PENGANGGURAN                      DEWAN RAKYAT                 SIDANG 2 DARI 15 JUN 2009 - 30 JUN1. SOALAN NO: 43 - Y.B. D...
15. SOALAN TAMBAHAN 2    JAWAPAN16. SOALAN NO: 19 - Y.B. DR. TAN SENG GIAW    JAWAPAN                                     ...
SOALAN NO: 43 (S43)        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN:            LISANDARIPADA:              Y.B. DA...
Negeri                  Bilangan            Kadar Pengangguran (%) Johor                               29,300             ...
mengurangkan pengangguran terutamanya yang disebabkan oleh krisis ekonomi globalyang melanda negara. Ini dapat dilihat dar...
SOALAN TAMBAHAN 1 (ST43-1)Kesan daripada kegawatan ekonomi global, berapakah jumlah pekerja tempatanyang diberhentikan men...
Soalan Tambahan 2 (ST43-2)Apakah tindakan Kementerian Sumber Manusia dalam mengurangkan kadarpengangguran di negara ini me...
•   Memperluaskan akses dan Peluang untuk Individu antaranya dengan       meningkatkan akses dari pelbagai sumber, keboleh...
Soalan Tambahan 3 (ST43-3)Apakah faktor-faktor yang dikenal pasti menjadi punca pengangguran di kalangangraduan?Jawapan (J...
MAKLUMAT TAMBAHAN (MT43)Kadar PengangguranBerdasarkan Laporan Analisis Data Tenaga Buruh Malaysia oleh Jabatan PerangkaanM...
Penempatan Pencari Kerja1 Januari-25 Jun 2009 -     20,049 (9,098 melalui JobsMalaysia dan 10,951 melaluiProgram Penempata...
SOALAN NO: 86 (S86)        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN:            LISANDARIPADA:              Y.B. DA...
Sektor-sektor yang terlibat dalam program ini adalah sektor pembuatan, perkhidmatan,perladangan, pertanian dan pembinaan. ...
Soalan Tambahan 1 (ST86-1)Apakah faktor-faktor yang menyebabkan majikan lebih cenderung menggajikanpekerja asing dalam sek...
Soalan Tambahan 2 (ST86-2)Apakah    langkah-langkah     yang    diambil    oleh   Kerajaan    supaya    majikanmengutamaka...
•   Menggalakkan industri-industri    yang berintensifkan buruh meningkatkan    penggunaan teknologi dan automasi dalam op...
SOALAN NO: 55 (S55)        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN:            LISANDARIPADA:              Y.B. PU...
Tuan Yang di Pertua,Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak bercadang mengadakanlangkah-langkah tertentu unt...
Soalan Tambahan 1 (ST55-1)Apakah punca-punca utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama daripadagolongan profesional un...
Soalan Tambahan 2 (ST55-2)Apakah insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kementerian untuk menarik tenagapakar Malaysia yan...
•   Bagi pemohon yang tidak dapat membawa balik kereta import ke Malaysia atas apa-    apa sebab, dibenarkan membeli keret...
Maklumat Tambahan (MT55)Bilangan rakyat Malaysia yang memohon untuk menukar kerakyatan kepadakerakyatan SingapuraBerdasark...
SOALAN NO: 100 (S100)        PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN:            LISANDARIPADA:              Y.B. ...
Jumlah pencari kerja baru yang mendaftar dengan JobsMalaysia pada tahun 2008 adalahseramai 172,772 orang. Bagi suku pertam...
Soalan Tambahan 1 (ST100-1)Apakah program yang dirangka Kementerian bagi mempertingkatkan peluangmendapatkan      pekerjaa...
SOALAN TAMBAHAN 2 (ST100-2)Berapakah jumlah pencari kerja yang berdaftar mengikut pecahan kaum danjantina di Malaysia.JAWA...
SOALAN NO: 19 (S19)         PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN:            BERTULISDARIPADA:              Y.B...
i.     Mewujudkan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di       peringkat kebangsaan dan negeri yang b...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pengaliran sumber manusia

1,134 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,134
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
8
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengaliran sumber manusia

  1. 1. PENGANGGURAN DEWAN RAKYAT SIDANG 2 DARI 15 JUN 2009 - 30 JUN1. SOALAN NO: 43 - Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM JAWAPAN2. SOALAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN3. SOALAN TAMBAHAN 2 JAWAPAN4. SOALAN TAMBAHAN 3 JAWAPAN5. MAKLUMAT TAMBAHAN6. SOALAN NO: 86 - Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN JAWAPAN7. SOALAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN8. SOALAN TAMBAHAN 2 JAWAPAN9. SOALAN NO: 55 - Y.B. PUAN FONG PO KUAN JAWAPAN10. SOALAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN11. SOALAN TAMBAHAN 2 JAWAPAN12. MAKLUMAT TAMBAHAN13. SOALAN NO: 100 - Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR JAWAPAN14. SOALAN TAMBAHAN 1 JAWAPAN Kembali 1
  2. 2. 15. SOALAN TAMBAHAN 2 JAWAPAN16. SOALAN NO: 19 - Y.B. DR. TAN SENG GIAW JAWAPAN Kembali 2
  3. 3. SOALAN NO: 43 (S43) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN: LISANDARIPADA: Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIMTARIKH: 30 JUN 2009SOALAN:Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ Permatang Pauh ] minta MENTERISUMBER MANUSIA menyatakan jumlah dan kadar pengangguran mengikut negeri-negeri. Apakah kesan pakej rangsangan yang dilaksanakan setakat ini dapat menanganimasalah peningkatan jumlah dan kadar pengangguran ini. PR-022-L18929JAWAPAN (J43):Tuan Yang di-Pertua,Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran aktif negarabagi tahun 2008 adalah 368,500 orang atau 3.3 peratus. Pada suku ketiga tahun 2008,kadar pengangguran adalah 343,700 orang atau 3.1 peratus. Jumlah dan kadarpengangguran mengikut negeri-negeri pada tahun 2008 adalah seperti berikut: Kembali 3
  4. 4. Negeri Bilangan Kadar Pengangguran (%) Johor 29,300 2.2 Kedah 27,000 3.8 Kelantan 14,500 2.9 Melaka 3,200 1.1 Negeri Sembilan 12,200 3.1 Pahang 15,800 2.6 Pulau Pinang 13,400 2.0 Perak 33,600 3.8 Perlis 2,500 2.9 Selangor 67,800 3.1 Terengganu 13,200 3.4 Sabah 63,800 4.9 Sarawak 51,300 5.3 W.P Kuala Lumpur 18,800 2.7 W.P Labuan 1,900 5.6 Jumlah 368,300 3.3Tuan Yang Di Pertua,Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, Kementerian telah disediakan peruntukan olehKerajaan bagi melaksanakan Program bagi Pekerja Yang Diberhentikan, GraduanMenganggur, Belia, JobsMalaysia Centre (JMC),/ Community-Based EmploymentSupport Service (CESS), Kursus Modular dan Job Creation bagi membantu pekerjayang hilang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Program tersebut telahberjaya membantu pekerja yang diberhentikan kerja mendapat pekerjaan serta 4
  5. 5. mengurangkan pengangguran terutamanya yang disebabkan oleh krisis ekonomi globalyang melanda negara. Ini dapat dilihat dari bilangan penempatan yang berjaya dibuatmelalui program tersebut. Bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 24 Jun 2009 Kementeriantelah berjaya membuat 20,049 penempatan pekerjaan. Bilangan penempatan ini dijangkaakan meningkat apabila pelatih yang sedang mengikuti latihan kemahiran danpenempatan di bawah program pakej rangsangan tersebut menamatkan kursus merekadengan jayanya dan dibuat penempatan. Kembali 5
  6. 6. SOALAN TAMBAHAN 1 (ST43-1)Kesan daripada kegawatan ekonomi global, berapakah jumlah pekerja tempatanyang diberhentikan mengikut negeri-negeri dan gender.Jawapan (J43-1)Mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM), mulai 1 Oktober 2008 sehingga25 Jun 2009, seramai 30, 111 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja. Daripadajumlah tersebut, sejumlah 15,716 atau 52.2 peratus adalah pekerja lelaki dan 14, 395 atau47.8 peratus pekerja wanita.Dalam tempoh yang sama, jumlah pekerja tempatan yang diberhentikan mengikut negeriadalah seperti berikut: PEMBERHENTIAN NEGERI PEKERJA ( TEMPATAN ) JOHOR 4,502 KEDAH 2,066 KELANTAN 170 MELAKA 1,769 N. SEMBILAN 947 PAHANG 338 PULAU PINANG 7,727 PERAK 1,304 PERLIS 255 SELANGOR 6,459 TERENGGANU 294 KUALA LUMPUR 2,081 W.P. LABUAN 109 SABAH 188 SARAWAK 1,902 JUMLAH 30,111 Kembali 6
  7. 7. Soalan Tambahan 2 (ST43-2)Apakah tindakan Kementerian Sumber Manusia dalam mengurangkan kadarpengangguran di negara ini melalui pembangunan modal insan yang berkemahiran,berdaya saing dan berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi global pada masaini.Jawapan (J43-2) :Tuan Yang Dipertua,Ke arah mencapai aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020,kualiti modal insan negara telah dikenal pasti sebagai elemen penting bagi merealisasikanhasrat tersebut. Justeru itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakanusaha berterusan dalam membangunkan modal insan negara yang lebih berkemahiran danberdaya saing dalam pasaran buruh sekaligus mengurangkan kadar pengangguranterutama dalam persekitaran ekonomi global pada masa ini.Antara strategi-strategi dan pelan tindakan yang sedang diambil bagi membangunkanmodal insan yang berkemahiran dan kompetitif adalah: • Memperkukuhkan sistem latihan dan pembangunan kemahiran kebangsaan melalui penyelarasan dan kerjasama di antara agensi dan industri, pengukuhan maklumat Pasaran Sumber Manusia Mahir, peningkatan kapasiti latihan, peluasan pelaksanaan e-latihan, pembangunan program latihan peringkat tinggi, peningkatan dan peluasan pelaksanaan Sistem Dual Latihan Nasional (SLDN) dan program keusahawanan; • Mempertingkatkan Kualiti Latihan dan Pembangunan Kemahiran antaranya dengan mempergiatkan pembangunan NOSS, penambahan tenaga pakar dalam pembangunan kurikulum dan penyeragaman peralatan latihan. Kembali 7
  8. 8. • Memperluaskan akses dan Peluang untuk Individu antaranya dengan meningkatkan akses dari pelbagai sumber, kebolehan dan bakat, serta peningkatan program promosi. • Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Mahir oleh Industri antaranya melalui peningkatan pengiktirafan pekerja mahir/pakar industri dan memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak industri. • Mempertingkatkan Martabat dan Pengiktirafan Kelayakan dan Kerjaya Berasaskan Kemahiran antaranya melalui pengiktirafan kemahiran kerajaan dan swasta dan penggalakan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi tujuan perancangan sumber manusia mahir berdasarkan kepada pasaran industri dan perkembangan teknologi.KSM melaksanakan strategi-strategi dan pelan tindakan yang telah dirancang bagimemenuhi matlamat pendidikan dan negara ke arah melahirkan tenaga kerja mahir yangberdaya saing dan berdaya tahan mengikut acuan sendiri. Pengukuhan sistem latihan danpembangunan kemahiran yang lebih bersistematik dapat membangunkan tenaga kerjaberpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai yang positif. Inibukan sahaja dapat menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran di negara ini,malah akan dapat membolehkan industri di Malaysia berdaya saing di peringkat tempatandan antarabangsa. Kembali 8
  9. 9. Soalan Tambahan 3 (ST43-3)Apakah faktor-faktor yang dikenal pasti menjadi punca pengangguran di kalangangraduan?Jawapan (J43-3) :Penawaran yang berlebihan berbanding permintaan di pasaran pekerjaan. Ini disebabkanoleh kualiti pendidikan negara yang telah meningkat di mana ramai pelajar berjayamenamatkan pelajaran di peringkat tinggi sama ada diploma atau ijazah. Dalam keadaanini, pasaran bagi sesetengah pekerjaan menjadi terhad dan menyebabkan sebahagiangraduan tidak memperoleh pekerjaan mengikut kelayakan mereka.Ramai graduan tidak mempunyai sikap dan komitmen yang positif yang mampumeyakinkan majikan. Sikap dan tanggapan negatif majikan terhadap graduan yang terlalumemilih pekerjaan dari segi gaji, tempat kerja dan masa bekerja masih menjadi faktorutama mempengaruhi tanggapan majikan sebelum menggaji graduan. Ramai graduanyang suka bertukar-tukar kerja kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang bolehmemberikan kepuasan dan faedah secara optimum.Sikap kurang survival terhadap pekerjaan di kalangan graduan berlaku apabila merekatidak begitu serius memasuki pasaran pekerjaan. Ini disebabkan taraf hidup keluarga yangtinggi mendorong mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan apabila tiba keperluanuntuk bekerja.Sesetengah majikan juga menawarkan gaji yang tidak setanding dengan kelulusan dankelayakan graduan dengan alasan graduan masih baru dan tidak berpengalaman.Graduan juga tidak menyediakan diri dengan menguasai kemahiran komunikasi dalamBahasa Inggeris dan soft-skill sebagai tarikan kepada majikan untuk memberi peluangpekerjaan. Kembali 9
  10. 10. MAKLUMAT TAMBAHAN (MT43)Kadar PengangguranBerdasarkan Laporan Analisis Data Tenaga Buruh Malaysia oleh Jabatan PerangkaanMalaysia, kadar pengangguran meningkat pada Januari 2009 kepada 3.8 peratusberbanding 3.4 peratus pada Disember 2008. Peningkatan sebanyak 0.4 mata peratus inidisebabkan oleh peningkatan ketara bilangan penganggur daripada 380.2 ribu orangkepada 432.7 ribu orang dan penurunan bilangan penduduk bekerja daripada 10.85 jutaorang kepada 10.82 juta orang. Kadar pengangguran mencatatkan peningkatan signifikanpada Februari 2009 kepada 4.1 peratus daripada 3.8 peratus pada Januari 2009.Peningkatan kadar pengangguran ini disebabkan oleh peningkatan berterusan bilanganpenganggur daripada 333.5 ribu orang pada November 2008 kepada 463.9 ribu orangpada Februari 2009. Kadar pengangguran mencatatkan penurunan 0.1 mata peratus padaMac 2009 iaitu kepada 4.0 peratus daripada 4.1 peratus pada Februari 2009. Inidisumbangkan oleh penurunan bilangan penganggur sebanyak 20,400 orang iaitudaripada 463.9 ribu kepada 443.5 ribu orang.Pemberhentian PekerjaPersekitaran ekonomi global semasa menyebabkan syarikat-syarikat terpaksamemberhenti atau mengurangkan operasi yang menyumbang kepada kadarpengangguran. Rekod Kementerian Sumber Manusia (KSM) menunjukkan jumlahpekerja yang diberhentikan mulai Januari hingga 24 Jun 2009 adalah seramai 26,922orang. Data menunjukkan terdapat peningkatan jumlah perberhentian pekerja pada bulanFebruari (7,132) berbanding Januari 2009 (5,812). Walau bagaimanapun, trenperberhentian pekerja mulai bulan Februari hingga Mei telah menunjukkan penurunan dimana jumlah pekerja yang diberhentikan pada bulan Mei 2009 adalah seramai 3,085orang. Kembali 1
  11. 11. Penempatan Pencari Kerja1 Januari-25 Jun 2009 - 20,049 (9,098 melalui JobsMalaysia dan 10,951 melaluiProgram Penempatan Pekerjaan (3P) )Bagi menangani masalah peningkatan kadar pengangguran sejak 1 Oktober 2008,pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan di bawah pakej rangsanganekonomi. Pelaksanaan portal atau sistem JobsMalaysia membantu para pencari kerjadipadankan mengikut kelayakan dengan jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berdaftar dengan sistem ini. Penubuhan Jawatankuasa TripartitePemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri turut membantupencari kerja mendapatkan pekerjaan di mana secara langsung ia membantumengurangkan masalah pengangguran.Kementerian juga telah menubuhkan 80 Bilik Operasi di seluruh negara bertujuan untuk: i) Membantu penganggur dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan. ii) Mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan. iii) Memantau secara proaktif kekosongan jawatan di sektor awam dan swasta dan seterusnya menguruskan penempatan pekerjaan dengan kerjasama pihak majikan. iv) Memantau insiden laporan pemberhentian pekerja yang menyebabkan berlakunya pengangguran. v) Mengumpul maklumat mengenai pemberhentian kerja tetap, pemberhentian secara sukarela (VSS) dan pemberhentian sentara (lay-off). vi) Memberi khidmat nasihat kepada majikan dalam garis panduan pemberhentian pekerja, antara lainnya, memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu sebelum pekerja tempatan diberhentikan sekiranya pemberhentian pekerja tidak dapat dielakkan. Kembali 1
  12. 12. SOALAN NO: 86 (S86) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN: LISANDARIPADA: Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONNTARIKH: 30 JUN 2009SOALAN:Y.B. DATUK SERI DR. FONG CHAN ONN [ Alor Gajah ] minta MENTERISUMBER MANUSIA menyatakan apakah kesan langkah-langkah Kementerian untukmenarik minat pekerja tempatan untuk mengisi lebih 209,600 peluang pekerjaan dalamlima sektor pada tahun ini seperti diumumkan Y.B. Menteri bulan lalu. PR-022-L18470JAWAPAN (J86):Tuan Yang di-Pertua,Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan Program Penggantian PekerjaAsing dengan Pekerja Tempatan yang bertujuan untuk mengurangkan kebergantunganterhadap tenaga kerja asing serta membantu menempat dan meningkatkan pendapatanpekerja tempatan secara tetap atau separuh masa. KSM mensasarkan seramai 209,675pekerja asing dapat digantikan dengan pekerja tempatan ataupun 20,000 penempatanpekerja tempatan sebulan. Kembali 1
  13. 13. Sektor-sektor yang terlibat dalam program ini adalah sektor pembuatan, perkhidmatan,perladangan, pertanian dan pembinaan. Pekerja-pekerja tempatan kurang berminat untukbekerja di dalam sektor tersebut kerana ianya kurang menarik di samping persekitarankerja yang kurang kondusif. KSM telah mengenalpasti majikan yang menggajikanpekerja asing yang bekerja lebih daripada 3 tahun, termasuk yang telah mendapatPerakuan Kemahiran untuk bekerja lebih daripada 5 tahun oleh Jabatan PembangunanKemahiran, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selepasmengenalpasti syarikat yang terlibat, pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja akanmembuat lawatan ke syarikat-syarikat ini dan mempromosikan program ini.Memandangkan program ini baru sahaja dilancarkan, bilangan pekerja asing yangdigantikan dengan pekerja tempatan adalah kecil. Walau bagaimanapun, KSM akan terusmenjalankan promosi termasuk mengadakan program untuk mengubah minda pekerjadan majikan. Kementerian percaya program ini akan mencapai kejayaan dengan adanyakomitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Kembali 1
  14. 14. Soalan Tambahan 1 (ST86-1)Apakah faktor-faktor yang menyebabkan majikan lebih cenderung menggajikanpekerja asing dalam sektor-sektor tertentu.JAWAPAN (J86-1):Tuan Yang Di Pertua,Majikan tempatan lebih cenderung menggaji pekerja asing atas sebab-sebab sepertiberikut:- i) Sikap memilih pekerjaaan di kalangan pencari kerja tempatan serta kurang minat untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu seperti pembinaan dan perladangan; ii) Kesukaran untuk mengekalkan pekerja tempatan bekerja di tempat mereka dan kekerapan pekerja tempatan bertukar pekerjaan kerana mencari peluang yang lebih baik samaada dari segi gaji dan persekitaran. Berbanding pekerja asing di mana mereka terikat dengan kontrak yang melarang mereka bertukar majikan sesuka hati; iii) Pekerja asing mudah dikawal dari segi kehadiran, masa bekerja dan displin disamping mereka lebih komited kepada pekerjaan mereka. Kembali 1
  15. 15. Soalan Tambahan 2 (ST86-2)Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya majikanmengutamakan penggajian rakyat tempatan berbanding pekerja asing.Jawapan (J86-2) :Tuan Yang Dipertua,Penggajian pekerja asing di negara ini adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja diindustri-industri tertentu terutamanya di sektor yang tidak dapat di penuhi oleh rakyattempatan. Untuk memastikan penggajian pekerja asing ini tidak menjejaskan peluangpekerjaan rakyat tempatan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah dan sedangmengambil langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan pekerja asing seperti berikut: • Mewajibkan majikan mengiklankan kekosongan jawatan melalui portal JobsMalaysia dan mengambil calon-calon yang sedia berdaftar di dalamnya sebelum permohonan untuk menggajikan pekerja asing boleh dipertimbangkan. • Menetapkan siling penggajian pekerja asing mengikut sektor berasaskan keperluan sebenar majikan dan selaras dengan keperluan guna tenaga negara; • Mengkaji semula amalan outsourcing dalam penggajian bagi mengelakkan lambakan pekerja asing di dalam pasaran pekerjaan; • Meletakkan tanggungjawab pembayaran levi ke atas majikan bagi tujuan mengurangkan kecenderungan majikan untuk menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan; Kembali 1
  16. 16. • Menggalakkan industri-industri yang berintensifkan buruh meningkatkan penggunaan teknologi dan automasi dalam operasi mereka serta menggiatkan lagi pelaksanaan industrialised building system (IBS) dalam indusri pembinaan. Sehubungan dengan ini, program latihan kemhiran akan dipertingkatkan bagi menyediakan tenaga kerja tempatan yang akan diperlukan oleh industri ini. Kembali 1
  17. 17. SOALAN NO: 55 (S55) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN: LISANDARIPADA: Y.B. PUAN FONG PO KUANTARIKH: 30 JUN 2009SOALAN:Y.B. PUAN FONG PO KUAN [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBERMANUSIA menyatakan pendirian Kerajaan sama ada warga Malaysia digalakkan untukbekerja di luar negara pada masa kemelesetan ekonomi dan pengangguran ini. Jika tidak,mengapa. Jika ya, apakah bentuk galakan dan nyatakan sama ada caj pasport akandikurangkan. PR-022-L18520JAWAPAN (J55):Tuan Yang di-Pertua,Malaysia merupakan sebuah negara ke arah mengamalkan mobiliti modal insan secaraterbuka. Sehubungan dengan itu Kerajaan tidak mempunyai halangan sekiranyawarganegara Malaysia ingin bekerja di luar negara walaupun ketika negara sedangmengalami krisis ekonomi global. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak dan kebebasanuntuk memilih pekerjaan sama ada di dalam mahupun di luar negara dan Kerajaan tidakdapat menghalang mereka daripada bekerja di luar negara. Kembali 1
  18. 18. Tuan Yang di Pertua,Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak bercadang mengadakanlangkah-langkah tertentu untuk menyekat pengaliran tenaga profesional tempatan ke luarnegara. Walau bagaimanapun, KSM sentiasa berusaha dan menggalakkan supayawarganegara Malaysia berkepakaran yang bermastautin dan bekerja di luar negara untukkembali ke Malaysia bagi tujuan memanfaatkan kepakaran mereka yang diperoleh di luarnegara ke Malaysia dan membantu memajukan negara kita. Dalam usaha ini, KSM telahmenyediakan program dan insentif untuk menarik mereka kembali berkhidmat diMalaysia bagi mengatasi masalah kekurangan pakar dan seterusnya mewujudkankumpulan tenaga kerja bertaraf dunia di Malaysia. Kembali 1
  19. 19. Soalan Tambahan 1 (ST55-1)Apakah punca-punca utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama daripadagolongan profesional untuk bekerja di luar negara.Jawapan (J55-1)Di antara faktor-faktor utama yang mendorong rakyat Malaysia terutama golonganprofesional bekerja di luar negara adalah seperti berikut:iv) Gaji dan lain-lain faedah pekerjaan yang lebih menarik ditawarkan oleh syarikat- syarikat di luar negara seperti Singapura, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat dalam bidang seperti perubatan, hospitaliti, pembinaan, kewangan, perniagaan, ICT, dan kejururawatan bekerja di negara tersebut; danv) Keinginan rakyat Malaysia terutamanya pelajar untuk bekerja di luar negara setelah menamatkan pengajian bagi menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran dan memperoleh pendapatan yang tinggi. Kembali 1
  20. 20. Soalan Tambahan 2 (ST55-2)Apakah insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kementerian untuk menarik tenagapakar Malaysia yang berkhidmat di luar negara kembali bekerja di Malaysia.Jawapan (J55-2):Kerajaan menawarkan insentif kepada rakyat Malaysia yang berkepakaran untuk pulangdan berkhidmat di Negara ini. Antara insentif yang ditawarkan adalah:• Semua barangan persendirian yang dibawa balik dikecualikan daripada cukai;• Dua (2) buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan. Bagi permohonan oleh suami isteri, bilangan kereta yang dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan adalah dihadkan kepada dua (2) buah kereta sahaja;• Isteri atau suami dan anak pemohon yang bukan rakyat Malaysia diberi taraf Pemastautin Tetap (PR) dalam tempoh enam (6) bulan selepas balik ke Malaysia;• Anak-anak pemohon yang sedia ada diberi kelonggaran memasuki sekolah antarabangsa apabila kembali ke Malaysia. Kemudahan ini tidak terpakai bagi anak- anak pemohon yang lahir di Malaysia selepas daripada tarikh kembali bermastautin di Malaysia;• Pemohon-pemohon yang menetap di negara yang menggunakan sistem pemanduan sebelah kiri (left-hand drive) dibenarkan membeli dan membawa masuk kereta daripada negara ketiga (menggunakan pemanduan sebelah kanan). Berkuat kuasa mulai 15 Januari 2005; dan Kembali 2
  21. 21. • Bagi pemohon yang tidak dapat membawa balik kereta import ke Malaysia atas apa- apa sebab, dibenarkan membeli kereta yang dipasang/di kilang di dalam negara dan layak mendapat pengecualian duti eksais dan cukai jualan. Bilangan kereta dihadkan kepada dua (2) buah sahaja termasuk kereta yang telah dibawa balik dari luar negara. Insentif ini adalah layak diperoleh oleh pemohon yang telah diluluskan di bawah Program Khas ini selepas 2 Mac 2005 serta pemohon yang telah diluluskan sebelum 2 Mac 2005 tetapi kembali ke Malaysia selepas 2 Mac 2005 dan masih dalam tempoh sah laku kelulusan dari Kementerian Sumber Manusia. Kembali 2
  22. 22. Maklumat Tambahan (MT55)Bilangan rakyat Malaysia yang memohon untuk menukar kerakyatan kepadakerakyatan SingapuraBerdasarkan maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia diSingapura, mulai Januari hingga Mac 2009, seramai 1210 rakyat Malaysia yang bekerjadi Singapura memohon untuk menukar kerakyatan antaranya disebabkan mereka telahlama bekerja di Negara tersebut..Bilangan rakyat Malaysia yang tinggal di luar NegaraDalam kajian oleh Winters, et al. pada tahun 2007, seramai 785, 000 atau 3.3% orangrakyat Malaysia tinggal di luar Negara iaitu kira-kira 314,00 (40%) di Singapura, 235,500(30%) di USA, Canada, New Zealand dan UK, 157,000 (20%) di Brunei, Filipina danIndonesia dan 78,500 (10%) di lain-lain Negara . Kembali 2
  23. 23. SOALAN NO: 100 (S100) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN: LISANDARIPADA: Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFARTARIKH: 24 JUN 2009SOALAN:Y.B. TUAN MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR [ Jerai ] minta MENTERI SUMBERMANUSIA menyatakan jumlah pencari kerja yang berdaftar dengan Kementerian bagitahun 2008 dan suku pertama tahun 2009 dan nyatakan peratusan yang telah berjayamendapat pekerjaan dan peratusan yang masih menganggur. PR-022-L19588JAWAPAN (J100):Tuan Yang di-Pertua,Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan portal JobsMalaysia yang berfungsisebagai hub pencarian pekerjaan dan penawaran pekerjaan secara online. Melaluiperkhidmatan ini, permohonan pencari kerja akan dipadankan dengan kekosonganjawatan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat mengikut kesesuaian kelayakanakademik dan pengalaman kerja. Kembali 2
  24. 24. Jumlah pencari kerja baru yang mendaftar dengan JobsMalaysia pada tahun 2008 adalahseramai 172,772 orang. Bagi suku pertama tahun 2009, seramai 75,090 pendaftar barutelah direkodkan dalam sistem ini.Penempatan yang telah berjaya dilakukan oleh sistem ini bagi tahun 2008 adalah seramai25,911 atau 15%. Bagi suku pertama tahun ini pula, seramai 5,464 orang atau 7.3% telahberjaya ditempatkan. Bilangan mereka yang berjaya dibuat penempatan mungkin lebihtinggi sekiranya semua yang berjaya mendapat pekerjaan melaporkan kepada KSM.Disamping itu, KSM juga berjaya membantu seramai 29,417 orang pencari kerjamendapatkan pekerjaan melalui aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan seperti ProgramPenempatan Pekerjaan (3P) mulai bulan Februari 2009. Pada suku pertama tahun 2009,melalui aktiviti yang sama, seramai 8,081 orang telah berjaya mendapat pekerjaan. Kembali 2
  25. 25. Soalan Tambahan 1 (ST100-1)Apakah program yang dirangka Kementerian bagi mempertingkatkan peluangmendapatkan pekerjaan kepada golongan siswazah dan pekerja yangdiberhentikan dalam menghadapi krisis ekonomi global.JAWAPAN (J100-1)Tuan Yang Di Pertua,KSM telah merancang strategi yang tertentu dalam usaha menjamin peluang pekerjaankepada rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi global yang mengakibatkanbanyak syarikat yang memberhentikan pekerja serta membekukan pengambilan pekerjabaru. Antara langkah yang diambil bagi membantu gulongan siswazah dan pekerja yagndiberhentikan dalam konteks ini adalah : vi) Pelaksanaan Program Penempatan Pekerjaan di seluruh negara. Program ini telah dilancarkan pada 28 Februari 2009 di Shah Alam, Selangor. vii) Pelaksanaan Program Latihan dan Penempatan (Train and Place) bagi pekerja yang diberhentikan serta graduan menganggur. Di samping itu KSM juga akan melaksanakan Program Melatih dan Mengekalkan Pekerja (Train and Retain) dengan kerjasama industri bagi mengelakkan pekerja kehilangan pekerjaan. viii)Membekukan kelulusan pengambilan pekerja asing bagi sektor elektrik dan elektronik, pakaian dan tekstil serta perkhidmatan. Kembali 2
  26. 26. SOALAN TAMBAHAN 2 (ST100-2)Berapakah jumlah pencari kerja yang berdaftar mengikut pecahan kaum danjantina di Malaysia.JAWAPAN (J100-2):Tuan Yang di-Pertua,Portal JobsMalaysia YANG dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia bagimembolehkan pencari kerja mendaftar untuk memperolehi pekerjaan. Sistem iniberupaya merekodkan bilangan pencari kerja yang mendaftar dan menggunakan aplikasiini.Bilangan pencari kerja berdaftar sehingga 19 Jun 2009 adalah seperti berikut: BILANGAN PENCARI KERJA BERDAFTAR MENGIKUT KAUM DAN JANTINA SEHINGGA 19 JUN 2009 KAUM JANTINA LELAKI PEREMPUAN Melayu 128,151 156,077 Cina 4,794 4,676 India 6,750 8,623 Lain_Lain 14,663 17,793 Jumlah Besar 154,358 187,169 Kembali 2
  27. 27. SOALAN NO: 19 (S19) PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN: BERTULISDARIPADA: Y.B. DR. TAN SENG GIAWSOALAN:Y.B. DR. TAN SENG GIAW [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIAmenyatakan keadaan pengangguran di negara ini dan cara-cara untuk mengatasinya. PR-022-T20144JAWAPAN (J19):Tuan Yang di-Pertua,Kadar pengangguran negara yang dicatatkan hasil dari Penyiasatan Tenaga Buruh yangdilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2008 adalah 3.3% atau368,500 orang. Kadar ini menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan tahun2007 iaitu 3.2% atau 351,400 orang.Bagi mengurangkan kadar pengangguran dan membantu penganggur mendapatkanpekerjaan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan pelbagai strategiseperti berikut: Kembali 2
  28. 28. i. Mewujudkan Jawatankuasa Tripartite Pemantauan Pemberhentian Pekerja di peringkat kebangsaan dan negeri yang bertujuan untuk memantau dan mengatasi impak krisis ekonomi terhadap pekerja yang diberhentikan.ii Penubuhan 80 Bilik Operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja di seluruh negara bagi membantu penempatan pekerjaan.iii. Menyediakan Garis Panduan Pemberhentian Pekerja (GPPP) sebagai panduan kepada majikan berkaitan pengurusan pemberhentian pekerja.iv. Menganjurkan Program Penempatan Pekerjaaan (3P) (Jobs Placement Program) sekali sebulan di 15 lokasi seluruh negara dengan menyediakan kemudahan bagi majikan mengadakan temu duga terbuka.v. Melaksanakan program latihan dan penempatan (Train & Place) bagi pekerja- pekerja yang diberhentikan kerja, belia dan siswazah menganggur untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran baru yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan semasa.vi mengadakan program CESS (Community Based Employment Support Services) yang bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar melalui pelbagai aktiviti dan program yang diatur dengan menggunakan JobsMalaysia serta dibantu oleh pegawai pembimbing kerjaya dari Kementerian saya. Kembali 2

×