Tugasan kh jan 2008 (muktamad) b

644 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
644
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
8
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan kh jan 2008 (muktamad) b

  1. 1. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 1. Latar Belakang Perniagaan 1.1. Jenis Perniagaan yang Dijalankan Kajian ini dijalankan ke atas sebuah pusat perniagaan, Anika Telecommunication, yang menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit, peralatan telekomunikasi, akhbar dan majalah, perkhidmatan fotostat dan alat tulis. Kedai peralatan telekomunikasi ini terletak di Lot 320-A,Cabang Empat Tendong, 17030 Pasir Mas, Kelantan. Kedai peralatan telekomunikasi ini dimiliki oleh Encik Azman bin Mahmood dengan dibantu oleh adiknya Encik Azmi bin Mahmood. Encik Azman menjalankan perniagaan tempatan, di mana kegiatan jual beli yang dijalankan hanya dalam pasaran tempatan sahaja. Beliau menjalankan perniagaan runcit, dengan membeli daripada pengeluar atau pemborong dan menjual semual kepada pengguna dalam kuantiti yang sedikit mengikut keperluan pasaran tempatan. 1
  2. 2. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Beliau merupakan pekedai tunggal, mempunyai sebuah kedai yang tetap di Simpang Empat Tendong. Perniagaan beliau adalah milikan tunggal. Ini berdasarkan perniagaan ini hak miliknya secara individu. Segala keuntungan dan kerugian perniagaan ditanggung sendiri oleh beliau. Beliau menjalankan perniagaan di sebuah kedai yang disewa pada harga RM850 sebulan. Beliau telah mendaftarkan perniagaan beliau ini kepada pendaftar perniagaan, iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran KT0151361 D. Pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan perkongsian dikawal oleh Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, berbagai-bagai faktor mesti dipertimbangkan untuk menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Faktor-faktor utama ialah modal, lokasi perniagaan, jenis dan saiz perniagaan, pengalaman, persaingan, minat dan kebolehan berniaga. 1.2. Pembiayaan dan Sumber Modal Sebagai seorang peniaga beliau harus memastikan mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan sesuatu perniagaan. Anggaran modal perlu disediakan yang merangkumi pecahan-pecahan kos terlibat, dari mana sumber modal boleh diperolehi untuk membeli stok dan kelengkapan perniagaan. 2
  3. 3. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Jumlah modal bergantung kepada jenis, saiz dan lokasi perniagaan. Untuk mendapatkan anggaran yang tepat beliau boleh merujuk kepada rekod atau data perniagaan sedia ada, buku-buku rekod jualan dan belian, maklumat daripada majalah atau bahan-bahan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau agensi serta membuat pemerhatian dan temubual. Beliau memulakan perniagaan bermodalkan wang simpanannya, dengan jumlah modal hanya sebanyak RM2000. Beliau memulakan perniagaannya bermula dengan sebuah kedai kecil, menjual akhbar dan sedikit majalah, komik dan buku-buku cerita kanak-kanak. Semua urusan dan kawalan perniagaan dilakukan sendiri oleh beliau dengan bantuan ahli keluarga dan para pekerja. Untuk mengembangkan perniagaan beliau dalam aktiviti peralatan telekomunikasi, beliau telah membuat pinjaman bank untuk menambahkan lagi modal perniagaan disamping modal sedia ada. Beliau telah membuat pinjaman Microcredit bernilai RM5000 daripada Bank Simpanan Nasional. Selain itu, di atas usahanya yang tidak mengenal penat dan putus asa, beliau telah dinilai sebagai seorang peniaga atau usahawan yang berpotensi. Oleh itu, beliau telah ditawarkan pinjaman TEKUN, satu program pinjaman yang disalurkan melalui badan politik. Melalui pinjaman ini beliau telah diberikan tiga kelulusan pinjaman berperingkat iaitu bermula dengan kelulusan pinjaman sebanyak RM5000, seterusnya diikuti dengan kelulusan pinjaman kedua sebanyak RM10000 dan diakhiri dengan kelulusan pinjaman sebanyak RM20000. Semua pinjaman yang dibuat atau yang telah diluluskan kepada beliau telah pun selesai dibayar. Ini bermakna beliau kini tidak menanggung apa-apa hutang. Semua peralatan atau stok di kedainya adalah miliknya secara mutlak. Kini premis beliau mempunyai stok atau modal berbayar bernilai mencecah RM100,000. 1.3. Personel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan ini 3
  4. 4. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Demi memastikan perjalanan perniagaan adalah teratur serta untuk memastikan perniagaan yang diceburi boleh mendatangkan kejayaan beliau telah menggaji adiknya untuk menguruskan kedai tersebut bersama-sama beliau agar perjalanan perniagaan tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan diuruskan dengan cara yang paling baik. Pengendalian dan pengurusan perniagaan yang cekap dan berkesan amat penting bagi menjayakan perniagaan yang diceburi. Atas alasan ini beliau telah mengambil 6 orang pekerja untuk menguruskan kedai tersebut bersamasama beliau dan adiknya. Para pekerja bekerja mengikut giliran bekerja yang telah ditetapkan. 4 orang pekerja pada giliran bekerja siang dan 2 orang pekerja untuk giliran bekerja malam. Setiap pekerja diberikan tugas khas menguruskan setiap bahagian kedainya iaitu bahagian alat tulis dan fotostat, bahagian akhbar dan majalah, dan bahagian penjualan alat-alat kelengkapan telekomunikasi. Pekerja beliau juga terdiri daripada ahli keluarga terdekat, iaitu saudara mara. Ini penting untuk membolehkan beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka, disamping mereka juga boleh digunakan untuk bekerja lebih masa tanpa memerlukan perbelanjaan yang lebih. Beliau juga berhasrat mendidik para pekerjanya dalam selok belok perniagaan, agar pada masa hadapan mereka juga mampu membuka dan menguruskan perniagaan sendiri. Beliau juga sentiasa memastikan pekerjanya sentiasa mampu melakukan tugas yang telah ditetapkan. Bimbingan berbentuk pengetahuan dan peringatan sentiasa diberikan kepada para pekerjanya supaya kemahiran dan daya kerja atau perkhidmatan yang benar-benar berkesan dan optimum dapat diberikan kepada para pelanggan. Beliau sentiasa memberikan teguran dan arahan yang jelas kepada pekerja-pekerja supaya para pekerja benar-benar memahami tugas-tugas yang perlu mereka laksanakan. Apa yang paling penting, segala kerja akan dapat dijalankan dengan tepat dan cekap. 4
  5. 5. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Beliau sentiasa melayan para pekerjanya dengan adil serta sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada mereka dalam menjalankan urusan atau aktiviti perniagaan di kedai beliau. Beliau sentiasa mengutamakan serta mengambil berat kebajikan para pekerja. Galakan dan insentif yang berpatutan akan diberikan kepada pekerjanya yang rajin, jujur, berdedikasi serta sanggup berusaha ke arah kemajuan kendiri. 1.4. Aktiviti perniagaan yang dijalankan atau yang berkaitan Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat, dikaitkan pula dengan anggaran modal yang beliau miliki, Encik Azman telah memulakan perniagaannya dengan membuka sebuah kedai menjual akhbar, majalah, perkhidmatan fotostat dan alat tulis. Beliau memilih perniagaan ini kerana perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar dan barangan yang dijual juga merupakan barangan yang sentiasa ingin dimiliki atau diperlukan oleh pelanggan. Selain itu, bagi melengkapkan lagi keperluan pelanggan khususnya para pelajar dan guru, beliau juga menyediakan perkhidmatan menjilid dan membinding serta pelbagai pilihan kertas warna yang sesuai untuk menjilid atau dijadikan kulit buku. Alat tulis dari pelbagai jenama dan harga juga dijual bersesuaian dengan permintaan dan keperluan pelanggan. Begitu juga dengan pelbagai kertas pembalut yang beraneka corak dan warna, turut dijual. Beliau mensasarkan jualannya kepada warga sekolah di sekitar lokasi perniagaannya di samping masyarakat setempat. Ini bersesuaian dengan lokasi kedai yang terletak di pusat perniagaan persekitaran kampong tendong serta dikelilingi atau berhampiran dengan dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah. Sasaran beliau ialah kepada para pelanggan yang terdiri daripada warga sekolah dan masyarakat setempat. Apatah lagi pada masa itu belum ada perniagaan seumpamanya dibuka di situ. Lokasi perniagaan yang dipilih oleh beliau begitu strategik. Premis beliau terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di Kampung Simpang Empat 5
  6. 6. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Tendong, yang sememangnya menjadi pusat tumpuan masyarakat setempat dan masyarakat sekitarnya, Tempat atau lokasi perniagaan adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Dari aspek ini, En. Azman telah memilih suatu lokasi yang amat sesuai untuk menjalankan perniagaannya. Premis perniagaannya mempunyai cirri-ciri yang baik untuk mempromosikan perniagaannya seperti : a. Mempunyai segala kemudahan infrastruktur . b. Berhampiran dengan pelanggan yang mana premis perniagaan beliau terletak sangat berhampiran dengan sebuah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah yang mempunyai lebih daripada 3000 orang pelajar dan kakitangan. c. Berhampiran dengan pusat aktiviti seperti pejabat dan aktiviti perniagaan lain yang telah sedia wujud di sekitar kawasan itu. d. Terdapat kemudahan pengangkutan kerana berada di tepi jalan raya serta berhampiran dengan simpang empat yang merupakan pusat perniagaan yang sentiasa menjadi tumpuan mesyarakat setempat. Kedai tersebut juga terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan antara Bandar Kota Bharu dan Pasir Mas. e. Di hadapan kedai juga terdapat medan meletak kereta yang agak luas dan selesa, mudah dikunjungi oleh pelanggan yang agak ramai pada satu-satu masa, Di lokasi yang dipilih juga masih belum ada premis yang menjalankan perniagaan yang sama seperti beliau. Ini mengurangkan persaingan dalam perniagaan beliau dan amat sesuai untuk peniaga yang baru memulakan perniagaan seperti beliau. Bekalan perniagaan juga mudah diperolehi, di mana akhbar-akhbar akan dihantar oleh pembekal setiap hari ke kedainya, manakala buku-buku dan 6
  7. 7. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 majalah serta alat tulis mudah diperolehi daripada beberapa pemborong yang telah beliau kenal pasti. Beliau juga bijak mengambil peluang dalam bidang perniagaan apabila mengambil keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaannya , menjual pelbagai peralatan telekomunikasi. Idea ini beliau perolehi berdasarkan pengalaman beliau dan rakan-rakan yang begitu meminati perkembangan pelbagai teknologi terkini berkaitan peralatan telekomunikasi. Beliau sedar, pada hari ini, perkhidmatan ini telah menjadi begitu penting dan menarik. Para pengguna telefon mudah alih atau telefon bimbit mempunyai kecenderongan yang tinggi untuk sentiasa mengejar dan berusaha memiliki peralatan telekomunikasi yang serba canggih dan sentiasa berkembang maju dengan perisian baru setiap masa. Lebih-lebih lagi penggunaan telefon bimbit ini sudah menjadi keperluan yang begitu penting dalam perkembangan dunia globalisasi hari ini. Perkhidmatan telekomunikasi telah memudahkan lagi perhubungan, di mana kita dapat menghubungi sesiapa yang diingini tanpa mengira tempat dan masa. Untuk mengembangkan perniagaan beliau, beliau telah membuat pinjaman bank untuk menambahkan lagi modal perniagaan disamping modal sedia ada. Pinjaman yang disalurkan melalui badan politik, melalui program TEKUN juga begitu besar ertinya untuk beliau memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau juga telah mengubahsuai semula susun atur barangan di kedai beliau untuk menyesuaikan dengan perkembangan perniagaan beliau. Beliau juga dilihat begitu bijak menggunakan setiap ruangan yang ada untuk menyusun atur barangan bagi memudahkan pelanggan memilih barangan pembelian dengan cara yang agak menarik dan selesa. Kedai peralatan telekomunikasi ini menjual pelbagai peralatan telekomunikasi yang merangkumi telefon bimbit yang serba canggih , kad-kad prepaid Maxis, Digi, Hotlink dan Celcom. Perkhidmatan tukar beli serta perkhidmatan membaiki atau membaikpulih telefon juga ada disediakan. Ternyata keputusan beliau menambahkan aktiviti perniagaan peralatan komunikasi di premis beliau adalah tepat. Perniagaan baru ini telah berkembang 7
  8. 8. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 dengan begitu cepat dan perniagaan peralatan telekomunikasi ini begitu mendapat tumpuan pelanggan. Permintaan terhadap prepaid, housing dan telefon bimbit menjadi semakin tinggi dari semasa ke semasa. Sehingga kini perniagaan peralatan telekomunikasi ini telah menjadi aktiviti perniagaan utama di kedai beliau. Untuk memenuhi bekalan peralatan yang sentiasa meningkat, beliau memperolehi atau membelinya daripada beberapa pemborong di Bandar Kota Bharu. Kini hampir setiap hari beliau terpaksa ke Kota Bharu untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan atau ditempah oleh para pelanggan. Apatah lagi dengan peningkatan pendapatan isi rumah kini, hampir setiap isi rumah memiliki telefon bimbitnya sendiri atau sekurang-kurangnya satu atau dua buah telefon bagi setiap isi rumah. Penjualan kad prepaid sahaja sudah mencecah sehingga hampir RM2000.00 sehari pada setiap masa. Jelas beliau telah membuat perancangan yang lengkap dan teliti agar kemungkinan perniagaan itu berjaya adalah tinggi. Beliau telah mengenal pasti keperluan perniagaan yang akan beliau jalankan, aktiviti pemasaran yang akan dilakukan, dan langkah-langkah yang akan diambil untuk membangunkan perniagaan. Pengalaman beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sebelum ini begitu membantu beliau untuk memahami keperluan perniagaan yang beliau jalankan sekarang. Di samping itu beliau juga telah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada rakan-rakan niaga yang menjalankan aktiviti perniagaan yang sama serta sokongan dan bantuan secara tidak langsung daripada ahli keluarga serta syarikat-syarikat pembekal peralatan telekomunikasi. Beliau telah diiktiraf sebagai pengedar kepada peralatan telekomunikasi keluaran syarikat mereka. Walaupun tiada dokument perjanjian secara bertulis dibuat, ini dibuktikan melalui apabila beliau sentiasa dibekalkan dengan risalah dan poster utnuk mempromosikan pelbagai barangan keluaran syarikat. Beliau juga sentiasa menilai keperluan dalam pengurusan perniagaan yang beliau jalankan dari masa ke semasa demi memastikan perniagaan yang 8
  9. 9. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 dijalankan mampu memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan semaksima yang mungkin. Untuk tujuan itu, beliau sering berbincang dengan para personel yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan beliau untuk mendapatkan maklum balas keperluan perniagaan beliau. Maklumat tentang keperluan perniagaan ini juga direkodkannya daripada kenyataan atau komen pelanggan samada yang diberikan secara langsung atau secara tidak langsung semasa sesi jual bali. Berdasarkan perkembangan perniagaan kini, beliau telah melantik adiknya sebagai pegawai pemasaran di kedai beliau. Manakala beliau pula sebagai pengurus bahagian stok, yang bertanggungjawab menyediakan, mencari dan membeli barangan untuk jualan disamping mengendali pegangan stok untuk membolehkan beliau mengendalikan sebarang perubahan dan ketidaktentuan dalam bekalan dan permintaan. Stok merupakan barang-barang dagangan yang dibeli dan kemudian dijual semula untuk mendapat keuntungan. Stok perlu diuruskan dengan baik. Jumlah barangan yang ada dalam stok perlu sentiasa diketahui dan dikenal pasti supaya dapat membuat pesanan apabila jumlah stok telah berkurangan kepada angka minimum. Beliau juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan stok yang paling baik dari segi harga, kualiti, syarat kredit dan perkhidmatan. Selain itu, penyemakan stok juga dilakukan oleh beliau dari masa ke semasa untuk mengelakkan kecurian dan kehilangan serta memastikan bekalan sentiasa mencukupi apabila diperlukan. Penyimpanan stok juga dilakukan secara optimum iaitu tidak berlebihan atau berkurangan. Angka maksimum stok adalah juga penting untuk memastikan modal tidak terikat dalam stok yang tidak diperlukan dan juga ruang bilik stor tidak digunakan sebarangan. Ini penting kerana sebagai sebuah perniagaan yang perlu sentiasa berkembang maju, sumber modal yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin dengan membelanjakannya dengan cara yang paling memberi keuntungan dan mengelakkan kerugian. 9
  10. 10. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Sehubungan itu, peniaga perlu menyimpan buku stok kerana buku stok dapat menunjukkan baki stok, barang jualan yang perlu dipesan, dan memberitahu jenis-jenis stok yang bergerak pantas dan yang bergerak perlahan. Stok gerak pantas haruslah disimpan lebih banyak daripada stok gerak perlahan. Namun stok harus sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Jika stok sentiasa tidak mencukupi, beliau boleh kehilangan pelangganpelanggannya. Stok di premis beliau disusun dengan teratur dan menarik untuk memudahkan pelanggan mencari dan memilih serta dapat menarik para pelanggan untuk membelinya. Beliau juga sentiasa mematuhi arahan kementerian perdagangan dengan meletakkan tanda harga pada setiap barangan di kedainya. Beliau juga sentiasa memastikan setiap urusniaga yang dijalankan akan direkodkan untuk memudahkan beliau mengetahui barangan yang berkurangan dan perlu di tambah. Ini penting untuk memastikan beliau tidak akan menghadapi masalah kekurangan stok . Dengan merujuk buku stok, beliau dapat mengetahui jumlah barangan yang telah dijual, baki yang tinggal, jenis stok bergerak pantas dan stok yang bergerak perlahan. Ini akan memudahkan beliau menguruskan dan menjimatkan masa ketika membuat pesanan kerana dia tidak perlu mengira stok dalam stor dan kedai. Manakala stok yang tidak diperagakan akan disimpan di dalam stok khas dan disusun mengikut jenis dan kegunaannya. Namun kos penyimpanan stok ini dapat dikurangkan dengan adanya perhubungan yang baik antara beliau dengan pembekal atau pemborong. Beliau tidak perlu menyimpan terlalu banyak stok kerana setiap pesanan daripada pelanggan dapat dipenuhi dengan segera daripada pembekal dan pemborong atas kerjasama dan keyakinan pihak pembekal terhadap perniagaan beliau. Penetapan matlamat jualan yang hendak dicapai dalam suatu jangka masa tertentu juga penting. Peniaga perlu tahu membuat anggaran tentang jumlah jualan yang boleh diperolehi setiap bulan. Ini akan dapat membantu beliau menganggarkan jumlah stok yang hendak disimpan dikedainya. 10
  11. 11. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Dalam perniagaan, pengurusan masa adalah amat penting. Sebagai peniaga yang sentiasa berusaha mengembangkan perniagaannya, beliau perlu bijak menyusun dan membahagikan masa dan mengamalkan pepatah “Masa Itu Emas”. Semasa menunggu pelanggan, peniaga bolehlah membuat kerja-kerja lain yang berfaedah seperti memeriksa barangan, mengemas stok, mengira dan menyemak akaun. Masa harus disusun dengan baik supaya apa yang dilakukan mengikut urutan atau ‘in sequence’. Umpamanya, sebelum membuat pesanan barangbarang, peniaga harus menyemak bil, invois dan juga buku stok. Pembahagian masa juga perlu mengambil kira sama ada tugas yang hendak dilakukan itu senang atau rumit. Ianya bertujuan supaya setiap tugas akan dapat disempurnakan dengan baik. Pengurusan masa yang cekap dan sempurna dapat membantu perjalanan perniagaan yang lebih licin dan seterusnya membawa kepada perkembangan perniagaan. Bagi seseorang peniaga, setiap saat mestilah digunakan sebaiknya untuk kepentingan perniagaannya. Menyedari hakikat ini, beliau sentiasa mencatat setiap aktiviti perniagaan yang perlu dilakukan di dalam diari yang telah disediakan. Diari ini membantu beliau merancang dan melaksanakan semua urusan mengikut keutamaan dalam masa yang telah ditetapkan agar setiap saat akan dapat digunakan dengan bermanafaat. Masa perniagaan premis beliau pula bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam, dibuka sepanjang minggu kecuali hari Jumaat premis hanya dibuka dari jam 7.00 pagi hingga12.00 tengah hari dan hanya dibuka semula pada jam 9.00 hingga 11.00 malam. Para pekerja pula memulakan tugas mereka bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bagi giliran bekerja siang, manakala bagi giliran bekerja malam akan bermula pada jam 4.00 hingga 11.00 malam. Pada masa selebihnya, perniagaan akan diuruskan oleh beliau dan adiknya. 11
  12. 12. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Penetapan masa perniagaan ini amat penting supaya para pelanggan tahu masa untuk mengunjungi premis perniagaan. Masa perniagaan yang telah ditetapkan juga membantu para pekerja membuat perancangan mereka. Selain itu, masa yang tetap untuk membuka dan menutup perniagaan juga dapat mengelak atau menjimatkan bayaran lebih masa kepada pekerja-pekerjanya. Pengurusan wang juga penting dalam menguruskan dan mengembangkan perniagaan. Seseorang peniaga mesti cekap dan bijak mengawal dan menguruskan wang yang merupakan nadi bagi perniagaan. Seboleh mungkin dia harus berbelanja minimum untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Peniaga yang mempunyai kedai kecil dengan modal kecil tetapi mampu mendapat untung besar, lebih pintar daripada peniaga besar yang hanya mendapat untung yang sama dengan beliau. Oleh itu beliau perlu bijak berbelanja mengikut senarai kepentingan dan keutamaan berdasarkan kemampuan perniagaannya. Beliau juga sentiasa memastikan wang yang ada hanya digunakan untuk keperluan perniagaan dan bukan berbelanja sesukanya untuk keperluan peribadi. Beliau sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah: berjimat cermat dan tidak mebazir, seperti berbelanja atau membeli barangan yang tidak perlu. Stok barangan yang dibeli adalah mengikut citarasa pengguna supaya modal tidak terikat dengan stok yang kurang laris. Beliau perlu mengambil langkah bijak memutarkan wang atau modal perniagaannya untuk mendapatkan hasil daripada jualan bagi membiayai perbelanjaan. Beliau juga harus sentiasa peka dengan kedudukan aliran tunainya. Dalam pada itu, kejayaan sesebuah perniagaan tidak semestinya bergantung kepada besarnya modal yang disumbangkan atau kecanggihan teknologinya, tetapi kebijaksanaan individu menguruskan perniagaan atau jualan juga memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah perniagaan. Hasil dan keuntungan yang dicapai daripada penjualan merupakan aset penting yang akan terus membawa kemajuan kepada sesebuah perniagaan. 12
  13. 13. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Dalam hal ini, pelanggan adalah aspek yang perlu diberikan perhatian istimewa. Hubungan baik dengan pelanggan besar ertinya dalam meningkatkan lagi hasil jualan. Kejayaan perniagaan memerlukan komitmen daripada keduadua pihak. Untuk mencapai tujuan itu, beliau dan para pekerjanya sentiasa mengamalkan budaya mesra pelanggan. Mereka perlu bijak berkomunikasi dengan pelanggan agar dapat mamahami tabiat pelanggan dalam membuat keputusan terhadap sesuatu pembelian. Ini amat penting untuk membantu mereka mempengaruhi pembelian seseorang pelanggan. Apatah lagi mereka menyedari kepentingan pelanggan serta peranan mereka yang akan secara tidak langsung akan turut menyumbang kepada kemajuan perniagaan mereka. Selain itu pelanggan juga boleh menjadi salah satu daripada cabang iklan atau promosi. Para pelanggan yang berpuas hati akan membantu mempromosikan perniagaan mereka kepada rakan-rakan pelanggan yang lain akan kelebihan dan keistimewaan premis yang mereka kunjungi. Beliau dan para pekerja sentiasa mengamalkan sikap bersopan-santun dengan pelanggan kerana pelanggan-pelanggan suka dilayan dengan baik. Mereka akan memastikan semua pelanggan mendapat layanan yang sama rata, adil dan mesra kerana semua pelanggan mereka berhak mendapat layanan dan perkhidmatan yang terbaik dari mereka. Mereka juga mengutamakan keselesaan dan keselamatan pelanggan semasa berada di premis mereka. Mereka sentiasa memastikan lantai kedai sentiasa bersih, peralatan disusun berasaskan kemudahan dan keselamatan pelanggan dan ruang untuk berjalan yang tidak terlalu sempit untuk memudahkan pergerakan pelanggan semasa memilih dan membuat urusan di premis mereka. Susun atur juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan perniagaan barangan. Susun atur yang sistematik akan memudahkan para pelanggan membuat pemilihan barangan yang hendak dibeli. Selain itu ianya juga akan memudahkan peniaga menguruskan barangan jualan. 13
  14. 14. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Untuk mencapai hasrat ini, beliau telah mengambil langkah menyusun atur barangan di kedai beliau dengan menyediakan ruangan khas bagi setiap jenis barang yang diniagakan. Di bahagian hadapan kedai, disediakan rak untuk akhbar dan majalah serta kaunter untuk membuat pembayaran. Begitu juga dengan almari dan papan pameran peralatan telekomunikasi turut diletakkan di bahagian hadapan kedai untuk tujuan promosi serta memberikan kemudahan kepada para pelanggan menjalankan urusan jual-beli. Ini beralasan, pelanggan 14
  15. 15. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 akhbar dan majalah serta peralatan komunikasi tidak memerlukan masa yang panjang untk membuat pemilihan pembelian mereka. Sebaliknya di bahagian belakang, disediakan perkhidmatan fotostat, menjilid, binding dan laminating serta ditempatkan pelbagai pilihan alat tulis dan kertas pembungkusan serta lain-lain alatan yang berkaitan dengannya. Ini dilakukan beralasan pengurusan pelanggan dibahagian ini memerlukan masa yang lebih lama kerana para pelanggan biasanya memerlukan masa yang agak lama untuk membuat pemilihan pembelian di samping masa yang diperlukan untuk melakukan perkhidmatan fotostat, menjilid dan lain-lain. 1.5. Kemudahan dan Bantuan Perniagaan yang Digunakan dan yang Diperolehi 15
  16. 16. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Seorang peniaga memerlukan barbagai-bagai bentuk bantuan perniagaan. Antara bentuk-bentuk bantuan perniagaan adalah seperti perkhidmatan bank, pengangkutan, perhubungan, insurans, pengiklanan, pembungkusan dan pergudangan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah sebahagian aktiviti perdagangan. 1.5.1. Perkhidmatan Bank Bank memainkan peranan penting membantu peniaga dan usahawan dalam aspek kewangan. Bank perdagangan ialah institusi kewangan yang menyimpan wang, memberi pinjaman, dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada peniaga. Antara kemudahan yang ditawarkan ialah : a. Memberi kemudahan simpanan kepada pelanggannya seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun deposit tetap. b. Membayar dan menerima wang bagi pelanggannya yang mempunyai akaun semasa melalui pembayaran secara cek. c. Memberi kemudahan pinjaman jangka pendek dan jangka panjang dan overdraf. Draf bank membolehkan peniaga membayar hutang kepada mereka yang tidak mahu menerima cek. d. Menyediakan peti simpanan selamat supaya pelanggannya dapat menyimpan dokumen-dokumen penting dan harta benda seperti barang kemas. e. Menyediakan peti simpanan malam untuk membolehkan para pelanggan pemegang akaun semasa menyimpan wang ke dalam bank selepas waktu urusan bank. f. Menyediakan kemudahan kad kredit supaya pemegangnya dapat membeli barang-barang atau perkhidmatan tanpa membayar tunai semasa membeli. g. Memberi nasihat kewangan kepada pelanggan dalam pelaburan perniagaan. h. Memberi perkhidmatan kad ATM supaya pelanggan boleh memasuk, mengeluar dan memindahkan wang secara layan diri. i. Memberi kemudahan perkhidmatan pindahan kredit supaya pelanggan boleh membuat pembayaran melalui bank. 16
  17. 17. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Selain pinjaman sebanyak RM5000 daripada Bank Simpanan Nasional untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau, En. Azman juga telah menggunakan perkhidmatan akaun semasa MAYBANK bagi memudahkan beliau menjalankan urusan perniagaannya, Perkhidmatan akaun semasa yang diberikan oleh pihak bank adalah sangat penting kepada usahawan atau peniaga dalam menjalankan urusniaga mereka. Dengan adanya akaun semasa usahawan atau peniaga boleh membuat pembayaran atau menerima bayaran dengan cek. Cek adalah arahan bertulis daripada pemegang akaun semasa yang mengarahkan pihak bank membayar sejumlah wang daripada akaunnya kepada pihak lain. Antara kebaikan menggunakan cek ialah : a. Peniaga tidak perlu membawa wang tunai yang banyak kerana bayaran hutang dan perbelanjaan boleh dilakukan dengan cek. b. Dapat mengelakkan risiko kecurian kerana peniaga tidak perlu menyimpan wang yang banyak di kedai. c. Bayaran yang dibuat dengan cek juga akan tercatat dalam penyata bank. Ini boleh dijadikan sebagai bukti bayaran. d. Pembayaran dengan cek juga selamat kerana cek boleh dipalang. Beliau juga menggunakan kemudahan kad kredit MAYBANK untuk memudahkan lagi urusan pembayaran stok barangan yang dibeli untuk dijual di premis beliau. Selain itu beliau juga menggunakan kemudahan perkhidmatan ATM MAYBANK bagi memudahkan pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan wang samada untuk kegunaan sendiri mahupun untuk kepentingan perniagaan beliau. 1.5.2. Pengangkutan Merupakan salah satu bantuan perniagaan yang penting kerana berperanan ; a. Memudahkan pengangkutan dan pemindahan barang-barang 17
  18. 18. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 b. Memperluaskan pasaran barang-barang dagangan c. Menambahkan hasil perniagaan d. Menjimatkan masa kerana barang-barang dapat diangkut dengan cepat ke destinasinya e. Mengurangkan pembaziran f. Mempelbagaikan pilihan g. Mengurangkan keperluan modal dan kos menyimpan stok h. Menstabilkan harga pasaran i. Menambahkan mobiliti buruh j. Membantu pembangunan Negara k. Mewujudkan peluang pekerjaan l. Mempelbagaikan pilihan. Antara kemudahan pengangkutan yang diterima oleh beliau ialah kemudahan pengankutan untuk menghantar akhbar harian ke kedai beliau setiap pagi, pengangkutan untuk menghantar peralatan stationary dan aksesori peralatan telekomunikasi, serta kereta beliau sendiri untuk memudahkan beliau mencari dan mendapatkan stok yang diperlukan di premis beliau. 1.5.3. Perhubungan Perhubungan ialah penyampaian maklumat secara lisan, bertulis, atau isyarat. Perhubungan adalah sangat penting dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti membuat atau membatalkan pesanan, mendapatkan maklumat dan menghantar dokumen perniagaan dengan segera. Peranan lain perhubungan dalam perniagaan adalah seperti berikut : a) Membolehkan para peniaga berhubung antara satu sama lain. b) Melalui perhubungan segala maklumat dan dokumen perniagaan boleh dihantar dari satu pihak ke pihak lain dengan cepat dan selamat. c) Sistem perhubungan yang baik akan melicinkan proses perniagaan dalam negeri, perniagaan antarabangsa, perkhidmatan bank, perkhidmatan insurans dan perkhidmatan pengangkutan. d) Mengetahui keadaan pasaran 18
  19. 19. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 e) Menerima dan menyampaikan kamlumat f) Memudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan. Antara jenis perhubungan yang biasa digunakan dalam aktiviti perniagaan ialah : a) Perkhidmatan mel b) Perkhidmatan kurier c) Telefon d) Telegraf e) Teleks Dalam menjalankan urusan surat – menyurat berkaitan perniagaan, insurans, urusan-urusan dengan institusi kewangan dan pihak akhbar harian dan mingguan, beliau selalunya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Manakala bagi memudahkan serta menyelesaikan masalah berkaitan pesanan stok beliau lebih selesa menggunakan perkhidmatan telefon, sesuai dengan premis beliau yang menjalankan perkhidmatan atau perniagaan peralatan telekomunikasi. 1.5.4. Insurans Dari segi pengurusan risiko pula, beliau tidak menginsuranskan perniagaan beliau, dengan alasan pihak insurans tidak berminat untuk membuka polisi insurans bagi premis perniagaan peralatan telekomunikasi. Beliau hanya membayar polisi insurans untuk dirinya sahaja melalui polisi ‘Takaful MediAssist Prudential BSN’. Manakala polisi insurans untuk kenderaan diambilnya daripada polisi perlindungan kereta motor ‘CIMB’. Polisi insurans untuk para pekerjanya juga tidak diambil. Jelas beliau meletakkan perniagaan serta dirinya dalam risiko yang tinggi. Polisi insurans merupakan aspek penting dalam perancangan kewangan yang boleh memberikan keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Antara risiko-risiko yang sering dihadapi dalam perniagaan adalah seperti risiko kehilangan nyawa, risiko kemalangan, risiko kerosakan 19
  20. 20. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 harta benda dan risiko kehilangan harta benda. Insurans amat penting dalam perniagaan dan kepada usahawan itu sendiri. Antara peranan insurans: • Memberi perlindungan kepada peniaga ke atas pelbagai jenis risiko perniagaan seperti kebakaran, kecurian, kerosakan stok, pecah amanah dan kemalangan • Mengurangkan beban dan mengurangkan kerugian yang mana peniaga yang ditimpa bencana akan menerima pampasan. Ini dapat mengurangkan beban peniaga dalam usahanya membina semula perniagaan. • Memberikan keyakinan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan kerana dia tahu bahawa perniagaannya dilindungi. • Peniaga berani menjalankan perniagaanya secara besar-besaran kerana ada perlindungan insurans • Polisi insurans perlindungan pekerja pula akan melindungi majikan daripada tuntutan gantu rugi oleh pekerjanya yang tercedera semasa menjalankan tugas • Insurans kenderaan motor pula membolehkan peniaga menggunakan kenderaan untuk menjalankan kegiatan perniagaan masing-masing. Ini kerana semua pihak dilindungi jika berlaku sesuatu kemalangan. 1.5.5. Pengiklanan Pengiklanan adalah cara untuk memperkenalkan sesuatu jenis barangan atau perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan: • mempertingkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan • memperingatkan barangan dan perkhidmatan yang sedia ada • memperluaskan pasaran • melariskan jualan • memberitahu maklumat terbaru • mengekalkan nama baik jenamanya Pengiklanan boleh dibahagikan kepada 3 jenis seperti yang berikut: 20
  21. 21. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 • Iklan Penerangan: hanya menyampaikan penerangan atau maklumat mengenai sesuatu jenis barangan atau perkhidmatan dengan tidak memujuk orang ramai membelinya. • Iklan Pertandingan: Ianya juga dikenali sebagai iklan persaingan yang digunakan oleh usahawan atau peniaga yang menjual barangan yang sama jenis tetapi dari jenama yang berlainan. • Iklan Memujuk : Ianya menggunakan pelbagai cara untuk memujuk pengguna supaya mereka membeli barangan yang diiklankan. Media pengiklanan yang biasa digunakan adalah seperti : a) surat khabar dan majalah b) radio dan televisyen c) poster dan papan tanda d) risalah, catalog, dan surat edaran e) peragaan, pameran dan pertunjukan f) lampu neon g) sample. Pemilihan media pengiklanan pula bergantung kepada: a. Kos : Pengiklanan melalui televisyen lebih mahal daripada majalah atau surat khabar. b. Jenis barangan : Contohnya alat-alat solek dan pakaian wanita adalah lebih baik diiklankan dalam majalah wanita. c. Liputan Pengiklanan : Jika untuk sesuatu golongan atau kawasan maka media seperti poster, pameran, pertunjukan, peragaan, katalog atau sample adalah sesuai. d. Jenis Pengguna : Media digunakan mengikut kesesuaian sasaran pasaran seperti untuk kanak-kanak, muda-mudi dan wanita. Media yang baik untuk tujuan pengiklanan adalah yang: a. Murah tetapi berkesan 21
  22. 22. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 b. Sesuai dengan jenis pengguna yang menjadi sasaran atau yang hendak dihubungi c. Boleh meliputi kawasan yang luas. Dari segi pengiklanan, beliau bergantung sepenuhnya kepada iklan yang dibuat oleh pihak syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi yang sentiasa menayangkan pelbagai iklan yang berkaitan dengan produk keluaran atau perkhidmatan syarikat mereka sama ada di televisyen, radio, akhbar, majalah, atau iklan-iklan yang berbentuk papan tanda, poster, risalah, catalog dan sebagainya. Pihak syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi sentiasa menyediakan serta menghantar atau membekalkan pelbagai risalah, catalog atau lain-lain bentuk iklan barangan keluaran syarikat yang terbaru, memaklumkan tentang model-model peralatan telekomunikasi terkini, tawaran harga yang dibuat serta perisian-perisian yang terkandung padanya serta pelbagai tawaran hebat dan menarik yang disediakan khas untuk pelanggan ke premis beliau. Ini memudahkan beliau menyampaikan iklan-iklan tersebut kepada para pelanggan tanpa memerlukan banyak penerangan. Sebaliknya risalah dan catalog tersebut telah memadai sebagai keterangan kepada pelanggan dan dapat membantu pelanggan membuat keputusan untuk melakukan pembelian. 1.5.6. Pembungkusan Pembungkusan adalah penggunaan bekas, sarung, atau pembungkus untuk melindungi dan menambahkan lagi nilai sesuatu keluaran. Pembungkusan menjadikan sesuatu sesuatu barangan itu lebih menarik dan memberikan imej yang lebih baik kepada barangan. Biasanya pembungkusan mengandungi pelbagai maklumat yang boleh membantu mendapatkan faedah maksimum daripada keluaran itu. Di samping itu barangan yang dibungkus juga lebih mudah disimpan sekiranya tidak habis digunakan. 22
  23. 23. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Antara tujuan pembungkusan dari segi aspek pemasaran ialah : a. mempunyai daya penarik b. lebih mudah disimpan c. lebih mudah dipegang atau dibawa d. harga yang berpatutan e. dapat melindungi barangan keluaran daripada sebarang kejadian kerosakan terutama semasa diedarkan Ciri-ciri pembungkusan yang baik bergantung kepada beberapa faktor Seperti : a. Cara mengangkut barangan tersebut. b. Jangka masa sesuatu keluaran itu perlu berada di dalam bungkusan. c. Peranan promosi yang dimainkan oleh cara pembungkusan. Keperluan asas pembungkusan dari sudut pandangan penguna pula antaranya : a. Barangan lebih tahan lama b. Lebih cantik dan menarik c. Saiz bungkusan yang bersesuaian d. Senang dibuka dan ditutup e. Senang untuk disimpan Keperluan asas pembungkusan dari sudut pandangan pengeluar ialah : a. Lebih mudah untuk disimpan dan diatur tanpa memerlukan ruang yang banyak atau besar b. Bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan tahan lama c. Kos pembungkusan yang murah d. Menarik Hampir keseluruhan barangan di premis beliau iaitu pelbagai peralatan telekomunikasi dan peralatan stationari mendapat kemudahan perkhidmatan pembungkusan. 23
  24. 24. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 1.5.7. Pergudangan Pergudangan merupakan tempat barang-barang disimpan buat sementara sebelum ianya diagihkan. Antara peranan pergudangan selain daripada sebagai tempat menyimpan barang-barang ialah : a. Mengelakkan kekurangan bekalan : Pergudangan boleh menyimpan hasilhasil yang bermusim seperti beras dan gandum untuk dibekalkan secara berterusan sepanjang tahun kepada para pengguna. b. Menstabilkan harga : Untuk mengimbangi penawaran dan permintaan , dengan mengawal aliran masuk barangan ke dalam pasaran supaya tidak berkurangan. Harga barangan akan meningkat sekiranya barangan di pasaran kurang dan sebaliknya harga akan jatuh sekiranya barangan di pasaran berlebihan. c. Membantu proses pengagihan : Sesetangah barang kilang hanya dikeluarkan di tempat yang tertentu sahaja. Pergudangan akan dapat membantu pengilang menyimpan barang-barang sehingga dihantar ke tempat-tempat lain. d. Mengelakkan kesesakan ruang di kilang e. Barang-barang yang mudah rosak seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan daging dapat disimpan di kilang yang berhawa dingin. f. Memudahkan kerja pemborong memecahkan pukalnya digudang. Selain itu kerja-kerja seperti menggred, menimbang dan melabelkan barang-barang dilakukan digudang sebelum barang-barang tersebut diagihkan. Dalam hal ini, sehingga hari ini, premis beliau masih belum memerlukan gudang khas untuk penyimpanan stok. Ini adalah kerana dengan kemudahan perhubungan dan pengankutan hari ini, stok barangan yang diperlukan amat mudah diperolehi. Oleh itu, semua stok barangan adalah diletakkan atau dipamerkan terus di premis beliau. Ini juga dapat menjimatkan kos penyimpanan stok yang terpaksa ditanggung oleh beliau. 1.5.8. Kemudahan Kredit 24
  25. 25. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Encik Azman juga diberikan kemudahan kredit oleh pihak pembekal khususnya terhadap stok alat tulis (stationary) dan aksesori peralatan telekomunikasi. Beliau telah diberikan kemudahan kredit selama sebulan untuk membayar stok barangan berkaitan yang dibekalkan atau dihantar ke premis beliau. Namun barangan seperti telefon bimbit dan kad telefon mesti dibayar tunai setiap kali. 1.5.9. Pinjaman Perniagaan Antara kemudahan pinjaman yang digunakan atau diperolehi oleh En. Azman ialah kemudahan pinjaman daripada Bank Simpanan Nasional sebanyak RM5000.00. Selain itu, beliau juga telah diberikan kemudahan pinjaman yang disalurkan melalui badan politik, melalui program TEKUN. Melalui program ini beliau telah diberikan pinjaman permulaan sebanyak RM5000.00. Setelah pembayaran dibuat, beliau diberikan pinjaman peringkat kedua sebanyak RM10,000.00 dan pinjaman peringkat ketiga sebanyak RM20,000.00. Pinjaman-pinjaman ini , begitu besar maknanya kepada beliau untuk terus mengembangkan perniagaan beliau sehingga Berjaya menjadi seorang usahawan muda yang begitu berjaya hari ini. Kejayaan beliau ini bukan sahaja memberikan manafaat kepada beliau secara sendiri sahaja, bahkan juga turut dikongsi bersama oleh keluarga beliau khususnya adik beliau yang turut sama mengusahakan perniagaan beliau, disamping para pekerja beliau yang turut mendapat peluang pekerjaan di premis beliau. 2. Kaedah yang digunakan oleh perniagaan ini untuk mempromosikan perniagaannya. 25
  26. 26. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Promosi ialah proses untuk memberitahu atau memaklumkan kepada orang ramai tentang sesuatu perkara. Tujuan promosi adalah untuk memberitahu, menyedarkan, dan memujuk pengguna tentang keistimewaan sesuatu barang atau perkhidmatan supaya ada permintaan terhadapnya. Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh promosi. Antara peranan promosi ialah : 1. Memperkenalkan barang atau perkhidmatan yang ada atau baru ada di pasaran. Pengguna akan dimaklumkan tentang jenama, jenis, kuantiti dan kegunaan barang itu. 2. Memujuk dan mempengaruhi pengguna : Promosi akan menyatakan kelebihan dan keistimewaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk mempengaruhi dan memujuk pengguna mendapatkan barang atau perkhidmatan yang dipromosikan. 3. Mewujud serta meningkatkan permintaan atau pembelian terhadap sesuatu barangan oleh pengguna. 4. Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan : Keberkesanan promosi akan dapat menarik minat pengguna seterusnya meningkatkan jualan dan keuntungan. 5. Meluaskan pasaran barang dan perkhidmatan : Pengguna akan mengetahu maklumat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pemahaman pengguna tentang produk, memudahkan pengeluar memasarkan produk mereka dan seterusnya meluaskan pasaran. 6. Menonjolkan kelebihan barangan atau perkhidmatan yang disediakan : Promosi membantu pengeluar menerangkan tentang kebaikan dan kelebihan produk yang dihasilkan berbanding produk lain. Ini akan menarik minat pengguna untuk mendapatkan produk berkenaan. 7. Mengekalkan pasaran sesuatu barang atau perkhidmatan : Promosi berterusan atau berulang-ulang membantu sesuatu produk kekal di pasaran. Misalnya apabila disebut ubat gigi, orang kampong akan menyebut ‘Colgate’ walaupun sebenarnya ianya adalah suatu jenama ubat gigi. 26
  27. 27. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Terdapat beberapa cara perniagaan ini mempromosikan barangan antaranya : 2.1. Tawaran Istimewa Beliau sering memberikan tawaran harga istimewa kepada para pelanggannya terutama kepada pelajar-pelajar sekolah. Tawaran yang diberikan sama ada yang berbentuk potongan harga yang lebih murah dari biasa terhadap barangan peralatan telekomunikasi mahupun pemberian harga istimewa khas kepada murid-murid sekolah terhadap perkhidmatan fotostat mahupun aksesori atau kelengkapan peralatan telefon. Selain itu, pelbagai peralatan telekomunikasi yang dijual di premis beliau juga sentiasa ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding dengan harga yang ditawarkan di tempat-tempat lain. 2.2. Iklan Beliau juga menggunakan sepenuhnya papan iklan manual dan juga sepanduk-sepanduk yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat pembekal untuk dipamerkan di premis beliau, yang bertujuan untuk memberitahu maklumat atau tawaran daripada syarikat-syarikat peralatan telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Nokia, Motorola dan lain-lain. Ini jelas amat membantu meningkatkan penjualan pelbagai peralatan tersebut di premis beliau. Selain itu , beliau dan para pekerja sentiasa memberikan maklumat kepada para pelanggan tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti mutunya, kelengkapan atau perisian di dalamnya, cara penggunaan, tujuan sesuatu iklan atau kempen yang disebarkan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan perniagaan beliau untuk memastikan iklan-iklan yang disebarkan itu dapat diketahui dan difahami dengan mendalam dan sebenarnya oleh pelanggan yang ditujukan. Risalah dan katalog yang dibekalkan oleh pihak syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi juga sentiasa diedarkan oleh beliau kepada pelanggan 27
  28. 28. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 agar dapat memberitahu maklumat barangan kepada pelanggan, seterusnya menarik perhatian pelanggan untuk melakukan pembelian. 2.3. Demostrasi Demonstrasi menunjukkan kegunaan barangan juga sering dibuat khususnya terhadap barangan atau peralatan yang baru diperkenalkan oleh syarikat-syarikat pembekal. Ini adalah supaya para pelanggan akan tertarik kepadanya, di samping menarik pelanggan-pelanggan yang masih baru dalam penggunaan peralatan telekomunikasi serta belum begitu mahir dalam menggunakan peralatan yang sememangnya sentiasa berubah dan semakin canggih setiap masa. Pelanggan juga akan berasa lebih yakin terhadap keputusan pembelian mereka, yang akan dapat memberikan kepuasan serta manafaat sepenuhnya kepada mereka sebagaimana yang mereka ingini. 3. Apakah cadangan anda untuk memperbaiki, mempertingkatkan dan memajukan lagi perniagaan ini pada masa akan datang. 3.1. Pengurusan Stok En. Azman perlu lebih bijak menguruskan stok. Pemeriksaan dan kemaskini buku stok perlu sentiasa dilakukan bagi menentukan nilai stok yang masih ada untuk berurus niaga. Setiap urusniaga mesti direkodkan dengan cara yang sistematik menggunakan buku stok. Satu muka surat digunakan untuk merekodkan satu barang. Ini penting untuk memudahkan beliau untuk sentiasa mengetahui jumlah barangan yang telah dijual, baki yang tinggal, jenis stok bergerak pantas dan jenis stok perlahan. Ini penting untuk memudahkan urusan membuat pesanan kerana tidak perlu lagi membuat pengiraan stok. Beliau juga perlu peka dengan stok yang bergerak pantas di samping peka dengan permintaan pelanggan agar stok barangan tersebut sentiasa 28
  29. 29. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ini akan membantu beliau menjimatkan kos pengangkutan dan masa yang terpaksa dihabiskan untuk mendapatkan stok yang diperlukan setiap hari seperti sekarang. Angka maksimum stok adalah juga penting untuk memastikan modal tidak terikat dalam stok yang tidak diperlukan dan juga ruang bilik stor tidak digunakan sebarangan. Dengan ini beliau akan dapat menggunakan sumber modalnya dengan benar-benar berkesan demi untuk mendapatkan keuntungan kepada perniagaan beliau dan bukan dihabiskan kepada perbelanjaan yang tidak perlu atau kepada perbelanjaan yang sebenar dapat dielakkan atau sekurangkurangnya dapat dijimatkan. 3.2. Pengurusan Masa Beliau dan para pekerjanya harus sentiasa menepati masa bekerja dan masa memulakan dan masa tamat aktiviti perniagaan di premis beliau. Masa memulakan premis mestilah dimaklumkan kepada pelanggan dengan cara yang paling berkesan agar para pelanggan sedar akan masa premis dibuka dan ditutup dengan pasti. Ini membantu mereka untuk datang membuat urusan di premis beliau. Beliau juga perlu memastikan operasi premis akan dapat dijalankan pada masa yang ditetapkan setiap kali. Ini untuk mengelakkan ada pelanggan yang kecewa kerana gagal mendapatkan perkhidmatan tepat pada masanya terutama masa memulakan perniagaan pada waktu pagi. Ketepatan waktu menyiapkan perkhidmatan fotostat juga perlu diambil perhatian. Segala keperluan pelanggan mestilah disiapkan tepat pada waktu dengan apa cara sekali pun. Sebarang alasan kegagalan menyiapkan tempahan pelanggan, amatlah tidak digalakkan dan mungkin akan mengakibatkan perniagaan akan kehilangan pelanggan. 3.3. Menyediakan papan tanda Papan tanda perniagaan mestilah lebih menarik. Sebaiknya menggunakan penataan warna yang lebih terang yang mampu merangsang 29
  30. 30. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 deria penglihatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan yang dijalankan. Papan tanda juga mestilah menerangkan lebih jelas akan segala perkhidmatan atau perniagaan yang ditawarkan di premis beliau. Ciri-ciri keselamatan juga perlu diambil kira dan diberikan perhatian. 3.4. Menjaga imej perniagaan Imej perniagaan mestilah sentiasa dijaga. Kebersihan kedai mestilah dijaga dan diutamakan. Barang-barang jualan janganlah dibiarkan berhabuk supaya sentiasa nampak baru. Begitu juga dengan rak dan lain-lain tempat penempatan stok untuk jualan. Tanda harga yang diletakkan pada barangan juga mestilah jelas dan tidak mengelirukan para pelanggan. Ini penting agar pelanggan dapat membuat perbandingan harga barangan berbanding dengan harga yang ditawarkan di premis lain. Ini juga akan dapat mempengaruhi pelanggan untuk membuat pembelian di premis beliau samping mengira kos yang harus mereka bayar untuk memiliki barangan. Keadaan kedai juga mestilah terang, dengan cahaya yang mencukupi di setiap ruangan supaya para pelanggan mudah dan selesa untuk mencari barang yang hendak dibeli. Beliau dan para pekerja juga patut menjaga imej diri. Pastikan gaya penampilan, gaya percakapan dan pergaulan menepati budaya dan nilai-nilai masyarakat setempat pada setiap masa. Ini penting supaya semua pelanggan tanpa mengira umur, bangsa, agama dan status sosial selesa mengunjungi premis beliau. 3.5. Melayan pelanggan dengan baik Pelanggan perlu dilayan dengan baik seperti memberikan layanan yang sama rata, dilayan mengikut giliran dan dilayan dengan sopan-santun. Tunjukkan kepada pelanggan bahawa mereka adalah orang yang penting dan kita benar-benar menghargai kedatangan mereka ke premis kita. Cuba selesaikan keperluan pelanggan sedaya upaya agar mereka mendapat 30
  31. 31. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 perkhidmatan yang terbaik dan berkesan dan dalam jangka waktu yang paling cepat. 3.6. Menyediakan peruntukan susut nilai Beliau perlu menyediakan peruntukan susut nilai ke atas harta-harta yang digunakan seperti kenderaan, perabot dan kelengkapan perniagaan di premis beliau. Peruntukan ini boleh digunakan untuk membeli harta baru untuk menggantikan harta yang lama apabila diperlukan. 3.7. Pengurusan Risiko Beliau patut mengambil tindakan segera menginsuranskan perniagaan beliau. Ianya bukan sahaja menjamin dapat masa depan perniagaan bahkan juga mampu memberikan keyakinan dan keselesaan kepada beliau untuk terus memaju dan memperbesar lagi perniagaannya kerana beliau akan cukup pasti bahawa perniagaannya dilindungi dan beliau akan diberikan ganti rugi yang setimpal jika berlaku sebarang bentuk kerugian. Begitu juga dengan kemalangan yang menimpa pekerjanya semasa bekerja, sebarang kecelakaan atau kecederaan yang berlaku akan dilindungi sepenuhnya oleh polisi insurans. Ini dapat mengelakkan bebanan ganti rugi yang akan terpaksa beliau belanjakan untuk membayar sebarang pampasan yang dikenakan. Selain itu, alat pemadam api juga patut ditempatkan di premis beliau untuk menghadapi risiko kebakaran, Ini penting sebagai langkah berjaga-jaga serta untuk tindakan awal pencegahan risiko kebakaran oleh beliau dan para pekerja. Dengan ini, risiko kebakaran yang boleh mengakibatkan kerugian akan dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya dapat meminimakan risiko atau kerugian yang bakal ditanggung. 3.8. Perkhidmatan Selepas Jualan 31
  32. 32. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 Perkhidmatan selepas jualan juga patut disediakan seperti setahun jaminan ke atas pembelian telefon bimbit yang baru, atau sebulan jaminan ke atas telefon bimbit terpakai yang dibeli dari premis beliau. Jaminan boleh melibatkan penggantian semula telefon atau perkhidmatan membaikpulih telefon yang rosak. 3.9. Mempunyai Disiplin Diri Sebagai seorang peniaga, beliau harus mengamalkan sikap berjimat- cermat , tekun, jujur dan sentiasa berminat untuk terus membangun dan memajukan perniagaan. Imej perniagaan dan para pekerja hendaklah sentiasa dijaga. Kebersihan peribadi mereka amat penting supaya semua pelanggan yang berkunjung ke premis beliau berasa selamat dan selesa dilayan. 3.10. Mengamalkan Etika Perniagaan Islam Dua etika utama dalam perniagaan ialah adil dan ihsan. Peniaga harus bersikap jujur, menjauhi riba, unsur -unsur perjudian serta mengelakkan daripada terlibat dengan perniagaan atau perkhidmatan yang haram. Begitu juga, elakkan menggunakan cara yang kotor dah haram dalam perniagaan. Islam tidak melarang peniaga mencari untung dalam perniagaan tetapi untung yang diperolehi hendaklah pada kadar yang berpatutan dan bukan untung maksimum atau cekik darah. Jangan juga menangguk di air keruh. Dalam Islam, perhubungan ekonomi disifatkan sebagai perhubungan moral. Pada umumnya , perniagaan dalam Islam bermatlamatkan memenuhi keperluan seseorang secara sederhana, menyara keluarga dan membantu anak cucu, membuat peruntukan bagi menghadapi sebarang kecemasan dan yang paling penting memberi khidmat kepada masyarakat. Rumusan Tugasan ini jelas dapat menggambarkan betapa tanggungjawab menguruskan perniagaan adalah suatu tanggungjawab yang berat. Ianya 32
  33. 33. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 memerlukan sepenuh komitmen dan minat yang mendalam daripada seseorang pengusaha untuk memastikan perniagaan yang mereka usahakan berjaya. Bagi mencapai matlamat ini, seluruh usaha, fikiran, tindakan, perbelanjaan yang mereka lakukan mestilah semata-mata untuk menjayakan atau atas kepentingan perniagaan, bukan untuk kepentingan individu. Sehubungan itu, suatu perancangan perniagaan yang rapi dan sistematik perlu mereka lakukan. Mereka juga perlu mendapatkan segala bantuan dan kemudahan yang diperlukan oleh perniagaan mereka demi untuk mendapatkan segala sokongan yang sebaiknya demi merealitikan hasrat mereka untuk menjayakan segala perancangan perniagaan mereka. Hari ini, di negeri Kelantan khususnya, dan Malaysia amnya, telah ramai usahawan dan peniaga bumiputera yang berwibawa muncul menyahut dasar 2020 yang dicita-citakan kerajaan, menjadikan Malaysia dan rakyatnya sebagai negara maju yang bertunjangkan kepada keusahawanan dan perniagaan, yang akhirnya akan melahirkan negara Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian sebagai lambang atau bukti kemajuan negara. RUJUKAN 1. Prof. Dr. Ansary Ahmed, Prof. Dr. Mansor Fadzil dan Prof. Dr John Arul Philips;Modul HBLS1203 Perniagaan, Keusahawanan dan Teknologi Rumah Tangga, Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM; Meteur Doc. Sdn. Bhd. 2. Chiam Min Kiew, Ramlah bt M.Daim, Teo Kim Yong (1992) Bimbingan Fokus PMR Kemahiran Hidup Bersepadu KBSM (Teras & Pilihan Kemahiran Manipulatif Tambahan), Polygraphic Marketing Sdn. Bhd. Balakong, Selangor Darul Ehsan. 3. H.G.Cheah. W. Ng. , A. Zainal (1992) Buku Bantuan PMR Kemahiran Hidup Bersepadu Bahagian Teras dan Pilihan Pertanian. Baron Production Sdn. Bhd. 33
  34. 34. HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373 701214035287 4. Tsee Shong Pen dan Yew Siew Yong (2002) Ekonomi Asas Tingkatan 4. Kementerian Pendidikan Malaysia. Hypersurf Corporation Sdn. Bhd. 5. Zafir Mohd Makhbul, Mohd Rizal Palili & Ahmad Khairy Ahmad Domil (2004 ). Mengurus Perniagaan. Kuala Lumpur. 34

×