Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
ISU IBUBAPA DAN
MASYARAKAT DALAM
KESANTUNAN
Pada alaf digital yang mendepani ombak
globalisasi ini, isu ibubapa dan masyarakat
dalam kesantunan seperti mendera anak,
...
CONTOH-CONTOH ISU KESANTUNAN
IBUBAPA
DERA ANAK PEREMPUAN 5 TAHUN
SEPARUH MATI, REMAN IBU BAPA
DILANJUT
IPOH – Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak
beru...
Sabtu lepas, media melaporkan pegawai perubatan HRPB
membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang kanak-kanak
perempua...
USTAZAH BIAR SUAMI ROGOL ANAK
DIDAKWA
KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini,
semalam ...
 Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan
membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya pe...
IBU BAPA BUNUH ANAK SENDIRI, GAGAL
CUBAAN BUNUH DIRI
PETALING JAYA: Dua ibu bapa terselamat dalam dua cubaan
bunuh diri. W...
Pada pagi Rabu, mayat anak perempuannya itu ditemui selepas guru tadikanya
memberitahu ibu bapa kepada rakan sekelasnya un...
IBU PELAJAR TAMPAR GURU
KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang
pelajar ting...
Apa yang kita tahu ibubapa merupakan rol model yang
penting kepada anak-anak mereka kerana orang tua pernah
bercakap bapa ...
ISU KESANTUNAN MASYARAKAT
PENDUDUK TAMAN MEDAN KECEWA MASIH ADA
PIHAK BUANG BAHAN BUANGAN DI BEKAS
LOMBONG
PETALING JAYA: Penduduk di Taman Medan di...
“Apakah mereka ingat Taman Medan lokasi pembuangan sampah besar-besaran? Tapak
lombong ini sudah hampir 85 peratus ditutup...
Seorang lagi penduduk, Mohammad Badaruddin Mohammad Aminuddin, 37,
mendakwa penduduk di kawasan kediaman di situ sering di...
Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika dibiarkan
hal ini terus berleluasa maka keinginan kemajuan dala...
CARA-CARA MENANGANI ISU IBUBAPA
DAN MASYARAKAT DALAM KESANTUNAN
-Kerajaan
1)Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang.
...
-Keluarga
1)Mengawal emosi diri sendiri.
2)Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
3)Sentiasa ambil tahu perkara mengen...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Isu ibubapa dan masyarakat dalam kesantunan

  • Be the first to comment

Isu ibubapa dan masyarakat dalam kesantunan

  1. 1. ISU IBUBAPA DAN MASYARAKAT DALAM KESANTUNAN
  2. 2. Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, isu ibubapa dan masyarakat dalam kesantunan seperti mendera anak, merogol anak sendiri, membunuh anak sendiri dan lain-lain bukan sesuatu yang segar baru kepada kita lagi. Kita akan menemu setiap perkara ini boleh dikatakan hampir setiap kali kita membaca surat akhbar atau berita.
  3. 3. CONTOH-CONTOH ISU KESANTUNAN IBUBAPA
  4. 4. DERA ANAK PEREMPUAN 5 TAHUN SEPARUH MATI, REMAN IBU BAPA DILANJUT IPOH – Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki didera dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu.kes dera anak Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan. Lelaki dan wanita berusia 39 dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari sejak Sabtu lepas.
  5. 5. Sabtu lepas, media melaporkan pegawai perubatan HRPB membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang kanak-kanak perempuan yang dihantar ke hospital itu adalah mangsa dera susulan penemuan kesan luka pada seluruh badannya. Berikutan itu polis menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu. Akhbar hari ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan hayat. Ketua Polis Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong dilapor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda. – Bernama Dipetik daripada Berita Harian 2013/08/19
  6. 6. USTAZAH BIAR SUAMI ROGOL ANAK DIDAKWA KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu. Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad. Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011. Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.
  7. 7.  Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini. Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama. Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin. Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.  Dipetik daripada Berita Harian 2011/06/14
  8. 8. IBU BAPA BUNUH ANAK SENDIRI, GAGAL CUBAAN BUNUH DIRI PETALING JAYA: Dua ibu bapa terselamat dalam dua cubaan bunuh diri. Walau bagaimanapun, seorang anak perempuan mereka berusia lima tahun meninggal dunia ketika pasangan itu cuba membunuh diri mereka sendiri serta dua anak mereka. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bapanya yang berusia lingkungan 50 tahun dan ibunya yang berusia 30-an cuba membunuh diri kali pertama pada 11 September di rumah mereka di Sri Manja Square, off Jalan Klang Lama di sini lapor Mstar. “Mereka membakar arang di dalam bilik tidur utama sebelum mereka sekeluarga masuk tidur tetapi tidak berjaya,” katanya. Keesokan harinya, pasangan ibu bapa itu cuba membunuh diri lagi. Kali ini mereka berjaya membunuh anak perempuan mereka. “Anak perempuan mereka itu dipercayai meninggal dunia semasa percubaan kali kedua,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu. Arjunaidi berkata pasangan itu membawa mayat anak perempuan mereka ke Klang bagi mencari tempat untuk melupuskannya pada 13 September. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membawa balik mayat ke rumah mereka apabila mereka tidak dapat mencari tempat yang sesuai.
  9. 9. Pada pagi Rabu, mayat anak perempuannya itu ditemui selepas guru tadikanya memberitahu ibu bapa kepada rakan sekelasnya untuk memeriksa muridnya yang tidak hadir ke sekolah selama lima hari. “Ibu bapa rakan sekelas dan anaknya lelakinya pergi ke apartmen dan menekan loceng tetapi tidak ada yang menjawab,” kata Choo, yang merupakan seorang pemilik kedai di Sri Manja Square. “Anak lelaki pasangan yang cuba membunuh diri berusia tujuh tahun membuka pintu dan memberitahu mereka bahawa kakaknya telah mati. Mereka kemudian mendapati kanak-kanak perempuan itu mati di bilik tidur utama.” Ibu bapa rakan sekelas kemudiannya menghubungi polis. “Siasatan awal menunjukkan bahawa keluarga itu menghadapi masalah kewangan. Bapa, yang merupakan seorang kontraktor sudah tidak berkerja hampir sebulan,” katanya, sambil menambah polis juga menemui wayar kabel di rumah itu. “Kami percaya mereka juga merancang untuk menggantung diri mereka tetapi kami masih menyiasat,” katanya. Arjunaidi berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala abangnya telah dihantar kepada saudara. Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dipetik daripada Berita Harian 2013/09/18
  10. 10. IBU PELAJAR TAMPAR GURU KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin. Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut. Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain. Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40- an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah. Dipetik daripada Kosmo
  11. 11. Apa yang kita tahu ibubapa merupakan rol model yang penting kepada anak-anak mereka kerana orang tua pernah bercakap bapa borek anak rintik, tetapi apa yang kita lihat hari ini adalah ibubapa yang tidak bertanggungjawab, tidak menjadi telandan yang baik malah membuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan seperti membunuh anak sendiri, merogol anak sendiri dan sikap lain yang tidak berperikemanusiaan. Ibubapa yang merupakan orang yang paling boleh dipercayai oleh anak-anak telah menjadi binatang yang tidak berperikemanusiaan, maka siapakah yang boleh mereka percaya lagi. Perbuatan ibubapa ini boleh memusnahkan seseorang individu dan memberi kesan yang kejam terhadap mangsa.
  12. 12. ISU KESANTUNAN MASYARAKAT
  13. 13. PENDUDUK TAMAN MEDAN KECEWA MASIH ADA PIHAK BUANG BAHAN BUANGAN DI BEKAS LOMBONG PETALING JAYA: Penduduk di Taman Medan di sini kecewa kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari yang dikatakan berpunca daripada pembuangan sampah di sebuah kawasan bekas lombong yang dalam proses penutupan, berhampiran kediaman mereka. Sampah-sarap terbabit dibawa masuk oleh berpuluh lori mengangkut sampah untuk dilonggokkan di kawasan itu setiap hari. Penduduk, Megat Ahmad Tirmidzi Megat Abdul Latiff, 48, berkata apa yang menyakitkan hati ialah sisa buangan itu bukan setakat datang dari sekitar Petaling Jaya, malah turut memuatkan sampah-sarap dari beberapa lokasi di pinggir Kuala Lumpur seperti Jalan Klang Lama, Taman Desa, Salak Selatan, Taman Overseas Union Garden (OUG) dan Jalan Kuchai Lama. “Kami sudah lama bersabar kerana setiap hari kami menghidu bau sampah yang amat busuk. Lebih teruk, ada anak kecil kami sakit akibat tiada selera makan. Ada pihak berkuasa tempatan (PBT) pun macam tiada saja.
  14. 14. “Apakah mereka ingat Taman Medan lokasi pembuangan sampah besar-besaran? Tapak lombong ini sudah hampir 85 peratus ditutup tetapi mengapa masih terus dilonggokkan sampah yang tinggi menggunung di atas sebuah kawasan tanah rata berhampiran lombong. “Ini tidak masuk akal. Kami bimbang masalah ini jika dibiarkan, akan menjadi ‘nanah’ kepada kami. Ketinggian sampah-sarap semakin bertambah sehingga melebihi ketinggian sebuah rumah dua tingkat,” katanya ketika ditemui Sentral di sini. Operasi pembuangan sampah itu dilakukan di kawasan yang letaknya kira-kira beberapa meter saja dari Taman Buana, Taman Indah Jaya dan Taman Datuk Harun di sini. Megat Ahmad Tirmidzi berkata, pihak persatuan penduduk kawasan itu sudah membuat aduan beberapa kali kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun sehingga kini usaha mereka seperti ‘anjing menyalak bukit’. Katanya, bau busuk itu dapat dihidu di beberapa sekolah di sini seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Datuk Harun dan Sekolah Menengah (SM) Taman Medan sehingga mengganggu pelajaran pelajar. Sentral yang meninjau kawasan pembuangan sampah yang berkeluasan kira-kira 19 hektar itu mendapati hampir 150 lori sampah keluar masuk ke kawasan itu dengan setiap lori dianggarkan mengangkut seberat tiga tan sampah.
  15. 15. Seorang lagi penduduk, Mohammad Badaruddin Mohammad Aminuddin, 37, mendakwa penduduk di kawasan kediaman di situ sering diganggu nyamuk dalam jumlah yang luar biasa sejak dua tahun lalu. “Tidur malam kami sering diganggu nyamuk. Saya bimbang keselamatan anak kecil. Justeru, saya berharap agar satu tindakan drastik dapat dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam menangani masalah ini,” katanya. Beliau turut hairan bagaimana perkara itu boleh terlepas pandang sedangkan tapak pembuangan sampah itu begitu hampir dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan pejabat Ahli Majlis kawasan berkenaan. Pandangan sama dikongsi jirannya, Mohammad Jazrizal Abdul Rahman, 35, yang mengadu anak perempuannya sering mengalami masalah kesihatan dan tiada selera makan sejak tahun lalu kerana tidak tahan dengan bau busuk dari tapak pembuangan sampah itu. “Anak perempuan saya sering sakit dan gagal hadir ke sekolah kerana masalah ini. Saya cukup risau dengan masalah ini dan saya mendesak pihak berwajib segera ‘turun padang’ bagi menangani isu ini,” katanya. Dipetik daripada Berita Harian 2010/12/20
  16. 16. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika dibiarkan hal ini terus berleluasa maka keinginan kemajuan dalam aspek pelancongan negara kita akan terbantut. Hal ini demikian kerana Negara kita yang penuh dengan sampah-sarap bukan lagi satu destinasi pelancongan yang cantik dan sesuai untuk mengunjung lagi. Sebagai contohnya, tidak ada orang yang akan melancong ke pantai negara kita yang kotor dan tidak cantik lagi. Secara tidak langsungnya, ekonomi negara kita juga akan terjejas kerana kehilangan satu sumber pendapatan negara kita.
  17. 17. CARA-CARA MENANGANI ISU IBUBAPA DAN MASYARAKAT DALAM KESANTUNAN -Kerajaan 1)Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang. Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim. 2) Pihak kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini yang disebabkan oleh keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Pihak kerajaan harus mengenakan hukuman yang bejat kepada mereka yang membuang sampah sesuka hati kerana hilang kesantunan dan budi bahasa. Sebagai contohnya, pihak kerajaan harus meningkatkan kompaun atas masalah pembuangan sampah-sarap secara sesuka hati ini. Selain itu, pihak kerajaan harus menjatuhkan hukuman penjara dan mencaci mereka yang membuang sampah-sarap secara sesuka hati supaya masyarakat akan melihat kebejatan masalah ini dan supaya mereka yang terjebak dalam masalah ini akan membuka mata dan balik ke pangkal jalan.
  18. 18. -Keluarga 1)Mengawal emosi diri sendiri. 2)Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak 3)Sentiasa ambil tahu perkara mengenai anak-anak mereka sama ada di sekolah, di luar rumah ataupun di rumah 4)Meluangkan masa menemani anak-anak mereka dan mendidik anak-anak mereka 5)Memberi kasih saying kepada anak-anak mereka

×