Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1.0 PENGENALAN
Falls (1980), menyatakan bahawa kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek
yang berkaitan dengan fun...
2.0 PROSEDUR SEGAK
Ujian Segak ini dijalankan ke atas semua murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4 sehingga
Tahun 6. Semua muri...
2.1 Naik Turun Bangku ( 3 Minit )
Objektif ujian ini adalah untuk menguji daya tahan kardiovaskular murid-murid.
Antara pe...
Prosedur ujian untuk tekan tubi suaian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan
dengan berta badan disokong oleh tangan y...
2.4 Jangkauan Melunjur
Objektif ujian ini adalah untuk mengukur kelenturan pada bahagian bawah belakang
dan bahagian atas ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Ass hbpe 2203 pjk (recovered)

157 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Ass hbpe 2203 pjk (recovered)

  1. 1. 1.0 PENGENALAN Falls (1980), menyatakan bahawa kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai boleh memberikan seseorang individu itu perlindungan daripada penyakit-penyakit hipokinetik seperti penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit yang melibatkan tulang dan otot. Manakala kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya. Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor. Dalam erti kata lain, kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Clarke (1979) menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kecergasan yang rendah. Pate ( 1991), melaporkan bahawa terhadap hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, keergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Justeru, satu program penilaian standard telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan). Ianya dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Sekolah Rendah dan Menengah. SEGAK diilhamkan pada tahun 2005 dan mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 2008. Matlamat utama SEGAK adalah untuk memastikan murid-murid sentiasa peka , berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif utama SEGAK adalah untuk mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah, menganalisis, menginterpretasi dan menyimpan rekod fizikal individu, melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan sistematik dan mengiktiraf tahap kecergasan fizikal individu berdasarkan prestasi semasa.
  2. 2. 2.0 PROSEDUR SEGAK Ujian Segak ini dijalankan ke atas semua murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4 sehingga Tahun 6. Semua murid perlu menjalani ujiab-ujiabn kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan SEGAK. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1hb Januari untuk rujukan norma. Ujian SEGAK ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian juga perlu dilengkapkan pada hari yang sama. Guru perlu melatih murid terlebih dahulu dan murid-murid digalakkan untuk membuat ujian secara individu, bersama rakan atau bersama keluarga. Ujian harus lengkap dan mengikut turutan bateri ujian seperti yang tercatat di bawah: i. Naik Turun Bangku ( 3 Minit ) ii. Tekan Tubi ( 1 Minit ) iii. Ringkuk Tubi Separa iv. Jangkauan Melunjur Semua ujian-ujian ini perlu diselesaikan dalam satu hari yang sama untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan Ujian SEGAK tersebut. Ukuran antroprometrik untuk mendapatkan indeks jisim badan perlu dijalankan sebelum ujian. Ujian perlu dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain tetapi pada bulan yang sama.
  3. 3. 2.1 Naik Turun Bangku ( 3 Minit ) Objektif ujian ini adalah untuk menguji daya tahan kardiovaskular murid-murid. Antara peralatan yang digunakan semasa menjalankan prosedur ujian ialah bangku yang mempunyai ketinggian 30.5 centimeter, jam randik, borang skor dan metronome. Penguji ataupun guru perlu meletakkan bangku di tempat yang selamat dan di atas lantai yang rata. Ini bertujuan untuk memastikan bangku tidak bergerak semasa ujian. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berpasangan dan guru perlu menyediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit. Semasa ujian juga, murid perlu memakai kasut sukan yang sesuai dan perlu memanaskan badan dan melakukan regangan sebelum melakukan ujian. Murid juga perlu berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri mengikut keselesaan murid diletakkan di atas bangku. Penguji atau guru akan memberikan isyarat ‘mula’. Seterusnya, murid akan melakukan pergerakan naik dan turun ( kaki kiri naik diikuti kaki kanan kemudian kaki kiri turun diikuti kaki kanan ). Murid akan melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. Selepas tamat masa, murid dikehendaki duduk serta merta. Penguji atau guru akan mengira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan menggunakan Polar Heart Rate Monitor. Kadar nadi akan diambil dalam jangka masa 1 minit. Jika murid tidak dapat menamatkan lakuan selama 3 minit, skor muid akan dibatalkan. Selepas ujian ini, murid akan melakukan aktiviti kelonggaran dan menyejukkan badan. Kiraan skor murid dikira berdasarkan bilangan kadar kiraan nadi selama 1 minit selepas ujian. 2.2 Tekan Tubi ( 1 Minit ) Objektif ujian ini adalah untuk mengukur keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu. Tidak ada peralatan digunakan untuk ujian ini. Prosedur ujian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki smentara badan diluruskan. Badan akan diturunkan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Tangan perlu diluruskan seperti dalam kedudukan sedia. Tekan tubi akan diteruskan sehingga murid tidak berupaya untuk melakukan aktiviti secara sempurna dan betul. Ujian ditamatkan apabila murid sudah tidak berupaya untuk melakukan pergerakan dengan sempurna. Lazimnya, prosedur ini dilakukan oleh murid-murid lelaki. Manakala untuk murid perempuan pula, ujian tekan tubi suaian akan dijalankan.
  4. 4. Prosedur ujian untuk tekan tubi suaian dimulakan dengan kedudukan sokong hadapan dengan berta badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok, kaki bersilang dan badan diluruskan. Badan akan diturunkan dengan membengkokkan siku. Tangan diluruskan seperti dalam kedudukan sedia.tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya melakukannya. Ujian akan ditamatkan jika murd tidak dapat melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. Pemarkahan untuk ujian ini akan dikira berdasarkan bilangan tekan tubi yang sempurna sepenuhnya. 2.3 Ringkuk Tubi Separa Objektif ujian ini adalah untuk mengukur daya tahan dan kekuatan abdomen. Prosedur ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Murid akan berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah dengan tumit dan kaki sentiasa menyentuh lantai. Kaki dibuka seluas bahu manakala kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua- dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal ( ulang prosedur 4 ) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. Murid akan melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik selama 1 minit. Ujian ditamatkan sekiranya murid berasa tidak selesa, jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua dan tumit terangkat. Markah dikira berdasarkan bilangan perlakuan yang sempurna.
  5. 5. 2.4 Jangkauan Melunjur Objektif ujian ini adalah untuk mengukur kelenturan pada bahagian bawah belakang dan bahagian atas peha . Prosedur ujian ialah murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletak di belakang penanda 23 sentimeter. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian dan rakan yang lain akan memegang lutut. Tapak tangan kanan akan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. Dagu dirapatkan ke dada dan tangan dijangkaukan secara perlahan-lahan sejauh yang mungkin di atas pita pengukur. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid akan diberikan tiga percubaan berturut-turut, percubaan terbaik diambil kira sebagai skor dan bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Guru atau penguji tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. Guru juga perlu memastikan murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku. Jika tangan tidak sama dan peserta ujian tidak dapat bertahan dalam satu saat atau lutut tidak lurus ujian harus dilakukan semula.

×