Teknologi memiliki kelebihan dan kekurangan terhadap global, masyarakat, dan individu. Teknologi membantu menyimpan, merekod, dan menyebarkan informasi dengan cepat, namun juga menyebabkan pekerja kehilangan pekerjaan. Oleh karena itu, teknologi harus digunakan dengan bijak untuk memastikan masa depan negara.
1. PENGENALAN
Tajuk kajian yang dipilih ialah “Kelebihan dan kekurangan teknologi terhadap global ,
masyarakat , dan individu”. Kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti sejauh mana
keberkesanan manusia dalam mengggunakan teknologi dalam kehidupan seharian .
Seterusnya ,kajian ini juga bertujuan untuk melihat apakah kelebihan , kekurangan yang ada
serta masalah yang dihadapi apabila menggunakan teknologi . Juga menghuraikan fungsi
teknologi dalam kehidupan seharian .
Seperti yang kita sedia maklum , teknologi merupakan satu bidang yang penting pada era
globalidsasi kini . Teknologi membantu dalam menyimpan , merekod , memperoleh dan
menyebarkan suatu maklumat dengan pantas dan mudah . Selain itu , teknologi juga menjadi
salah satu cara untuk berinteraksi antara manusia dengan manusia , manusia dengan mesin
serta bersama alam dengan mudah dan cepat .
Oleh itu , perkembangan dan penggunaan teknologi yang pesat dan canggih dapat
membantu dalam pelbagai bidang . Sebagai contoh , dalam bidang pembuatan kereta ,
teknologi telah membantu jurutera untuk merangka , memasang menggunakan mesin robot
yang telah diubah suai mengikut kehendak . Ianya juga telah membantu untuk menyimpan
rekod , analisis , dan rujukan di dalam computer . Hal ini telah menyebabkan pengurangan
menggunakan tenaga kerja manusia . Kesannya , ini telah menimbulkan masalah seperti
pekerja diberhentikan kerja dan masalah pengangguran . Ini juga adalah untuk memastikan
negara menuju ekonomi yang moden berasaskan pengetahuan dan meningkatkan daya saing
yang tinggi antara manusia .
Kesimpulannya , teknologi mempunyai kelebihan dan kekurangan terhadap global ,
masyarakat dan individu . Sehubungan itu , teknologi mestilah digunakan dengan baik demi
memastikan keberkesanan terhadap masa depan negara . Seperti untaian peribahasa ,“kalau
tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya” . Dengan ini , hasrat pemimpin negara
untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bijaksana akan dapat direalisasikan .