Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit...

2,827 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,827
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
169
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Islamfobia sainmnt group (fila) dah siap edit...

  1. 1. 1 1.0 MEMAHAMI KONSEP ISLAMFOBIA Dalam sejarah Islam, Islamfobia telah bermula sejak agama Islam telah disebarkan secara terbuka oleh nabi. Ia bermula apabila setiap ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW berkaitan Islam walaupun secara senyap-senyap tidak pernah dihiraukan oleh penduduk Makkah. Kecaman pertama yang melambangkan Islam fobia telah dilaungkan oleh bapa saudara Baginda sendiri iaitu Abu Lahab sehingga namanya dijadikan ristaan zaman yang berkekalan dalam al-Quran. (Surah al-Masad). Sememangnya, Islam fobia membawa kepada kebinasaan seperti disebutkan dalam ayat pertamanya Surah al-Masad yang bermaksud: "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah dia bersama." Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Islamfobia. Dari segi perkataan, Islam berasal dari bahasa Arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkan nya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya, manakala dari segi maksudnya, Islam merupakan Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia, baik yang mengenai orang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekali gus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Fobia pula, adalah sejenis penyakit ketakutan luar biasa, secara terus menerus kepada sesuatu yang tidak realistik dalam kehidupannya. Kalau dilihat secara kasar, Islamfobia merupakan satu kombinasi perkataan yang berbeza kerana, tidak mungkin seseorang manusia akan takut akan keindahan Islam itu sendiri melainkan jika mereka mempunyai niat untuk menjatuhkan Islam. Sekiranya kita mempunyai masalah fobia terhadap Islam yakni terhadap ketenangan yang dianugerahkan Allah dalam agama yang syumul ini, maknanya kita masih tidak mampu untuk melihat keindahan di sebalik Islam itu sendiri. Islam merupakan agama yang lengkap dalam kehidupan manusia, yang terjelas dalam maksud Islam itu, jadi pada pandangan kami, masalah seperti fobia terhadap Islam adalah salah satu amalan yang sengaja direncanakan oleh pihak bukan Islam dalam menjatuhkan Islam.
  2. 2. 2 Islamfobia secara keseluruhannya, merupakan satu bentuk neoligisme yang merujuk kepada diskriminasi atau prejudis terhadap orang Islam dan agama Islam. Ia juga merujuk kepada ketakutan yang berlebih- lebihan kepada Islam akan tetapi ia digunakan untuk menunjukkan sikap berat sebelah dan prasangka buruk terhadap orang Islam. Menurut Wikipedia pula, Islam fobia merujuk kepada perkataan baru yang sengaja diadakan yang melambangkan perasaan prejudis sehingga menimbulkan perasaan takut dan benci pada orang Islam. Menurut pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Islam fobia juga merujuk kepada suatu permusuhan dan ketakutan yang tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian terhadap orang Islam atau majoriti daripada mereka. Istilah Islam fobia diperkenalkan pada 1996 oleh “Commission on British Muslims and Islamophobia”. Pada tahun berikutnya, “Commission” tersebut yang mengeluarkan “Runnymede Trust Report Islamophobia : a challenge for all of us” telah menukar dan menginstitusikan kosa kata Islam fobia sebagai bererti prejudis terhadap Islam, walaupun kosa kata tersebut secara harfiahnya bererti ketakutan tidak berasas terhadap Islam. Selain itu, di dalam laporan tersebut juga turut mengenal pasti tujuh komponen yang mendefinisikan Islam fobia. Ianya seperti berikut: Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak berkembang; Islam dilihat sebagai terpisah dan orang lain. Ia tidak nilai persamaan dengan budaya- budaya lain, tidak mempengaruhi mereka dan tidak dipengaruhi mereka, Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding Barat. Ia tidak bertamadun, tidak rasional, primitif dan gila seks; Islam dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan terlibat dalam pertembungan peradaban; Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah; Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi terhadap Muslim and mengasingkan Muslim daripada khalayak awam Permusuhan anti- Muslim dilihat sebagai biasa dan normal Istilah lain yang sering digunakan dalam menunjukkan Islam fobia adalah seperti Muslim radicalization, Anti-Muslim hate crime, Anti-Islamic Phenomena, Xenophobia, dan religiously based hate crimes. Istilah- istilah ini sering digunakan oleh orang bukan Islam dan ia menunjukkan kepada masalah Islam fobia. Selain aspek pengistilahan, agama Islam juga sering dikaitkan dengan agama bagi orang-orang Arab, agama yang menekan dan
  3. 3. 3 mengeksploitasi wanita, agama yang anti kepada kemajuan dan moderniti dan agama yang menentang hak asasi manusia. Secara keseluruhannya, dapat kita simpulkan bahawa, Islam fobia merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan yang tidak sepatutnya terhadap Islam samada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan yang berkaitan dengan Islam. Contoh- contoh Islam fobia: 1. Terdapat sekumpulan belia menjerit melaungkan kenyataan anti- Islam terhadap seorang lelaki Islam dan kemudian nya lelaki Islam tersebut ditendang dan tidak sedarkan diri. Mangsa juga mengalami rahang patah, lengan patah dan kecederaan leher 2. Seorang wanita Muslim dan dua orang anaknya terpaksa melarikan diri dari rumah mereka selepas rumah mereka diserang dengan dibaling batu secara berterusan. Kumpulan itu juga melaungkan kata-kata perkauman dan menghina wanita Islam yang memakai hijab 3. Seorang pelajar Islam menjadi mangsa buli di sekolah. Hijab beliau telah ditarik dan dipanggil dengan perkataan lucah oleh pelajar-pelajar lain 4. Sejurus selepas peristiwa September 2011, seorang wanita Islam tempatan yang memakai hijab enggan bekerja di tempat tersebut 5. Serangan ke atas Masjid-masjid dan tanah perkuburan Islam pada 18 Mac 2004. Sebanyak empat puluh kubur Islam dirosakkan di tanah perkuburan Islam di Charlton Plumstead, South East London 6. Serangan orang bukan Islam terhadap isu membenci iman Islam secara berterusan merupakan satu rentetan isu selepas pengeboman di Madrid pada Mac 2004. Dengan merujuk kepada contoh-contoh di atas, dapat kita mendefinisikan Islamfobia secara menyeluruh sebagai satu propaganda orang bukan Islam dalam menjatuhkan masyarakat Islam. Mereka seolah-olah cuba untuk mewujudkan satu gambaran yang salah terhadap masyarakat Islam seluruh dunia. Oleh sebab itu, dunia Islam menganggap bahawa tafsiran dan konsep yang salah terhadap Islam dan nilai-nilai yang diajarkan dalam agama Allah ini telah membawa kepada wujudnya konsep Islamfobia.
  4. 4. 4 2.0 FAKTOR ISLAMOFOBIA Kajian dilakukan oleh Henk Dekker dan Jolanda van der Noll bertajuk ‟Islamophobia and Its Origins: A study Among Dutch Youth‟ terhadap 580 remaja di Belanda pada 2006 telah mengesahkan bahawa 54% daripada responden mempunyai pandangan negatif tentang Islam dan Muslim. Antara rumusan penting kajian ini ialah kesimpulan yang dibuat mengenai faktor-faktor Islamofobia. Kajian ini mengesahkan bahawa terdapat faktor luaran dan dalaman yang membina persepsi negatif bukan Islam dan seterusnya meningkatkan rasa kebimbangan atau kebencian mereka terhadap Islam atau umat Islam. Berikut adalah faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya gejala Islam fobia. 2.1 Kurang Ilmu Pengetahuan Dan Pendedahan Tentang Islam Kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam tentang agama Islam dilihat adalah salah satu punca Islamofobia. Sistem pendidikan sedia ada tidak mempunyai aspek khusus untuk mendedahkan masyarakat dengan sebarang ajaran Islam. Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam di peringkat rendah dan tinggi, Islam akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup dan ganas termasuk mempromosi ketidakadilan terutamanya apabila ianya melibatkan hak-hak wanita. selain itu, kejahilan yang berpunca daripada orang Islam itu sendiri juga menjadi penyumbang kepada Islamfobia. Hal ini kerana jika dilihat pada hari ini terdapat juga segelintir orang Islam yang tidak berpegang teguh dan tidak mahu mempelajari agama Islam itu sendiri. Akibatnya apabila ditanya tentang Islam mereka tidak dapat menjawab dan memberi penjelasan kepada orang bukan Islam. Malah lebih buruk lagi apabila terdapat segelintir orang Islam yang melakukan pelbagai jenayah dan tidak menghormati orang lain. Ini adalah antara faktor menyebabkan orang bukan Islam memandang serong kepada orang Islam dan melihat imej Islam sebagai sesuatu yang negatif. Seterusnya, fatwa daripada orang Islam yang bukan pakar tentang agama Islam juga menjadi salah satu sebab pencetus kepada Islamfobia. Kejahilan atau kurang ilmu pengetahuan tentang agama Islam menyebabkan berlakunya fatwa yang salah. Oleh itu, untuk memberi fatwa mestilah mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Namun begitu, kini sudah terdapat fatwa-fatwa yang salah dikeluarkan oleh orang Islam yang bukan pakar atau masih belum cukup syarat-syarat untuk menjadi seorang pemberi fatwa. Akibatnya berlaku salah
  5. 5. 5 tanggapan oleh orang bukan Islam terhadap agama Islam. Berikut adalah keterangan yang lebih jelas mengenai punca salah faham orang bukan Islam terhadap agama Islam yang telah mencetuskan Islamfobia. Punca Salah Faham 1. Orang Islam Sendiri Dalam skop yang lebih kecil, kita dapat lihat orang Islam itu sendiri yang menjadi punca kepada Islamfobia . Contohnya di Malaysia, orang Islam adalah memegang rekod penagih dadah dan penghuni penjara paling ramai. Selain itu gejala buang bayi, mat rempit, bohsia dan bohjan serta isu sumbang mahram paling ramai dalam kalangan orang Islam juga. Hal ini menunjukkan bahawa orang Islam itu sendiri kurang kefahaman serta penghayatan terhadap agama Islam. Kejahilan orang Islam ini adalah menjadi menyumbang kepada salah tanggapan terhadap agama Islam. Sepatutnya orang Islam menunjukkan gaya hidup dan akhlak yang baik kepada orang bukan Islam supaya mereka dapat menjadi tempat untuk orang bukan Islam bertanyakan sesuatu persoalan tentang agama Islam dan mereka juga dapat dijadikan contoh atau “Role model” oleh orang bukan Islam dan akhirnya dapat menangkis istilah Islamfobia yang telah diberikan atau di cop oleh Barat ke atas orang Islam. Seterusnya dapat menarik orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam yang “syumul” dan adil. 2. Fatwa Daripada Bukan Pakar Sebelum ini masyarakat Islam telah dikejutkan dengan fatwa pelik dari Universiti Al-Azhar apabila seorang tenaga pengajarnya Prof. Dr Izzat Atiyah (Ketua Jabatan Hadith, Universiti Al-Azhar, Mesir) mengeluarkan fatwa iaitu harus bagi seorang lelaki dewasa untuk menyusu dengan rakan sekerja wanitanya bagi mendapatkan gelaran anak susuan. Melalui gelaran tersebut dijangkakan boleh memudahkan pergaulan antara rakan sekerja lelaki dan wanita. Hal ini, membolehkan rakan sekerja lelaki dan wanita berdua-duaan, kerana status mereka sudah menjadi ibu dan anak susuan yang haram berkahwin . Fatwa pelik ini menimbulkan kekecohan di Mesir dan mendapat kutukan keras dari ulama' seluruh mesir . Akhirnya , fatwa anak susuan dewasa oleh ulama' Azhar itu ditarik balik . Walaupun telah ditarik balik , tetapi isu ini juga telah mendorong salah faham masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam.
  6. 6. 6 3. Prejudis Sikap prejudis orang bukan Islam terhadap agama Islam berlaku kerana kurang ilmu pengetahuan dan pendedahan tentang Islam. Sikap prejudis ini jugalah yang membawa kepada punca berlakunya atau tercetusnya Islamfobia. Orang bukan Islam sering mempertikaikan perintah Allah di dalam Al-Quran dan sekali gus mengatakan Islam adalah agama yang menyusahkan, tidak adil , kejam dan sebagainya. Sebagai contoh hukum yang paling diketengahkan dalam Islam adalah hak poligami. Kebanyakan kaum wanita bukan Islam beranggapan bahawa Islam menindas golongan wanita kerana mereka tidak bersetuju tentang hukum Islam yang membenarkan kaum lelaki berkahwin empat dan mereka merasakan tidak adil bagi kaum wanita. Selain itu, mereka juga mempertikaikan pemakaian hijab (tudung) dalam agama Islam. Hal ini kerana, hijab bagi wanita bukan Islam adalah satu penindasan kerana “free hair” atau tidak bertudung adalah kebebasan bagi mereka . Bagi wanita bukan Islam juga, isu lelaki menjadi imam di dalam solat dan lelaki sebagai pemimpin keluarga serta kedudukan wanita di belakang lelaki dalam saf solat dikira sebagai penindasan bagi mereka. Tambahan pula, isu pembahagian harta pusaka dalam Islam juga dikatakan tidak adil bagi bagi wanita bukan Islam kerana lelaki mendapat dua kali ganda harta lebih berbanding wanita. Selain itu, orang bukan Islam juga mengatakan tuntutan puasa dalam Islam adalah penindasan bagi penganutnya, kerana puasa menyebabkan seseorang itu kurang bertenaga dan tidak mampu melalukan kerja dengan sebaiknya. Malahan, isu rejam dalam kalangan masyarakat Islam yang sering dipaparkan di berita juga menjadi punca salah tanggapan terhadap Islam. Wanita yang melakukan zina atau berkhalwat direjam sehingga mati merupakan penyumbang kepada berlakunya Islamfobia kerana mereka beranggapan bahawa agama Islam adalah kejam dan ada yang menggelar Islam sebagai “terrorist”. Seterusnya, hukum hudud dalam agama Islam yang masih dilaksanakan di zaman moden ini dianggap sebagai undang-undang kejam dan tidak relevan . Semua ini adalah tanggapan dari akal fikiran mereka yang diikuti nafsu semata-mata, mereka tidak melihat pada hikmahnya di sebalik setiap hukuman yang dikenakan di dalam Islam. Mereka tiada ilmu tentang agama Islam dan terus mempertikaikan perintah Allah dan larangan Allah.
  7. 7. 7 Masakan Allah ingin menzalimi hamba-hambanya, padahal terselit seribu hikmah di sebalik perintah dan larangan itu . Kesimpulannya, adalah sangat penting bagi umat Islam mengambil cakna dan memahami isu-isu yang menyumbang kepada Islamfobia dan juga cara untuk menanganinya. Dalam hal ini, kita tidak sepatutnya menuding jari siapa yang bersalah atau siapa yang benar, kerana hal ini tidak akan selesai tanpa sebarang tindakan. Sewajarnya masyarakat atau umat Islam itu sendiri perlulah bersama-sama menyelesaikan masalah ini dengan memberi kenyataan yang benar serta penjelasan yang terperinci mengenai Islam kepada orang bukan Islam tentang salah faham mereka terhadap agama Islam. 2.2 Pengaruh Media Dan Gerakan Islam Fobia Ledakan teknologi maklumat dewasa ini bukan lagi perkara yang baru. Segala maklumat dari seluruh dunia dapat diakses walau di ceruk manapun seseorang itu berada. Kini segalanya di hujung jari dan sekali gus mewujudkan istilah globalisasi. Proses globalisasi ini sebenarnya telah berjaya mengecilkan dunia kerana maklumat tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi di seluruh dunia mudah diperoleh dan tersebar dengan cepat. (Azhar Mad Aros, 2001). Namun begitu, proses globalisasi ini dilihat lebih memihak kepada dunia Barat yang sekali gus akan mengancam nilai-nilai sesebuah negara terutamanya bagi masyarakat Timur dan Asia. Peranan media di Malaysia sudah pasti menjadi salah satu punca berkembangnya fenomena Islamofobia. Gambaran negatif dan salah terhadap Islam seperti liputan larangan memasuki masjid oleh bukan Islam, bantahan bukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam perucapan umum, kes memijak kepala lembu dan lain-lain telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia. Media juga kerap memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan orang Islam tanpa mengimbangkannya dengan jenayah bukan Islam. Media secara umumnya masih tidak dapat memainkan peranannya untuk membetulkan persepsi Islamofobia ini. Bahkan kerap kali media ini menayangkan program-program termasuk filem dan drama yang menimbulkan kekeliruan terhadap Islam. Istilah Islamfobia yang dicipta pihak Barat khususnya Amerika Syarikat dan digembar-gemburkan melalui rangkaian media antarabangsa yang mereka kuasai selepas pengeboman Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada 11 September 2001 di New York ternyata memberi kesan mendalam dan menimbulkan
  8. 8. 8 kecurigaan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia. Propaganda Islam fobia menyebabkan bukan Islam takut dan benci terhadap Islam. Di sesetengah negara, Islam fobia menular kepada tindakan diskriminasi dengan memisahkan orang Islam, sama ada mewujudkan halangan dan sekatan dalam soal hak asasi, ekonomi, sosiobudaya mahupun kehidupan. Kebebasan beragama dan berpakaian yang barat perjuangkan akhirnya menafikan hak orang Islam mengamalkan ajaran itu. Islam fobia juga menyebabkan Amerika Syarikat dan sekutunya merangka dasar luar dan keselamatan baru iaitu mencurigai semua gerakan Islam atau memerangi kumpulan yang mereka anggap pengganas, ekstremis, rasis dan fundamentalis di mana-mana negara Islam atau wilayah Islam yang berada dalam negara bukan Islam. Mereka mengambil tindakan tergesa-gesa dengan menyerang mana-mana kumpulan berasaskan Islam tanpa bukti kukuh. Sebagai umat Islam, kita harus memikul tanggungjawab besar mengubah persepsi buruk terhadap agama suci ini, sekali gus menangkis propaganda Islam fobia yang semakin menular dalam kalangan bukan Islam. (Sumber, Minda Pengarang: Tanggungjawab semua umat Islam tangkis propaganda Islam fobia. Berita harian. 02/09/2010) Peranan media dalam membentuk pendapat umum sememangnya tidak dapat dinafikan. Media yang pro-barat dan sentiasa mengambil peluang untuk memberikan imej yang buruk kepada Islam sudah pasti akan terus menyebarkan berita-berita yang negatif mengenai Islam. Dominasi media oleh Barat sebenarnya bermula dengan pemaparan berita antarabangsa teknologi komunikasi dan maklumat yang dikuasai mereka. Mutakhir ini, media cetak dan media elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat- syarikat gergasi yang berpusat di Amerika Syarikat. Keadaan ini tentunya memerlukan pemerhatian oleh masyarakat Timur dan Islam khususnya, kerana penyebaran nilai-nilai yang negatif melalui media Barat dapat menjadi barah dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana keupayaan media boleh memanipulasi sesuatu perkara sehinggakan menjadi sesuatu yang tidak benar menjadi benar. Contoh paling ketara sudah tentu melibatkan siri pengeboman dan letupan yang berlaku di seluruh dunia. Paling menyakitkan, media barat secara terus-menerus memomokkan masyarakat antarabangsa mengenai kaitan keganasan yang berlaku dengan umat Islam. Hakikatnya peranan media barat yang begitu berpengaruh sehingga telah berjaya mewujudkan fobia yang dikenali sebagai Islamfobia. Walaupun tanpa bukti yang kukuh dan lengkap, umat Islam sewenang-wenangnya ditangkap tanpa sebarang perbicaraan. Media barat yang dikuasai oleh golongan yang berkepentingan telah menanamkan kebencian
  9. 9. 9 terhadap orang Islam tanpa mengendahkan punca sebenar kejadian pengeboman berani mati seperti pembunuhan rakyat Paletin oleh rejim zionis setiap hari. Demikian juga pengeboman yang dilakukan ke atas rakyat Afghanistan dan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat dianggap korban yang terpaksa ditanggung atas nama hak asasi dan demokrasi. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media mempunyai pengaruh yang sangat kuat membentuk persepsi masyarakat. Media yang dikuasai oleh pihak yang prejudis kepada Islam sudah pasti akan menggunakan saluran ini untuk menanamkan perasaan kebimbangan dan kebencian kepada Islam. Ini ditambah lagi dengan gerakan Islamofobia yang mendapat pembiayaan yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu. ‟The Center for American Progress‟ melaporkan terdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak USD42 juta untuk menanamkan ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim di Amerika. Di antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah „Donors Capital Fund‟, „Richard Mellon Scaife Foundations‟, „Lynde and Harry Bradley Foundation‟, „Newton D. dan Rochelle F. Becker Foundations‟ and „Charitable Trust‟, ‟Russell Berrie Foundation‟, ‟Anchorage Charitable Fund‟, ‟William Rosenwald Family Fund‟ and ‟Fairbrook Foundation‟. Dilaporkan juga bahawa Salman Rushdie telah dibayar sejumlah 850 ribu pound sterling untuk menghasilkan buku „Satanic Verses‟ yang diterbitkan oleh penerbitan Viking kepunyaan pihak yahudi. Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah fungsi media dalam membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat. Media harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan program yang disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidak menggambarkan perkara yang salah tentang Islam. Media sepatutnya menerbitkan program dan rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia berdasarkan fakta yang sahih. Selain itu cara lain ialah dengan menyusun berita dan laporan-laporan sehingga kaum muslim berada dalam posisi sebagai pelaku dan penyebab terjadinya berbagai krisis, terutama di Timur Tengah. Misalnya, ketika memberitakan tentang suatu pemberontakan di Palestin, para pejuang Palestin disebut sebagai pemberontak, dan aksi perlawanan ketenteraan yang dilakukan oleh pejuang Palestin disebut sebagai aksi teroris. Selain itu, setiap kali ada peristiwa teroris di Barat, tanpa menunggu soal selidik dilakukan, media-media Barat terus melemparkankan tuduhan bahawa kelompok muslimlah pelakunya. Ketika kemudian terungkap bahawa pelakunya adalah kelompok ekstrim dari agama lain, media-media itu sama sekali tidak melakukan penjelasan atas kesalahan penyampaian berita mereka. Penerbitan buku-buku anti Islam juga merupakan faktor lain yang menyebabkan meluasnya
  10. 10. 10 Islamfobia di Barat. Buku karya Oriana Fallaci yang berjudul “The Force of Reason” adalah salah satu di antara buku anti Islam yang diterbitkan Barat. Dalam buku itu, Fallaci mengatakan, “Eropah sedang menjadi sebuah koloni Islam”. Sikap prejudis barat ternyata semakin terserlah dengan layanan dan diskriminasi barat terhadap umat Islam di negaranya kononnya berselindung di sebalik keselamatan negara. Umat Islam dilihat sebagai ancaman dan membawa kekacauan rentetan juga segelintir orang Islam yang bertindak ganas bagi agenda mereka. Samuel Huttington di dalam bukunya “Clash of Civilization” meramalkan akan berlakunya pertembungan tamadun antara dunia Islam dan barat. Ternyata analisis beliau menjadi kenyataan dengan persepsi negatif masyarakat barat terhadap umat Islam iaitu fenomena Islamfobia di barat, berikutan peranan yang dimainkan media massa barat yang banyak memberi persepsi negatif terhadap umat dan negara Islam. Antaranya isu Islam dikaitkan dengan keganasan, persepsi umat Islam yang ganas membawa kesan buruk kepada umat Islam di barat. Laporan berita barat banyak memainkan propaganda dan provokasi terhadap masyarakat Islam. Di era semasa hari ini, pandangan prejudis dan bias terhadap agama Islam dan tamadunnya mula dibincangkan secara meluas setelah teori pertembungan tamadun diperkenalkan oleh seorang ahli teori politik dari Amerika Syarikat bernama Sameul Huntington dalam sekitar tahun 1993. Menerusi teori ini, beliau cuba menggambarkan pola pertembungan dunia pada masa depan akan dipengaruhi oleh faktor ketamadunan. Di dalam tanggapan ini, tamadun Islam adalah antara peradaban yang berpotensi besar mencabar kestabilan dunia pada masa akan datang. Teori yang diperkenalkan oleh Huntington ini bukanlah suatu yang terlalu baru dalam konteks masyarakat pada waktu itu sekiranya ditelusuri secara teliti. Namun, ia menjadi titik tolak penting kerana sumbangannya di dalam membuatkan pengesahan secara akademik terhadap sentimen prejudis dan bias terhadap agama Islam yang telah pun wujud di dalam bentuk persepsi umum yang telah berlarutan sebelumnya. Persepsi negatif terhadap agama Islam ini disumbangkan dengan amat berkesan oleh laporan media massa terhadap pelbagai peristiwa dan fenomena kebudayaan dan sosial di dalam dunia Islam semasa. Persepsi prejudis terhadap Islam ini dapat kita perhatikan di dalam pelbagai laporan akhbar di mana agama dan penganutnya sering dikaitkan dengan unsur keganasan, kemunduran dan ketidaktamadunan. Sumbangan media massa di dalam membina tanggapan negatif terhadap Islam ialah menerusi penciptaan istilah-istilah seperti
  11. 11. 11 „terroris Islam‟, „militan Islam‟, „extremis Islam‟ atau „Islam fundamentalis‟. Selain aspek pengistilahan, agama Islam juga sering dikaitkan dengan agama bagi orang-orang Arab, agama yang menekan dan mengeksploitasi wanita, agama yang anti kepada kemajuan dan moderniti dan agama yang menentang hak asasi manusia. Dengan bersumberkan maklumat dari ahli-ahli akademik yang juga bersifat prejudis, media massa telah menyebarkan kefahaman dan maklumat yang tidak tepat terdapat agama Islam dan penganut secara tidak benar secara berterusan dan telah menyumbang kepada kejahilan masyarakat Barat terhadap Islam sehingga membawa kepada perasaan benci dan takut terhadap fenomena Islam sebagaimana tergambar di dalam perbuatan membakar al- Quran baru-baru ini. Kesimpulannya, Strategi menyeluruh bagi menangani kejahilan orang bukan Islam terhadap Islam perlu dijayakan. Langkah pertama bagi menangani cabaran ini harus bermula pada setiap individu Muslim terlebih dahulu iaitu dengan menyedari serta peka terhadap permasalahan yang sedang berlaku dan hendaklah berusaha memahami latar peristiwanya secara menyeluruh. Menerusi kesedaran asas ini, kita akan bersikap prihatin untuk memikirkan secara serius langkah-langkah penyelesaian di dalam mendepani cabaran ini pada masa akan datang. 2.3 Peristiwa 11 September 2001, Iaitu Serangan Ke Atas Menara Pusat Perdagangan New York Merupakan Pencetus Dan Kemuncak Kepada Islam Fobia Peristiwa 11 September 2001 atau digelar 9/11 adalah serangan ke atas Menara Pusat Pusat Dagangan Dunia atau World Trade Centre (WTC) di Bandar Raya New York. Serangan tersebut adalah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh pihak pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pengganas telah menghempaskan dua pesawat ke Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC). Kedua-dua menara telah runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan musnah atau mengalami kerosakan. Pengganas juga menghempaskan pesawat ketiga ke Bangunan Pentagon berdekatan Washington D.C. Manakala, kapal terbang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville di Pennsylvania. Rentetan daripada serangan tersebut, tiga buah bangunan di Kompleks Pusat Dagangan Dunia iaitu Menara selatan (2 WTC), Menara utara (1 WTC), dan bangunan 7 World Trade Center (7 WTC) runtuh akibat kegagalan struktur pada hari kejadian. Kesan daripada serangan tersebut, dianggarkan bahawa bilangan
  12. 12. 12 korban melebihi 6000 orang mangsa dan kesemua 19 pengganas telah dikenalpasti terkorban dalam serangan. Pada 27 September 2001, FBI mengeluarkan gambar 19 perampas berserta maklumat kerakyatan dan nama-nama lain yang mungkin digunakan oleh mereka.15 daripada mereka berasal dari Arab Saudi, dua dari Emiriah Arab Bersatu, seorang dari Mesir (Atta), dan seorang dari Lubnan. Kerajaan Amerika Syarikat mendapati bahawa al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden bertanggungjawab atas serangan ini. Ketua al-Qaeda iaitu Osama bin Laden pada mulanya menafikan bahawa dia terlibat, namun pada tahun 2004, beliau telah mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu. Amerika Syarikat melakukan tindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan perang terhadap keganasan iaitu dengan bertindak menyerang Afghanistan dengan matlamat membawa Osama bin Laden dan al- Qaeda ke muka pengadilan serta mencegah kebangkitan rangkaian pengganas yang lain. Rentetan daripada serangan 11 September 2001, dapat dilihat bahawa corak masyarakat dunia hari ini mengalami perubahan melalui sudut kehidupan harian sehinggalah kepada agama, politik dan ekonomi. Namun, satu kesan yang tidak boleh disangkal lagi yang timbul akibat peristiwa 11 September ini ialah Islam dikaitkan dengan keganasan. Keadaan ini telah menyebabkan tercetusnya islamfobia. Islamfobia bukanlah suatu perkara baru, tetapi tanggapan ini diperkukuhkan dengan peristiwa itu. Akibatnya, dua negara Islam iaitu Afghanistan dan Iraq menjadi mangsa pencerobohan tentera yang dikepalai oleh Amerika dan Britain. Umat Islam di seluruh dunia terutama di Barat melalui saat getir apabila dipandang serong sebagai pengganas prejudis terhadap orang Islam atau Islamfobia telah berlaku. Islamfobia dapat dilihat apabila wujudnya laporan-laporan gangguan dan jenayah kebencian terhadap orang-orang islam terutamanya yang berasal dari Timur Tengah dan sesiapa yang kelihatan seperti orang Timur Tengah. Golongan Sikh turut disasarkan kerana lelaki Sikh lazimnya memakai serban yang juga dijadikan stereotaip Muslimin di mata Barat. Sebagai contohnya, pembunuhan Balbir Singh Sodhi pada 15 September 2001 berlaku kerana beliau juga disalah sangka sebagai Muslim seperti lelaki Sikh yang lain. Menurut kajian oleh Universiti Negeri Ball, sesiapa yang dirasakan berketurunan Timur Tengah lebih berkemungkinan menjadi mangsa jenayah kebencian terhadap Islam. Kajian ini juga mendapati peningkatan jenayah kebencian terhadap sesiapa sahaja yang dirasakan beragama Islam, Arab dan sesiapa sahaja yang disangka berasal dari Timur Tengah. Satu laporan oleh kumpulan sokongan warga Amerika keturunan Asia Selatan, South Asian Americans Leading
  13. 13. 13 Together mendokumenkan liputan media 645 insiden yang menyisihkan rakyat Amerika yang berketurunan Asia Selatan atau Timur Tengah pada 11 hingga 17 September, termasuk laku musnah, arson, serangan, tembak-menembak, gangguan, dan ugutan. Malah, perlakuan cercaan, serangan masjid dan tempat ibadah juga dilakukan terhadap umat islam. Seterusnya, islamfobia dapat dilihat menjelang 11 September 2010 apabila Paderi Terry Jones dari selatan Florida di Amerika Syarikat telah menyarankan supaya diadakan upacara pembakaran al-Quran sebagai protes terhadap Islam yang dikaitkan menjadi punca serangan 11 September 2001. Kempen itu mendapat respons pegawai tertinggi Amerika Syarikat yang menggesa tindakan itu tidak dilakukan untuk mengelak kesan negatif terhadap tentera Amerika Syarikat di negara Islam lokasi operasi. Di bandar New York pula, kontroversi tercetus ekoran rancangan untuk membina sebuah pusat Islam dan masjid tidak jauh dari lokasi serangan 11 September, 2001. Pengkritik melihat pembinaan itu sebagai ofensif manakala penyokong usaha itu menolak pandangan itu yang mengaitkan Islam secara terus dengan terorisme. Presiden Obama bersetuju dengan cadangan pembinaan pusat Islam itu. Debat yang tercetus menyaksikan masih ramai rakyat Amerika Syarikat mempunyai pandangan negatif terhadap umat Islam dan agama Islam. Tambahan lagi, FBI melaporkan jenayah anti-Islam di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 17 kali pada tahun 2001 dan dalam tempoh sembilan minggu selepas lebih daripada 700 insiden keganasan terhadap rakyat Amerika Arab dan umat Islam telah dilaporkan. Australia juga telah mengalami tindak balas anti-Islam, terutamanya pada tahun 2005 rusuhan Cronulla di selatan Sydney yang bermula dengan pertembungan antara beberapa penyelamat luar tugas dan belia yang mempunyai penampilan timur tengah. Malah, satu perhimpunan bantahan di pinggir bandar tepi pantai tercetus menjadi salah satu pertempuran perkauman yang paling buruk di Australia. Tanggapan serong terhadap islam masih berlaku sehingga ke hari ini contohnya di Britain, serangan ke atas sistem pengangkutan telah dikaitkan dengan penduduk Islam Britain. Kesimpulannya, serangan 11 September 2001 memberi pelbagai impak dari pelbagai sudut ekonomi, sosial, politik dan agama ke atas masyarakat Amerika Syarikat khususnya dan juga masyarakat dunia iaitu. Impak yang paling jelas dapat dilihat melalui sudut agama iaitu serangan tersebut menjadi kemuncak dan tercetusnya islamofobia. Pelbagai bentuk jenayah kebencian yang telah dilaporkan rentetan daripada serangan itu. Oleh itu, usaha- usaha untuk menangani perkara tersebut harus dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.
  14. 14. 14 2.4 Pengaruh Golongan Fundamentalis Istilah fundamentalisme sering dikaitkan dengan label negatif seperti ektremisme, Fanatisme dan terrorisme. Selain itu, ia dikaitkan juga dengan ciri-ciri lain seperti tidak rasional, radikal, militan, berfikiran sempit, ekstrem, agresif dan konservatif. Definisi Fundamentalisme asalnya daripada „fundamental‟ iaitu bermaksud pokok iaitu asas/ dasar. Sebagai contoh, fundamentals of algebra iaitu pokok-pokok aljabar. Menurut Muhammad Imarah, Presiden Amerika Syarikat Ricard Nixon dalam buku beliau "Seize The Moment” menyatakan fundamentalisme ialah mereka yang mempunyai ciri gerakan anti peradaban Barat di mana ingin menerapkan syariat Islam, bermatlamat membangunkan peradaban Islam, tidak memisahkan antara Islam dan negara, dan menjadikan para pendahulu (salaf) sebagai panduan masa depan (khalaf). Menurut Allan Taylor, fundamentalisme ialah kelompok yang melakukan pendekatan konservatif dalam melakukan reformasi keagamaan, bercorak literalis dan menekankan kepada pemurnian doktrin. Patrick Bannerman pula menyatakan kaum fundamentalis ialah kelompok ortodoks yang becorak rigid dan taksub dan bercita-cita untuk menegakkan konsep-konsep keagamaan dari abad ke-7 Masihi iaitu doktrin Islam dari zaman klasik. Fouad Ajami menyatakan kelompok fundamentalis memandang persoalan masyarakat secara simplistik dan kecenderungan menafikan pluralisme. Fazlur Rahman dalam bukunya Islam & Modernity menyatakan fundamentalis amat suka kepada kepada slogan-slogan yang bercorak distinktif (penentu) tatapi hakikatnya mereka kelompok yang anti intelektual. Karen Amstrong pula menerangkan mereka ada adalah gerakan yang kompleks, inovatif dan moden berbanding sebagai sebuah fenomena keagamaan yang ingin kembali ke zaman silam. Karen Amstrong melihat gerakan ini merupakan reaksi kepada gejala modenisme dan sekularisme. Pun begitu, tidak semua golongan fundamentalis bercorak radikal ada yang bersifat realistik dan akomodatif. Al-Maunah merupakan salah satu golongan fundamentaisme agama. Mereka merupakan satu kumpulan radikal yang cenderung kepada aktiviti paranormal dan mempertahankan din. Ahli-ahli kumpulan ini dikatakan mempunyai kuasa luar biasa di mana mereka menjadi kebal daripada peluru, benda tajam atau api. Tetapi Al-Maunah juga dikatakan berminat kepada jihad kerana ahli-ahlinya banyak didedahkan dengan perang jihad di Indonesia, Afganistan, Chechnya dan lain-lain. Kumpulan ini telah mengejutkan negara apabila mereka telah merampas lebih 100 senjata di dua kem tentera di utara negara
  15. 15. 15 (Pengkalan Hulu Gerik, Perak). Mereka juga telah menahan 2 orang tebusan (di Bukit Jenalik) dan telah meminta Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu untuk meletakkan jawatan. Setelah empat hari di dalam kepungan dan tembak-menembak, kumpulan itu akhimya menyerah kalah dan ditahan di mana kedua-dua tebusan dibunuh dan seorang ahli kumpulan itu terbunuh. Episod ini merupakan satu kejadian yang amat mengejutkan negara kerana Malaysia dikenali sebagai sebuah negara Islam yang sederhana. Kumpulan ini juga dilihat oleh masyarakat Malaysia secara umumnya sebagai kumpulan yang berbeza dari segi anutannya berbanding masyarakat Islam yang lain (Musafir Kelana, Mohd Izani Mohd Zain et al, 2006). Apa yang pasti penubuhan kumpulan ini pada September 1998 yang didaftarkan sebagai Seni Bela Di Wawasan Islam dengan pendaftaran 460 adalah ekstrem dan dilihat sebagai fenomena islam fobia tahun tersebut. Selepas tragedi 11 September 2001, isu keganasan menjadi tumpuan utama setiap negara termasuklah Malaysia. Malaysia beserta dengan negara jirannya di ASEAN saling bekerjasama untuk menangani masalah ini. Malaysia turut mengawal selia segala aktiviti di dalam negara yang menjurus ke arah keganasan. Kumpulan Militan Malaysia (KMM) telah dikenal pasti turut terlibat di dalam pelbagai kegiatan militan serta keganasan sejak 2001. Mereka telah dikenalpasti sebagai golongan fundamentalisme agama yang mencetuskan islam fobia. 16 Kumpulan Militan Malaysia atau namanya yang terdahulunya iaitu Kumpulan Mujahidin Malaysia memilih untuk menggulingkan kerajaan Malaysia bagi menubuhkan sebuah negara Islam yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia dan Selatan Filipina. Kerajaan Malaysia juga telah mengenal pasti sayap kiri KMM yang agak ekstrim mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti keganasan peringkat regional. Lokasi operasi KMM juga dikenal pasti di sekitar negeri Perak, Johor, Kedah, Selangor, Terengganu dan Kelantan. KMM juga dipercayai merancang untuk melancarkan jihad, memiliki pelbagai senjata dan bahan letupan serta berkemampuan melakukan rompakan. Atas sebab-sebab di atas, kerajaan Malaysia merasakan KMM merupakan satu ancaman besar ke atas keselamatan negara dan bertindak sewajarnya bagi mengekang masalah ini (Musafir Kelana, Mohd Izani Mohd Zain et al, 2006). Dalam hal ini, fundamentalisme adalah sama dengan ketaksuban dan kefanatisme yang mengaitkan ajaran Islam yang memandang dari sudut keterlaluan dan melampau. Dalam konteks ini, golongan pelampau yang menjadikan agama sebagai benteng merupakan salah satu bentuk penyelewengan yang hanya menjejaskan imej Islam yang suci dan murni. Penggunaan istilah ekstrem, fanatisme dan fundamentalisme ini bergantung kepada ruang
  16. 16. 16 lingkup kehidupan yang tertumpu kepada bidang pemikiran, falsafah dan tingkah laku. Dalam konteks fundamentalisme yang melampau, kekuatan naluri lebih dominan daripada kekuatan rasional, ilmu dan kejelasan petunjuk kerana ia sentiasa memihak kepada tuntutan naluri dalam penerimaan atau penolakan sesuatu ajaran. Oleh yang demikian, orang yang cenderung untuk bertindak kasar bagi memaksa orang lain untuk menerima pendapatnya. Begitulah golongan fundamentalisme yang merasakan diri mereka adalah benar. Dalam mengejar kemajuan dan ketamadunan negara, akidah dan kepercayaan mestilah seiring dan sejajar agar dapat menyeimbangi antara kedua-duanya. Secara tidak langsung, Islam yang telah menjadi pegangan harus digunakan dalam segenap aspek kehidupan. Akan tetapi, senario fundamentalisme dan kaitannya dengan islam fobia telah memperlihatkan bahawa isu mengenai akidah dan kepercayaan juga berlaku berikutan telah menjadi bahan Barat untuk mempropagandakan Islam itu sendiri ( Abdul Ghafar Don dan Zaleha Mohd Ali, 2008). Kesimpulannya, ketaksuban, kefanatikan dan fundamentalisme yang sering disinonimkan dengan agama adalah kerana dalam ajaran agama mempunyai satu ciri khusus sekiranya disalah tafsirkan, ditokok tambah dan dieksploitasi akan menyimpang ke arah sesat. Secara tidak langsung, ini dapat membezakan antara agama dengan ideologi, adat, dan budaya (Pahrol Mohammad Juoi, 2000 dalam Abdul Ghafar Don dan Zaleha Mohd Ali, 2008). Budaya dan adat hanya berdasarkan pada sistem moral dan nilai yang bersifat relatif sedangkan agama berasaskan keimanan yang bersifat qat‟ie (tetap). Di sini jelas bahawa kemunculan golongan fundamentalisme adalah pengaruh kuat untuk fenomena islam fobia di Malaysia.
  17. 17. 17 3.0 KESIMPULAN Islamfobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamfobia telah lama berlaku sejak zaman awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotong hadis Rasullulah Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu”. (Sahih Muslim, Hadis 145, Bab Iman) Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan dengan pelbagai perkara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah. Persepsi melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh masyarakat. Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamfobia kepada kehidupan, mental, fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu digembleng secara berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap peringkat menerusi jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha mengatasi Islamfobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan setiap usaha dakwah ini mencapai matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan merupakan konsep yang sewajarnya dijadikan teras utama.

×