Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Bahasa melayu komunikasi tugasan

8,374 views

Published on

  • Be the first to comment

Bahasa melayu komunikasi tugasan

  1. 1. Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalambentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akandatang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalambentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah danringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendakdibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan katayang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format danpengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlumenggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteksyang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkanteks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapatmematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yangsempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian;baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantupenulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir sertakefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yangtinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi danteori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkarayang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikansecara mudah dan penuh bertanggungjawab.
  2. 2. Definisi dan Konsep Komunikasi Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yangbereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa adaperkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasimerupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripadaseseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan olehTheodorson & Theodorson (1969). Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudahdan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikanpertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yanglebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepadaperkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan,jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, danemosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuanmencapai persamaan makna. Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalammasyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalanpenguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikitsebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.
  3. 3. Bentuk komunikasiPandangan dari tokoh-tokoh terkemuka mengenai komunikasi ;
  4. 4. Kesantunan berbahasa Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepadakesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonvervalseperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975)mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeserandalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawakesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur danpendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu,kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka(TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987). Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakanbahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yangdihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendahkedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporanyang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnyamenggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yangmenerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan namaperibadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000)mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkankegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaanyang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penuturdan pendengar. Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latarsosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuholeh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yangberbunyi:“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspekberbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep
  5. 5. keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah ataumenunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuantersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopengdengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiadasesiapa yang tahu.Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsipyang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiranmanusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadiukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuanberasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan AbdulKadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isterimengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka.Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun. Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorangitu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakapmenggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatumajlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalamungkapan berikut:Ketika orang diamAku bersorakKetika orang duduk aku berdiriKetika orang memberiAku memintaKetika orang bekerjaAku terlenaKetika orang dipuncakAku masih merangkak.
  6. 6. Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Makawujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat,bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlumemahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa diaberkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinyadalam keadaan tertentu.Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani sepertiyang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapatdilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini,maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia padawaktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajarikesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengannama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsasbermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5diajarkan Komsas. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (KementerianPendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antaraobjektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat:· melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, danpenulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untukmendapatkan barangan dan perkhidmatan;· menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, danperasaan cinta akan negara. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan ataubertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus fahamdan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain.Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa merekaberkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yangdigariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai
  7. 7. contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran BahasaMelayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepadakesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah:1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata danungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkanseseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagiseseorang. Untuk merealisasikan pencapaian objektif ini, pemilihan bahan pengajaranadalah penting. Guru harus bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada,khususnya teks Komsas. Dalam teks Komsas banyak terdapat unsur nilai dankesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran Komsas harusbersepadu dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar danbertutur, memabaca dan memahami, dan menulis.Sebagai contoh, marilah kita sama-sama meneliti petikan yang berikut ini:“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah hartabuatmu, nak.” Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah.“Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut.Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di mukapintu.Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amatmanis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benarmenyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunyabertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga.Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuatdaripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunyateratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepadaCikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.”Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi
  8. 8. yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkanharapannya itu.Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal,adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untukmelihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai namatimang-timangan.(Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentukperlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa.(a) Perlakuan bahasa(i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah hartabuatmu, nak.”(ii) Kata-kata pujian“…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”(iii) Kata panggilan yang sesuai“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai namatimang-timangan.(b) Bukan perlakuan bahasa(i) EmpatiRamli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.(ii) Air muka/ raut wajah…wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunyaberusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
  9. 9. (iii) Menujukkan sikap bertanggungjawabRizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untukmelihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanankepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yangterdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, danbukan “dipaksakan”. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu mempelbagaikankaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar belajar kesantunanbukan dengan kata-kata, tetapi dengan rasa. Kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa kesemasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalankan pintas. Oleh itu, sebagaiguru, kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajarandan pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna. Sebagai renungan,telitilah kalimat ini:Santunkah kitaApabila berbicara mendabik dadaApabila bercakap bohong belakaApabila diberi secebis kuasa tersalah gunaApabila mengajar kepalang ajarApabila berjanji dimungkiriAda akal tidak berfikirAda Ilmu tanpa amalSantunkah kitaKita mencintai yang dicipta melupai PenciptaKita mencintai kehidupan melupai kematianKita mencintai kekayaan melupai perhitungan. Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaituhubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan hubungan yang baik
  10. 10. antara manusia dengan Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baikantara manusia dengan manusia semata-mata tidak bermakna kita telahmengamalkan kesantunan jika tidak disertai oleh amalan hubungan yang baik antarakita dengan Pencipta.Kesantunan Dalam Komunikasi Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakanbahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yangdihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendahkedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporanyang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnyamenggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadiatau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.Kesantunan Berbahasa Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan1. sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan2. bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai3. sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan4. gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan
  11. 11. pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.9, Lihat contoh berikut: Digunakan untuk orang lelaki Pak yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Digunaka utnuk orang Mak perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira Tok sebaya dengan datuk atau nenek kendiri. Digunakan untuk orang lelaki Abang yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua Kakak emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri. Digunakan untuk orang lelaki Adik atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.
  12. 12. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan10. Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.12. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
  13. 13. pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)14. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu),Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif,
  14. 14. Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan(Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Zaaba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.16. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman17. Rujukan Hormat
  15. 15. Orang Yang Disapa Rujukan HormatYang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha MuliaRaja Permaisuri Agong Seri Paduka BagindaSultan, Raja, Sultanah, Tengku Duli Yang Maha MuliaAmpuan, Raja PermaisuriBalu Raja Yang Maha MuliaRaja Muda atau Tengku Duli Yang Teramat Mulia atauMahkota Yang Teramat MuliaKerabat Diraja Karib Yang Amat MuliaBergelar warisan Yang MuliaPerdana Menteri, TimbalanPerdana Menteri, Menteri Yang Amat BerhormatBesar, Ketua MenteriMenteri, Ahli Parlimen, AhliDewan Undangan Negeri (wakil Yang Berhormatrakyat)Wakil Rakyat yang mempunyai Yang Berhormat Muliagelaran Tengku atau RajaTun, Toh Puan Yang Amat BerbahagiaYang mempunyai gelarankurniaan kerajaan (selain Tun Yang Berbahagiadan Toh Puan) atau/dangelaran ikhtisas yang formalKetua Hakim Negara Yang Amat ArifKetua Polis Negara Yang Amat SetiaHakim, Kadi Yang ArifMufti dan pemimpin Islam Sahibul SamahahKetua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
  16. 16. BAHASA merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusiamenggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secaralangsung atau bertulis. Penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya.Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam danstruktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud. Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yangkeras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas danberprinsip. Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara ataumelukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu,remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanyaterikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikutperedaran zaman.Bentuk komunikasi bertulisMemoMemo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulisdalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat ataudisebut sebagai surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialahcatatan yang disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atauorganisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal danmempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan.Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahanada memo yang tersedia dalam bentuk borang.Tujuan memo Memberi maklumat dan fakta Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
  17. 17.  Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakanCiri Memo Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas Terus kepada maksud Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh,perkara, tandatangan dan sebagainya. Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat padasurat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.Bentuk Memo Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk yangtertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk borang dan boleh jugadalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan masing-masing. Padaumumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk borang danbentuk terbuka.Memo Bentuk BorangMemo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalamborang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau menandakan sahaja padaruang yang telah disediakan. Di samping itu, disediakan juga ruang kosong untukcatatan tambahan jika perlu.Memo Bentuk Terbuka Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah seperti surattetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka bentuknya ynag tersendiri bagitujuan memudahkan urusan.
  18. 18. Bahasa Memo Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gayapenulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendakdisampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang digunakan seharusnya:• ringkas, padat dan jelas• Lembut dan berdiplomasi• Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca• Tidak menimbulkan prasangka.• Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.Langkah Menulis MemoMerancang:• Tujuan penulisan memo tersebut• Mengenal pasti siapakah sasaran• Apa yang diharapkan• Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebutMenulis• Menepati tujuannya• Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut• Satu isi satu perengganMenyemak• Maklumatnya adakah tepat dan betul• Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca• KonstruktifMinit Mesyuarat Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-perkarayang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting keranaakan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat di adakan,segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakalaperbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulisminit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau jugabertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit
  19. 19. mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakanPengerusi dalam masa tiga hari. Minit mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibatselewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh individuyang mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat secara rasmi melalui suratpanggilan mesyuarat. Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyaitujuan tertentu, antaranya: Bertukar-tukar fikiran antara ahli Mendapatkan idea-idea baharu Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuanuntuk bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara. Dalam hal ini minit mesyuarat merupakan dokumen yang melaporkanperkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatankeputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihaktertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai mesyuarat.Jenis Minit MesyuaratBerdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan kepada kepadabeberapa jenis:Mesyuarat Jawatankuasa Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea danmembuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh individuyang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.Mesyuarat Agong Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlakuperlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang
  20. 20. lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telahdibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan dibentangkan untuk makluman ahli.Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agungdikira sah jika kehadiran ahli dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar.Dalam mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara,membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu isu.Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkandalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli.Mesyuarat Khas Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putusdaripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja. Mesyuarat TergemparDiadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yangmeruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan diperoleh dalam masa yang terhadsupaya masalah yang meruncing itu tidak merebak atau tersebar menjadi lebihteruk.Mesyuarat Agung Luar BiasaDiadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanyadiadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara.Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusanyang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuaratagung luar biasa kerana diadakan di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatumesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagisatu isu sahaja.Ciri Minit MesyuaratTulen: Ringkas dan padat. Tidak direka-reka. Bukan bentuk laporan.
  21. 21.  Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersamaahli mesyuaratLengkap: Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.Tepat Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat. Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlahpandangan pencatat.Sahih Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yangberkaitan. Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan minitmesyuarat. Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama danfakta-fakta lain.Berstruktur Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlukelihatan kemas dan teratur. Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor dan mengikuturutan.
  22. 22. KOMUNIKASI LISANPidato Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan.Melalui aktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul,menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapatmelatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasayang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.Definisi pidato Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusahamenjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokonganserta mempengaruhi pendengar.Tujuan1) Memberi penerangan:menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.2) Memberitahu:perkara yang baru3) Memberi keyakinan:meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik4) Mempengaruhi:Memberi penekanan dan perhatianCiri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. Aras bahasa bersesuaian dengan audien. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkanseperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menariksimpati. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien
  23. 23.  Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradabGaya Penyampaian Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankanfakta. Jangan kaku dan beraksi berlebihan Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabilagembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi. Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajahyang terlalu serius. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.Gaya dan Intonasi Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai. Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosiSyarahanSatu bentuk komunikasi sehala- Disampaikan secara individu- Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukanDefinisi Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untukmenjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
  24. 24. -Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikanTujuanMemberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek pentingtentang tajuk tersebut.Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau halehwal semasa yang menarik.Format SyarahanPembuka Kata Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihaktertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yangberkenaan.Isi atau amanat Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.Penutup Isi/ amanat Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapatdalam syarahan tadi.Penutup syarahan Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian inipemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur,melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahantadi akan memanfaatkan para hadirin.Bentuk-bentuk Halangan dalam berkomunikasiTerdapat pelbagai bentuk halangan dalam berkomunikasi terutama komunikasi lisan.Dari segi keberkesanan penyampaian sesuatu perkara. Seseorang penyampai harusmemahami apa yang hendak disampaikan. Mengenalpasti siapakah yang akanmendengar , suasana tempat penyampaian. Sekiranya dalam suasana yang bisingsudah pasti perkara yang hendak disampaikan tidak dapat diterima atau didengaroleh pendengar. Bukan itu sahaja, seseorang penyampai perlu ada keyakinan dankekuatan dalam diri untuk berucap atau menyampaikan sesuatu secara lisan agarpendengar memahami maksud penyampaiannya.
  25. 25. Seorang pendengar juga perlu peka dengan perkara yang disampaikan. Jikapendengar tidak tahu atau memahami perkara yang hendak disampaikan, makakomunikasi yang berlaku tidak akan tercapai.Refleksi Secara keseluruhannya, komunikasi adalah satu perkara yang penting dalamkehidupan seharian kita. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang Berjayadifahami dan diterima oleh penyampai dan pendengar. Seperti yang kita sediamaklum bahawa komunikasi ini boleh berlaku secara lisan dan juga bertulis. Dalamberkomunikasi, kesantunan bahasa adalah salah satu perkara yang penting.Kesantunan berbahasa perlu ada dalam setiap komunikasi, agar komunikasi ituberjalan lancer dan mudah difahami. Penyampai dan pendengar dapat memahamiperkara yang hendak disampaikan.
  26. 26. BIBLIOGRAFIModul Bahasa Melayu Komunikatif 1 ( WAJ3115) TESL Sekolah Rendah, InstitutPendidikan Guru, Jun 2011Modul Bahasa Melayu Komunikatif 11 ( WAJ3116) TESL Sekolah Rendah, InstitutPendidikan Guru, Jun 2011www.tutor.com.my/.../kesantunan_berbahasa.htmwww.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf -
  27. 27. ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 1 2. Definisi dan Konsep Komunikasi 2 3. Bentuk komunikasi dan Pandangan tokoh 3 4. Kesantunan berbahasa 4- 9 5. Kesantunan dalam komunikasi 10-15 6. Bentuk komunikasi bertulis 16- 21 7. Komunikasi lisan 22- 25 8. Refleksi 25

×