (iii) Tidak sabar menunggu giliran. (iv) Tidak dapat menerima teguran atau komen dari orang lain (v) Sering melawan dan menganggap dirinya yang terbaik.(h) Mengamuk (i) Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius seperti hilang perhubungan dengan persekitaran. (iii) Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan dalam menyudahkan tugasan (iv) Mengalam halusinasi dan delusi percakapan yang tidak Terurus(i) Murung 32
  33. 33. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (i) Tingkah laku murung boleh ditunjukkan melalui simptom seperti sakit kepala atau sakit perut dan kecelaruan dalam mengurus sesuatu tugas. (ii) Gagal dalam melaksanakan kerja atau menunjukkan emosi yang tidak menentu seperti ketawa seorang diri atau menangis.(j) Stereotaip (i) Kurang keyakinan diri. (ii) Menunjukkan pergantungan kepada orang lain. (iii) Sering was-was apabila menjalankan tugas dan tanggungjawab. (iv) Sering mengulang tugas yang sama kerana tidak puas hati dalam menyudahkan tugasan tersebut.Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar?Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya tingkah laku mencabarantaranya:Fungsi dan struktur otak Kecederaan ketika lahir.Genetik Kesihatan mental ibuAlergi makanan dan pengambilan gula Kurang berat badan sewaktu dilahirkanTerdedah kepada persekiaran yang Pengambilan rokok semasa mengandungtercemar.Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar 33
  34. 34. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUKaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan Tingkah lakuNegatifPernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku negatif seperti yangdinyatakan di atas? Apakah tindakan yang guru lakukan untuk menangani tingkahlaku negatif tersebut? Baca dan fahami teknik-teknik yang dinyatakan di bawahyang boleh membantu guru mengurang dan menghapus tingkah laku negatif yangtidak diingini. a) Penghapusan (Extinction) Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. b) Pengasingan (Time-out) Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan, c) Kejemuan (Satiation) Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. “Over Correction” adalah satu teknik kejemuan, d) Hukuman/dendaan Contoh: tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token yang diberi, menarik balik hak dan keistimewaan, e) Disensitisasi Tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas, fobia). 34
  35. 35. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU f) Pembetulan semula (overcorrection) Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya. Cth: - membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali - bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu g) ’Response cost’ Suatu bentuk penarikan peneguh atau ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di kalangan murid kita?Pencegahan tingkah laku mencabar memerlukan kerjasama semua pihak yangterlibat dengan pendidikan murid-murid. Pihak yang kita maksudkan ialah ibubapa, keluarga, pihak pentadbir sekolah, guru, agensi berkaitan, para pakar, badanbukan kerajaan, komuniti dan masyarakat. Kerjasama dan kolaborasi pintarkesemua pihak ynag prihatin dengan perkembanagan dan pendidikan murid-muridakan memastikan sebarang strategi dan program pengubahan tingkah laku ituberjaya. Bagi tujuan topik ini, kita akan membincangkan hanya strategi bilik darjah,strategi untuk sekolah dan garis panduan melaksanakan program mencegah tingkahlaku mencabar.Strategi di bilik darjahGuru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas dan tingkah lakumurid-muridnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi guru juga mendidik murid-murid. Guru perlu mengamalkan amalan terbaik (best practices) dalam kelasnya.Bagi mengamalkan amalan terbaik ini, guru perlu sentiasa meningkatkan ilmupengetahuannya dan mengaplikasikan cara pengajaran yang baik. Guru perlumemberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: 35
  36. 36. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (a) Guru perlu sentiasa meningkatkan dirinya secara profesional iaitu selalu menghadiri kursus, latihan, ceramah terutamanya berkaitan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Guru juga mesti sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan semasa melalui pembacaan dan pencarian maklumat pelbagai sumber lain seperti majalah, jurnal dan internet. (b) Guru perlu tahu mengurus bilik darjah dengan baik. Penyusunanpersekitaran, ruang, perabot, alatan, alat bantu mengajar dan bahan lain perlu dilakukan dengan bijaksana dengan mengambilkira keperluan dan kepelbagaian cara pembelajaran murid dalam bilik darjah. Pastikan bilik darjah selamat, ceria dan kondusif untuk pembelajaran murid. (c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid secara yang positif iaitu dengan membanyakkan motivasi dan memberi ganjaran. (d) Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah laku dalam bilik darjah.Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk guru, pembantu guru, ibu bapa, tetamu dan sebagainya. (e) Guru perlu mengamalkan strategi pengubahsuain tingkah laku dan strategi pengajaran-pembelajaran yang berkesan. (f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan ibu bapa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan keluarga berkaitan perkembangan dan tingkah laku anak-anak mereka. (g) Guru perlu selalu membuat pemantauan dan penilaian terhadap proses pengajaran-pembelajaran dan program pengubahsuaian tingkah laku.Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat lakukannya sudah pastimurid kita akan mendapat faedahnya. 36
  37. 37. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUStrategi untuk sekolahSeperti yang kita tegaskan sebelum ini, untuk mengubah tingkah laku kita perlumengubah diri kita sendiri dahulu. Kita juga nyatakan bahawa semua pihakmemiankan peranan yang penting dalam mencegah tingkah laku mencabar.Pihak sekolah bererti semua warganya terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitupengetua/guru besar, guru penolong kanak, penyelia, penyelaras kelas khasbermasalah pembelajaran. Semua pihak ini perlu prihatin dan bertanggunjawabdalam membantu program pencegahan tingkah laku mencabar berjaya di sekolahmereka. Namun pendekatan whole school approach atau seluruh sekolah perluditerapkan iaitu seluruh warga sekolah meliputi pihak pentadbir, para guru,kakitangan lain, pengawal keselamatan, pihak kantin sekolah, ibi bapa danPersatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan masing-masing.Saranan yang perlu dilakukan oleh sekolah: a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik. b) Membuat peraturan yang jelas, adil dan bertimbang rasa yang boleh dilaksanakan. c) Memastikan pembangunan profesional di kalangan warga sekolah terutama para guru, kakitangan lain, ibu bapa dan PIBG. d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang positif. e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan. f) Memberikan sokongan kepada guru, murid, ibu bapa dan keluarga. g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid.Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya sudah tentu kejayaanmencegah tingkah laku mencabar dapat dicapai. Adakah anda bersetuju ? 3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah laku 37
  38. 38. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU 3.3.1 ’Cross-sectionall Research’ Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data dipungut pada satu jangkamasa tertentu dari individu yang berlainan latarbelakang. Kaedah ini seringkali digunakan di dalam bidang psikologi perkembangan dan boleh juga digunakan di dalam bidang-bidang lain seperti sains sosial, pendidikan dan lain-lain bidang sains. Dalam bidang psikologi perkembangan, pengkaji boleh memilih beberapa kumpulan subjek yang mempunyai banyak ciri persamaan tetapi hanya berbeza dari segi umur. Oleh itu ini sekiranya terdapat sebarang perbezaan di antara kumpulan ini ia diandaikan adalah kerana faktor perbezaan umur. 3.3.2 ’Longitudinal Research’ Kajian longitudinal research ialah satu kaedah penyelidikan bertujuan untuk melihat perkaitan di antara beberapa pembolehubah. Ia melibatkan kajian terhadap kumpulan individu yang sama dalam jangkamasa yang panjang. Data dipungut di peringkat permulaan dan juga di sepanjang tempoh kajian. Kebaikan kajian ‟londitudinal research‟ ialah ia membolehkan pengkaji melihat perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut. Contohnya untuk mendapatkan sebab-sebab berlakunya jenayah di kalangan remaja, pengkaji akan mengesan 50 remaja dalam tempoh 30 tahun untuk mendapatkan faktor utama kepada berlakunya jenayah tersebut.Latihan 33.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang hiperaktif. Minta kanak-kanak tersebut duduk diam. Berapa lama dia boleh duduk diam. Catatakanmasa, dan apa yang dilakukannya dalam pemerhatian anda.3.2 Bincangkan kepentingan „longitudinal research‟ dan „cross-sectionalresearch‟ dalam bidang pengurusan tingkah laku kanak-kanak bermasalahpembelajaran. 38
  39. 39. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUUntuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut : http://psychology.about.com http://www.alleydog.com http://www.enotes.com http://en.wikipedia.org Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA 39
  40. 40. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUTAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN 2JAM TINGKAH LAKU) SINOPSIS Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada pengurusan peneguhan, dokumentasi dan prinsip pengurusan tingkah laku. HASIL PEMBELAJARAN Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat: i. memahami konsep pengurusan peneguhan ii. memahami aspek pendokumentasian iii. memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku KERANGKA TAJUK-TAJUK Prinsip Peneguhan Jadual Peneguhan Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku 4.0 Pengenalan Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada prinsi-prinsip yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara yang perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan 40
  41. 41. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUtingkah laku.4.1 Prinsip peneguhanPeneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, ataumengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan,peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapatmeneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kiniatau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.Jenis-jenis peneguh Terdapat empat jenis peneguh yang boleh diberikan kepada murid, iaitu: i. Tangible yang dibahagi kepada dua iaitu; a. edible reinforcer- merupakan makan / minum yang disukai murid seperti makanan (gula-gula, biskut, dll) b. non-edible- merupakan barangan seperti kereta mainan, pen, bola dan sebagainya. ii. Sensory merupakan sensasi yang disukai atau dapat menggembirakan murid. Terdapat lima jenis sensory 41
  42. 42. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUreinforcers iaitu; a. Sentuhan (tactile) – sentuhan dari kulit ke kulit antaraguru dan murid yang boleh menyebabkan murid bertindakbalas. Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk bahu, usap kepala,dsb. b. Penggetar (vibratory) – merupakan alat penggetar(vibrator) yang letakkan di bahagian leher,tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak spastik atau yangmengalami pelbagai kecacatan) c. Wangian (olfactory) – menggunakan bahan-bahanyang menarik minat murid. d. visual – menggunakan alat-alat yang dapat menarikdan menggembirakan murid seperti ”spinning colour wheel” e. auditory – bunyi-bunyi yang menarik minat muridatau disukai muridiii. sosial – merupakan pujian, senyuman, beri perhatian,kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan, dan tanda- tanda / airmuka persahabatan atau kasih sayang yang dapatmenggembirakan murid.iv. aktiviti – merupakan lawatan, ambil bahagian,mewarna, menonton televisyen, dll. 42
  43. 43. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Jadual peneguhan Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut:i. ‟Contigent‟ diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan tingkah laku tersebutii. ‟Continuous‟ diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan. Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk / melatih perlakuan baru.iii. ‟Intermitten‟ diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku.iv. Penjadualan a. ’Fixed ratio‟ – penjadualan tetap nisbah nisbah (ratio perlakuan (bilangan) schedules) b. ’variable ratio’ – bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa) c. ’Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 minit) d. ’Variable interval’ – penentuan jangka masa yang tidak tetap (5,4,9,15,13 minit) Jenis-jenis pemerhatianSebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengenalpasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau ditingkatkan. Oleh itu guruperlu membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya secara sistematik.Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian langsung(direct observation) terhadap perlakuan kanak-kanak yang berkenaan. Melalui 43
  44. 44. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUpemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perludiperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanak-kanak berkenaan, bila tingkah lakuitu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan kekerapan tingkah laku itu diulangi.Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yanghendak dinilai / diperhati, ia itu: i. memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan (judgement) Melapor apa yang dilihat sahaja Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemubual individu yang berkenaan, ii. memerhati apa yang telah dirancang dan secara ”open ended” Iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu , pengetahuan, perlakuan, atau sikap yang telah dikenal pasti, di samping menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka / di luar perancangan penilai / pemerhati, tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut. iii. memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa yang berperingkat boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan masalah / kesukaran. 44
  45. 45. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUPelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan caraserta kriteria tertentu, antaranya; i. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau dirancang, ii. dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot. iii. pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian, iv. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan, v. maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak balas murid.Prinsip pengurusan tingkah lakuDalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-prinsippengurusan tingkah laku berikut: Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan ini bermaksud semua tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa) Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj akibat rangsangan 45
  46. 46. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU yang diterimanya. Prinsip ini sangat ditekankan dalam teori behavioris. Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku adalah rangsangan terhadap tingkah laku tersebut. Tingkah laku boleh diajar dan diubah Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila hendak mengajar tingkah laku baru kepada muridnya. Melalui teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai, guru dapat mengubah tingkah laku bermasalah kepada tingkah laku baru yang diingini. Matlamat perlu jelas dan khususObjektif program pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankanperlu dinyatakan dengan jelas dan khusus. Program perlu secara individu Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi setiap murid, maka pelaksanaan program intervensi hendaklah dirancang untuk murid yang berkenaan sahaja. Program perlu fokus masa kini (semasa) Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu kepada masalah tingkah laku semasa yang ditujukkan oleh murid. Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di rumah yang merupakan persekitaran sudah biasa kepada murid-murid. 46
  47. 47. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membut ulasan, Dengan merujuk bahan bacaan dan multimedia, huraikan pelbagai jenis peneguhan dan prinsip – prinsip peneguhan di atas. Layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan Latihan 2: Pilih satu daripada prinsip pengurusan tingkah laku dalam tajuk 4 dan huraikan.TAJUK 5 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU 2JAM Sinopsis Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-langkah dalam 47
  48. 48. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU pengurusan tingkah laku seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul san merekod data serta melaksanakan intervensi Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: i. mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan tingkah laku ii. menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salahlaku dan menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran Kerangka Model Tajuk 5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran 5.2 Mengumpul dan merekod data Langkah -langkah 5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan dalam peneguhan peneguhan 5.4 Melaksanakan program intervensi 5.5 Menilai keberkesanan intervensi5.0 PengenalanTingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditanganisegera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai.Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkahyang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpuldan merekod data serta melakdsanakan intervensi. 48
  49. 49. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU5.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaranTingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberikeutamaan dalam proses perubahan tingkah laku.Panduan memilih tingkah laku sasaran:i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa, iaitu tingkahlaku yang - Membahayakan diri dan orang lain - Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain - Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain - Tidak sesuai dengan umurnya - Terlalu kerap berlaku - Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu - Menyebabkan murid lain menjauhkan diri (Zirpoli&Mellow, 2001)ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan : - Jenis tingkah laku - Kekerapan tingkah laku - Jangka masa barlaku - Tahap keterukan (intensiti) - Jumlah keseluruhan tingkah laku 49
  50. 50. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUiii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu meningkat atau menuruniv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatianv) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya.Misalnya ” Murid A bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam tempoh setengah jam.vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama adasecara lisan atau bertulis.5.2 Mengumpul dan merekod dataSebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guruseharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ” baselinedata”.Tujuan mengumpul data: - Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam sehari. - Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku. - Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/pola tertentu. - Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian danmaklumat direkod melalui teknik-teknik berikut: - Rekod Naratif - Rekod Anekdot - Rekod Naratif berterusan - Rekod Kejadian (Event Recording) - Rekod Kekerapan 50
  51. 51. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU - Rekod jangka masa (Duration) - Rekod had masa (Interval) - Rekod Sampel Masa5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan5.4 Melaksana IntervensiSetelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data) tentang tingkahlaku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untukmengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapatdiurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu iaitu:i) Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan?iii) Bila tingkah laku itu berlaku?iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku?v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku?vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri,keterukan dan corak tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapatmerancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Program intervensidilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan ataumengurangkan tingkah laku sasaran.Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu:i) Fasa pra intervensiii) Fasa intervensiiii) Fasa selepas intervensiFasa pra intervensi: 51
  52. 52. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUDikenali sebagai ”baseline period” iaitu guru akan mengumpul semuamaklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarangintervensi. Rekod ”baseline” ini akan dijadikan perbandingan dengan rekodbaselinedata selepas intervensi.Fasa intervensi:Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasapra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yangdirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah lakutersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi)ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi inidijalankansekurang-sekurang selama dua minggu.Fasa selepas intervensi:Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkahlaku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkahlaku murid akan terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraffasa selepas intervensi.5.5. Menilai keberkesanan intervensiIntervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui gerafsama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankanpemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline datayang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulanprogram intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkahlaku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan 52
  53. 53. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUintervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknikpengubahsuaian tingkah laku yang lain. Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan. Dengan merujukbahan-bahan bacaan dan multimedia, huraikan setiap teknik pengumpulan data yang dinyatakan di atas denan menunjukkan contoh yang sesuai. Bentangkan untuk perbincangan dalam kelas. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan. Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan antara rekod naratif dengan rekod anekdot. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2 JAM Sinopsis 53
  54. 54. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara untuk meningkatkan serta mengurangkan tingkah laku yang diingini atau tidak diingini. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: i. mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. ii. mengenalpasti strategi-strategi untuk mengurangkan atau menghentikan tingkah laku yang tidak diingini. Kerangka Model Tajuk Strategi Pengurusan Tingkah laku -Peningkatan tingkah laku -Pengurangan Tingkah laku6.0 PengenalanDalam pengurusan tingkah laku, guru akan berusaha untuk mengekal ataumeningkatkan lagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan oleh murid.Manakala tingkah laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan.Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik tertentu.6.1 Meningkatkan Tingkah LakuTingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan oleh muridhendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara 54
  55. 55. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUteknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut: Peneguhan Positif: Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan. Peneguhan Negatif: Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Pembentukan: (Shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Kontrak: Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Ekonomi Token: Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau stiker (pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru. 55
  56. 56. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Modeling : Menggunakan watak-watak (murid atau guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Rantaian (Chaining): Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan. Pengaburan/Pelunturan (Fading): Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-perlahan.6.2 Mengurangkan Tingkah Laku Penghapusan ( Extinction):Memberikan atau menyekat murid - murid daripada terus melakukantingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengantingkah laku baru yang positif. ”Time-Out” : Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan(penjuru kelas, atau bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan (Satiation): Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. ”Over-correction” adalah satu teknik kejemuan yang tidak digalakkan. 56
  57. 57. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUHukuman/ Dendaan: Contoh: tahanan kelas (detention class), dendaan fizikal,”response cost” iaitu menarik balik hak atau keistimewaan.Disensitisasi:Tindakan – tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkanrasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depankelas atau fobia).”Overcorrection”:Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki keadaan ataukesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan sebelumnya. Contoh- membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan berulang kali.- menulis ayat atau perkataan yang sama berulang kali mungkin seratus kali.”Response cost ”: Suatu bentuk penarikan peneguh atau gtanjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai. Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu penting dengan membuat rumusan. Pilih satu daripada teknik meningkatkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. 57
  58. 58. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat rumusan. Pilih satu daripada teknik mengurangkan tingkah laku dan huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. SELAMAT MENCUBA!TAJUK 7 ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM Sinopsih Bagi meningkatkan pengetahuan anda, modul ini menyediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan etika yang tedapat dalam program Pendidikan Khas. Hasil Pembelajaran 58
  59. 59. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU i) Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari segi normalisasi, keadilan dan penghormatan. ii) Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu bapa dan kepentingan antara pihak ibu bapa dan sekolah. iii) Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam murid berkeperluan khas Kerangka Tajuk Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku Hak asasi Penglibatan Isu dan Etikakanak-kanak Komuniti Pengurusan Tingkah Laku 7.0 Pengenalan Bagi meningkatkan pengetahuan anda tentang mobul ini, disediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu, dan etika yang terdapat dalam pengurusan program pendidikan khas. Sebenarnya dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku, terdapat bayak isu yang mungkin timbul. Di antara yang diperkatakan ialah: 59
  60. 60. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUSulit (confidential)Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit.”Zero reject” ( education for all )Semua murid berhak mendapat pendidikan secara percumaPenilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation).Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang sesuai denganlatar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalamprogram pendidikan khas.Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized EducationalPlan)Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikansecara individu yang mencatatkan pecapaian semasa, matlamat,perkhidmatan khusus, prosedur dan hasil (out come).Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted environment)Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan dalam kelasyang paling tidak terhad.Due ProsesSatu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuatkeputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawabdipikul bersama-sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa.Penglibatan dan persetujuan ibu bapaIbu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibatjuga dalam membina program dan berhak mendapat rekodberkaitan pendidikan anaknya.7.1 Hak Asasi Kanak-kanakAllen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tigaprinsip sebagai panduan: i) Normalisasi 60
  61. 61. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu diberikan perhatian: -Persekitaran sebenar kanak-kanak -Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam masyarakat -Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan dan ketidakupayaan kanak-kanak.ii) Keadilan Prinsip keadilan berlandaskan `Due Process` yang menghendaki setiap tindakan berfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak.Di antara contoh tindakan yang tidak adil: -Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik. -Menempatkan murid secara sembarangan tanpa usaha membantu. -Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.iii) Penghormatan Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang bermaruah dan bukan dilayan seperti haiwan.Contoh tindakan yang salah: -Hukuman fizika l- (tampar, ketuk-ketampi) -Hukuman psikologi (menyindir, memarahi dan 61
  62. 62. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU memberi gelaran) -pengabaian - (menyekat kanak-kanak daripada Peluang untuk berjaya) -Pemisah - (salah penempatan dikelas khas) -pengasingan - (pengguanaan ‟time out‟ secara tidak konsistem dan lama) -Pengubatan- (salah guna ubatan) -Hukuman kejam - (sekatan, renjatan elektrik)7.2 Penglibatan ibu bapa a) Peranan ibu bapa -Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan, pengujian(assessment), membina program, mengajar dan penilaian (evaluation) (e.g.keberkesanan program). -harapan ibu bapa dan juga harapan profesional. b) Bentuk penglibatan -mengenalpasti dan merujuk -diberitahu dan mendapat kebenaran dari ibu bapa untuk membina program -temuduga sejarah hidup murid -pengujian secara formal -memerhati dan membuat carta -melibatkan murid dalam pengujian (assessment) c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu bapa (conferencing) - persediaaan untuk perjumpaan -cara komunikasi 62
  63. 63. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU -melaporkan keputusan -membentuk matalamat (goals) program -kelulusan untuk penempatand) Due Process Dalam Due proses hak dan tanggungjawab terhadap ibubapa diperjelaskan.e) Memantau perlaksanaan. -merupakan proses yang berterusanf) kerjasama ibu bapa Kerjasama ibu bapa dengan profesional akan dapat menjamin kejayaan program.g) Pendidikan ibu bapa -Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas, keperluan khas anak-latihan berkomunikasi, terapi, kaunseling, perundangan-membina rangkaian (net working)-kelab sokongan ibu bapa.h) Reaksi ibu bapa Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3 bentuk, iaitu - Redha dan bersyukur - Keliru-akibatnya timbul berbagai reaksi -salahkan diri -tidak gembira/murung -rasa bersalah -penafian -menyalahkan orang lain -menarik diri 63
  64. 64. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU -mengelak diri -Pemarah dan memencilkan diri -bermusuhan -terlalu mengharap -kecewa -Tidak terima sama sekali i) Keperluan Latihan Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak mereka, oleh itu merek perlu diberi pendedahan berikut: -sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang upaya -penerangan pakar perubatan/psikologi/kaunseling dan sebagainya -perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya -Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan pendidikan, latihan dan sebagainya. j). Hubungan rumah dengan sekolah Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan. 7.3 Penglibatan Komuniti i) Agensi kerajaan dan swasta a)Kementerian Pelajaran MalaysiaProgram Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakanmelalui:Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah 64
  65. 65. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUpendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalahpendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolahharian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengahteknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran danpembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh JabatanPendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadapperkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulumkebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktivitikokurikulum seperti murid biasa.Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khasmengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecualimereka yang mengikuti kurikulum alternatif.Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard KemahiranKebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus SeniLukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil KhasVokasional. b)Jabatan Kebajikan Masyarakati) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untukmengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / programpemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad KenalDiri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang KurangUpaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak- 65
  66. 66. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUpihak yang berkenaan.ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKUmembeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan danlain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat inidapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.iii) Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuandan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagimenjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geranpelancaran berkadar maksimum RM2,700.iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKUterus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain,dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asaskehidupan.v)Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluangpekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindungseperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkelterlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.vi) Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian danPemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK(Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota,berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang- kurangnya PMR atau setarafdengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dankesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan,penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek,fotografi dan kelas memandu.Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) -LatihanPemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke 66
  67. 67. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKUtahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing.Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yangteruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pravokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi,dan aktiviti luar.vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalampembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalamkeluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKUmenjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata danberinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motorkasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial,pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. c)Kementerian Kesihatan MalaysiaPerkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja,Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran,Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan Psikologi. i) Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa „Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986‟ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai- bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak 67
  68. 68. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak- kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: i).Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. ii).Pusat Bimbingan Sinaran Matahari Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial iii).Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak- kanak diantara umur 6-16 tahun. iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak- kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam MalaysiaJAWAB SOALAN BERIKUT:1.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa 68 dalam program kanak-kanak khas.2.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu
  69. 69. PKB 3103 PENGURUSAN TINGKAH LAKU Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut : http://psychology.about.com http://www.alleydog.com http://www.enotes.com http://en.wikipedia.orgItu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA 69

×