Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kemahiran hdup kemasan

85,600 views

Published on

  • You can hardly find a student who enjoys writing a college papers. Among all the other tasks they get assigned in college, writing essays is one of the most difficult assignments. Fortunately for students, there are many offers nowadays which help to make this process easier. The best service which can help you is ⇒ www.HelpWriting.net ⇐
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Kemahiran hdup kemasan

  1. 1. A. Tepung Penyumbat Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu yang tidak rata. Ia boleh didapati dalam dua bentuk: o tepung serbuk putih yang perlu dibancuh terlebih dahuludengan air dan pewarna sebelum digunakan o siap bancuh dengan pewarna Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan projek. Setelah tepung penyumbat kering, bersihkan dan licinkan permukaan projek dengan kertas las.B. Kertas Las Kertas las juga dikenali sebagai kertas kaca atau kertas pasir. Digunakan untuk: merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum disapu bahan kemasan membersihkan calar, garisan dan tanda pada permukaan bahan Ia dijual dalam bentuk kepingan yang berukuran 23 cm x 28 cm (9" x 11"). Kertas las digredkan daripada nombor 00 (paling halus) hingga nombor 3 (paling kasar). Untuk kerja am, mulakan dengan kertas las gred 1½ dan untuk permukaan lebih licin, gunakan kertas las gred 0 diikuti dengan yang paling halus iaitu gred 00.
  2. 2. Langkah menggunakan kertas las: o balutkan kertas las ke satu bongkah kayu lembut. o mula menggosok dengan kertas las gred kasar secra bersudut sedikit dengan urat kayu. o kemudian, gosok selari dengan urat kayu dengan gosokan yang bertindih- tindih dengan menggunakan kertas las gred sederhana dan gred halus.C. Cat Licau Digunakan sebagai lapisan penyudah projek supaya kelihatan cantik dan berkilat. Ia juga memberikan perlindungan dan mencegah logam daripada berkarat. Cat licau disapu menggunakan berus cat setelah benda kerja disapu dengan cat alas. Turpentin digunakan untuk membersihkan berus cat, mencairkan cat dan bertindak sebagai pelarut cat.
  3. 3. D. Cat Sembur Cat sembur memberikan kemasan yang lebih cantik dan berkilat berbanding dengan cat licau yang disapu dengan berus cat. Cat sembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya lebih cair dan cepat kering. Cat sembur biasa digunakan pada kemasan badan motosikal, kereta dan lain-lain kenderaan. Cat sembur dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.E. Syelek Syelek digunakan sebagai kemasan pada permukaan kayu supaya kecantikan urat kayu jelas kelihatan. Syelek menjadikan permukaan kayu licin, senang dibersihkandan tahan lebih lama. Spirit metil digunakan untuk: o membersihkan berus syelek o mencairkan syelek dan bertindak sebagai pelarut syelek
  4. 4. 5. Bahan-bahan Lain Yang Boleh Digunakan UntukMencantikkan ProjekA. Tona Kayu Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu asal. Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek yang terdiri dari pelbagai jenis dan warna kayu.B. Semburan Lekar Jernih Lekar yang disembur pada permukaan bahan lebih cantik dan berkilat berbanding dengan lekar yang disapu dengan berus. Lekar untuk kerja menyembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya menjadi lekar jernih. Lekar jernih lebih cair dan boleh disemburkan dengan mudah serta cepat kering. Lekar jernih dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.
  5. 5. C. Pelekat Terdapat 2 jenis pelekat, iaitu jenis keras seperti formika dan jenis lembut seperti sticker. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna. Kemasan ini dibuat secara menampal pada permukaan bahan.6. Langkah Kemasan Cat Bersihkan permukaan kayu dengan kertas las diikuti dengan berus. Sapu satu lapisan cat alas selari dengan urat kayu dan biarkan kering. Gunakan kertas las gred halus untuk meratakan dan melicinkan lapisan cat alas. Bersihkan permukaan dengan kain.
  6. 6. Sapukan cat licau dan biarkan kering.7. Langkah Kemasan Syelek dan Lekar Licinkan permukaan benda kerja dengan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu, kemudian bersihkan dengan berus atau kain. Sapukan pewarna kayu yang dipilih pada permukaan benda kerja dengan berus dan biarkan kering. Sapu syelek lapisan pertama pada benda kerja dengan berus syelek dan biarkan kering. Setelah itu, gosok dengan kertas las gred 00 dan bersihkan permukaan kayu. Sapu lapisan yang kedua dan biarkan kering. Pastikan setiap lapisan itu kering sebelum memulakan lapisan lain. Lekar disapu sebagai bahan kemasan terakhir. Lekar lebih keras daripada syelek dan tidak mudah calar. Biarkan lekar kering sendiri.
  7. 7. BAHAN KEMASAN PELARUT BAHAN PROJEK PENERANGANAHAN KEMASAN TEPUNG PENYUMBAT Air, Kayu Menutup liang pewarna kayu atau kayu kecacatan pada kayu
  8. 8. CAT LICAU Turpentin Kayu, keluli Memberi lembut, perlindungan perspek,PVC,MDF, dan mencegah Papan lapis logam daripada berkarat Kalis air dan haba Disapu menggunakan berus atau semburan
  9. 9. CAT SEMBUR Thinner Kayu, keluli Cat sembur lembut, sesuai untuk perspek,PVC,MDF, kemasan Papan lapis permukaan yang kecil. Boleh didapati dalam pelbagai warna, cepat kering dan mudah digunakan.
  10. 10. SYELEK Spirit Kayu, MDF, Digunakan pada Methil perabot kayu, Papan lapis tidak kalis air dan haba Disapu menggunakan berus syelek atau semburan Terdapat dalam bentuk kepingan atau dibancuh
  11. 11. TONA KAYU Turpentin Kayu, MDF Memberikan warna asli kayu yang dipilih Disapu dengan berus dan semburan Bersifat kalis air dan haba serta berkilatLEKAR JERNIH Thinner Kayu, keluli Memberi lembut,MDF kemasan terakhir pada kayu Melindungi
  12. 12. permukaanbahan daripadalembapanDisapu denganberus atausemburanBersifat kalishaba danberkilat

×