Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Upcoming SlideShare
Islam Sebagai Addin
Next
Download to read offline and view in fullscreen.

10

Share

Silibus 1

Download to read offline

Silibus usrah yang mudah untuk dikongsi dalam halaqah kecil

Silibus 1

  1. 1. TAJUK 1: PENGENALAN USRAH 1.1 MUQADIMAH Definisi usrah: dari segi bahasa, usrah bererti keluarga. Maksud keluarga di sini ialah keluarga yang wujud oleh pertalian akidah Islam, mempunyai kesatuan pemikiran dan sama-sama sedar akan kewajipan mengamalkan ajaran Islam untuk mencapai keredhaan Allah. 1.2 MATLAMAT USRAH Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul. Mengukuhkan semangat ukhwah Islamiah dan memupuk semangat bertindak secara berjamaah. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam, dan bersedia meletakkan diri dalam perjuangan menegakkan Islam. 1.3 RUKUN USRAH Rukun usrah dibahagikan kepada 3 perkara. Ia perlu dipelihara dan di hayati oleh setiap ahli usrah agar usrah yang dibentuk akan mencapai matlamatnya. Tiga rukun tersebut ialah: a) At-Ta‟aruf – Berkenal-kenalan Berkenalan sesama ahli usrah, bukan sekadar mengenali nama, tempat tinggal dan umur. Ahli usrah hendaklah merasakan setiap ahli yang lain adalah sebahagian dari diri mereka . 1
  2. 2. Berkenalan secara mendalam antara naqib dan ahli usrah perlu dilakukan secara berterusan atas kesedaran berkasih- sayang semata-mata kerana Allah. Apabila pengenalan telah beputik, maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulan. Sabda Baginda (S.A.W): [Riwayat Bukhari dan Muslim] “Kamu melihat orang-orang mukmin itu berkasih sayang seperti satu jasad. Apabila salah satu anggota badan itu sakit, nescaya angota-angota yang lain turut sama merasainya dengan berjaga malam dan demam.” b) At-Tafahum - saling memahami Membawa maksud melahirkan persefahaman antara ahli usrah yang akhirnya akan menghasilkan keseragaman dalam sikap, tindakan dan amalan dalam melaksanakan ajaran Islam. Apabila persefahaman yang baik telah terbentuk maka perasaan syak wasangka, iri hati dan hasad dengki akan terhindar malah sebaliknya akan wujud rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Oleh itu mestilah ada muhasabah dan nasihat menasihati antara satu sama lain sepertimana dalam firman Allah SWT: [Surah Al-Asr:1-3] “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesa-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” c) At-Takaful Bantu mebantu adalah perkara penting yang perlu diamalkan oleh setiap ahli usrah. Setiap ahli perlulah mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Hendaklah sentiasa bertanya khabar dan menziarahi mereka sekiranya mereka tiada semasa usrah. 2
  3. 3. Cara ini akan memberi kesan kepad setiap ahli usrah bahawa mereka dihargai dan diperlukan. Sifat bantu mebantu ini akan meneguhkan lagi persaudaraan Islam antara ahli usrah. Sabda Rasullulah s.a.w [Riwayat Hakim] “Sesungguhnya jika seorang kamu pergi bersama saudaranya kerana hendak menunaikan keperluan saudaranya itu lebih baik baginya daripada beriktikaf di dalam masjidku ini salama dua bulan.” 1.4 SEJARAH RINGKAS USRAH Konsep usrah sebagaimana yang difahami oleh gerakan Islam secara umumnya bermula semenjak Rasulullah SAW mula menyebarkan dakwahnya di bumi Mekah. Rumah salah seorang sahabat yang bernama Arqam bin Abi Arqam digunakan untuk membuat sebarang pertemuan secara sulit dengan kaum muslimin dengan tujuan memberitahu dan membawa wahyu Allah SWT. Namun, setelah Allah SWT memerintahkan supaya Nabi SAW berdakwah secara terang- terangan, kaedah membuat pertemuan secara sulit sudah tidak lagi digunakan kecuali pada ketika yang tertentu. Namun, secara khususnya aktiviti usrah seperti yang diamalkan oleh kita sekarang bermula apabila Almarhum Hassan Al-Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1927 di Mesir beberapa tahun selepas kejatuhan dinasti khilafah Islamiyyah yang terakhir pada di Turki. Beliau mula membina tanzimya yang tersendiri dengan matlamatnya yang begitu jauh untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyyah (Sayang.. beliau syahid sebelum melihat cita-citanya tercapai). Asas yang dibina oleh beliau diteruskan oleh pengikut-pengikutnya ke seluruh dunia dan menjadi satu momentum yang menggerakkan arus kebangkitan semula Islam di seluruh pelusuk dunia dengan method dan strategi yang berbeza. 3
  4. 4. 1.5 TUJUAN USRAH •Sebagai hamba Allah SWT, setiap perkara yang kita lakukan, seharusnya kita mengharapkan keredhaan-Nya. Kita perlu berusaha sedaya yang mungkin untuk tunduk, patuh dan taat kepada suruhan-Nya sekaligus menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Mencapai •Firman Allah SWT: mardhatillah •Apakah orang yang mengikuti keredhaan Allah SWT sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan (yang besar) dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam? Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. •(Ali Imran : 162) •Setiap mukmin itu sesungguhnya adalah bersaudara antara satu sama lain. •Sabda Rasulullah SAW: Merapatkan •Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia kasihkan dirinya sendiri". ukhuwah •Jelas disini betapa pentingnya hubungan silaturrahim sesama mukmin. Di dalam usrah, kita boleh merapatkan ukhwah antara satu sama dengan yang lain dengan cara berkongsi ilmu, bertukar pendapat dan berkongsi masalah. •Konsep musyawarah telah lama wujud dalam Islam. Bermula dari zaman para anbiya' , para sahabat sehinggalah ke hari ini. Dalam usrah, amat dititikberatkan perbincangan sesama ahli agar sesuatu perkara dapat didalami, dijelasi dan Tempat berbincang difahami dengan sepenuhnya. Dalam usrah, dakwah boleh disampaikan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu menggunakan pendekatan usrah sebagai langkah awal dalam usaha menyebarkan agama Islam. 1.6 PENGISIAN USRAH Setiap individu mempunyai kewajipan yang banyak berbanding dengan masa yang ada, tambahan lagi bagi seseorang yang berada dalam jalan perjuangan Islam. Oleh itu, pertemuan usrah hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara berikut: • Membentangkan permasalahan dan kesalahan. Setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi, kemudian saudara yang lain turut mengambil berat untuk menolong anggota mengatasi masalah tersebut. Ini hendaklah dilakukan dalan suasana ukhuwwah sejati semata-mata kerana Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya” Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: 4
  5. 5. “Perbandingan orang-orang yang beriman dalam berkasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka, dan rasa simpati mereka adalah seperti badan yang satu, apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal maka seluruh anggota yang lain turut mengganggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam“ • Bermuzakarah Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan umat Islam. Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah, janganlah ada sebarang pertengkaran dan pertikaman lidah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang datang dan semua pihak. • Kajian buku Kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah beralih untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar. Perkara-perkara sebegini tentulah tidak dapat disediakan dalam taklimat-taklimat usrah. • Program tambahan Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka perkara tersebut perlu diambil berat: • Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya. • Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap hari. • Berpuasa dan berbuka puasa bersama-sama seminggu atau dua minggu sekali. • Sembahyang berjemaah bersama-sama di surau atau masjid. • Berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail. 1.7 ADAB USRAH • Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah SWT. • Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang ditetapkan. • Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah. 5
  6. 6. • Datang ke majlis usrah dalam keadaan berwudhu‟ dan suci tubuh badan. • Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti al-Quran, teks usrah dan buku catitan. • Hadir usrah dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam. • Mendahului majlis usrah dengan al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Menutup majlis dengan bacaan Surah al-Asr dan Tasbih Kaffarah dengan bertadabbur maknanya. • Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar. • Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah Islamiyyah di kalangan ahli usrah. • Berada dalam keadaan sopan santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan. • Bersalaman dan bermaafan selepas selesai usrah. 6
  7. 7. TAJUK 2: AQIDAH 2.1 PENGENALAN Aqidah merupakan dasar kepada Islam. Tanpa aqidah yang kukuh, tidak mungkin ditegakkan ajaran Islam yang baik dalam individu mahupun masyarakat. Aqidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorakan amalan dan perbuatan seseorang muslim. Kalimah Tayyibah adalah pendorong utama di dalam hati manusia dan penggerak sejati dalam jiwa manusia. Itulah kalimah yang membebaskan manusia dari segala kesesatan jahiliah dan segala unsure serta pengaruh yang dibawa olehnya. Manusia mempunyai fitrah mempunyai wujudnya suatu kuasa yang menciptakan segala kejadian dan mengatur kepada setiap peraturan ala mini, baik cakerawala, cuaca, dan kejadian siang malam. Manusia adalah hamba Allah yang lemah serta serta tidak mengetahui tengtang ala mini terutamanya tentang Allah S.W.T. bukan manusia biasa sahaja mencari Allah, Nabi Ibrahim a.s juga sebelum menemui Allah telah mencari tuhan yang sebenarnya sepertimana yang telah diceritakan di dalam Al-Quran: [Al-An‟am:75] Aqidah adalah tapak bangunan Islam. Oleh kerana itu, usaha mendirikan bangunan yang besar dan tinggi tanpa membuat tapak yang kukuh adalah mustahil dan sia-sia. Ia perlu disusuli dengan keyakinan yang tinggi dan bergantung secara sepenuhnya kepada Allah. Dialah yang berkuasa ke atas segala sesuatu . Tiada yag mustahil apabila ianya dating dari Allah. 7
  8. 8. 2.2 DEFINISI Bahasa: Berasal dari perkataan „aqada yang membawa erti ikatan atau simpulan. Juga dikaitkan dengan jual beli contohnya „Aqada al-Bay. Juga dikaitkan dengan perjanjian contohnya „Aqada al- Ahd yang membawa makna menguatkan perjanjian. Istilah: Kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terlerai. Ia adalah ikatan perjanjian yang kuat. Hal ini kerana ia tertanam dalam lubuk hati yang paling dalam. Aqidah adalah aqidah yang berteraskan kepada kepercayaan yang bulat dan jitu kepada Allah S.W.T Yang Maha Pencipta lagi Maha Sempurna. Sejak dari ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W telah menjelaskan aqidah yang sempurna. Firman Allah yang bermaksud: [Surah Al-Alaq: 1-5] “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Maha Mulia yang mengajar manusia dengan pena. Mengajar manusia apa-apa yang belum diketahui.” Aqidah bermaksud perjanjian keimanan yang kuat di antara menusia dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T. sesungguhnya perhubungan yang mengikat manusia di dalam Islam adalah satu hubungan yang unik lagi tersendiri. Ia lahir dari ciri-ciri dan tabiat Islam sendiri yang jangkauannya bersifat istimrariyyah (berterusan) serta mempunyai matlamat yang bercirikan manhaj rabbani yang mulia. Ikatan yang dimaksudkan bukanlah hubungan darah, keturunan tanah air, jenis puak, kumpulan, taraf kedudukan dan keluarga semata-mata kerana hubungan- hubungan tersebut boleh bersatu dalam satu waktu tertentu Sahaja, kemudian akan terputuslah hubungan seumpamanya dai antara satu individu yang lain sebagaimana Allah telah berfirman menerangkan kepada hamba-Nya Nuh a.s ketika baginda berkata, mafhumnya: [Hud:45-46] 8
  9. 9. Allah telah menafikan ikatan antara nabi Nuh dan anak-anaknya kerana anak-anaknya tidak beriman kepada Allah S.W.T. Jelas serta terang bahawa sendi keimanan telah memutuskan hubungan di antara Nabi Nuh dan anaknya walaupun dia adalah anak dari tulang sulbi baginda sendiri. 2.3 UNSUR-UNSUR AQIDAH ISLAMIYYAH Aqidah kepada Allah S.W.T dalam Islam terbentuk daripada unsur-unsur berikut: a) Beritiqad dengan kewujudan Allah yang wajib bagi zat-Nya dan bersifat dengan semua sifat kesempurnaan-Nya (al-Kamal). Allah S.W.T wajib ada, besifat dengan ilmu, qudrat, hidup, bijaksana, dan seterusnya. Hal ini jelas bagi mereka yang merenung dan meneliti alam semesta yang indah ciptaannya ini. Maka penciptanya tentulah Maha Bijaksana kerana jelas sekali kebijaksanaan-Nya terserlah pada makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang hebat dan istimewa. Firman Allah SWT: [Al-Hasyr:22] b) Menafikan sifat-sifat kesempurnaan (Al-Musyabahah) dan sifat kekutrangan daripada Allah S.W.T. Allah S.W.T tidak mempunyai jisim kerana jisim berubah-rubah. Allah tidak berbilang, tidak menjadi bapa atau anak kerana sifat tersebut terpisah-pisah sedangkan al-Khaliq itu tidak berjuzuk-juzuk tetapi bersifat dengan satu sifat kesempurnaan dari segala segi. 9
  10. 10. c) Tidak menyentuh sama sekali tentang hakikat zat dan sifat-sifat Allah dengan zat dan sifat manusia. Allah S.W.T berfirman: [An-An‟am: 102] d) Menjelaskan jalan ke arah mengenal sifat-sifat Al-Khaliq dan mengetahui sifat-sifat kesempurnaan ketuhanan, keistimewaan serta kesan-kesannya. Manusia perlu merenung dan memerhatikan kejadian alam ini dengan pandangan yang betul. Contohnya memerhatikan system alam semesta seperti dalam firman Allah SWT: [Al-Baqarah:164] Ayat ini tadi telah menjadi dalil dan bukti kepada sifat Al-Khaliq dan kesempurnaan yang ada pada Allah yang akan membawa manusia mengenali Penciptanya dan makhluk- makhluk ciptaan-Nya yang lain kerana mereka mempunyai hubungan yang tidak boleh dipersiakan. e) Menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khaliq. Aqidah Islamiah yang benar akan membawa manusia sampai kepada suatu jenis makrifat rohaniah yang 10
  11. 11. paling manis dan paling tinggi daripada semua jenis makrifat . Perasaan hati manusia mampu untuk menyingkap rahsia-rahsia alam yang terselindung berbanding pancaindera zahir yang hanya dapat melihat dan merasa sesuatu yang nyata atau tersurat sahaja. Sebab itulah Islam sering mengutarakan arahannya kepada perasaan hati manusia dan membangkitkan kekuatan batin yang tersembunyi da dalam jiwa menusia supaya sampai ke tahap merasai kemanisan makrifatullah f) Menuntut orang mukmin supaya kesan daripada unsur-unsur aqidah ini dijelmakan dan direalisasikan dalam tutur kata dan perbuatan. Seorang mukmin itu apabila telah beri‟tiqad bahawa Tuhan yang menjadikannya itu Maha berkuasa, maka natijahnya daripada aqidah ini secara praktikalnya hendaklah dia bertawakal sepenuhnya kepada Allah serta menumpukan segala harapan kepada-Nya. Jika dia beri‟tiqad bahawa Allah itu Maha Mengetahui, tentulah dia sentiasa berhati-hati dalam segala gerak lakunya daripada melakukan sebarang maksiat kerana sentiasa diliputi rasa takut kepada Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud: [Al-Anfal: 2] “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” 2.4 PENGERTIAN TAUHID Tauhid adalah mengesakan Allah dengan beribadah kepadaNya semata-mata. Ibadah merupakan tujuan penciptaan alam semesta ini. Bahasa: ) yang bererti mengesakan. Istilah : Beriktiqad dan mempercayai bahawa Allah s.w.t. itu Esa dan tunggal, tidak ada syirik dan sekutu bagi Nya. Fahaman secara praktikalnya tauhid ialah satu pegangan hidup yang mempercayai bahawa Allah s.w.t. adalah tuhan yang Esa dan tidak ada sekutu atau yang menyerupaiNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku ialah Allah ynag Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon segala hajat. Ia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada siapa yang setara denganNya” Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu." 11
  12. 12. (Adz-Dzaariyaat: 56) Maksudnya, agar manusia dan jin mengesakan Allah dalam beribadah dan mengkhususkan kepadaNya dalam berdoa. Tauhid berdasarkan Al-Quranul Karim dapat dikelaskan kepada tiga perkara: Tauhid Rububiyyah ERTINYA: Mempercayai Allah sebagai “Rabb” atau pencipta dan penguasa terhadap sesuatu. Allahlah pencipta sekelian makhluk dan alam ini, pemilik, pentadbir dan pemberi segala- galanya. Allah yang menghidupkan dan mematikan sesuatu, berhak dan berkuasa untuk melakukan kebaikan atau keburukan tanpa izinNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sungguh, jika Kamu bertanya hepada mereka, 'Siapakah yang menciptakan mereka', nescaya mereka menjawab,'Allah'." (Az-Zukhruf: 87) Berbeza dengan orang-orang komunis, mereka mengingkari keberadaan Tuhan. Dengan demikian, mereka lebih kufur daripada orang-orang kafir jahiliyah. Tauhid Uluhiyyah (Tauhid Ibadah) ERTINYA: Mengi‟tiqad dan beriman bahawa Allah s.w.t. sahaja yang berhak disembah dan tiada sekutu didalam penyembahanNya. Dia sahaja berhak disembah, ditaati dan dikasihi. KepadaNya tempat bertawakkal, tempat berserah, tempat menaruh harapan, permohonan dan berdoa. Mengesakan Allah dengan melakukan berbagai macam ibadah yang disyariatkan seperti berdoa, memohon pertolongan kepada Allah, tawaf, menyembelih binatang korban, bernazar dan berbagai ibadah lainnya. Tauhid yang semacam inilah yang diingkari oleh orang-orang kafir. Dan ia pula yang menjadi sebab perseteruan dan pertentangan antara umat-umat terdahulu dengan para rasul mereka, sejak Nabi Nuh AS hingga diutusnya Nabi Muhammad SAW. Dalam banyak suratnya, Al-Quranul Karim sering memberikan anjuran soal tauhid uluhiyah ini. Di antaranya, agar setiap muslim berdoa dan meminta hajat khusus kepada Allah semata-mata. Firman Allah SWT yang bermaksud: 12
  13. 13. "Hanya Kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah Kami memohon pertolongan." (Al-Fatihah: 5) Maksudnya, khusus kepadaMu (Ya Allah) kami beribadah, hanya kepadaMu semata kami berdoa dan kami sama sekali tidak memohon pertolongan kepada selainMu. Tauhid uluhiyah ini mencakup masalah berdoa semata-mata hanya kepada Allah, mengambil hukum dari Al-Quran, dan tunduk berhukum kepada syariat Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku maka sembahlah Aku." (Thaha: 14) Tauhid Asma‟ Wa Sifat ERTINYA: Mengi‟tiqad dan beriman bahawa Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan Maha Suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan dan Allah s.w.t. mempunyai nama-nama yang layak dengan kebesarannya. Segala nama dan sifat Allah itu tidak sama dengan nama dan sifat makhluk. Walaupun nama dan sifat itu sama pada sebutannya dengan nama dan sifat makhluk, tetapi hakikatnya ia tidak menyerupai nama dan sifat makhluk. Umpamanya Allah s.w.t. bersifat dengan sifat ilmu, maka ilmu Allah tidak sama dengan ilmu manusia kerana ilmu manusia adalah baru dan diperolehi dengan belajar dan manusia adalah jahil sebelum mempelajarinya. Sedangkan ilmu Allah adalah qadim dan tidak menyerupai ilmu makhluk. Bagitu juga dengan sifat-sifat dan nama-nama yang lain. Tauhid Asma‟ Wa Sifat iaitu beriman terhadap segala apa yang terkandung dalam Al-Quranul Karim dan hadis shahih tentang sifat-sifat Allah yang berasal dari penyifatan Allah atas ZatNya atau penyifatan Rasulullah Sallahu alihi Wassalam. Beriman kepada sifat-sifat Allah tersebut harus secara benar, tanpa ta'wil (penafsiran), tahrif (penyimpangan), takyif (visualisasi, penggambaran), ta'thil (pembatalan, penafian), tamtsil (penyerupaan), tafwidh (penyerahan, seperti yang banyak difahami oleh manusia). Misalnya tentang sifat al-istiwa ' (bersemayam di atas), an-nuzul (turun), al-yad (tangan), al-maji' (kedatangan) dan sifat-sifat lainnya, kita menerangkan semua sifat-sifat itu sesuai dengan keterangan ulama salaf. Al-istiwa' misalnya, menurut keterangan para tabi'in sebagaimana yang ada dalam Shahih Bukhari bererti al-'uluw wal irtifa' (tinggi dan berada di atas) sesuai dengan kebesaran dan keagungan Allah. 13
  14. 14. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syuura: 11) Maksud beriman kepada sifat-sifat Allah secara benar adalah dengan tanpa hal-hal berikut ini: • Tahrif (penyimpangan): Memalingkan dan menyimpangkan zhahir-nya (makna yang jelas tertangkap) ayat dan hadis-hadis shahih pada makna lain yang batil dan salah. Seperti istawa (bersemayam di tempat yang tinggi) diertikan istaula (menguasai). • Ta'thil (pembatalan, penafian): Mengingkari sifat-sifat Allah dan menafikannya. Seperti Allah berada di atas langit, sebahagian kelompok yang sesat mengatakan bahawa Allah berada di setiap tempat. • Takyif (visualisasi, penggambaran): Menvisualisasikan sifat-sifat Allah. Misalnya dengan menggambarkan bahawa bersemayamnya Allah di atas 'Arsy itu begini dan begini. Bersemayamnya Allah di atas 'Arsy tidak serupa dengan bersemayamnya para makhluk, dan tak seorang pun yang mengetahui gambarannya kecuali Allah semata. • Tamtsil (penyerupaan): Menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhlukNya. Kerana itu kita tidak boleh mengatakan, "Allah turun ke langit, sebagaimana turun kami ini". Hadis tentang nuzul-nya Allah (turunnya Allah) ada dalam riwayat Imam Muslim. Sebahagian orang menisbatkan tasybih (penyerupaan) nuzul ini kepada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Ini adalah bohong besar. Kami tidak menemukan keterangan tersebut dalam kitab- kitab beliau, justeru sebaliknya, yang kami temukan adalah pendapat beliau yang menafikan tamtsil dan tasybih. • Tafwidh (penyerahan): Menurut ulama salaf, tafwidh hanya pada al-kaif (hal, keadaan) tidak pada maknanya. Al-Istiwa' misalnya bererti al-'uluw (ketinggian), yang tak seorang pun mengetahui bagaimana dan seberapa ketinggian tersebut kecuali hanya Allah. • Tafwidh (penyerahan): Menurut Mufawwidhah (orang-orang yang menganut fahaman tafwidh) adalah dalam masalah keadaan dan makna secara bersamaan. Pendapat ini bertentangan dengan apa yang diterangkan oleh ulama salaf seperti Ummu Salamah, Rabi'ah guru besar Imam Malik dan Imam Malik sendiri. Mereka semua sependapat bahawa, "Istiwa' (bersemayam di atas) itu jelas pengertian-nya, bagaimana cara/keadaannya itu tidak diketahui, iman kepadanya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bid'ah." 14
  15. 15. Maksudnya bertanya tentang bagaimana cara/keadaan istiwa'. Kerana sang penanya bertanya kepada imam Malik, "Bagaimana Tuhan kita bersemayam?" Lalu Imam Malik menjawab bahawa bertanya tentangnya adalah bid'ah (tentang cara/keadaan bersemayam). Juga kerana Imam Malik berlihat kepada si penanya, "Al-Istiwa' (bersemayam di atas) itu jelas pengertiannya, bagaimana kemudian dia berkata, 'Bertanya tentangnya adalah bid'ah? Ini tentu tidak!" 2.5 PERTAUTAN ANTARA KETIGA-TIGA JENIS TAUHID Seseorang muslim mesti mentauhidkan Allah s.w.t. pada ketiga-tiga jenis tauhid ini. Jika tidak, dia tidak dianggap sebagai mukmin. Seorang mukmin wajib beri‟tiqad bahawa Allah s.w.t. adalah “Rabb”‟bagi segala perkara dan tiada Tuhan yang layak disembah selainNya. Dia juga wajib mengaku dan beriman bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan mempunyai nama-nama yang layak denganNya. Setelah seseorang beriman dengan ketiga-tiga jenis tauhid in barulah dia dikatakan beriman dengan Allah s.w.t. Tauhid Rububiyah diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada muslim ataupun kafir. Oleh itu, kalau seseorang hanya mengakui dan beriman kepada tauhid ini sahaja tanpa disertai dengan kedu-dua tauhid lagi, maka dia tidak boleh dianggap muslim. Fitrah insaniyyah sudah sedia mengenali dan mengakui rububiyah Allah s.w.t. Tetapi, tauhid ini tidak boleh diingkari walaupun ia diakui semua manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (orang Musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?Sudah tentu mereka menjawab Allah. Ucapkanlah (wahai Muhamad): Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka demikian tidak mengingkari Allah) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)” Segala pengakuan manusia terbukti melalui ibadahnya yang terkandung dalam tauhid Uluhiyyah. Apabila seseorang beriman dengan tauhid Uluhiyyah, maka secara tidak langsung dia beriman dengan tauhid Rububiyah dan tauhid Asma‟ was Sifat. Ini kerana tauhid Uluhiyyah terkandung di bawahnya kedua-dua tauhid lagi dan tidak sebaliknya. Seseorang yang beriman dengan tauhid Rububiyah sahaja tidak semestinya beriman dengan Uluhiyyah Allah. Ada dari mereka yang beriman dengan Rububiyah Allah tetapi menyembah patung, berhala, bulan dan seumpamanya tetapi tidak mentaati Allah. Begitu juga seseorang yang berjman dengan tauhid Asma‟ was Sifat kadang-kadang kufur dengan tauhid Uluhiyyah. Tetapi, jika dia beriman dengan tauhid Uluhiyyah dan menyembah Allah s.w.t., dia juga beriman dengan tauhid Rububiyah dan tauhid Asma‟ was Sifat. Tauhid Uluhiyyah adalah berasaskan kepada ucapan ( ‫) هلإ‬manusia dijadikan untuk menyembahNya. Inilah intisari tauhid Uluhiyyah. 15
  16. 16. Jadi, untuk menjadi muslim sejati, seseorang itu wajib beriman dengan ketiga-tiga jenis tauhid serentak tanpa mengasingkan satu sama lain. 2.6 PERBEZAAN ANTARA AQIDAH DAN IDEOLOGI Aqidah dan ideologi adalah dua subjek yang berbeza. Ideologi merupakan kepercayaan dan dasar hidup yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadith. Ideologi memberikan kesan yang bahaya kepada manusia sama ada disedari atau tidak. Umat Islam perlu kenal dan tahu perbezaan antara kedua-duanya agar tidak terjebak ke kancah yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T. Aqidah Islamiyyah yang datang dari Allah pastinya sempurna. Allah sebagai pencipta makhluk sudah tentu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya. Sebaliknya ideologi ciptaan manusia yang banyak kekurangan sudah pasti dilingkupi oleh banyak kelemahan. Aqidah Islamiyyah sesuai bagi setiap masa dan tempat kerana ia bersandarkan kepada asas yang tetap iaitu Al-Quran dan Hadith. Ia tidak berubah walau apapun yang melanda dan tidak berubah kerana peredaran zaman. Sementara itu ideologi mudah berubah dan bertukar mengikut hawa nafsu menusia itu sendiri. Sebagai contoh ideologi nasionalisme adalah kepercayaan yang tidak sesuai untuk pegangan hidup seluruh umat manusia. Ideologi juga tidak merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Contohnya, komunisme dan kapitalisme hanya menjurus kepada bidang ekonomi. Ideologi tidak mampu menjadi penyelamat umat berbanding denganqqidah Islam. Terdapat ideologi yang menjaga kepentingan pemerintah dan taksub perkauman sehingga berlakunya penindasan kepada sesama manusia serta terbukti dalam sejarah berlakunya peperangan di kalangan umat manusia. Aqidah yang terpasak di dalam jiwa seorang mukmin akan menjadi segala tindakan dan amalan seolah- olah Allah berada di hadapan mata dan menyaksikan segala tindak tanduknya. Kesan daripada aqidah yang mantap kepada Allah akan mengelakkan seorang mukmin daropada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah, begitu juga dengan perkara-perkara lagha yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada dirinya dan Islam. 16
  17. 17. TAJUK 3: PENGENALAN SYAHADATAIN Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama. Rukun Islam yang lain tidak akan tegak tanpa rukun yang pertama ini. Ia adalah satu pengakuan dan ikrar yang jelas bagi seorang hamba untuk bertuhankan Allah S.W.T dan bernabikan Nabi Muhammad S.A.W. Ia adalah garis pemisah antara yang hak dan yang batil. Perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh syahadah: “Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.” Setiap amalan kebajikan yang dilakukan menusia adalah sia-sia jika mereka tidak mengiktiraf dua kalimah syahadah. Dua kalimah syahadah inilah yang membezakan antara yang haq dan batil, cahaya hidayah dan kegelapan jahiliyyah hinggalah menentukan antara kesyurga dan ke neraka. 3.1 DEFINISI SYAHADAH Perkataan ( ) dari segi bahasanya bermaksud “aku bersaksi”. Walaupun begitu, ulama‟ menghuraikan makna dalam ucapan dalam ucapan dua kalimah syahadah kepada 5 makna yang lain iaitu seperti berikut: At-Ta’rif Aku mengaku Akbaru Aku mengkhabarkan Makna A’budu Aku tunduk At-Tayaqun Aku menyakini A’lamu Aku mengetahui 17
  18. 18. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian syahadah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa syahadah bererti pengakuan, perkhabaran, keyakinan, pengetahuan dan penyataan. Sebab itu orang yang bersyahadah dipanggil bersaksi, ini kerana dia mengkhabarkan atau menyatakan apa yang dia ketahui. Persaksian “ Tiada tuhan melainkan Allah” merupakan bahagian pertama dari kalimah syahadah. Ia bermaksud tiada suatu pun yang layak disembah melainkan Allah. 3.2 KONSEP PENAFIAN DAN PENEGUHAN DALAM SYAHADAH YANG PERTAMA Dalam ucapan syahadah yang pertama ini, terdapat dua perkara yang perlu kita fahami iaitu konsep penafian(naïf) dan peneguhan (istbat). Apabila kita mengucapkan “La ilaha” maka kita menafikan bahawa tidak ada tuhan yang mentadbirkan ala mini dulu, kini dan selamanya kita meneguhkan penafian kita itu dengan mengucapkan “illa Allah” yang membawa maksud kecuali Allah sahaja tuhan alam ini dulu, kini dan selamanya. Bererti sekiranya ada orng yang mengatakan sesuatu (patung, bulan matahari dan sebagainya) selain Allah itu tuhan, maka kita akan menafikan perkara itu adalah tuhan, bahkan kita tetap mangEsakan Allah sahaja Tuhan yang layak disembah dan tiada sekutu. 3.3 PENGERTIAN ILAH Kalimah “Ilah” adalah seerti dengan perkataan ma‟bud bererti sembahan. Banyak buku-buku yang membicarakan persoalan syahadah ini menjelaskan pengertian kalimah ilah seperti berikut: i. Ilah sebagai tempat tumpuan pengabdian ii. Ilah sebagai tempat perlindungan iii. Ilah sebagai tempat kecintaan iv. Ilah sebagai pemberi rezeki v. Ilah sebagai sumber perundangan a) Ilah sebagai tempat tumpuan pengabdian Matlamat kejadian manusia dijadikan Allah S.W.T adalah untuk beribadat kepadaNya. Manusia dilarang menyekutukan Allah dengan apa jua sekalipun Pengabdian sepenuhnya hanya untuk Allah S.W.T tidak kepada yang lain. Tidak ada yang berhak diataati, dipuja dan disembah melainkan Allah S.W.T Firman Allah SWT: [Al-An‟am: 162] 18
  19. 19. b) Ilah sebagai tempat perlindungan Sedar dan yakin dalam hati, bahawa tidak ada kuasa yang lain yang dapat melindungi kita melainkan Allah. Kuasa selain Allah adalah palsu dan lemah belaka kerana mereka tidak boleh member manfaat atau mudharat melainkan apa yang telah ditentukan Allah. Oleh itu manusia tidak boleh gentar kepada selai Allah S.W.T Firman Allah SWT: [Al-Fatihah: 5] c) Ilah sebagai tumpuan kecintaan Meletakkan kecintaan Allah melebihi segalanya yang kita miliki. Tidak cinta kepada makhluk melainkan kerana ia adalah tuntutan daripada Allah. Kecintaan kepada Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya adalah kesempurnaan iman. Allah akan membalas cinta orang mukmin padaNya begitu juga sebaliknya, Allah akan membalas kepada orang yang bencikan Allah S.W.T. Firman Allah SWT: [Al-Maidah: 54] 19
  20. 20. d) Ilah sebagai pemberi rezeki Sebiji beras pun manusia tidak boleh perolehi tanpa keizinan daripa Allah S.W.T. Semua rezeki yang manusia perolehi di dunia adalah kurniaan AllahS.W.T Walaupun pada zahirnya manusia menghulurkan bantuan, tetapi semua dating daripada Allah. Manusai yang diberi rezeki itu wajib bersyukur iaitu dengan jalan mengerjakan segala yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala yang ditegah oleh Allah. Firman Allah SWT: [Al-Mulk: 30] e) Ilah sebagai sumber perundangan Wajib mengakui bahawa segala peraturan daripa Allah wajib dipatuhi. Kuasa menentukan hokum hanyalah milik Allah S.W.T. Manusia dilarang mencipta undang-undang sendiri bahkan menjadi kafir seseorang sekiranya mengiktifar ada undang-undang yang lebih baik dari undang-undang Allah 3.4 PENGERTIAN SYAHADAH YANG KEDUA “Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah” Ungkapan ini bererti menerima kenabian Muhammad S.A.W yang diutus oleh Allah dan menerimaapa sahaja yang dibawa baginda. Penyaksian ke atas Nabi Muhammad S.A.W ini memerlukan kepada beberapa syarat dan sikap penting antaranya ialah: i. Penerimaan ajaran ii. Kasih kepada rasul iii. Tidak menghinanya Sekiranya kita menolak kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, maka syahadah kita gugur dan terbatallah syahadah sekaligus iman kita. Dengan mengimani kerasulan Rasullulah S.A.W bermakna seseorang telah mengimani nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain, sekalian malaikat, 20
  21. 21. semua kitab, hari kiamat dan semua yang diajar oleh Baginda Rasul. Keimanan kepada kerasulan Rasullulah juga menuntut kita mentaati apa yang disuruh oleh Rasullulah serta meninggalkan segala tegahan baginda. 3.5 SYARAT-SYARAT PENERIMAAN SYAHADAH Terdapat tujuh syarat yang mesti dipatuhi supaya ucapan syahadah itu diterima dan seorang itu layak memeluk Islam. 1. Faham iaitu menolak kebodohan 2. Yakin iaitu menolak keraguan 3. Ikhlas iaitu menolak kesyirikan dan paksaan 4. Jujur iaitu menolak pembohongan 5. Cinta iaitu menolak kebencian 6. Patuh iaitu menolak sikap pembangkang 7. Meneriam iaitu menolak sikap membantah 3.6 KESIMPULAN Kita perlu memahami tajuk syahadatain ini kerana ia adalah rukun Islam yang pertama dan menjadi asas tumbuhnya iman. Masalah yang timbul dalam umat Islam pada hari ini ialah kerana mereka tidak memahami apalagi menghayati makna dan tuntutan dari ucapan syahadatain ini. Janganlah kita menjadi seperti burung kakak tua, yang pandai berkata-kata, tetapi ia sendiri tidak faham apa yg disebutnya. Jadilah mukmin yang sentiasa cuba memenuhi segala tuntutan syahadatain ini. 21
  22. 22. TAJUK 3: IBADAH 3.1 PENGENALAN Kita sedia maklum bahawa tujuan manusia dihantar ke dunia adalah beribadah kepada Allah. Konsep ibadah dalam Islam adalah sangat berbeza dari agama-agama yang lain. Ibadah dalam Islam tidak menuntut kita mengasingkan diri, hidup seperti pendeta (tidak berkahwin dan sebagainya) dan tidak juga dilakukan melalui perantara sesuatu. Pada hari ini, timbul pelbagai anggapan salah terhadap ibadah. Ada yang beranggapan ibadah itu tertumpu pada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Terdapat juga di kalangan umat Islam yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa mereka melaksanakan „ubudiyah kepada sesuatu selain Allah. Malah terdapat juga orang-orang yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu tidak ada kaitan langsung dengan urusan masyarakat terutamanya dalam bidang politik dan pemerintahan. Sesungguhnya Islam meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa. Di dalam al- Quran menjelaskan bahawa seluruh jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk tujuan beribadah kepada Allah 3.2 PENGERTIAN IBADAH Bahasa = Merendah diri, tunduk patuh dan taat. Istilah = Taat, tunduk, patuh, dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah adalah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Al-Quran menjelaskan ibadah sebagai „ubudiyyah dan ketaatan. 22
  23. 23. Asas Ibadah dalam Islam adalah hakikat bahawa manusia adalah makhluk dan hamba kepada Penciptanya dan kepada-Nya ia akan kembali. Penyembahan dan peyerahan diri kepada Allah, perhubungan yang suci dan perkhidmatan yang penuh khusyuk dan rendah hati yang dilakukan oleh manusian kepada Allah merupakan beberapa ciri yang penting dalam amalan mengabdikan diri kepad Allah. Kesimpulannya, ibadah sikap keyakinan, amalan, dan keadaan yang memenuhi makna-makna yang disebutkan tadi dalam perhubungan manusia dengan Allah. 3.3 RUANG LINGKUP IBADAH Ruang lingkup ibadah dalam Islam adalah sangat luas. Ia merangkumi setiap keinginan kehidupan manusia bermula dari membersihkan diri (memotong kuku, mandi dsb) hinggalah kepada urusan pentadbiran negara, ekonomi dan peperangan. Semua perkara yang disebutkan boleh menjadi ibadah dan diganjarkan pahala sekiranya bertepatan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah, berikut adalah beberapa syarat sesuatu amalan itu dikira sebagai ibadah disisi Allah. a) Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam Ia bersesuaian dengan hukum-hukum syarak dan tidak bercanggah degna hukum- hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan maksiat, maka tidaklah sekali-kali ia dijadikan amalan ibadah. b) Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik Ia betujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umat seluruhnya, dan bagi memakmurkan bumu sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah. c) Amalan tersebut mestilah dibuat sebaik-baiknya [Hadis Riwayat Muslim] “Bahawa Allah suka apabila seseorang diri kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya” d) Sentiasa menurut hukum-hukum syarak Ibadah yang dilakukan mestilah berteraskan Islam dan ada ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, dan tidak menindas serta tidak merampas hak orang lain. e) Tidak mengecualikan ibadah-ibadah khusus Ibadah yang utana seperti solat, zakat, dan sebagainya mestilah dilakukan seperti dalam melaksanakan ibadah-ibadah umum. Firman Allah SWT: [An-Nur:37] 23
  24. 24. Oleh sebab itulah ruang lingkup ibadah dalam Islam adalah sangat luas. Bermula dari sekecil- kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. 3.4 CIRI-CIRI IBADAH DALAM ISLAM a) Ibadah hanya dilakukan semata-mata kerana Allah Al-Quran menitik beratkan bahawa ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata- mata. Banyak gesaan dalam Al-Quran dan Hadith yang mengesa umat Islam mengikhlaskan niat hanya pada Allah. Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesame manusia ataupun membuka jalan untuk mengelirukan pengertian ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah. b) perhubungan langsung antara hamba dan pencipta Ibadah dalam Islam tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada sesetengah agama lain. c) Melambangkan khudhu yang penuh ketaatan yang mutak kepad Allah. Ibadah dalam Islam bersifat taufiqiyyah: iaitu ia dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasullulah S.A.W dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syarak. Tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Maksud firman Allah: [Al-Ahzab: 21] 24
  25. 25. [Ali-Imran: 31] d) Tidak terkongkong pada sesuatu tempat peribadatan sahaja. Di dalam Islam, perlaksanaan ibadah tidak tertakluk kepada tempat-tempat tertentu sahaja. Seluruh bumi Allah adalah tempat beribadah bagi para mukmin. Firman Allah SWT: [Al-Mulk:15] Di dalam Islam, ibadah boleh dilakukan dimana-mana sahaja kerana diman sahaja seseorang itu berada, perhubungannya adalah terus kepada Allah. Islam menganggap seluruh bumi ini sebagai masjid kecuali tempat-tempat yang kotor. Itulah sebabnya Rasullulah S.A.W solat diman-mana sahaja Baginda berada, samaada ditengah padang pasir atau didalam kenderaan. 3.5 KESIMPULAN Sesungguhnya ibadah di dalam Islam bukan hanya terbatas kepada solat, zakat, puasa dan haji sahaja seperimana yang difahami oleh sesetengah golongan umat Islam. Kebanyakan mereka menyangka bahawa bila mereka telah menunaikan perkara-perkarayang fardhu, bererti mereka telah menyempurnakan segala hak Allah dan kewajipan ubudiyyah terhadapNya. Sebenarnya kewajipan-kewajipan yang besar dan rukun-rukun asasi walau bagaimana tinggi kedudukannya, ia hanyalah sebagai tunutan ibadah kepada Allah. Ia tidak merupakan seluruh ibadah yang ditetapkan Allah kepada hmba-hambaNya. Kewajipan-kewajipan tersebut adalah tiang-tiang utama bagi mengasakan dasar-dasar ubudiyyah manusia kepada Allah. Munusia telah dijadikan Allah dengan tujuan beribadah kepadaNya. Oleh itu tujuan ini hanya dapat dilaksanakan oleh manusia sekiranya ruang lingkup ibadah dan daerah-daerahnya cukup luas sehingga ia meliputi seluruh urusan hidup manusia. 25
  26. 26. TAJUK 4: AKHLAK ISLAMIYYAH Bahasa: Al- khuluq bererti perlakuan atau pekerti manusia. Kalimah ini adalah pecahan daripada al-khalq yg bererti ciptaan atau kejadian manusia dari segi jasmani. Seperti yang diterangkan dalam Al Quran: [Surah Al-An‟am:2] Al –Ghazali memberi tarif bahawa akhlak ialah suatu sifat yg tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang yg melahirkan tingkah laku dengan mudah (spontan) tanpa berhajat kepada pemikiran atau teragak-agak. Pemikiran yang baik dan terpuji menurut akal dan syarak maka itulah akhlak yang baik. Menurut ibnu Maskawaih, Akhlak adalah keadaan jiwa seseorang yang mendorong melakukan perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran. 4.1 KEINDAHAN MANUSIA PADA AKHLAK Manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam bentuk yang indah. Firman Allah SWT: [Surah At Tiin:4] Manusia memiliki dua keindahan iaitu keindahan jasmani dan keindahan rohani. Keindahan jasmani adalah keindahan bentuk tubuh manusia yang terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai fungsi biologikal yang tersusun indah. Keindahan fizikal ini tidak kekal. Ia akan luntur bersama usia manusia itu. Tetapi keindahan rohani (akhlak) itu akan kekal sehingga manusia itu mati, malahan sampai kepada kehidupan selepas mati kelak. Keindahan rohani inilah yang akan membentuk wajah sebenar insan itu. Al-Quran dan As-sunnah banyak menerangkan tentang cahaya dan wajah orang-orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah, serta bertapa buruk dan hitam wajah orang-orang yang ingkar dan berdosa. Oleh itu, keindahan rohanilah yang berhak dijadikan asas kehidupan dan matlamat manusia. 26
  27. 27. 4.2 KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN AKHLAK DALAM ISLAM Islam sangat mementingkan akhlak dalam ajarannya, kerana akhlak adalah roh yang menyerapi Islam, aqidah dan syariatnya. Rasulullah SAW diutuskan untuk membawa risalah Islam di samping mengajar umat manusia dengan kesempurnaan akhlak. [Surah Al Ahzab: 21] [Hadis Riwayat Ahmad] „Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia‟ 4.3 PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL Sekarang ramai antara kita telah disekularkan dan mengikut arus sehingga tidak dapat membezakan antara akhlak dan moral. Bagi mereka kedua-duanya adalah sama sahaja. Pada hakikatnya, perbezaan antara keduanya amat nyata diperhatikan kepada definisi akhlak dan moral. ASPEK AKHLAK MORAL Pengertian Suatu sifat yang tertanam dan Ajaran atau pegangan yang sebati dalam jiwa seseorang yang berkenaan dengan buruk baik melahirkan tingkah laku dengan sesuatu perbuatan (kelakuan, mudah (spontan) tanpa berhajat kewajipan dan lain-lain). Moral kepada pemikiran atau teragak- biasanya diukur menurut agak. pandangan sesebuah masyarakat. Hubungan Berteraskan hubungan manusia Berteraskan hubungan mengikut dengan Allah SWT, manusia hubungan sesama manusia dengan alam, malah antara sahaja. manusia dengan dirinya sendiri. Sumber Mempunyai prinsip-prinsip yang Mempunyai prinsip-prinsip yang ditentukan oleh Al Quran dan mengikut kehendak manusia tunjuk ajar Nabi Muhammad tanpa berteraskan agama SAW 27
  28. 28. Suasana Sentiasa kekal mengikut agama Berubah mengikut keadaan. CIRI-CIRI HURAIAN Umum dan Islam menyeru umatnya supaya berakhlak mulia secara menyeluruh tidak kira khusus masa dan tempat. Rasulullah SAW bersabda: „Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, susulilah kejahatan itu dengan kebaikan (yang membersihkannya) dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang mulia.‟ Sempurna Skop aklak merangkumi semua aspek rohaniah atau gerak laku manusia sama ada bersangkutan dengan individu atau manusia lain, bahkan negara. Kesemua ini tidak terkeluar dari skop akhlak. Bermakna akhlak di dalam Islam mengawasi setiap gerak laku dan niat manusia sama ada dalam ibadah hingga kepada setiap kerja yang lain. Sejajar Konsep perlaksanaan, kaedah dan matlamat akhlak adalah sejajar. Konsep moral yang menekankan konsep „matlamat menghalalkan cara‟, yang merupakan ideologi Machiavelisme adalah tidak diterima oleh Islam kerana perlaksanannya yang salah tidak diterima oleh Islam walaupun matlamatnya baik. Berganjaran Akhlak Islam berupa suruhan, tegahan, pelanggaran ke atas sistem ini merupakan sebab bagi menerima hukuman, dan berpegang dengannya merupakan sebab untuk mendapat ganjaran yang baik. Balasan yang baik dan buruk ini diperolehi sama ada di dunia dan di akhirat. Rasulullah SAW bersabda: „sesungguhnya telah dibinasakan orang-orang terdahulu daripada kamu, mereka itu apabila orang berdarjat dari kalangan mereka mencuri, mereka melepaskannya dan apabila orang yang rendah kedudukannya mencuri mereka mengenakan hukum hudud ke atasnya.‟ Seimbang Akhlak Islam tidak mirip mana-mana pihak. Ia tidak menekankan manusia sehingga menjdai pasif dan tidak pula terlalu aktif sehingga membahayakannya. Allah berfirman: [Surah Al-A‟raf: 3] 28
  29. 29. 4.4 KESIMPULAN Terdapat banyak dalil yang menghendaki kita beramal dengan Akhlak Islamiyyah. Akhlak yang baik merupakan buah dari keimanan kita kepada Allah SWT. Tanda kuatnya keimanan seseorang, boleh diukur dengan ketinggian dan keluhuran akhlaknya. Oleh itu, kita perlu sentiasa memuhasabah diri kita dan sentiasa memperbaiki akhlak kita supaya menjadi lebih baik. 29
  30. 30. TAJUK 5: ISLAM SEBAGAI AD DEEN Terdapat pelbagai agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya daripada orang yang mengasaskannya atau dari umat tertentu yang menubuhkannya atau mengembangkan agama tersebut. Agama Nasrani atau Masihi mendapat namanya dari Al-Masih. Agama Budha diambil dari nama pembawanya iaitu Gautama Budha. Agama Zarathusra pula berasal daripada nama pembawa panji-panji, Zarathusra. Agama Yahudi diambil dari satu kabilah bernama Yahuda, maka agama itu dinamakan Yahudi. Berlainan dengan Islam ia tidak bersandarkan dengan nama individu tertentu ataupun umat tertentu. Nama Islam itu menunjukan sifat-sifat khusus yang terkandung di dalam makna perkataan itu sendiri. Daripada nama itu jelas bahawa ia tidak menunjukan pembawa atau pengasasnya di kalangan manusia. Ia bukan khas bagi umat tertentu, tetapi ia adalah untuk seluruh bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk untuk menghiasi seluruh penduduk bumi dengan Islam. Siapa sahaja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia di zaman lampau atau manusia dizaman ini, ia adalah muslim. Demikian juga orang yang berpegang denganya pada masa akan datang adalah seorang muslim. 5.1 DEFINISI ISLAM Bahasa- berasal dari perkataan salam yang bererti selamat dan sejahtera. Syarak- tunduk, patuh dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT, yang lahir dari kesedaran dan bukannya paksaan. [Surah An-Nissa:125] 5.2 PENGERTIAN AD-DEEN Al Quran menyebut lebih 40 kali perkataan Ad Deen dengan pelbagai pengertian. Daripada ayat- ayat Al Quran dan hadith, perkataan Ad Deen memberikan makna-makna berikut. a) Sebagai suatu kepercayaan agama b) Sebagai suatu ibadah 30
  31. 31. c) Suatu kepatuhan dan ketaatan d) Pembalasan atau hari akhirat e) Cara hidup yang meliputi semua aspek kehidupan 5.3 MATLAMAT DAN TUJUAN ISLAM Matlamat diturunkan ajaran Islam kepada seluruh manusia adalah untuk membantu manusia membina kehidupan yang baik dan diredhai Allah SWT yang dapat merealisasikan kebahagian dan kesejahteraan hidup di dunia dan diakhirat. Firman Allah: [Surah Al-Anbiyya‟: 107] 5.4 ISLAM SEBAGAI AD DEEN DAN KEWAJIPAN MENGHAYATINYA Islam adalah Ad Deen yang kamil dan syumul. Firman Allah SWT: [Surah Al Maaidah :3] Ad Deen adalah cara satu hidup. Ia merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang- undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk mereka menerima dan mengamalkannya secara total. Islam tidak pernah membezakan orang yang beribadah dimasjid, mengeluarkan air mata khusyuk dan tawadhuk kepada Allah SWT, dan penulis yang mengalirkan dakwat penanya kerana Islam, juga peluh yang meleleh dari badan atau darah yang mengalir kerana menegakkan kalimah Allah. Al-Imam Abdullah Bin Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang sedang beriktikaf di masjid yang meninggalkan tugas jihadnya, 31
  32. 32. „Wahai saudara yang sedang beribadah di tanah suci,Kalau saudara melihat kami, Saudara akan tahu saudara hanya bermain dengan ibadat, Sesiapa yang pipinya yang berlumuran air mata. Maka leher kami berlumuran darah, Kalau kuda kamu penat di dalam kebhatilan, Maka kuda kami akan penat ber perang‟ 5.5 CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM Ciri-ciri khusus Islam merupakan satu dari ciri keistimewaan Islam yang merupakan titik perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain di dunia ini. 1. Rabbaniyyah – membawa erti bahawa Islam ini datangnya dari Allah SWT. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah SWT. Islam itu sendiri berkait rapat dengan Allah SWT, kerana semua perkara yang diajar di dalam Islam adalah datangnya dari Allah SWT. Ciri-ciri rabbani ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: a. Rabbani dari sudut tujuan dan matlamat. Ia bererti islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah SWT dan mendapat keredhaan Nya sebagai matlamt terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan hidup di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah SWT semata-mata. b. Rabbani dari sudut manhaj (sistem) dan sumber. Manhaj ini adalah rabbani kerana ia bersumber dari wahyu Illahi yang disampaikan melalui Nabi Muhammad SAW. Sumber ajaran islam yang berpaksikan al quran dan assunnah adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Sistem dan sumber ajaran islam selamat dari campur tangan manusia. 2. Syumuliah – ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusann hingga sebesar-besar perkara seperti pemerintahan manusia. 3. „Alamiah – sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang arab, melayu, cina, india dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada kutub selatan, khatulistiwa dan sebagainya. Islam adalah risalah untuk semua zaman dan generasi. Islam juga sesuai untuk 32
  33. 33. semua zaman samada zaman Rasulullah SAW hatta zaman teknologi moden yang canggih ini. 4. Waqieyyah – islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya, islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat di mana seseorang Muslim itu berada. Ajaran meraikan realiti manusiawai. Dalam perkara-perkara yang menyulitkan Allah SWT menyediakan ruksah untuk hamba-hambanya. Islam tidak mengharamkan perkara yang menjadi keperluan bagi manusia, seperti berkahwin. Ajaran Islam juga sangat mudah dan tidak diberat kan. Firman Allah SWT: [Surah al Hajj: 78] 5. Inqilabiyyah – menegakan Islam atas keruntuhan jahiliyyah . Islam tidak boleh bercampur- campur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempel pada jahiliyyah. Tetapi kita tidak boleh menuggu semua unsur jahiliyyah itu lenyap, justeru hukum Islam mesti dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. 6. Thabat dan Murunah – tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal dari segi perlaksanaannya. Contohnya, solat adalah wajib dan perlaksanaanya boleh dibuat secara jama‟ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanankannya dalam keadaan duduk, baring atau mengiring mengikut kemampuannya. 5.6 KESIMPULAN Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT. Kita tidak mempunyai jalan alternatif lain melainkan dengan Islam kita hidup. Segala permasalahan perlu diselesaikan menurut kaca mata Islam. Hanya Islam agama yang diterima oleh Allah SWT, dan sesiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup mereka, maka mereka adalah orang yang rugi di dunia dan akhirat. 33
  34. 34. TAJUK 6: TASAWWUR TARBIYAH ISLAMIYAH Firman Allah SWT yang bermaksud: [Surah Al Maidah:35] Dalam ayat di atas Allah SWT memerintahkan manusia mencari segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman tarbiyah ditegakkan. Tarbiyah merupakan segala usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Justeru, ia melibatkan segala usaha melibatkan pendidikan, pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam, kesan persekitaran dan faktor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kepada Allah. Allah telah mengariskan dasar-dasar pentarbiyahan serta uslubnya yang pelbagai dalam Al Quran. Rasulullah pula telah melaksanakan dasar-dasar pentarbiyahan ini dengan begitu berkesan. Dari pentarbiyahan tersebut baginda telah berjaya melahirkan generasi yang benar-benar menghayati Islam serta sanggup memberikan seluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam. 6.1 MATLAMAT TARBIYAH ISLAMIYYAH a) Melahirkan umat muttaqin yang mempunyai Ta‟aluq Billah yang kuat. Ini bermaksud tarbiyah Islamiyyah bertujuan melahirkan satu generasi para du‟at yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan Islam. Ta‟aluq billah bermaksud tarbiyah Islamiyyah bermatlamat melahirkan para mukmin yang hidup matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah. b) Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan. Mukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan. Firman Allah SWT: 34
  35. 35. [Surah Al Maidah:35] c) Melahirkan insan Muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Tarbiyah Islamiyah adalah program melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka adalah golongan manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba mendapatkan keampunan dan syurganya. Mereka juga benci dan takut dilemparkan olh Allah ke neraka jahanam. 6.2 ELEMEN PENTING TARBIYAH ISLAMIYYAH a) Tauhidullah Ini mendorong tindakan bersifat tajarrud iaitu bersih dari sebarang ideologi dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga berupaya menentukan unsur jahiliyyah dan menegakan Islam atas keruntuhannya. b) Nubuwwah Ia membezakannya dengan tarbiyah jahiliyyah yang berdasarkan aqal semata-mata. c) Al-Hasyr wal jaza‟ Tarbiyah Islamiyyah tidak meletakan dunia sebagai matlamat akhir tetapi ia tidak memutuskan rantaian dunia dan akhirat. 6.3 RUANG LINGKUP TARBIYAH a) Tarbiyah Aqliah Mendidik dan mengajar ahli memimpin akal untuk berfikir, memberi pandangan dan tafaqquh dalam ilmu serta boleh merancang berlandaskan unsur-unsur utama. b) Tarbiyah Khuluqiyah 35
  36. 36. Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainnya. c) Tarbiyah Jihad Tarbiyah jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersama kawalan dan latihan serta tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. d) Tarbiyah fizikal Tarbiyah ini membawa matlamat: Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan e) Tarbiyah siasah Tarbiyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa daripada pengabdian diri kepada ideologi kepada ketaatan kepada Allah SWT. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah, hubungan kerajaan dengan musuh, kaitan antara Muslim dan Non Muslim dan seumpmanya. 6.4 TARBIYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH Harakah islamiyah menekankan aspek tarbiyah kerana tarbiyah merupakan perkara asas paling utama dan tulang belakang bagi sesebuah harakah Islamiyah. Sesebuah harakah Islamiyah seharusnya mewujudkan unsur-unsur yang mampu melahirkan ahli jemaah yang mempunyai sifat-sifat berikut: Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyah ummah Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam yang didokong oleh Harakah islamiyyah Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi‟ Berpandangan jauh Menghayati tuntutan amal jama‟ie 36
  37. 37. 6.5 UNSUR-UNSUR TARBIYAH ISLAMIYYAH GERAKAN ISLAM Manhaj tarbiyah merupakan perencanaan yang digunakan sesuatu gerakan Islam untuk proses pentarbiyahan ahlinya. Manhaj itu perlu merangkumi unsur-unsur berikut: 1. Marhalah tarbiyah Rasulullah SAW melakukan pentarbiyahan berperingkat terhadap sahabat-sahabat disebabkan perbezaan kemampuan dan tabiat mereka. Hassan Al-banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam mengariskan tiga marhallah tarbiyyah. Marhalah Ta‟rif : tahap pembersihan aqidah Marhalah Takwim : tahap pembentukan rijal ad-dakwah Marhalah Tanfiz : tahap pemastian ahli yang ditarbiyyah berkualiti dari sudut praktikalnya. 2. Tarbiyah melalui murabbi Peranan murabbi perlu untuk membimbing dan memerhatikan peningkatan ilmu dan kefahaman, pembentukan syakhsiah serta penerusan amalan yang diredhai Allah. 3. Tadrij Kaedah ini perlu dilaksanakan dalam tarbiyyah. Kemampuan menentukan tahap penekanan tarbiyah ahli harakah perlu dimiliki oleh murabbi berdasarkan kawalan di setiap marhalah. Tidak semua ahli disamakan pengisian tarbiyah sebaliknya berdasarkan pencapaian mereka bagi setiap marhalah. 4. Tawazun Keseimbangan tarbiyah antara jasadiyah dan ruhiyyah amat perlu untuk mengelakan terjadinya ahli yang terlalu memberi tumpuan kepada aspek tertentu sahaja. 6.6 KESIMPULAN Kelemahan tarrbiyah menyebabkan kelemahan ummah. Sebuah gerakan islam yang lemah mengambarkan sejauh mana kekuatan tarbiyyahnya. 37
  38. 38. TAJUK 7: DAKWAH ISLAMIYYAH 7.1 DEFINISI Bahasa - menyeru dan memanggil sama ada kepada yang hak atau yang batil. Istilah - menyeru atau memangil ke jalan Allah. Firman Allah: Melaksanakan dakwah adalah tugas pokok para anbiya‟. Tugas dakwah yang diberikan kepada seluruh anbiya‟ ini telah dirumuskan sebagai tugas Rasulullah SAW. Orang-orang yang beriman adalah mereka yang mentaati jalan yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW. Maka mereka tidak meninggalkan tugas dakwah, kerana tugas ini tidak sepatutnya terpisah dari sifat mereka yang mengaku tergolong daripada kalangan kaum muslimin. 7.2 DALIL-DALIL TUNTUTAN BERDAKWAH a) Untuk menyelamatkan diri dari azab Allah SWT Imam Malik berkata, „Tinggalkanlah negeri yang penuh dengan kemungkaran, mereka tidak segan silu untuk mengerjakan kemungkaran‟ Oleh itu, jika tidak ada sebuah negara pun yang melaksanakan syariat Islam bagi membolehkan seseorang muslim itu berhijrah kepadanya, maka tidak ada pilihan lain bagi muslim tersebut melainkan melaksanakan dakwah untuk mengubah masyarakatnya sendiri. Firman Allah SWT: [Surah Al-A‟araf: 164-165] 38
  39. 39. Ayat di atas menjelaskan bahawa melaksanakan dakwah walaupun dalam keadaan umat telah bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran tetap menjadi tanggungjawab seorang muslim. Tindakan ini menjadi alasan seseorang muslim di hadapan Allah kelak bahawa ia tidak mengabaikan tugas untuk mencegah kemungkaran di dalam masyarakat. b) Untuk menyelamatkan ummah Tujuan musuh-musuh Islam adalah untuk melemahkan umat Islam itu sendiri. Mereka sentiasa berusaha menutup kebenaran dan menegak kebatilan. Oleh itu umat Islam wajib bangkit menentang rencana-rencana dan kerja-keja jahat pihak musuh. Sekiranya kemungkaran itu tidak di tentang, maka akan bertambah luaslah kerosakan kepada seluruh manusia dan masyarakatnya. Apabila Allah menurunkan azabNya ke atas kaum yang zalim dan ingkar, maka allah akan menghukum seluruhnya tanpa membezakan di antara yang zalim dan yang soleh. c) Untuk memenuhi sifat mukmin sejati Umat Islam akan menjadi umat yang terbaik sekiranya mereka melakukan amar maaru nahi mungkar atau dakwah di jalan Allah. Firman Allah SWT: [Surah Al Imran:104] d) Untuk membezakan diri daripada orang munafik Allah SWT menjelaskan hakikat orang-orang munafik di dalam firmanNya: [Surah At Taubah:67] 39
  40. 40. Ayat di atas menjelaskan bahawa orang munafik lelaki dan perempuan mempunyai satu risalah dalam hidup mereka iaitu menghalangi jalan Allah, membuat kemungkaran dan mencegah yang ma‟ruf, membelanjakan harta untuk perkara kejahatan, kikir dalam perkara-pekara kebaikan. Oleh itu dakwah yang sebenar adalah untuk membezakan orang mu‟min dengan orang munafik. e) Untuk mewarisi jalan Rasulullah SAW Sejak awal lagi sahabat telah mencintai Rasulullah SAW dalam menjalankan tugas dakwah dan mereka juga membantu Rasulullah dalam mendirikan negara Islam di Madinah. Di sini dapat difahami bahawa jalan dakwah adalah jalan Rasulullah SAW dan jalan-jalan orang yang berserta dengannya. Mengikut rasulullah bererti beriman dengannya dan menyeru orang lain kepada ajaran-ajarannya berdasarkan kepada ilmu dan dalil yang nyata. f) Untuk memastikan keutuhan umat Keutuhan umat Islam akan terjamin sekiranya mereka tolong-menolong untuk mencapai kebaikan, berpesan-pesan kepada kesabaran, berpegang kepada kebenaran serta membantuantara lain bagi membanteras kejahatan. 7.3 HUKUM BERDAKWAH Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah melakukan dakwah atau melakukan amar ma‟ruf dan nahi mungkar itu merupakan salah satu daripada tuntutan keimanan mereka dari segala kelemahan yang boleh mengugat syahadah mereka terhadap Allah. “La yatimmul wajib illa bihi fahuwal wajib” Oleh kerana menjaga kesejahteraan itu wajib, dan salah satu cara yang terpenting untuk menjaganya adalah dengan melaksanakan dakwah di jalan Allah, maka tidak dapat tidak melakukan dakwah itu wajib. Ini adalah kerana apabila tiada dakwah maka manusia akan dipengaruhi dan dipimpin oleh syaitan dan bala tenteranya dari kalangan manusia yang ingkar dan kufur kepada Allah. Jika perkara ini berlaku, maka sesatlah seluruh umat manusia. Orang yang tidak berpegang pada jalan Allah hanya mengikut perasaan semata-mata. Segala keputusan, haluan dan tatacaranya dalam melakukan sesuatu semuanya adalah hasil daripada sangkaan dan desakan hawa nafsu. Tanggungjawab ini dengan sendirinya menjadikan tugas dakwah fardhu kepada orang-orang yang beriman. Hukum fardhu ini telah disepakati oleh ulama‟ pada setiap zaman. 40
  41. 41. 1. Fardhu kifayah Sebahagian besar ulama‟ Islam telah mengatakan bahawa melaksanakan dakwah ialah salah satu daripada fardhu kifayah ke atas masyarakat Islam. Mereka berdasarkan firman Allah SWT: [Surah Ali-Imran:104] Daripada ayat di atas mereka berpegang bahawa yang di tuntut oleh syara‟ ialah sebahagian daripada umat Islam untuk melakukan kewajipan ini. Di mana dari ayat ini juga mereka mengqiaskan yang umum, iaitu amar ma‟ruf dan nahi mungkar dengan yang khusus iaitu berperang dengan senjata. Apabila khusus itu hukumnya pada keadaan biasa adalah ialah farhdu kifayah, maka hukum yang umum iaitu segala bentuk amar ma‟aruf dan nahi mungkar dalam pengertiannya juga satu daripada fardhu kifayah. Perkara ini jelas dan maklum bahawa berperang dengan senjata merupakan fardhu kifayah kepada orang orang Islam, ketika tidak mendapat kerahan umum yang diisytiharkan oleh pihak pemerintah di dalam sesebuah negara Islam. Mengangkat senjata menjadi fardhu ain sekiranya pihak pemerintah negara Islam memerintahkan seluruh umat Islam untuk keluar menentang musuh Islam. Fardhu Kifayah juga terjadi kepada orang Islam apabila tanggungjawab melaksanakan amar ma‟ruf nahi mungkar telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah. 2. Fardhu ain Sesetengah ulama‟ mengatakan bahawa melaksanakan dakwah itu adalah fardhu ain mengikut kadar keupayaan. Para ulama‟ yang berpegang bahawa dakwah iu merupakan fard „Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangan, apabila tidak kuasa maka dengan lisannya, apabila tidak mampu, hendaklah dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman‟ 41
  42. 42. Allah SWT mewajibkan amar maruf dan nahi mungkar ke atas seluruh umat Islam berdasarkan firmanNya: [Surah Ali-Imran:110] Tidak akan dibebankan kecuali untuk membuat yang ma‟ruf dan mencegah yang mungkar, baik dengan tangan, lisan atau hati. Bagi setiap orang pula wajibia menolak yang membawa mudharat atau kerosakan kepada dirinya. Yang paling kuat daripada dua pendapat ini adalah yang mengatakan bahawa dakwah adalah fardhu ain ke atas setiap muslim menurut kadar kemampuannya. Pendapat ini berdasarkan dua keadaan utama: Seseorang muslim yang mendiamkan dirinya daripada menybabkan sesuatu yang ma‟ruf diketahuinya dengan beranggapan ada orang lain yang melakukan, mungkin akan meluputkan banyak kebajikan dari kumpulan kaum muslimin akan terhindar dari mendapat hidayah Allah. Seseorang muslim dituntut mencegah kemungkaran daripada terus berlaku. Dalam memikul tugas ini, tidak boleh berlengah dalam mengambil tindakan. Dia tidak boleh bertangguh kerana mungkin pertangguhan ini akan membawa kepada keadaan yang tidak boleh di cegah langsung. Jika tidak ada orang lain bangkit untuk mencegah kemungkaran, tanggungjawabnya tidak sesekali gugur sehinggalah ia menyaksikan sendiri bahawa usaha orang lain telah berjaya menghentikan atau menghalang kemungkaran itu. 7.4 CIRI-CIRI DAKWAH a) Syumul - seperti kesyumulan Islam, merangkumi pesoalan hidup seperti ekonomi, politik, sosial, rumah tangga dan akhlak b) Rabbani- panggilan mentauhidkan Allah serta berpegang teguh kepada Islam. Islam dari Allah, ia juga mesti selari kepada Allah 42
  43. 43. c) Sejagat - Dakwah Islam untuk semua manusia bagi menyelamatkan mereka dari azab Allah. Ketahuilah bahawa tanggungjawab sebagai seorang pendakwah merupakan tanggungjawab yang berat tetapi teramat mulia disisi Allah SWT. Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik untuk kita. Baginda tidak pernah mengeluh dan berputus asa dalam berdakwah. Seluruh kehidupan baginda digunakan untuk menyeru umatnya ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan ianya diteruskan oleh para sahabat, para tabi‟in dan seterusnya sehinggalah ke generasi sekarang. Kitalah yang menjadi penerus kepada risalah Anbiya‟ dan bertanggungjawab mengembangkannya ke serata bumi. 43
  44. 44. TAJUK 8: AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR 8.1 MUQADDIMAH Amar Ma‟ruf Nahi Mungkar adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Lantaran itulah jemaah Islam ditubuhkan supaya dapat membimbing hati manusia. Islam adalah agama samawi yang datangnya dari Allah swt. Islam mementingkan aspek kemasyarakatan dari sudut kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan individualistik (individu tetapi ia mementingkan ummah. Lantaran hidup manusia yang dikenali sebagai golongan yang mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan para Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Oleh kerana itulah disyaratkan bahawa hukum Amar ma‟ruf nahi Mungkar adalah wajib yang tidak boleh dinafikan lagi. Berikut adalah dalil-dalil kewajipan menjalankan amar ma‟ruf nahi mungkar. 8.2 DALIL KEWAJIPAN AMAR MA‟RUF NAHI MUNGKAR Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu maharajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.” Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun: “Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka.” Nabi Yusya bertanya: “Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?” Jawab Allah s.w.t.: “Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu.” Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.” 44
  45. 45. Anas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.” 8.3 BEBERAPA KEPERLUAN KESEDIAAN AMAR MA‟RUF NAHI MUNGKAR a) Keimanan yang mendalam. Ia bermaksud menganggap Islam itu adalah petunjuk yang benar dan selain dari itu adalah kebatilan. Keyakinan terhadap kebenaran itulah yang menjadi prinsip yang tidak boleh ditawar-tawarkan lagi. Setiap penyelewengan dari prinsip itu adalah kesesatan yang lahir dari nafsu keinginan yang merupakantanda kurang sempurnanya iman. b) Ilmu yang hak Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bersandarkan kepada AlQur‟an dan AsSunnah yang mulia. Seseorang daie perlu mengetahui segala nas-nas yang berakitan serta hukum supaya ia dapat mengetahui kedudukan sebenar orang yang ingin ditegahnya. c) Matlamat untuk keredhaan Allah Tiada yang lebih tinggi dari mendapat keredhaan dan kecintaan Allah. Inilah matlamat setiap para nabi dan Rasul dan juga para sahabat di dalam menempuh amar ma‟ruf nahi mungkar ini. 8.4 MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI MELALUI DAKWAH: Ada beberapa matlamat umum yang digariskan adalah:- a) membawa kepada Islam bagi orang yang belum menganut Islam. b) mempertingkatkan mutu kefahaman dan penghayatan Islam. c) mendirikan sebuah negara yang diredhai Allah. d) menuju kepada keselamatan dan kebahagiaan. e) mendapat Keredhaan Allah. 45
  46. 46. 8.5 KAEDAH AMAR MA‟RUF NAHI MUNGKAR Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:- [HR Muslim] “Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. a) Dengan tangan ( Kuasa / pemerintahan) Pemerintahan mempunyai kuasa mutlak untuk menegah dan melarang suatu perbuatan mungkar itu. Ia boleh mengubah atau meletakkan hukuman serta pencegahan bagi rakyat atau orang yang di bawah pimpinannya. Oleh itu, pemimpin akan ditanya lebih dari rakyat atau orang biasa di hari akhirat kelak. Justeru itulah jemaah islam wajib mendapatkan kuasa / pemerintahan sebagai batu asas untuk mengajak kepada yang ma‟ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar kepada masyarakat di bawahnya. Dalam konteks kemasyarakatan pula, dengan kuasa bermaksud dengan organisasi yang ditadbir. Sebagai contoh, jika seseoang itu menjadi pengarah syarikat atau organisasi pentadbiran, dia boleh melaksanakan sesuatu arahan contohnya mewajibkan kakitangan atau pekerjanya menutup aurat, berkelakuan sopan, mengasingkan antara lelaki dan perempuan, menepati masa dan sebagainya. Mana-mana perlanggaran kepada syariat Islam bolehlah diambil tindakan. b) Dengan lidah / ucapan / lisan Kaedah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya seseorang atau kumpulan tidak mampu mengubah dengan kuasa- yang beerti ia mesti dilaksanakan melalui kaedah lidah lisan. Banyak cara atau kaedah yang boleh dilakukan dengan cara ini termasuk; Nasihat / peringatan – sewaktu Nabi-nabi dan Rasul-rasul menjalankan misi dakwah mereka, mereka menggunakan kaedah nasihat atau peringatan tentang ganjaran dan siksa yang bakal manusia itu tempuh di akhirat kelak. Para diae diingatkan supaya menggunakan kaedah nasihat yang baik terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah ancaman. Cara ini boleh dilakukan melalui ceramah, majlis ilmu, penerangan, dan juga secara peribadi (fardiyah) Penerangan – Ia meliputi aspek yang meluas seperti ceramah, risalah dan majalah, poster, kempen dan sebagainya Penulisan – ia juga adalah suatu aspek dakwah yang berkesan. Para daie perlu menguasai ilmu penulisan dan sebarkan kepada masyarakat tentang kebaikan Islam, keburukan kemungkaran yang dilakukan. Penulisan adalah berbentuk komentar, risalah, poster, majalah, surat khabar, memorandum dan sebagainya. 46
  47. 47. c) Dengan Hati (membenci dan tidak meredhai) Nabi saw menyatakan bahawa ini adalah kaedah yang paling nipis iman bagi umat Islam. Kaedah ini hanya boleh dilakukan setelah berikhtiar melalui kaedah kuasa dan lidah yang tidak memberikan kesan bahkan memudharatkan seseorang daie atau jemaah Islam itu sendiri. Ini beerti seseorang daie tidak dibenarkan sama sekali meredhai maksiat dan kemungkaran tersebut dan berusaha menjauhinya sedapat mungkin dengan membawa bersama pengikut-pengikut ke tempat lain. Ini kerana untuk mengelakkan kemurkaan dan bala Allah swt di tempat tersebut. Namun jika tidak terdaya membencilah sedapat mungkin sambil berdoa supaya masyarakat yang jahil supaya mereka sedar. 8.6 MENJALANKAN AMAR MA‟RUF NAHI MUNGKAR. Strategi adalah sama dengan berdakwah. Ia memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan semangat serta tidak putus asa dalam menjalankan kerja yang mulia ini. Adakalanya daie perlu bertegas dan melakukan sesuatu yang dianggap keras bagi sesautu perkara atau terhadap segelintir orang. Adalah kerana untuk menyedarkan manusia yang sombong yang tidak mahu mendengar teguran dan nasihat yang baik. Manakala untuk golongan yang mudah dinasihati adalah dengan cara berhikmah dan nasihat yang baik. Namun tidak diketahui strategi yang paling berkesan selain daripada melakukan amar ma‟ruf nahi mungkar secara berjemaah. Ia adalah strategi yang paling baik kerana dengan berjemaah akan mempunyai kekuatan dan sokongan yang ramai. 47
  • hatim911

    Jul. 18, 2021
  • ummi61

    Mar. 22, 2019
  • Ajikazziq

    Oct. 22, 2017
  • Ameelza

    Jul. 22, 2017
  • AnisNur1

    Jul. 17, 2017
  • AleceterOnit

    Jul. 11, 2017
  • airusalin

    Mar. 11, 2017
  • mohdfadzilchelah

    Jan. 21, 2017
  • waiesajuri

    Feb. 18, 2016
  • PrincessNazra

    Jan. 18, 2015

Silibus usrah yang mudah untuk dikongsi dalam halaqah kecil

Views

Total views

5,342

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

5

Actions

Downloads

145

Shares

0

Comments

0

Likes

10

×