Successfully reported this slideshow.
Your SlideShare is downloading. ×

Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.

Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
RUBRIK PENSKORAN SEJARAH SPM
 Penandaan rubrik penskoran dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016
APAKAH MAKSUD R...
CONTOH SOALAN 2 : (Pecahan Soalan Esei)
JAWAPAN RUBRIK (Ayat Berlapis)
2. Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim saling ber...
Penskoran: (Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 83)
BUKTI - Fakta (F) = Kerajaan Agraria menyediakan bekalan makanan kpd ke...
Advertisement

Check these out next

1 of 5 Ad

More Related Content

Slideshows for you (20)

Viewers also liked (20)

Advertisement

More from Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) (10)

Recently uploaded (20)

Advertisement

Rubrik Penskoran Sejarah Terkini SPM 2016.

  1. 1. RUBRIK PENSKORAN SEJARAH SPM  Penandaan rubrik penskoran dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016 APAKAH MAKSUD RUBRIK PENSKORAN?  Pelajar perlu jawab secara RUBRIK iaitu, (Jawapan lebih / Ayat berlapis)  Contoh : - Fakta + Huraian + Contoh (idea lain) - Fakta + Huraian + Kesan - Fakta + Huraian + Faedah  Banyak digunakan dalam soalan bentuk KBAT CONTOH SOALAN 1 : a) Kuasa Barat menjadikan slogan 'Beban Orang Putih' dan 'Tugas Menyebarkan Tamadun' sebagai alasan mereka untuk menguasai Negara lain. Beri komen terhadap pernyataan tersebut. (3 Markah) Penskoran: KOMEN - Fakta (F) = Berkaitan dengan maksud tersurat dan tersirat slogan (1m) KOMEN - Huraian (H) = Komen disertakan dengan huraian yang sesuai (2m) KOMEN - Kesan (K ) = Komen di hurai dan disertakan dengan contoh yang sesuai (3m) CONTOH AYAT : (Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 m.s. 7) (Kuasa Barat menjadikan slogan 'Beban Orang Putih' dan 'Tugas Menyebarkan Tamadun' sebagai alasan mereka untuk menguasai negara lain kerana mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun). (Hal ini kerana, mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin masyarakat Asia Tenggara menjadi masyarakat bertamadun.) (Namun demikian, sumber ekonomi masyarakat Asia Tenggara dibolot oleh orang Barat. )    JAWAPAN PAKEJUNTUK MENDAPATKAN MARKAH PENUH = 3 MARKAH F+H+C atau F+H+K atau F+H+F Kepala Ayat Penanda Wacana BEFORE AFTER
  2. 2. CONTOH SOALAN 2 : (Pecahan Soalan Esei) JAWAPAN RUBRIK (Ayat Berlapis) 2. Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim saling bergantungan. Buktikan. (6 Markah) CONTOH JAWAPAN LAMA/ BIASA - (Sebelum Rubrik Penskoran)  Kerajaan Agraria menyediakan bekalan makanan kepada kerajaan maritim  Kerajaan Agraria membekalkan bahan mentah kepada kerajaan maritim  Kerajaan Agraria membekalkan hasil hutan kepada kerajaan maritim  Kerajaan Agraria menyediakan kenderaan raja kepada kerajaan maritim  Kerajaan Maritim membekalkan barangan mewah kepada kerajaan Agraria  Kerajaan Maritim mendapatkan tenaga kerja daripada kerajaan Agraria [Jika hanya nyatakan isi/ fakta sahaja dan tidak ada huraian & contoh, (walaupun ada 6 isi / fakta, calon hanya mendapat 1-2 markah sahaja. ] CONTOH JAWAPAN BENTUK BARU/ RUBRIK PENSKORAN Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim saling bergantungan kerana Kerajaan Agraria menyediakan bekalan makanan kepada kerajaan Maritim kerana Kerajaan Agraria mempunyai sistem pertanian yang baik sehingga dapat menghasilkan sumber makanan utama seperti Padi / Padi Huma yang menghasilkan beras Kerajaan Agraria memerlukan barang mewah daripada kerajaan Maritim. di mana barang tersebut datang dari luar seperti China dan India. Contohnya Tekstil, gelas, manik. [ Jawapan ini melayakkan calon mendapat markah penuh 6 markah (walaupun hanya 2 isi / fakta sahaja yang ditulis, tetapi lengkap dengan Fakta + Huraian + Contoh ] Butiran Markah Menunjukkan pengetahuan yang luas dan pemahaman yang jelas Bukti / ulasan yang relevan Contoh yang sangat sesuai 5 - 6 CEMERLANG Menunjukkan pengetahuan yang luas dan pemahaman yang kurang jelas Bukti / ulasan yang kurang relevan Contoh yang kurang sesuai 3 - 4 MEMUASKAN Menunjukkan pengetahuan yang luas dan pemahaman yang terhad Bukti / ulasan yang tidak relevan Contoh yang tidak sesuai / tiada contoh 1 - 2 LEMAH 
  3. 3. Penskoran: (Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 m.s. 83) BUKTI - Fakta (F) = Kerajaan Agraria menyediakan bekalan makanan kpd kerajaan Maritim HURAIAN- (H) = Kerajaan Agraria mempunyai sistem pertanian yang baik sehingga dapat menghasilkan sumber makanan utama CONTOH - Idea lain (C ) = Padi / Padi Huma Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim saling bergantungan kerana (Kerajaan Agraria menyediakan bekalan makanan kepada kerajaan Maritim ) Hal ini kerana (Kerajaan Agraria mempunyai sistem pertanian yang baik sehingga dapat menghasilkan sumber makanan utama ) seperti( Padi / Padi Huma yang menghasilkan beras.) BUKTI - Fakta (F) = Kerajaan Agraria memerlukan barang mewah daripada kerajaan Maritim HURAIAN- (H) = Barang tersebut datang dari luar seperti China dan India CONTOH - Idea lain (C ) = Tekstil / gelas / manik (Kerajaan Agraria memerlukan barang mewah daripada kerajaan Maritim.) (Barangan tersebut datang dari luar seperti China dan India.) (contohnya Tekstil, gelas dan manik. .) Penskoran penuh:  Bukti berkaitan dengan pernyataan sahaja  Bukti disertakan dengan huraian yang sesuai  Bukti disertakan huraian dan contoh / idea baru yang sesuai       TASIK TONLE SAP DI KEMBOJA http://khai79.blogspot.my/ Penanda Wacana Kepala Ayat
  4. 4. RUMUSAN: - Pengskoran Rubrik memerlukan pelajar menjawab dalam bentuk PAKEJ iaitu : FAKTA + HURAIAN + CONTOH (Kesan, Faedah atau idea baru) PESAN CIKGU……  Item KBAT adalah markah BONUS anda………  1.Markah kbat tidak bergantung kpd berapa isi jawapan diberi. Yang penting pelajar boleh beri fakta + huraian + contoh.  BERANI dan JANGAN TAKUT mengeluarkan apa sahaja idea yang logik/ munasabah walaupun anda berasakan idea itu tidak HEBAT atau MENARIK.  Kaitkan jawapan anda dengan kehidupan seharian , mata pelajaran lain yang berkaitan, peristiwa semasa@isu-isu semasa , berita terkini dan persekitaran anda.  Cubalah belajar berfikir di LUAR KOTAK @ KRITIS & KREATIF!!
  5. 5. TEKNIK NO. 1 : Pilih Soalan/ Fokus kepada soalan : (SOALAN MUDAH) - KBAT & KBKK - PENGERTIAN / MAKSUD - YA atau TIDAK TEKNIK NO. 2 : Cara menulis jawapan trend terkini : (JAWAPAN PAKEJ F+ H+C) Mulakan ayat  Kepala Ayat (Ambil sebahagian ayat soalan/ sama spt menjawab kefahaman) Fakta  Isi… Huraikan  Hal ini kerana….. Contoh  Contohnya…… Mulakan  Kepala Ayat (Imperialis Barat……) Fakta  Ekonomi Huraikan  Hal ini kerana…Bahan mentah Contoh  Contohnya…… Bijih Timah TEKNIK NO. 3 : Mahir Ayat KBAT + AYAT PENYAMBUT ( Mudah untuk huraikan fakta) Contoh soalan : Pada pendapat anda mengapakah Imperialis Barat berminat menjadikan Asia Tenggara sebagai Tanah Jajahan? Contoh menjawab Pakej - F+ H+C Imperialis Barat berminat menjajah Asia Tenggara kerana(F) ekonomi Asia Tengggara maju. (H)Hal ini kerana,terdapat banyak bahan mentah. Contohnya, hasil perlombongan bijih timah (C) - Politik = Stabil - Ekonomi = Maju - Pemerintahan = sistematik - Masyarakat = harmoni/ bersatu - Perpaduan = kaum/ Masyarakat - Raja = Berdaulat/ disanjung - Undang- undang = keadilan - Kemahiran = ICT/ Ilmu Pengetahuan - Berfikiran = Terbuka/ Kreatif/ Inovatif - Teknologi = moden/ Sains/ ICT - Pasaran = Tempatan/ Negara/ Global/ Antarabangsa/ Serantau - Perpaduan = berbilang kaum - Bersemangat = Waja/ Kental/ Tinggi - Era = Globalisasi/ Moden/ ICT

×