1NOMBORSURAHNAMASURAHTERTIBPENURUNANJUMLAHAYATJUMLAHPERKATAANJUMLAHHURUFTEMPATDITURUNKAN1 Al-Fatihah 5 7 29 139 Makkah2 Al...
2NOMBORSURAHNAMASURAHTERTIBPENURUNANJUMLAHAYATJUMLAHPERKATAANJUMLAHHURUFTEMPATDITURUNKAN61 As-Shaf 109 14 226 936 Madinah6...
3Biodata Ringkas Al-QuranTarikh Diturunkan : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar)Tempoh Penurunan : 23 tahun12 tahun 5 bulan 13 ha...
4Hukum-Hakam Al-Qurana) Hukum yang berkaitan dengan Aqidah spt beriman kepada Allah, Rasul dan HariQiamatb) Hukum yang ber...
5Ciri-Ciri Ayat Makkiah1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat d...
66. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahayamereka kepada umat IslamBAGAIMANA BERLAKUNYA...
7Tiupan akan dilakukan sebanyak dua kali atas perintah Allah SWT. Tiupan kalipertama adalah sebagai isyarat kepada terjadi...
8supaya dimatikan Malaikat Hamlatul-Arsy. Malaikat Izrail lalu mematikannya.Allah perintahkan Arsy supaya merampas sangkak...
9Bagaimanakah jasad yang sudah hancur dimakan tanah selama berabad-abad ituboleh hidup kembali? Mengikut satu hadis yang d...
10mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran. Dan syetan menjelma pada mereka(manusia) lalu berkata: Maukah kamu ...
11(Dikutip dari: Minhajul Muslim , oleh Abu Bakr Al-Jazairi)22 tanda hari kiamat semakin hampir1. Sembahyang diabaikan (di...
128. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.9. Fenomena lelaki berkah...
13dihimpunkan di padang mahsyar.3)Yaumul din yang bererti hari pembalasan kerana pada hari itu akan dibalas semua amalperb...
14Ertinya :Pohonkan bagi saudara kamu ini ketetapan kerana dia sekarang akan ditanya.2)Nikmat kubur dan azab kubur yakni s...
158)Banyak berlaku gempa bumi.9)Banyak timbul fitnah.10)Banyak haraj (pembunuhan)11)Harta kekayaan akan melimpah ruah.Adap...
16Ertinya :Sirat itu adalah terlebih halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada pedang.Jauhnya perjalanan sirat itu...
173)Neraka sa‟ir4)neraka lazha5)Neraka huthamah6)Neraka saqar7)Neraka hawiahPahala dan dosaPahala ertinya jaminan balasan ...
18dahsyat tersebut.Amin ya Rabbal alamin.Di antara usaha – usaha untuk memperolehi syafat itu ialah :-1)Memelihara akidah ...
1920 jenis orang yang makruh kita beri salam1. Orang yang sedang mengambil wudhuk2. Orang yang berada di dalam toilet3. Or...
201. LALUAN MENUJU KE KUBUR. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji.Hindarkan perasaan irihati (benci). Jangan terpeng...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Nombor surah alquran

1,542 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,542
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
25
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Nombor surah alquran

  1. 1. 1NOMBORSURAHNAMASURAHTERTIBPENURUNANJUMLAHAYATJUMLAHPERKATAANJUMLAHHURUFTEMPATDITURUNKAN1 Al-Fatihah 5 7 29 139 Makkah2 Al-Baqarah 87 286 6144 25613 Madinah3 Ali Imran 89 200 3503 14605 Madinah4 An-Nisa 92 176 3712 15937 Madinah5 Al-Maidah 112 120 2837 11892 Madinah6 Al-Anam 55 165 3055 12418 Makkah7 Al-Araf 39 206 3344 14071 Makkah8 Al-Anfal 88 75 1243 5299 Madinah9 At-Taubah 113 129 2506 10873 Madinah10 Yunus 51 109 1841 7425 Makkah11 Hud 52 123 1947 7633 Makkah12 Yusuf 53 111 1795 7125 Makkah13 Al-Rad 96 43 854 3450 Madinah14 Ibrahim 72 52 831 3461 Makkah15 Al-Hijr 54 99 658 2797 Makkah16 Al-Nahl 70 128 1845 7642 Makkah17 Al-Isra 50 111 1559 6480 Makkah18 Al-Kahfi 69 110 1583 6425 Makkah19 Maryam 44 98 972 3835 Makkah20 Thoha 45 135 1354 5288 Makkah21 Al-Anbiya 73 112 1174 4925 Makkah22 Al-Hajj 103 78 1279 5196 Madinah23 Al-Muminun 74 118 1051 4354 Makkah24 An-Nuur 102 64 1317 5596 Madinah25 Al-Furqan 42 77 896 3786 Makkah26 Asy-Syuara 47 227 1322 5517 Makkah27 Al-Naml 48 93 1165 4679 Makkah28 Al-Qashash 49 88 1441 5791 Makkah29 Al-Ankabut 85 69 982 4200 Makkah30 Ar-Ruum 84 60 818 3388 Makkah31 Luqman 57 34 550 2121 Makkah32 As-Sajadah 75 30 374 1523 Makkah33 Al-Ahzab 90 73 1303 5618 Madinah34 Saba 58 54 884 3510 Makkah35 Fathir 43 45 780 3159 Makkah36 Yaasin 41 83 733 2988 Makkah37 As-Shaffat 56 182 865 3790 Makkah38 Shad 38 88 735 2991 Makkah39 Az-Zumar 59 75 1177 4741 Makkah40 Ghafir 60 85 1228 4984 Makkah41 Fushilat 61 54 796 3282 Makkah42 Asy-Syura 62 53 860 3431 Makkah43 Az-Zukhruf 63 89 837 3508 Makkah44 Ad-Dhuhan 64 59 346 1439 Makkah45 Al-Jaathiah 65 37 488 2014 Makkah46 Al-Ahqaf 66 35 646 2602 Makkah47 Muhammad 95 38 542 2360 Madinah48 Al-Fathu 111 29 560 2456 Madinah49 Al-Hujarat 106 18 353 1493 Madinah50 Qaf 34 45 373 1473 Makkah51 Az-Zariyat 67 60 360 1510 Makkah52 At-Thur 76 49 312 1293 Makkah53 An-Najm 23 62 359 1405 Makkah54 Al-Qamar 37 55 342 1438 Makkah55 Ar-Rahman 97 78 352 1585 Madinah56 Al-Waqiah 46 96 379 1692 Makkah57 Al-Hadid 94 29 575 2475 Madinah58 Al-Mujadalah 105 22 475 1991 Madinah59 al-Hasyr 101 24 447 1913 Madinah60 Al-Mumtahinah 91 13 352 1519 Madinah
  2. 2. 2NOMBORSURAHNAMASURAHTERTIBPENURUNANJUMLAHAYATJUMLAHPERKATAANJUMLAHHURUFTEMPATDITURUNKAN61 As-Shaf 109 14 226 936 Madinah62 Al-Jumuah 110 11 177 749 Madinah63 Al-Munafiqun 104 11 180 780 Madinah64 At-Thaghabun 108 18 242 1066 Madinah65 At-Thalaq 99 12 279 1170 Madinah66 At-Tahrim 107 12 254 1067 Madinah67 Al-Mulk 77 30 337 1316 Makkah68 Al-Qalam 2 52 301 1258 Makkah69 Al-Haqqah 78 52 261 1107 Makkah70 Al-Maarij 79 44 217 947 Makkah71 Nuh 71 28 227 947 Makkah72 Al-Jin 40 28 286 1089 Makkah73 Al-Muzammil 3 20 200 840 Makkah74 Al-Mudathir 4 56 256 1015 Makkah75 Al-Qiamah 31 40 164 664 Makkah76 Al-Insan 98 31 243 1065 Madinah77 Al-Mursalat 33 50 181 815 Makkah78 An-Naba 80 40 174 766 Makkah79 An-Naaziat 81 46 179 762 Makkah80 Abasa 24 42 133 538 Makkah81 At-Takwir 7 29 104 425 Makkah82 Al-Infithar 82 19 81 326 Makkah83 Al-Mutaffifin 86 36 169 740 Makkah84 Al-Insyiqaq 83 25 108 436 Makkah85 Al-Buruj 27 22 109 459 Makkah86 At-Tariq 36 17 61 249 Makkah87 Al-Ala 8 19 72 293 Makkah88 Al-Ghasyiah 68 26 92 378 Makkah89 Al-Fajr 10 30 139 573 Makkah90 Al-Balad 35 20 82 335 Makkah91 Asy-Syams 26 15 54 249 Makkah92 Al-Lail 9 21 71 312 Makkah93 Ad-Dhuha 11 11 40 164 Makkah94 Asy-Syarh 12 8 27 102 Makkah95 At-Tin 28 8 34 156 Makkah96 Al-Alaq 19 72 281 Makkah97 Al-Qadr 25 5 30 112 Makkah98 Al-Baiyinah 100 8 94 394 Madinah99 Al-Zalzalah 93 8 36 156 Madinah100 Al-Adiyat 14 11 40 164 Makkah101 Al-Qaariah 30 11 36 158 Makkah102 At-Takastur 16 8 28 122 Makkah103 Al-Asr 13 3 14 70 Makkah104 Al-Humazah 32 9 33 133 Makkah105 Al-Fil 19 5 23 96 Makkah106 Quraisy 29 4 17 73 Makkah107 Al-Maun 17 7 25 112 Makkah108 Al-Kauthar 15 3 10 42 Makkah109 Al-Kafirun 18 6 27 95 Makkah110 An-Nasr 114 3 19 79 Madinah111 Al-Masad 6 5 29 81 Makkah112 Al-Ikhlas 22 4 15 47 Makkah113 Al-Falaq 20 5 23 71 Makkah114 An-Nas 21 6 20 80 Makkah6555 6555 6236 77845 322604
  3. 3. 3Biodata Ringkas Al-QuranTarikh Diturunkan : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar)Tempoh Penurunan : 23 tahun12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah9 tahun 9 bulan 9 hari di MadinahAyat Terawal : Surah Al-Alaq ayat 1-5 di Gua HiraAyat Terakhir : Khilaf dikalangan ulama ada yang mengatakan ayat 3 surah al-Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah..Walau bagaimanapun, para ulama tafsir telah menyatakan bahawa ayat 281 surah adalah yangterakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataanAbdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa Akramah Bin Abbas telah berkata :"Ayat yang terakhir ialah ayat 281 Surah Al-Baqarah yang diturunkan pada malam ke 9sebelum wafatnya Rasulullah".Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3 Surah Al-Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 harisebelum kewafatan baginda.Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telahsempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidakmenafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah sptayat 281 surah Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayatyang terakhir diturunkan.Bahasa Pengantar : Bahasa ArabJumlah Ayat : 6236 ayat, (bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat)Bilangan Juzuk : 30Jumlah Surah : 114Ayat Makkiah : 86Ayat Madaniah : 28
  4. 4. 4Hukum-Hakam Al-Qurana) Hukum yang berkaitan dengan Aqidah spt beriman kepada Allah, Rasul dan HariQiamatb) Hukum yang berkaitan dengan keperibadian dan kemuliaan manusia iaitupersoalan Akhlak dan Tasaufc) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf iaitu :Pertama : Hukum yang berkaitan dengan hubungan makhluk dengan pencipta iaituIbadah spt solat dan puasaKedua : Hukum yang berkaitan dengan hubungan di antara seorang dengan individulain atau seorang dengan masyarakat atau masayarakat dengan mesyarakat lain(negara lain). Ia dikenali sebagai Muamalat dan terbahagi kepada ;a) Hukum yang berkaitan dengan hubungan seseorang kerana harta spt jualbeli, gadaidsb yang dikenali sebagai Kanun Madani (lebih kurang 70 ayat)b) Hukum yang berkaitan dengan kesaksian, pengakuan dan penghakiman yangdikenali sebagai Kanun Al-Murafaat (lebih kurang 13 ayat)c) Hukum yang berkaitan dengan jenayah dan kesalahan yang dikenali sebagai KanunAl-Jinaie al-Islami (lebih kurang 30 ayat)d) Hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan yang menerangkan tentang hak-hakdan kewajipan individu dalam Islam, persoalan nikahcerai dsb yang dikenali sebagaiFiqh Akhwal Syahsiyyah atau Fiqh Usrah (lebih kurang 70 ayat)e) Hukum yang berkaitan dengan Sistem Pemerintahan spt hubungan dan kewajipanpemerintah dan rakyat yang dikenali sebagai Kanun Al-Dusturi(lebih kurang 10 ayat)f) Hukum yang berkaitan dengan Ekonomi yang dikenali sebagai Kanun Al-Iqtishadiyah (lebih kurang 10 ayat)
  5. 5. 5Ciri-Ciri Ayat Makkiah1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat dalam 15 surah.3. Setiap surah yang terdapat perkataan "Wahai sekelian manusia" kecuali surah Al-Hajj4.Setiap surah yang menceritakan kisah para nabi dan umat terdahulu kecuali Surah al-Baqarah5. Setiap surah yang menceritakan kisah Adam dan Iblis kecuali Surah Al-Baqarah6. Setiap surah yang dimulakan dengan huruf hijaiah spt Alif Lam Ra, Ha Mim dsbnyakecuali Surah al-Baqarah dan Ali imran7. Setiap surah yang mendakwahkan manusia kepada tauhid dan mengabdikan dirikepada Allah serta menceritakan tentang alam semester8. Setiap surah yang membicarakan tentang perkara asas hukum syara dan akhlakserta jenayahCiri-Ciri Ayat Madaniah1. Setiap surah yang terdapat perkara fardhu dan hudud2. Setiap surah yang terdapat kisah orang munafiq kecuali Al-Ankabut3. Setiap surah yang menceritakan tentang ahli kitab4. Setiap surah yang menerangkan tentang ibadah, muamalat, hudud, kekeluargaan,mawarith, hubungan kemasyarakatan, jihad, sistem perundangan dan hubunganantarabangsa serta persoalan perang dan perdamaian.5. Setiap surah yang menceritakan kisah orang Yahudi dan Nasrani yang mengingkaripara Rasul dan mendustakan Rasulullah SAW dan kisah mereka ketika didakwahkankepada Islam
  6. 6. 66. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahayamereka kepada umat IslamBAGAIMANA BERLAKUNYA HARI KIAMATKEJADIAN yang maha dahsyat dan maha pedih akan tetap berlaku seperti yangdijanjikan Allah SWT kepada manusia di dalam Al-Quran. Ia mempunyaiberbagai nama yang hebat seperti Al-Haqqah(sesuatu yang pasti datang), Al-Qari’ah(pengegar), Al-Fauzul Akhbar (kegemparan yangmaha dahsyat), Al-Zalzalah (gempa kegoncangan bumi), Al-Shaakhkhah (hari yangmemekakkantelinga) serta berbagai nama lagi. Semua nama yang diberikan itusebagai menggambarkan kepadakita betapa dahsyatnya hari kiamat itu.Di saat itu bumi akan bergoncang dengan hebatnya, gunung-ganang berterbanganmeletus menjadi abu, terjadi letupan yang luar biasa di langit dan di bumi,kilat dan guruh yang luar biasa tajamnya akan berlaku hingga akan membutakanmata manusia yang ada. Jantung dan hati manusia pula remuk redam dan hancurakibat ketakutan yang amat sangat. Firman Allah yang bermaksud :Sesungguhnya kegoncangan pada hari Kiamat itu adalah satu peristiwa yangbesar (dahsyat sekali). Pada hari itu engkau semua akan melihatkaum wanita akan melupakan anak susuannya dan semua wanita yang hamil akanmelahirkan kandungannya. Juga semua manusia berada dalam kemabukkan padahalsebenarnya mereka itu bukan mabuk melainkan siksa Allah SWT yang sangatbesarnya―.Surah Al-Haj : Ayat 1 – 2Tiupan Sangkakala (Nafiri)Setelah sampai waktunya dan Allah SWT telah pasti tentang bahawa kiamat akanberlaku pada masa tersebut, Dia akan memerintahkan Malaikat Israfil supayameniupkan sangkakala atau disebut juga sebagai Shur yakni terompet berbentukseakan-akan tanduk dan amat besar sekali saiznya.
  7. 7. 7Tiupan akan dilakukan sebanyak dua kali atas perintah Allah SWT. Tiupan kalipertama adalah sebagai isyarat kepada terjadinya hari Kiamat di mana apabilaia ditiup, bumi akan bergoncangdengan sehebat-hebatnya. Gunung ganangbergoncang dan berpecah belah, sementara matahari, bulan, bintang-bintang danseluruh planet menjadi kacau bilau dan tidak menentu pergerakan danperjalanannya.Makhluk lain seperti manusia, binatang dan tumbuhan pula berada dalamketakutan yang amat sangat hingga ada yang mati kerana terkejut. Initelah dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud :87. Dan (Ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, Maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi,kecuali siapa yang dikehendaki Allah. dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diriSurah An-Naml : Ayat 87Kemudian dalam keadaan kacau bilau dan huru hara yang tak menentu itu, AllahSWT akan memerintahkan untuk tiupan kali kedua. Tiupanini akan mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Manusia, haiwan,tumbuhan termasuk jin dan iblis. Semua bintang-bintangdan planet akan berhenti beredar. Semua air di lautan dan celah-celah bukitdan gunung berhenti mengalir. Begitu juga dengan matahari dan bulansemuanya dimatikan cahayanya dan jatuh berguguran ke bumi. Lamanya tempohmasa yang ditetapkan antara dua tiupan itu tidaklah diketahui dengan tepatoleh semua makhluk melainkan Allah SWT. Walaubagaimanapun daripadariwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a berkata :Bahawa lamanya antara dua tiupan itu ialah40. Ketika ditanyakan orang apakah 40 hari. Abu Hurairah berkata ‘akulupa’. Ketika ditanyakan adakah 40 bulan. Abu Hurairahmenjawab ‘aku lupa’. Kemudian ketika ditanyaadakah 40 tahun. Ia menjawab‘aku lupa’. Ini menunjukkan semua itu tetap menjadi rahsia Allah SWT. Menurut satu hadisyang diriwayatka oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a :Bahawa sesudah Malaikat Israfil meniupkan sangkakala dan seluruh isi langitdan isi bumi mati serentak, maka Malaikat Izrail (MalaikatMaut) akan datang kepada Allah SWT dan melaporkan, “Ya Allah, semuanyatelah mati melainkan Engkau kerana Engkau zat Yang MahaHidup, berdiri sendiri dan tidak mati selama-lamanya. Juga yang masih hidupialah Malaikat-Malaikat yang mendukung Arasy(Hamlatul-Arsy), Jibrail, Mikail dan aku sendiri―.Maka Allah SWT memerintahkan supaya dimatikan Jibrail dan Mikail. Lalumatilah kedua malaikat itu. Kemudian Allah SWT memerintahkan pula
  8. 8. 8supaya dimatikan Malaikat Hamlatul-Arsy. Malaikat Izrail lalu mematikannya.Allah perintahkan Arsy supaya merampas sangkakala yang ada di tangan MalaikatIsrafil dan mematikannya. Maka matilah Malaikat Israfil. Kemudian MalaikatIzrail akan mengadap Allah SWT dan berkata :Telah mati semua yang masih hidup kecuali Engkau Zat Yang tetap Hidup danjuga saya―. Berkatalah Allah kepada Malaikat Izrail, ‘Kamu juga adalahsebahagian dari makhlukKu maka engkau juga harus mati’.  Maka matilahMalaikat Izrail.Pada masa itu hanya Allah SWT sebagai Zat Yang Kekal sahaja yang tetap hidupdan akan terus hidup. Lalu Allah SWT akan menggulung bumi danlangit seperti menggulung kertas. Ini sepertiyang disebutkan dalam surah Al-Anbiya ayat 104 yang bermaksud :Pada hari Kami lipat langit seperti melipat daftar buku-buku. SebagaimanaKami mulai permulaan makhluk, begitu pula Kami mengulanginya. (Itulah) janjiKami. Sesungguhnya Kami (mesti) akan menunaikannya―.Apakah yang akan berlaku selepas ini? Demikianpertanyaan Allah SWT yang diulangi sebanyak tigakali berturut-turut. Kemudian Allah menjawab kepada dirinya sendiri :16. (yaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur); tiada suatupun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagiAllah. (lalu Allah berfirman): "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" kepunyaan Allah yang Maha Esa lagiMaha Mengalahkan.Surah Al-Mukmin : Ayat 16Lalu Allah SWT menggantikan bumi yang telah musnah itu dengan bumi yang barudi mana ianya hanya mendatar dan rata sesayup mata memandang tanpa menurunatau menanjak. Begitu juga dengan langit yang dipenuhi dengan planet danbintang-bintang yang baru belaka.Lalu selepas itu barulah dihidupkan kembali semua makhluk yang lain. Tumbuh-tumbuhan, binatang, jin dan iblis serta seluruh Malaikat dan manusia. Didalam tafsir As-Sa’laby dinyatakan tentang kebangkitan semula ini bermuladengan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah mengenai jangka masatiupan sangkakala selama 40.Mengikut tafsir itu, selepas kematian seluruisi alam selama 40 tahun, makaAllah akan menurunkan hujan selama 40 hari tanpa hentinya. Ini menyebabkanseluruh permukaan bumi digenangi air sedalam 12 hasta tingginya. Dengan airitu Allah menumbuhkan setiap jasad yang sudah mati beribu-ribu abad lamanya.Selepas itu Allah akan menghidupkan semua malaikat Hamlatul-Arsy, Jibrail,Mikail, Izrail dan Israfil. Apabila Israfil hidup kembali, iadiperintahkan untuk meniupkan sangkakala yang ketiga. Kali ini semua roh-rohakan kembali kepada jasad masing-masing yang sudah tumbuh dengan sempurna.Lalu sempurnalah kebangkitan semua seperti yang Allah SWT janjikan.
  9. 9. 9Bagaimanakah jasad yang sudah hancur dimakan tanah selama berabad-abad ituboleh hidup kembali? Mengikut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad danIbnu Hibban Adri Abu Said, Rasulullah SAW berkata :Tanah akan memakan seluruh bahagian dari tubuh manusia selain ujungekornya . Mereka bertanya, “Apakah itu ya Rasulullah?― Rasulullah SAWmenjawab, “Bahagian sebesar biji bayam, dari bahagian itulah kamu akanditumbuhkan―.Jadi kejadian manusia untuk kali keduseakan-akan sama dengan kejadianawalnya. Daripada satu sel yang kecil yang tidak musnah dan hancur walaupundikuburkan sekian lama atau dibakar menjadi abu, ia tetap akan hidup dengankehendak Allah SWT. Kemudian ia akan tumbuh menjadi jasad sebagaimana jasadseseorang itu semasa di dunia dulu. Bayangkan betapa Allah SWTitu Maha Berkuasa dan Maha Pencipta.ANDA-TANDA KIAMATAdapun tanda-tanda kiamat, Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam menjelaskan denganbeberapa haditsnya. Diantaranya: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum adanyasepuluh tanda-tanda kiamat, yaitu tenggelam di Timur, tenggelam di Barat, tenggelam diJazirah Arab, adanya asap, datangnya Dajjal, Dabbah (binatang melata yang besar), Ya‟juj danMa‟juj, terbit matahari dari sebelah barat, keluar api dari ujung Aden yang menggiringmanusia, dan turunnya Nabi Isa.” (Hadits Riwayat Muslim).Penjelasan Nabi Shallallahu „alaihi wasallam dalam sabdanya yang lain: “Dajjal datang kepadaumatku dan hidup selama 40 tahun, lalu Allah mengutus Isa bin Maryam, kemudian ia mencariDajjal dan membinasakannya. Kemudian selama 70 tahun manusia hidup aman dan damai, takada permusuhan antara siapapun. Sesudah itu Allah meniupkan angin yang dingin dari arahnegeri Syam (kini Suriah, pen). Maka setiap orang yang dalam hatinya masih ada kebajikanmeskipun sebesar atom, pasti menemui ajalnya. Bahkan jika seandainya seseorang dari kamumasuk ke dalam gunung, pasti angin itu mengejarnya dan mematikannya. Maka sisanya tinggalorang-orang jahat seperti binatang buas (fii khiffatit thoiri wa ahlaamis sibaa‟), mereka tidak
  10. 10. 10mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran. Dan syetan menjelma pada mereka(manusia) lalu berkata: Maukah kamu mengabulkan? Manusia berkata: Apa yang akan kamuperintahkan kepada kami? Syetan lalu memerintahkan kepada mereka agar menyembah berhala,sedang mereka hidup dalam kesenangan. Kemudian ditiuplah sangkakala. Tapi seorangpun takakan mendengarnya kecuali orang yang tajam pendengarannya. Dan orang yang pertama kalimendengarnya yaitu seorang laki-laki yang mengurusi untanya. Nabi bersabda: Maka matilahsemua manusia. Kemudian turunlah hujan seperti hujan gerimis. Maka keluarlah dari situ jasadmanusia (dari kubur-kuburnya). Kemudian ditiup lagi sangkakala, maka tiba-tiba merekaberdiri menunggu. Lalu dikatakan kepada mereka: Wahai manusia, marilah menghadap kepadaTuhanmu dan merekapun berada di Mahsyar karena mereka akan diminta tanggung jawabnya.Kemudian dikatakan kepada mereka, pergilah kamu karena neraka telah dinyalakan, laludikatakan lagi: Dari berapakah? Lalu dikatakan lagi: Dari setiap seribu sembilan ratussembilan puluh sembilan orang. Begitulah keadaannya pada hari anak dijadikan beruban danpada hari betis disingkap (hari kiamat yang menggambarkan orang sangat ketakutan yanghendak lari karena huru-hara kiamat).” (Hadits Riwayat Muslim).Sabda Nabi Shallallahu „alaihi wasallam ketika berkhutbah : “Wahai manusia, bahwasanyakamu nanti akan dihimpun Allah dalam keadaan telanjang kaki, telanjang bulat, dalam keadaankulup (tidak dikhitan). Ingatlah bahwa orang yang mula-mula diberi pakaian adalah IbrahimAS. Ingatlah bahwa nanti ada di antara umatku yang didudukkan di sebelah kiri. Ketika itu akuberkata: Ya Tuhan, (mereka itu adalah) sahabatku. Lalu Tuhan berkata: Engkau tidak tahu apayang mereka perbuat sesudah kamu (wafat).” (HR Muslim).PERTANGGUNG JAWABANMengenai pertanggungan jawab perbuatan, Nabi Muhammad Shallallahu „alaihi wasallambersabda: “Pada hari kiamat, setiap hamba tak akan melangkah sebelum ditanya empat hal,yaitu tentang umur untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya dari mana iaperoleh dan untuk apa ia belanjakan, dan (kesehatan) badannya untuk apa ia pergunakan.” (HRTirmidzi, hadits hasan shahih, dan teks ini menurut riwayat Muslim).Tentang dahsyatnya keadaan kiamat sampai manusia tak ingat pada lainnya, adapunpenjelasannya: “Dari Aisyah , Bahwa ia teringat Neraka lalu menangis, maka Rasulullah `bertanya: Apa yang menyebabkan engkau menangis? Aisyah menjawab: Aku teringat padaNeraka, hingga aku menangis. Apakah pada hari kiamat kamu akan ingat pada keluargamu?Jawab Nabi Shallallahu „alaihi wasallam : Adapun di tiga tempat, orang tidak teringat padayang lainnya, yaitu ketika ditimbang amalnya sebelum dia mengetahui berat ringannya amalkebaikannya. Ketika buku catatan amalnya beterbangan sebelum dia mengetahui di manahinggapnya buku itu, di sebelah kanan, kiri, atau di belakangnya. Dan ketika menitititian/jembatan (shirath) yang terbentang di punggung neraka Jahannam sebelum diamelaluinya.” (HR Abu Daud, hadits hasan).Itulah peristiwa kiamat yang wajib kita yakini beserta tanda-tandanya. Semuanya itumerupakan hal yang ghaib, hanya Allah yang mengetahui, sedang Nabi Shallallahu „alaihiwasallammengkhabarkan itu dari wahyu Allah. Maka hal-hal yang tak sesuai dengan penjelasanAllah dan RasulNya mesti kita tolak, meskipun datangnya dari orang yang mengaku intelek,pakar, ataupun mengaku telah menyelidiki bertahun-tahun dengan metode yang disebut ilmiahdan canggih. Sebaliknya, kalau itu datang dari Allah dan RasulNya, maka wajib kita imani. Danberiman kepada Hari kiamat itu merupakan halyangtermasuk pokok di dalamIslam sepertitersebut di atas. Mengingkarinya berarti rusak keimanannya.
  11. 11. 11(Dikutip dari: Minhajul Muslim , oleh Abu Bakr Al-Jazairi)22 tanda hari kiamat semakin hampir1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalahatau filem.3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwayang menyesatkan pengikutnya.4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal danharam kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untukhidup senang.6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih keranamaksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  12. 12. 128. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepadaperempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan danmusuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antaralelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjidyang berharga.15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akanmengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramaiterpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkankehendaknya.18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membelasertamenyebarkannya.21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yangbaik).22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untukberniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekahBERIMAN DENGAN HARI KIAMATErti hari kiamatKiamat dari segi bahasa bererti kebangkitan.Erti hari kiamat dari segi istilah ilmu tauhid menurutajaran Islam ialah hari di mana Allah akan mematikan sekelian makhluknya , kemudiandibangkitkan dan dihidupkan semula dan dihimpunkan di padang mahsyar untuk diperhitungkansegala amalan mereka sewaktu hidup di dunia lalu diberi balasan samada syurga atauneraka.Nama – nama lain bagi hari kiamat itu antaranya adalah sebagaimana berikut :-1)Yaumul akhir yang bererti hari yang penghabisan kerana ia merupakan penghabisan segalahari – hari dunia.2)Yaumul mahsyar yang bererti hari perhimpunan kerana pada hari itu semua makhluk akan
  13. 13. 13dihimpunkan di padang mahsyar.3)Yaumul din yang bererti hari pembalasan kerana pada hari itu akan dibalas semua amalperbuatan makhluk samada buruk atau baik.4)Yaumul waqi‟ah bererti hari yang pasti berlaku kerana hari kiamat itu pasti akan berlaku tanpasebarang syak.5)Yaumul nadamah bererti hari penyesalan kerana pada hari itu semua makhluk akan menyesalikesalahan – kesalahan yang mereka lakukan di dunia.6)Yaumul hisab bererti hari perhitungan kerana pada hari itu semua amalan manusia akandiperhitungkan.7)Yaumul zalzalah bererti hari gempa kerana pada hari tersebut alam keseluruhannya mengalamigempa yang sangat dahsyat.Hukum beriman dengan hari kiamatHukum beriman dengan hari kiamat itu wajib dan menjadi kafir sesiapa yang mengingkarinyakerana telah sabit di dalam Al Quran dan hadis – hadis.Firman Allah TaalaErtinya : tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhiratRasulullah saw bersabdaErtinya :Bahawa kamu beriman dengan Allah dan para malaikatnya dan kitab-kitabnya dansekelian rasul-rasulnya dan hari akhirat.Pembahagian kiamatKiamat terbahagi kepada dua iaitu:-1)Kiamat kecil iaitu kematian yang berlaku ke atas individu yang telah sampai ajalnya.Kiamatkecil juga dinamakan kiamat khusus.Sabda Rasulullah sawErtinya :Apabila mati seseorang daripada kamu maka berlakulah kiamat atas dirinya.2)Kiamat besar atau kiamat umum.Inilah yang disebutkan di dalam Al Quran sebagai yaumulghasyiah yang bererti hari yang meliputi kerana berlakunya meliputi atas sekelian makhluk tanpakecuali.Alam barzakhSepertimana yang telah dinyatakan apabila mati seseorang itu maka berlakulah kiamat atasdirinya yang mana dengan kematian tersebut berpindahlah ruhnya dari alam dunia kepada alamkubur dan akan tinggal di sana sementara menantikan berlakunya kiamat besar yangmeliputi.Alam kubur ini juga disebut alam barzakh.Barzakh itu ertinya „sempadan‟ kerana iamerupakan sempadan di antara alam dunia dengan alam akhirat.Semasa berada di dalam alamkubur atau alam barzakh tersebut ruh akan menghadapi :-1)Fitnah kubur yakni soalan – soalan yang akan dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nakirdi alam kubur.Sebab kedua – dua malaikat tersebut dinamakan Munkar dan Nakir keranakeduanya akan datang dengan rupa yang sangat tidak dikenal dan sangat menakutkan.Soalan –soalan yang akan ditanya itu adalah soalan tentang akidah si mati seperti siapa Tuhanmu , siapanabimu , apa ikutanmu , siapa saudara - saudaramu dan seterusnya.Bagi orang yang berimanakan diulang – ulang soalan tersebut selama tujuh hari kerana memuliakan dan membanggakanmereka atas malaikat.Bagi orang kafir akan diulang – ulang pertanyaan tersebut selama empatpuluh hari untuk menghinakan mereka.Dalil adanya fitnah kubur adalah hadis nabi setelahbaginda selesai dari mengkebumikan jenazah salah seorang sahabat baginda , baginda bersabda
  14. 14. 14Ertinya :Pohonkan bagi saudara kamu ini ketetapan kerana dia sekarang akan ditanya.2)Nikmat kubur dan azab kubur yakni setelah selesai urusan pertanyaan malaikat munkar dannakir yang tersebut keduanya akan pergi dan tidak akan kembali lagi namun akan menanti pulanikmat kubur bagi orang – orang yang beriman dan azab kubur bagi orang – orang yang kafirdan derhaka.Nikmat dan azab ini akan berkekalan sehinggalah berlaku kiamat.Sabda RasulullahsawErtinya :Hanyasanya kubur itu adalah satu taman daripada taman syurga atau satu lubang darilubang neraka.Sabda Rasulullah sawErtinya :Bersihkanlah kencing kerana kebanyakan azab kubur adalah disebabkan oleh kencing.3)Himpitan bumi yang mana semua jenazah yang telah dikebumikan tidak akan terlepas daripadahimpitan bumi kecuali jenazah anbia‟ , orang – orang yang mati syahid dan Fatimah bintiAsad.Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa jikalau dapat terlepas seseorang daripadahimpitan bumi nescaya akan terlepaslah Saad bin Muaz yang pada hari kematiannya bergoncangarasy Allah Taala.Hanyasanya jenazah orang – orang yang beriman akan dihimpit bumi sepertiibu memeluk anaknya.Ya Allah lindungilah kami dan sekelian orang – orang yang beriman daripada sekelian yangtersebut dan Engkau tetapkanlah iman kami , kedua ibubapa kami , anak isteri dan zuriat kami ,kaum kerabat kami , guru – guru kami , murid – murid kami dan sekelian saudara – saudara kamiyang beriman.Sesungguhnya kami tiada daya dan upaya untuk menyelamatkan diri kamimelainkan semata – mata dengan kurniamu jua ya Allah.Amalan yang dapat melepaskan diri daripada huru hara di dalamkubur1)Mengukuhkan iman terhadap Allah dan rasulnya dengan cara mentaati suruhan Allah dan rasuldan menjauhi larangan Allah dan rasul.2)Memperbanyakkan zikrullah.Rasulullah saw bersabdaErtinya :Tiada amalan yang terlebih melepaskan daripada azab kubur daripada zikrullah.3)Mengamalkan sunnah nabi.4)Membaca surah Al Muluk pada tiap – tiap malam.5)Bersungguh – sungguh memelihara solat.6)Bersungguh – sungguh memelihara hukum taharah (kebersihan) terutamanya kencing.7)Menjaga perpaduan kaum muslimin dan menjauhi amalan hasut menghasut.Semoga Allah memberi taufik dan hidayah untuk kita melakukan amalan – amalan tersebut.Tanda – tanda hari kiamat.Allah dan rasulnya tidak menentukan tarikh berlakunya kiamat sebagai ujian ketaatan ke atasmanusia.Namun Allah dengan sifat kasih sayangnya kepada manusia telah memberitahukantanda – tanda kedatangan kiamat tersebut.Tanda – tanda kiamat itu terbahagi dua iaitu tanda –tanda kecil dan tanda – tanda besar.Tanda – tanda kecil adalah seperti berikut :-1)Diutusnya nabi Muhammad saw sebagai rasulullah.2)Para pemimpin akan terdiri daripada keturunan yang rendah dan hina.3)Hamba melahirkan tuannya.4)Orang-orang miskin yang berkaki ayam akan membina gedung-gedung yang menjulang tinggi.5)Ada dua golongan yang besar yang akan berbunuh-bunuhan padahal seruan mereka sama.6)Akan muncul dajajil(dajal-dajal kecil) yakni para penipu yang menyesatkan.7)Ilmu pengetahuan akan dilenyapkan.
  15. 15. 158)Banyak berlaku gempa bumi.9)Banyak timbul fitnah.10)Banyak haraj (pembunuhan)11)Harta kekayaan akan melimpah ruah.Adapun tanda – tanda besar pula adalah seperti berikut:-1)Munculnya Imam Mahdi2)Munculnya Dajjal3)Turun Nabi Isa as.4)Terbitnya matahari dari sebelah barat.5)Keluarnya dabbatul ardh (sejenis binatang)Proses berlakunya kiamat.1)Tiupan sangkakala yang pertama menandakan proses penghancuran alam dan kematian seluruhmakhluk.2)Tiupan sangkakala yang kedua yang menandakan proses kebangkitan sekelian makluk yangtelah dimatikan yang mana mereka akan dihidupkan semula untuk dikumpulkan di padangmahsyar.Selang antara dua tiupan tersebut adalah empat puluh tahun.Sangkakala itu adalahtrompet besar yang berbentuk seperti tanduk diperbuat daripada kaca ditiup oleh malaikatIsrafil.Besarnya sangkakala tersebut digambarkan di dalam hadis – hadis andaikata langit danbumi ini dimasukkan ke dalam lubangnya nescaya muat.3)Makhluk yang telah dibangkitkan itu akan digiring dan dikumpulkan di padang mahsyar didalam keadaan berkaki ayam dan bertelanjang.Keadaan mereka dari hal susah dan senang adalahbergantung kepada amalan masing – masing.Padang mahsyar adalah bumi yang rata yangberwarna putih seperti roti.Di sana manusia akan menunggu untuk diadili.Lamanya manusia disana mengikut riwayat Abu Ya‟la dan Ibnu Hibban ialah selama dua puluh lima ribu tahun.Disana manusia akan pergi dari satu nabi kepada satu nabi untuk memohon syafaat agardipercepatkan hisab.Akhirnya hisab dijalankan dengan syafaat nabi Muhammad dan inilah yangdipanggil “syafaat kubra” ertinya syafaat yang besar yang merangkumi seluruh makhluk samadamuslim atau kafir dan samada manusia atau jin iaitu syafaat untuk dipercepatkan hisab.4)Hisab ialah proses menghitung amalan – amalan makhluk samada baik atau buruk.Carapenghisaban dilakukan bergantung kepada amalan seseorang itu.Sesetengah manusia dihisabdengan hisab yang sangat berat.Sesetengah manusia dihisab dengan hisab yang ringan.Bagiorang yang menutup aib orang lain semasa di dunia maka hisab ke atas mereka akan dijalankandengan tersembunyi di sebalik tabir dan Allah akan menutup aib mereka pula dengan memberikeampunan supaya kesalahan mereka tidak diketahui oleh orang lain.Bagi yang dihisab secaraterang – terangan akan dihisab di hadapan orang – orang yang mereka kenali semasa di duniasupaya mereka mendapat malu yang amat sangat bagi setiap kesalahan yang merekalakukan.Semoga Allah menutup aurat (keaiban) kita dan mengamankan ketakutan kita pada haritersebut.Sebelum penghisaban dijalankan ke atas manusia , akan diserahkan kepada mereka bukucatatan amalan yang mereka telah lakukan di dunia.Orang – orang yang berbahagia akanmendapat catatan amalannya dari sebelah kanan dan orang – orang yang celaka akan mendapatcatatan amalan mereka dari sebelah kiri atau dari arah belakang.Kemudian catatan amalan ituakan ditimbang di atas neraca yang dipanggil “mizan” yakni neraca yang sangat adil dan telitiyang dapat menimbang amalan seseorang walau sekecil zarrah sekalipun.Adalah besar kedua –dua daunnya jika diletakkan dunia dengan sekelian isi – isinya nescaya muat ia.5)Kemudian manusia akan diperintah untuk melintas titian sirat iaitu jambatan yang merentangiatas neraka jahannam.Kadar lebarnya adalah bergantung kepada amalan dan iman manusia iaituluas dan lebar bagi orang – orang mukmin yang bertakwa dan sempit dan halus bagi orang –orang yang fasik dan munafik sehingga sampai ia akan halusnya itu seolah – olah rambut ataulebih halus lagi daripada itu.Rasulullah saw bersabda
  16. 16. 16Ertinya :Sirat itu adalah terlebih halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada pedang.Jauhnya perjalanan sirat itu adalah seribu lima ratus tahun peralanan.Keadaan manusia semasamelintas sirat itu berbeza – beza dari segi bersegera atau lambat dengan kadar bersegera ataulambatnya mereka menunaikan perintah – perintah Allah Taala semasa di dunia.Sesetengahnyaseperti kilat yang menyambar.Sesetengahnya seperti angin yang bertiup.Sesetengahnya sepertiburung yang terbang.Sesetengahnya seperti kuda yang berlari.Sesetengahnya seperti berlarinyaseorang lelaki yang kuat.Ada yang berjalan.Ada yang merangkak dan ada yang mengisut.Adayang sampai di dalam sekelip mata.Ada yang sehari.Ada yang sebulan.Ada yang setahun.Adayang beribu ribu tahun.Orang – orang yang munafik akan jatuh ke dalam neraka sementara orang– orang yang beriman akan sampai di syurga dengan selamat.Syurga dan nerakaSyurga adalah satu tempat yang disediakan oleh Allah ke atas hamba – hambanya yang taat didalamnya penuh dengan segala kenikmatan.Kenikmatan yang terdapat di syurga itu antara lainialah :-1)Bidadari – bidadari yang cantik jelita.2)Minuman yang lazat citarasanya seperti arak , madu dan susu.3)Makanan dan buah – buahan yang lazat.4)Pelayan – pelayan dari anak – anak muda yang cantik dan sebaya.5)Gedung – gedung dan rumah – rumah yang cantik.6)Hidup selama – lamanya dan tidak mati.Muda selama – lamanya dan tidak tua.Nama – nama syurga adalah sepertimana berikut :-1)Jannatul firdaus.2)Jannatul adnin3)Jannatul ma‟wa4)Jannatul naim5)Jannatul khuldi6)Darul Qarar7)Darul salam.8)Darul muqamahFirman Allah di dalam hadis qudsiErtinya :Telah Aku (Allah) sediakan untuk hamba-hambaku yang bertakwa suatu (balasansyurga) yang tak pernah dilihat oleh mata,dan tidak pernah didengar oleh telinga,dan (bahkan)tidak pernah terlintas pun di dalam hati (mana-mana)manusia.Neraka adalah satu tempat yang disediakan oleh Allah untuk menghukum orang – orang yangderhaka kepada Allah yang terdiri daripada orang – orang munafik , orang – orang kafir danorang – orang yang melakukan dosa – dosa besar yang mati tanpa bertaubat dan dosa mereka itutidak diampunkan Allah.Di antara siksaan – siksaan yang telah disediakan oleh Allah itu ialah :-1)Api yang menyala – nyala.2)Rantai dan belenggu.3)Binatang – binatang yang berbisa seperti ular dan kala.4)Yang menjaga dan mengawal neraka itu terdiri daripada malaikat yang kasar dan keras.5)Zaqqum iaitu buah yang sangat pahit dan dhari‟ iaitu buah yang beracun dan berduri.6)Minumannya adalah air yang tersangat panas yang dapat memutuskan tali perut dan wapnyadapat menghancurkan daging muka.Nauuzubillah min zalik.Berikut adalah nama – nama neraka :-1)Neraka jahannam2)Neraka jahim
  17. 17. 173)Neraka sa‟ir4)neraka lazha5)Neraka huthamah6)Neraka saqar7)Neraka hawiahPahala dan dosaPahala ertinya jaminan balasan baik yang diberikan ke atas orang – orang yang melakukankebajikan.Dosa ialah jaminan balasan buruk yang diberikan ke atas orang – orang yang membuatmaksiat.Pahala dan dosa inilah yang ditimbang di atas neraca mizan pada hari kiamatnanti.FirmanAllah TaalaErtinya : Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan)sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amalkejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang merekatidak dianiaya (sedikitpun).SyafaatSyafaat ertinya pertolongan yang akan diberikan di akhirat ke atas manusia – manusia yangberdosa yang dikehendakki Allah.Jenis – jenis syafaat itu adalah seperti berikut :-1)Syafaat mempercepatkan hisab.Syafaat ini dikhususkan bagi nabi Muhammad sawsahaja.Ianya juga dikenali dengan syafaat uzhma atau syafaat kubra yang bererti syafaat yangbesar kerana ia meliputi semua makhluk tanpa kecuali samada manusia atau jin , muslim ataukafir.2)Syafaat supaya diringankan siksaan.3)Syafaat memasukkan orang – orang yang beriman ke dalam syurga tanpa hisab.4)Syafaat untuk orang yang berdosa yang mewajibkan masuk ke neraka tetapi tidak dimasukkanke neraka.5)Syafaat untuk orang yang masuk ke neraka tetapi disingkatkan tempoh siksaan.6)Syafaat untuk mengeluarkan semua orang yang melakukan dosa – dosa besar yang mati atastauhid lalu dimasukkan ke dalam syurga.Perhatian :Syafaat dari jenis yang ketiga hingga keenam itu hanya khusus untuk orang – orangyang mati di dalam akidah tauhid sahaja dan tidak akan dapat diperolehi oleh orang – orang yangmati di dalam keadaan mensyirikkan Allah.Firman Allah TaalaErtinya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya(dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa YangdikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah(dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.Selain nabi Muhammad , sekelian nabi – nabi yang lain , para ulama dan orang – orang yangmati syahid turut mendapat keistimewaan memberikan syafaat.Rasulullah saw bersabdaErtinya :Akan memberikan syafaat pada hari kiamat nanti oleh para nabi , ulama dan juga orang– orang yang mati syahid.Selain itu terdapat juga syafaat dari anak – anak yang mati sewaktu kecil bagi ibu bapa merekayang beriman.Terdapat juga syafaat bagi penghafaz – penghafaz Al Quran bagi sepuluh ahlikeluarga mereka yang mewajibkan neraka tetapi tidak dimasukkan ke neraka.Semoga Allahmenetapkan iman kita semua dan melayakkan kita untuk memperolehi syafaat pada hari yang
  18. 18. 18dahsyat tersebut.Amin ya Rabbal alamin.Di antara usaha – usaha untuk memperolehi syafat itu ialah :-1)Memelihara akidah selama hayat dikandung badan.2)Memelihara solat fardu lima waktu.3)Membanyakkan sedekah4)Membanyakkan salawat ke atas nabi Muhammad saw.5)Bersabar dan reda dengan musibah hidup.6)Membanyakkan doa dan merendah diri kepada Allah swt.7)Suka menolong orang – orang yang beriman.8)Membanyakkan membaca kalam Allah ayat – ayat suci Al Quran al karim.9)Sentiasa bertaubat dan memperbaiki amalan.Perkara – perkara sam’iyatPerkara – perkara sam‟iyat ertinya perkara – perkara yang di dengar daripada perkhabaran AlQuran dan hadis.Wajib atas tiap – tiap manusia beriman dengan adanya perkara – perkaratersebut seperti yang dinyatakan oleh Al Quran dan hadis.Mengingkari perkara – perkarasam‟iyat yang sabit daripada Al Quran itu adalah kufur yang mengekalkan di dalam neraka.Waliyazubillah.Begitu juga mengingkari perkara – perkara sam‟iyat yang sabit daripada hadis yangmutawattir (hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang ramai sehingga mencapai darjat yakin)juga boleh menyebabkan kufur.Adapun mengingkari perkara – perkara sami‟yat yang sabitdengan khabar ahad (hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang kurang dari mutawattir) tidakmenjatuhkan seseorang kepada kufur sebaliknya menjadikan seseorang itu fasik (berdosabesar).Kesimpulannya kita wajiblah mempercayai perkara – perkara sam‟iyat samadaperkhabarannya itu mutawattir atau tidak supaya kita terselamat dari sebarang gelaran samadakufur atau fasik.Perkara – perkara sam‟iyat itu adalah sebagaimana berikut :-1)Para malaikat dan sekelian yang berkaitan dengan mereka seperti yang diceritakan di dalam AlQuran dan hadis.2)Para nabi dan sekelian yang berkaitan dengan kisah mereka seperti yang diceritakan oleh AlQuran dan hadis.3)Kitab – kitab yang diturunkan Allah sebelum Al Quran dan sekelian yang berkaitan dengannyaseperti yang diceritakan di da lam Al Quran dan hadis.4)Hari akhirat dan sekelian yang berkaitan dengannya seperti yang diceritakan di dalam AlQuran dan hadis.5)Makhluk jin , syaitan dan Iblis dan sekelian yang berkaitan dengannya seperti yang diceritakandi dalam Al Quran dan hadis.6)Kadhak dan kadar.7)Arasy.8)Kursi.9)Luh Mahfuz.10)Qalam.12)Ruh.Pendekata apa sahaja yang diceritakan oleh Al Quran dan hadis maka yang demikian itu adalahperkara – paerkara sami‟yat yang wajib diimani oleh tiap – tiap mukallaf.
  19. 19. 1920 jenis orang yang makruh kita beri salam1. Orang yang sedang mengambil wudhuk2. Orang yang berada di dalam toilet3. Orang yang sedang menikmati makanan dan minuman4. Orang yang sedang berperang dengan musuh5. Orang yang sedang membaca al-quran atau berdoa6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah (haji dan umrah )7. Orang yang sedang mengajar, berkhutbah dan memberi nasihat8. Orang yang sedang belajar, mendengar khutbah dan nasihat.9. Orang yang sedang azan10. Orang yang sedang qada’ hajat.11. Orang yang sedang bersetubuh dengan isteri12. Orang yang sedang iqamat13. Orang yang sedang mabuk.14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi15. Orang yang sedang solat16. Orang gila17. kanak-kanak18. Orang yang sedang tidur19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman20. Salam lelaki kepada perempuan atau sebaliknya kerana ditakuti membawa fitnah- dari kitab “ghizaul albab” tulisan oleh As-safarini
  20. 20. 201. LALUAN MENUJU KE KUBUR. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji.Hindarkan perasaan irihati (benci). Jangan terpengaruh dengan harta dunia. Sucikanqadha hajat dgn istibra (berdehem selepas buang airkecil!)2. LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL. Bersihkan diri dengan bertaubat. Gembirakanhati orang Mumin. Bayar semula qadha (solat & puasa) yang tertinggal. Kasih sepenuhhati kepada ALLAH Taala3. LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR. Mengucap dua kalimahsyahadat. Suka memberi sedekah. Berkata benar. Bersihkan dan perbaiki hati4. LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN. Belajar atau mengajar ilmu yangbermanafaat. Sucikan perkataan dan pakaian. Bersyukur dengan yang sedikit. Suka danredha dengan yang didatangkan oleh ALLAH5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN. Jauhkan perkataan yang sia-sia. Pendekkancita-cita dunia. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH. Banyakkan sedekah dan khairat6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM. Kasihilah aulia ALLAHTaala. Berbaktilah kepada kedua ibubapa. Berpegang teguh dengan hukum syara.Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk.7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA. Banyakkan membaca al-Quran.Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu. Tinggalkan perkara yang maksiat.Jauhkan segala yang haram8. LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA. Membuat kebajikan seberapa banyak yangboleh. Kasihi orang yang soleh. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH. Merendahkandiri di antara semua makhluk ALLAH9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD. Kasihilah Nabi ALLAH.Kasihilah Rasulullah. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAHd. Banyakkan selawatNabi S.a.w.10. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH.Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH. Betulkan dan baikkan itiqad kepadaALLAH. Bencikan segala yang diharamkan-Nya.11. Minyak ini berfungsi untuk memberikan tampak ketenangan kepada suasanasekitar dimana pengguna akan terlihat lebih cerah, lebih tenang dan nyamandipandang buat lawan jenis yang melihatnya, orang yang melihat akan timbulkesan belas kasihan dan kepada pengguna kerana mereka akan melihat sangpengguna dalam bentuk simpati, serta merapatkan diri dengan keluarga.12. Ramuan minyak ini menjadi warna hijau muda dan mempunyai bau yang tahanlama. Antara cara menghasilkannya:13. a. Persediaan ramuan 7 atau 19 kuntum bungab. Di baca ayat Surah Ar-Rahman: 12-13c. Disertai bacaan Surah Toha:131d. Kemudian membaca Selawat Nabi – 777 kalie. Akhirnya bahan tersebut dicampur dengan Minyak Mawar, Minyak Melati danMinyak Cendana. Ketiganya dicampur dengan komposisi yang sama banyak.

×