Nurliana izzaty

247 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Nurliana izzaty

  1. 1. MENINGKATKAN CARA PENERANGAN KONSEP SAINS GURU DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT BERSTRUKTUR Nurliana Izzaty Bt Ahmad Shafir dan Norizan Bt Ahmad ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran guru dalam menerangkan konsep Sains dengan menggunakan Microsoft Power Point berstruktur. Seramai 20 orang murid dan lima orang guru Sains dari salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dilibatkan sebagai responden di dalam kajian ini. 20 orang murid telah menjalami proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Microsoft Power Point dalam membantu kaedah penerangan guru dan lima orang guru Sains menjadi pemerhati semasa proses tersebut berlangsung. Data dikumpul menggunakan tiga jenis instrument yang berbeza iaitu pemerhatian guru, soal selidik untuk murid dan guru dan nota lapangan. Dapatan keseluruhan kajian ini menunjukkan penggunaan Microsoft Power Point yang berstruktur membantu guru untuk memberikan penerangan konsep Sains dengan lebih yakin dan tersusun dan meningkatkan penguasaan konsep Sains dan minat murid. 1. PENGENALAN Berdasarkan pengalaman saya pada ketiga-tiga praktikum yang lepas, saya mendapati saya mempunyai kelemahan dari segi penerangan dan komunikasi dalam penyampaian konsep dan fakta Sains kepada murid. Saya mengambil langkah dengan menjalankan kajian melihat tahap keberkesanan penerangan konsep Sains kepada murid dengan menggunakan Microsoft Power Point berstruktur. Microsoft Power Point berstruktur merupakan satu bentuk penstrukturan idea dan konsep yang mepunyai fokus dan objektif yang telah ditetapkan secara jelas. Penetapan fokus sebelum idea yang disusun dan disebarkan adalah penting bagi memastikan penerangan idea dan konsep berjalan lancar dan teratur. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat kesan dari segi minat dan pengetahuan murid berdasarkan penggunaan Microsoft Power Point berstruktur. Penggunaan teknologi multimedia membantu murid mendapatkan pemahaman yang lebih baik terhadap konsep Sains dan memupuk sikap posotif terhadap pengajaran Sains [1]. 2. KAEDAH PENGUMPULAN DATA Kajian tindakan yang mengambil masa selama 4 minggu ini menggunakan tiga cara pengumpulan data yang berbeza iaitu pemerhatian, soal selidik dan nota lapangan.
  2. 2. Pemerhatian ini dibantu dengan senarai semak berfokuskan kepada perubahan tingkah laku positif dan negative murid. Pemerhatian telah saya jalankan sebanyak tiga kali. Manakala soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik murid dan soal selidik guru. Soal selidik murid djalankan bagi melihat kesan dari segi minat, pengetahuan dan perasaan murid manakalan soal selidik guru dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan dan tahap kesesuaian PPT tersebut dalam P&P. Kedua-duanya dijalankan sekali selepas P&P yang ketiga. Seterusnya ialah nota lapangan yang saya jalankan sebanyak tiga kali. Ia mencatatkan segala peristiwa yang terjadi semasa proses P&P berlangsung. Nota lapangan yang saya jalankan dibantu oleh rakaman video yang dirakam bagi mengelak sebarang keciciran maklumat. 3. DAPATAN KAJIAN Melalui ketiga-tiga instrumen yang telah dianalisis datanya, dapat dilihat bahawa penggunaan PPT yang bersifat berstruktur ini lebih membantu guru dalam memberikan penerangan konsep dengan lebih terperinci dan teratur. Kandungan yang terdapat di dalam PPT lebih tersusun membuatkan saya memberikan penerangan dengan lebih jelas kerana mempunyai persediaan dan maklumat tentang konsep juga tidak ada yang akan ketinggalan. Kombinasi pelbagai media dalam penerangan member penjelasan yang lebih menyeluruh tentang sesuatu konsep , proses atau kejadian. Program multimedia juga membolehkan murid mengambil bahagian yang lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran [2]. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, dapat dilihat terdapatnya peningkatan jumlah pelajar yang memberikan respon positif seperti melibatkan diri dalam aktiviti (item 6) dan memberikan respon positif (item 1) terhadap soalan semasa perbincangan. Ini juga disokong oleh rekod nota lapangan yang menunjukkan pelajar bersikap teruja dan bersemangat untuk menjawab soalan semasa perbincangan. Dapatan soal selidik juga menunjukkan peratusan tertinggi bagi tema minat dan perasaan murid terhadap PPT yang saya gunakan
  3. 3. Selain itu, hasil analiss ketiga-tiga kaedah pengumpulan data menunujukkan kesan penggunaan kaedah penerangan konsep Sains berbantukan Microsoft Power Point dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah positif dimana ia dapat membantu guru dalam memberikan penerangan yang lebih jelas dan tersusun. Disamping itu, kaedah ini juga membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan konsep Sains bagi murid sekolah rendah. Proses penerangan konsep Sains menggunakan Microsoft Power Point merupakan satu kaedah yang menyeronok dan menarik minat murid untuk lebih meminati Sains. 4. KESIMPULAN Kesimpulannya di sini, kajian yang telah saya jalankan iaitu penggunaan PPT berstruktur ke dalam P&P berjaya membantu saya dalam meningkatkan keberkesanan penerangan konsep Sains saya di mana ia membantu saya dalam memberikan penerangan yang lebih teratur dan tersusun. Proses pengajaran dan pembelajaran saya juga menjadi semakin lancar setelah saya menggunakan PPT berstruktur ini kerana berjaya meningkatkan keyakinan dan kesediaan saya sebelum P&P. Penggunaan PPT berstruktur juga berjaya menarik perhatian dan menambah minat murid terhadap pembelajaran Sains serta meransang penglibatan aktif murid semasa P&P. RUJUKAN [1] King .D.S.(2008). An Integrated science course designed with information communications technologies to enhance university students’ learning performance. Computer & Education, 51, 1365-1374. Dilayari pada 16 Januari 2012 daripada chronic-pain-program.com/.../multimedia%20and%20university.pdf [2] Floyd S. (1991).The IBM Multimedia Handbook. Brady Publishing : New York  

×