Kata kerja

1,363 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,363
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
34
Actions
Shares
0
Downloads
67
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kata kerja

  1. 1. KATA KERJAKata yang digunakan untukmenyatakan sesuatu perbuatan.Dalam sesuatu ayat, kata kerjaberfungsi sebagai predikat.KATA KERJA TRANSITIFKATA KERJA TAK TRANSITIF
  2. 2. KATA KERJA TRANSITIFKata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek.Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasanama.1. Kerani yang rajin itu sedang menaip surat.2. Baginda segera memanah haiwan yang ganji itu.3. Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya pagi tadi.4. Pegawai polis yang mengabaikan tugasnya telah dipecat.5. Graham Bell telah mencipta telefon dalam kurun kesembilan belas.
  3. 3. KATA KERJA TRANSITIFKata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek.Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasanama.6. Polis akan mendenda siapa-siapa sahaja yang melanggar peraturan.7. Juruhebah yang lincah itu akan menyertai peraduan ratu cantik.8. Pak Zubir telah meninggalkan kampung halaman untuk mempelajari muzik di Singapura.
  4. 4. Kata Kerja Tak Transitif KKTT (tanpa pelengkap) ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Semua orang pulang Adik saya masih tidur. Padi sedang menguning. Pemuda itu tersenyum. Mereka asyik berbual.
  5. 5. KATA KERJA TAK TRANSITIFKata Kerja Tak Transitif berpelengkap ialah kata kerjayang tidak memerlukan objek namun boleh hadir unsurketerangan.1. Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya menegurnya.2. Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier.3. Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota4. Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras.5. Pokok itu layu kerana tidak disirami air.6. Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penat semalam.
  6. 6. Kata Kerja bolehterbentuk melalui prosesimbuhan, sama adaawalan, akhiran ataupunapitan. IMBUHAN KATA KERJA TAK TRANSITIF NAMA KERJA TERBITAN AWALAN AKHIRAN APITANbergerak (gerak) pecahkan (pecah) beralaskan (alas)terjatuh (jatuh) lepaskan (lepas) berguguran (gugur)menggertak (gertak) tujukan (tuju) mengajarkan (ajar)
  7. 7. melaut (laut)kata nama bersukan (sukan)sebagai menjalankan (jalan)kata dasar bersenjatakan (senjata) menjala (jala) tertidur (tidur)kata kerja memperingati (ingat)sebagai memasukkan (masuk)kata dasar mengajarkan (ajar) bekerja (kerja) memanaskan (panas)kata sifat menggemari (gemar)sebagai menghalusi (halus)kata dasar mempercepatkan (cepat) menguning (kuning)
  8. 8. 1 Secara berkumpulan, bina ayat daripada senarai kata kerja berikut.1. timbang 6. memasukkan2. terperanjat 7. memasuki3. melancong 8. mengajar4. tendang 9. beralaskan5. bertabur 10. memendekkan
  9. 9. KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKSKata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpakomplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya.Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektifdan kata kerja juga.1. Zainudin memanggil pakciknya Encik Dapur.2. Dia menggelar abangnya orang kaya baru.3. Orang Kampung itu menganggap Pak Leman ketua.4. Orang tua saya menyangka saya jahat.5. Mereka semua menganggap Kamal bodoh.
  10. 10. KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKKata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpakomplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya.Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektifdan kata kerja juga.6. Dia memandang saya hina.8. Sulaiman mempelawa saya makan.9. Sultan memerintahkan bendahara beredar.10. Abang mengajak saya menonton.11. Ibu menyuruh kakak berkemas.
  11. 11. KATA KERJA TAK TRANSITIFBERPELENGKAPKata kerja yang diikuti dengan pelengkap untukmenyempurnakan maksud ayat. Tanpapelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.1. Penyakit ginjal adiknya beransur pulih.2. Kehidupan keluarganya bertambah bahagia.3. Cerita itu bertemakan kasih sayang.4. Anak Pak Leman tidak berbuat jahat lagi.5. Kami semua tinggal di Estet Permahan Teck Whye.
  12. 12. KATA KERJA TAK TRANSITIFBERPELENGKAPKata kerja yang diikuti dengan pelengkap untukmenyempurnakan maksud ayat. Tanpapelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.6. Orang tua itu diam di rumah anak tunggalnya.7. Pelancong Jepun itu menginap di Hotel Bahagia.8. Abang sulungnya hendak menjadi pegawai bomba.9. Mereka berbekalkan semangat ketika masuk ke dalam hutan.10. Nadia menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya.

×