Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Bab 3 – nota tambahan

860 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Bab 3 – nota tambahan

  1. 1. BAB 3 – NOTATAMBAHANPerniagaan Borong
  2. 2. PEMBORONG SAUDAGAR Pemborong saudagar membeli pelbagai jenis barang daripada pelbagai pengeluar dan menjual kepada peruncit. Pemborong saudagar mendapat keuntungan atas usahanya mempunyai hak milik ke atas barang-barang
  3. 3.  Pemborong saudagar terdiri daripada : a) Pemborong berfungsi penuh b) Pemborong berfungsi terhad
  4. 4.  Pemborong berfungsi penuh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: Pemborong Ciri-ciri Pemborong am Membeli dan menjual pelbagai jenis dan jenama barang yang tidak berkaitan antara satu sama lain. Contoh: makanan, pakaian, kosmetik dan barang-barang kegunaan harian. Pemborong khusus Membeli dan menjual beberapa jenis barang tertentu sahaja. Contohnya, menjual ubat-ubatan tradisional sahaja. Pemborong satu barisan Membeli dan menjual beberapa jenis barang yang berkaitan. Contoh: membeli dan menjual pelbagai kasut, dan selipar.
  5. 5.  Pemborong berfungsi terhad menjalankan satu atau dua fungsi tertentu sahaja. Jenis-jenis pemborong fungsi terhad: Pemborong Ciri-ciri Pemborong pesanan mel Pemborong menghantar katalog kepada bakal pelanggannya. Pesanan diterima melalui pos dan barang dihantar kepada pelanggan melalui pengangkutan yang sesuai. Pemborong pesanan Pemborong menyalurkan pesanan dan berwakil arahan yang diterima daripada pelanggannya terus kepada pengeluar. Tidak mempunyai gudang atau barang-barang untuk dijual.
  6. 6. Pemborong Ciri-ciriPemborong perkhidmatan Pemborong ini hanya menawarkanpengangkutan perkhidmatan pengangkutan kepada pengilang atau pengeluar dengan mengangkut barang-barang dalam jumlah yang besar. Contohnya, Kontena Nasional.Pemborong bayar dan sewa Menjual barang-barang dengan harga yang lebih murah dan secara tunai kepada peruncit. Peruncit mengangkut barang- barang ini ke kedainya dengan kenderaan sendiri.Pemborong jober para Pemborong jober para membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit. Mempamerkan barang di rak-rak atau para yang biasanya dikhaskan oleh peruncit untuk barang-barangnya. Biasanya menjual barang-barang berjenama terkenal dan dikenali ramai serta mudah laris seperti roti jenama ‘Gardenia’ dan ais krim jenama ‘Walls’.
  7. 7.  Ejen adalah orang tengah yang dilantik dan diberi kuasa untuk melaksanakan tugas bagi pihak pengeluar atau pengilang dan penjual yang dikenal sebagai prinsipal. Ejen tidak mempunyai hak milik atas barang-barang. Ejen terdiri daripada: (a) Ejen Pengeluar Ejen ini dilantik oleh pengeluar tempatan atau luar negara untuk menjual barang keluaran mereka mengikut harga dan syarat yang telah ditetapkan. Ejen pengeluar biasanya menerima komisen mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh prinsipal. Contoh: EON yang menjadi ejen bagi pengeluar kereta PROTON.
  8. 8. (b) Ejen Penjual Ejen penjual menjalankan fungsi pemasaran khusus untuk pengeluar kecil-kecil yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran. Ejen Del Credere merupakan ejen penjual yang menjalankan tugas tambahan, iaitu mengutip hutang bagi pihak pengeluar dengan jaminan tiada hutang lapuk.(c) Broker Broker adalah ejen yang mempertemukan pembeli dengan penjual atau penjual dengan pembeli. Broker tidak memiliki atau mempunyai hak milik ke atas barang-barang, tidak berhak membuat perjanjian danbroker menerima komisen atas usahanya.
  9. 9.  Terdapat beberapa sebab pemborong memerlukan modal yang besar, iaitu: (a) membayar pengeluar dengan segera. (b) memberi kemudahan kredit kepada peruncit. (c) menanggung risiko hutang lapuk. (d) mengedarkan pelbagai jenis barang. (e) membeli secara pukal. (f) mengendalikan kemudahan pergudangan. (g) menyediakan kemudahan pengangkutan. (h) kos overhed yang tinggi.

×