Ctu 553

3,117 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,117
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
62
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ctu 553

  1. 1. CTU 553Faktor Kemunduran Orang Melayu dalam Sektor Ekonomi & Cara Mengatasinya
  2. 2. Apa itu EKONOMI???• Ekonomi ialah mengenai gelagat manusia untuk memenuhi keinginannya yang tidak berbatas dengan menggunakan sumbernya yang terbatas.• Manusia (atau pengguna) kemudiannya dikembangkan pula kepada entiti yang lebih luas, iaitu firma dan kerajaan.
  3. 3. Sejarah Perkembangan Ekonomi• Bermula dengan perkembangan ekonomi Islam.• Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah: - Ibni Taymiyah (1262-1328 Masihi) - Ibn Khaldun (1332-1406 Masihi).
  4. 4. • Ibn Taimiyah berpusat di Damsyik terkenal dengan pandangannya mengenai harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi.• Ibn Khaldun dalam kitabnya yang terkenal, Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang, modal, kewangan negara.• Beliau yang berasal dari Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun.
  5. 5. • Walau bagaimanapun, Ekonomi Islam ini mengalami kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan empayar Islam yang berlaku di sekitar kurun ke-13 Masihi.• Ilmu Ekonomi Islam yang diasaskan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn Khaldun dan yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.
  6. 6. • Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu beralih ke Barat.• Maka, lahirlah tokoh ilmu ekonomi Barat seperti: - Adam Smith (1723-1790) - David Ricardo (1772-1823) - J.S. Mills (1806-1873) - Irving Fisher (1867-1947) - Keynes (1883-1946).
  7. 7. • Zaman kejatuhan kegemilangan Islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa Barat ke atas negara-negara Islam.• Maka, dengan strategi serampang dua mata ini, iaitu melalui penjajahan politik dan penjajahan ilmu, boleh dikatakan kesemua negara Islam kini mengamalkan sistem pemerintahan dan sistem ekonomi Barat yang dikatakan sekular itu.
  8. 8. • Akibatnya, Tanah Melayu turut menerima kesannya.• Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun.• Dalam tempoh ini, British telah melakukan perubahan yang besar apabila membawa masuk pendatang asing ke negara ini menjadikan Malaysia mempunyai tiga kaum utama iaitu: 1) Melayu 2) Cina 3) India
  9. 9. • Sebelum penjajahan kuasa Barat, orang Melayu lebih senang bekerja untuk pemerintah.• Dapat dilihat apabila negeri-negeri Melayu menjalankan sistem beraja yang menggunakan sistem pembesar daerah yang dilantik oleh sultan untuk mengutip cukai.• Maka, rakyat akan bekerja mengeluarkan hasil-hasil untuk pemerintah dalam bentuk persembahan dan cukai yang dibayar kepada raja melalui pembesar daerah.
  10. 10. • Inggeris datang ke Tanah Melayu seiring dengan kehadiran ekonomi kapitalis.• Institusi raja tidak dihapuskan sebaliknya dimanipulasi dengan tujuan untuk mengambil segala hasil bumi Tanah Melayu.• Sistem ekonomi kapitalis menyebabkan orang Melayu tidak mempunyai hak dan keupayaan mengawal harga.
  11. 11. • Penjajahan ini juga telah menyebabkan masyarakat Melayu diletakkan di kampung- kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian.• Orang Cina pula dibawa masuk dan ditempatkan di banda-bandar untuk menjalankan perniagaan.• Orang India pula ditmpatkan di estet-estet untuk menjalankan kerja buruh.
  12. 12. Etnik Melayu• Kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada hari ini merupakan keturunan daripada mereka yang berasal dari kepulauan Indonesia.• Sebelum penjajahan kuasa Barat, kedatangan orang Melayu dari Indonesia adalah perkara biasa kerana kawasan yg terlibat (Tanah Melayu dan Indonesia) adalah satu kawasan yg sama yg dikenali sebagai kepulauan Melayu
  13. 13. Ekonomi Orang Melayu• Orang Melayu adalah yang termiskin dalam kalangan orang miskin.• Kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian dan industri tradisi.• Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dikatakan berpunca dari dasar penjajahan British.• Majoriti tinggal di kampung.
  14. 14. Etnik Cina• Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.• Kedatangan secara besar-besaran orang Cina berlaku selepas tahun 1848, selepas bijih timah dijumpai di Larut Perak.• Majoriti penduduk Cina di negara kita pada hari ini adalah berketurunan dari imigran Cina yang datang ke negara ini pada waktu tersebut.
  15. 15. Ekonomi orang Cina• Orang Cina banyak terlibat di dalam aktiviti perniagaan.• Mereka juga merupakan kaum terbesar yang terlibat dalam bidang-bidang pekerjaan profesional.• Boleh dikatakan pada waktu ini, kaum Cina menguasai ekonomi berbanding Melayu dan India.
  16. 16. Etnik India• Kehadiran orang India di Tanah Melayu boleh dikesan sejak 2000 tahun lalu di mana mereka ini berdagang dengan negeri- negeri perlabuhan yang wujud di Tanah Melayu ketika itu.• Semasa pendudukan Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1786, buruh-buruh India telah berhijrah ke pulau tersebut untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan juga sebagai pembantu domestik.• Penghijrahan secara besar-besaran berlaku pada abad ke- 19 untuk bekerja di estet-estet dan ladang-ladang pertanian.
  17. 17. Ekonomi orang India• Orang India ramai terlibat dalam bidang perladangan dan buruh kasar.• Bagaimanapun, ada juga yang terlibat dalam bidang lain seperti perniagaan, perubatan dan guaman.
  18. 18. Kurang berani mengambil risiko• Majoriti kaum Melayu lebih suka untuk bekerja di sektor kerajaan berbanding dengan kaum lain yang lebih suka bekerja sendiri seperti menjalankan perniagaan.• Hal ini kerana mereka mengidamkan pekerjaan yang kurang sibuk dan mudah.• Mereka juga takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.
  19. 19. Kehidupan Tradisi• Digambarkan melalui pengelompokan tempat tinggal keluarga.• Anak yang sudah berpasangan akan tinggal serumah dengan ibu bapa mereka di tanah keluarga mereka.• Tradisi ini menyebabkan wujud kelompok keluarga dalam suasana yang sama, cara hidup yang sama dan pekerjaan yang diwarisi dari kelompok keluarga yang sama.
  20. 20. Bilangan ahli keluarga• Majoriti kaum Melayu mempunyai anak minima 4-6 orang.• Berbanding kaum lain, bilangan anak antara 1-3 orang.• Mereka lebih menumpukan kepada bidang pekerjaan dari memikirkan bilangan anak.
  21. 21. • Sebagai contoh, ketua keluarga yang mempunyai pendapatan RM5000 sebulan dan mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 7 orang.• Beliau perlu membahagikan pendapatan per kapita keluarga seramai 7 orang.• Maka, seorang akan memperoleh RM714 sebulan dalam setiap bulan tanpa ada tolakan kos perbelanjaan dan kos tanggungan yang lain.
  22. 22. CaraMengatasinya
  23. 23. • Awal abad ke-20,reformis Islam iaitu Syed Sheikh Al-Hadi mencadangkan jalan mengatasinya ialah dengan mengadakan reformasi pendidikan agama dan menjauhi amalan khurafat.• Bermaksud, Islam bukan agama statik sehingga tidak boleh diregulasi berdasarkan keadaan semasa, asalkan tidak terkeluar dari landasan Islam.• Golongan ini dianggap sabagai intelektual yang berkeinginan tinggi untuk memperbaiki dan mengubah keadaan sosio-ekonomi Melayu.
  24. 24. • Pertengahan abad ke-19, Abdullah Abdul Kadir Munshi mencadangkan agar mengatasi penguasaan golongan feudal terhadap nilai budaya Melayu yang konservatif dan cuba mengambil nilai pembaharuan yang dimiliki oleh masyarakat Inggeris tetapi tetap berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar.• Mementingkan pendidikan dan bimbingan akhlak yang baik.
  25. 25. • Ungku Aziz pula mencadangkan agar menubuhkan koperasi bagi membantu masalah orang Melayu yang tidak mempunyai insitusi kredit untuk melakukan pembaharuan dalam sektor ekonomi.• Beliau juga mencadangkan agar menyebarkan tentang pendidikan dalam kalangan orang Melayu untuk membasmi masalah kemunduran ekonomi orang Melayu.
  26. 26. Dasar Ekonomi Baru• Ditubuhkan selepas berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 melalui Rancangan Malaysia kedua.• merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein.
  27. 27. Matlamat• untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: - mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum - mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
  28. 28. • Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar.• Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira- kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
  29. 29. • Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.• Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.• Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai.
  30. 30. • Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.• Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.• Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, p engangkutan dan pertanian.
  31. 31. • Beberapa strategi telah dirancang, antaranya: - Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990 - Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
  32. 32. - Menambah dengan cepat bahagian rakyatMalaysia dalam pemilikan sektor produktif.Perhatian khusus akan ditumpukan kepadakaum Bumiputera yang agak ketinggalan jikadibandingkan dengan kaum-kaum lain- Meninggikan daya pengeluaran dan tarafkehidupan golongan miskin di luar bandar.
  33. 33. • Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
  34. 34. Sekian dari kami….. Terima Kasih…….

×