Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak

10,427 views

Published on

:. Miaa hanya masukkan yang terbaik untuk dikongsi bersama. So, this is one of my assignment yg dpt full mark. So, tak salah ilmu dikongsi bersama ;)

Published in: Education
0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
10,427
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
15
Actions
Shares
0
Downloads
339
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak

  1. 1. ETD 1213 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN INDIVIDU TAJUK : KECELARUAN TINGKAHLAKU MURID-MURID. NAMA : AMELIA ZULAIKHA BINTI MOHD AZMAN NO.TELEFON :_________ BIL. : NO. 08NAMA PENSYARAH : EN. ROSLI HJ HASANTARIKH HANTAR : 12 MAC 2012
  2. 2. ISI KANDUNGANBIL PERKARA MUKA SURAT1. 1.0 PENGENALAN 1.1 : DEFINISI PSIKOLOGI PENDIDIKAN 1 1.2 : DEFINISI MASALAH TINGKAHLAKU2. 2.0 : MASALAH TINGKAHLAKU 2.1 : TINGKAHLAKU POSITIF 2-4 2.2 : TINGKAHLAKU NEGATIF 2.3 : KRITERIA MASALAH 2.4 : FAKTOR MASALAH3. 3.0 : KLASIFIKASI MASALAH 3.1 : DSM-IV 5-6 3.2 : ACHENBACH DAN EDELBROCK4. 4.0 : KAEDAH MASALAH 4.1 : PERANAN KELUARGA 7 4.2 : KEMAHIRAN IBUBAPA 4.3 : PENDIDIKAN ANAK-ANAK5. 5.0 : CARA APLIKASI 86. 6.0 : PENUTUP 97. 7.0 : LAMPIRAN 108. 8.0 : RUJUKAN 11
  3. 3. 1.0 PENGENALAN. 1.1 DEFINISI PSIKOLOGI PENDIDIKAN. Psikologi pendidikan merupakan penggabungan bidang psikologi dan pendidikan iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan meliputi segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Manakala,Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. 1.2 DEFINISI KECELARUAN TINGKAHLAKU MURID-MURID. Tingkahlaku adalah apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang, dan boleh dilihat oleh orang lain. Ia merupakan respon atau tindak balas individu terhadap apa yang berlaku sama ada dalam dirinya sendiri ataupun di persekitaran. Contohnya jika kanak-kanak gembira, tindakan yang dibuat oleh kanak-kanak itu untuk menzahirkan perasaan tersebut seperti tersenyum, menepuk tangan atau melompat dianggap sebagai tingkahlaku. Terdapat dua jenis tingkahlaku, iaitu yang boleh dilihat (overt) dan tidak boleh dilihat (covert).Tingkahlaku yang boleh dilihat termasuklah tingkahlaku verbal (penggunaan bahasa) dan tingkahlaku motor (pergerakan badan). Tingkahlaku- tingkahlaku ini boleh dilihat dan diperhatikan oleh individu lain. Menurut Lewis M.Beaker (2001), ia merupakan sebarang perbuatan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ataupun separa sedar. Tingkahlaku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Manakala tingkah laku bermasalah pula, Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkannya sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah. 1
  4. 4. 2.0 MASALAH TINGKAH LAKU Masalah tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu masalah tingkah laku positif dan masalah tingkah laku negatif. Masalah tingkah laku bermaksud ada gangguan tingkah laku terhadap murid-murid tersebut. Sebagai contoh suka bermusuhan, mempunyai sikap tidak peduli, suka mengganggu orang lain, selalu bosan dalam kelas, malah jika kanak- kanak itu terlalu cepat belajar dan suka mendahului rakan-rakannya dalam pembelajaran juga adalah merupakan salah satu tingkah laku bermasalah juga. 2.1 MASALAH TINGKAHLAKU POSITIF. Ianya merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif ataupun secara ringkas ianya dipanggil hiperaktif positif. Walaupun perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh,murid tersebut terlalu kerap bertanya sewaktu sesi pembelajaran dijalankan dan ia akan menggangu konsentrasi murid-murid yang lain. Selain itu, masalah ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran. Hal ini akan mengakibatkan gangguan emosi terhadap guru dan murid lain. Sebagai contoh, murid bermasalah ini kerap memberikan pendapatnya terhadap apa yang diajari oleh gurunya, dan murid-murid lain akan berasa rendah diri kerana bagi mereka, murid yang bermasalah ini lebih pandai dari mereka dan mereka akan lebih berminat bertanya kepada rakan sekelas mereka tersebut berbanding memberikan perhatian sewaktu guru sedang mengajar. Selain itu, tindak-tanduk pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas juga menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya guru tersebut kurang bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam mengawal murid- murid. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid yang hiperaktif positif, ini apabila diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang masih sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu menyiapkannya dengan lebih awal. Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat mengelak daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya. 2
  5. 5. 2.2 MASALAH TINGKAHLAKU NEGATIF Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain .Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan.2.3 KRITERIA-KRITERIA KANAK-KANAK BERMASALAH Antara kriteria-kriteria untuk mengenal pasti masalah tingkah laku kanak- kanak ialah (i) ketidakbolehan dan ketidakupayaan pelajar yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor deria, kesihatan dan intelek, (ii) suasana yang penuh kerisauan dan tidak gembira, (iii) tingkahlaku dan perasaan yang kurang sesuai dalam keadaan normal, (iv) sering menunjukkan gejala-gejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah, (v) Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain„interpersonal relationships‟ seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain, dan (vi) keadaan ini termasuk kanak-kanak Schizophrenic yang tidak mengenal realiti dan masalah sosial akibat gangguan emosi yang teruk. 3
  6. 6. 2.4 FAKTOR-FAKTOR MASALAH TINGKAH LAKU Faktor-faktor penyebabnya masalah tingkah laku ialah : 2.4.1 FAKTOR BIOLOGI Genetik ialah unit-unit baka yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Kerosakan gen ini membawa kepada masalah jiwa. 2.4.2 FAKTOR PSIKODINAMIK Masalah berlaku disebabkan konflik dalaman diri yang wujud dalam bentuk tidak disedari seperti proses represi, ingatan memilukan. Akibatnya berlaku tingkah laku seperti histeria, kesedihan, kerisauan dan kemurungan. 2.4.3 FAKTOR PEMBELAJARAN Hasil dari pembelajaran yang tidak sesuai sama ada secara langsung atau tidak langsung menyebabkan fobia atau kemurungan 4
  7. 7. 3.0 KLASIFIKASI MASALAH TINGKAHLAKU Ianya terbahagi kepada dua iaitu menurut DSM-IV (Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association) dan Achenbach & Edelbrock. 3.1 DSM-IV Masalah tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkahlaku, kriteria membuat dianogsis, kategori dan dirujuk oleh pakar-pakar psikiteris dan psikologis. Masalah tingkahlaku dilihat sebagai : 3.1.1 TINGKAHLAKU YANG MENGGANGGU Iaitu tingkahlaku yang bermaksud ingin mendapat perhatian orang lain. Sebagai contoh merayau-rayau, mengejek rakan lain dan tidak mahu mendengar arahan guru ataupun ibu bapa. 3.1.2 TINGKAHLAKU KURANG MATANG Misalnya sering menangis, “tantrums”, terlalu bergantung kepada rakan. Juga,mungkin tidak faham apakah tingkahlaku yang sesuai untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan. 3.1.3 TINGKAHLAKU BERULANGAN Sesetengah kanak-kanak misalnya kanak-kanak autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku seperti gerakan tangan dari depan mata “rocking” dan lain-lain. 3.1.4 TINGKAHLAKU AGRESIF Bermaksud kanak-kanak tersebut sering mencederakan rakan lain ataupun orang lain dan sering merosakkan harta benda. 3.1.5 MENARIK DIRI DARI SITUASI SOSIAL Bermaksud individu yang terlalu segan dan takut untuk berhadapan dengan orang lain dan melibatkan diri dengan situasi sosial. Sebagai contoh, sengaja mengelakkan diri dari bermain dengan murid lain dan atau berkomunikasi dengan kanak-kanak lain. 5
  8. 8. 3.2 ACHENBACH DAN EDELBROCK Mereka pula mengklasifikasikan tingkahlaku bermasalah kepada dua bahagian, iaitu: 3.2.1 TINGKAHLAKU EXTERNALIZING Bermaksud ditujukan kepada orang lain dan persekitaran bersifat „impulsive‟ dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering mengganggu orang lain. Individu ini sentiasa menonjol dengan permasalahan tingkahlaku sehingga menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial. Contohnya perlakuan mereka tidak duduk di tempat duduk sendiri, menjerit, lari mengelilingi bilik darjah, mengganggu rakan, memukul, berkelahi atau bergaduh, tidak menghiraukan arahan guru,mencuri, merosakan harta benda „vendalisme‟, berbohong dan sering marah-marah. 3.2.2 TINGKAHLAKU UNTERNALIZING Bermaksud ditujukan kepada diri sendiri yang bersifat mengasingkan diri, selalu sedih, terlalu pemalu, lebih berfokus kepada ketakutan dan fantasi. Keadaan ini jarang disedari oleh guru kerana ianya tidak mengganggu orang lain tetapi ianya menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal. 6
  9. 9. 4.0 KAEDAH MENANGANI MASALAH TINGKAHLAKU KANAK-KANAK. Namun pun begitu, masalah tingkahlaku kanak-kanak ini dapat diatasi dengan beberapa kaedah, iaitu : 4.1 PERANAN SISTEM KEKELUARGAAN Adalah dipercayai bahawa kesulitan yang dialami oleh individu ataupun tingkahlaku bermasalah dapat dikesan dengan tepat dalam keluarga berkenaan. Ahli keluarga individu yang bermasalah boleh membantu dalam situasi keluarga mereka yang bermasalah. 4.2 MEMBINA KEMAHIRAN IBUBAPA Kekerasan merencatkan perkembangan potensi kanak-kanak. Jiwa mereka yang tertekan dipenuhi dengan rasa takut. Justeru itu, kelembutan dan kemesraan dari ibu bapa adalah merupakan pendekatan yang terbaik. 4.3 PENDIDIKAN ANAK-ANAK Tanggungjawab ibu bapa amat besar sekali dalam pendidikan anak-anak bermula sejak tahun kelahiran anak hingga dewasa. Cabaran yang akan ditempuh oleh anak-anak masa sekarang amat hebat dan mereka tidak akan dapat menghadapinya tanpa bantuan dan bimbingan ibu bapa melalui pendidikan yang berteraskan kepada Islam. Justeru itu, ibu bapa perlu melazimkan anak-anak dengan adab susila dan asas rohani yang tinggi melengkapkan mereka dengan ilmu pergaulan. 7
  10. 10. 5.0 CARA APLIKASI DALAM BILIK DARJAH Namun pun begitu, terdapat beberapa cara-cara mengaplikasikan kaedah menangani masalah tingkah laku murid di dalam kelas. Yang pertama, guru perlulah memberikan peneguhan positif. Iaitu bermaksud, berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong murid melakukan tingkahlaku yang baik secara berulang. Contohnya, jika murid yang bermasalah itu menunjukkan tingkahlaku yang baik dan rajin di dalam kelas, guru hendaklah memujinya dan memberikan ganjaran kepadanya. Hal ini akan membuatkan murid berasa gembira kerana tingkahlaku dia yang baik mendapat perhatian guru dan akan berusaha untuk memberikan tingkahlaku yang baik itu berulang kali. Selain itu, guru boleh menjadikan murid yang bermasalah tadi, sebagai model. Iaitu bermaksud, murid tersebut dijadikan sebagai model untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan kepada rakan sekelasnya yang lain. Contohnya, panggil murid yang bermasalah itu datang ke hadapan untuk menyelesaikan soalan yang rumit dan terangkan kepada rakan sekelas yang lain. Hal ini akan membuatkan murid yang bermasalah pintar cergas itu akan berasa dihargai dan tidak bosan duduk di dalam kelas. Seterusnya, guru sendiri perlulah lebih peka terhadap kebolehan anak muridnya sendiri. Iaitu bermaksud, jika murid tersebut menunjukan sesuatu kebolehannya di dalam kelas, guru hendaklah berusaha lebih untuk memperkembangkan kebolehan murid tersebut. Contohnya, jika seseorang murid ini lebih gemar bercerita, guru hendaklah membantunya untuk memperkembangkan lagi kebolehannya itu dengan cara menggalakkan dia memasuki pertandingan bercerita atau pidato dan sebagainya. Hal ini akan membuatkan murid rasa gembira dan justeru itu dapat meningkatkan tahap keyakinan dirinya sendiri. 8
  11. 11. 6.0 PENUTUP Tuntasnya, masalah tingkahlaku ini dapat dibendung sekiranya guru dan ibu bapa memainkan peranan mereka dalam membantu kanak-kanak. Teori pembelajaran Vygotsky juga mampu memberikan kesan kepada perkembangan. Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif. Akhir sekali, Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar. 9
  12. 12. 7.0 LAMPIRAN 10
  13. 13. 8.0 RUJUKAN 1. http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/implikasi-teori-vygotsky-ke-atas.html. 2. http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/tingkah-laku-bermasalah.html 11

×