Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

MODUL 3 : Spider draw pdf

305 views

Published on

Sharing is caring

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

MODUL 3 : Spider draw pdf

  1. 1. [Modul Aktiviti 3 – Spider Draw] [missNadSMKLA2017] boleh rujuk FB Nad Zira untuk gambar yang lebih jelas @ blog - https://nad-zira.blogspot.my/2017/08/modul-aktiviti.html Aktiviti Spider Draw [ Nota : Spider – Labah labah , Draw – Timba ] Jangka masa 15 minit bagi 1 sesi Keperluan  1 cawan plastik bagi 1 kumpulan [ cawan biasa juga boleh guna]  5 utas tali bagi 1 kumpulan [ panjang tali : 1meter atau mana-mana bersesuaian ]  Air Kumpulan pelajar 1 kumpulan terdiri daripada maksimum 5 orang Langkah pelaksanaan 1) Guru mengedarkan 1 cawan plastik berisi air kepada setiap kumpulan. 2) Guru memberi 5 utas tali kepada setiap kumpulan. 3) Guru memberi arahan yang jelas berkenaan “Pelajar diminta mengangkat cawan berisi air dengan menggunakan tali dan 5 orang pelajar setiap kumpulan perlu memegang tali tersebut. Tidak dibenarkan memegang cawan atau menyokong melalui sentuhan pada cawan tersebut. Pelajar boleh menggunakan ikatan yang sesuai contohnya ikatan manuk, simpul balak, simpul kerusi atau mana-mana yang bersesuaian. Tuang air tersebut ke dalam cawan yang disediakan yang berada dalam jarak anggaran 20 meter daripada tapak permulaan permainan ”. 4) Pelajar akan mengikat tali pada cawan mengikut kreativiti sendiri dan menguji cara ikatan yang kemas dan seimbang. 5) Sekiranya terdapat kumpulan yang berjaya menuang air ke dalam cawan yang paling banyak, kumpulan itu adalah pemenang. Langkah keselamatan  Pastikan kawasan aktiviti pada permukaan yang rata contohnya gelanggang ; bagi mengelakkan pelajar jatuh atau terseliuh.  Peranan guru sebagai pemerhati dan pembimbing ; kawalan pergerakan pelajar yang aktif diberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan seperti luka atau terseliuh. Cadangan aktiviti tambahan Guru boleh menambah ahli kumpulan kepada 8 atau 10 orang tetapi pastikan tali mengikut bilangan ahli kumpulan. Guru boleh meningkatkan jarak antara tapak permulaan ke cawan curahan mengikut kesesuaian. Nilai dan sikap  Kerjasama  Berdaya tahan  Kreatif Contoh

×