SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
HIJAU : ANALISIS DARI PERSPEKTIF ISLAM1
Hayati Saleh2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
Abstrak
Pada masa kini banyak perbincangan berkaitan dengan isu-isu kelestarian yang
merangkumi alam sekitar, sosial dan ekonomi. Perbincangannya sering pula dikaitkan
dengan terma hijau yang merentasi pelbagai bidang. Apakah hijau yang terdapat dalam
Islam? Mengapakah ‘hijau’ dipilih dalam mengambarkan isu-isu tersebut? Dalam Islam,
warna hijau sudah lama digunapakai. Malah, ‘hijau’ adalah warna yang mempunyai
keistimewaannya. Warna hijau dapat dilihat pada simbol-simbol keislaman di seluruh
dunia sama ada dalam sejarah mahupun masa kini. Pelbagai aspek kehidupan umat Islam
dikaitkan dengan warna hijau termasuklah dalam pakaian, bendera dan peperangan,
kubah dan bangunan, ganjaran dan kenikmatan di syurga. Oleh itu, kertas kerja ini
bertujuan untuk mengenalpasti warna hijau dalam Islam dan bagaimana ia relevan pada
masa kini terutamanya dalam konteks kelestarian. Seterusnya kertas kerja ini akan
menganalisis warna hijau dari perspektif Islam. Dapatan daripada kertas kerja ini akan
merumuskan dan membentuk garis panduan hijau dari perspektif Islam agar dapat
diaplikasikan dalam konteks kelestarian. Bagi mencapai tujuan itu, kajian kepustakaan
dan penelitian kandungan dilakukan. Kertas kerja ini menjangkakan terdapat penjelasan
yang nyata dari aspek fizikal dan spiritual terhadap hijau dari perspektif Islam.
Kata kunci : hijau, Islam
1
Kertas kerja ini dibentangkan dalam persidangan “The 10th ISDEV International Graduate Workshop
(INGRAW 2015)
2
Hayati binti Saleh merupakan calon siswazah Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam),
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM Pulau Pinang.
PENGENALAN
Kehidupan melibatkan interaksi dalam pelbagai rupa bentuk, warna dan saiz. Warna
menghidupkan suasana dan rasa. Warna boleh diumpamakan seperti muzik yang
menghiasi alam dan memberi impak dalam kehidupan. Oleh itu, penguasaan
penggunaan warna memerlukan akal dan kesenian, disiplin dan pengalaman serta bakat
semula jadi. Menurut Miller (1997) warna memainkan peranan penting dalam
meningkatkan semangat dan memberikan kehidupan yang menyeronokkan. Selain itu,
warna persekitaran turut mempengaruhi psikologi dan spiritual individu. Warna
persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi ketenangan mata, minda dan
emosi
Dalam Islam warna hijau telah lama aplikasikan dalam kehidupan. Hijau dapat dilihat
pada simbol-simbol keislaman di seluruh dunia samada dalam sejarah mahupun masa
kini. Pelbagai aspek kehidupan umat Islam dikaitkan dengan hijau termasuklah dalam
pakaian, bendera dan peperangan, kubah dan bangunan, ganjaran dan kenikmatan di
syurga. Ketika ini, isu warna hijau sangat popular dan signifikan dengan pembangunan.
Menuju hijau (Go Green) adalah agenda yang sering dibincangkan di kebanyakan
negara-negara membangun. Ia tercetus akibat daripada isu-isu alam dan kekurangan
sumber tenaga yang dialami oleh dunia. Negara-negara Islam juga tidak berkecuali
dalam isu ini termasuklah Malaysia. Skop hijau yang dimaksudkan banyak
memfokuskan pada masalah alam sekitar, kekurangan sumber tenaga, keprihatinan dan
kemanusian.Oleh itu, kertas kerja ini mencuba mengkaji hijau yang terdapat dalam Islam
dan mengapakah hijau dipilih dalam mengambarkan simbol-simbol tersebut. Bagi
mencapai matlamat tersebut, kajian kepustakaan dilakukan. Setelah itu, penelitian
kandungan dijalankan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap subjek
yang dibincangkan.
WARNA
Secara asasnya, alam mempunyai empat warna iaitu kuning, biru, hijau dan merah.
Warna-warna asas ini telah mengalami inovasi oleh penghasilan pewarna sintetik dan
pencahayaan buatan (Verity, 1980). Inovasi sains dan teknologi semakin canggih telah
banyak membantu sektor pengeluaran dari aspek rekabentuk industri (Russell, 1991).
Adinarayan (1964) turut bersependapat dengan Miller (1997) yang menyatakan warna
juga mempengaruhi sikap seseorang. Menurut beliau sikap seseorang terhadap sesuatu
adalah faktor yang mendorong perbuatan seseorang. Beliau turut membincangkan
perbuatan seperti dwistandard, diskriminasi kaum, penghinaan, propaganda, peristiwa,
pemisahan adalah antara manifestasi negatif terhadap warna. Beliau juga berpendapat,
sikap terhadap warna kadang kala bertentang dengan naluri dan adat kebiasaan. Sikap
tersebut dipengaruhi oleh warisan budaya, emosi dan naluri sendiri.
Nicholas Humprey (1976) seorang ahli psikologi pula mendakwa warna yang pelbagai
pada haiwan dan tumbuhan adalah warna utama yang lahir semula jadi (life-born color)
dan bertujuan untuk dilihat. Warna-warna ini mewarnai alam dan membawa pesanan
alam kepada makhluk, Warna buah-buahan, bunga-bungaan, ikan dan batu antara yang
membawa isyarat visual kepada makhluk yang melihat. Pesanan ‘Mari Hampiri’ untuk
menarik minat serangga menghampiri untuk tujuan pendebungaan atau ‘Jauhkan Diri’
untuk menghalau perosak antara pesanan yang dibawa oleh warna. Beliau turut
menyatakan bahawa warna semula jadi telah memberi sumbangan kepada orang
terdahulu. Beliau serta mengkritik keadaan sekarang yang tidak memahami dan
menghayati warna semula jadi telah menyebabkan hura-hara warna berlaku.
Oleh yang demikian, Norhisyam Wahab (2015) cuba mengembalikan pemahaman dan
interaksi warna semula jadi yang terdapat pada manusia dan alam yang berlaku secara
metafizik. Beliau memperkenalkan konsep getaran tenaga yang merangkumi elemen
cahaya, warna dan bunyi yang dikenali sebagai Terapi Getaran Warna3
(Color Vibration
Therapy, CVT). Kaedah ini berteraskan seni sains fizik yang berasaskan Islamisasi ilmu.
Kaedah terapi ini menggabungkan elemen-elemen cahaya, warna dan bunyi sebagai
suatu keseimbangan alam semula jadi. Cara rawatannya merangkumi penyediaan
perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah. Konsep gabungan ketiga-tiga elemen tersebut
adalah satu kaedah alternatif dan komplementari terhadap penjagaan kesihatan dan
perawatan penyakit. Konsep yang dikemukakan oleh Norhisham (2015) bertujuan
mengembalikan keseimbangan warna yang terdapat pada diri manusia dan alam. Tetapi
kini semua sektor termasuk sektor pengeluaran mula kembali menggunakan warna hijau
sebagai ingin kembali merapatkan diri ke alam semula jadi.
HIJAU DALAM ISLAM
Hijau turut dikaitkan secara signifikan dengan Islam. Kebanyakan simbol-simbol
keIslaman di seluruh dunia menggunakan hijau sejak zaman Rasulullah SAW lagi
(Ahcmad Fanani, 2009). Penggunaan hijau ini akhirnya menjadi identiti umat Islam
hinggi kini. Simbol yang jelas dapat dilihat adalah pada aspek senibina dan aspek
kenegaraan.
Dunia Islam mengalami perubahan peradaban melalui karya senibina masjid. Aspek
senibina dibangunkan buat pertama kalinya ketika pemerintahan Bani Umayyah pada
abad ke-8. Tradisi senibina masjid buat pertama kalinya diperkenalkan dan menjadi asas
kepada tamadun kesenian Islam selepas itu (Achmad Fanani, 2009). Ketika
pemerintahan tersebut rekabentuk Masjid Nabawi di tambah kubah hijau, menara,
mimbar dan mihrab bagi membentuk sebuah senibina masjid yang lengkap seperti yang
dilihat sekarang. Kubah hijau di pasang atas perkenan khalifah Abbasiyah iaitu Sultan
Qalawun As-Shalihi yang pertama kali membuat kubah pada rekabentuk masjid pada
3
Kaedah terapi ini menggabungkan elemen-elemen cahaya, warna dan bunyi sebagai suatu keseimbangan
alam semula jadi. Cara rawatannya merangkumi penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah.
Konsep gabungan ketiga-tiga elemen tersebut adalah satu kaedah alternatif dan komplementari terhadap
penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit. Konsep yang dikemukakan oleh Norhisham (2015)
bertujuan mengembalikan keseimbangan warna yang terdapat pada diri manusia dan alam.
tahun 678 H. Pada tahun 1253 H, Sultan Abdul Hamid II yang memerintah empayar
Uthmaniah mengeluarkan perintah untuk mengecat kubah dengan warna hijau buat
pertama kalinya (Ali Hafiz, t.t). Pemasangan kubah hijau itu akhirnya menjadi ikon
Masjid Nabawi (Achmad Fanani, 2009).
Dari sudut kenegaraan, negara-negara Islam kebanyakannya menggunakan hijau sebagai
simbol dan warna rasmi bendera negara. Bendera dalam Islam dikenali sebagai ‘alam,
raya, liwa’ dan bayrak. Bendera digunakan dalam peperangan sejak zaman awal Islam
lagi. Dua jenis bendera telah digunakan ketika Nabi Muhammad SAW keluar berperang
iaitu putih4
dan hitam5
. Setelah kejatuhan kerajaan Umaiyyyah dan Abbasiyah, kerajaan
Fatimiyah6
telah mengambil alih sistem pemerintahan Khalifah Arab. Hijau dipilih
sebagai warna bendera Khalifah Fatimiyah di Mesir. Hijau dipilih kerana meraikan hijau
jubah yang pernah dipakai oleh Rasulullah SAW (Podeh, 2011).
Selain itu, negara-negara yang menggunakan hijau sebagai elemen utama dalam bendera
terdiri daripada negara Islam seperti Azerbaijan, Maldives, Mauritania, United Arab
Emirates, Turkmenistan, Arab Saudi, Pakistan, Afghanistan dan Iran. Bagi negara-
negara Arab, hijau adalah warna kebiasaan yang terdapat pada bendera mereka selain
hitam, putih dan merah. Pemilihan hijau dipilih kerana memperingati Rasullullah SAW
dan juga meraikan era kerajaan Islam sebelumnya (Podeh, 2011). Bendera yang wujud
pada negara Syria, Iraq, Jordan, Palestin dan Mesir adalah hasil daripada kesan
Pemberontakkan Arab (1916-1918) yang dimulakan oleh Syarif Husain bin Ali di
Hijjaz. Pemberontakan ini bertujuan mendapat kemerdekaan daripada Turki
Uthmaniyyah untuk membentuk satu negeri Arab bersatu. Kerajaan yang ingin dibentuk
adalah merangkumi dari Aleppo di Syria hingga ke Aden di Yaman.
Hijau juga digemari oleh Empayar Uthmaniyyah. Senibina dan dekorasi bangunannya
banyak melibatkan warna dalaman bangunan. Empayar Uthmaniyyah turut merakamkan
hijau dalam binaan mereka seperti Masjid Hijau yang terletak Busra. Warna hijau adalah
warna utama yang diaplikasikan ke atas masjid tersebut di samping biru tua, turquoise
dan scarlet (Ünsal, 1959). Di samping warna hijau, elemen air pancut yang terdapat di
Masjid Hijau adalah salah satu kaedah dalam membantu merawat gangguan mental.
Menurut Ünsal (1959) dalam karyanya, seorang akitek Perancis menyatakan Masjid
Hijau merupakan model ruang, cahaya, warna dan irama dan meraikan keharmonian
senibina luaran dan dalaman.
Selain itu, bangunan Dom Soltaniyeh di Iran juga mengenakan hijau. Hijau adalah
warna utama dalam bangunan tersebut di samping biru, merah, ungu, hitam, kuning
emas, kelabu dan oren. Senibina dan dekorasi yang dimiliki oleh bangunan Dom
Soltaniyeh adalah seimbang dari segi agama dan spiritual (Faghfoori, Bolkhari &
Soltani, 2014). Menurut mereka lagi, keunikan bangunan yang kaya dengan warna dan
4
Manakala, ketika Saidina Abu Bakar warna bendera yang digunakan adalah putih dan merah (Podeh,
2011).
5
Pemerintahan era Umaiyyah mengibarkan bendera putih manakala bendera hitam pula dinaikkan setelah
kejatuhan kerajaan Umaiyyah yang diambil alih oleh kerajaan Abbasiyah (Podeh, 2011)
6
Kerajaan Fatimiyah adalah pemerintahan yang terakhir daripada empat pemerintahan khalifah Arab
yang mengambil alih (Podeh, 2011)
cahaya menjadikan merupakan bangunan yang pertama yang dibina di zamannya. Hijau
antara warna yang kerap digunakan dalam bahagian dalaman bangunan seperti cat
dalaman, plaster dan tulisan pada jubin. Menurut Faghfoori, Bolkhari & Soltani (2014)
hijau diguna pakai pada bangunan tersebut melambangkan tenang, bersantai dan
sederhana seperti yang dikaitkan dengan persekitaran syurga yang dinyatakan dalam al-
quran. Selain itu, hijau yang diguna pakai juga memberi memberi kesan emosi yang
seimbang disamping memberi tampak luas dan hebat ke atas sesebuah bangunan.
AL-QURAN, HADIS DAN HIJAU
Warna hijau juga dinyatakan di dalam al-quran dan hadis. Perkataan hijau disebut dalam
al-Quran sebanyak lima belas kali (Surah al An-A’aam 6: 99; Yusof 12:43 & 46; al-
Kahfi 18: 31; al-Hajj 22: 63; al-Naml 27: 60; al-Ruum 30: 80; Yassin 36:80; al-Rahman
55: 64 & 76; al-Hadiid 57: 20; al-Insaan 76: 21, Abasa 80: 30; al-A’laa 87: 5). Ayat-ayat
ini menunjukkan warna hijau mengambarkan taman-taman, tumbuhan dan tanaman.
Selain itu, hijau juga mengambarkan pakaian dan kelengkapan rumah bagi penghuni
syurga (al-Kahfi 18: 31; al-Rahman 55: 76; al-Insaan 76: 21). Warna hijau adalah warna
yang indah sehingga menghiasi syurga. Hijau adalah warna alam. Hijau menjelaskan
segala yang ada di sekelilingnya berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan
jiwa. Selain itu, hijau juga turut disebut dalam hadis-hadis seperti dinyatakan di Jadual
1.1.
Jadual 1.1 Hadis-hadis Mengenai Hijau
Bil. Hadis Rujukan Elemen
1. Annas bin Malik mengatakan,
"Warna yang paling disukai oleh
Rasulullah SAW adalah hijau"
Diriwayatkan oleh
al-Tabrani dalam al-
Mu’jam al Akusat.
No.hadis: 8027
Warna kegemaran
2. HR. Ahmad
Dunia ini cantik dan hijau.
Sesungguhnya Allah menjadikan
kamu khalifah dan Allah mengamati
apa yang kamu lakukan, karena itu
jauhilah godaan wanita dan dunia.
Sesungguhnya fitnah pertama yang
menimpa bani Israil adalah godaan
kaum wanita.
Diriwayatkan oleh
al-Baihaqi dalam
Sunan al-Kubra.
No.hadis:13301
Alam
3. HR. Al Hakim dan Ahmad
Para syuhada di lembah (tepi) sungai
dekat pintu surga dalam bangunan
berkubah berwarna hijau. Rezeki
mereka datang dari surga setiap pagi
dan petang.
Diriwayatkan oleh
Ahmad Hanbal
dalam Musnad
Ahmad.
No.hadis: 2268
Bangunan
4. Abu Daud dan al-Tarmizi
meriwayatkan hadis daripada Abu
Rimsah (Rifa'ah) :
" Aku telah melihat Rasulullah
S.A.W memakai dua baju berwarna
hijau "
Diriwayatkan oleh
al-Tarmizi dalam
Sunan al-Tarmizi.
No. hadis: 2737
Pakaian
Hijau juga dapat dikaitkan dengan Nabi Khidir7
a.s. ‘Khidir’ merupakan nama gelaran
beliau. Khidir juga bermaksud hijau dalam bahasa arab (M. Abdul Mujieb, Syafi'ah, H.
Ahmad Ismail M., 2009). Gelaran hijau dikaitkan dengan beliau kerana apabila setiap
tanah kering yang diduduki atau pun solat akan bertukar menjadi hijau dan ditumbuhi
pula dengan rumput hijau (M. Abdul Mujieb, Syafi'ah, H. Ahmad Ismail M., 2009).
Selain itu, untuk bertemu Nabi Khidir a.s seseorang perlu mempunyai sifat tingkah laku
yang sesuai dengan sunnah, bersifat mahmudah dan zuhud. Ketiga-tiga sifat tingkah-
laku tersebut juga mengambarkan keperibadian hijau yang dimiliki oleh Nabi Khidir a.s.
Kelebihan-kelebihan ini adalah antara yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi
Khidir a.s. seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Kahfi : Ayat 65-82.
Hijau yang disebut di dalam al-quran sebanyak 15 kali, hadis 4 kali dan kisah Nabi
Khidir AS merangkumi aspek-aspek kehidupan dan sifat manusia. Ini menjelaskan
bahawa hijau adalah warna yang hampir dengan kehidupan fitrah sebagai manusia. Oleh
itu, hijau boleh dikatakan warna fitrah manusia.
SAINS DAN HIJAU
Sains menerangkan warna dalam dua aspek. Pertama diterangkan dalam bentuk fizik
iaitu berbentuk fizikal yang dapat dicerap, dinilai dan diterima oleh akal yang logik.
Warna terjadi daripada biasan warna yang muncul apabila cahaya terkena objek. Ia
memberikan warna yang berbeza mengikut sifat panjang gelombangnya. Ia dapat
difahami apabila melihat pencampuran merah, hijau dan biru akan menghasilkan
interpretasi warna magenta. Manakala, warna hijau pula adalah campuran warna antara
kuning dan biru. Warna hijau juga dihasilkan daripada campuran kuning dengan sian8
(cyan).
Warna juga ditentukan oleh panjang gelombang cahaya (Miller, 1997, Verity, 1980).
Panjang gelombang warna yang dapat dilihat oleh mata manusia adalah sekitar antara
380-780 nanometer (nm) atau berfrekuensi 790-400 terahertz (THz). Warna hijau
mempunyai frekuensi 526-606 THz. Kedudukan ungu, biru, hijau, kuning, jingga,
merah, dan merah muda adalah susunan dari gelombang pendek sehingga gelombang
panjang. Oleh itu, gelombang hijau mempunyai panjang glombang yang sederhana iaitu
495-570 nm (Verity, 1980). Sains fizik ini bersifat fizikal dan tidak dapat menghuraikan
7
Nama sebenar beliau adalah Balya bin Balkan bin Falakh.
8
Warna biru kehijau-hijauan dikenali sebagai sian (cyan).
secara keseluruhan tentang kemampuan warna dapat menyelesaikan masalah fizikal
yang berpunca daripada masalah kerohanian. Oleh itu, Norhisham Wahab (2011)
mengkritik walaupun sains dan teknologi berkembang tetapi ia akan menemui
kebuntuan dan menghadapi kemajuan yang tidak seimbang serta merugikan manusia. Ini
kerana sains dan teknologi tersebut tidak berlandaskan agama.
Begitu juga yang berlaku pada ketika ini, pembangunan lestari9
yang diperkenalkan oleh
barat mengaplikasi warna hijau sebagai memanifestasikan keinginan untuk kembali
menitikberatkan alam dan mengurangkan kesan pembangunan kepada manusia dan alam
(KeTTHA, 2015). Istilah hijau diguna pakai bagi teknologi hijau, bangunan hijau, gas
hujau, rumah hijau, senibina hijau dan infrastruktur hijau adalah usaha-usaha yang
dilaksanakan di kebanyakkan negara.
Zaini Ujang (2009) pula mengambarkan hijau dan lestari dalam aspek pembangunan dan
persekitaran mempunyai konotasi yang sama iaitu pengekalan dan tidak berubah dan
saling bergantungan dalam memberi tindak balas kepada alam, manusia dan kehidupan.
Hijau yang diketengahkan lebih mendorong kepada usaha-usaha yang berkaitan
mempertahankan alam seperti perancangan dan pengurusan tapak bagi mengurangkan
kesan ekologi di samping mengalakkan kecekapan tenaga dan air, pengurusan bahan dan
sumber dan kualiti udara dalaman. Program seperti kitar semula, penilaian bangunan
hijau, perlabelan produk hijau dan antara yang mengambarkan hijau tersebut.
Kedua, sains juga menghuraikan warna dalam bentuk metafizik dan mistik iaitu
melibatkan spiritual yang diterima oleh keyakinan yang tinggi (Amber, 1965). Metafizik
tidak menerangkan warna sebagai biasan cahaya sebaliknya cahaya adalah sebab
munculnya warna. Warna yang muncul itu menerangkan sifat kerohanian sesuatu tempat
yang menjadi pemerhatian. Prinsip ini dikenali sebagai prinsip teosofi (Faghfoori,
Bolkhari & Soltani, 2014). Prinsip Teosofi ini telah dikaji oleh cendiakawan-
cendiakawan Islam antaranya ialah Shahab al-Din Suhrawardi, Ibn Sina, Najmuddin
Kubra, Sheikh Mohammad Lahiji, Alaodole Semnani dan Najm Razi. Dalam metafizik,
cendiakawan-cendiakawan Islam
ANALISIS HIJAU DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM
Apabila membincangkan tentang konsep cahaya maka, konsep warna turut dikaitkan.
Begitu juga sebaliknya. Kedua-dua konsep ini saling memerlukan antara satu dengan
lain. Secara asasnya, Teori Warna pertama kali diperkenalkan oleh Aristotle (384-322
SM). Teori Warna yang dibawa oleh Aristotle menyatakan bahawa cahaya merupakan
medium yang membawa warna (Faghfoori, Bolkhari & Soltani, 2014). Teori Warna oleh
Aristotle disangkal oleh Al-Kindi dengan mengemukakan bahawa cahaya bukanlah
medium yang membawa warna sebaliknya, warna terjadi disebabkan objek tumpat yang
menyekat pandangan. Teori yang dibawa oleh Al-Kindi menjadi asas kepada Teori
Optik yang diperkenalkan oleh Ibn al-Haytham.
9
Masalah kekurangan tenaga bahan bakar dan pemanasan global telah membawa masyarakat dunia
terutamanya barat untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu kelestarian tersebut.
Perbincangan warna yang telah dibahaskan oleh Aristotle dikupas dan turut dikaji oleh
cendiakawan-cendiakawan Islam seperti al-Kindi, Ibn al-Haytham, Ibn Bajja, Ibn Rusyd
bermula seawal tahun 873 M sehingga tahun 1198 M (Kirchner, 2015). Setelah itu, teori
tersebut diperluaskan lagi oleh cendiakawan-cendiakawan barat seperti Newton, Goethe,
Hegel, Schopenhauer, Young, Maxwell, Helmholtz dan Hering (Von Goethe, 1970).
Teori Warna moden pula menjelaskan bahawa warna tidak wujud sehingga ia dilihat
oleh mata dan diterjemahkan oleh otak (Miller, 1997).
Menurut Miller (1997) warna berasal daripada cahaya. Warna terhasil daripada pantulan
cahaya pada permukaan mengikut panjang dan jenis gelombang. Cahaya putih daripada
matahari membawa gelombang panjang dan pendek yang nampak dan tidak
nampak.Gelombang yang nampak menghasilkan warna-warna yang boleh dilihat oleh
mata. Manakala, ultraviolet dan infrared adalah gelombang yang tidak dapat dilihat oleh
mata. Oleh yang demikian, warna-warna alam dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor-
faktor tersebut antaranya panjang gelombang, pantulan cahaya yang dipantulkan oleh
permukaan dan cahaya yang diserap oleh permukaan.
Dalam Islam pula, cahaya bukan sahaja bersifat fizikal malah bersifat kerohanian.
Cahaya adalah lambang keesaaan dan keilahian Allah SWT (Faghfoori, Bolkhari &
Soltani, 2014). Oleh kerana itu, warna merupakan manifestasi kewujudan Allah SWT
yang sentiasa memberi petunjuk. Warna alam disekeliling dapat difahami dengan
mengetahui bahawa Allah SWT jugalah yang memberi petunjuk di langit dan bumi. Ia
dinyatakan dalam al-Quran iaitu:
“Allah yang menerangi langit dan bumi”
Surah An-Nur 24:35
“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar;
Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan
siang melingkari malam (dengan cahayanya)”
Surah Az-Zumar 39:5
“Dan kepunyaan Allahlah Timur dan Barat; maka ke mana jugapun kamu
menghadap, disanapun ada wajah Allah;sesungguhnya Allah adalah Maha Luas
lagi Maha Mengetahui”.
Miller (1997) menyatakan warna juga mempunyai tenaga dan kuasa. Tenaga dan kuasa
warna dimanifestaikan dengan melihat kemampuan warna dalam memberi perasaan
menyenangkan atau deprasi. Warna juga memberi keupayaan yang memberi kesan
ruang, saiz, bentuk, kedudukan. Namun pun begitu, beliau hanyalah melihat kemampuan
warna sebagai kepuasan mata dan memisahkannya dengan fizik, psikologi atau gelagat
manusia.
Sebaliknya, pandangan Norhisham (2015) berbeza dengan Miller (1997) yang melihat
warna lebih berkait dengan sifat dalaman, kesihatan dan tenaga manusia yang bersifat
metafizik. Menurut beliau, warna dan penyakit kedua-dua merupakan tenaga. Penyakit
merupakan satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang
berlaku di bawah sedar. Penyakit juga bermula daripada hati. Hati yang penuh dengan
sifat mazmumah adalah punca ketidakseimbangan tenaga warna dalam badan. Oleh itu,
perseimbangan warna yang terdapat pada manusia berlaku di bawah sedar. Di samping
itu juga, tenaga yang dipancarkan daripada alam turut membantu mencapai
keseimbangan warna dalam diri manusia. Waktu isyraq dan dhuha adalah warna alam
hijau. Waktu ini adalah masa yang efektif bagi merawat sistem respitori.
Selain itu, warna hijau merangsang perasaan spiritual dan meningkatkan metabolism
badan (Norhisham, 2015). Tenaga yang ada pada warna hijau menjadikan metabolisme
badan meningkat. Ia terjadi apabila proses penyerapan oksigen ke dalam tubuh manusia
berlaku secara maksimum dan juga boleh meningkatkan metabolism kulit. Tindak balas
metabolism ini mempunyai kemampuan menukarkan protein menjadi kolagen pada kulit
dan kesan keremajaan kulit.
Selain itu, warna hijau dapat bertindak balas dengan kuning secara efektif. Ia dapat
difahami dengan melihat tindakbalas warna kuning pada cahaya matahari terhadap
warna hijau klorofil yang terdapat dalam proses fotosintesis. Tenaga yang terhasil
daripada tindak balas fotosintesis menghasilkan bunga-bungaan dan buah-buahan
pelbagai warna. Oleh kerana saling tindak balas ini, maka warna kuning turut digalakkan
pakai pada hari Khamis diikuti memakai hijau pada hari Jumaat.
Norhisham Wahab (2011) mengemukakan bahawa hijau adalah antara empat unsur yang
menyeimbangkan diri manusia. Hijau adalah mengambarkan dan mempengaruhi tahap
akal manusia. Hijau juga menjiwai sifat rendah hati, berperasaan dan kedamaian. Sifat-
sifatnya kuat berfikir, intelek, berfikiran logik, peramah, pintar, pantas berfikir,
bersederhana, berkira-kira, bermaklumat dan bukti fakta adalah ciri-ciri rang yang
memiliki hijau sebagai warna diri.
KESIMPULAN
Secara umumnya, hijau sudah sinonim dengan Islam sejak turunnya wahyu kepada Nabi
Muhammad SAW. Hijau dalam Islam mengambarkan sebuah kehidupan yang
melibatkan dunia dan akhirat. Hijau menjadi dorongan dan motivasi umat Islam dalam
menjalani kehidupan dunia bagi mencapai kebahagian akhirat. Gambaran pemandangan
syurga yang diceritakan dalam wahyu menjelaskan segala yang ada di dalam syurga
berupa kenikmatan, suasana, kesenangan dan ketenangan jiwa. Manakala, gambaran di
dunia pula menjelaskan perbuatan sunnah dan akhlaq.
Warna adalah persepsi, tenaga, komunikasi dan magis (Miller, 1997). Warna juga boleh
menerangkan maksud simbolik yang wujud dalam sesuatu (Faghfoori, Bolkhari &
Soltani, 2014). Secara tidak langsung warna turut mengambarkan ketamadunan dan
perilaku masyarakat. Warna antara yang menjadi pilihan tamadun terdahulu. Warna
hijau memberikan gambaran kehidupan dan jiwa masyarakat pada ketika itu. Warna
hijau memberi kesan spiritual yang positif iaitu meningkatkan perasaan ketuhanan,
kemanusian kedamaian kepada pengamalnya. Warna hijau secara metafizik memberikan
keseimbangan spiritual dan memberi kesan kesihatan kepada manusia.
RUJUKAN
Adinarayan S.P. (1964). The Case For Colour: An Analysis of the Causes,
Manifestations and Effects of Colour Prejudices, a Survey of Remedial Measures
and Some Suggestions for a Cure. London: Asia Publishing House
Ahcmad Fanani (2009). Arsitektur Masjid. Yogyakarta: Bentang Pustaka
Ali Hafiz (t.t). Fushul Min Tarikh Al-Madinah Al-Munawwarah.
Amber, R. B. (1965). Color therapy: healing with color. Firma KL Mukhopadhyay.
Faghfoori, R., Bolkhari, H., & Soltani, G. (2014). Theosophical Principles of Light and
Colour in the Architecture and Decorations of Soltaniyeh Dome. International
Journal of Arts, 4(1), 8-16.
http://www.humphrey.org.uk/papers/1976colourcurrency.pdf Diakses pada 7/9/2014
Humphrey, N. (1976). The colour currency of nature. Colour for architecture, 95-98.
Diperolehi daripada http://www.humphrey.org.uk/papers/1976colourcurrency.pdf
Diakses pada 10/9/2015
KeTTHA(2014). Diperolehi atas talian
http://www.kettha.gov.my/portal/index.php?r=kandungan/index&menu1_id=3&m
enu2_id=75&menu3_id=121#.VVHKA0aMFpw Diakses pada 11/5/2014
Kirchner, E. (2015). Color theory and color order in medieval Islam: A review. Color
Research & Application, 40(1), 5-16.
M. Abdul Mujieb, Syafi'ah, H. Ahmad Ismail M., (2009). Ensiklopedia Tasawuf Imam
Ghazali. Jakarta Selatan: Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika)
Miller, M. C. (1997). Color for interior architecture. New York: John Wiley & Sons.
Norhisham Wahab (2011). Diperolehi daripada http://profnorhisham.com.my/ Diakses
pada 7/9/2015.
Podeh, E. (2011). The symbolism of the Arab flag in modern Arab states: between
commonality and uniqueness*. Nations and Nationalism, 17(2), 419-442.
Russell, D. (1991). Colour in Industrial Design. London: The Design Council
Ünsal, B. (1959). Turkish Islamic Architecture. London: Tiranti
Verity, E. (1980). Colour Observed. London: The Macmillan Press Ltd.
Von Goethe, J. W., & Eastlake, C. L. (1970). Theory of colours (No. 3). Cambridge: Mit
Press.

More Related Content

Similar to Hijau daripada perspektif islam

sebuah tulisan singkat untuk mencegah kiamat.docx
sebuah tulisan singkat untuk mencegah kiamat.docxsebuah tulisan singkat untuk mencegah kiamat.docx
sebuah tulisan singkat untuk mencegah kiamat.docxirsyadibadullohdatar
 
Mukhamad rudi habibie (13110089)
Mukhamad rudi habibie (13110089)Mukhamad rudi habibie (13110089)
Mukhamad rudi habibie (13110089)Rudi_Habibie
 
Perspektif Islam terhadap Lingkungan
Perspektif Islam terhadap LingkunganPerspektif Islam terhadap Lingkungan
Perspektif Islam terhadap LingkunganNurfaizatul Jannah
 
metodologi studi islam
metodologi studi islammetodologi studi islam
metodologi studi islamDevi Risnawati
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136subairD1
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islamTakari konsep-kebudayaan-dalam-islam
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islamsubairD1
 
islam dan akulturasi budaya
islam dan akulturasi budayaislam dan akulturasi budaya
islam dan akulturasi budayaudinasep
 
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Haidar Bashofi
 
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Haidar Bashofi
 
Peranan manusia dalam lingkungan perspektif islam
Peranan manusia dalam lingkungan perspektif islamPeranan manusia dalam lingkungan perspektif islam
Peranan manusia dalam lingkungan perspektif islamNizar Syamsi
 
Pemikiran ali ahmad madkur tentang kurikulum pendidikan islam
Pemikiran ali ahmad madkur tentang kurikulum pendidikan islamPemikiran ali ahmad madkur tentang kurikulum pendidikan islam
Pemikiran ali ahmad madkur tentang kurikulum pendidikan islamErta Erta
 
Perkembangan Islam di Masa Modern
Perkembangan Islam di Masa ModernPerkembangan Islam di Masa Modern
Perkembangan Islam di Masa ModernWafa Wafiyaa
 
01_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM,_PENGERTIAN,_TUJUAN,_DASAR,_DAN_FUNGSI.pdf
01_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM,_PENGERTIAN,_TUJUAN,_DASAR,_DAN_FUNGSI.pdf01_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM,_PENGERTIAN,_TUJUAN,_DASAR,_DAN_FUNGSI.pdf
01_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM,_PENGERTIAN,_TUJUAN,_DASAR,_DAN_FUNGSI.pdfMAAlBukhari
 
(Sadn1013 h) kump 4
(Sadn1013 h) kump 4(Sadn1013 h) kump 4
(Sadn1013 h) kump 4sadn1013
 
Green hajj guide haji ramah lingkungan
Green hajj guide haji ramah lingkunganGreen hajj guide haji ramah lingkungan
Green hajj guide haji ramah lingkunganEndy Sulistiawan
 
3, be & gg, apriyansyah m ridho, hapzi ali, environmental ethics, universitas...
3, be & gg, apriyansyah m ridho, hapzi ali, environmental ethics, universitas...3, be & gg, apriyansyah m ridho, hapzi ali, environmental ethics, universitas...
3, be & gg, apriyansyah m ridho, hapzi ali, environmental ethics, universitas...Apriyansyah Ridho
 
Sejarah pemikiranlai islam
Sejarah pemikiranlai islamSejarah pemikiranlai islam
Sejarah pemikiranlai islamWati Rahmawati
 
POTRET PEMIKIRAN A. MUKTI ALI PADA STUDI ISLAM; PENDEKATAN SAINTIFIC CUM DOCT...
POTRET PEMIKIRAN A. MUKTI ALI PADA STUDI ISLAM; PENDEKATAN SAINTIFIC CUM DOCT...POTRET PEMIKIRAN A. MUKTI ALI PADA STUDI ISLAM; PENDEKATAN SAINTIFIC CUM DOCT...
POTRET PEMIKIRAN A. MUKTI ALI PADA STUDI ISLAM; PENDEKATAN SAINTIFIC CUM DOCT...IAIN SEKH NURJATI CIREBON
 
Misi Da'wah dan Perubahan Sosial
Misi Da'wah dan Perubahan SosialMisi Da'wah dan Perubahan Sosial
Misi Da'wah dan Perubahan SosialIdrus Abidin
 

Similar to Hijau daripada perspektif islam (20)

sebuah tulisan singkat untuk mencegah kiamat.docx
sebuah tulisan singkat untuk mencegah kiamat.docxsebuah tulisan singkat untuk mencegah kiamat.docx
sebuah tulisan singkat untuk mencegah kiamat.docx
 
Mukhamad rudi habibie (13110089)
Mukhamad rudi habibie (13110089)Mukhamad rudi habibie (13110089)
Mukhamad rudi habibie (13110089)
 
Perspektif Islam terhadap Lingkungan
Perspektif Islam terhadap LingkunganPerspektif Islam terhadap Lingkungan
Perspektif Islam terhadap Lingkungan
 
metodologi studi islam
metodologi studi islammetodologi studi islam
metodologi studi islam
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam-211210080136
 
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islamTakari konsep-kebudayaan-dalam-islam
Takari konsep-kebudayaan-dalam-islam
 
islam dan akulturasi budaya
islam dan akulturasi budayaislam dan akulturasi budaya
islam dan akulturasi budaya
 
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
 
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
Sej peradaban-islamislam-dan-peradaban1
 
Peranan manusia dalam lingkungan perspektif islam
Peranan manusia dalam lingkungan perspektif islamPeranan manusia dalam lingkungan perspektif islam
Peranan manusia dalam lingkungan perspektif islam
 
Pemikiran ali ahmad madkur tentang kurikulum pendidikan islam
Pemikiran ali ahmad madkur tentang kurikulum pendidikan islamPemikiran ali ahmad madkur tentang kurikulum pendidikan islam
Pemikiran ali ahmad madkur tentang kurikulum pendidikan islam
 
Perkembangan Islam di Masa Modern
Perkembangan Islam di Masa ModernPerkembangan Islam di Masa Modern
Perkembangan Islam di Masa Modern
 
01_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM,_PENGERTIAN,_TUJUAN,_DASAR,_DAN_FUNGSI.pdf
01_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM,_PENGERTIAN,_TUJUAN,_DASAR,_DAN_FUNGSI.pdf01_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM,_PENGERTIAN,_TUJUAN,_DASAR,_DAN_FUNGSI.pdf
01_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM,_PENGERTIAN,_TUJUAN,_DASAR,_DAN_FUNGSI.pdf
 
(Sadn1013 h) kump 4
(Sadn1013 h) kump 4(Sadn1013 h) kump 4
(Sadn1013 h) kump 4
 
Green hajj guide haji ramah lingkungan
Green hajj guide haji ramah lingkunganGreen hajj guide haji ramah lingkungan
Green hajj guide haji ramah lingkungan
 
3, be & gg, apriyansyah m ridho, hapzi ali, environmental ethics, universitas...
3, be & gg, apriyansyah m ridho, hapzi ali, environmental ethics, universitas...3, be & gg, apriyansyah m ridho, hapzi ali, environmental ethics, universitas...
3, be & gg, apriyansyah m ridho, hapzi ali, environmental ethics, universitas...
 
Sejarah pemikiranlai islam
Sejarah pemikiranlai islamSejarah pemikiranlai islam
Sejarah pemikiranlai islam
 
POTRET PEMIKIRAN A. MUKTI ALI PADA STUDI ISLAM; PENDEKATAN SAINTIFIC CUM DOCT...
POTRET PEMIKIRAN A. MUKTI ALI PADA STUDI ISLAM; PENDEKATAN SAINTIFIC CUM DOCT...POTRET PEMIKIRAN A. MUKTI ALI PADA STUDI ISLAM; PENDEKATAN SAINTIFIC CUM DOCT...
POTRET PEMIKIRAN A. MUKTI ALI PADA STUDI ISLAM; PENDEKATAN SAINTIFIC CUM DOCT...
 
Ekoteologi dalam pemikiran badiuzzaman said nursi
Ekoteologi dalam pemikiran badiuzzaman said nursiEkoteologi dalam pemikiran badiuzzaman said nursi
Ekoteologi dalam pemikiran badiuzzaman said nursi
 
Misi Da'wah dan Perubahan Sosial
Misi Da'wah dan Perubahan SosialMisi Da'wah dan Perubahan Sosial
Misi Da'wah dan Perubahan Sosial
 

Hijau daripada perspektif islam

  • 1. HIJAU : ANALISIS DARI PERSPEKTIF ISLAM1 Hayati Saleh2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Abstrak Pada masa kini banyak perbincangan berkaitan dengan isu-isu kelestarian yang merangkumi alam sekitar, sosial dan ekonomi. Perbincangannya sering pula dikaitkan dengan terma hijau yang merentasi pelbagai bidang. Apakah hijau yang terdapat dalam Islam? Mengapakah ‘hijau’ dipilih dalam mengambarkan isu-isu tersebut? Dalam Islam, warna hijau sudah lama digunapakai. Malah, ‘hijau’ adalah warna yang mempunyai keistimewaannya. Warna hijau dapat dilihat pada simbol-simbol keislaman di seluruh dunia sama ada dalam sejarah mahupun masa kini. Pelbagai aspek kehidupan umat Islam dikaitkan dengan warna hijau termasuklah dalam pakaian, bendera dan peperangan, kubah dan bangunan, ganjaran dan kenikmatan di syurga. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti warna hijau dalam Islam dan bagaimana ia relevan pada masa kini terutamanya dalam konteks kelestarian. Seterusnya kertas kerja ini akan menganalisis warna hijau dari perspektif Islam. Dapatan daripada kertas kerja ini akan merumuskan dan membentuk garis panduan hijau dari perspektif Islam agar dapat diaplikasikan dalam konteks kelestarian. Bagi mencapai tujuan itu, kajian kepustakaan dan penelitian kandungan dilakukan. Kertas kerja ini menjangkakan terdapat penjelasan yang nyata dari aspek fizikal dan spiritual terhadap hijau dari perspektif Islam. Kata kunci : hijau, Islam 1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam persidangan “The 10th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW 2015) 2 Hayati binti Saleh merupakan calon siswazah Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM Pulau Pinang.
  • 2. PENGENALAN Kehidupan melibatkan interaksi dalam pelbagai rupa bentuk, warna dan saiz. Warna menghidupkan suasana dan rasa. Warna boleh diumpamakan seperti muzik yang menghiasi alam dan memberi impak dalam kehidupan. Oleh itu, penguasaan penggunaan warna memerlukan akal dan kesenian, disiplin dan pengalaman serta bakat semula jadi. Menurut Miller (1997) warna memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat dan memberikan kehidupan yang menyeronokkan. Selain itu, warna persekitaran turut mempengaruhi psikologi dan spiritual individu. Warna persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi ketenangan mata, minda dan emosi Dalam Islam warna hijau telah lama aplikasikan dalam kehidupan. Hijau dapat dilihat pada simbol-simbol keislaman di seluruh dunia samada dalam sejarah mahupun masa kini. Pelbagai aspek kehidupan umat Islam dikaitkan dengan hijau termasuklah dalam pakaian, bendera dan peperangan, kubah dan bangunan, ganjaran dan kenikmatan di syurga. Ketika ini, isu warna hijau sangat popular dan signifikan dengan pembangunan. Menuju hijau (Go Green) adalah agenda yang sering dibincangkan di kebanyakan negara-negara membangun. Ia tercetus akibat daripada isu-isu alam dan kekurangan sumber tenaga yang dialami oleh dunia. Negara-negara Islam juga tidak berkecuali dalam isu ini termasuklah Malaysia. Skop hijau yang dimaksudkan banyak memfokuskan pada masalah alam sekitar, kekurangan sumber tenaga, keprihatinan dan kemanusian.Oleh itu, kertas kerja ini mencuba mengkaji hijau yang terdapat dalam Islam dan mengapakah hijau dipilih dalam mengambarkan simbol-simbol tersebut. Bagi mencapai matlamat tersebut, kajian kepustakaan dilakukan. Setelah itu, penelitian kandungan dijalankan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap subjek yang dibincangkan. WARNA Secara asasnya, alam mempunyai empat warna iaitu kuning, biru, hijau dan merah. Warna-warna asas ini telah mengalami inovasi oleh penghasilan pewarna sintetik dan pencahayaan buatan (Verity, 1980). Inovasi sains dan teknologi semakin canggih telah banyak membantu sektor pengeluaran dari aspek rekabentuk industri (Russell, 1991). Adinarayan (1964) turut bersependapat dengan Miller (1997) yang menyatakan warna juga mempengaruhi sikap seseorang. Menurut beliau sikap seseorang terhadap sesuatu adalah faktor yang mendorong perbuatan seseorang. Beliau turut membincangkan perbuatan seperti dwistandard, diskriminasi kaum, penghinaan, propaganda, peristiwa, pemisahan adalah antara manifestasi negatif terhadap warna. Beliau juga berpendapat, sikap terhadap warna kadang kala bertentang dengan naluri dan adat kebiasaan. Sikap tersebut dipengaruhi oleh warisan budaya, emosi dan naluri sendiri. Nicholas Humprey (1976) seorang ahli psikologi pula mendakwa warna yang pelbagai pada haiwan dan tumbuhan adalah warna utama yang lahir semula jadi (life-born color) dan bertujuan untuk dilihat. Warna-warna ini mewarnai alam dan membawa pesanan
  • 3. alam kepada makhluk, Warna buah-buahan, bunga-bungaan, ikan dan batu antara yang membawa isyarat visual kepada makhluk yang melihat. Pesanan ‘Mari Hampiri’ untuk menarik minat serangga menghampiri untuk tujuan pendebungaan atau ‘Jauhkan Diri’ untuk menghalau perosak antara pesanan yang dibawa oleh warna. Beliau turut menyatakan bahawa warna semula jadi telah memberi sumbangan kepada orang terdahulu. Beliau serta mengkritik keadaan sekarang yang tidak memahami dan menghayati warna semula jadi telah menyebabkan hura-hara warna berlaku. Oleh yang demikian, Norhisyam Wahab (2015) cuba mengembalikan pemahaman dan interaksi warna semula jadi yang terdapat pada manusia dan alam yang berlaku secara metafizik. Beliau memperkenalkan konsep getaran tenaga yang merangkumi elemen cahaya, warna dan bunyi yang dikenali sebagai Terapi Getaran Warna3 (Color Vibration Therapy, CVT). Kaedah ini berteraskan seni sains fizik yang berasaskan Islamisasi ilmu. Kaedah terapi ini menggabungkan elemen-elemen cahaya, warna dan bunyi sebagai suatu keseimbangan alam semula jadi. Cara rawatannya merangkumi penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah. Konsep gabungan ketiga-tiga elemen tersebut adalah satu kaedah alternatif dan komplementari terhadap penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit. Konsep yang dikemukakan oleh Norhisham (2015) bertujuan mengembalikan keseimbangan warna yang terdapat pada diri manusia dan alam. Tetapi kini semua sektor termasuk sektor pengeluaran mula kembali menggunakan warna hijau sebagai ingin kembali merapatkan diri ke alam semula jadi. HIJAU DALAM ISLAM Hijau turut dikaitkan secara signifikan dengan Islam. Kebanyakan simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia menggunakan hijau sejak zaman Rasulullah SAW lagi (Ahcmad Fanani, 2009). Penggunaan hijau ini akhirnya menjadi identiti umat Islam hinggi kini. Simbol yang jelas dapat dilihat adalah pada aspek senibina dan aspek kenegaraan. Dunia Islam mengalami perubahan peradaban melalui karya senibina masjid. Aspek senibina dibangunkan buat pertama kalinya ketika pemerintahan Bani Umayyah pada abad ke-8. Tradisi senibina masjid buat pertama kalinya diperkenalkan dan menjadi asas kepada tamadun kesenian Islam selepas itu (Achmad Fanani, 2009). Ketika pemerintahan tersebut rekabentuk Masjid Nabawi di tambah kubah hijau, menara, mimbar dan mihrab bagi membentuk sebuah senibina masjid yang lengkap seperti yang dilihat sekarang. Kubah hijau di pasang atas perkenan khalifah Abbasiyah iaitu Sultan Qalawun As-Shalihi yang pertama kali membuat kubah pada rekabentuk masjid pada 3 Kaedah terapi ini menggabungkan elemen-elemen cahaya, warna dan bunyi sebagai suatu keseimbangan alam semula jadi. Cara rawatannya merangkumi penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah. Konsep gabungan ketiga-tiga elemen tersebut adalah satu kaedah alternatif dan komplementari terhadap penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit. Konsep yang dikemukakan oleh Norhisham (2015) bertujuan mengembalikan keseimbangan warna yang terdapat pada diri manusia dan alam.
  • 4. tahun 678 H. Pada tahun 1253 H, Sultan Abdul Hamid II yang memerintah empayar Uthmaniah mengeluarkan perintah untuk mengecat kubah dengan warna hijau buat pertama kalinya (Ali Hafiz, t.t). Pemasangan kubah hijau itu akhirnya menjadi ikon Masjid Nabawi (Achmad Fanani, 2009). Dari sudut kenegaraan, negara-negara Islam kebanyakannya menggunakan hijau sebagai simbol dan warna rasmi bendera negara. Bendera dalam Islam dikenali sebagai ‘alam, raya, liwa’ dan bayrak. Bendera digunakan dalam peperangan sejak zaman awal Islam lagi. Dua jenis bendera telah digunakan ketika Nabi Muhammad SAW keluar berperang iaitu putih4 dan hitam5 . Setelah kejatuhan kerajaan Umaiyyyah dan Abbasiyah, kerajaan Fatimiyah6 telah mengambil alih sistem pemerintahan Khalifah Arab. Hijau dipilih sebagai warna bendera Khalifah Fatimiyah di Mesir. Hijau dipilih kerana meraikan hijau jubah yang pernah dipakai oleh Rasulullah SAW (Podeh, 2011). Selain itu, negara-negara yang menggunakan hijau sebagai elemen utama dalam bendera terdiri daripada negara Islam seperti Azerbaijan, Maldives, Mauritania, United Arab Emirates, Turkmenistan, Arab Saudi, Pakistan, Afghanistan dan Iran. Bagi negara- negara Arab, hijau adalah warna kebiasaan yang terdapat pada bendera mereka selain hitam, putih dan merah. Pemilihan hijau dipilih kerana memperingati Rasullullah SAW dan juga meraikan era kerajaan Islam sebelumnya (Podeh, 2011). Bendera yang wujud pada negara Syria, Iraq, Jordan, Palestin dan Mesir adalah hasil daripada kesan Pemberontakkan Arab (1916-1918) yang dimulakan oleh Syarif Husain bin Ali di Hijjaz. Pemberontakan ini bertujuan mendapat kemerdekaan daripada Turki Uthmaniyyah untuk membentuk satu negeri Arab bersatu. Kerajaan yang ingin dibentuk adalah merangkumi dari Aleppo di Syria hingga ke Aden di Yaman. Hijau juga digemari oleh Empayar Uthmaniyyah. Senibina dan dekorasi bangunannya banyak melibatkan warna dalaman bangunan. Empayar Uthmaniyyah turut merakamkan hijau dalam binaan mereka seperti Masjid Hijau yang terletak Busra. Warna hijau adalah warna utama yang diaplikasikan ke atas masjid tersebut di samping biru tua, turquoise dan scarlet (Ünsal, 1959). Di samping warna hijau, elemen air pancut yang terdapat di Masjid Hijau adalah salah satu kaedah dalam membantu merawat gangguan mental. Menurut Ünsal (1959) dalam karyanya, seorang akitek Perancis menyatakan Masjid Hijau merupakan model ruang, cahaya, warna dan irama dan meraikan keharmonian senibina luaran dan dalaman. Selain itu, bangunan Dom Soltaniyeh di Iran juga mengenakan hijau. Hijau adalah warna utama dalam bangunan tersebut di samping biru, merah, ungu, hitam, kuning emas, kelabu dan oren. Senibina dan dekorasi yang dimiliki oleh bangunan Dom Soltaniyeh adalah seimbang dari segi agama dan spiritual (Faghfoori, Bolkhari & Soltani, 2014). Menurut mereka lagi, keunikan bangunan yang kaya dengan warna dan 4 Manakala, ketika Saidina Abu Bakar warna bendera yang digunakan adalah putih dan merah (Podeh, 2011). 5 Pemerintahan era Umaiyyah mengibarkan bendera putih manakala bendera hitam pula dinaikkan setelah kejatuhan kerajaan Umaiyyah yang diambil alih oleh kerajaan Abbasiyah (Podeh, 2011) 6 Kerajaan Fatimiyah adalah pemerintahan yang terakhir daripada empat pemerintahan khalifah Arab yang mengambil alih (Podeh, 2011)
  • 5. cahaya menjadikan merupakan bangunan yang pertama yang dibina di zamannya. Hijau antara warna yang kerap digunakan dalam bahagian dalaman bangunan seperti cat dalaman, plaster dan tulisan pada jubin. Menurut Faghfoori, Bolkhari & Soltani (2014) hijau diguna pakai pada bangunan tersebut melambangkan tenang, bersantai dan sederhana seperti yang dikaitkan dengan persekitaran syurga yang dinyatakan dalam al- quran. Selain itu, hijau yang diguna pakai juga memberi memberi kesan emosi yang seimbang disamping memberi tampak luas dan hebat ke atas sesebuah bangunan. AL-QURAN, HADIS DAN HIJAU Warna hijau juga dinyatakan di dalam al-quran dan hadis. Perkataan hijau disebut dalam al-Quran sebanyak lima belas kali (Surah al An-A’aam 6: 99; Yusof 12:43 & 46; al- Kahfi 18: 31; al-Hajj 22: 63; al-Naml 27: 60; al-Ruum 30: 80; Yassin 36:80; al-Rahman 55: 64 & 76; al-Hadiid 57: 20; al-Insaan 76: 21, Abasa 80: 30; al-A’laa 87: 5). Ayat-ayat ini menunjukkan warna hijau mengambarkan taman-taman, tumbuhan dan tanaman. Selain itu, hijau juga mengambarkan pakaian dan kelengkapan rumah bagi penghuni syurga (al-Kahfi 18: 31; al-Rahman 55: 76; al-Insaan 76: 21). Warna hijau adalah warna yang indah sehingga menghiasi syurga. Hijau adalah warna alam. Hijau menjelaskan segala yang ada di sekelilingnya berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Selain itu, hijau juga turut disebut dalam hadis-hadis seperti dinyatakan di Jadual 1.1. Jadual 1.1 Hadis-hadis Mengenai Hijau Bil. Hadis Rujukan Elemen 1. Annas bin Malik mengatakan, "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hijau" Diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al- Mu’jam al Akusat. No.hadis: 8027 Warna kegemaran 2. HR. Ahmad Dunia ini cantik dan hijau. Sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah dan Allah mengamati apa yang kamu lakukan, karena itu jauhilah godaan wanita dan dunia. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israil adalah godaan kaum wanita. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. No.hadis:13301 Alam 3. HR. Al Hakim dan Ahmad Para syuhada di lembah (tepi) sungai dekat pintu surga dalam bangunan berkubah berwarna hijau. Rezeki mereka datang dari surga setiap pagi dan petang. Diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal dalam Musnad Ahmad. No.hadis: 2268 Bangunan
  • 6. 4. Abu Daud dan al-Tarmizi meriwayatkan hadis daripada Abu Rimsah (Rifa'ah) : " Aku telah melihat Rasulullah S.A.W memakai dua baju berwarna hijau " Diriwayatkan oleh al-Tarmizi dalam Sunan al-Tarmizi. No. hadis: 2737 Pakaian Hijau juga dapat dikaitkan dengan Nabi Khidir7 a.s. ‘Khidir’ merupakan nama gelaran beliau. Khidir juga bermaksud hijau dalam bahasa arab (M. Abdul Mujieb, Syafi'ah, H. Ahmad Ismail M., 2009). Gelaran hijau dikaitkan dengan beliau kerana apabila setiap tanah kering yang diduduki atau pun solat akan bertukar menjadi hijau dan ditumbuhi pula dengan rumput hijau (M. Abdul Mujieb, Syafi'ah, H. Ahmad Ismail M., 2009). Selain itu, untuk bertemu Nabi Khidir a.s seseorang perlu mempunyai sifat tingkah laku yang sesuai dengan sunnah, bersifat mahmudah dan zuhud. Ketiga-tiga sifat tingkah- laku tersebut juga mengambarkan keperibadian hijau yang dimiliki oleh Nabi Khidir a.s. Kelebihan-kelebihan ini adalah antara yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Khidir a.s. seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Kahfi : Ayat 65-82. Hijau yang disebut di dalam al-quran sebanyak 15 kali, hadis 4 kali dan kisah Nabi Khidir AS merangkumi aspek-aspek kehidupan dan sifat manusia. Ini menjelaskan bahawa hijau adalah warna yang hampir dengan kehidupan fitrah sebagai manusia. Oleh itu, hijau boleh dikatakan warna fitrah manusia. SAINS DAN HIJAU Sains menerangkan warna dalam dua aspek. Pertama diterangkan dalam bentuk fizik iaitu berbentuk fizikal yang dapat dicerap, dinilai dan diterima oleh akal yang logik. Warna terjadi daripada biasan warna yang muncul apabila cahaya terkena objek. Ia memberikan warna yang berbeza mengikut sifat panjang gelombangnya. Ia dapat difahami apabila melihat pencampuran merah, hijau dan biru akan menghasilkan interpretasi warna magenta. Manakala, warna hijau pula adalah campuran warna antara kuning dan biru. Warna hijau juga dihasilkan daripada campuran kuning dengan sian8 (cyan). Warna juga ditentukan oleh panjang gelombang cahaya (Miller, 1997, Verity, 1980). Panjang gelombang warna yang dapat dilihat oleh mata manusia adalah sekitar antara 380-780 nanometer (nm) atau berfrekuensi 790-400 terahertz (THz). Warna hijau mempunyai frekuensi 526-606 THz. Kedudukan ungu, biru, hijau, kuning, jingga, merah, dan merah muda adalah susunan dari gelombang pendek sehingga gelombang panjang. Oleh itu, gelombang hijau mempunyai panjang glombang yang sederhana iaitu 495-570 nm (Verity, 1980). Sains fizik ini bersifat fizikal dan tidak dapat menghuraikan 7 Nama sebenar beliau adalah Balya bin Balkan bin Falakh. 8 Warna biru kehijau-hijauan dikenali sebagai sian (cyan).
  • 7. secara keseluruhan tentang kemampuan warna dapat menyelesaikan masalah fizikal yang berpunca daripada masalah kerohanian. Oleh itu, Norhisham Wahab (2011) mengkritik walaupun sains dan teknologi berkembang tetapi ia akan menemui kebuntuan dan menghadapi kemajuan yang tidak seimbang serta merugikan manusia. Ini kerana sains dan teknologi tersebut tidak berlandaskan agama. Begitu juga yang berlaku pada ketika ini, pembangunan lestari9 yang diperkenalkan oleh barat mengaplikasi warna hijau sebagai memanifestasikan keinginan untuk kembali menitikberatkan alam dan mengurangkan kesan pembangunan kepada manusia dan alam (KeTTHA, 2015). Istilah hijau diguna pakai bagi teknologi hijau, bangunan hijau, gas hujau, rumah hijau, senibina hijau dan infrastruktur hijau adalah usaha-usaha yang dilaksanakan di kebanyakkan negara. Zaini Ujang (2009) pula mengambarkan hijau dan lestari dalam aspek pembangunan dan persekitaran mempunyai konotasi yang sama iaitu pengekalan dan tidak berubah dan saling bergantungan dalam memberi tindak balas kepada alam, manusia dan kehidupan. Hijau yang diketengahkan lebih mendorong kepada usaha-usaha yang berkaitan mempertahankan alam seperti perancangan dan pengurusan tapak bagi mengurangkan kesan ekologi di samping mengalakkan kecekapan tenaga dan air, pengurusan bahan dan sumber dan kualiti udara dalaman. Program seperti kitar semula, penilaian bangunan hijau, perlabelan produk hijau dan antara yang mengambarkan hijau tersebut. Kedua, sains juga menghuraikan warna dalam bentuk metafizik dan mistik iaitu melibatkan spiritual yang diterima oleh keyakinan yang tinggi (Amber, 1965). Metafizik tidak menerangkan warna sebagai biasan cahaya sebaliknya cahaya adalah sebab munculnya warna. Warna yang muncul itu menerangkan sifat kerohanian sesuatu tempat yang menjadi pemerhatian. Prinsip ini dikenali sebagai prinsip teosofi (Faghfoori, Bolkhari & Soltani, 2014). Prinsip Teosofi ini telah dikaji oleh cendiakawan- cendiakawan Islam antaranya ialah Shahab al-Din Suhrawardi, Ibn Sina, Najmuddin Kubra, Sheikh Mohammad Lahiji, Alaodole Semnani dan Najm Razi. Dalam metafizik, cendiakawan-cendiakawan Islam ANALISIS HIJAU DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM Apabila membincangkan tentang konsep cahaya maka, konsep warna turut dikaitkan. Begitu juga sebaliknya. Kedua-dua konsep ini saling memerlukan antara satu dengan lain. Secara asasnya, Teori Warna pertama kali diperkenalkan oleh Aristotle (384-322 SM). Teori Warna yang dibawa oleh Aristotle menyatakan bahawa cahaya merupakan medium yang membawa warna (Faghfoori, Bolkhari & Soltani, 2014). Teori Warna oleh Aristotle disangkal oleh Al-Kindi dengan mengemukakan bahawa cahaya bukanlah medium yang membawa warna sebaliknya, warna terjadi disebabkan objek tumpat yang menyekat pandangan. Teori yang dibawa oleh Al-Kindi menjadi asas kepada Teori Optik yang diperkenalkan oleh Ibn al-Haytham. 9 Masalah kekurangan tenaga bahan bakar dan pemanasan global telah membawa masyarakat dunia terutamanya barat untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu kelestarian tersebut.
  • 8. Perbincangan warna yang telah dibahaskan oleh Aristotle dikupas dan turut dikaji oleh cendiakawan-cendiakawan Islam seperti al-Kindi, Ibn al-Haytham, Ibn Bajja, Ibn Rusyd bermula seawal tahun 873 M sehingga tahun 1198 M (Kirchner, 2015). Setelah itu, teori tersebut diperluaskan lagi oleh cendiakawan-cendiakawan barat seperti Newton, Goethe, Hegel, Schopenhauer, Young, Maxwell, Helmholtz dan Hering (Von Goethe, 1970). Teori Warna moden pula menjelaskan bahawa warna tidak wujud sehingga ia dilihat oleh mata dan diterjemahkan oleh otak (Miller, 1997). Menurut Miller (1997) warna berasal daripada cahaya. Warna terhasil daripada pantulan cahaya pada permukaan mengikut panjang dan jenis gelombang. Cahaya putih daripada matahari membawa gelombang panjang dan pendek yang nampak dan tidak nampak.Gelombang yang nampak menghasilkan warna-warna yang boleh dilihat oleh mata. Manakala, ultraviolet dan infrared adalah gelombang yang tidak dapat dilihat oleh mata. Oleh yang demikian, warna-warna alam dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor- faktor tersebut antaranya panjang gelombang, pantulan cahaya yang dipantulkan oleh permukaan dan cahaya yang diserap oleh permukaan. Dalam Islam pula, cahaya bukan sahaja bersifat fizikal malah bersifat kerohanian. Cahaya adalah lambang keesaaan dan keilahian Allah SWT (Faghfoori, Bolkhari & Soltani, 2014). Oleh kerana itu, warna merupakan manifestasi kewujudan Allah SWT yang sentiasa memberi petunjuk. Warna alam disekeliling dapat difahami dengan mengetahui bahawa Allah SWT jugalah yang memberi petunjuk di langit dan bumi. Ia dinyatakan dalam al-Quran iaitu: “Allah yang menerangi langit dan bumi” Surah An-Nur 24:35 “Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya)” Surah Az-Zumar 39:5 “Dan kepunyaan Allahlah Timur dan Barat; maka ke mana jugapun kamu menghadap, disanapun ada wajah Allah;sesungguhnya Allah adalah Maha Luas lagi Maha Mengetahui”. Miller (1997) menyatakan warna juga mempunyai tenaga dan kuasa. Tenaga dan kuasa warna dimanifestaikan dengan melihat kemampuan warna dalam memberi perasaan menyenangkan atau deprasi. Warna juga memberi keupayaan yang memberi kesan ruang, saiz, bentuk, kedudukan. Namun pun begitu, beliau hanyalah melihat kemampuan warna sebagai kepuasan mata dan memisahkannya dengan fizik, psikologi atau gelagat manusia.
  • 9. Sebaliknya, pandangan Norhisham (2015) berbeza dengan Miller (1997) yang melihat warna lebih berkait dengan sifat dalaman, kesihatan dan tenaga manusia yang bersifat metafizik. Menurut beliau, warna dan penyakit kedua-dua merupakan tenaga. Penyakit merupakan satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar. Penyakit juga bermula daripada hati. Hati yang penuh dengan sifat mazmumah adalah punca ketidakseimbangan tenaga warna dalam badan. Oleh itu, perseimbangan warna yang terdapat pada manusia berlaku di bawah sedar. Di samping itu juga, tenaga yang dipancarkan daripada alam turut membantu mencapai keseimbangan warna dalam diri manusia. Waktu isyraq dan dhuha adalah warna alam hijau. Waktu ini adalah masa yang efektif bagi merawat sistem respitori. Selain itu, warna hijau merangsang perasaan spiritual dan meningkatkan metabolism badan (Norhisham, 2015). Tenaga yang ada pada warna hijau menjadikan metabolisme badan meningkat. Ia terjadi apabila proses penyerapan oksigen ke dalam tubuh manusia berlaku secara maksimum dan juga boleh meningkatkan metabolism kulit. Tindak balas metabolism ini mempunyai kemampuan menukarkan protein menjadi kolagen pada kulit dan kesan keremajaan kulit. Selain itu, warna hijau dapat bertindak balas dengan kuning secara efektif. Ia dapat difahami dengan melihat tindakbalas warna kuning pada cahaya matahari terhadap warna hijau klorofil yang terdapat dalam proses fotosintesis. Tenaga yang terhasil daripada tindak balas fotosintesis menghasilkan bunga-bungaan dan buah-buahan pelbagai warna. Oleh kerana saling tindak balas ini, maka warna kuning turut digalakkan pakai pada hari Khamis diikuti memakai hijau pada hari Jumaat. Norhisham Wahab (2011) mengemukakan bahawa hijau adalah antara empat unsur yang menyeimbangkan diri manusia. Hijau adalah mengambarkan dan mempengaruhi tahap akal manusia. Hijau juga menjiwai sifat rendah hati, berperasaan dan kedamaian. Sifat- sifatnya kuat berfikir, intelek, berfikiran logik, peramah, pintar, pantas berfikir, bersederhana, berkira-kira, bermaklumat dan bukti fakta adalah ciri-ciri rang yang memiliki hijau sebagai warna diri. KESIMPULAN Secara umumnya, hijau sudah sinonim dengan Islam sejak turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Hijau dalam Islam mengambarkan sebuah kehidupan yang melibatkan dunia dan akhirat. Hijau menjadi dorongan dan motivasi umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia bagi mencapai kebahagian akhirat. Gambaran pemandangan syurga yang diceritakan dalam wahyu menjelaskan segala yang ada di dalam syurga berupa kenikmatan, suasana, kesenangan dan ketenangan jiwa. Manakala, gambaran di dunia pula menjelaskan perbuatan sunnah dan akhlaq. Warna adalah persepsi, tenaga, komunikasi dan magis (Miller, 1997). Warna juga boleh menerangkan maksud simbolik yang wujud dalam sesuatu (Faghfoori, Bolkhari & Soltani, 2014). Secara tidak langsung warna turut mengambarkan ketamadunan dan perilaku masyarakat. Warna antara yang menjadi pilihan tamadun terdahulu. Warna hijau memberikan gambaran kehidupan dan jiwa masyarakat pada ketika itu. Warna
  • 10. hijau memberi kesan spiritual yang positif iaitu meningkatkan perasaan ketuhanan, kemanusian kedamaian kepada pengamalnya. Warna hijau secara metafizik memberikan keseimbangan spiritual dan memberi kesan kesihatan kepada manusia. RUJUKAN Adinarayan S.P. (1964). The Case For Colour: An Analysis of the Causes, Manifestations and Effects of Colour Prejudices, a Survey of Remedial Measures and Some Suggestions for a Cure. London: Asia Publishing House Ahcmad Fanani (2009). Arsitektur Masjid. Yogyakarta: Bentang Pustaka Ali Hafiz (t.t). Fushul Min Tarikh Al-Madinah Al-Munawwarah. Amber, R. B. (1965). Color therapy: healing with color. Firma KL Mukhopadhyay. Faghfoori, R., Bolkhari, H., & Soltani, G. (2014). Theosophical Principles of Light and Colour in the Architecture and Decorations of Soltaniyeh Dome. International Journal of Arts, 4(1), 8-16. http://www.humphrey.org.uk/papers/1976colourcurrency.pdf Diakses pada 7/9/2014 Humphrey, N. (1976). The colour currency of nature. Colour for architecture, 95-98. Diperolehi daripada http://www.humphrey.org.uk/papers/1976colourcurrency.pdf Diakses pada 10/9/2015 KeTTHA(2014). Diperolehi atas talian http://www.kettha.gov.my/portal/index.php?r=kandungan/index&menu1_id=3&m enu2_id=75&menu3_id=121#.VVHKA0aMFpw Diakses pada 11/5/2014 Kirchner, E. (2015). Color theory and color order in medieval Islam: A review. Color Research & Application, 40(1), 5-16. M. Abdul Mujieb, Syafi'ah, H. Ahmad Ismail M., (2009). Ensiklopedia Tasawuf Imam Ghazali. Jakarta Selatan: Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika) Miller, M. C. (1997). Color for interior architecture. New York: John Wiley & Sons. Norhisham Wahab (2011). Diperolehi daripada http://profnorhisham.com.my/ Diakses pada 7/9/2015. Podeh, E. (2011). The symbolism of the Arab flag in modern Arab states: between commonality and uniqueness*. Nations and Nationalism, 17(2), 419-442. Russell, D. (1991). Colour in Industrial Design. London: The Design Council Ünsal, B. (1959). Turkish Islamic Architecture. London: Tiranti Verity, E. (1980). Colour Observed. London: The Macmillan Press Ltd. Von Goethe, J. W., & Eastlake, C. L. (1970). Theory of colours (No. 3). Cambridge: Mit Press.