Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Hubungan buruh

998 views

Published on

hubungan buruh

Published in: Education
  • Be the first to comment

Hubungan buruh

  1. 1. Muncul ketika era perindustrian Zaman Awal (Pre-industrialization) “Master - Servant” - Orang bekerja bergantung kepada majikan untuk perlindungan dan naungan - Bersifat autokratik dan unilateral Contoh: konsep ‘landlord’, Kongsi gelap, bekerja bergenerasi KONSEP UMUM HUBUNGAN BURUH
  2. 2. Zaman industri (Industrialization) “Employer - Employee” Wujud organisasi formal - sistem upah, gaji dan faedah pekerjaan Pekerja bebas memilih pekerjaan wujud tawar-menawar dalam pekerjaan Perlunya persepakatan ‘win-win’ situation antara majikan dan pekerja Ini dinamakan Hubungan Industri Pertubuhan / persatuan pekerja - Kesatuan Sekerja (Trade Union) Kesatuan Sekerja - Untuk Pekerja - Untuk Majikan
  3. 3. a) Hubungan Buruh - Bidang yang meliputi hubungan majikan - pekerja - Wujud dalam organisasi yang punyai union/berkesatuan - Jika tidak, ianya hubungan manusia dalam organisasi ISTILAH-ISTILAH HUBUNGAN BURUH
  4. 4. b) Kesatuan Sekerja Negara ahli kepada ILO, menerima konsep kebebasan mengorganisasi. Konvensyen No.87 Tahun 1948 - ‘Freedom of Association and Protection of the Right to Organisation’
  5. 5. Akta Kesatuan Sekerja (1959) “Apa-apa pertubuhan atau gabungan orang- orang kerja atau majikan-majikan, iaitu orang- orang kerja di mana tempat pekerjaan mereka adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan, atau majikan-majikan yang mengambil kerja orang- orang kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan:-
  6. 6. c) Peraturan-peraturan substantif Hubungan buruh banyak menyentuh tentang, contohnya:  Gaji dan upah jam bekerja  kerja lebih masa  cuti  tatacara perlaksanaan kerja
  7. 7. d) Peraturan-peraturan prosidural Proses yang melahirkan peraturan substantif. Perlanggaran langkah-langkah dalam proses membuat peruntukan itu : Perlanggaran peraturan prosidural
  8. 8. d) Peraturan-peraturan tata tertib (disciplinary) Adalah mekanisma yang mengawal selia Kedua-dua peraturan substantif dan prosidural Ia berdasarkan batas-batas sempadan yang menentukan samada sebarang peraturan dilanggari atau dipatuhi.
  9. 9. f) Peraturan-peraturan pekerjaan Adalah perkara-perkara yang menjadi garis panduan kepada pekerja dan majikan untuk memastikan perlaksanaan tugas-tugas dalam organisasi dilaksanakan dengan cara yang betul berdasarkan hak dan bidang kuasa masing-masing. Boleh dibuat dalam 3 cara: 1. Peraturan majikan 2. Penawaran bersama 3. Peraturan sah (statutory regulations)
  10. 10. 1. Peraturan majikan Peraturan yang dibuat oleh majikan secara: - Mutlak - Pekerja yang patuh untuk ‘survive’ - Unilateral - “top-down” - Tiada konsep perundingan Berleluasa dizaman awal industri
  11. 11. 2. Penawaran bersama Terhasil daripada kesedaran pekerja akan hak- hak mereka dan eksploitasi ke atas mereka. Wujud Kesatuan Sekerja: - Berbincang dengan majikan dalam pembuatan peraturan kerja. - Memperjuangkan pekerja dalam aspek kebajikan dan jaminan pekerjaan.
  12. 12. 3. Peraturan sah Adalah undang-undang yang dilaksanakan dalam negara: - Akta, enakmen, ‘regulation’, dasar negara, pekeliling dsb. - Unilateral atau bilateral - Kesuaian tempat dan masa. Membolehkan proses pentadbiran buruh memenuhi matlamat politik, sosial dan ekonomi negara. Cth: Dasar Pandang ke Timur, Dasar pengambilan buruh asing, Akta pekerjaan,
  13. 13. g) Konflik industri (industrial conflict) Apabila wujud ketidakserasian / perselisihan pendapat dalam sesuatu isu pekerjaan. Boleh melibatkan lebih dari dua pihak dan dua isu. Pekerja / kesatuan pekerja dengan majikan / kesatuan majikan Dalaman organisasi atau pada peringkat industri
  14. 14. h) Penyelesaian konflik (conflict resolution) Adalah kaedah yang digunapakai untuk penyelesaian: - Perdamaian - Timbang tara ( arbitration) - Soal siasat (investigation & inquiry)
  15. 15. i) Tindakan perusahaan (industrial action) Adalah langkah yang diambil untuk selesaikan konflik perusahaan. Boleh dianggap jalan terakhir - Mogok - Piket - Ancaman - Tutup pintu (Lock-out)
  16. 16. j) Industri Adalah satu persekitaran yang mana Kesatuan Kerja boleh wujud dalam sesebuah negara. k) Jenis Perniagaan atau Tred (Business or Trade) Persekitaran kerja yang boleh mengwujudkan Kesatuan Sekerja melalui jenis perniagaan atau kerja. Cth: Penyelia, Operator pengeluaran, Jurutera, guru, peguam
  17. 17. l) Sektor Awam Pekerja yang mana Kerajaan adalah majikannya, dipanggil Kakitangan Awam. Perlaksanaan tugas sektor awam boleh dilaksanakan oleh agensi awam atau swasta dalam mencapai matlamat negara
  18. 18. m) Sektor Swasta Sektor bukan kerajaan Aktiviti seseorang atau sekumpulan individu. Berasaskan keuntungan daripada pelaburan yang dibuat. Boleh jadi melaksanakan tugasan sektor awam (penswastaan) dan dimodalkan oleh kerajaan. Walaupun bebas, mereka masih dikawal selia oleh peraturan kerajaan secara langsung atau tidak.
  19. 19. n) Kapitalis / Sosialis Kapitalis – Golongan pelabur/majikan Sosialis – Golongan pekerja Tindakbalas yang wujud akibat eksploitasi kapitalis – Hubungan Kapitalisma (capitalism) Boleh menjadi ekstrem dengan penguasaan berlebihan golongan pekerja / majikan. Penghujung ekstrem yang dikuasai pekerja boleh menjurus kepada ideologi baru – Komunisme.
  20. 20. KAITAN HUBUNGAN BURUH DENGAN BIDANG-BIDANG LAIN Hubungan buruh punyai kaitan dengan disiplin kajian yang lain: a) Sains Politik Kewujudan Kesatuan Sekerja juga dipengaruhi oleh kelas-kelas masyarakat yang berbeza kepentingan dan ideologi. Melibatkan persaingan kuasa dan kedudukan. Cth: Negara barat yang punyai Parti berasaskan Buruh.
  21. 21. b) Pengurusan “di mana segala sumber digembleng ke arah mencapai satu matlamat” Kesatuan pekerja juga terlibat dalam fungsi pengurusan seperti perancangan, pengorganisasian, penstafan, pengarahan, pengawalan dan belanjawan ke atas sumber manusia dan bukan manusia untuk mencapai matlamatnya.
  22. 22. c) Ekonomi Pertelingkahan/konflik persaingan oleh faktor ekonomi. Cth: kekurangan sumber, keadilan ekonomi dan eksploitasi.
  23. 23. d) Sosiologi Pendekatan sosiologi digunakan dalam mengkaji dan memahami kewujudan, interaksi dan gelagat di dalam dan antara kelompok masyarakat seperti: i) Teori dan pendekatan untuk mengkaji proses dalam masyarakat ii) Bagaimana masyarakat berorganisasi dan beraktiviti iii) Bagaimana masyarakat dipengaruhi dan mempengaruhi persekitaran (Salfe (1975:1-5) Sosiologi gunapakai pendekatan kelas sosial, Hubungan Industri dikaitkan dengan kelas antara majikan-Pekerja.
  24. 24. e) Psikologi Untuk mengkaji Pemikiran yang menjana Tingkahlaku individu. Pergerakan dan operasi Hubungan Industri banyak menggunapakai prinsip psikologi kerana ia melibatkan usaha ‘eksloitasi’, ‘pengaruh’, ‘Perebutan’ dll dalam usaha mencapai matlamat mereka.
  25. 25. Bidang yang berbeza peranan tetapi ada persamaan: a) Pengurusan Sumber manusia Proses perancangan dan penggunaan sumber manusia untuk mencapai matlamat organisasi. Pengrekrutan hingga tamat khidmat. Fungsinya adalah secara menjurus ke bawah (top-down). Hubungan Buruh Penekanan hubungan antara pekerja dan majikan. Platform menyuarakan kehendak mereka. Fungsi bawah ke atas (Down-top) b) Hubungan manusia dalam pentadbiran “Interaksi manusia dalam organisasi, termasuklah hubungan pekerja dan majikan. Memberi tumpuan dalam hubungan menegak dan mendatar. Ia berlaku dalam semua organisasi pekerjaan atau tidak ataupun yang mempunyai kesatuan sekerja atau tidak. Hubungan Buruh Hanya melibatkan hubungan antara pekerja dan majikan yang berkaitan dengan pekerjaan dan faedah-faedah pekerjaan dalam proses tawar- menawar kedua pihak. PERBANDINGAN HUBUNGAN BURUH DENGAN BIDANG-BIDANG BERKAITAN LAIN
  26. 26. c) Undang-undang “ A rule made by authority for the proper regulation of a community or society or for behaviour.” Atau mengikut keperluan dikehendaki. Undang-undang wujud kerana tradisi, digubal, dilaksanakan dalam skop tertentu, dikuatkuasakan, boleh diubah dan boleh membawa keadilan secara relatif. 4 Klasifikasi mengikut Barker dan Padfield (1992:3) i) Undang2 jenayah dan sivil ii) Undang2 awam dan persendirian iii) Undang2 sunstantif dan prosidural iv) Undang2 tempatan dan antarabangsa Hubungan Buruh Bersifat ekslusif kerana ianya banyak bersandarkan kontark sosial. i) Undang-undang tidak menjamin wujudnya keadaan yang memihak kepada Kesatuan Sekerja. ii) Penyelesaian masalah banyak berlaku secara rundingan dan dalaman. iii) Hubungan industri tidak bersifat deskriptif. Perlukan banyak terjemahan badan kehakiman berbeza – Mahkamah Perusahaan, Tribunal, Timbang tara. iv) Perjanjian bersama perlu pengesahan perundangan. Tetapi tertakluk kepada do’s and don’t dan juga prerogatif majikan.
  27. 27. PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA Sejarah sosial, politik dan ekonomi malaysia melalui beberapa tahap perkembangan Faktor penjajahan adalah faktor penting dalamperkembangan ini. Penjajahan Inggeris memberi corak pentadbiran buruh di Malaysia Kini pentadbiran buruh adalah mengikut kehendak dan kepentingan negara kita kerana banyak pindaan dan gubalan baru dibat sejak merdeka

×